YB HAMDAN DI UPACARA MENYERAH KUNCI RUMAH KEPADA AHLI UMNO


Permatang Pasir 2 Julai 2008- Rumah seorang ahli UMNO yang pernah saya laporkan mengalami kebakaran pada bulan Mei dahulu , kini telah siap dibina sebagaimana janji yang dibuat oleh YB Hamdan Abdul Rahman, ADUN PAS Permatang Pasir. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pusat Urus Zakat ( PUZ) negeri Pulau Pinang Sdr Khairy bin Mohd Ghazali,Pengeruasi masjid Pegkalan Kota ,imam masjid, orang kampung,para penyokong, dan orang ramai.




Dalam ucapan beliau YB Hamdan menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sedia membantu rakyat yang mengalami masalah jika perkara ini di laporkan kepada pihak yang berkenaan. Beliau juga menjelaskan bahawa pejabat KADUN Permatang Pasir akan turut membantu orang ramai jika mengalami masalah dan kita akan berusaha sedaya upaya kita untuk membantu dengan bantuan dari pusat-pusat yang selama ini membantu iaitu,PUZ,Pejabat Daerah dan juga dari individu.


"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana PUZ selama ini banyak membantu masyarakat terutamanya di bawah KADUN Permatang Pasir tanpa rasa jemu dan bertangungjawab dan saya sebagai wakil rakyat mengucapkan rasa kagum dengan usaha PUZ yang terus membantu orang ramai selama ini", demikian jelas YB hamdan lagi.



Majlis penyerahan replika kunci rumah itu dilangsungkan dihadapan rumah yang bernilai RM23000 dengan keluasan20x34 yang mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Menurut sdr Mohd Khairy lagi PUZ sedia membantu masyarakat islam sekiranya umat islam membayar cukai dan dengan inilah kita dapat membina rumah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Hamdan kerana memaklumkan kepada pihak kami dan kami sedia membantu masyarakat islam,jika memerlukan bantuan.



"Malahan kami kini turut membantu para pelajar yang mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi,malah dalam tahun ini sahaja kami PUZ telah membina 26 buah rumah dan sejak tahun 2006 lagi kami telah membina hampir 80 buah rumah dengan nilai hampir RM613 ribu ringgit, hasil dari kutipan zakat dari orang ramai", demikian jelas Sdr Mohd Kairy lagi.


Bagi Sdr Mohd Fadzil bin Saad 36 , inilah hadiah yang tidak terhingga dan begitu bangga dan bersyukur kerana YB Hamdan mengambil berat walau pun beliau mengetahui bahawa saya adalah ahli UMNO.Beliau juga merasa kecewa dengan sikap terutamanya pihak UMNO yang langsung tidak bertanya khabar dan akhirnya tampil YB Hamdan yang berusaha mendapatkan bantuan sehingga terbinanya rumah untuk beliau sekeluarga berteduh dengan selesa.

RALAT:3 BILIK TIDUR.TERIMA KASIH KPD YG MAKLUM



No comments: