Krisis Pas vs Bersatu, masuk fasa perang gerila, kata pensyarah


 


Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko kehilangan jenamanya sendiri sekiranya konflik antara Pas dan Bersatu gagal diselesaikan, malah tidak mustahil gabungan itu boleh berakhir dengan pembubaran jika pertikaian dibawa ke peringkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Terengganu, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, krisis yang berlaku kini telah memasuki fasa yang disifatkannya sebagai “perang gerila”, apabila kedua-dua parti menggunakan kelebihan masing-masing dalam struktur dan perlembagaan PN.

Menurut beliau, Pas mempunyai kelebihan kerana menguasai jawatan Pengerusi dan Setiausaha Agung PN yang memberi autoriti dalam pelbagai urusan pentadbiran termasuk penandatanganan watikah calon pilihan raya.

Namun, katanya, Bersatu pula mempunyai kelebihan dari sudut pemahaman terhadap perlembagaan gabungan itu kerana menjadi pihak yang terlibat dalam merangka dokumen tersebut sejak awal penubuhan PN.

“Bersatu sangat memahami peruntukan dalam perlembagaan PN termasuk kuasa Majlis Tertinggi dan Majlis Presiden.

“Segala keputusan seperti menyingkirkan Bersatu daripada PN, menerima parti baharu sebagai anggota atau memuktamadkan senarai calon pilihan raya perlu dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan,” katanya.

Dr Mohd Yusri berkata, sebarang keputusan yang dianggap bercanggah atau melanggar perlembagaan PN boleh dijadikan asas oleh Bersatu untuk mencabar tindakan tersebut.

Menurutnya, antara langkah yang boleh diambil ialah mengemukakan aduan kepada ROS bagi menyiasat perjalanan dan pengurusan gabungan berkenaan.

“Jika aduan itu mempunyai asas, ROS boleh menjalankan siasatan termasuk menggantung sementara PN.

“Dalam keadaan yang lebih serius dan tiada penyelesaian dicapai, senario paling buruk ialah PN boleh dibubarkan atau pendaftarannya dibatalkan,” katanya.

Beliau berpandangan bahawa Bersatu mungkin tidak mempunyai banyak perkara untuk dipertahankan sekiranya hubungan dengan Pas terus meruncing.

“Jika mereka tidak boleh memiliki PN, mereka tidak akan membiarkan PN jatuh ke tangan pihak lain.

“Jika gagal mencapai situasi menang-menang, pilihan yang tinggal mungkin menjadi kalah-kalah. Bagi Bersatu, situasi kalah-menang bukan pilihan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika hubungan antara Pas dan Bersatu terus menjadi perhatian pemerhati politik susulan pelbagai perkembangan yang menimbulkan persoalan mengenai masa depan PN sebagai gabungan pembangkang utama negara.


"JANGAN CAKAP BESAR, LEPAS PRN KENA GABUNG BALIK JUGAK" ! LOKMAN RESPON ONN ?


 

PM Anwar Ibrahim bertemu Presiden Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia


 

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Russia-ASEAN Business Forum


 

Hadapi Cabaran Global, Kerjasama ASEAN-Rusia Perlu Diperkukuh – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KAZAN, 17 Jun – Keperluan memperkukuh kerjasama strategik antara ASEAN dan Rusia bagi mendepani cabaran geopolitik serta ketidaktentuan ekonomi global yang semakin kompleks, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, dunia kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta persaingan teknologi yang semakin sengit, sekali gus menuntut kerjasama lebih erat antara negara dan bukan tindakan secara bersendirian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN telah membuktikan dirinya sebagai antara rantau ekonomi paling dinamik dan berdaya tahan, berteraskan keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama.

“Dalam semangat sama, ASEAN dan Rusia mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, teknologi digital, pendidikan dan pembangunan bakat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut mengalu-alukan pembangunan ASEAN-Russia Strategic Programme on Trade and Investment Cooperation 2026–2035 yang bakal memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.

“ASEAN akan terus mempertahankan sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berpandukan peraturan yang dipersetujui bersama. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, daya tahan ekonomi mesti diperkukuh tanpa mengorbankan semangat kerjasama,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau menegaskan bahawa setiap persefahaman yang dicapai perlu diterjemahkan kepada tindakan yang mampu menjana peluang, mencipta kemakmuran dan membawa manfaat nyata kepada rakyat.

Perdana Menteri turut memetik kata-kata penyair agung Tatarstan, Abdullah Tukay ketika berucap pada Forum Perniagaan Rusia-ASEAN hari ini, bahawa hanya dengan berkhidmat kepada rakyat, itulah kebahagiaan yang sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


PM Anwar Jawab Pelbagai Persoalan Media Antarabangsa, Dari Politik Hingga Budaya

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KAZAN, 17 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan, daripada kerjasama ASEAN-Rusia dan jaminan bekalan tenaga kepada kesusasteraan Russia dan krisis kemanusiaan di Gaza, daripada media antarabangsa di luar Forum Perniagaan ASEAN-Russia, di sini, hari ini.

Fokus utama perbincangan ialah masa depan hubungan ASEAN-Russia, dengan Anwar menyifatkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak jauh lebih besar daripada tahap pembabitan masa ini.

Terdahulu, ketika berucap pada forum berkenaan, beliau berkata platform seperti Forum Perniagaan ASEAN-Russia membantu memupuk pemahaman dan kerjasama yang lebih erat antara dua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Potensinya amat besar,” kata beliau sambil menambah bahawa walaupun ASEAN mempunyai hubungan ekonomi yang lama dengan negara rakan seperti Amerika Syarikat, China dan India, kerjasama dengan Russia masih belum diterokai sepenuhnya.

Anwar berkata, kerjasama rapat dapat dijalin dalam bidang jaminan bekalan tenaga, keselamatan siber, pertanian, teknologi digital, penyelidikan saintifik dan pendidikan tinggi.

Beliau turut menekankan perkembangan pesat Tatarstan dalam bidang teknologi, sains, penyelidikan, pendidikan dan pertahanan yang membuka peluang kepada kerjasama dan perkongsian ilmu yang lebih luas antara ASEAN dengan Russia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri juga menyifatkan pertemuan beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin baru-baru ini sebagai produktif, terutamanya dalam perbincangan melibatkan kerjasama ekonomi dan keselamatan tenaga.

Sesi soal jawab itu kemudian menjadi lebih santai apabila wartawan bertanyakan tentang lagu Rusia yang sering dipaparkan dalam akaun Instagram Anwar, termasuk Matushka, Zemlya dan Kalinka Malinka.

“Saya suka akan lagu itu, anak-anak saya juga menyukainya, mereka menghafalnya, (tetapi) saya tidak, namun saya menyukai muziknya,” kata beliau yang mengundang senyuman dalam kalangan hadirin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai lagu Rusia kegemaran, Anwar sebaliknya bercakap tentang penghargaannya terhadap kesusasteraan dan puisi Russia.

Anwar berkata, beliau sudah lama meminati karya penulis Rusia seperti Leo Tolstoy, Anton Chekhov dan Boris Pasternak, serta banyak karya sastera mereka diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Perdana Menteri berkata, pertukaran budaya juga sama pentingnya dengan kerjasama ekonomi dan teknologi dalam memperkukuh hubungan antara negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Budaya, puisi, kesusasteraan penting kerana dengan itu anda akan lebih memahami dan memiliki perasaan kasih sayang terhadap manusia. Jika tidak, kita hanya mempunyai teknologi yang sangat penting, namun ia perlu merangkumi keseluruhan bidang,” kata beliau.

Terdahulu, Anwar memulakan ucapannya pada forum berkenaan dengan mendeklamasikan sajak daripada penyair terkenal Tatar, Abdullah Tukay.

Sesi tersebut kemudian beralih kepada hal ehwal antarabangsa, termasuk perkembangan semasa melibatkan Iran dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau telah berhubung dengan beberapa pemimpin termasuk Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang kesemuanya menyokong penyelesaian secara aman terhadap ketegangan yang berlaku.

Sesi itu kemudian diakhiri dengan soalan berkaitan Gaza, isu yang sentiasa dibangkitkan oleh Anwar secara lantang.

Menyifatkan situasi kemanusiaan sebagai kegagalan masyarakat antarabangsa, beliau mengkritik perkara yang dilihatnya sebagai berat sebelah dalam penerapan nilai demokrasi dan prinsip hak asasi manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Anda tidak boleh mempunyai satu sistem yang membenarkan pembunuhan, penyeksaan kanak-kanak dan wanita setiap hari, sedangkan kita hanya duduk tanpa berkata apa-apa,” kata Anwar yang kini dalam lawatan kerja dua hari ke Kazan, ibu kota Tatarstan, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia. – Bernama


GEMPAK! SELURUH MATA PEMIMPIN DUNIA TERTUJU KEPADA PMX DS ANWAR IBRAHIM!


 

PAS dijangka hilang banyak sokongan Melayu-Islam pada PRU16


 

GEMPAK! PERKEMBANGAN KES RASUAH MENARA KUALA LUMPUR BERJUMLAH RM500K SETAHUN UNTUK 15 TAHUN!


 

GEMPAK! POLITIK KETAKUTAN GAGAL! MADANI BERADA DI LANDASAN YANG TEPAT TAHNIAH PMX!


 

PASDAP PUN LAMA



 IDRIS SAGUN


Tabahlah wahai srikandi Islam, Allah memilihmu untuk berhadapan ujian ini kerana untuk angkat darjat mu seperti pejuang srikandi Islam dizaman dulu.. sabarlah.. kerajaan Madanon UMDAP, PANDAP, PKRDAP dan PASDAP  memang zalim, - Ustaz Mat Idris Sagun





𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥, 𝗣𝗨𝗧𝗜𝗡 𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔, 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡










#Kazan : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan Anwar dan Putin turut menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapan Rusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak.


“Mereka juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal,” jelas kenyataan itu.


Berita penuh : https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2569712/


📸 fotoBERNAMA


#BernamaImages 

#BernamaNews 

Anwar Ibrahim





KENYATAAN MEDIA* *RASMI* *SEKRETARIAT GERAK GEMPUR MEDIA SOSIAL RAKYAT MALAYSIA (SEKPUR)* *TEGAS MENOLAK NARATIF JAHAT* *UNTUK* *MENJATUHKAN* *KERAJAAN MADANI*








Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SekPur) ingin menyatakan pendirian tegas berhubung kandungan video yang tular di platform TikTok yang jelas membawa naratif negatif dan berunsur fitnah terhadap Kerajaan MADANI pimpinan YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


SekPur melihat bahawa gerakan ini bukan lagi bersifat kritikan membina, sebaliknya merupakan satu usaha tersusun yang dipercayai digerakkan oleh Rafizi Ramli dan kelompok tertentu dengan niat untuk melemahkan keyakinan rakyat serta menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih secara demokratik.


Matlamat akhir gerakan ini amat jelas — untuk memastikan YAB Perdana Menteri hanya kekal sebagai Perdana Menteri sepenggal, tanpa mengambil kira implikasi besar terhadap kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi negara.


SekPur ingin menegaskan bahawa tindakan sebegini adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keyakinan pelabur, kestabilan pentadbiran serta masa depan rakyat Malaysia secara keseluruhan.


Sehubungan itu, SekPur telah mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan seluruh jentera komunikasi untuk:
Menangkis segala tuduhan tidak berasas dan fitnah yang disebarkan;

Memberi penjelasan berfakta kepada rakyat;
Memastikan naratif yang benar dan tepat terus sampai kepada masyarakat;
Memperkukuh sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan MADANI.


SekPur juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik sempit yang hanya bertujuan merosakkan kestabilan negara demi kepentingan peribadi dan kelompok tertentu.


Hakikatnya, dalam suasana geopolitik dan ekonomi global yang mencabar ketika ini, negara memerlukan kepimpinan yang berpengalaman, berwibawa dan berintegriti seperti YAB Perdana Menteri untuk terus memacu agenda reformasi dan pembangunan negara.


SekPur akan terus komited mempertahankan kestabilan negara serta menyokong segala usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

*Kestabilan Hari Ini, Jaminan Masa Depan*


Dikeluarkan oleh:
Shahbudin Embun
Pengerusi Biro Politik
Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SekPur)
Tarikh: 18/6/2026

End




PEMBANGKANG ASYIK BERGASAK... EKONOMI TAK SWBUT DAN BINCANG. ASYIK GASAK REBUT JAWATAN. PILIH PEMBANGKANG MAMPUS LA.

 


Norman Daud






Semenjak dua menjak ni saya perasan pembangkang agak kurang menyentuh isu ekonomi, maybe tengah sibuk bergasak sesama sendiri berebut satu logo atau mereka mengakui ekonomi negara sedang dipacu dengan begitu baik oleh DS Anwar Ibrahim 


Biasa yang sentuh pasal ekonomi ni si Eric tu, tapi saya dah tak nampak posting beliau.. maybe dah kena blok atau apa saya tak pasti. Tapi tadi saya perasan satu posting penulisan ahli parlimen Bachok syahir sulaiman yang menyentuh isu statistik kehilangan pekerjaan di negara kita ni. Boleh baca dalam sikirin shot yang saya lampirkan tu.


Baru baru ini saya ada join satu sesi taklimat zoom bersama tuan Nurhisham Hussein (penasihat ekonomi Jabatan Perdana Menteri) mengenai kedudukan ekonomi negara dan keterjaminan tenaga negara pada masa ini. Terima kasih kepada YBM komunikasi Fahmi Fadzil kerana berusaha mengadakan sesi taklimat yang sangat bermanafaat ini.


Dalam sesi itu, saya ada bertanya mengenai statistik pemberhentian pekerja yang meningkat ni kepada beliau dan beliau telah menjawab dengan jelas. Jadi saya cuba share semula jawapan beliau mengikut kefahaman saya dan data yang diambil dari DOSM.


Pertama, betul bahawa angka 7,057 kehilangan pekerjaan pada April dan 38,953 untuk Januari–Mei 2026 adalah data yang dilaporkan kerajaan melalui EIS PERKESO. Itu bukan angka rekaan. 


Tetapi penting untuk difahami angka ini adalah retrenchment / kehilangan pekerjaan berdaftar, bukan jumlah keseluruhan perubahan dalam pasaran buruh.


Dalam masa yang sama, data rasmi DOSM menunjukkan sesuatu yang sering diabaikan oleh orang politik


Jumlah pekerja masih meningkat kepada 16.82 juta pada April 2026 


Kadar pengangguran kekal sekitar 3.0% (stabil, bukan melonjak) 


Tenaga kerja keseluruhan juga meningkat kepada 17.33 juta 


Maksudnya apa secara mudah?


Ekonomi sedang mengalami dua pergerakan serentak iaitu


Ada sektor yang mengecil (sebab kos, automasi, restructuring global)


Ada sektor yang berkembang dan mengambil pekerja baharu


Sebab itu angka “hilang kerja” tidak boleh dibaca secara standalone tanpa melihat “pekerjaan baru diwujudkan”.


Kedua, dari sudut struktur, pola yang berlaku sekarang bukan krisis pengangguran besar-besaran, tetapi “job churn economy” -->

Syarikat tutup atau restructure → retrenchment berlaku


Syarikat lain (terutama servis, digital, E&E, GBS) → ambil pekerja baharu


Akhirnya net employment masih positif atau stabil

Ini juga sebab kenapa DOSM masih melaporkan pertumbuhan pekerjaan walaupun ada retrenchment bulanan.


Ketiga, isu yang Syahir sentuh tentang kos sara hidup dan underemployment itu tidak ditolak  tetapi ia isu berbeza daripada “ekonomi gagal”.


Realitinya:


Inflasi Malaysia sekitar 1–2% (terkawal) 


Inflasi Malaysia bagi 2026 setakat ini:


Januari 2026: 1.6% 

Februari 2026: 1.4% 

Mac 2026: 1.7% 

April 2026: 1.9% 


Maksudnya, walaupun terdapat sedikit kenaikan, inflasi masih berada di bawah 2%, iaitu antara kadar yang paling rendah di rantau ASEAN. Pada April 2026, Malaysia (1.9%) mencatat inflasi lebih rendah daripada Filipina (7.2%), Vietnam (5.5%), Thailand (2.9%), Korea Selatan (2.6%) dan Indonesia (2.4%). 


Tetapi Syahir ada satu point yang Valid. Inflasi rendah tidak semestinya bermaksud rakyat tidak tertekan.


Sebagai contoh, dalam data DOSM sendiri, kumpulan yang terus mencatat kenaikan lebih tinggi ialah:


Pendidikan: 2.4%

Restoran dan penginapan: 2.6%

Perumahan, air dan utiliti: 1.1%

Perkhidmatan kewangan dan insurans: 4.9% 


Sebab itu ramai rakyat masih rasa "barang mahal" walaupun inflasi rasmi rendah. Inflasi mengukur kadar kenaikan harga, bukannya tahap harga. Kalau harga sudah naik tinggi pada tahun-tahun lepas, inflasi rendah cuma bermaksud harga masih naik tetapi lebih perlahan.


Walaubagaimanapun kerajaan berusaha melawan impak inflasi ini dengan menaikkan gaji minimum kepada RM1700, menaikkan gaji kakitangan awam , Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan kawalan harga barangan asas.


Tak adillah kalau syahir cakap kerajaan mengabaikan isu tangga gaji sedangkan usaha telah dilakukan dan rakyat menikmati hasil kenaikan gaji ini.


soal hutang isi rumah dan BNPL , ini bukan fenomena Malaysia sahaja. Ini trend global pasca pandemik. Bezanya, Bank Negara Malaysia sudah mula mengetatkan pemantauan dan garis panduan. Itu tanda sistem kita responsif, bukan gagal.


 dakwaan kerajaan hanya “mengulas berita ekonomi” jelas tidak adil. Reformasi struktur seperti NIMP 2030, NETR, dan kerangka Ekonomi MADANI sedang berjalan ,  ini bukan polisi sehari dua dah nampak hasil, tetapi perubahan asas ekonomi negara untuk 10-20 tahun akan datang.


Ya, angka retrenchment perlu diberi perhatian dan setiap kes mewakili kesan kepada keluarga. Tetapi data rasmi menunjukkan pasaran buruh masih berkembang, pengangguran stabil, dan pekerjaan baharu masih lebih besar daripada kehilangan pekerjaan dalam banyak sektor. 


Isunya bukan ekonomi negara kita gagal, tetapi peralihan struktur ekonomi yang sedang berlaku.


Dunia sedang bergerak..




BEREBUT PULAK JENAMA PARTI. RAZI JIDIN PATUT TERIAK TARIK BALIK TARIK BALIK

 [EDARAN SEGERA]





Kenyataan Media

Pengerusi Perikatan Nasional


Bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI), dan (VII) Perlembagaan Perikatan Nasional, maka dengan ini saya mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran Perikatan Nasional, berkuatkuasa serta – merta, seperti berikut:


i) Ketua Pengarah Pilihan Raya, YB Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin telah diberhentikan perkhidmatan, dan digantikan dengan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor;


ii) Bendahari, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor telah diberhentikan perkhidmatan, dan digantikan dengan Tuan Subramaniam A/L Surunaryan; dan


iii) Timbalan Setiausaha Agung, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali telah diberhentikan perkhidmatan, bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Perikatan Nasional.


Suatu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi Perikatan Nasional.


Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Pengerusi Perikatan Nasional


Bertarikh: 17 Jun 2026




BERAPA BILLION DAH BAWA MASUK ATAU LECAH BELAH UMAT ISLAM


 

Kisah pegawai bank yang berhenti kerja,just utk menjadi pemain bolasepak..

 







Kisah pegawai bank yg berhenti kerja,just utk menjadi pemain bolasepak..

Tahu tak kalian ada satu kisah yang menggemparkan seluruh dunia semalam?

Kisah seorang penjaga gol berusia 40 tahun yang bernama Vozinha, dari negara Cape Verde. Satu dunia sedang bercakap tentang penjaga gol ini.

Sebelum ini, tiada siapa kenal nama Vozinha. Namun sejak semalam, namanya disebut di seluruh dunia kerana kehebatannya di usia 40 tahun.

Yang menjadikan beliau buah mulut dunia, apabila beliau menyelamatkan 27 cubaan gol dari negara gergasi bola sepak, Sepanyol.

Vozinha merupakan bekas pegawai bank. Terjun ke dunia bola sepak secara professional pada usia 25 tahun.

Dia bermula di liga tempatan Cape Verde sebelum ke Moldova, Liga Portugal, Cyprus, Slovakia dan kini kembali ke Liga Portugal.

Beliau terpilih menjadi penjaga gol utama negara Cape Verde di usia 40 tahun, mewakili negara kecilnya yang hanya ada penduduk sekitar 500,000 orang sahaja.

Bila jadual perlawanan Piala Dunia menunjukkan Sepanyol akan melawan negara kecil yang tak terkenal, majoriti peminat bola sepak dunia meramalkan Sepanyol boleh menang mudah.

Namun aksi Vozinha sangat mengagumkan apabila berjaya menyelamatkan semua 27 cubaan gol dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0:0.

Beliau dinobatkan sebagai Player Of The Match semalam.

Sebaik perlawanan tamat, airmata laju mencurah-curah dan beliau berkata beliau rindukan datuk dan neneknya yang membesarkan beliau sejak dari kecil.

Sayangnya datuk dan neneknya tidak dapat melihat beliau beraksi dengan cemerlang hingga dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan kerana meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Beliau juga menangis kerana tak dapat bawa ibunya tonton perlawanan tersebut kerana tak mampu tanggung kos tiket dan visa yang mahal.

Airmata kejujuran Vozinha menyentuh hati jutaan peminat bola sepak sehinggakan TV Brazil mengajak penonton untuk follow akaun Insta Vozinha.

Hasilnya, kurang 24 jam Vozinha mendapat lebih 7.5 juta followers, padahal kelmarin followers beliau sekitar 55,000 orang sahaja. Peningkatan lebih 100 kali ganda dalam masa kurang 24 jam!

Kisah Vozinha menjadi inspirasi kepada ramai orang. Disaat ramai mula berputus asa bila asyik gagal, Vozinha membuktikan di usia 40 tahun beliau berjaya menggegarkan dunia dengan ketangkasan dan kejujurannya.

Kredit : #MFS




RAMAL LA SANGAT.. KO JAGA NEGERI PUN TAK SETARA MANA.


 

Che Ibrahim


PERLUKAH PRU 16 DISEGERAKAN? 



Penggal Parlimen PRU 15 akan berakhir pada 18 Dis 2027. PRU ke 16 wajib diadakan dalam tempoh 60 dari tarikh tersebut @ sebelum 18 Feb 2028.


Saya menjangkakan PMX tidak ada keperluan untuk memanggil PRU 16 dalam tahun ini atau awal 2027.


Masa paling relevan ialah selepas Bajet 2028 iaitu sekitar akhir Oktober 2027.



Minggu lepas cakap pasal nak memposisikan agamawan, minggu ni terus jadi!


Syam Ghaz


 Minggu lepas cakap pasal nak memposisikan agamawan, minggu ni terus jadi!






Sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1448H kalini, JKOM terus anjurkan program penghayatan nilai nilai Islam dengan menjemput Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi bin Dato’ Mursyid Diraja Al-Marhum Syeikh Tajuddin Al-Jarumi bagi menyampaikan tazkirah agama dan solat hajat sempena tahun baru Islam kalini.


Minggu lepas saya kata nak posisikan Asatizah, minggu ni terus jadi. Terima kasih di atas #teamwork JKOM kalini, cuti-cuti pun sempat bantu yang mana boleh.


Kita akan susun seluruh Negara kalini, asatizah berminat nak masuk tv, radio, surat khabar, podcast dll boleh pm untuk bekerjasama.


InsyaAllah program sebergini kita akan buat setiap minggu di pejabat seluruh secara online/offline.


Sama-sama kita lakukan HIJRAH ke arah kebaikan tahun ini.


JKOM 4.0 jalan terus, reform habis-habisan!


Nota: tulisan yg skema buku di fb rasmi nanti lah👌 ni fb personal, saya tak mahu jadi manusia fake, dan suka jadi diri saya sendiri.




SILAP NYA ANWAR



Mohd Asni Izuwan







1- Silap nya Anwar Ibrahim, tidak membuat pembersihan total terhadap kepala-kepala agensi penentu dasar. Mengikut tradisi politik lama, langkah wajib sebaik sahaja angkat sumpah kepimpinan ialah cantas dan rombak serta-merta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha (KSU), Pesuruhjaya SPRM, Peguam Negara, Pengarah dan pengerusi GLC. Tukar semua dengan orang parti yang tegar supaya semua keputusan boleh dikawal dari atas. Tapi Anwar silap besar untuk kekalkan birokrat lama yang profesional. Akibatnya, ada dalam kalangan "kepala" ini yang depan sahaja senyum tunjuk setia, tapi di belakang sibuk mengutuk dan sabotaj dasar kerajaan secara halus sebab sudah hilang kepentingan kontrak lama dan kroni-kroni mereka.


2- Silap nya Anwar, tidak memberikan cengkaman kuku besi kepada sistem birokrasinya. Ikut amalan Perdana Menteri dulu, mereka tahu ramai penjawat awam yang masuk kerja dan naik pangkat sebab ada kabel politik serta kepentingan parti tertentu. Seharusnya Anwar guna kuasa eksekutif untuk bersihkan unsur "kabel" ini supaya tidak disabotaj dari dalam. Tapi memilih untuk mengiktiraf mereka secara profesional, meluluskan pelarasan kenaikan gaji tertinggi dalam sejarah sehingga 15 peratus melalui SSPA, malah melambakkan bonus insentif tunai. Malangnya, bagi segelintir kelompok birokrasi ini, mereka tetap merindui "zaman keselesaan" dahulu di mana kabel politik mereka berkuasa penuh untuk mudahkan urusan kontrak. Sebahagian daripada mereka di depan tersenyum mengambil bonus, tetapi di belakang sibuk mengutuk demi kiblat politik lama mereka.


3- Silap nya Anwar, tidak menyekat kebebasan bersuara dan terlalu membiarkan demokrasi terbuka luas. Mengikut formula pemimpin zaman dahulu, sesiapa yang berani kritik atau mempersoalkan dasar kerajaan pasti akan menerima ketukan pintu rumah oleh pihak berkuasa di tengah malam dan segelintir ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa sebarang perbicaraan. Anwar menghapuskan budaya ketakutan mengkritik rakyat kepada kerajaan, daripada petani di bendang, penjual ikan di pasar, sampailah ke golongan korporat, semuanya boleh mengutuk Anwar secara "kaw-kaw" di media sosial tanpa rasa takut. Malah, apabila ada akaun media sosial yang disekat kerana melanggar garis panduan, pemiliknya boleh berkumpul bila-bila masa membuat demonstrasi protes secara terbuka di dalam bangunan kerajaan sekali pun tanpa lori water cannon datang menyembur air dan bimbangkan serbuan FRU. Anwar memberi ruang demokrasi yang terlalu luas, sehinggakan ada yang menyalah gunakan.


4- Silap nya Anwar, dengan memberikan talian hayat dan mengangkat pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kabinet. Selepas BN ditolak hebat oleh rakyat pada PRU lalu, langkah politik Anwar seharusnya terus menekan dan melubangkan terus parti tersebut agar gagal di lihat relevan terus dari landskap politik. Namun, Anwar memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pimpinan yang sanggup bekerja untuk rakyat, termasuk mengangkat pemimpin BN menyertai pentadbiran demi kestabilan negara. Langkah ini memberi peluang kepada rakyat untuk melihat bahawa masih ada pimpinan BN yang mampu menjalankan tugas kerajaan dengan baik. Biar pun ada yang menegur wujud kalangan pimpinan yang diberikan peluang itu mula mengatur catur kuasa di belakang Anwar demi agenda politik peribadi mereka kembali.


5- Silap nya Anwar, dengan menyalurkan peruntukan yang besar kepada negeri-negeri pembangkang. Mengikut amalan kerajaan dulu-dulu, formula mereka sangat mudah dan kejam, jika sesebuah negeri itu tidak menyokong kerajaan pusat, sekat semua dana pembangunan mereka ! Jangan bagi royalti dan biarkan rakyat di sana menderita supaya rakyat melihat kepimpinan Menteri Besar mereka gagal. Namun, Anwar melanggar tradisi kuku besi ini dengan meluluskan peruntukan pembangunan yang jauh lebih tinggi dan besar kepada Kelantan, Terengganu, Kedah, and Perlis atas dasar keadilan hak rakyat. Tindakan Anwar ini dianggap satu kerugian politik sendiri kerana memberi keselesaan kepada pentadbiran pembangkang, walaupun pada akhirnya kelebihan itu di gunakan pemimpin tersebut untuk mendabik dada seolah-olah itu hasil usaha mereka sendiri.


6- Silap nya Anwar, tidak menyuap kroni-kroni korporat dan tidak mahu mengunci kontrak kerajaan untuk pihak tertentu sahaja. Pemerintah zaman dulu sangat pandai menjaga kantung politik parti, projek-projek bernilai ratusan juta akan dianugerahkan secara rundingan terus kepada syarikat "pilihan" tanpa perlu bersaing. Anwar buat silap besar apabila membuka tender secara telus melalui sistem kontrak terbuka, membolehkan mana-mana usahawan tempatan yang layak dan menawarkan harga terbaik untuk memenangi projek tanpa memerlukan kabel politik. Tambah malang, bantuan-bantuan perniagaan tidak lagi disalurkan mengikut warna bendera parti, sebaliknya disasarkan secara meluas dan adil kepada semua peniaga kecil yang benar-benar memerlukan modal untuk kelangsungan hidup.


7- Silap nya Anwar, tidak menjaga agensi penguatkuasaan di lapangan demi kepentingan politik peribadi. Dulu, ada ketikanya penguatkuasa lapangan boleh pejam sebelah mata terhadap ketirisan sekiranya ada "komisen tetap" bulanan masuk ke dalam pocket mereka, menyebabkan harga barang melambung dan peniaga besar bebas memonopoli pasaran. Langkah Anwar ialah mengarahkan agensi seperti KPDN untuk melancarkan operasi membanteras sorokan barang serta kawalan harga secara agresif tanpa henti. Tindakan tegas membanteras rasuah di peringkat lapangan ini menutup periuk nasi pegawai yang korup, walaupun tindakan luar biasa ini berjaya menyelamatkan pengguna marhaen daripada menjadi mangsa manipulasi harga dan kehilangan bekalan barang keperluan harian.


8- Silap nya Anwar, terlalu bertegas memburu dan membersihkan isu lambakan warga asing demi kedaulatan tempatan. Mengikut amalan lama, isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) sering dibiarkan berlarutan kerana ada pihak tertentu dari penguasa politik yang mengaut keuntungan atas angin melalui urusan pengalihan tenaga kerja dan kemasukan tidak sah. Anwar pula mengarahkan operasi penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran untuk membersihkan kawasan lubuk warga asing, menyita perniagaan haram mereka, dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Langkah drastik ini dianggap kesilapan publisiti oleh sesetengah pihak kerana mengganggu ekosistem perniagaan murah, namun ia sebenarnya mengembalikan peluang pekerjaan dan keselamatan komuniti setempat kepada rakyat tempatan yang sudah lama terhimpit.


9- Silap nya Anwar, memberi agihaan dan membuat pengstrukturan semula Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga menghapuskan kuasa dan birokrasi politik dari japerun sehingga ke peringkat kampung. Zaman BR1M dulu, kalau rakyat miskin nak dapatkan bantuan tunai, mereka dipaksa mendapatkan cop pengesahan daripada Japerun atau JPKK. Waktu itu, staff Japerun dan PengeruiJPKK berlagak mengalahkan menteri kerana mereka memegang kuasa veto untuk menentukan siapa yang "layak" terima bantuan berdasarkan kesetiaan politik. Anwar membuat kesilapan besar dengan mendigitalisasikan sistem STR, bantuan dikreditkan terus ke akaun bank atau MyKad penerima secara automatik. Reformasi ini menyebabkan benteng birokrasi poltik hilang taring sehinggakan hari ini ada pengerusi JPKK pula yang terpaksa ketuk rumah ke rumah membawa cop semata-mata untuk menawarkan khidmat menandatangani dokumen bagi pihak rakyat supaya rakyat melihat mereka rajin berkhidmat, sekali gus memulihkan semula maruah rakyat marhaen daripada terus menjadi pengemis bantuan dari kroni politik.


 10- Silap nya Anwar, membelanjakan dana negara untuk membaiki fasiliti tandas dan asrama sekolah daif luar bandar. Ia bukan strategi publisiti politik, kerana tidak membawa keuntungan imej jangka panjang ! Mana ada orang nak puji PM sebab memperuntukkan ratusan juta ringgit semata-mata nak baiki tandas sekolah anak-anak itu pula tidak layak mengundi, dan yang rosak atau selenggara asrama luar bandar di Sabah dan Sarawak yang daif. PM dulu lebih suka membina bangunan pencakar langit yang gah atau projek mega bernilai bilion ringgit untuk di papar kan ke media bahawa negara sedang maju bertaraf dunia. Tetapi Anwar memilih untuk menyelesaikan masalah asas fizikal pendidikan yang sudah lama terbengkalai dan berkarat, memastikan anak-anak golongan miskin mendapat ekosistem belajar yang selesa.


11- Silap nya Anwar, tidak mendidik rakyat untuk "redha" dengan ketiadaan barang keperluan harian di pasaran. Zaman dulu, bila berlaku isu rantaian global, rakyat dipaksa faham kenapa minyak masak botol tiba-tiba hilang, kenapa tepung gandum naik harga, atau kenapa gula perlu di catu kononnya atas alasan supply and demand bermusim. Tapi era Anwar ini, kerajaan begitu sibuk menstabilkan harga pasaran, sehingga Menteri sendiri bercucuk tanam di laman rumah untuk melihat kualiti barang dan memastikan bekalan barang asas sentiasa cukup atas rak kedai sepanjang masa. Malah, dalam isu bahan bakar global yang bergolak, walaupun ada pelarasan penyasaran subsidi di meter pam, rakyat tetap membayar pada kadar harga bersubsidi yang stabil tanpa perlu pening kepala menghadap proses turun naik harga mingguan yang mendadak seperti zaman dahulu. Anwar seharusnya membiar rakyat hidup dalam panik apabila kehabisan bekalan seperti negara serantau lain.


12- Silap nya Anwar, beliau tidak menjaga kepentingan taikun politik dan multi billionaire demi talian hayat kuasanya. Buku panduan politik lama mengajar bahawa untuk kekal berkuasa selamanya, PM mesti mengutamakan kepentingan tauke besar dan jutawan korporat supaya dana politik sentiasa masuk berbilion ringgit sebagai pelindung nyawa parti. Tapi Anwar buat silap besar dengan mengabaikan mereka, memotong kontrak golongan T20, serta mengetatkan tatakelola dana negara. Beliau sebaliknya menghabiskan seluruh masa, tenaga, dan dana negara untuk sibuk menjaga rakyat marhaen, golongan petani, nelayan, dan orang susah di luar bandar yang langsung tidak mempunyai dana untuk membiayai empayar politik beliau.




MANA SATU LA KORANG NIH...

 



Demi memperkukuh Perikatan Nasional dan mempersiapkan organisasi menghadapi cabaran mendatang, beberapa penstrukturan pentadbiran telah diputuskan berkuat kuasa serta-merta.