ZAABA PATRIOT MELAYU TAPI TIDAK BENCI CINA

 

DH KD HARON


Menteri Cina perform tetapi mereka paling dibenci.


ZAABA PATRIOT MELAYU TAPI TIDAK BENCI CINA


Saya tidak boleh menipu dan tanpa prejudis utk mengatakan keempat empat Menteri Kabinet berbangsa Cina Kerajaan Perpaduan iaitu Steven Sim, Anthony Loke, Hannah Yeoh dan Nga Kor Ming sgt perform. 


Malah Sultan Johor dan TMJ sendiri memuji Menteri Anthony Loke dan Hanna Yeoh. Jika saya ditanya 10 Menteri terbaik…top 5 adalah keempat empat mereka ini.


Empat Menteri berbangsa Cina ini mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan. Gaya kerja mereka sgt efektif, agresif dan proaktif. 


Ada sahaja mereka lakukan yg tidak terfikir oleh kita lakukan sebelum ini. Utk Menteri berbangsa Cina Kerjaaan Perpaduan saya memilih YB Steven Sim yg terbaik. 


Lalu saya tertanya tanya kenapa org Melayu bencikan kaum Cina? Kebencian ini semakin menjadi jadi apabila pembangkang era skg menjadikan perkauman sebagai modal politik menghasut pemikiran org Melayu menyokong mereka.


Kebencian itu ada yg berbentuk ekstrim hingga membawa kelucuan. Fitnah paling teruk terhadap org Cina apabila jeruk masin dikatakan tahi hidung Cina😀 


Masa sekolah rendah saya antara yg percaya fitnah itu. Bila dah dewasa lucu bila terfikir, bagaimana la pengilang terpaksa tunggu Uncle2 Cina korek hidung utk pasarkan produk mereka.


Zaaba insan yg saya kagumi dan byk mengenalinya melalui penulisan beliau. Beliau sgt patriotik kpd bangsanya sendiri dan paling terpenting buat saya beliau sgt genius.


Beliau menjadi pencetus pada peletakan asas sistem bahasa Melayu baharu, sama ada dari sudut ejaan, tatabahasa mahupun retorik.


Tapi jika kita membaca buku penulisannya, beliau tidak pernah kritik bangsa Cina tetapi mengkritik bangsanya sendiri. Beliau sgt positif dgn mengajak org Melayu berfikir di mana kelemahan bangsa ini sebelum menyalahkan org lain.


Zaaba berkata, rupa tidak boleh diubah tetapi perangai boleh. Perangai org Melayu bergantung kpd diri sendiri ( Tajuk buku popularnya). Org lain tidak mampu mengubahnya melain diri sendiri.


Kita lihat bangsa Cina berjaya tetapi mengapa kita tidak mahu melihat bagaimana mereka berjaya. Mereka bekerja kuat, berani serta berfikir di luar kotak.


Pemilik Genting contohnya, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pernah dikata gila apabila ingin membina hotel di atas puncak Gunung Tahan. Akhirnya kegilaannya itu beliau menjadi ‘billionair’.


Saya pernah belajar di Sekolah Anglo Chinese School.  Saya melihat ada kawan Cina yg nakal dan ada yg baik. Ada yg kaya dan ada yg miskin. Ada yg pandai atau tercorot keputusan peperiksaan di dlm kelas. 


Maksudnya mereka juga manusia biasa seperti org Melayu. Bezanya bangsa Cina ini terkenal dgn sikap rajin bekerja.


Tapi kenapa kita anti dgn bangsa ini seolah olah mereka menyebabkan org Melayu mundur. Sdgkan bukan sahaja bangsa Cina tetapi bangsa India juga telah mengubah nasib hidup mereka jauh lebih baik dari bangsa Melayu.


Dari kehidupan di dlm estet bangsa India menguasai bidang guaman. Malah profesion sebagai Dr di kalangan bangsa India semakin ramai. Mereka keluar dari zaman kegelapan sebagai pekerja buruh kpd pekerjaan profesional.


Saya tidak menafikan bangsa Cina jauh lebih maju dari org Melayu terutama dari segi ekonomi. Namun adakah disebabkan itu kita terpaksa memusuhi mereka.


Apakah org bukan Melayu yg mahu dipersalahkan menyebabkan org Melayu tidak sehebat kaum lain di negara ini?


Kdg2 saya bersetuju dgn Tun Mahathir yg menegur sikap org Melayu seperti teguran Abdullah Mursyi dan Zaaba. Adakah kita perlu menjadi Zaaba mengkritik bangsa kita sendiri dahulu utk mengubah nasib kaum ini.


Soalnya mengapa org Melayu masih ketinggalan?

Parti2 Melayu sering menggunakan slogan atau konsep ‘ketuanan Melayu’ sedangkan org Melayu jauh lebih mundur dari kaum lain di negara ini. 


Kita terpekik dan terlolong ‘Hidup Melayu, Hidup Melayu’. Kemudian kita mengatakan bahawa kaum Cina adalah pendatang. 


Persoalannya adakah kita akan maju dan berjaya dgn hanya melaungkan hidup Melayu dan Cina pendatang? Perlu diingat mereka bukan pendatang tetapi rakyat Malaysia yg sah.


Slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Cina Pendatang’ ini tidak akan mengubah kedudukan org Melayu yg masih mundur ini. Jgn ambil jalan ‘short cut’ dgn menyalahkan org lain ( bangsa lain ).


Pendeta Zaaba tidak menyalahkan org Cina seperti biasa disuarakan oleh para pejuang atau politikus Melayu. Malah beliau menyeru supaya org Melayu mencontohi gaya kerja dan kehidupan org Cina yg menyebababkan mereka maju.


Zaaba seolah memberitahu kita perangai org Melayu memang terkenal suka berhasa dengki. Dia malas bekerja tetapi jika org lain berjaya dia akn hasad dengki walaupun sesama kaum malah dlm keluarga sendiri juga berlaku.


Dlm beragama Zaaba sgt benci dgn sikap org Melayu yg mudah taklid buta kpd apa yg didengar. Tidak mahu berfikir apa yg diajar adakah benar atau tidak. Zaaba mengkritik pengajaran agama yg mengumpan pahala syurga. 


Pendek kata kita kena lihat kelemahan diri kita sendiri. Org Melayu ada duit sikit berkereta besar, melancong sana sini dan terpaling ‘showoff’ kekayaanya di media sosial.


Tapi bila jatuh susah mulalah merayu meminta tolong utk membantunya sdgkan ketika senang dia tidak pernah beringat utk menabung jika berlaku kesusahan. Ini sikap org Melayu yg terkenal ‘biar papa asal bergaya.’


Sdgkan begitu ramai jutawan hebat berbangsa Cina melindungi kekayaan mereka. Pakaian simple sahaja tetapi wang berjuta di bank. Itu beza Cina yg sgt kaya dgn Melayu yg acah2 kaya.


Jadi cukup2lah kambing hitam org Cina dan politician mereka hanya kerana kerakusan kita dan kelemahan kita menguruskan negara atau negeri.


Yg berikan tanah2 berpuluh ribu ekar itu bangsa Melayu. Yg begitu byk dijatuhkan hukuman rasuah adalah bangsa Melayu. Yg berikan ribuan tanah Musang King dan Hutan Pembalakan itu adalah bangsa Melayu. Ya mudah ada kuasa ambil rasuah tak berpeluh peluh bekerja utk kaya.


Ingat bangsaku… ‘ Jgn kita yg malas bekerja ( berusaha ) utk kaya, lalu kita makan rasuah. Jgn kerana kita yg malas bekerja kita salahkan Cha Ya Nun Alif..



LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN HASIL PADI NEGARA

 


Sebagai langkah proaktif, pada tahun ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berazam untuk menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara. Perubahan ini kita gelarkan "Gelombang Padi".


𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀: Memperkenalkan Dasar Baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS). Antara usaha yang akan dilaksanakan adalah:


▶️ Menambah keluasan kawasan dengan mengambil kira pelaksanaan Program Lima Musim Penanaman Padi Dalam Tempoh Dua Tahun atau 5:2.


▶️ Mewujudkan stokpail benih negara dengan tambahan penggunaan tiga (3) beg benih padi sehektar.


▶️ Menggalakkan penggunaan benih padi sah oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.


▶️ Pada masa ini, Insentif Benih Padi Sah (IBPS) hanya dilaksanakan di Semenanjung sahaja. Pada tahun ini, Kementerian merancang untuk memperluaskan pelaksanaan ke Negeri Sabah dan Sarawak yang mengambil kira keluasan sebanyak 50,000 hektar denngan melibatkan pertambahan 7,000 tan metrik benih padi sah.


▶️ Dari segi teknologi, kita akan memperkenalkan Sistem Pengesanan IBPS yang akan dibangunkan bersama SIRIM Berhad.


▶️ Bagi tujuan kawalan, Kementerian akan memperkenalkan pembungkusan kampit beg IBPS yang baharu.


▶️ Kita juga akan menggiatkan usaha bagi membawa benih padi dari luar negara yang mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan berkualiti.


▶️ Kementerian merancang untuk membangunkan kemudahan infrastruktur untuk kawasan benih padi asas yang dikeluarkan oleh pihak MARDI.



SAH! SANUSI KALAH DI MAHKAMAH?

Eloklah Sarawak dapat Yang Dipertua Negeri yang baru.

 

Eloklah Sarawak dapat Yang Dipertua Negeri yang baru. 



****************

WAN Junaidi Tuanku Jaafar mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan, seperti yang ditunjukkan dalam surat peletakan jawatannya yang dilihat oleh The Malaysian Insight.


Difahamkan beliau akan mendapat watikah pelantikannya tidak lama lagi dan kemudian mengangkat jawatan itu bagi menggantikan Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak sejak Mac 2014.


Wan Junaidi yang berusia 79 tahun pada 1 Februari merupakan bekas pegawai polis yang kemudiannya menjadi peguam dan aktif dalam politik. Beliau menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dan senator Dewan Negara ke-19 sejak Jun 2023.


Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022 apabila kerajaan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Santubong dari Mac 2004 hingga November 2022 dan sebelum itu sebagai ahli Parlimen Batang Lupar dari Oktober 1990 hingga Mac 2004 di bawah parti pemerintah Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan dahulunya gabungan BN.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Mac 2020 hingga Ogos 2021 apabila kerajaan itu tumbang.


Wan Junaidi juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam pentadbiran BN di bawah bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas menteri Ahmad Zahid Hamidi dari Mei 2013 hingga Julai 2015 serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari April 2008 hingga April 2013. – 19 Januari, 2024.



RENTASAN 1530 | GEMPAR!! TUN DAIM CABAR SIASATAN SPRM?




MENARIK DALAM RENTASAN 1530
1. TIDAK HILANG BISA ULAR MENYUSUR AKAR 2. MENTERI BESAR SERBA TAHU 3. KAIN YANG DISELAK, DADA YANG TERBUKA

\



SPRM SAHKAN SIASAT ANAK TUN MAHATHIR, DIARAH ISYTIHAR KEKAYAAN DALAM TEMPOH 30 HARI

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan perintah notis kepada ahli perniagaan Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan aset dalam tempoh 30 hari, dalam siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata notis itu diserahkan Mirzan – yang merupakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad – semalam ketika dia hadir di ibu pejabat suruhanjaya antirasuah berkenaan di Putrajaya.

“SPRM mengesahkan telah memanggil ahli perniagaan, Mirzan bin Mahathir semalam ke Ibu Pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Mirzan hadir ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi semalam dan satu perintah notis telah disampaikan kepada beliau di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 yang mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut,” kata SPRM.

Jelas SPRM, perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan mereka berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaan Mirzan yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).



Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM berkata pihak mereka memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora juga Kertas Panama.

“Sehingga kini, seramai 10 saksi telah dipanggil bagi tujuan dirakam pernyataan serta SPRM sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti-entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan tersebut dan siasatan masih giat dijalankan,” kata suruhanjaya itu.

Kertas Panama merujuk kepada kebocoran besar sebanyak 11.5 juta dokumen yang didedahkan daripada firma guaman yang berpangkalan di Panama pada 2016. Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir.

Kertas Pandora dan Kertas Panama adalah dua pendedahan berasingan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) dengan kerjasama rakan kongsi di seluruh dunia, termasuk Malaysiakini.

Kertas Pandora, yang diterbitkan pada 2019, melibatkan kebocoran 11.9 juta dokumen daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang mengkhusus dalam penubuhan syarikat cengkerang (shell) di kawasan perlindungan cukai.

Kertas Panama yang didedahkan pada tahun 201 melibatkan kebocoran sebahagian besar rekod daripada penyedia perkhidmatan firma guaman Panama Mossack Fonseca.

Firma itu menyediakan perkhidmatan untuk penubuhan entiti di kawasan perlindungan cukai di mana undang-undang privasi sangat ketat sehingga akaun yang ditubuhkan hampir tidak dapat dikesan.

Dalam Kertas Panama, Mirzan telah disenaraikan sebagai telah mendaftarkan firma British Virgin Islands – Sergio International Ltd – pada 2002 tetapi firma itu dianggap tidak aktif pada 2006 dan dihentikan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi wakil Mirzan menafikan penglibatannya dalam Sergio International Ltd atau hubungan firma itu dengan Crescent Group of Companies.

Mirzan pada masa itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat induk dan penasihat kewangan.

Pada 2013, dalam satu lagi siasatan bersama ICIJ, Malaysiakini melaporkan bahawa Mirzan adalah antara kira-kira 1,500 rakyat Malaysia yang mempunyai firma luar pesisir yang berahsia, didedahkan dalam dokumen yang dibocorkan kepada konsortium wartawan pada masa itu.

Dalam kebocoran itu – digelar ‘Secrecy For Sale’ – Mirzan telah disorot memiliki Crescent Energy Ltd, Utara Capital Ltd dan Al Saad Investments Pte Ltd, semuanya berpangkalan di Labuan.

Bidang kuasa luar pesisir seperti BVI dan Panama sering sering digunakan oleh individu bernilai tinggi untuk menyimpan aset mereka.

Walaupun memiliki syarikat luar pesisir tidak menyalahi undang-undang, terdapat tekanan awam untuk lebih ketelusan syarikat dalam amanah yang ditubuhkan dalam bidang kuasa sedemikian, di sana untuk memerangi pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/693599

 

𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗠𝗨𝗦𝗡𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 (𝗗𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡) 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪, 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥𝗜, 𝗘𝗞𝗦𝗧𝗥𝗜𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗟


(Walaun & untit report acc Zusdin Kembali tapi "Go to Hell" un & tit, saya takkan berhenti tulis yg PA$ itu berfikrah KHAWARIJ)


1) SUDAH banyak kali saya tengok video Pak Yus, saya tak komen namun saya akui beliau sangat bijak menyerang lebai, walaun & untit PA$ dengan cara tersendiri. JUJURnya saya melihat Pak Yus sangat memahami kelemahan 𝗣arti 𝗔jakan 𝗦ETAN itu dan bahaya pemikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 dibawa oleh PA$. Dua video yg disertakan saya kira antara yg paling menarik kerana ada persamaan dengan apa yg pernah saya tulis sebelum ini.


2) 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝟭 - Pak Yus menjelaskan bahawa PA$ bukan utk diperbetulkan tapi dimusnahkan. Saya sangat setuju dengan Pak Yus kerana sejak ketiadaan ATGNA memang PA$ rosak teruk, "𝗧𝗼𝘁𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗺𝗮𝗴𝗲" kira "𝗧𝗼𝘁𝗮𝗹 𝗟𝗼𝘀𝘀". 𝗕𝗲𝘆𝗼𝗻𝗱 𝗿𝗲𝗽𝗮𝗶𝗿. Dah banyak kali saya kata : 𝗣𝗔$ 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 - 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪, 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid02dejjY66TewCJrL1hHjZPPi1dbQEubUWdUfihK2TvowxY4inmiywGzrvZTXc7SZxEl


3) Cara mudah hapuskan PA$ ialah dengan mengharamkannya, biar PNganut PA$ daftar parti baru dan Kerajaan HARAMKAN perkataan Islam digunkan pada nama parti. Seperti kata Pak Yus, PA$ memg mengelirukan umat Islam. Parti tu tak ada sumbangan pun pada Islam kerana syiar Islam dikembangkan oleh UMNO dan PMX adalah sebahagian dari tokoh yg menyumbang kpd Islam di negara ini sejak beliau masih muda. Kini sebagai PMX beliau mempunyai peluang menyambung usaha murni memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.


4) Tahukah anda puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘆𝗮𝗸𝗻𝗶 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 sangat marahkan saya apabila saya kerap menulis utk menyedarkan masyarakat bahawa mereka berfikrah KHAWARIJ? Mereka maki hamun saya di mana shj mereka berkesempatan termasuklah report FB acc saya sehingga di ban beberapa hari. Dah lama saya saya tahu puak PA$ ni memg telah MEMBUKTIKAN ciri-ciri KHAWARIJ yg ada pada mereka. Baca : 𝗣𝗔$ 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗨𝗛 𝗦𝗬𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 : 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠??  Link : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/pfbid0mvVsfdYZQspksBDjt2Q2cAVtguxkDQMNygxSLhNcvqNdUhHLyP8tw5fCv5c6oZnTl


5) Selagi wujud PA$ dengan perkataan Islam melekat padanya, puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 itu akan menyalahgunakan perkataan Islam dengan 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗕𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗗𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 KUNUNnya mereka yg memperjuangkan Islam. Abis? Kita org Melayu Islam yg lebih ramai dari ahli PA$ tak perjuangkan Islam? PA$ hanya memperjuangkan parti mereka, 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 shj dgn menunggang agama. Mereka berbohong kununnya demi Islam. Itu satu pembohongan yg besar atas nama Islam. Sungguh memalukan.


6) Berapa byk NGO-NGO yg perjuangkan Islam, gerakan Islam juga sgt byk termasuk ABIM, Tabligh semua nak perjuangkan Islam?? Tapi PA$ mendabik dada menjadi Islam hak eksklusif mereka, malah pernah menganggap pimpinan AMANAH yg keluar dari PA$ seolah-olah keluar dari Islam. 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔$, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝘆𝗴 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 sekaligus memburukkan imej seorg Muslim malah Agama Islam itu sendiri.


7) 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝟮 - Seperti yg sering saya tulis, Pak Yus juga tahu bahawa 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 tidak takut hukum, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡. Mereka tidak rasa takut melakukan dosa mencaci cerca, maki hamun, finah liwat dan melakukan 𝗗𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 SETIAP HARI. Kita bagilah apa peringatan pun dari ayat Al Quran mahupun Hadith Rasulullah SAW sedikit pun mereka tidak takut mengulang-ulang dosa besar itu. 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗡𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮? 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞...!! 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶. Bermakna mereka bersetongkol memaki hamun dan mengkafirkan org, cuma enggan mengakui.


8.) Pemikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 terkait rapat dgn sikap 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪, 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥𝗜, 𝗘𝗞𝗦𝗧𝗥𝗜𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗟. Seperti kata Pak Yus walaun & untit 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 𝗸𝗽𝗱 "𝗜𝗠𝗔𝗠" mereka terutama Chip Lebai. Ini memang ciri 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗬𝗜𝗔𝗛. Mereka 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗔𝗤𝗜𝗗𝗔𝗛𝗸𝗮𝗻 parti mereka satu level dengan Islam sebab itu 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗖𝗵𝗶𝗽 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗴 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗨𝗧𝗨𝗞 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸


9) 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝟯 - Memg benar seperti kata Pak Yus, DS Dr Mujahid Yusof juga menggambarkan betapa ghuluw, taksub dan ekstrim puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 ni kerana 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗔$ 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗤𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗤𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Lalu mereka menganggap jika tidak sokong mereka maka tidak ikut Islam. Jika tidak ikut Islam, jadi 𝗞𝗔𝗙𝗜𝗥, terkeluar dari Islam dan halal darah. Begitulah pemikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 yg "𝘀𝗶𝗺𝗽𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗰".


10) SETIAP hari, penyokong-penyokong PH-BN atau kerajaan Perpaduan MADANI perlu bercakap tentang 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 ini dan mendesak kerajaan mengambil tindakan menghalang pemikiran bahaya ini dengan 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗦𝗡𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 puncanya. PA$ adalah 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗡𝗬𝗔.


TITIK.


- Zus Din 

19012024



Kerajaan Gagal


Tak sudah walaun ulang ayat tu. Alasan dia kerajaan gagal, ringgit jatuh, saham jatuh, barang naik harga. Itu je yang mampu dia senaraikan.


Boleh nak kata kerajaan ni gagal kalau itu dijadikan kayu ukur. Tapi kalau kerajaan ini gagal, bermakna PN dulu terlebih lagi gagal.


Ringgit dan pasaran saham ada turun naik. Masa PN dulu pun duit turun sampai paras terendah. Malahan lebih rendah dari sekarang. Bermakna PN dulu lebih lagi gagal. Kan?


Baru beberapa hari lepas saham dan ringgit naik. Jadi masa tu kerajaan berjaya la. Hari ini gagal. Esok kalau ringgit dan saham naik balik, maka kerajaan berjaya. Begitu?


Kemudian diungkit harga barang naik. Harga apa yang naik banyak sangat tu? Harga ayam, minyak masak, telur semua lebih murah dari zaman PN.


Eh... Beras tempatan, makanan ruji rakyat tak ada, kata walaun. Pembetulan. Beras tempatan baru-baru ni je jadi makan ruji rakyat.


Sebelum ni beras import yang laku. Beras tempatan tak laku pun. Sebab tu produksi beras tempatan tak banyak. Sebab tak laku.


Bila India sekat eksport dan harga beras import naik, barulah rakyat sibuk cari beras tempatan. Tapi dah memang produksi kurang sebelum ni, macamana tiba-tiba nak jadi banyak?


Beras tempatan kurang pun, ada sebab yang jelas. Sebab India sekat eksport. Tapi masa PN, ayam dan telur hilang dalam pasaran, apa alasannya?


Minyak masak bersubsidi pun hilang. Rupanya anak menteri yang sorok. Beras tak bersubsidi naik sampai RM50 sebotol 5kg berbanding sekarang tak sampai RM40. Jadi PN lebih lagi gagal, kan?


Harga makanan siap mahal? Itu luar kawalan kerajaan. Tanggungjawab kerajaan pastikan harga barangan mentah terkawal dan itu telah pun dibuat.


Tapi kena ingat, harga makanan siap ni naik masa PN dulu lagi. Sebab masa tu harga ayam, telur, minyak masak, lada dan bahan mentah lain melambung.


Dah naik, jangan harap la nak turun. Tapi itu pun KPDN rajin buat operasi. Banyak dah restoran serta kedai makan yang dikompaun sebab jual harga melampau.


Sekarang pun ada usaha banteras sorok beras, minyak masak bersubsidi, seludup diesel dan macam-macam lagi. Selalu buat operasi.


Masa PN dulu ada dengar tindakan diambil? Yang ada, tubuh JK Jihad. Tapi habuk pun tak ada. Madani ada juga usaha kurangkan beban rakyat dengan perkenal Menu Rahmah.


Tak ada masalah kalau walaun nak kata kerajaan ini gagal. Cuma ingat, kalau Madani gagal, maka kerajaan PN dulu berpuluh kali ganda gagal.


Tak ada satu pun keadaan di zaman PN yang lebih baik dari keadaan di zaman Madani sekarang. Kalau ada pun cuma tak kerja tapi dapat gaji. Sebab kena kurung, tak dibenarkan keluar rumah. Cuma pemimpin je dapat keluar. Siap test drive kereta lagi.


Walaun rasa zaman PN yang serba serbi mahal, rakyat sampai kibar bendera putih tu lebih baik dari kerajaan sekarang. Betul-betul otak terbalik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SPRM MENAFIKAN





 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan di media sosial, bahawa siasatan telah dijalankan ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.



MAJIKAN DIDENDA RM55,000 BENAR PATI DI PREMIS”





BERA - Tiga majikan didenda antara RM10,000 dan RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen PATI Kemayan semalam kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin berada di premis mereka.


Kesemua majikan terbabit didakwa mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja. Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada tertuduh atau penjara sebulan bagi setiap pekerja.


Turut didenda antara RM1,000 dan RM4,000 adalah 18 imigran Thailand, Bangladesh (3), Pakistan (2), Vietnam (1) dan Myanmar (1) atas kesalahan kesalahan masing-masing. Selain itu mahkamah yang sama juga menjatuhkan hukuman penjara antara 4 hingga 8 bulan ke atas 9 imigran Bangladesh, Pakistan (3), Indonesia (2) dan Thailand (2). Kesemua yang dihukum adalah tangkapan hasil operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang antara Disember 2023 hingga Januari 2024.


Pendakwaan dilakukan oleh pegawai-pegawai pendakwa JIM Mohd Shahril Azrem Mohd Salleh, Rosemi Daud, Mohd Syafiq Abdullah Hashim dan Che Afini Zakirawatie Mohamad Subhi.


JIM Pahang mengingatkan majikan agar tidak mengambil pekerja asing tanpa pas atau permit yang sah bekerja di premis mereka. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang melindungi PATI.


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang



KOS HAJI NAIK MEMBEBANKAN RAKYAT???


Haji adalah satu perjalanan ibadat yang hanya diwajibkan ke atas mereka yang cukup syarat dan ada kemampuan (اسثطاعة). Kecek mudah gat, lebih kurang poligami, walaupun Islam suruh, tapi kalau tak mampu, tak payah la bersusah nak poligami, makin menimbulkan mudharat.


Apa pun bagi ambo, isu haji ni ada 4 isu pokok yang perlu dilumatkan:


1. Kos Sebenar Haji.


Tidak semua kerajaan campurtangan dalam isu mengerjakan haji, kebanyakan negara negara Islam tidak menjadikan ibadat haji sebagai tanggungjawab kerajaaan, sama seperti solat dan puasa, terserah sepenuhnya kepada rakyat. Ada yang beli kain sembahyang dengan harga puluhan ribu, tak timbul pun rasa terbeban. Begitu juga Umrah, apabila ianya urusan persendirian, rakyat tidak pernah bangkit tentang kosnya.


Apabila kerajaan mengambil tanggungjawab tentang urusan haji rakyatnya, maka isu kos akan menjadi isu pokok, lebih lebih lagi apabila kerajaan "terlebih amat baiknya" sehingga bukan sahaja mengurus haji untuk rakyatnya, bahkan memberi subsidi haji, satu usaha yang tidak dituntut oleh syarak. 


Isunya berapa kos sebenar haji jika tidak dikerjakan melalui Tabung Haji atau sebenarnya Tabung Haji mengambil kesempatan dengan mengenakan kos yang tinggi?? 


2. Konsep Istitoah @ mampu


Seperti yang semua orang tahu haji hanya wajib ke atas orang Islam yang cukup syarat dan ada kemampuan untuk pergi dan balik, tidak berhajat kepada ihsan orang lain, apalagi subsidi dari kerajaan.


Prinsip ini tidak ramai difahami oleh umat Islam sehingga ada yang terkilan kalau sepanjang hidupnya tidak dapat mengerjakan haji walaupun tidak mampu. Bagi mereka perjalanan ke Mekah di penghujung usianya adalah impian tertinggi seorang umat Islam yang soleh atau yang ingin bertaubat dari dosa dosa mudanya. 


3. Isu Kouta Dan giliran Haji.


Apabila terlalu ramai umat Islam berebut rebut untuk menunaikan haji, maka timbullah isu kouta dan giliran.


Bagi ambo seorang yang tidak wajib haji kerana tidak cukup syarat dan tidak ada kemampuan tidak perlu resah dengan sisten kouta dan giliran haji. Tetapi bagi yang sudah cukup syarat dan ada kemampuan, sudah tentu mereka mengharapkan nama mereka untuk naik haji dipilih sesegera mungkin. Kalau dia gagal menunaikan haji, sedangkan dia sudah cukup syarat, tapi giliran hajinya tertangguh tangguh akibat sistem kouta dan giliran haji yang cacamerba, maka siapa yang akan bertanggungjawab atas kegagalan mengerjakan haji ini jika mati lebih dulu menjemputnya?? 


Kerajaan atau lebih tepat Tabung Haji mesti telus dan adil melaksanakan sistem kouta dan giliran haji ini. Bakal haji yang sudah cukup syarat dan ada istitoah mesti diberi keutamaan. Sistem duluan berdasarkan tarikh daftar haji sebenarnya tidak adil untuk bakal haji, sebaliknya konsep istitoah dan bakal haji yang belum pernah menunaikan haji perlu didahulukan dan menjadi keutamaan.


Yang penting jangan kerana sistem kouta dan giliran haji menyebabkan ramai bakal haji yang sepatutnya sudah wajib baginya pergi menunaikan haji, terpinggir atau dipinggirkan. Sistem kouta dan giliran telah menafikan haknya untuk menunaikan haji... Naazubillah. 


4. Jemaah haji yang mana yang perlu diurus oleh Tabung Haji? 


Bagi ambo bukan semua jemaah haji perlu diurus melalui Tabung Haji. Mereka yang ada kemampuan mengurus sendiri ibadat hajinya, atau mereka yang dalam ketegori bukan wajib haji samada kerana sudah menunaikan haji atau sebab sebab lain, tidak perlu diurus melalui Tabung Haji.

Tabung Haji sewajarnya diberi atau memikul tanggungjawab untuk mempastikan rakyat Malaysia yang sudah cukup syarat dan wajib ke atasnya menunaikan ibadat haji mendapat keutamaan dan peluang mengerjakan haji setiap kali musim haji tiba. Jangan biarkan terus menanti nanti dan berharap harap tanpa mengetahui bila saat itu akan tiba untuknya.



TIBA TIBA MENGGELABAH


 

PUAK PUAK YANG GAGAL.


 

KEH..KEH..KEH


 

Padang Bukit Tinggi 4 hari 3 Malam bersama kami best kerana .



✅Pakej kami sudah termasuk semua. Tinggal bawa duit shopping sahaja

✅Dah termasuk tiket,elaun luggage 20kg,dan lain lain

✅Satu group 20-24 orang sahaja

✅Hotel yang kami sediakan semua ada lif,tak perlu naik tangga.

✅Mesra warga emas,dan orang pencen. Diskaun khas untuk warga emas.

✅Makanan sedap sedap. Tak perlu risau soal selera sebab memang kena dengan selera Melayu. Nasi Padang,Nasi Kapau,Sate Padang dan macam macam lagi.

✅Pemandangan dan suasana "Nature". Sesuai untuk menenangkan jiwa.

✅Suhu yang rendah. 17-28c.


===================================

Harga:

Dewasa: RM1650 seorang

Warga emas: RM1550 seorang


Pakej termasuk:

- Tiket penerbangan Airasia (atau setaraf)

- Elaun luggage 20kg+7kg

- Hotel 3 bintang

- Makanan fullboard 3kali sehari

- Kenderaan khas sepanjang perjalanan

- Tiket masuk lawatan

- Tipping


===================================

Tarikh:


15-18 Dec 2023: Cuti sekolah

16-19 Dec 2023: Cuti sekolah

17-20 Dec 2023: Cuti sekolah

23-26 Dec 2023: Cuti sekolah

11-14 Jan 2024: Hujung minggu

18-21 Jan 2024: Hujung minggu

24-27 Jan 2024: Thaipusam

1-4 Feb 2024: Hujung minggu

9-12 Feb 2024: Raya Cina

15-18 Feb 2024: Cuti sekolah

22-25 Feb 2024: Cuti sekolah

29 Feb-3 Mac 2024: Cuti Sekolah

1-4 Mac 2024: Cuti sekolah

18-21 April 2024: Hujung Minggu

24-27 April 2024: Rabu-Sabtu


Berminat nak tahu details dan nak tengok itinerari?


Klik sahaja link ini

https://padangbukittinggi4h3m.wasap.click

https://padangbukittinggi4h3m.wasap.click

https://padangbukittinggi4h3m.wasap.click



KESIAN NOHHH... PUNYA NAK CARI IDEA MEMFITNAH... ZAMAN NI MAKLUMAT DIHUJUNG JARI.. ISHH.. ISSHHH...


 

BAGI YANG TAK DA KAITAN, JANGAN MENGUTUK TAK TENTU HALA.

 

Kementerian Dalam Negeri akan memendekkan tempoh permohonan bagi pengambilan pekerja asing ke negara ini dari 29 bulan 13 hari ketika ini kepada 15 bulan 23 hari.



TUUU DIAAA AIHHHH

 

Mukblis Eddie




Depa kata cina tipu melayu, last2 baru tau melayu tipu melayu tapi tu la kn ..


This is how it works...


1) create enemy for your audience. 

2) make ur audience hate that enemy 

3) let them fight while you take as much wealth as you can....




PENERBITAN AL QURAN HAFUSLAH DI JAGA TATAKELOLA


 Syabas KDN, satu penguatkuasaan yang efektif. Sentiasa peka dan cakna terhadap sebarang penerbitan al-Quran yang di jual di premis-premis yang ada di dalam negara.. 




NOHHHNH....

 

Mukhlis Eddie


Walaupun keluar air teh serta angin, tarif air d Kelantan tetap naik ...Takdirrrr 😋




UNTUNG LA DOK MENUMPANG DI SELANGOR. PENANG PUN TAK TERKESAN SEBAB TARIF AIR PALING MURAH DI MALAYSIA SELAMA NI.


 

SARAWAK UNTUNG AKIBAT SEMENANJUNG KECOH DALAM POLITIK


 

DASAR BAHARU MENGENAI PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


 

NI CONTOH PEMFITNAH



 

KENAPA AIR DI KEDAH TAK DAK? JOM DENGAQ... WALAUN TAK HINGAQ


 

BERDOA UNTUK KEBAIKAN




Jamzuri Ardani


Disebut didalam satu hadith sahih bahawa sekiranya kita mendoakan suatu kebaikan buat saudara kita tanpa dia mengetahuinya maka para malaikat akan mendoakan kebaikan yang sama buat orang yang mendoakan.


Makanya, jika kita mahu para malaikat sentiasa mendoakan kebaikan buat kita hendaklah kita jangan putus-putus mendoakan kebaikan buat saudara-saudara kita tanpa pengetahuan mereka. 


Jom doa ...!



ANTARA BUGHAH DAN QAZAF


Che Ibrahim





Sahabat ambo Fahmy Yusoff minta ambo ulas bab bughah Dan qazaf. Kebetulannya ambo dok saja, isteri takdak rumah sebab kena jaga anak masuk wad di HUSM. 


Qazaf ialah menuduh seorang muslim yang baik dengan tuduhan zina atau liwat atau menafikan nasabnya tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil yang melihat dengan mata sendiri perbuatan tersebut. Dalam istilah kitab kitab lama dia sebut seperti kita lihat batang celak masuk dalam bekas celak, atau orang tua tua kata serupa kamu lihat alu lesung masuk ke dalam lesung. Itulah beban pembuktian Kes Zina atau liwat mengikut Islam.


Adapun jika seorang itu telah disabit dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan Zina atau liwat tanpa melalui beban pembuktian yang telah ditetapkan oleh syariah, maka ianya tetap dianggap qazaf. Mu taksir pakai tu hak mung, tapi hukum syaraknya kata gitu. 


Bughah pula satu perbuatan menentang kerajaan secara kekerasan dengan menggunakan senjata. Jika selepas berunding mereka masih ingkar, maka mereka adalah bughah di sisi Islam, wajib diperangi, ditangkap dan dibunuh.


Adapun jika seseorang itu sekadar tidak setuju dengan dasar, keputusan atau apa apa tindakan kerajaan, menentang keputusan kerajaan atau badan badan lain yang ada kaitan dengan kerajaan, mereka tidak boleh dihukum bughah selagi mereka tidak angkat senjata melawan kerajaan. Orang panggil lawan mulut jah, tak dianggap bughah.




PI NEGARA KOMENEH.


 Bila kempen kemain kata kat DAP. DAP ni komineh la bagI... bila menang negara komunis juga yang dia sembah.... Kenapa x cari kat negara islam termelayu????




HUWAAAAAAA....


Zunar cartoonist fan club. 


PUNAHSIHAT BAGI 4 NEGERI PN.

 


Learry Jabul

Jika dia adalah penasihat, maka di mata rakyat dia bercakap bagi pihak PN... Kalau dia bukan ahli PN maka lebih mudah la jalan untuk singkirkan dia dari jawatan penasihat... Kenapa nak simpan lagi kalau kenyataan dia menjadi beban??

(EJAAN TELAH DIBETULKAN. PEMBACA MEMBACA BERDASARKAN PERSEPSI. EJAAN YANG CINCAI KURANG MENDAPAT KEPERCAYAAN PEMBACA) 



KEH.. KEH.. KEH... TERKEDU WALAUN SEBENTAR APABILA SAHIBUL SAMAHAH SEDANG DIGUGAT KELUARGANYA.. HARAP PIMPINAN LEBAI.... PENAKUT NAK MAMPUS.





 Ni yang Mahathir takut sangat sampai berusaha keras nak jatuhkan DS Anwar. Akhirnya, buat pertama kali, anak Mahathir dicuit SPRM.


SPRM mengesahkan telah memanggil Mirzan untuk membantu siasatan. Mirzan juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta.


Mirzan dipanggil berdasarkan siasatan SPRM dari maklumat dalam Panama Papers dan perniagaannya membabitkan jual beli GLC.


Harap Mirzan berikan kerjasama penuh. SPRM cuma jalankan tugas. Dah nama dia naik dalam Panama Papes kan, kena la siasat.


Tiada apa nak dirisaukan. Kalau betul bisnes tu tak salah, InsyaAllah lepas la nanti. Ini bukan zaman ayah dia jadi PM dulu bila agensi kerajaan jadi alat politik. Usah bimbang. Guane boh?


 

Raja Gelap II


 

#PenjarakanPapaGomo


.

 

.


KHAWARIJ KUTUK GURU SEKOLAH

 

JAMZURI ARDANI


Apabila agama difahami secara salah ... terlalu obses dengan istilah sekular tanpa benar-benar memahami maksudnya ... rosak jadinya.


PESANAN IKHLAS DARI SEORANG GURU SEKOLAH. KEPALA BAPAK HANG. MAKBAPA TAK AJAR ADAB DAN AGAMA. AKU HARAP GURU ENGKAU MENDOAKAN ILMU YANG DIAJAR TIDAK DIHALALKAN..... ENTAH ENTAH TAK PANDAI DULU.. 





OLEH KERANA TEBUK ATAP DAH KANTOI. MAKA PMX MENAMATKAN PEMUKIMAN MENTEEI MENTEEI.











 Hari ini adalah hari terakhir di mana semua anggota Jemaah Menteri dan pegawai tertinggi Kerajaan telah berkumpul dan menekuni pelbagai isu yang wujud dalam aspek penyampaian perkhidmatan. Tujuan permukiman ini adalah antara lain bagi menyemak semula pelbagai ‘hindrance’ yang melambatkan urusan Kerajaan selain turut mendengar pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak termasuk pihak swasta, ilmuwan, penyelidik serta pakar pakar dari dalam dan luar negara. 


Kami di pihak Kerajaan bersikap terbuka mengakui kelemahan yang ada dan bersedia menilai beberapa pendekatan bagi memungkinkan khidmat yang lebih baik dan bermutu kepada rakyat selain memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan hebat serta memaknai nurani negara yang madani. 


Beberapa sektor pelaburan yang berdampak tinggi diberi perhatian khusus, seperti yang dicerakinkan di dalam Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang diluncurkan tahun lalu. Lapangan Kecerdasan Buatan atau AI, peralihan tenaga, ekonomi digital antara yang ditekuni dalam sesi permukiman kali ini. 


Tantangan dari sudut ekonomi serta bagaimana untuk memampannya turut dibincangkan secara terperinci agar aspek pelaksanaan kebijakan Kerajaan tidak terganggu dan matlamat mensejahterakan rakyat dan negara dapat digapai sebaiknya. 


#MalaysiaMADANI



WALAUN DOK KUTUK PMX TAK PANDAI. RUPANYA MEREKA PUN SEMPIT JUGA NAK JADIKAN AIR UNTUK KESENANGAN RAKYAT TAM MAMPU NAK FIKIR... KIOK ZERO...

 








Tarif air naik, menggelatat walaun salahkan kerajaan Madani. Tapi walaun, sama ada tak ingat ataupun tak tahu sebab biasanya duduk dalam gua, yang mahukan tarif air ini dinaikkan adalah kerajaan negeri.


Itu termasuklah Kedah, Kelantan, Terengganu malahan Perlis juga. Cuba tengok apa Sanusi kata. Ini sebelum tarif dinaikkan lagi ni. Kenaikan tarif air boleh bantu negeri bayar hutang kepada Pusat.


Air ni di bawah kuasa negeri. Tapi tarif air dikawal oleh Kerajaan Pusat melalui SPAN. Kalau kerajaan negeri tak merengek mintak tarif dinaikkan, SPAN pun pusat pun takkan memandai-mandai bagi naik.


Sebab ini tindakan yang tak popular. Sudahlah begitu, revenue dari air pergi ke kerajaan negeri. Jadi buat apa kerajaan pusat nak tanggung? Tapi kalau tak naikkan tarif ni, kerajaan negeri derita. Terpaksa naikkan juga.


Kalau negeri kaya ok lagi. Kena negeri miskin, hutang banyak lepas tu pemimpin boros macam Kelantan dan Kedah, tak ke susah? Rakyat juga akan jadi mangsa. Jadi walaun, tak payahlah nak politikkan isu ni. Tuan Ibharim pun dah jelaskan dari tahun 2020 lagi. Jadi terimalah dengan redha. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


 

#PenjarakanPapaGomo


.



AMANAH TEMERLOH BERBAKTI LAGI









 Hari ini AWAN Temerloh bersama AWAN Pahang  telah  menyantuni ahli-ahli AMANAH sekitar Lanchang.Rombongan seterusnya bergerak ke rumah mangsa rumah terbakar Kg Bachap iaitu Puan Rosiah bt Kadir.


Di akhir program sesi minum petang santai bersama Ketua AMANAH Temerloh,Cikgu Azizul Shah.Terima kasih tidak terhingga  Ketua AWAN Pahang Puan Hajah Noraini Bt Abd Ghani atas kesudian meluangkan masa hadir berprogram di Temerloh.Semoga program bermanfaat dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim.


#awantemerloh

#awanpahang

#pedulitemerloh


NAK BUAT MACAMANA. KALAH MENUNGGING TERUK NANTI. TENGAH BAWA KERETA PUN SANGGUP BERHENTI SEBAB NAK BAGI STATEMENT. KENAI SANGAT LAH. AKU BUKAN BARU DALAM BAB MENULIS DAN KEWARTAWANAN NI.KENA BERSEDIA PULAK KALAU PROBONO BERALIH ARAH DUDUK DIAM DIAM.OWHH LUPA..SUDAH ADA YANG BERGAJI KINI.

 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗕 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗛 - 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭

#Sebarkan 


1) 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗱𝗿 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗯𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗛𝘂𝘀𝗶𝗻. Saya sangat faham apa yg cuba beliau sampaikan sebab sudah berkali-kali saya kritik tentang PH yg tidak peduli akan kebajikan mahu pun peluang kpd penyokong-penyokong di SocMed yg setia bersama PH samada sewaktu jatuh atau bangun. 


2) Saya pernah mengkritik dalam artikel : 𝗦𝗜𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 : "𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜" 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡

Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=331159449778655&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz


3) Dato' Lokman Noor Adam dan Tuan Mohd Sayuti Omar II juga pernah mengkritik mengenai sikapMohd Sayuti Omar II tidak hiraukan akan Media parti dan Pengamal SocMed yg setia pada PH sejak dulu lagi tanpa lelah terus menyokong dan menyumbang usaha menyebarkan berita dan info tentang PH.


4) Sebaliknya 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 (𝗠𝗦𝗠) 𝘆𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔, 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗽𝗱 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗵𝗷 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 pula ditatang bagai minyak yg penuh. Baru-baru ini ada lah sedikit perubahan bila MenKom cuba melibatkan Media Perpaduan dlm mesyuarat Komunikasi Strategik Kerajaan MADANI.


5) Namun, hakikatnya memg begitu, pengamal Media . MSM kemain diberi layanan istimewa walhal di PRU15 dulu puak tu sokong PNyakau Nasional dan kutuk PH dan BN habis-habisan. Jujurnya sejak era Reformasi saya cukup benci dgn puak MSM ni sbb pada saya 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁, "𝘀𝗲𝗹𝗹𝗳𝗶𝘀𝗵", 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗼𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗹𝗮. Jika ada yg beretika dan menegakkan kebenaran kira sangat "𝗿𝗮𝗿𝗲" la.


6) 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗣𝗛-𝗕𝗡 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 (𝗠𝗦𝗠) akan bertempiaran lari dan menyokong pemenang? Lepastu 𝗣𝗛 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗴𝗲𝗵-𝗵𝗲𝗴𝗲𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝘆𝗴 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗢𝗡𝗢 dan tidak pernah diberikan apa-apa peluang pun.


- Zus Din 

18012024

**************

𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔


Apabila PH berjaya menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim akhirnya tertabal sebagai Perdana Menteri, terdapat dua kelompok yang paling gembira dengan kejayaan tersebut.


Pertama, pendokong media parti dan mereka yang aktif dalam media sosial, media bebas serta media alternatif yang tidak pernah sama sekali memisahkan diri mereka daripada PH dalam menempuhi krikil-kritil tajam semua fasa perjuangannya.


Kedua, orang-orang parti yang merasakan penat lelah, peluh dan darah mereka yang tercurah selama hampir 25 tahun ini terbalas juga akhirnya.


Tetapi, setelah PH berjaya mengetuai kerajaan perpaduan, apakah nasib kedua-dua golongan itu sekarang ini?


Untuk siri 1 ini, saya ingin menulis berkenaan nasib golongan yang pertama terlebih dahulu.


Amat menyedihkan sebenarnya apabila setelah setahun mengetuai kerajaan, masih kedengaran rungutan serta keluhan bahawa mereka yang menjaga hal ehwal komunikasi dalam kerajaan perpaduan ini lebih mengutamakan media arus perdana berbanding media parti, portal bebas dan media alternatif yang selama ini banyak berjasa kepada PH.


Banyak cerita-cerita tidak enak kedengaran tentang bagaimana media parti dan media bebas lain atau wakil mereka yang dihargai oleh kerajaan semasa ini.


Sebagai sebuah kerajaan, tidak salah untuk kerajaan pimpinan Anwar ini memberi ruang kepada media arus perdana, tetapi janganlah diketepikan sama sekali media kedua itu, tambahan lagi, media kedua tersebutlah yang selama ini menyokong dan menunjangi kekuatan PH sehingga beroleh kejayaan.


Dan janganlah juga media yang ditubuhkan atas nama kerajaan perpaduan turut diketepikan, sedangkan ia mewakili semua parti dalam kerajaan dan mempunyai pelbagai platform yang tidak kurang meluas sebarannya.


Dalam hal ini, penting untuk disedari oleh mereka yang sedang berkuasa atau menjaga media serta komunikasi bahawa media arus perdana bukanlah media yang setia – kesetiaan mereka boleh tertumpah kepada sesiapa saja yang menjadi kerajaan.


Hari ini mereka bersama PH adalah semata-mata kerana ia merupakan kerajaan yang sedang berkuasa.


Jika PH diumumkan kalah pada jam 11.00 malam di malam keputusan diumumkan pada PRU16 akan datang, seminit selepas itu, media arus perdana sudah pergi kepada tuan baru dan tidak lagi memandang kepada PH.


Hakikatnya, media arus perdana bukan saja tidak pernah menyokong perjuangan PH, malah seringkali ketika PH berada di blok pembangkang dahulu, kerja mereka ialah memberi laporan yang berat sebelah serta menyakitkan hati.


Tidak ingatkah PH berapa ramai pemimpin mereka menang saman fitnah terhadap media arus perdana sebelum ini?


Lagi pula, kalau mahu dikira berdasarkan berkembangnya dunia maya sekarang ini, media arus perdana semakin mengecil pembaca serta peminatnya.


Rakyat bukan saja tidak lagi membeli akhbar bercetak dan portal media arus perdana juga jauh lebih ketinggalan berbanding portal alternatif atau media bebas dari segi jumlah pembacanya, bahkan semakin ramai yang tidak lagi mempunyai peti televisyen di rumah.


Kalau ada pun televisyen, ia hanyalah untuk menonton netflix dan acara-acara sukan saja.


Tontonan utama rakyat ketika ini ialah saluran melalui telefon bimbit masing-masing.


Selain itu, rekod media arus perdana kalau dikira berdasarkan dua PRU yang lalu, mereka boleh dianggap media yang tidak membawa tuah kepada kerajaan.


Ketika PRU14, media arus perdana berpihak kepada BN, tetapi BN kalah pada pilihan raya tersebut.


Pada PRU15 lalu, media arus perdana bersama PN, tetapi PN akhirnya tidak cukup kerusi untuk mengekalkan kerajaan dan PH yang memperolehi kerusi terbanyak sekali.


Apakah PH tidak sedar siapa yang menyumbang kepada kejayaannya dan adakah dalam PRU16 akan datang, PH awal-awal lagi mahu menempa kekalahan dengan terlalu bergantung kepada media arus perdana dan mengenepikan media kedua?


Setelah menjadi kerajaan sekarang, adalah lebih baik jika Anwar dan mereka yang berkaitan di PMO atau Kementerian Komunikasi supaya sedia melakukan sedikit reformasi dalam gerakan komunikasi dengan menggabungkan media parti, media arus perdana, media bebas dan media alternatif dalam semua aktiviti dan penyebaran maklumat tentang kerajaan.


Jangan dilupakan mereka yang setia dan media berkaitan parti kerana media inilah nanti yang akan timbul dan tenggelam bersama PH dalam apa jua keadaan.


Media arus perdana sebaliknya hanya timbul bila PH timbul, tetapi bila PH tenggelam, mereka akan timbul bersama parti lain yang timbul sebagai kerajaan.


Dengan itu, berpada-pada dalam memberi manja, takut bila masa tenggelam nanti, toleh kiri toleh kanan, PH hanya tinggal sebatang kara. – ShahbudinHusin 23/12/2023.



BUAT MACAMANA ..DAH PILIH..










 Tindakan kerajaan Kelantan halau penduduk asal setinggan kampung Atas Paloh yg dah menetap selama lebih 80tahun menjadi malapetaka buat penyokong totok sejatinya. Tapi apakandaya, dah kalian yg pilih...sedih pun tak guna.


PKINK dapat hak milik tanah, kemudian halau penduduk bagi membina pangsapuri 420 unit 15 tingkat.


Pulau Pinang pun pernah ada kes yg serupa juga contohnya di Tg Tokong. Tapi 340 keluarga di beri rumah percuma berharga RM350k-RM500k/unit. 


Bukan itu saja, 24 penduduk setinggan di Kg Buah Pala di Pulau Pinang juga terima rumah teres 2 tingkat berharga RM500k dari kerajaan yg di perintah oleh cina DAP.


Cuba teka berapa pampasan yg di beri oleh kerajaan Kelantan yg di perintah oleh lebai isley Pas kepada 53 penduduk orang Melayu di kampung Atas Paloh, Kelantan ? 


Hanya RM1500 saja. Itu pun ada penduduk kampung ada yg berkata hanya terima RM1000 saja. 🥴



MIRZAN DIPANGGIL SPRM.ISTIHAR HARTA DALAM DAN LUAR NEGARA

 

Iswardy Morni



“Ia menghendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut,” kata SPRM dalam kenyataan.


Ia semakin dekat kepada. mader... 😎

BICARA SEORANG WALAUNTIT

 



Che Ibrahim


Ambo tak dapat nak bayang bagaimana seorang Muslim boleh memandang ringan isu hadis palsu sedangkan pelakunya diancam akan dihumban ke neraka??


Atau neraka jah pun????

WALAUN FAHAM NI 5.


 

WALAUN FAHAM NI 4


 

WALAUN FAHAM NI 3


 

WALAUN FAHAM NI 2


 

WALAUN FAHAM NI 1


 

VID PENDEK : BEKAS Setiausaha politik matsabu bebas rasuah. kenapa?

Selangor serap kos RM40 juta, kurangkan beban pelarasan tarif air



 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Kerajaan Selangor akan menanggung peningkatan kos bagi lebih satu juta rakyat susulan pelarasan tarif air mulai bulan depan meliputi 285,673 akaun yang merupakan penerima air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).



Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu membolehkan setiap isi rumah yang menerima manfaat SADE sebelum ini sebanyak anggaran RM11.40 sebulan meningkat kepada RM13 sebulan.



"Kos tanggungan kerajaan negeri akan meningkat daripada RM31.8 juta kepada anggaran RM37.3 juta setahun.



"Kerajaan Negeri juga akan menanggung peningkatan bagi rumah-rumah ibadah dan rumah-rumah kebajikan di Selangor dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.



Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan tarif air di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan oleh bermula pada 1 Februari 2024.



Secara keseluruhan, kata Amirudin tanggungan kos kepada kerajaan negeri bagi pemberian air percuma melalui SADE dan penyerapan peningkatan tarif air bagi rumah ibadah dan rumah kebajikan adalah sebanyak anggaran RM40 juta setahun.

Jelasnya jumlah yang diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor 2024 bagi bantuan air percuma adalah mencukupi bagi manfaat dan kemaslahatan rakyat.



Kata Amirudin pelarasan tarif air pertama sejak 18 tahun lalu iaitu pada tahun 2006, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan termasuk SPAN dengan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pelarasan tarif air kepada rakyat negeri Selangor.



Jelasnya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merupakan penyedia perkhidmatan bekalan air terbesar di negara ini yang menyampaikan air bersih kepada lebih 8 juta rakyat meliputi 2,661,743 akaun termasuk pengguna domestik serta bukan domestik yang merangkumi perusahaan kecil dan sederhana sehingga kepada perusahaan multinasional.



Jelas Amirudin susulan pelarasan tarif itu caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM6 kepada RM6.50.



"Bagi rumah yang menggunakan air hingga 20 meter padu (m3), kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih sebanyak 8 sen iaitu kepada RM0.65 bermula daripada 0 meter padu sehingga 20 meter padu.



"Ini bermaksud bagi rumah yang menggunakan air 20 meter padu dan ke bawah setiap bulan, caj baharu akan meningkat maksimum sekitar RM1.60 sebulan," katanya.

Kata beliau kerajaan negeri berpendirian bahawa pelarasan ini akan menjamin kelangsungan dan membolehkan Air Selangor mengelakkan isu paip bocor serta paip pecah dengan menggandakan kadar penggantian paip usang daripada 150 kilometer (km) setahun kepada 300km setahun bermula tahun ini.



Tambahnya pembinaan loji rawatan air baharu akan diperkukuhkan bagi meningkatkan margin rizab air kepada 20 peratus menjelang tahun 2030 termasuk melipatgandakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan aset seperti paip baharu bagi kawasan yang mengalami tekanan air rendah.



"Tahap kualiti air yang disampaikan kepada rakyat dapat terus dikekalkan pada 99 peratus mengikut piawaian Kementerian Kesihatan dengan penambahan pemasangan online analyser untuk memantau kualiti air," katanya.



Kerajaan Negeri juga membuka peluang kepada rakyat negeri yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dan ingin memohon untuk air percuma SADE untuk melayari laman web https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ bagi maklumat lanjut serta proses pemberian air percuma.