APA YANG PAS TUDUH BUKAN SUATU KRITIKAN, TAPI FITNAH DAN PEMBOHONGAN
Berikutan arahan Anwar Ibrahim agar pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga menjejas ketenteraman awam, ada pihak mendakwa ia sebagai cubaan untuk menggunakan polis untuk menutup mulut pengkritik Perdana Menteri.
Tindakan sedemikian, kata sesetengah pihak, oleh kerajaan baharu yang menjanjikan pembaharuan sama sekali tidak boleh diterima.
“Perdana Menteri tidak mempunyai status istimewa di sisi undang-undang dan tidak boleh mengarahkan polis untuk mempertahankan reputasinya,” demikian antara hujah mereka.
Tambah mereka lagi, adalah satu penyalahgunaan kuasa bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan siasatan polis terhadap individu yang membuat tuduhan terhadapnya.
Susulan arahan Perdana Menteri itu dan pelbagai laporan polis lainnya, Presiden Pas, Hadi Awang; Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dan calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin telah pun disiasat polis setakat ini.
Kepada mereka yang cuba mempertikaikan arahan Anwar dan tindakan pihak polis itu, pertama sekali mereka mesti tahu membezakan antara kritikan dengan fitnah serta pembohongan.
Apakah menuduh Anwar sebagai ejen Israel suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Apakah menuduh PH mempromosi Islamofobia suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Apakah menuduh kerajaan perpaduan yang titah cadangannya daripada Agong sebagai “kerajaan zina” suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Begitu juga dengan pelbagai tuduhan bersentimen kaum dan agama yang cuba dimainkan untuk memburukkan kerajaan sehingga boleh menggugat keharmonian sejak dua tiga hari kebelakangan ini – apakah ia suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Jika semua orang yang ditanya pendapat mereka boleh sepakat mengatakan kesemua tuduhan di atas adalah suatu kritikan, maka barulah arahan Anwar kepada pihak polis itu boleh dianggap sesuatu yang salah.
Tetapi, jika sebaliknya semua orang setuju kesemua tuduhan itu adalah fitnah dan pembohongan, dengan sendirinya arahan Anwar selaku Perdana Menteri kepada pihak polis itu adalah betul.
Fitnah tidak harus dibiarkan berleluasa, terutama jika ia menggugat keharmonian hidup bermasyarakat di negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.
Lebih buruk jika fitnah dan pembohongan itu menggunakan isu kaum dan agama yang semata-mata tujuannya untuk mengaut laba dalam politik.
Dengan pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah dilaluinya, atas kedudukannya sekarang, kita tentu yakin Anwar sama sekali tidak gentar dengan apa juga kritikan selagi ia benar-benar suatu kritikan.
Anwar telah membuktikan beliau sedia melawan apa juga cabaran dengan slogan Lawan Tetap Lawan yang menjadi pegangan perjuangannya selama ini.
Namun demikian, sebagai Perdana Menteri, Anwar juga ada tanggungjawab terhadap rakyat daripada dirosakkan keharmonian hidup mereka oleh fitnah serta pembohongan.
Arahan Anwar kepada pihak polis itu adalah tanda beliau seorang yang bertanggungjawab terhadap rakyat, bukan takut dengan kritikan.
Ketika tiada jawatan dan digelar PM tepi pun beliau tidak pernah takut dengan kritikan, apatah lagi setelah sah bergelar PM dan semua orang kena ke tepi sekarang ini, lagilah dari segi logiknya beliau tidak gentar dengan sesiapa.
Cuma, jika mereka yang suka memfitnah dan berbohong itu tidak takut kepada Tuhan, dosa serta neraka, arahan Anwar agar pihak polis bertindak adalah sekadar untuk mengingatkan agar mereka juga berani berdepan siasatan, lokap, mahkamah dan mungkin penjara atas fitnah dan pembohongan yang dilakukan. – ShahbudinHusin 30/11/2022.
HANYA UNDANG2 JALAN TERBAIK TANGANI FITNAH DAN PEMBOHONGAN, TERUTAMA YANG MENGGUNA NAMA ISLAM
Setakat ini sekurang-kurangnya dua pemimpin Pas sedang disiasat polis kerana fitnah jahat mereka erhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang mengancam keharmonian awam.
Ahli Parliman Baling, Hassan Saad disiasat kerana menuduh Anwar sebagai ejen Israel.
Presiden Pas, Hadi Awang turut disiasat kerana melemparkan tuduhan bahawa PH mempromosi Islamofobia di negara ini.
Calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin pula disiasat kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan perpaduan sekarang yang penubuhannya diilhamkan oleh Agong sebagai “kerajaan zina”.
Semua tindakan itu adalah susulan arahan Anwar kepada pihak polis agar mengambil tindakan segera terhadap mereka yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.
Berikutan tiga siasatan itu, adalah dijangka lebih ramai akan disiasat atau ditangkap dalam hari-hari mendatang ini.
Ini berikutan, jika diperhatikan, terutama Pas dan mereka yang berkaitan dengannya, begitu ghairah sejak perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ini mengeluarkan pelbagai kenyataan jahat, fitnah dan pembohongan terhadap Perdana Menteri dan juga kerajaan.
Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi kerajaan, hilang jawatan dan tiba-tiba tiada lagi gaji bulanan masuk ke dalam akaun bank masing-masing.
Mereka seolah-olah jadi sasau dan meracau sehingga tergamak menuduh Perdana Menteri sebagai ejen Israel serta mempersenda Agong dalam hal perlantikan Anwar.
Dalam hal ini, eloklah pimpinan Pas beristighfar banyak-banyak, sentiasa berwuduk dan kerap bersembahyang agar jiwa lebih tenang dalam menerima kekalahan.
Janganlah menerima kekalahan dan kegagalan menjadi kerajaan dengan tindakan fitnah dan pembohongan sehingga boleh menggugat keharmonian negara dan lupa dosa serta pahala.
Tindakan Anwar mengarahkan pihak polis untuk bertindak tegas dalam hal ini adalah langkah terpuji dan ia mesti disusuli dengan pendakwaan, seterusnya hukuman jika terbukti ada kesalahan dilakukan, tanpa mengira siapa mereka berkenaan.
Jangan dibiarkan fitnah dan pembohongan terus bertebaran, terutama oleh pihak berwajah Islam dan menggunakan nama Islam dalam gerakan sehariannya.
Penebar fitnah, pembawa cerita bohong dan mereka yang bermulut jahat ini harus dihentikan perbuatan jahat mereka dan agar mereka tahu negara ini ada undang-undang yang mengawalnya.
Undang-undang dan penguatkuasaan adalah benteng terbaik menangani kejahatan tersebut kerana kecanduan mereka melakukan perbuatan itu tidak mampu diatasi dengan sekadar penjelasan atau jawapan yang berfakta semata-mata.
Apa juga jawapan dan penjelasan yang diberi, mereka akan sentiasa memutar-belit dan tidak mempercayainya.
Dengan itu, hanya tangkapan, lokap polis, mahkamah, denda atau penjara saja jalan terbaik untuk membendung semua kejahatan itu.
Selepas pilihan raya berakhir dan setelah kerajaan perpaduan terbentuk atas titah Agong, semua pihak seharusnya berlapang dada dan berjiwa dingin untuk lebih memikirkan kepentingan negara daripada hawa nafsu serta kepentingan politik sendiri.
Kepada Anwar yang kini menerajui kerajaan dan pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang, teruskanlah dengan langkah tegas itu demi masa depan negara ini.
Jangan lagi dibagi muka kepada penyebar fitnah dan pembohongan itu, terutama jika melibatkan kaum serta agama dan yang boleh mengancam keharmonian dan menjejaskan kehidupan rakyat berbilang kaum.
Sudah sampai masanya ia wajib dihentikan dan Anwar jika terus tegas dalam hal ini, percayalah, majoriti rakyat akan berdiri teguh di belakangnya. – ShahbudinHusin 30/11/2022.
Rayuan Azeez kes saman fitnah Guan Eng didengar 19 Mei tahun depan
Bernama -

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan mahkamah tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng ditetapkan semula pada 19 Mei tahun depan.
Felix Lim, seorang daripada peguam yang mewakili Lim, mengesahkan tarikh pendengaran baharu itu selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Syahliza Warnoh hari ini.
Pendengaran rayuan itu pada mulanya ditetapkan hari ini di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Lee Swee Seng, P. Ravinthran dan Hashim Hamzah tetapi telah ditangguhkan.
Hakim Lee memberitahu kedua-dua pihak bahawa panel itu masih belum berehat sejak prosiding bermula pada sebelah pagi.
“Kami perlu memohon maaf kepada anda semua. Kami masih belum rehat dan jam hampir 2 petang…dan berdasarkan anggaran hujahan kedua-dua pihak (memerlukan) satu jam dan (lebih banyak masa) untuk balasan,” katanya.
“Kami fikir dalam keadaan ini, kami perlu menghantarnya kepada pengurusan kes untuk menjadualkan semula tarikh pendengaran baharu,” kata hakim Lee.
Ahli Parlimen Baling itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020 yang menolak samannya ke atas Guan Eng yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di negeri berkenaan.
Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Guan Eng, bekas menteri kewangan, telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri pada 28 Feb 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.
Beliau meminta ganti rugi am dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, peguam Porres Royan dan Craig Ho mewakili Azeez manakala Lim diwakili N. Mureli dan Felix.
BAJET 2023 SELANGOR SIAP HADAPI KEMELESETAN GLOBAL

Bajet 2023 Selangor siap hadapi kemelesetan global
Belanjawan Negeri Selangor 2023 yang dibentangkan pada 25 November lalu selain direka bagi mendepani kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan juga dipastikan agar mesra rakyat.
Menurut Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, belanjawan tersebut telah memperuntukkan secara keseluruhan RM2.45 bilion sebagai persediaan negeri untuk menghadapi kelembapan ekonomi dalam negara.
Selain itu, katanya, belanjawan juga direka bagi memperbaiki keadaan masyarakat sedang beransur ansur pulih daripada gugatan ekonomi akibat wabak Covid 19.
“Saya menyambut baik Belanjawan 2023 ini yang mengambil langkah memastikan semua segmen masyarakat diambil kira setelah negara mendepani cabaran krisis kesihatan dunia. #KitaSelangor merupakan satu frasa yang diperkenalkan dengan menekankan kepentingan kolektif, kekitaan, rahmah dan juga ehsan.
“Melalui Teras 2 Membudaya Perpaduan dan Masyarakat Penyayang, banyak inisiatif keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu tunggal diperkenalkan antaranya peruntukan sebanyak RM336 ribu bagi insentif pembangunan ekonomi ibu tunggal serta kuota khas pembelian perumahan mampu milik, Rumah Selangorku untuk ibu tunggal,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam belanjawan itu juga, kata Juwairiya, Kerajaan Negeri mengambil berat mengenai kanak kanak dan diperuntukkan sebanyak RM4 juta melalui Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Kad Iltizam Anak Selangor (Kad ANIS) serta bantuan khas anak istimewa Selangor (Bantuan Khas ANIS).
Bantuan berkenaan, katanya melibatkan pendaftaran taska one-off, program asuh pintar dan subsidi yuran pendidikan di Pusat Early Intervention Program (EIP).
“Ini jelas membuktikan komitmen untuk terus membangun potensi serta menyediakan sistem sokongan kepada setiap anak-anak istimewa di Negeri Selangor.
“Kerajaan Negeri Selangor juga memperuntukkan sebanyak RM200 ribu bagi kempen kebersihan menstruasi. Ini respon kepada isu kemiskinan haid yang semakin meruncing akibat ketiadaan akses asas seperti tuala wanita yang banyak menjejaskan komuniti marginal dan kanak-kanak perempuan. Menangani kemiskinan haid ini juga dapat mengatasi isu keciciran pelajar di sekolah,” katanya.
Manakala bagi sektor kesihatan awam, ujar Timbalan Ketua Wanita KEADILAN itu, peruntukan sebanyak RM65.5 juta diberikan menerusi Program Iltizam Selangor Sihat (ISS), yang akan memberi manfaat kepada 150,000 keluarga. Iaitu pemegang ISS layak mendapatkan rawatan asas dan vaksinasi di mana-mana klinik panel di seluruh negeri Selangor.
“Secara keseluruhan, saya melihat bahawa Belanjawan Negeri Selangor 2023 merupakan belanjawan yang mesra rakyat dan keluarga,” katanya lagi.
HORMAT AGONG LANTIK PM, HENTI SERANGAN ATAS ANWAR

Hormat Agong lantik PM, henti serangan atas Anwar
Kerajaan Perpaduan sudah hampir seminggu tertubuh namun masih terdapat usaha terancang dilakukan di pihak pembangkang untuk menyerang peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Membantah hal tersebut, Pengerusi Jaringan Bertindak NGO Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata parti parti pembangkang seharusnya menumpukan usaha membina semula negara yang lembab ekonominya dan mengawal perpecahan rakyat akibat kempen Pilihan Raya Umum ke 15 yang begitu emosi.
Katanya, tidak wajar pemimpin dan penyokong pembangkang terus menghina dan mempertikaikan sosok tubuh PM 10 yang dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tanpa sebarang tujuan yang jelas.
“Setelah Datuk Seri Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri untuk memimpin Kerajaan Perpaduan seharusnya semua pihak bekerjasama menjayakan hasrat mengujudkan kestabilan politik dan meneruskan pembangunan negara.
“Namun ada pemimpin politik dan kelompok serta individu yang masih berkempen menyerang secara peribadi Anwar yang sudah direstui oleh rakyat dan Raja-raja Melayu sebagai PM. Tindakan ini seharusnya dihentikan kerana ia akan terus mengujudkan suasana yang tidak stabil dan merugikan negara.
“Keputusan PRU 15 seharusnya diterima dan dihormati sebagai mandat rakyat. Kami akur pihak yang didapati melanggar peraturan SPR sepanjang tempoh kempen sewajarnya dikenakan hukuman sama ada kesalahan kecil mahupun besar. Amalan merasuah pengundi dengan wang dan ugutan harus didakwa.
“Kami juga kesal bila ada pemimpin politik yang tidak mengawal pengikut dari mengguna media sosial mencetuskan kebencian dan menyerang lawan politik. Menularkan kebencian dengan menyebar fitnah dan maklumat palsu bertentangan dengan syariah Islam yang sering dilaungkan,” kata Azmi dalam satu kenyataan.
Menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu itu, setelah kerajaan perpaduan dibentuk maka peranan parti pembangkang dan rakyat ialah menyokong langkah memperkasakan tadbir urus negara yang bermasalah sebelum ini.
Bukannya menhina atau mempertikaikan PM tanpa kesudahan sebagaimana diamalkan oleh sesetengah pihak.
“Kami menggesa atas semangat mengangkat maruah dan memelihara kedaulatan Malaysia, Kerajaan Perpaduan yang sudah terbentuk hendaklah dijayakan. Ushasa meluruskan kembali tatakelola kerajaan hendaklah diperkasakan. Menyantuni nasib rakyat marhaen berdepan kos sara hidup tinggi, menjana pertumbuhan ekonomi dan mengatasi jurang kaya miskin antara rakyat perlu diusahakan.
“Kami mengesa pemimpin politik menasihatkan pengikut masing-masing yang cenderung menyebarkan kebencian dan kenistaan agar dihentikan.
“Kerajaan perpaduan adalah hasrat YDPA yang perlu dihormati. Ia tidak harus ditolak dengan hanya isu bilangan Akuan Bersumpah. YDPA telah meneliti semua fakta dan mendengar pandangan Raja-raja Melayu . Lantaran itu mana-mana pihak yang mempertikai keputusan YDPA boleh dianggap derhaka,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Azmi berharap Datuk Seri Anwar meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran beliau serta memperbetulkan tatakelola negara, mengangkat prestasi ekonomi, membela golongan terpinggir dan mengangkat semula imej negara di mata dunia.
RUJUK FAKTA DAN BUKAN HANYA RUJUK TIKTOK .
MALANG JIKA ANAK MUDA MELAYU BERPANDUKAN TIKTOK

Malang jika anak muda Melayu berpandukan TikTok
Kuasa media sosial TikTok dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 15 tidak dapat dinafikan apabila PN – Pas menyapu bersih kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
Cuma yang membimbangkan kandungan TikTok yang dihasilkan oleh tentera siber PN bukanlah bahan yang membina minda, malah majoritinya fakta separuh betul atau fitnah sama sekali.
Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, fenomena ini amat membimbangkan kerana kawasan yang dilihat mempercayai kandungan media sosial berunsur fitnah ini adalah dalam lingkaran Melayu (malay belt) dan menunjukkan kelemahan orang Melayu menganalisa fakta dan membuat keputusan.
“Sebenarnya sesuatu yang malang kalau betul semua ini, orang Melayu terkesan hanya kerana TikTok.
“Tiktok, Instagram tak salah. Bagi saya kita pun ada guna tetapi mesej yang nak disampaikan itu dalam bentuk yang terlalu mudah. Fitnah dan dimainkan (banyak kali), itu yang salah.
“Saya rasa ia menjatuhkan pemikiran masyarakat Melayu ke bawah. Bagi saya ia satu yang malang apabila masyarakat Melayu muda tidak perlu fikir, tengok TikTok apa yang influencer cakap, percaya,” katanya.
Tambah Syed Ibrahim, hal yang berlaku ke atas sebahagian pengundi Melayu ini tidak sebagaimana dijangkakan oleh Pakatan Harapan bahawa mereka berfikiran matang dan cerdik.
Katanya, untuk jangka panjang Kerajaan seharusnya memandang serius masalah berkenaan dan memikirkan pelan pendidikan yang sesuai bagi meningkatkan pemikiran kritis orang Melayu.
“Untuk mengelak benda ini terus berlaku, kita mesti menggunakan plaform media untuk sampaikan mesej dan penerangan kepada rakyat.
“Maksudnya bukan menggunakan mesej yang sama, tetapi mesti ada satu cara kita tangkis dan sampaikan dengan betul kepada rakyat.
“Kembalilah kepada mendidik dan menyampaikan mesej supaya rakyat cerdik,” katanya lagi.
PN pada PRU 15 berjaya mendapat 54% sokongan Melayu tetapi hampir tidak mendapat sokongan etnik Cina dan India yang lebih berfahaman sederhana dalam negara majmuk.
KENAPA ANWAR BERKERAS HENDAK ADAKAN UNDI PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI ?
Kenapa Anwar berkeras hendak adakan undi percaya terhadap
Perdana Menteri?
Jawapan pendek adalah kerana itu adalah perkara yang sepatutnya
di lakukan oleh mana-mana Perdana Menteri untuk membuktikan keabsahan di
Parlimen.
Kedua untuk mengangkat institusi parlimen tersebut dan bukan
sekadar rubber stamp. Ingat 17 bulan masa Muhyidin jadi Perdana Menteri, sudah
la tiada keabsahan, siap buat darurat hanya kerana tak cukup nombor, lepas
darurat kes Covid makin naik. Bila YDPA suruh buka parlimen dia dan kabinetnya
derhaka. Lepas itu ada hati hendak kritik kata Anwar tak ada keabsahan; sungguh
ironis. Dah la dalam masa tersebut, banyak perbelanjaan berbillion di lulus di
luar parlimen.
Lagi satu hendak bawa politik islah satu perkara yang susah
sebab kita kena buktikan dengan perbuatan yang kata-kata kita selari. Bila
Anwar pernah kritik Muhyidin tak ada keabsahan, maknanya Anwar perlu
membuktikan yang dia berbeda dari predecessor. Benda ini sesetengah orang
nampak kecil, tapi bagi mereka yang ikut undang-undang, ini adalah satu
kebanggaan. Contohnya kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu berpuluh-puluh
tahun dengan cara yang betul, dengan sabar walaupun ada orang lain dapat dengan
cara menipu. Bila kita dapat benda itu, sudah tentu kita akan rasa bangga.
Sebab ikut kalau kita telusuri ada satu ceramah Anwar waktu
kempen, dia ada sebut yang dia hendak jadi role model seorang Melayu dan Muslim
yang baik, yang mana orang bukan Islam boleh lihat oh rupanya masih ada lagi
orang Melayu Islam yang jujur dan berkempen tidak menyentuh isu perkauman dan
agama yang sempit.
Sebab itu bila orang sindir Anwar PM tepi, dia tidak terkesan
sebab bagi dia tidak guna jadi Perdana Menteri kalau tidak pertahankan prinsip
hidup; dia tidak curi duit rakyat ataupun kayakan kaum keluarga.
Cerita pasal prinsip ini, tak ramai orang yang tahu hargai nilai
dan harga sebuah prinsip dan integriti. Sebab itu ucapan Anwar 11 tahun lepas
dan sekarang tidak banyak beza, intipatinya masih sama; anak muda kena ada
prinsip dan dia istiqamah tentang perkara ini.
"Fight them, and fight them hard. Power? U dont have. Wang?
U dont have. What do you have? Integriti. U ada maruah, u ada jiwa, u ada
semangat"
Lepas itu dia memetik kisah pemuda Ashabul Kahfi yang lari dari
pemerintah yang zalim demi untuk menyelamatkan iman yang mana gist kisah
tersebut adalah pergantungan pada Allah SWT. Tidak ramai dari kita yang boleh
mentadabur Al-Quran, lagi sedikit yang mempraktikkan apa yang di ajar dalam
Al-Quran.
Andainya dia bengkok dalam masa 11 tahun, sudah tentu jutaan
rakyat tidak akan ikut dia.
https://www.youtube.com/watch?v=LPSzauPEYlQ
Undi percaya dan tidak percaya juga adalah satu peringatan untuk
mana-mana Perdana Menteri supaya sentiasa beringat yang kuasa yang Allah
pinjamkan itu adalah amanah dan bukannya ghanimah. Jadi bila mereka buat
apa-apa keputusan, rakyat perlulah di utamakan dan bukannya cukong-cukong.
Setiap perkara sudah tentu ada risikonya, kalau Anwar tewas undi
percaya nampaknya Perdana Menteri baru lain akan naik, tetapi jika itu takdir
Allah, biarkah sahaja ia berlaku. Mungkin ada kebaikan dan ibrah daripada
peristiwa tersebut.
TIADA JANJI MANIS BUAT ZAHID HAMIDI
Masa DS Anwar hampir dilantik tempohari, ada yang tanya aku
kenapa Zahid nak sokong DS Anwar sedangkan DS Anwar tak mahu berjanji bebaskan
dia dari semua pertuduhan di mahkamah.
Jawapan sebenar ada pada Zahid sendiri. Tapi apa yang aku boleh
fikirkan, rasanya Zahid dah pasrah dengan nasibnya. Dengan PH, dia tak lepas
sebab PH janji takkan campur urusan mahkamah.
Nak kerjasama dengan PN pun dia bakal kena juga sebab dalam PN
ramai yang tak suka padanya. Ada ramai yang nak jatuhkan dia supaya tiada
halangan lagi untuk mereka telan UMNO hidup hidup.
Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak, Zahid tak ada
pilihan. Target majoriti ⅔ rupanya dapat 30 kerusi je. Jadi Zahid kena pilih PN
atau PH. Tapi daripada pilih PN yang mana negara jadi hancur, malah lebih
dahsyat lagi, UMNO juga akan pupus, baiklah dia pilih PH.
Mungkin bagi Zahid, inilah jasa terakhirnya untuk selamatkan
UMNO. Bukan untuk jadi parti dominan semula tapi cukup agar tak mati terus
dipijak oleh Mahiaddin dan PN. Agaknya la... Guane boh?
.