Anwar Ibrahim: Pemegang Lesen App MySejahtera Merupakan Syarikat Luar Ne...

Anwar Ibrahim: Yang Buat Keputusan PM Masa Itu, Yang Terpasah Tanggung N...

Anwar Ibrahim: Kekuatan Dan Semangat Ramadan

Anwar Ibrahim: Minta Ibu Bapa Tolong Selamatkan Anak-Anak Kita, Pastikan...

MGNews: Yassin Mengaku Tidak Bersalah Tanam 17 Pokok Ganja

JPP TIADA KUASA BUAT KAJIAN CALON POPULAR

 

Pemilihan KEADILAN 2022 yang hampir memasuki fasa penamaan calon pada 8 April ini menghadapi satu kontroversi apabila wujud program tinjauan calon calon popular bertanding untuk posisi Timbalan Presiden yang seolah olah mempunyai kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti 2022 (JPP 2022).



Menurut Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, pihak jawatankuasa tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan tinjauan pendapat tersebut dan kekal bebas serta tidak memihak dalam mengendalikan proses pemilihan.



"Ketika pemilihan KEADILAN 2022 sedang bersiap sedia menempuh fasa pencalonan yang dijadualkan pada 8 April 2022, JPP 2022 telah dimaklumkan bahawa tersebar luas baru baru ini satu tinjauan kecenderungan memilih para calon yang diuar uarkan bakal bertanding bagi 'kerusi panas' pada setiap kali pemilihan parti, iaitu jawatan Timbalan Presiden KEADILAN



"Suka kami tegaskan pihak JPP 2022 tidak pernah menjalankan dan tiada kaitan sama sekali dengan sebarang tinjauan seumpama ini.



"Sebagai suatu badan yang diberi mandat untuk mengendali, mengurus dan memantau segala aspek pemilihan parti, JPP 2022 mesti kekal neutral dan tidak berpihak sepanjang proses pemilihan ini berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.

 

NAJIB BELIT LAGI

 

Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi




Najib Razak berkata, pendekatan dan kaedah Rafizi Ramli yang lebih
 cenderung mencari salah berbanding penyelesaian adalah antara sebab
 Pakatan Harapan tidak boleh diberi peluang sekali lagi untuk berada di
 Putrajaya.

PETALING JAYA: Kurang sejam selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membidas Najib Razak berhubung isu ‘bailout’ Sapura Energy Bhd, Ahli Parlimen Pekan itu tampil menegaskan bahawa beliau “tidak bersuara” ketika pengarah eksekutif syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu dibayar gaji tinggi adalah kerana statusnya sebagai syarikat swasta sebelum 2019.

Dalam catatan di Facebook dengan berkongsi tangkap layar artikel bertajuk “Mana suara Najib?”, bekas perdana menteri itu berkata, Sapura juga bukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memerlukan pengawasan dan kawalan daripada seorang perdana menteri.

“Saya tidak bersuara ketika CEO dibayar dengan gaji lumayan sebab sebelum 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimiliki CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

“Syarikat swasta yang bayar, ‘shareholders’ (pemegang taruh) dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya. Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegasnya.

“Lemah, Rafizi. Cuba lagi.”

Terdahulu, Rafizi berkata pengarah eksekutif Sapura menerima kira-kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran dari 2009 hingga 2018, ketika Najib menjadi perdana menteri.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beberapa rekod kewangan syarikat petroleum itu sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi termasuk bayaran kepada pengarah-pengarah eksekutifnya yang juga pemegang saham terbesar Sapura.

Najib kemudian menyindir Rafizi kerana pemimpin PKR itu tidak bersuara semasa Pakatan Harapan (PH) menyuntik dana tambahan sebanyak RM2.7 bilion ke dalam Sapura pada 2019 untuk menjadikan Putrajaya pemegang saham terbesar walaupun mengetahui pendapatan bekas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) adalah tinggi.

“Yang bail-out, korang. Tapi kamu bisu masa itu. Dengan itu, Sapura menjadi GLC pada 2019 dan bekas CEO itu bersara sebagai CEO pada Mac 2021.

“Seluruh pengurusan atasan dan lembaga pengarah Sapura juga telah bertukar.”

Katanya, pendekatan dan kaedah Rafizi yang lebih cenderung untuk mencari salah berbanding mencari penyelesaian adalah antara sebab PH tidak boleh diberi peluang sekali lagi untuk berada di Putrajaya.

“Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara pada ketika permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi dengan harga tinggi.

“Sekiranya Petronas yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, kerajaan tak perlu gunakan satu sen pun untuk memulih Sapura.

“Malah berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke keadaan sebelum ini. Jika Sapura dibiarkan muflis ia tak memberi sebarang manfaat pada negara,” katanya.

RAKYAT SINGAPURA TANGGUH PERJALANAN KERANA KELIRU MYSEJAHTERA

 





Ramai rakyat Singapura menangguhkan perjalanan ke Malaysia
 sehingga garis panduan lebih jelas mengenai keperluan perjalanan
 disediakan. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Walaupun pada mulanya pembukaan semula Tambak Johor esok menimbulkan rasa teruja, namun segelintir rakyat Singapura menangguhkan perjalanan mereka ke Malaysia kerana wujud kekeliruan mengenai permohonan pendaftaran aplikasi MySejahtera dan keperluan insurans perjalanan.

Seorang pekerja bebas, Lim Hui Hui, 23, merancang perjalanan ke Johor Bahru pada hari sempadan dibuka untuk bertemu rakan, membeli belah dan mengisi petrol di Malaysia memandangkan ia lebih murah.

Namun dia memberitahu portal Singapura, Today, bahawa dia menghadapi masalah untuk mendaftar di MySejahtera dan tertanya-tanya sama ada dia perlu membeli insurans perjalanan untuk masuk ke Malaysia.

Lim berkata, terdapat garis panduan yang kurang jelas untuk mendaftar di aplikasi MySejahtera selain perlu menyediakan alamat di Malaysia, iaitu sesuatu yang tidak dimilikinya.

Katanya, dia hanya mengisi perkataan “Johor” serta alamatnya di Singapura namun bimbang ini akan menjejaskan perjalanan masuk ke Johor Bahru.

“Ini adalah proses yang sangat memenatkan,” katanya selain menambah bahawa dia menangguhkan perjalanan sehingga isu itu selesai.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pengembara yang ingin memasuki Malaysia pada 1 April ini perlu memiliki polisi perlindungan insurans pada kadar minimum USD20,000.

Manakala Suria Hafees, 44, berkata, dia dan suami turut bingung dengan keperluan memberi alamat dan akhirnya hanya memberi alamat di Singapura di bawah ruangan negara Malaysia memandangkan tiada pilihan bagi “Singapura”.

Suria yang berasal dari Port Dickson berkata, dia tidak pulang sejak pandemik Covid-19 melanda dan ingin melawat ibu bapa yang telah berusia bersama dua anaknya pada hujung minggu, namun ia terhalang.

Mereka kemudiannya mahu menukar alamat yang diisi itu kepada alamat rumah ibu bapanya namun ia perlu dilakukan menerusi meja bantuan aplikasi yang “tutup pada hujung minggu”.

“Saya bimbang jika alamat itu salah, ia boleh menjejaskan kelulusan status vaksinasi (suami saya). Saya sangat berharap dapat berjumpa dengan ibu saya lagi, tetapi kita hanya boleh tunggu dan lihat.”

Katanya, ibu mahu dia datang segera melawatnya di Malaysia kerana bimbang sekiranya berlaku perubahan berkait sekatan perjalanan sekali lagi.


GENERASI MERDEKA HARUS AMBIL ALIH PIMPIN NEGARA INI

 

Apabila Ismail Sabri Yaakob yang berusia 62 tahun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lalu, ia adalah berita gembira buat generasi yang lahir selepas merdeka.

Sementara di negara-negara lain sudah ramai pemimpin yang lebih muda daripada beliau dipilih mengetuai kerajaan, di negara kita inilah pertama kali generasi merdeka iaitu yang lahir selepas kemerdekaan negara pada 1957 menjadi Perdana Menteri.

Dengan Ismail Sabri yang lahir pada tahun 1960 menjadi Perdana Menteri, semua parti-parti politik utama di negara ini juga harus terus bergerak ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang.

Dalam konteks UMNO, parti yang Ismail Sabri adalah Naib Presidennya serta mengetuai kerajaan, sekarang adalah masanya yang tepat untuk melakukan perubahan dalam pemilihannya yang akan datang nanti.

Selain Ismail Sabri atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri paling sesuai mengetuai UMNO, pemimpin generasi merdeka yang lain juga harus diberi tempat menyemarakkan perjuangan parti bersama-sama dengannya.

Mereka yang sudah tua atau yang lahir sebelum merdeka, apa lagi yang sudah pernah menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau mengetuai kerajaan negeri, eloklah segera mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada generasi baru meneruskan perjuangan.

Lagi pun dengan dunia sekarang adalah dunia yang dikuasai oleh orang muda dan mereka yang berusia 18 tahun pun sudah boleh mengundi untuk memilih kerajaan, tampak tidak cocok lagi jika generasi tua terus mahu tercongok enggan melepaskan jawatan seolah-seolah tidak pernah puas dengan kuasa.

Sementara parti lain seperti DAP misalnya yang telah memilih Anthony Loke yang lahir pada tahun 1977 sebagai Setiausaha Agungnya yang baru menggantikan Lim Guan Eng, jika diperhatikan, kebanyakan parti-parti lain juga sedang bergerak ke arah yang sama.

Walaupun Mahiaddin Md Yasin masih memimpin Bersatu, tetapi orang nombor duanya, Ahmad Faizal Azumu atau Peja adalah generasi yang lahir selepas merdeka.

Memandangkan Mahiaddin pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, adalah lebih cantik jika beliau juga segera berundur dan melepaskan tanggungjawabnya kepada timbalannya itu dalam pemilihan Bersatu yang akan datang nanti.

Tidak terkecuali dengan PKR, di sebalik Anwar Ibrahim masih aktif dan berupaya memimpin parti itu, tetapi dengan pengumuman Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik sekaligus bertanding jawatan Timbalan Presiden, keterujaan ahli-ahli PKR dan rakyat meraikan beliau ternampak begitu hebat sekali.

Lebih-lebih lagi bersama kembalinya Rafizi itu, Nurul Izzah yang selama ini tidak aktif dan mendiamkan diri, dilihat turut sama ingin mewarnai semula kepimpinan PKR dan gandingan mereka seolah-olah sedang dipotretkan sebagai harapan parti di masa depan.

Kedua-dua anak muda generasi merdeka itu, bersama Anwar, adalah watak-watak yang merupakan “material” sebagai Perdana Menteri masa depan buat negara ini.

Sementara Anwar, di mana PRU15 akan datang barangkali adalah medan terakhirnya untuk berjuang menggapai kerusi Perdana Menteri, Rafizi dan Nurul Izzah adalah sosok pertaruhan tahun-tahun seterusnya bagi jawatan tersebut.

Apa yang nyata, apabila ada tiga pemimpin yang bermaterial Perdana Menteri berada dalam satu parti, sudah tentu tarikan dan keyakinan rakyat kepada PKR akan melonjak dengan sendirinya.

Amanah yang merupakan komponen PH juga semestinya tidak terkecuali daripada harus melakukan perubahan memenuhi tuntutan zaman di mana Salahuddin Ayub atau Husam Musa sebaik-baiknya dipersiapkan sebagai peneraju parti yang seterusnya.

Sama seperti Anwar, PRU15 nanti adalah medan terakhir buat Mohamad Sabu membenarkan dirinya aktif dalam politik untuk turut sama menyahut keperluan generasi merdeka memimpin Amanah selepas itu.

Daripada sebilangan parti-parti utama yang lain di negara ini, hanya Pas yang masih kelihatan terkepung dalam kepompong kepimpinan generasi sebelum merdeka di mana Presiden dan Timbalan Presidennya yang sedia ada masih kekal berwajah tua.

Tetapi, di lapisan kedua dan ketiga, Pas masih tidak kurang dengan barisan pemimpin generasi merdeka yang sebenarnya sudah patut ditonjolkan ke depan, sesuai dengan tuntutan zaman.

Begitu pun, baik Hadi Awang mahu pun Tuan Ibrahim Tuan Man, belum terlihat lagi tanda-tanda mereka mahu mengundurkan diri atau bersara, sebaliknya seperti tengah seronok menikmati “ghanimah” jawatan menteri dan bertaraf menteri dalam kerajaan.

Muda, sebagaimana kita tahu memang dipimpin oleh generasi muda dalam barisan kepimpinannya, manakala Pejuang terlihat ada wajah Mukhriz Mahathir sebagai peneraju generasi merdekanya.

Selain bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang barangkali situasi kesihatan tidak lagi mengizinkan untuk terus aktif dalam politik, beliau juga sudah mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam PRU15 akan datang ini.

Maknanya, Pejuang pun sedang bergerak ke arah generasi merdeka mengetuainya.

Dalam hal ini, PRU15 harus menjadi medan terakhir untuk pemimpin yang lahir sebelum merdeka untuk bertanding dalam pilihan raya dan aktif dalam politik parti masing-masing.

Bersaralah dan biar generasi merdeka mengisinya pula!! – ShahbudinHusin 30/03/2022.



'Wanita perlu lagi': Rodziah tawar diri tanding Ketua Wanita KEADILAN

 

Kepimpinan Wanita KEADILAN telah berada di level yang setanding dengan mana mana parti politik utama di Malaysia.

Cuma wawasan masa hadapan, Wanita KEADILAN perlu tumpukan untuk menarik lebih banyak minat kaum Hawa di negara ini bagi mengundi parti reformasi itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu bagi meningkatkan imej wanita, Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita KEADILAN Malaysia dalam Pemilihan KEADILAN 2022.

"Karisma seorang perencana, pengurus dan penyelesai masalah diperlukan oleh Wanita KEADILAN bagi melayari bahtera organisasi di lautan penuh gelora.

"Selaku perencana kepada projek-projek regenerasi dan pemberdayaan wanita KEADILAN, pemimpin perlu cemerlang menggembeleng keupayaan anggota di setiap lapisan bagi mencetuskan anjakan parti setakah ke hadapan.

"Wanita sudah sememangnya sedia beraksi hebat. Namun, momentum ini hanya akan kekal apabila dibentuk dengan orientasi yang betul dan elemen kepimpinan yang cukup.

"Lalu, apa yang wanita perlu lagi? Wanita perlukan seorang perencana, pemimpin dan watak utama yang ternyata berkhidmat menjayakan projek regenerasi dan pemberdayaan wanita. Dengan itu, berbekalkan pengalaman dan konsistensi, saya bersedia berdiri di hadapan para anggota bagi memikul amanah selaku Ketua Wanita KEADILAN bagi sesi 2022," kata Rodziah dalam kenyataannya, pagi ini.

Menurut Exco Selangor itu lagi, anggota parti boleh membandingan rekod beliau di Selangor yang semua hasil kerja pasukan pimpinan beliau boleh dipertanggungjawabkan bagi menjadi bukti amanah dan kejayaan memimpin Wanita KEADILAN.

Bahkan, katanya, jika dilihat sentuhan di peringkat nasional jejak khidmat tersebut telah membumi sehingga telah pun dinikmati seluruh warga suri melangkau kelompok parti.

"Kita semua harus berbangga dengan pencapaian yang amat mematangkan ini. Wanita KEADILAN tidak lagi bergantung harap kepada token belas kasihan.

"Ternyata, wanita diiktiraf layak kerana tegapnya kudrat, sekaligus, menyedarkan semua pihak bahawa wanita itu kekal handal dek jiwa yang cekal.

"Di samping itu, sepanjang garis masa perjalanan gerak kerja Wanita KEADILAN, pelbagai masalah telah datang menghadang. Sekalipun dielak, ia tetap menduga kebersamaan kita. Namun begitu, ia boleh diurus sebaiknya secara cekap dan konsisten oleh orang yang dipercayai.

"Saya yakin Wanita KEADILAN tidak akan merisikokan perjuangan ini dengan tindakan melulu dalam memilih kepimpinan yang diharap-harapkan," katanya lagi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga itu juga berharap persaingan jawatan dalam pemilihan kali ini diasaskan kepada prinsip kebertanggungjawaban, amanah dan konsistensi yang akan memperkukuh parti dan menjunjung aspirasi rakyat.

Katanya, jika roh itu hilang maka seluruh tubuh organisasi akan pincang, rentan dan ketidaktahuan punca.

 

PENGARAH EKSEKUTIF SAPURA DIBAYAR RM983 JUTA, MANA SUARA NAJIB?

 

Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat, Dato’ Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat.

Terbaru, dia mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan campur tangan dengan mengarahkan institusi milik rakyat seperti PETRONAS, Khazanah atau Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad (“Sapura”) yang berdepan masalah kewangan.

Apabila saya bersuara bahawa sebarang usaha untuk menyelesaikan kemelut kewangan Sapura tidak boleh melibatkan wang rakyat, seperti biasa Najib menimbulkan isu kerugian wang rakyat (melalui pegangan PNB di dalam Sapura), kehilangan kerja, kerugian vendor dan pinjaman bank kepada Sapura.

Pada dasarnya, sebarang permasalahan kewangan mana-mana syarikat korporat tidak boleh melibatkan wang rakyat kerana ia bakal mewujudkan budaya urus tadbir (“corporate governance”) yang lemah. Sekiranya syarikat-syarikat swasta ada talian hayat (dengan diselamatkan oleh wang rakyat) setiap kali mereka berdepan dengan masalah kewangan, tidak ada insentif dan pertanggungjawaban (“accountability”) untuk syarikat-syarikat swasta menguruskan perniagaan mereka dengan cermat, bijak dan berdaya saing.

Tambah pula, dalam hal ini, beberapa rekod kewangan Sapura sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi terutamanya berhubung bayaran kepada pengarah-pengarah eksekutifnya (yang juga mewakili beberapa pemegang saham terbesar Sapura).

Rekod kewangan Sapura yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2021 menunjukkan pecahan bayaran-bayaran berikut (dibundarkan kepada juta yang terdekat, jika berkenaan):

Gaji, bonus dan upah kepada pengarah eksekutif Sewa kepada syarikat berkaitan pengarah eksekutif Yuran harta intelek kepada syarikat berkaitan pengarah eksekutif

Jumlah

tahunan

2009 1,1817,000 – – 1,1817,000

2010 2,480,000 – – 2,480,000

2011 3,750,000 – – 3,750,000


2012 5,284,000 – – 5,284,000

2013 45,023,000 12,000,000 63,000,000 120,023,000

2014 114,399,000 22,000,000 70,000,000 206,399,000

2015 89,751,000 20,000,000 70,000,000 179,751,000

2016 91,503,000 22,000,000 70,000,000 183,503,000

2017 88,684,000 18,000,000 70,000,000 176,684,000

2018 37,347,000 10,000,000 56,000,000 103,347,000

2019 13,028,000 11,000,000 20,000,000 44,028,000

2020 9,597,000 16,000,000 10,000,000 35,597,000

2021 6,054,000 18,000,000 10,000,000 34,054,000

RM508,717,000 RM149,000,000 RM439,000,000 RM1,096,717,000

(jadual gaji, bonus, sewa dan yuran harta intelek boleh dilihat secara terperinci di https://rafiziramli.com/2022/03/mana-suara-najib-ketika-rm983-juta-dibayar-kepada-pengarah-eksekutif-sapura-sepanjang-najib-jadi-perdana-menteri/)

Selain gaji, bonus dan upah kepada pengarah eksekutif yang mencecah ratusan ribu ringgit setiap hari (2013: RM123,351 sehari, 2014: RM313,422 sehari, 2015: 245,893 sehari, 2016: 250,693 sehari, 2017: RM242,970 sehari, 2018: RM102,321 sehari, 2019: RM35,693 sehari, 2020: RM26,293 sehari dan 2021: RM16,586 sehari), pengarah eksekutif juga dibayar dalam bentuk lain, iaitu:

1. Sewa tahunan yang dibayar oleh Sapura kepada syarikat yang berkaitan (dimiliki oleh) pengarah eksekutif (dan pemegang saham yang mereka wakili). Sejumlah RM149 juta dibayar sebagai sewa dalam tempoh 2013 hingga 2021.

2. Yuran harta intelek (IP) sebanyak RM439 juta dalam tempoh 2013 hingga 2021. Saya difahamkan bayaran ini adalah yuran bagi membolehkan Sapura Energy Berhad menggunakan nama “Sapura” yang dilesenkan oleh pemegang saham (yang diwakili pengarah eksekutif).

Dalam tempoh yang sama (2009 hingga 2021), Sapura membayar dividen kepada pemegang-pemegang saham sebanyak RM683 juta.

Analisis kewangan ini (bagi tempoh 2009 hingga 2021) menunjukkan perkara-perkara berikut:

i. Sapura membayar pengarah eksekutif tertentu (yang mewakili pemegang saham majoriti) sebanyak RM1.1 bilion sedangkan keuntungan yang dipulangkan kepada pemegang saham sebagai dividen hanyalah RM683 juta.

ii. Dari jumlah RM683 juta itu, sekitar 35% dividen dibayar kepada pemegang saham majoriti yang diwakili oleh pengarah eksekutif yang mengetuai Sapura.

iii. Oleh itu, anggaran bayaran keuntungan kepada pemegang saham majoriti (yang diwakili pengarah eksekutif) dalam bentuk gaji, sewa, yuran harta intelek dan dividen adalah sekitar RM1.33 bilion berbanding hanya RM440 juta yang diagihkan kepada pemegang saham lain seperti PNB dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

iv. Nisbah keuntungan yang dikaut oleh pemegang saham terbesar yang diwakili pengarah eksekutif adalah sekitar tiga (3) kali ganda berbanding yang diagihkan kepada pemegang saham lain yang dimiliki rakyat.

Semua ini berlaku semasa Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib memikul amanah memberi hala tuju dan memastikan institusi dana rakyat seperti PNB dan KWAP mendapat nilai yang terbaik dari pelaburan mereka.

Malangnya, 90% (atau RM983 juta) dari bayaran RM1,096,717,000 (dalam bentuk gaji, upah, sewa dan yuran harta intelek) kepada pengarah eksekutif yang secara jelas tidak adil kepada PNB dan KWAP berlaku dalam tempoh Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu 2009 hingga 2018.

Semasa dia ada kuasa dan pengaruh untuk memastikan ribuan kakitangan Sapura tidak terjejas periuk nasi mereka, untuk memastikan syarikat kecil yang menjadi vendor Sapura mendapat bayaran dan pelaburan rakyat mendapat pulangan yang sewajarnya, di mana suara Najib ketika itu?

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan bagaimana Najib hanya mengambil kesempatan menembak dalam semua isu kononnya untuk menjadi ter-paling wira rakyat demi menyelamatkan dirinya yang sudah dijatuhkan hukuman penjara. Hipokrasi Najib ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan dan rakyat harus dibentangkan dengan fakta-fakta untuk menunjukkan hipokrasinya.

Pada masa yang sama, mulai esok saya juga akan membentangkan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan Sapura keluar dari kemelut kewangan sekarang dan mengelakkan ribuan kakitangannya kehilangan kerja.

RAFIZI RAMLI

31 Mac 2022.



DAHSYAT : Dituduh mencuri, 585 Peserta Kesedar lantik peguam mempertahankan hak mereka

 

Dituduh mencuri, 585 Peserta Kesedar lantik peguam mempertahankan hak mereka yang dinafikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

585 peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Taman Agropolitan Rantau Manis bertindak melantik peguam Hisham Fauzi dari dari Hisham Fauzi & Associates, Kota Bharu bagi mempertahankan hak mereka.


Keduanya peserta ini juga akan mempertahankan diri mereka di Mahkamah kerana Kesedar telah membuat laporan polis menuduh mereka mencuri hasil sawit dari lot berkenaan.
Peserta ini tekad membawa Kesedar ke Mahkamah demi mempertahankan hak mereka atas lot yang telah diusahakan dari awal hinggalah mengeluarkan hasil.

Dituduh mencuri, 585 Peserta Kesedar lantik peguam mempertahankan hak mereka
585 Peserta Kesedar tekad mahu mengheret Kesedar ke mahkamah demi hak mereka yang dinafikan

“Bagaimana kami boleh dituduh mencuri sedangkan lot berkenaan adalah hak kami dari awal lagi?” soal wakil peserta terbabit.

Projek Agropolitan Kelantan Selatan menelan belanja RM240 juta dilaksanakan bermula tahun 2009 bermatlamat mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat miskin tegar sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

Dalam tempoh 12 tahun, projek itu telah memberi manfaat kepada hampir 600 keluarga meningkatkan taraf hidup masing-masing apabila diberikan kediaman serta jaminan pekerjaan di ladang kelapa sawit.

Sehubungan itu, para perserta sedang berusaha untuk mendapatkan komen dari Pengerusi Kesedar, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pas bagi Kawasan Bachok.

585 peserta ini telah hilang pekerjaan apabila projek tersebut diambil alih oleh Kesedar.

Projek berkenaan yang pada asalnya dikendalikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Kesedar, namun selepas kerjasama tamat, ECERDC telah menyerahkan projek itu sepenuhnya kepada Kesedar berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perserta ini merupakan rakyat termiskin yang dipilih bagi menyertai program berkenaan sebagai salah satu ikhtiar basmi kemiskinan sebelum ini.

Mereka diberikan lot tanah untuk diusahakan dengan sawit dan sebuah rumah E-Kasih apabila menyertai projek berkenaan.

Walau bagaimanapun penyelesaian yang diputuskan pihak Kesedar dan ECERDC tanpa berbincang lanjut dengan peserta projek itu membuatkan mereka kehilangan punca rezeki.

Segala perjanjian antara peserta dengan ECERDC sebelum ini terbatal dan para peserta yang sebelum ini mencari rezeki bergantung kepada hasil kelapa sawit idak lagi dibenarkan masuk ke lot sawit masing-masing.

Malah pihak Kesedar telah membuat laporan polis ke atas peserta kerana enggan akur menyerahkan tanah lot mereka kepada Kesedar dan masih mengerjakannya.

Difahamkan beberapa peserta telahpun dipanggil oleh pihak polis berkaitan laporan oleh Kesedar berkenaan.

“Sebagai ganti, satu surat penyerahan pemilikan kediaman diedarkan kepada peserta program untuk ditandatangani yang mana kami tidak setujui.

“Mengikut kandungan surat, peserta yang bersetuju menandatanganinya akan diberikan surat pemilikan rumah E-Kasih yang sudah kami duduki sekarang serta menerima gratuiti penyertaan RM700 sebulan hanya untuk tempoh setahun bermula Januari 2022.

“Ketika ini peserta yang enggan menandatangani surat itu telah hilang punca pendapatan.

“Sebelum ini purata pendapatan bulanan kami bekerja di ladang adalah sebanyak RM1,500 sebulan. Kehidupan kami kini semakin tertekan apabila terpaksa bergolok-gadai barang kemas dan menjual barangan berharga bagi meneruskan kelangsungan hidup,” kata wakil berkenaan.

Lebih baik bandingkan era Najib dan Anwar sebagai Menteri Kewangan

 LEBIH BAIK BANDINGKAN ERA NAJIB DAN ANWAR SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

RAFIZI AKAN BAWA STRATEGI BARU MENJELANG PRU 15


SINDIKET PERDAYA WANITA MALAYSIA KERJA DI KEMBOJA PERLU DISIASAT