Pemilihan KEADILAN 2022 yang hampir memasuki fasa penamaan calon
pada 8 April ini menghadapi satu kontroversi apabila wujud program tinjauan
calon calon popular bertanding untuk posisi Timbalan Presiden yang seolah olah
mempunyai kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti 2022 (JPP 2022).
Menurut Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, pihak jawatankuasa tidak
sama sekali mempunyai kaitan dengan tinjauan pendapat tersebut dan kekal bebas
serta tidak memihak dalam mengendalikan proses pemilihan.
"Ketika pemilihan KEADILAN 2022 sedang bersiap sedia menempuh
fasa pencalonan yang dijadualkan pada 8 April 2022, JPP 2022 telah dimaklumkan
bahawa tersebar luas baru baru ini satu tinjauan kecenderungan memilih para
calon yang diuar uarkan bakal bertanding bagi 'kerusi panas' pada setiap kali
pemilihan parti, iaitu jawatan Timbalan Presiden KEADILAN
"Suka kami tegaskan pihak JPP 2022 tidak pernah menjalankan
dan tiada kaitan sama sekali dengan sebarang tinjauan seumpama ini.
"Sebagai suatu badan yang diberi mandat untuk mengendali,
mengurus dan memantau segala aspek pemilihan parti, JPP 2022 mesti kekal
neutral dan tidak berpihak sepanjang proses pemilihan ini berlangsung,"
katanya dalam satu kenyataan.