SIRI 2 BOHONG DALAM BENAR (II)

 

SIRI 2  BOHONG DALAM BENAR (II)

 

 

Ke empat-empat mereka juga adalah pemegang saham syarikat ini.

Tujuan saya menurunkan senarai pemilik M7 Plantation Berhad ialah untuk menguatkan hujah saya bahawa Anak Kelantan sendiri agak tercicir dalam pemilikan ini, seperti tema kedua saya di atas.

Syarikat milik bukan Anak Kelantan memiliki lebih peluang.

Apa yang diusahakan oleh M7 Plantation di Kelantan?

Intro syarikat ini dilaman webnya - www.durianvalley.com.my menyebut :

'The company has a plantation site planted trees in Kuala Krai (Sungai Durian), Kelantan with a land size of 2200 acres and continue securing suitable land (> 1000 acres) for further development'.

'Syarikat mempunyai kawasan ladang sudah bertanam di Kuala Krai (Sungai Durian) Kelantan dengan saiz tanah seluas 2,200 ekar dan sedang berusaha mendapatkan tanah yang sesuai (lebih dari 1,000 ekar lagi) untuk pembangunan seterusnya'.

M7 Plantation mendakwa mereka memiliki 2,200 ekar Ladang Musang King di Sungai Durian. Bukan 559 ekar.

Tuan Sup menyebut bahawa dari keluasan dua kelulusan seluas 754 hektar atau 1,863 ekar, hanya 30 % saja boleh dimajukan sebagai kebun durian atau seluas 226 hektar/ 559 ekar saja.

M7 Plantation menyebut ladang di Sg Durian seluas seluas 2,200 ekar.

Mana satu betul?

Kalau dakwaan M7 Platation tak betul, kenapa tindakan tidak diambil?

Angka 2,200 ekar lebih mendekati kebenaran. Keluasan untuk Ladang Hutan bagi dua syarikat yg disebut oleh Tuan Sup secara keseluruhan ialah 1,863 ekar.

Maknanya, quota 30-% tidak dipatuhi. Kesemua kawasan telah bertanam Musang King!

Memang begitu pun jika kita melawat sendiri di tapak.

Hampir seratus peratus bertanam Musang King kecuali sedikit di pinggir sungai.

Ini boleh ditentukan dengan YAB MB sendiri turun memeriksa.

Ada pernah pemimpin kerajaan memeriksanya?

Di bawah laman sama di atas, syarikat ini menyebut begini : More than 3,000 acres of land size

Mereka mendakwa mereka juga mempunyai tapak ladang di Gua Musang.

Di bawah rencana bertajuk : 'Buka peluang jadi tauke D197' yang ditulis oleh Sri Ayu Kartika Amri dan disiarkan oleh Mymetro, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cik Ng Lee Chin berkata :

'Syarikat akan membangunkan 1,000 ekar tanah pada setiap peringkat dan memilih tapak yang paling sesuai untuk menanam pokok durian musang king.

Di samping Gua Musang, syarikat juga mempunyai pelan penanaman yang berbeza di Johor dan Pulau Pinang sebagai pengurusan risiko'.

Ketika Kerajaan Kelantan memberikan ruang begitu mudah dan luas kepada bukan Anak Kelantan, Anak kelantan sendiri diketepikan.

Ini membawa saya menulis begini dalam tulisan saya yang menjadi pertikaian tuan Sup : ' Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan linangan air mata mengirimkan saya footage yg beliau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama beberapa foto.

Untuk tatapan Rakyat Kelantan - katanya.

Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puluh tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka dimusnahkan.

Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

Untuk 'Orang Luar' - boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!'

Begitu tulisan saya.

e. Sememangnya Li Yongbo terlibat. Jadi apa masalah yang cuba dibetulkan?

Tuan menulis begini dalam para di atas : ' dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor yang sama'.

Kenyataan ini hanya membenarkan apa yang saya tuliskan.

Saya menulis begini : ' Raja badminton China - Li Yongbo - mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan'.

Di mana silapnya tulisan saya? Tuan membenarkan saya atau menafikan tulisan saya?

Bah kan, tidak ada yang salah dengan usaha syarikat berkenaan memasarkan pokok duriannya untuk dilanggan kepada pembeli kaya dari Cina, Taiwan, Hong Kong dll.

Itu adalah kebijaksanaan syarikat.

Tidak juga salah untuk Li Yongbo membeli ladang atau pokok sehingga membentuk ladang Musang King beliau sendiri yang diuruskan oleh 'kontraktor' berkenaan.

Sudut yang saya ingin ketengahkan ialah - jika rakyat Benua Cina berpeluang berbuat demikian di bumi kita sendiri, di mana pula peluang untuk Anak Negeri?

Ia ada latar belakang yang agak panjang.

Terdapat rungutan Rakyat Kelantan di sana sini bagaimana kebun-kebun yang mereka usahakan sejak puluhan tahun telah dinafikan pemilikan, disodok dan dibinasakan dan lain-lain tindakan atas berbagai alasan.

Saya berikan beberapa contoh di sini.

Di sini ialah resit deposit memohon hak milik tanah yang dibuat sejak 2004 lagi. (Rujuk Gambar 2)

Penduduk ini akhirnya meninggal dunia sebelum merasai titik peluh beliau.

Maklum balas dari posting antara lain mempamirkan rungutan berikut :

V ALASAN UNTUK NAK TUTUP KESALAHAN DIRI JAH TU...

BAKPO MB TAK JAWAB YG LAIN2 NYA,,

- YG DI MERATO SEHINGGA JEREK BARU BUKA JUGA HABIS KEBUN2 ORANG KAMPUNG KENA SODAK..

- YG DI DALAM LAH KUALA STAIL SEHINGGA PERAK PUN HABIS KEBUN2 ORANG DI SODOK, HARI INI KEBUN ARWAH MAT AIL MUAALAH HABIS 500 POKOK SAWIT YG UMUR 12 TAGUN DI SODOK, YG ARWAH TU ADA RESIT POZEK TAHUN 2004 LAGI..