SIRI 1 BOHONG DALAM BENAR (II

 


SEMUA GAMBAR GAMBAR DAN VIDEO ADA FI FB  HUSAM MUSA.



Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih

 

 

SIRI 1

 

BOHONG DALAM BENAR (II)

 

 

Kertas Putih Skandal Pembalakan Hutan Simpan Terbesar

InsyaAllah kita sambung diskusi kita.

Tuan Setiausaha Politik Dato' Ahmad Yakob MB Kelantan menulis :

3. Pada 21 Mei 2020, Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan permohonan Projek Ladang Hutan Pelbagai Spesis kepada Projek Ladang Hutan Pelbagai Spesis dan Spesis Durian. Kelulusan tersebut adalah dengan menetapkan keluasan penanaman spesis durian yang dibenarkan hanya 30% daripada 350 hektar dan 404 hektar daripada keluasan yang diluluskan kepada dua syarikat tersebut.

4. Syarikat berkenaan telah melantik kontraktor yang telah mengusaha penanaman Musang king dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor yang sama. Dengan itu, penglibatan Li Yongbo adalah tiada kaitan sama sekali dengan keputusan kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk projek tersebut.

Ulasan saya :

a. Siapakah kontraktor itu? Kontraktor berhak menanam dan menjual Ladang Musang King? Pelik tetapi benar.

Kenapa tuan tak boleh namakan kontraktor itu?

Tuan harus ingat, jawapan tuan ini akan dibaca oleh Rakyat Kelantan yang lain juga. Bukan hanya untuk saya se orang saja.

Mereka ingin dan perlu tahu nama kontraktor berkenaan supaya duduk perkara menjadi jelas.

Kenapa perlu berahsia tentangnya?

b. Adakah kontraktor mempunyai hak sebegitu rupa?

Sampai boleh mengeluarkan iklan atas nama syarikatnya sendiri menjual pokok atau bahagian dari kebunnya sampai ke luar negara?

Apakah syarat-syarat kontrak itu?

Adakah Kerajaan Negeri membenarkan amalan seperti ini?

Jawapan yang amat meragukan. Entah ya, entah tidak. Sendiri cakap, tak ada apa bukti untuk menyokong.

c. Adakah kontraktor itu ialah M7 Plantation Berhad?

Ketika tuan mengaitkan begini : 'Syarikat berkenaan telah melantik kontraktor (1) yang telah mengusaha penanaman Musang King dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor(2) tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor(3) yang sama'.

Iaitu dua kali tuan kaitkan antara 'kontraktor' dan 'Li Yongbo'.

Lalu saya cuba padankan apa yang tuan kaitkan dengan info lain seperti laporan media dan laman web- laman web yang berkenaan, termasuk laman web Durian Valley yang menyiarkan laporan akhbar Nanyang Siang Pao pada tahun 2018.

Berdasarkan dedaksi antara tulisan tuan dan carian internet, adalah selamat untuk meletakkan 'kontaktor' yang berurusan dengan Li Yongbo sehingga pemain badminton Cina itu ikut memiliki dusun Musang King di Kelantan ialah M7 Plantation Berhad.

d. Jika kontraktor yang tuan maksudkan itu adalah M7 Plantation Sdn Bhd, suka saya mengambil kesempatan di sini memperturunkan senarai pengarah dan pemegang sahamnya, mengikut semakan SSM :

i. Lee Wee Keng

Ampang

ii. Ng Lee Chin

Kuala Lumpur

(Namun dari semakan saya, walau pun alamat beliau di KL, saya percaya beliau Anak Kelantan)

iii. Eng Sia Jia

Subang Jaya

iv. Cheong Zu-Er

Seri Kembangan Selangor