SIRI 3 BOHONG DALAM
BENAR (II)
Kedua, kerosakan ekologi yang teruk.
Saya tak pasti amalan seperti ini boleh mendapat kelulusan Alam
Sekitar atau tidak.
Keadaan bukit di tarah se akan serangan Ya'juj dan Ma'juj,
sehingga kegondolan besar seluas mata memandang.
Foto ini (rujuk gambar 3&4) saya petik dari laman web Durian
Valley sendiri.
Berikut sebahagian dari foto dan clip rakaman video keadaan di
sana yang diambil secara persendirian : (rujuk video dan gambar 5&6)
Anak-anak sungai tercemar, sampai kebun-kebun getah penduduk
kampung dinaiki pasir yang dibawa arus semasa hujan.
Saya bercakap sendiri dengan penduduk kampung yang mengadu
kehilangan mata pencarian kerana kebun mereka rosak.
Ladang ini juga menanam nenas MD 24 sebagai tanaman sampingan.
Khabarnya hasil nenas mereka sudah memasuki pasaran. Terdengar
juga rungutan pekebun kecil nenas di negeri ini atas murahnya nenas mereka
dijual di pasaran sehingga pekebun tempatan tidak mampu bersaing.
Manakala empat foto berikut (rujuk gambar 7 hingga 10) adalah
dari lensa En Hisham dari Sahabat Alam Malaysia :
Dari foto-foto ini, anda percaya kenyataan tuan Sup MB bahawa
kawasan terlibat hanya ratusan ekar?
Kita bercakap tentang Hutan Simpan Kekal di sini. Kenyataan MB
di Dewan Negeri semalam bahawa hal ini hanya berlaku semasa awal projek.
Kemudian bila ladang sudah besar, tak nampak lagi kesan kerosakan.
Kenyataan yang sangat naif. Tak dapat bezakan antara Hutan
Simpan dan tanah ladang. Tak dapat menghayati hutan bersama ekologi yang
tersendiri.
Ini bukan tanah ladang YAB. Ini Hutan Simpan.
Agak panjang dan mungkin menjemukan, penjelasan balas saya hari
ini.
Sebagai kesimpulan, tuan Sup MB gagal memberikan penjelasan yang
saksama. Gagal mencerap apa yang sebenarnya berlaku di lapangan.
Gagal menyelami masalah rakyat berbangkit.
Jawapan yang menimbulkan lebih banyak pertanyaan dari memadamkan
keraguan.
Itu semua bukan salah tuan Sup MB.
Ini semua 'misteri @ skandal' besar mengaut balak dari Hutan
Simpan Kekal Kelantan atas nama Ladang Hutan.
Dewan Undangan Negeri Kelantan memerlukan sebuah Kertas Putih
dari badan bebas atas skandal terbesar Negeri Kelantan ini.
Jika ia gagal dibentangkan oleh Kerajaan yang ada, Rakyat
Kelantan mempunyai peluang menerusi Pilihan Raya bagi mengangkat sebuah
pemerintahan yang lebih jujur dan prihatin.
Husam Musa
28 SYA'BAN 1443H
31 Mac 2022
*Rakan-rakan juga boleh muat turun versi PDF di pautan telegram
ini https://t.me/husammusa/197