ADA TANDA TANDA KETAKUTAN....

 

Jangan ambil mudah isu tanda pagar #KerajaanGagal, Putrajaya diberitahu


Muhyiddin Yassin menghadiri sesi ‘town hall’ Wawasan Kemakmuran Bersama. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gerakan tanda pagar #KerajaanGagal yang sedang ‘trending’ di media sosial adalah perkara serius yang tidak boleh diambil mudah oleh kerajaan, kata seorang penganalisis politik.

Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata tanda pagar itu hanya akan menjadi tular apabila mendapat perhatian pengguna media sosial yang kemudian dikongsi di akaun mereka sendiri.

Katanya, kerajaan tidak boleh menganggapnya sebagai “trend dalam talian yang akan hilang”.

“Kerajaan mesti menangani perkara ini. Pasti ada rasa tidak puas hati orang ramai kerana tanda pagar ini telah mendapat perhatian begitu cepat, ”katanya kepada FMT.

Azmi Hassan.

“Bukan hanya #KerajaanGagal, tetapi #TamatDarurat juga mendapat perhatian dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jadi pasti ada sesuatu tentangnya.”

Menteri Kanan Ekonomi Mohamed Azmin Ali menyifatkan #KerajaanGagal sebagai “hanya sentimen” yang diwujudkan warganet, sambil menambah kerajaan tidak mahu menilai dirinya sendiri hanya berdasarkan komen yang berkaitan dengan tanda pagar.

Beliau juga cuba menjelaskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jarang bercakap mengenai politik kerana mahu memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan Covid-19 dan ekonomi.

Azmi menyifatkan kenyataan menteri itu sebagai satu cubaan “menyamar masalah yang besar”, kerana kebanyakan masalah ekonomi, sosial dan persekitaran dikaitkan dengan politik.“Ada cara lain untuk mempertahankan perdana menteri,” katanya. “Kata-kata Azmin hanya akan menyakitinya, jadi Azmin perlu menyusun semula strategi.”

Oh Ei Sun.

Sementara itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, penggunaan tanda pagar itu mungkin lebih relevan kepada pengundi daripada kawasan bandar dan berpendapatan sederhana hingga tinggi, yang lebih cenderung menyokong pembangkang.

Beliau menambah, sentimen seperti itu sedikit sebanyak boleh dikurangkan sekiranya bantuan dan sumber sosio-ekonomi tambahan diberikan kepada rakyat.

Oh juga berkata keputusan Muhyiddin untuk beri fokus kepada pandemik dan ekonomi pasti terkait dengan kepentingan politik untuk memastikan kerajaan sekarang bertahan.

Katanya, ini termasuk mendapatkan sokongan akar umbi untuk partinya Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Syed Arabi Idid.

Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata Muhyiddin tidak mengabaikan topik politik secara keseluruhan.

Katanya, lawatan Muhyiddin ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini adalah lawatan politik, di mana beliau berusaha untuk mengeratkan hubungan antara dua negeri itu dengan kerajaan pusat.

Namun, katanya, Muhyiddin dilihat seperti, buat masa ini, sedang meremehkan isu politik untuk mengelakkan respons negatif dari parti politik lain.


APA PUNYA NASIB LA....Kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia diminta ‘like’, ikut akaun media sosial menteri?


Tangkap layar tular di media sosial yang dikatakan mengandungi “permintaan” kepada kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) termasuk jabatan dan agensi supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial menterinya, Saifuddin Abdullah.

PETALING JAYA: Suatu tangkap layar dikatakan mengandungi “permintaan” kepada kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) termasuk jabatan dan agensi supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial menterinya, Saifuddin Abdullah, tular di media sosial.

Kakitangan juga dikatakan diminta untuk mengikuti akaun media sosial timbalan Saifuddin, Zahidi Zainul Abidin, dan juga akaun media sosial KKMM, menurut laporan media.

Dalam tangkap layar itu, yang disiarkan laman Malaysia Dateline, permintaan itu dibuat oleh suatu Unit Komunikasi Korporat yang “dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan aktiviti ‘Like’ dan Follow’ akaun media sosial KKMM”.

FMT sedang mengesahkan perkara ini dengan pihak KKMM.

Sementara itu, sumber dalam kementerian itu memberitahu FMT bahawa permintaan itu dikeluarkan kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, banyak kakitangan “marah dan bingung” dengan permintaan itu.

Dalam pada itu, sumber di sebuah badan bawah kementerian mengesahkan kakitangannya menerima peringatan untuk ikut dan “like” pautan media sosial menteri dan timbalannya.

Menurutnya, “permintaan” itu untuk memastikan keberkesanan program kementerian disampaikan kepada rakyat.

FMT sudah menghubungi KKKM untuk mendapatkan komen dan seorang jurucakap berkata kementerian itu akan menjawab isu terbabit.





Percepat proses vaksinasi, rekrut sukarelawan, guna teknologi kecerdasan buatan bantu pendaftaran

 




POSTED BY AMIR WRLR

Program Imunisasi Coovid-19 Kebangsaan yang lembab mengundang kritikan pelbagai pihak.

Terbaharu, Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 PH mengkritik kelewatan berkenaan dan memberi amaran proses vaksinasi Fasa 2 akan terganggu sekiranya menggunakan keadah yang sedia ada.

Jawatankuasa itu menyarankan Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) agar mengambil langkah proaktif yang diperlukan untuk bersedia meningkatkan kadar proses vaksinasi apabila bekalan baharu tiba dalam beberapa bulan lagi

"Kementerian Kesihatan dan JKJAV perlu bersifat proaktif dan meningkatkan persediaan logistik dan pentadbiran mereka pada masa sekarang untuk mempercepatkan dan melancarkan keseluruhan proses pra-vaksinasi, proses vaksinasi, dan proses pasca-vaksinasi dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan serta Fasa 3 yang akan datang.

"Perkara ini perlulah merangkumi program kesedaran melawan kekeliruan, keraguan, dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh rakyat. Langkah-langkah perlu diambil termasuklah meningkatkan kadar pendaftaran, terutamanya dalam kalangan golongan yang berisiko tinggi,

memperkasakan pusat khidmat talian untuk menyediakan notifikasi dan proses susulan.

"Lantikan sukarelawan bukan perubatan yang lebih menyeluruh untuk menguruskan hal-hal pentadbiran dan logistik perlu dibuat dalam skala

besar, dan latihan yang berpatutan kepada para sukarelawan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu disediakan," kata mereka dalam satu kenyataan.



Menurut mereka lagi, biarpun jawatankuasa itu menghargai maklum balas yang diberikan oleh Menteri Koordinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengenai status semasa program ini, mereka percaya lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk mempercepatkan proses, terutama dengan stok vaksin sedia ada untuk merangkumi golongan petugas barisan hadapan dan kumpulan orang yang berisiko tinggi.

"Lebih lambat golongan ini menerima vaksin, lebih lama masa mereka terdedah kepada risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit.

"Pertimbangan utama sekarang perlulah kepada imunisasi dan pelindungan secepat mungkin dengan bekalan sedia ada. Sebagai contoh, kami telah menyeru supaya para guru, terutamanya di zon merah seperti Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang diberikan vaksinasi dahulu untuk menurunkan kemungkinan sekolah ditutup akibat penularan wabak Covid-19, tetapi sehingga hari ini kita masih belum mendengar sebarang rancangan untuk satu program terancang untuk memberikan vaksin kepada para guru," kata kenyataan itu.

Selain itu, kata mereka, persediaan untuk menerima bekalan tambahan vaksin perlu dimulakan segera, terutama usaha memastikan bekalan sumber manusia mencukupi dalam meningkatkan kadar vaksinasi setiap hari sebanyak empat kali ganda, daripada 40,000 vaksinasi sehari kepada 160,000 vaksinasi seperti yang disasarkan.

Mereka menyarankan sukarelawan bukan perubatan perlu dilantik dan direkrut untuk meningkatkan keberkesanan pusat khidmat talian Covid 19.

"Pusat-pusat khidmat talian ini boleh dibahagikan kepada sektor perubatan yang mengendalikan pertanyaan berkenaan hal-hal kesihatan mengenai vaksin dan sektor bukan kesihatan untuk menguruskan perkara seperti notifikasi dan temu janji.

"Dengan sistem maklum balas dan pertanyaan yang lebih baik serta waktu menunggu dalam talian yang pendek, perkara ini dapat membantu meningkatkan keyakinan terhadap proses vaksinasi dan memastikan semua mendapat temu janji dan memberi maklum balas

dalam tempoh yang diperlukan," kata mereka.

Kerajaan juga disarankan menggunakan teknologi moden seperti chatbot dan kecerdasan buatan secepat mungkin untuk menjawab jumlah pertanyaan yang tinggi dalam Fasa 2.

Semua perkara ini penting, kata mereka, untuk memastikan setiap orang menerima makluman mengenai temu janji mereka dan juga untuk mengatasi masalah mengenai keraguan dalam kalangan rakyat.

Kerajaan juga perlu berusaha keras melengkapkan kadar imunisasi kelompok dalam kalangan rakyat sebelum gelombang keempat melanda

"Kesegeraan vaksinasi amat penting memandangkan Kementerian Kesihatan menjangkakan kedatangan gelombang keempat dalam masa terdekat.

"Wabak ini mungkin akan menyebabkan lebih banyak kerosakan dengan varian-varian baharu yang lebih tahan terhadap vaksin sedia ada, seperti B117 (UK), dan B1351 (Afrika Selatan) yang telah pun dikesan di negara kita. Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara, dan India sedang berhadapan dengan kesan yang lebih buruk yang dibawa oleh varian-varian baharu ini," kata mereka lagi.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 PH menegaskan kerajaan tidak boleh hanya menyalahkan pembekal vaksin semata-mata, tetapi juga perlu berusaha untuk mempercepatkan proses sedia ada dan mempersiapkan asas dan rangka kerja untuk memastikan pelaksanaan vaksinasi yang pantas, efisyen dan lancar apabila lebih banyak bekalan diterima

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh YB Dr Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Dr Ong Kian Ming (Bangi), Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan, Selangor), Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan, P. Pinang) dan Veerapan Supramaniam (Exco Kesihatan Negeri Sembilan)



LEBAI NI SARAN DENGAN NADA " BAYAR SAJA LAH .JANGAN RISAU " .ITU CARA PENYELESAIAN LEBAI

 


6 Pelajar matrik dikompaun RM1,500: EXCO PAS kata bayar je la


Tindakan penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak bukan untuk menganiayai mereka.

Ini kerana mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kadar kompaun tersebut.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas bagi memutuskan rantaian pademik COVID-19.

“Kepada pelajar-pelajar tersebut jangan risaulah, insya Allah di pihak kerajaan negeri juga prihatin dengan apa yang berlaku dan siasatan sedang dijalankan.

“Antara proses yang ada lagi mereka boleh buat rayuan dan kompaun boleh dikurangkan.

“Jadi jangan risaulah perkara-perkara tersebut dan di peringkat saya sendiri, saya boleh cadangkan supaya pengurangan kos ataupun kompaun tersebut boleh dikurangkan seminimum mungkin, insya Allah,” katanya.

Beliau ditemui semasa Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Dataran Orkid, Batu Gajah, pada Selasa.

Beliau yakin, banyak pihak sudi tampil untuk membantu pelajar-pelajar tersebut, malah beliau sendiri bersedia untuk membantu menyelesaikannya.

Mohd Akmal menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan bersangka baik terhadap pihak KKM yang sentiasa bekerja keras untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar. 


mmmmm...BILA MULA NAK MENIAGA DI ZAMAN MELAYU ISLE...AKHIRNYA KANTOI JUGA...BUANG JA NAMA BMF TU....TU WALAUN JA PERCAYA

 

Kantoi! Malakat Mall beli barang daripada pemborong cina!

Kantoi! Malakat Mall beli barang daripada pemborong cina!

 





Anwar Ibrahim: Ucapan Jelajah Ihya' Ramadhan Ehsan - Golongan Asnaf & Wa...



Memenuhi undangan Ehsan Group of Companies dalam program Jelajah Ihya' Ramadhan Ehsan bersama golongan asnaf dan warga emas Parlimen Port Dickson. 300 penerima dari Parlimen Port Dickson menerima bantuan berupa barangan keperluan asas serta duit raya. Bersama kita tingkatkan keprihatinan, kebersamaan dan silaturahmi di bulan Ramadan ini.




ANWAR DAH AWAL HANTAR SURAT NAK JUMPA DAN DAH JUMPA AGONG.


Ehhh...apa masalah kamu PejuWang? Rindu sama Anwar kah? Bila dah hilang kuasa akibat kebodohan bapak kamu, baru nak tanya mana Anwar? Waktu buat kerja bodoh dan khianat dulu, mengapa tak tanya Anwar? Bincang pun tidak. Pergi baliklah !!!!


MASA MANA HANGPA BAWA BINCANG?


Anwar lagi awal hantar surat bantahan tu ke istana..dan mohon jumpa Agong terus...bukan jumpa seperti jumpa opis boy je..itu bukan level ketua pembangkang..

Mahathir kata, orang-orang melayu seolah-olah dah mula marah kat Istana. Aku nak bgtahu Mahathir, orang marah, meluat kat Mahathir bukan melayu saja, bahkan semua kaum mengutuk diktator tua ini kecuali dua tiga kerat penyembah dia...so, jgn alih perhatian ke istana ok. Istana pun dah nasihat jgn letak jawatan, tapi kerana hasad dengki hang, sanggup hancurkan kerajaan PH.

W.FAUZDIN


 May be an image of 1 person, standing and text that says "PEJUANG TanahAir MY @homelandPEJUANG Mana Anwar? #BukaParlimen #TamatDarurat #KerajaanGagal #PNipu #PolitikMalaysia #pejuang Translate Tweet ANK Tiada T kelibat Anwar dalam serahan memorandum kepada Agong disertai Mahathir malaysianow.com"

TEDIAAAA....NI BUKAN DI PENANG.....

 May be an image of one or more people and text that says "astro AWANI Malaysia Masjid mukim, surau, musala di seluruh Kelantan diarah tutup Seluruh masjid mukim, surau dan musala di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti bermula esok."


CIK PUAN SRI BALUN


Nah..!

Ini bukan di negeri DAP.

Ini bukan di Pulau Pinang.

INI BERLAKU DI KELANTAN..!!!

 


Masjid mukim, surau dan musolla di Kelantan diarah tutup berkuatkuasa hari ini

Masjid mukim, surau dan musolla di Kelantan diarah tutup berkuatkuasa hari ini

Seluruh masjid mukim, surau dan musolla di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain bermula esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan adalah dibenarkan.

“Pelaksanaan itu dibenarkan dengan 50 peratus kehadiran jemaah daripada kapasiti masjid selepas penjarakan fizikal di dalam saf sebanyak dua meter.

“Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus Al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, masjid yang dibenarkan adalah Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Masjid Sultan Muhammad II,Telipot, Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh dan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar.

Selain itu, Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa, Masjid Ismaili Jajahan Tumpat, Masjid Mahmoodi (Jajahan Bachok), Masjid Ibrahimi (Jajahan Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra (Jajahan Machang) dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, (Jajahan Kuala Krai).

Turut dibenarkan dibuka ialah Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra (Jajahan Gua Musang), Masjid Sultan Muhammad  I (Jajahan Jeli), Masjid Sultan Muhammad III (Jajahan Pasir Mas), Masjid Ismail Petra (Jajahan Tanah Merah) dan Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai.

Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang gagal patuhi prosedur operasi standard ditetapkan. – Bernama






MALAYSIA JATUH 18 ANAK TANGGA KEBEBASAN MEDIA

 

MMOHD MUKLIS


8 minggu lepas saya kata, indeks kebebasan media kita pasti merudum. Nampaknya hari ini kita telah menuai apa yang kita semai. Bila indeks menurun, faham-faham sahajalah mana ada pelabur yang hendak melabur. Jatuh 18 anak tangga ini satu benda yang rigid, nak pulih balik kepercayaan antarabangsa bukan mudah.

On the flip side, at least kita ada PM pandai baca doa dan ranking kita lebih baik dari Nigeria kan? Mereka dapat kuasa dengan fitnah, lalu Allah uji mereka dengan apa yang mereka fitnah selama ini pada batang hidung mereka semula.

 Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF


astroawani.com
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.



KISAH MARHAEN LINTAS NEGERI...KAH....

 Gara-gara Instastory, pasangan suami isteri berbulan madu dipenjara

Gara-gara Instastory, pasangan suami isteri berbulan madu dipenjara

[DIKEMASKINI] Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana ‘honeymoon’ dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.

Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka yang juga usahawan produk inai, didapati melakukan kesalahan itu ketika membuat permohonan permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk merentas negeri ke Johor, telah memberi maklumat palsu secara bertulis.

Ia di mana tertuduh mengetahui bahawa maklumat yang diberi kepada Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Fairul Nizam Anuar itu adalah tidak benar.

Kesalahan dilakukan di Balai Polis Wangsa Maju, pada jam 2 petang, 15 Mac lalu.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 22 (D) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar diberi hukuman denda yang minima.

Iram Naz berkata, ketika kejadian, mereka meneruskan perjalanan ke Johor kerana pihak penginapan tidak dapat membatalkan tempahan atau mengembalikan deposit.

“Maaf Yang Arif, Instastory yang saya buat hanya untuk keluarga dan rakan IG saya, yang menularkan cerita ialah orang yang saya tidak kenali.

“Saya rayu kepada mahkamah agar tidak mengenakan hukuman penjara kerana saya adalah penanggung tunggal keluarga, malah kami menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya sebak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar mencadangkan, demi kepentingan awam, kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman penjara.

Ini kerana katanya, Instastory yang dibuat oleh tertuduh pertama (Iram Naz) mengandungi perkataan yang tidak patut ditulis antaranya ‘rayu polis’.

“Sedangkan PKPB memberi kesan terhadap orang awam kerana tidak boleh merentas negeri.

“Walaupun kelonggaran diberi namun ia bukan untuk tujuan lain, maka saya mohon ia diambil serius oleh semua pihak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut,” katanya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Chai Sia turut menegur kedua-dua tertuduh, kerana tindakan mereka menyalahgunakan kelonggaran yang telah diberi, memberi contoh buruk kepada masyarakat.

“Sememangnya Instastory dikongsi dengan rakan-rakan dan keluarga tetapi ia boleh disebarkan oleh orang lain.

“Alasan bahawa tempahan tidak dapat dibatal atau wang tidak dapat dikembalikan, maka tidak seharusnya kamu meneruskan perjalanan,” katanya.

Sebelum ini, tular gambar pasangan berusia lingkungan 20-an itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.

Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan PKPB ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. – SH



KISAH KAYANGAN : Netizen persoal SOP kehadiran 'meriah' lawat Tokti di hospital

 

Faris Danial Razi
Netizen persoal SOP kehadiran 'meriah' lawat Tokti di hospital
Memetik laporan OhMyMedia yang memetik sumber berkata, semua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya sudah melakukan ujian saringan. - Foto Universal Music Malaysia
KUALA LUMPUR: Kunjungan ‘meriah’ di hospital sewaktu kelahiran putera sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendapat perhatian netizen apabila ada yang mendakwa berlakunya ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelawat yang hadir.
Memetik laporan OhMyMedia, ada netizen yang mendakwa berlakunya ‘double standard’ serta mempersoalkan bagaimana SOP di hospital tersebut boleh membenarkan pelawat selain suami masuk ke dalam wad.
"Bila bini aku bersalin, sorang pun tak boleh masuk kecuali aku. Bila selebriti bersalin, sesiapa boleh masuk. ‘Double standard’ aku dah penat. Moga rezeki anak-anak dapat pergi ‘overseas’ kerja,” tulis netizen tersebut.
Meskipun begitu, menurut sumber yang dipetik OhMyMedia, kesemua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya itu, sudah pun melakukan ‘ujian saringan’ atau swab test.
Perkara itu bangkit diperkatakan apabila anak kedua bagi penyanyi kelahiran Pahang itu disambut meriah oleh suami, anak-anak tirinya, ustaz serta jurugambar dan doktor merawat di hospital.
BACA: Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki
Menurut laporan itu juga, walaupun kebanyakan hospital tidak membenarkan kehadiran pelawat di saat pandemik COVID-19 ini, namun di hospital swasta peraturan itu lebih longgar dan tertakluk kepada syarat ditetapkan di hospital berkenaan seperti melakukan ‘swab test’ terlebih dahulu sebelum menziarahi pesakit.
Terdahulu, Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi Isnin.
Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Tidak membantu tangani Covid, tiba masanya Agong tamatkan perintah darurat

 



Darurat yang telah berkuatkuasa sejak 3 bulan lalu terbukti tidak berjaya menangani wabak Covid 19 sebagaimana alasan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada 13 Januari 2021.

Oleh itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tiba masanya darurat yang gagal itu ditamatkan agar pendekatan lain yang lebih relevan diambil.

"Rasionalnya seperti yang kita semua maklum, setakat ini darurat tidak berjaya membantu kerajaan dalam usaha mengekang penyebaran wabak Covid 19.

"Malah kita lihat keadaan menjadi semakin genting bila jumlah kes meningkat dengan mendadak. Tempat-tempat sebelum ini yang dianggap kawasan hujau seperti Kelantan dan Terengganu tiba-tiba jumlah kes meningkat begitu tinggi, tidak termasuk Sarawak

"Persoalannya adakah darurat berjaya mengekang Covid? Berdasarkan bukti yang ada dan berdasarkan sains, ia tidak melakukan perkara itu.

"Maka bagi kami memang cukup wajar untuk jemaah menteri menasihatkan Tuanku menamatkan darurat sekarang," katanya ketika ditemui dalam himpunan penyerahan memorandum anjuran Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, walaupun telah ditubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bagi tujuan menasihatkan Agong dalam isu darurat namun memorandum yang dihantar oleh Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat adalah suara sebenar dari rakyat biasa yang perlu diambil kira.

"Setakat ini sekitar hampir 40,000 orang telah menadatangani petisyen online untuk mohon perkenan Tuanku menamatkan darurat

"Saya lihat masalah besar berlaku dari segi ekonomi, sosial, sekolah sekejap buka-tutup, pemberian vaksin juga belum memadai. Semua ini tidak dibantu oleh darurat. Yang paling terkesan adalah proses semak imbang apabila Parlimen terus ditutup walaupun Tuanku telah bertitah Parlimen boleh bersidang," katanya.

Ditanya mengenai kempen spontan di media sosial #KerajaanGagal, Fahmi berkata kempen itu dimulakan oleh rakyat dan digerakkan sepenuhnya oleh rakyat, tanpa campurtangan ahli-ahli politik.

"Itu (kempen) adakah yang lahir dari sanubari rakyat. Ini adalah gerakan organik, tiada kaitan dengan ahli politik. Saya sendiri tidak mahu komen sangat sebab kita lihat kemarahan rakyat telah capai ke satu tahap di mana mereka seakan begitu berani mengutarakan pandangan mereka.

"Ramai yang hilang kerja, hampir 800,000 dan jumlahnya amat tinggi dalam kalangan anak muda hampir 13%, dan ini bukan jumlah yang kecil. Kemarahan itu dapat kita lihat dengan respons anak muda di Tweeter dan Facebook," katanya lagi.

Himpunan di luar pagar Istana Negara petang tadi dihadiri oleh pimpinan Pakatan Harapan serta pemimpin-pemimpin pembangkang lain. Tiga tokoh politik, Tun Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu dan Khalid Samad dibenarkan masuk ke istana.

Mereka menghantar permohonan kedua menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Surat berkenaan, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.

 

MAHIADDIN, KOMANDER PERANG YANG GAGAL

 

Banyak bukti dapat disenaraikan satu persatu kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan Pandemik Covid-19. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kabinet Kerajaan PN perlu memikul tanggungjawab.

Meminta Perdana Menteri beragama Islam meletak jawatan dalam bulan Ramadhan bukanlah suatu tuntutan yang molek. Serbasalah dibuatnya.

Tetapi memandangkan peperangan pun dalam sejarah Islam pernah berlaku dalam bulan Ramadhan, jadi kalau komander perang gagal, maka tuntutan komander itu berundur adalah wajar.

Sudah lebih setahun perang melawan Covid-19 dilancarkan. Usahkan menang, malahan korban kematian semakin meningkat.

Statistik setakat 18 April 2021, seramai 1,378 orang telah mati akibat Covid-19. Angka yang mati ini adalah manusia bukannya angka stastik semata-mata yang tidak bernyawa.

Jumlah kes positif Covid-19 keseluruhannya setakat semalam 18 April ialah 375,054. Kes Baharu pula melebihi 2,195 orang.

Angka-angka ini semua adalah manusia, rakyat kita, warganegara kita, bukannya data semata-mata. Bukan sahaja Menteri Kesihatan perlu bertanggungjawab tetapi keseluruhaan kabinet Kerajaan PN adalah bertanggungjawab.

Tanggungjawab kolektif para menteri itu akhirnya perlu dipikul oleh Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.


Tidakkah Muhyiddin Yassin menyatakan baru-baru ini bahawa Proklamasi Darurat tidak kerana tujuan lain tetapi hanya untuk memerangi Covid-19?

Walaupun Darurat diisytiharkan sejak Februari lalu dan Parlimen digantung tetapi Kerajaan PN pimpinan Muhyidin Yassin tetap gagal melawan Covid-19.

Walaupun Belanjawaan Negara melebihi RM300 bilion telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ianya digantung dan Pakej rangsangan Covid-19 lebih RM70 bilion telah disuntik, malangnya kerajaan pimpinan Muhyiddin tetap gagal melawan Covid-19.

Amerika Syarikat yang berpenduduk melebihi 200 juta manusia telah melakukan vaksinasi melebihi 50% rakyat dewasanya.

Malaysia setakat 18 April 2021 hanya baru melakukan suntikan vaksin Covid-19 seramai 1,135,015 orang dari penduduk yang hanya 32 juta orang, iaitu tak sampai 2%.

Kenapa perlahan sangat program vaksinasi di Malaysia? Apa masalahnya? Kabinet Malaysia mempunyai anggota menteri dan timbalan menteri yang ramai.

Seorang Menteri Kesihatan dibantu oleh dua orang timbalan menteri kesihatan. Ada Menteri Tugas-Tugas Khas, Ahli Parlimen Mesjid Tanah yang juga bertugas untuk melawan Covid-19.

Kemudian ada Menteri Sains dan Tekonolgi, Ahli Parlimen Rembau yang mengetuai Jawatankuasa perolehan vaksin dan program vaksinasi.

Tetapi kenapa perlahan sangat macam pergerakan siput babi dalam proses vaksinasi di Malaysia?

Duit ada, menteri ramai, tetapi kenapa terlalu sedikit rakyat mendapat suntikan vaksinasi setakat ini?

Jadi dalam perang melawan Covid-19 ini ternyata Kerajaan PN telah gagal. Kabinet Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah gagal.

Muhyiddin Yassin adalah komander dalam perang melawan Covid-19 ini yang setakat hari semalam, saya ulangi sekali lagi bahawa korban kematian kerana Covid-19 adalah seramai 1,378 orang di Malaysia.

Kita tidak mahu lebih ramai rakyat mati baru Perdana Menteri yang gagal mahu berhenti.

Justeri itu saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sekarang.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang.