LEBAI NI SARAN DENGAN NADA " BAYAR SAJA LAH .JANGAN RISAU " .ITU CARA PENYELESAIAN LEBAI

 


6 Pelajar matrik dikompaun RM1,500: EXCO PAS kata bayar je la


Tindakan penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak bukan untuk menganiayai mereka.

Ini kerana mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kadar kompaun tersebut.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas bagi memutuskan rantaian pademik COVID-19.

“Kepada pelajar-pelajar tersebut jangan risaulah, insya Allah di pihak kerajaan negeri juga prihatin dengan apa yang berlaku dan siasatan sedang dijalankan.

“Antara proses yang ada lagi mereka boleh buat rayuan dan kompaun boleh dikurangkan.

“Jadi jangan risaulah perkara-perkara tersebut dan di peringkat saya sendiri, saya boleh cadangkan supaya pengurangan kos ataupun kompaun tersebut boleh dikurangkan seminimum mungkin, insya Allah,” katanya.

Beliau ditemui semasa Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Dataran Orkid, Batu Gajah, pada Selasa.

Beliau yakin, banyak pihak sudi tampil untuk membantu pelajar-pelajar tersebut, malah beliau sendiri bersedia untuk membantu menyelesaikannya.

Mohd Akmal menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan bersangka baik terhadap pihak KKM yang sentiasa bekerja keras untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar. 


No comments: