VIDEO SEMALAM :KAH..KAH ..KAH PAS KENA KENCING

Sampai hati Sepang tidak turut dinamakan sertai MN, kata Hanipa

Sampai hati Sepang tidak turut dinamakan sertai MN, kata Hanipa


Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Mohamed Hanipa Maidin secara sinis memberi reaksi terhadap dakwaan kononnya enam Ahli Parlimen AMANAH dijangka akan keluar parti untuk bersama Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN).
“Sampai hati depa tak sebut Kota Raja, Shah Alam, Parit Buntar, Pokok Sena dan Sepang. Tak baik tau!” katanya.
Semalam, desas-desus mendakwa Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai mengetuai kumpulan tersebut.
Turut serta kononnya Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), Datuk Dr Hasan Baharom (Tampin), Datuk Mohd Anuar Tahir (Temerloh), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut).

UMNO AKAN BUNUH PAS?

PRN SABAH: BEKAS SEKUTU BN MAHU BERTANDING SENDIRIAN

TIADA HARAPAN BERSATU AKAN BERADA DALAM MN?


Tidak sampai seminggu selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu setuju untuk menyertai Muafakat Nasional atau MN, namun reaksi daripada UMNO jelas cukup tidak menyenangkan.
Jika sebelum ini Zahid Hamidi, Khaled Nordin dan Shahrir Samad mengatakan Bersatu mesti ikhlas dan tiada agenda lain jika mahu menyertai MN, terbaru ini bibit-bibit penolakan untuk Bersatu berada di dalam MN nampaknya semakin ketara dan boleh dibaca.
Selain respon pemain media sosial UMNO hampir 90 peratus menolak hasrat Bersatu itu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan menegaskan, akar umbi parti juga rata-ratanya berpendirian sama.
Katanya, majoriti akar umbi UMNO kurang setuju Bersatu menyertai MN.
“Tapi akar umbi punya pandangan ini perlu diambil berat kerana jika tiada akar umbi, tiadalah ‘pokoknya’,” jelas beliau lagi.
Sehubungan itu, tambahnya isu penyertaan Bersatu itu akan dibincangkan dalam Biro Politik secepat mungkin sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO untuk diputuskan.
Susulan kenyataan Mohamad itu, Zahid Hamidi malam tadi turut sepandangan dengan timbalannya itu.
Melalui media sosialnya, Zahid Hamidi menulis – “Pandangan akar umbi UMNO dan nerizen pasti diberi keutamaan dan didengar sebelum Muafakat Nasional membuat keputusan untuk memuktamadkan penerimaan rakan kongsi politik baharu. Majlis Tertinggi UMNO akan memutuskannya”.
Sebagaimana disebut sebelum ini dan tentunya disedari oleh mereka yang aktif di media sosial, lebih 90 peratus pandangan akar umbi UMNO dan netizen adalah menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN.
Jadi, apa sebenarnya maksud kenyataan Zahid Hamidi dan Mohamad yang mahu mengambil kira pandangan akar umbi dan netizen mengenai perkara itu?
Bukankah ia petanda yang tidak diragui bahawa kemasukan Bersatu ke dalam MN akan ditolak akhirnya?
Lalu, ke mana hala tuju Bersatu? 

(Shahbudindotcom 19/08/2020)




Rakyat marhaen dihukum, tapi menteri langgar kuarantin boleh terlepas?




Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi dilihat bersikap berat sebelah apabila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali melanggar tempoh kuarantin selama 14 hari yang ditetapkan sebaik sahaja pulang dari Turki untuk menyertai sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata situasi ketika ini seolah-olah wujud dua undang-undang yang berbeza untuk rakyat dan menteri.

"Ada seorang makcik memakai gelang merah jambu didenda RM8,000 dan dihantar ke penjara sebab langgar kuarantin tapi ada seorang menteri pergi luar negara pada 3 hingga 7 julai kemudian datang ke Parlimen pada 13 Julai tidak kena tindakan. Mohon menteri beri penjelasan, adakah benar beliau pergi, kalau benar kenapa tak pakai gelang merah jambu?

"Kita tak nak wujud dua undang-undang untuk menteri dan rakyat marhaen iaitu satu untuk pemerintah dan satu lagi untuk diperintah.

"Ada anak muda berdiri di satu stesen komuter yang lengang disaman RM1,000 tapi seorang menteri hadir dalam satu program penuh orang tak pakai pelitup separuh muka tak dikenakan apa-apa tindakan, ini adalah hipokrasi.

"Ia bagai ada dua darjat, ia keadaan yang sangat memilukan dan perkara ini perlu diperbetulkan," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Khairuddin.

"Menteri pergi luar negara, takkan boleh main masuk Parlimen. Patut kena kuarantin 14 hari sebelum datang ke Parlimen.

"Isu ini perlu diambil berat kerana ia tanggungjawab semua ahli parlimen, lagi-lagi jika dia seorang menteri. Apa dia buat itu satu kesalahan besar dan perkara ini perlu disiasat," katanya.

Pada masa sama, Fahmi menganggap kerajaan PN gagal bersikap adil kepada rakyat, sebaliknya terus-terusan terlepas daripada sebarang hukuman.

"Dekat Parlimen ini pun ada menteri yang hisap vape. Kalau benar ada menteri yang sepatutnya kuarantin tapi hadir ke Parlimen, ini bukan norma biasa, bukan norma baharu.

"Ada dua tiga menteri yang dikerumuni orang ramai tidak memakai pelitup muka tetapi tidak kena apa-apa tindakan.

"Jangan mereka dibawah ditekan, tetapi mereka yang berada diatas itu kekal di awangan, terus-terusan makan udang galah," katanya.




Malaysia sokong Palestin, PH tentang perjanjian damai Israel-UAE-MANA HADI BERTARAF MENTERI




Petisyen Ahli-ahli Parlimen Malaysia mengecam Rancangan Pengilhakan atau rampasan tanah Palestin di Tebing Barat oleh Israel telah diserahkan kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan Palestin semalam.

Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, petisyen tersebut mengumpulkan lebih 130 tandatangan Ahli-ahli Parlimen terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang sesuai dengan cadangan yang diutarakan dalam usul yang telah disepakati sebulat suara oleh wakil pembahas daripada pihak kerajaan dan pembangkang pada 16 Julai lalu.

Katanya, serahan petisyen itu diwakili oleh 5 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Delegasi Ahli parlimen Malaysia disambut oleh Daniel Wright, Penolong Penasihat Politik Kedutaan AS dan Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Palestin ke Malaysia.

"Penyerahan petisyen berjalan dengan lancar dan Ahli Parlimen mengambil peluang untuk berucap menyampaikan mesej petisyen ini adalah suara rakyat Malaysia yang mengecam sebarang bentuk penindasan, kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, menurut Syed Ibrahim, delegasi Malaysia juga membangkitkan isu perjanjian damai Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang dilakukan atas alasan untuk menghentikan pengilhakan tanah Palestin.

Hal itu, kata Syed Ibrahim merupakan satu dalih palsu dan tidak wajar disebut sebagai antara kejayaan AS dan UAE untuk membawa kedamaian di Timur Tengah.

"Ini satu alasan palsu, lemah dan bertujuan mengelabui hasrat sebenar. Hakikatnya, keputusan normalisasi hubungan telah dibuat tanpa perbincangan atau persetujuan rakyat Palestin dan rancangan pengilhakan oleh Israel tidak dihentikan. Cuma sekadar ditangguhkan seperti diakui oleh Perdana Menteri Israel.

"Saya menggesa Malaysia menasihati UAE agar menarik balik keputusannya dan kembali kepada rancangan damai bersama negara-negara Islam dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Israel.

"Tidak memadai sekadar menghormati hak kedaulatan UAE sedangkan implikasinya ialah kepada pengukuhan pengaruh AS dan Israel di Timur Tengah di sebalik tindakan unilateral yang terus menindas hak dan keadilan rakyat Palestin.

"Saya juga tertanya apakah pandangan Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah dalam hal ini? Amatlah wajar Duta Khas juga memainkan peranan penting dalam mempamerkan aspirasi Malaysia, sebagai sebuah negara pendukung keamanan dan keadilan mendepani konflik Palestin-Israel," katanya lagi.

Hari ini, di Parlimen, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang disoal bertalu-talu mengenai perdamaian UAE dan Israel yang tidak dikecam oleh Malaysia.

Sikap berdiam diri, menurut Ahli Parlimen pembangkang adalah tidak wajar memandangkan negara Islam lain mengecam UAE kerana mengkhianati rakyat Palestin.


Sekarang kerajaan PH tiada, mana pembunuh Adib?



Retorik perkauman yang dimainkan Umno dan Pas dalam kes pembunuhan ahli bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dipersoalkan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, malam tadi.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub bertanya mengapakah kes Adib masih tidak selesai biarpun kerajaan 'Melayu Raya' Perikatan Nasional (PN) telah berkuasa lebih daripada enam bulan.

"Dimomokkan, kononnya kematian ahli bomba Adib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Cina DAP menutup kes itu.

"Kematian Adib dipolitikkan. Kita sangat sedih, bapa dia, keluarga dia sangat tertekan, kenapa pembunuh Adib tidak didakwa?

"Sekarang dah jatuh kerajaan PH, kerajaan DAP jatuh. Naik Muhyiddin Yassin, Melayu semua. Mana dia kes Adib? Siapa yang bunuh Adib?

"Dulu tuduh kita (PH) sembunyikan bukti. Nak bela India, nak bela kafir. Sekarang kamu semua dah kerajaan, apa jadi kes Adib? Tak dapat juga kemukakan (pembunuh), kerana sukar cari saksi-saksi untuk mensabitkan.

"Jadi isu perkauman, isu agama bukan isu penting. Isu penting di sini adalah untuk kita selamatkan negara," katanya dalam ceramah di Felda Besout 4, malam tadi.

Ahli Parlimen Pulai itu turut bertanya adakah para penyokong Pas sanggup memangkah logo dacing selepas pemimpin utama Umno, Najib Razak didapati bersalah menyelewengkan wang negara?

Katanya, sebagai bekas Naib Presiden Pas, beliau tahu sumpah Pas untuk tidak memangkah parti dacing yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Namun hari ini Pas menganggap BN sekutu paling baik, sedangkan kes-kes penyelewengan tidak pernah berubah daripada sifat dan cara hidup pemimpin parti berkenaan.

"Mereka (Pas) telah mengajar Umno memang parti yang tidak boleh mereka undi.

"Saya rasa inilah yang kita perlu beritahu rakan-rakan kita (dalam Pas). Saya rasa mereka yang benar-benar pejuang Pas tidak mungkin boleh memangkah lambang dacing," katanya lagi.

Justeru, Salahudin mengajak pengundi Slim memberikan isyarat jelas kepada Umno-BN bahawa mereka tidak layak lagi memerintah dengan memberi undi kepada calon Parti Pejuang Tanah Air, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang menggunakan logo 'Pokok'.

Tindakan itu, menurut Salahudin, merupakan satu pengajaran kepada BN yang selama ini mempropagandakan kepada orang Melayu bahawa pemimpin mereka dianiaya oleh PH melalui pendakwaan di mahkamah. Sedangkan, terbukti Najib dihukum bersalah oleh mahkamah pada era pemerintahan PN.

"Kalau Datuk Seri Najib hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM200 juta, rakyat kena ingat bahawa apa yang berlaku ke atas Najib itu tidak akan dapat dilakukan tanpa Tun Mahathir bersama PH menang PRU 14 dan mengheret perompak, penyamun ke mahkamah.

"Akhirnya tuduhan itu bukan fitnah, bukan rekaan tetapi telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Kalau kerajaan BN tidak tumbang, bukan sekadar penjenayah nombor 1 Malaysia tetapi nombor 1 dunia itu masih bebas menyalahguna kuasanya sebagai orang nombor 1 negara.

"Orang Felda Besout jangan fikir ini pertarungan antara Melayu dan Cina, ini bukan pertarungan perkauman atau agama. Ini pertarungan maruah untuk memulihkan kembali negara dari diperintah oleh perompak, penyamun dan pencuri," katanya lagi.

Hari mengundi bagi PRK Slim pada 29 Ogos. Tiga calon bertanding dalam PRK itu, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38 (Pejuang), Mohd Zaidi Aziz, 43 (BN) dan Santhara Sekaran Subramaniam, 42 (bebas).


GUNA AIR SUNGAI MASIN, UNDI LAGI PAS

Akar umbi Umno tak setuju PPBM sertai Muafakat Nasional, kata Tok Mat



Robin Augustin -August 19, 2020


Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata beliau menerima banyak maklum balas daripada akar umbi yang tidak selesa dengan idea PPBM bergabung dengan Muafakat Nasional.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, akar umbi parti itu tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea PPBM menyertai Muafakat Nasional (MN), gabungan antara Umno dan PAS.

Sebelum ini Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata, partinya berhasrat menyertai MN selepas dijemput secara rasmi untuk berbuat demikian dan selepas itu, setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa menyatakan yang MN juga bersetuju secara prinsip.

Bercakap kepada FMT, Mohamad berkata walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengatakan ia bergantung kepada jawatankuasa MN untuk menentukan penyertaan PPBM ke dalam gabungan itu, ia perlu dirujuk terlebih dahulu ke Majlis Tertinggi Umno.

“Bagi Umno, kita perlu mendapat mandat daripada Majlis Tertinggi. Majlis Tertinggi adalah badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti.
“Kehadiran saya di sini (sebagai timbalan presiden) adalah kerana akar umbi, jadi kepentingan mereka mesti dijaga,” katanya.

MN adalah pakatan antara Umno dan PAS, 2 parti Melayu-Islam terbesar yang secara rasmi ditubuhkan pada September tahun lalu.

Bersama dengan PPBM, mereka membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN), dengan sokongan gabungan parti pemerintah di Sarawak, yang kini menjadi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, dalam ciapan di Twitternya, Zahid menegaskan pandangan akar umbi parti diberi keutamaan dan didengar sebelum MN membuat keputusan mengenai penerimaan rakan kongsi politik baharu.

“Majlis Tertinggi Umno akan memutuskan perkara itu,” katanya.

MUSA AMAN DI SABAH DAN KISAH UMNO DAN PAS



HAMDAN TAHA

Musa Aman berjaya menjadikan kerajaan warisan dap dan upko goyang dan sehinggakan shafie terpaksa bubarkan dewan negeri....begitu lah hebatnya Musa Aman dan kuasa wang yang dia ada...

Musa Aman juga hari ini telah berjaya menyebabkan umno bergolak di sabah sekarang. Ada dua belas ketua bahagian menyokong beliau termasu rahman dahlan. Bung moktar di katakan di tolak oleh ketua ketua bahagian seramai 12 bahagian.

Malangnya ketika umno di buang dan terbuang di sabah tugas pengerusi perhubungan ketika itu di berikan pada Yb Bung Moktar,tak kedengaran musa aman dan suara rahman dahlan. Musa aman malah merancang penyokongnya keluar umno dan masuk bersatu termasuk anaknya....

Nampaknya politik sabah bukan mudah untuk PN atau MN atau gabungan BN. Sebaliknya Warisan,DAP dan PKR juga UPKO dah selesai pembahagian kerusi dan juga telah selesai perundingan guna lambang mana satu.....

Gambaran politik Sabah itu 70 peratusnya ada di Semenanjung. Berjaya mereka selesaikan pembahagian kerusi maka asas perundingan itu boleh di jadikan rujukan dan panduan untuk BN dan Pas dan Bersatu....jika sabah akhirnya bersaing sesama sendiri.....itu tanda pru di semenanjung juga akan berjangkit begitu....
Kuasa juga jadi rebutan....

KISAH ORANG UMNO DAN PAS

Hari ni saya berjumpa dan di hubungi oleh tokoh satu dari Pas dan satu lagi Pimpinan umno....sembang dengan mereka...

Pimpinan umno yang bersembang dengan saya ni terpelajar dan hujahnya menarik. Umno kena hentikan sekarang mengunkit tentang apa yang telah di katakan oleh TSMY kepada Umno dan Bersatu kepada Umno.....ahli umno kena terbuka dan lupakan politik di belakang cukup sekadar di jadikan panduan dan pengajaran....jika umno tidak berhenti mengunkit gunkit kononnya TSMY dan Bersatu telah menghentam umno begitu dasyat dan teruk sebelum pru 14 yang lepas....kita masih terluka dengan kata kata TSMY itu....kata ramai orang umno....

Pimpinan itu kata kepada saya jika itu pertimbangan kita bila nak selesai....kerana TSMY juga boleh menuntut dan berkata...ohhh engkau orang kira yang aku kata jer...yang engkau orang buat kat aku...pecat...halau...engkau dedah macam macam....kata aku main bini orang...kata aku sapu tanah di Johor dan kata aku pengkianat...itu macam mana....apakah tak di ambil kira....

Kita Umno dan Bersatu kena berjiwa besar....bayangkan Pas dan Umno maki hamun...kafir mengkafir selama 65 tahun pun boleh bermaaf maafan kenapa boleh kenapa tak dengan bersatu dan TSMY....kata pimpinan Umno ini kepada saya....

Dengan sahabat dari Pas pula lain ceritanya...mereka telah bersiap sedia jentera pilihanraya dan telah bersiap dan boleh terima arahan bila bila masa dari sekarang. Katanya Pas pusat telah meminta semua jentera pilihanraya di setiap parlimen bersiap sedia kerana jangkaan PRU di buat awal dan kemungkinan hujung tahun ini....target Pas mesti menang 40 kerusi parlimen....sekarang dah ada 18...Pas wajib di lihat parti Kembangsaan bukan parti hanya Kelantan dan Terengganu....Pas wajib bertanding sekitar 50 kerusi dan berada di setiap negeri termasuk di berikan peluang di Serawak dan Sabah....

Pas sudah siap siaga....dan rupanya keahlian Pas ini ada dua golongan. Satu ahli yang mengikuti tarbiah...usrah dan kenal antara satu sama lain. Satu lagi ahli yang tidak melalui proses tarbiah dan usrah...kebanyakan golongan ini ahli dari reform tahun 98 sehingga lah sekarang yang mohon jadi ahli dan di terima tapi kurang menjadi pengerak parti...golongan yang di tarbiah akan ikut arahan pimpinan....tapi ahli yang tidak ikut tarbiah belum pasti.....



Bising kononnya pembangkang tolak RUU untuk bantuan Covid-19.



𝗖𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗥𝗨𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟳.𝟭𝟴 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗧𝗨 𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗨𝗟𝗜𝗦 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 

RUU pasal Covid-19 tu baru bacaan kali pertama. Undi pon belum lagi. (boleh semak di sini: https://www.parlimen.gov.my/bills-dewan-rakyat.html?uweb=dr)

RUU yang ditolak pembangkang semalam adalah 𝗕𝗮𝗷𝗲𝘁 "𝗦𝗰𝗵𝗲𝗺𝗲 𝗢𝗳 𝗧𝗵𝗶𝗻𝗴𝘀" ia bertujuan untuk meluluskan peruntukan TAMBAH Kementerian baru yang melibatkan penambahan bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik YANG TERTINGGI DALAM SEJARAH NEGARA

Ini jelas suatu pembaziran wang rakyat, dikala negara dilanda wabak Covid-19 dan ramai rakyat hilang pekerjaan.Description: ‼️

Disuruh rakyat berjimat, tetapi dlm masa yg sama KERAjaan PNipu bazirkan wang rakyat utk tembolok menteri..

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗨 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗘 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧