AIR.MATA ...AIR.SELANGOR APA DAH JADI





Oleh: EZAM MD NOOR


AIR SELANGOR - Antara airmata rakyat dan kemewahan elit kaya raya.

- Deal air Selangor mencecah RM2 billion.Dari mana datangnya billion ini?Dari kantung rakyat yang sengsara ini.Kemana perginya billion ini?Ke kantung elit politik dan peniaga yang kaya raya.

- Buka kertas siasatan dan siasat siapa mereka.

-Air Selangor tidak percuma.Airmata rakyat Selangor juga ada harganya.

-Yang sengsara mengangkat baldi berhari2 ini berhak tahu elit keparat mana yang sapu billion deal air Selangor!


BUKAN SUSAH NAK BAGI NETIZEN GELAR NGOK...IKUT CARA MAMAT BAJU MERAH INI.


https://www.facebook.com/100024397520030/posts/575178906638688/


Oleh : DS.MEGAT

Sibaju merah tu, nak hentam PH pada mulanya ...akhir keluar cerita sebenar dari mangsa...ini KETUA CAWANGAN UMNONGOK yang punya angkara, tipu penduduk...Apabila air ludah tertimpa atas muka sendiri, Macai terus spin, salahkan Cina pula🤣🤣🤣

ISHHHH MACAM TU NO...RETA MIN N MAK LAMPIR TAK NAK CARI KA..?

Oleh Ahmad Albab




Mehh akuu bagitahuu Chegubardd bodohh tuu...

Mana dtgnya nilaii aset RM 10.7 JUTA darii Anwarr...

Darii 10.7 jutaa tuu, 9.5 juta adalah nilai rumah semasa di Bukit Segambutt...

Dan 0.4 jutaa adalahh nilai hartanahh semasa tanahh di Kuantan, Pahangg..

Bukannnya duit Anwar tuu 10.7 jutaa...

Bodoh betull baruaa Jeminn & Mak Lampirr sekor nii...

Dah laa baruaa, bongokk plak tuu...

Jeminn dengan Mak Lampirr bolehh kasii detaill asett merekaa???

...



LAGI LEBAI BURUKKAN NAMA PARTI PAS.



Kita doakan dia agar cepat sedar dari lamunan...!
Uyghur tu kat Bota kanan jer yeop...!

SIRI 1 : MENJELANG PILIHANRAYA SARAWAK KRONOLOGI 3 PENJURU SARAWAK, SALAH SIAPA?

MENJELANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK SIRI 2 KRONOLOGI 3 PENJURU. SALAH SIAPA?



11. Pada 7 April 2016, secara prinsipnya persetujuan telah dicapai antara Azmin dan Lim Guan Eng untuk 8 kerusi diserah kepada DAP dan 5 kerusi diserah kepada KEADILAN (selain dari 11 kerusi yang dirundingkan, 2 kerusi yang sebelum itu telah dipersetujui iaitu Mulu dan Murum dibuka kembali)
8 kerusi DAP ialah:
Senadin
Mulu
Tasik Biru
Simanggang
Mambong
Bukit Semuja
Ngemah dan
Murum
Manakala 5 kerusi KEADILAN ialah:
Batu Kitang
Marudi
Machan
Layar dan
Belaga
12. Walaupun begitu, rundingan difahamkan terus dilakukan sama ada sebelum atau selepas 7 April (pertemuan Azmin dan Guan Eng), terutama untuk kerusi-kerusi yang tidak dijalankan polling iaitu Marudi, Mulu, Layar, Ngemah, Machan, Murum dan Belaga.
13. Pada 11 April 2016, Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah dimaklumkan bahawa persetujuan telah dicapai di antara KEADILAN dan DAP. Majlis Presiden seterusnya mengarahkan KEADILAN dan AMANAH pula merundingkan beberapa kerusi yang bertindih di antara mereka. Hasil dari mesyuarat ini, Dr Wan Azizah di dalam sidang media selepas itu mengumumkan bahawa rundingan kerusi bertindih telah selesai dan prinsip Satu Lawan Satu dipegang.
14. Pada 15 April 2016, MPN Sarawak menolak keputusan tersebut dan mahu mengekalkan bertanding 40 kerusi walaupun bertindih dengan DAP atas sebab menggunakan kuasa veto dan autonomi.
15. Tindakan MPN Sarawak tersebut diakui dalam pengetahuan Tian Chua atas alasan untuk memastikan kestabilan dan kebersamaan KEADILAN Sarawak dan bakal-bakal calon yang telah bekerja keras. Di samping itu, tindakan tersebut dianggap tindakan mengacah DAP supaya tidak merebut kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN. Di dalam Biro Politik tergempar malam itu, Tian Chua mengaku bertanggungjawab dan menyatakan ia strategi untuk memaksa DAP kembali membuka rundingan.
16. Tindakan ini juga memberi isyarat buat pertama kali bahawa seolah-olah KEADILAN bersedia hadapi pertandingan 3-penjuru dengan DAP. Ini bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden PH.
17. Pihak DAP Sarawak kemudian memberi reaksi bahawa mereka juga bersedia menghadapi 3-penjuru dengan bertanding di Batu Kitang jika KEADILAN tidak berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui.
18. Watikah calon telah ditandatangani oleh Presiden untuk 37 orang calon. Setiausaha Agung telah menulis surat kepada SPR sebelum itu bahawa watikah hanya boleh ditandatangani oleh Presiden seperti peraturan dan amalan parti sebelum ini.
19. Pada hari Jumaat 22 April 2016, Dr Wan Azizah memberi mandat kepada Azmin untuk menyerahkan watikah yang telah ditandatangani oleh Presiden (sebanyak 37) dan menyelesaikan isu pertindihan kerusi dengan DAP dan pimpinan Keadilan Sarawak. Pesanan ini telah dihantar melalui WhatsApp kepada Azmin.
20. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah meminta Azmin supaya kembali kepada beliau untuk urusan watikah calon. Pesanan ini dibuat melalui voicemail setelah Dr Wan Azizah gagal menghubungi Azmin.
21. Penyerahan watikah untuk 37 calon telah dilakukan oleh Azmin kepada Baru Bian pada 22 April 2016 di Kuching. Baru Bian telah memaklumkan pihak media bahawa Keadilan masih mahu bertanding di 40 kerusi dan akan terus berunding dengan DAP untuk 5 kerusi yang bertindih.
22. Oleh kerana Dr Wan Azizah tidak mendapat kemaskini petang itu, beliau menelefon Dato’ Kamaruddin Jaafar yang turut berada di Kuching. Dato’ Kamaruddin Jaafar memaklumkan bahawa Azmin memberi mandat kepada Baru Bian untuk mengeluarkan watikah tambahan bagi 5 kerusi.
23. Keadaan ini berlarutan hingga hari penamaan calon dan berakhir dengan pertandingan pelbagai penjuru di antara KEADILAN dan DAP.


ARAK DI PANGKOR? P. PERHENTIAN MACAM MANA? Arak di Pangkor? P. Perhentian macam mana?

PEMANSUHAN ELAUN-ELAUN PERKHIDMATAN MAMPU JEJAS KUALITI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA*



Kenyataan oleh:
*ZAHIR HASSAN*
Pengerusi Keadilan
Wilayah Persekututan

*PEMANSUHAN ELAUN-ELAUN PERKHIDMATAN MAMPU JEJAS KUALITI PERKHIDMATAN AW

Pemansuhan beberapa skim elaun oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah tidak bertepatan dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk menjamin kesejahteraan pekerja sektor awam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam negara dan perlu dinilai semula dengan segera.

Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) khususnya yang memberikan elaun sebanyak RM750 sebulan akan menjadikan sektor awam semakin tidak menarik dan akan menghindarkan bakat pekerja yang berkualiti daripada menyertai perkhidmatan awam.

Pengambilan pekerja-pekerja baru bermula tahun 2020 yang terdiri daripada kumpulan pekerja seperti doktor, ahli farmasi, doktor gigi, dan jurutera akan terkesan dengan langkah ini dan mampu menjejaskan pembangunan kemahiran dan sumber manusia dalam sektor awam. 

Malahan, pemansuhan ini adalah tidak setimpal dengan cabaran dan persekitan kerja yang semakin mencabar yang akan dihadapi oleh para lantikan baru ke perkhidmatan awam. Kadar gaji yang ditawarkan pula sekarang ini adalah rendah dan secara puratanya adalah di bawah kadar kos sara hidup semasa.

Saya percaya langkah ini diambil sebagai salah satu usaha untuk meringkankan beban kewangan negara. Tetapi keputusan untuk melibatkan pemansuhan BIPK dilihat tidak strategik dan akan menggugat kualiti perkhidmatan awam dalam jangka masa panjang.

Saya berharap pihak kerajaan dapat segera meneliti semula keputusan yang telah dibuat dalam usaha penstrukturan semula elaun perkhidmatan demi pengurusan kewangan yang lebih terurus dan seterusnya menjamin kualiti perkhidmatan awam negara.

Sekian.

KERAJAAN INI SEMAKIN JAUH DARI RAKYAT



Jika mahu disenarai satu persatu, baru dalam tempoh 19 bulan PH menjadi kerajaan, sebenarnya terlalu banyak perkara-perkara yang mengecewakan dan mengguris hati rakyat telah berlaku.
Harapan rakyat apabila mereka membuat keputusan menukar kerajaan dan menumbangkan BN, yang diminta hanyalah agar kehidupan selepas itu bertambah baik dengan kos sara hidup menurun, banyak peluang pekerjaan dan cara menambah pendapatan juga menjadi lebih banyak.
Malangnya semakin hari berlalu, harapan itu semakin kabur dan kelam dengan yang munculnya akhirnya hanya berita-berita sedih dan menyakitkan hati.
Janji Tun Mahathir Mohamad dengan pengalamannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini bahawa tempoh dua tahun untuknya menerajui negara sudah mencukupi untuk memulihkan ekonomi, tidak lebih sekadar janji bulan madu orang sedang bercinta.
Dalam tempoh 19 bulan menerajui kerajaan, Tun Mahathir ternyata gagal memberi yang lebih baik sebagaimana yang pernah dijanjikannya sebelum beroleh kuasa.
Ini berikutan begitu banyak aset negara dan syarikat strategik milik Khazanah yang dijual dan terlepas ke tangan pihak asing.
Sementara penjualan itu menimbun wang yang banyak, yang musykilnya hutang negara terus juga meningkat.
Ke mana dan untuk apa wang penjualan aset itu digunakan?
Apakah kerajaan tidak cukup hasil untuk membiayai urusan harian pentadbirannya?
Selain itu, pemberhentian kerja dan penamatan mereka yang bekerja kontrak dengan kerajaan pula kedengaran di mana-mana, termasuk ramai yang meluahkannya di media sosial.
Kenapakah kerajaan baru yang kononnya mendokong aspirasi membela rakyat, tiba-tiba lebih dulu memangsakan pekerja bawahan dan yang bergaji kecil?
Kalau benar kerajaan tidak cukup wang, kenapa pemberhentian itu berlaku di kala majoriti menteri sibuk bercuti di luar negara dengan pembiayaan penuh wang cukai rakyat?
Terbaru ini berlaku pula penamatan elaun kritikal untuk doktor, jururawat, jurutera dan profesional lainnya yang menyertai perkhidmatan awam mulai tahun depan.
Tindakan JPA ini merupakan satu lagi berita sedih untuk rakyat seolah-olah kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir ini sudah hilang upaya dan tidak mampu lagi memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Menjelang tahun depan, mungkin banyak lagi berita-berita sedih seperti itu menjadi tatapan kita semua yang pada hakikatnya menjadikan kerajaan PH semakin jauh daripada hati rakyat.
Itu belum termasuk lagi rancangan kerajaan mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam dan semua ini bukan saja menyebabkan rakyat biasa, bahkan pendokong PH sendiri turut rasa kecewa.
Mereka kini jadi keliru, jika kerajaan terdahulu bermasalah dan tidak cekap, mengapa masih banyak perkara untuk kepentingan rakyat masih dapat diberikan?
Yang ternampak menonjol di mata rakyat hanyalah keghairahan Tun Mahathir berpolitik dengan mencatur sana mencatur sini dan memecahkan kelompok memecahkan sini untuk menampakkan dirinya terus unggul berkuasa dengan seolah-olah sudah lupa kepada janji peralihan kuasa serta dirinya bukannya semakin muda.
Sampai bilakah rakyat terus kecewa dengan PH?
Apakah harapan rakyat rakyat terhadap PH sebelum tibanya detik PRU15 hanya pada Anwar Ibrahim yang sepatutnya mengambil alih kuasa tahun depan? (ShahbudinHusin 25/12/2019)

PDRM NAK SIMPAN LAGIKAH PENGHASUT INI


MARA BELUM AMBIL TINDAKAN TERHADAP INDIVIDU INDIVIDU INI?

https://rafiziramli.com/2016/02/mara-tidak-mengambil-tindakan-terhadap-individu-individu-yang-mendapat-laba-dari-pembelian-hartanah-di-australia/

Saya dan Saudara Akmal Nasir (melalui National Oversight and Whistleblowers) telah mendedahkan skandal pembelian hartanah di Australia oleh MARA yang melibatkan penyelewengan berjumlah RM129 juta pada akhir Jun dan awal Julai 2015 lalu. Sehingga kini, 8 bulan kemudiannya, tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke muka pengadilan dan MARA masih belum mendapatkan kembali jumlah “terlebih bayar” walaupun ada bukti-bukti kukuh untuk tindakan diambil.

Dengan permasalahan pembiayaan yang dihadapi oleh ribuan pelajar Melayu/Bumiputra yang terkandas kerana kedudukan kewangan MARA yang tidak mengizinkan, saya tertanya-tanya kenapa tidak ada tindakan diambil untuk mendapatkan kembali dana awam. Jumlah RM129 juta adalah jumlah yang besar dan boleh membiayai pendidikan ribuan pelajar Melayu/Bumiputra.

Oleh kerana kegagalan Tan Sri Annuar Musa bertindak mendapatkan kembali dana ini, saya dengan ini mengemukakan bukti dan dokumen yang menunjukkan perkara-perkara berikut

1. Individu-individu yang menjadi dalang dan dinamakan di dalam dokumen yang difailkan di mahkamah Australia

2. Cara individu-individu ini menyalurkan dana rakyat dari MARA kepada syarikat-syarikat yang mereka mempunyai kepentingan

3. Hubungkait individu-individu ini dengan EXCO Pemuda Umno

INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN DI DALAM DOKUMEN MAHKAMAH AUSTRALIA

Rujuk dokumen “Statement of Claim” yang difailkan oleh Trubuilt Projects Pty Ltd terhadap Wanissa Properties Pty Ltd yang disertakan bersama
Dokumen ini memperincikan bagaimana Wanissa Properties Pty Ltd yang mengusahakan Dudley House (iaitu hartanah yang akhirnya dibeli oleh MARA pada harga yang lebih tinggi) di alamat 7-13 Dudley Street, Melbourne telah gagal membayar hutangnya kepada Trubuilt Projects Pty Ltd iaitu kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan Dudley House.
Mukasurat 9 pada perenggan 19(x) memperincikan bagaimana MARA melalui anak syarikatnya Thrushcross Land Holdings Limited telah membeli Dudley House pada harga AUD22.6 juta (iaitu AUD4.75 juta lebih mahal dari harga pasaran yang dilaporkan).
Mukasurat 9 dan 10 pada perenggan 19(x) memperincikan bagaimana AUD4.75 juta (bersamaan RM14 juta pada kadar tukaran semasa) telah dibayar oleh Wanissa Properties Pty Ltd kepada 3 syarikat iaitu Leuven Capital Sdn Bhd, Optimus Capital Group of Companies Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd; iaitu syarikat-syarikat yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan Ahmad Nazim Abdul Rahman (CEO Pelaburan MARA Berhad), Mazrul Haizad Marof (dinamakan sebagai kakitangan MARA) dan Izadden Daud (Pengarah Urusan MARA Inc dari tahun 2008 hingga 2010).
Mukasurat 10 pada perenggan 19(xi) memperincikan hubungan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat itu melalui satu email yang dihantar bertarikh 4 Julai 2013 mengandungi invois dari syarikat-syarikat tersebut.
CARA DANA DISALURKAN DARI MARA KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERKEPENTINGAN

Saya sertakan salinan-salinan invois (yang turut difailkan di Mahkamah Australia) seperti berikut

Walaupun pelbagai invois yang berlainan dikeluarkan dan bertindih, semakan dengan pihak berkuasa percukaian Australia (seperti yang ditunjukkan di dalam dokumen mahkamah) menunjukkan bahawa jumlah akhir yang dibayar kepada syarikat-syarikat adalah

AUD - 4.75 juta (iaitu jumlah komisyen yang disebut di dalam “Statement of Claim”) seperti berikut

Leuven Capital- AUD3,350,000 seperti surat bertarikh 24 Julai 2013

Optimus Capital Group - AUD675,000 invois bertarikh 5 Februari 2013

TRR Heritage- AUD725,000 invois bertarikh 17 Januari 2013

Maka, jumlah yang MARA “terlebih bayar” sebanyak AUD4.75 juta itu kemudiannya dibayar kepada syarikat-syarikat yang berkait/dikuasai oleh seorang individu bernama Mazrul Haizad Marof

HUBUNGKAIT DENGAN EXCO PEMUDA UMNO

Mazrul Haizad Marof adalah abang ipar kepada Dazma Daud, iaitu EXCO Pemuda Umno di bawah YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno.
Dazma Daud juga pernah terlibat dengan syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam dokumen mahkamah ini iaitu Optimus Capital dan Leuven.
Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai seorang pegawai tinggi MARA bukan sahaja dinamakan di dalam dokumen mahkamah bertanggungjawab menghantar invois-invois ini, beliau juga pernah terlibat di dalam satu syarikat lagi yang berkait dengan urusniaga pembelian Dudley House oleh MARA.
Dokumen-dokumen ini adalah satu maklumat umum yang boleh diperolehi dengan mudah dari mahkamah Australia, seperti mana diperolehi oleh MARA. 

Bukti keterlibatan individu-individu terbabit juga adalah sangat jelas dan sepatutnya tindakan telah diambil oleh Tan Sri Annuar Musa sejak dari tahun lepas.

Dalam kemelut masalah kewangan MARA sehingga menyebabkan ramai lagi pelajar Melayu/Bumiputra menghadapi kesempitan, jumlah RM14 juta ini sepatutnya dituntut dengan segera dari individu-individu terbabit.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

JANGAN LEBAI, NANTI KENA SAMAN TAK DA DUIT NAK BAYAR..



Oleh: SUARA RAKYAT.





Malaysia negara komunis ??! hang kata ada bukti ??! ..

Jangan nanti bila hang kena tahan dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 utk siasatan, jangan pula buat U-turn.

Kalau kerajaan PH ni kerajaan komunis, maknanya PAS Kelantan dan Terengganu dapat suntikan dana dari kerajaan komunis lah ya.?

Walaubagaimanapun beberapa laporan polis telah dibuat susulan fitnah dari Ustaz Sharkawi Ishak pada Siri Ceramah Muafakat Nasional, di Perkarangan Surau Kg Kota, Permatang Pasir pada 20 Disember 2019.

Semoga pihak polis dapat buat siasatan seadil-adilnya ke atas tuduhan fitnah yg berat oleh lebai ostad tersebut.

#UstazRempit
#BohongSyariePAS
#LebaiFitnahWalaunTolongBayarSaman
#LawanFitnahPembangkang

SKIM MYSALAM KENAPA TUNTUTAN ANDA GAGAL.



Oleh: Nizam Aka.

Cerita Skim MySalam..Ada sebahagian tuntutan samada tuntutan hospital atau tuntutan penyakit kritikal yang ditolak oleh Pengendali Skim MySalam atas kesilapan2 berikut:

-Cop rasmi hospital dan tandatangan doktor tak jelas.

-Kesilapan pihak hospital menulis nombor ic pemohon(pesakit)

-Kesilapan mengeja nama pemohon (pesakit)

Bila dipohon discharge note yang baru daripada pihak hospital atas arahan pengendali MySalam,phk hospital tak mahu keluarkan discharge note baru,walaupun tlhpun ditunjukkan ulasan drp pihak MySalam..Maka, rugilah pesakit(pemohon) krana tuntutan mereka tak dpt dilakukan dan mereka tak dapat wang tuntutan yang sepatutnya mereka boleh gunakan utk menampung kehidupan mereka.. Mohon phk #kementeriankesihatan atau #mysalam mengambil perduli masalah ini..


APA MAKSUD PENDEKATAN 'MENANG-MENANG' DI DALAM ISU TANAH HARAM CAMERON HIGHLAND ?




Ramai yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa yang dimaksudkan dengan pendekatan rundingan yang disuarakan oleh YB Fuziah Salleh di dalam isu pekebun tanah haram di CH.  Mereka berfikiran MP Kuantan itu  menyokong tindakan menceroboh tanah haram serta tindakan mencemar alam sekitar di CH.  

Memang benar, memang telah berlaku rundingan sebelum ini oleh kerajaan negeri Pahang dengan mereka yang terlibat.  Tetapi, apakah rundingan itu menghasilkan keputusan yang positif?  Berunding bukan bermakna kerajaan negeri perlu akur dengan pekebun-pekebun tanah haram tersebut atau pekebun-pekebun mesti diusir seperti binatang liar.  

Apa yang saya faham dari kenyataan YB Fuziah itu adalah undang-undang pemuliharaan alam sekitar wajib dijaga tanpa kompromi.  Bahkan, atas asas itulah YB Fuziah konsisten dengan perjuangannya menentang kilang Lynas sampai sekarang.  Komitmennya itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, di dalam isu di CH ini bukan sahaja alam sekitar perlu dijaga, tetapi perasaan kemanusiaan juga perlu dihormati dan dilindungi.  Mereka telah bercucuk tanam di situ dan tentunya itu adalah pencarian sara hidup mereka.  Tidakkah ada kaedah atau pendekatan yang lebih mesra atau berhemah agar nasib mereka tetap dilindungi dan alam sekitar tetap dapat diselamatkan?  

Rugikah kerajaan negeri Pahang memberi satu kawasan lain yang boleh dipajak untuk mereka meneruskan usaha bertani sebagai alternatif kepada mereka selain dari diusir?  Situasi "menang-menang' yang YB Fuziah maksudkan adalah kerajaan negeri dapat mempertahankan alam sekitar dari dicerobohi, manakala pekebun yang terlibat dapat meneruskan kehidupan dengan alternatif yang ditawarkan. Tergamakkah kita melihat tanaman yang mereka tanam dari titik peluh mereka demi untuk mencari perbelanjaan menjelang hari  persekolahan bermula diranap begitu sahaja hanya kerana undang-undang? 

Pada hemat saya, YB Fuziah tiada kepentingan apa-apa di dalam isu ini kerana CH bukannya di kawasan beliau di Kuantan.  Tetapi beliau berpegang kepada prinsip bukan sahaja mesra alam tetapi mesra insan.  Janganlah kita jadikan undang-undang untuk kita menafikan perikemanusiaan.  

Ada undang-undang yang kita perlu bertegas dan ada undang-undang yang boleh kita laksanakan dengan kaedah yang lebih berhemah.  Malangnya, ada juga suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan PH berikutan apa yang berlaku di CH itu.  Di mana MP yang mereka angkat dulu? 

WFAUZDIN NS

Teresa harap majikan sokong langkah kerajaan PH naikkan gaji minimum



Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) digesa supaya menyokong langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 bagi pekerja di 57 kawasan bandar bermula tahun depan.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, langkah berkenaan tidak memberi beban besar kepada majikan, malah selaras dengan kos sara hidup tinggi di bandar serta kadar inflasi semasa. 
“Saya berharap MEF boleh memahami dan menyokong langkah yang diambil kerajaan PH untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 pada tahun 2020. 
“MEF seharusnya maklum bahawa kenaikan gaji ini akan meningkatkan kuasa beli rakyat dan seterusnya memangkin pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 
Pada 18 Disember lalu, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,200 di 57 bandar di seluruh negara bermula pada 1 Januari 2020.
Bandar raya utama yang terbabit ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu.
Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.
Kementerian Sumber Manusia juga menzahirkan komitmen untuk terus menyemak kadar gaji minimum bagi memastikan ia sejajar keperluan semasa dan selaras hasrat mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan PH. 
Langkah berkenaan bagaimanapun tidak mendapat sambutan positif daripada Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan. 

ADA SINAR HARAPAN BUAT RAKYAT MALAYSIA

SUMPAH LAKNAT TIADA DALAM PERUNDANGAN ISLAM

BATALKAN SIDANG ANTI TULISAN JAWI – ANWAR

KENAPA FITNAH BERLELUASA



Oleh :Abdul Samad


Aku tak nak salahkan lebai yg buat fitnah. Aku nak salahkan menteri dan  kerajaan yg tidak bendung drp awal.

Skrg di pejabat kerajaan di masjid, di media pembangkang, di dlm group WhatsApp di kedai kopi di tempat awam di tanah perkuburan orang bercakap kerajaan sekarang bukan kerajaan orang Melayu yg bela Melayu ttp kerajaan Dap. Kemudian kaitkan Dap dgn idealogi komunis.

Sbb itu aku yakin kerajaan ini akan tamat riwayat dlm pru 15 sbb gagal melantik menteri penerangan yg boleh menyerang pembangkang dan memberi gambaran sebenar kerajaan ini kerajaan apa.

Sehingga hari ni kerajaan bodoh adalah lebih tepat untuk memberi gambaran  kerajaan Pakatan Harapan ini kerajaan apa.

Beratus ratus fitnah terhadap kerajaan tidak ada langkah pembetulan dan pembenterasan secara konkrit dibuat.

Kerajaan ada media, ada akta, ada mahkamah, ada penjara ttp apa yg kerajaan buat untuk hadapi fitnah? 

Ada menteri yg saman ttp bila pergi ke mahkamah selesai dgn bermaaf maafan.

Kerajaan yang gagal kemudian nak salahkan lebai. Bulan Mei 2018 lagi sepatutnya menteri penerangan dilantik untuk serang pembangkang dan defend kerajaan.

PRU UNTUK MENUKAR KERAJAAN. BUKAN MEMILIH PM BARU.



Daripada semasa ke semasa, bila-bila saja isu peralihan kuasa timbul menjadi bahan perdebatan, tidak kurang yang menyarankan agar Perdana Menteri mengadakan pilihanraya umum atau PRU bagi tujuan itu.
Terutama daripada pembangkang, mereka ternampak ghairah benar dengan melihat hanya PRU saja merupakan satu-satunya penyelesaian untuk menentukan siapa Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad.
Kata mereka, oleh kerana sehingga sekarangTun Mahathir masih tidak menetapkan tarikh untuk peralihan kuasa dan ia ditafsirkan sebagai keengganan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, maka mengadakan PRU adalah pilihan terbaik ke arah itu.
Oleh kerana pembangkang bertalu-talu dan tanpa jemu membuat saranan itu, kadangkala pemimpin PH sendiri, terutama yang anti, benci dan dengki kepada Anwar, turut terikut-ikut setuju dengan perkara itu.
Mereka seterusnya berhujah bahawa apabila Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas PRU14 lalu, ia adalah untuk tempoh sehingga habis penggal dan bukannya bagi jangka masa dua tahun saia.
Lalu, mereka pun bertempik agar Tun Mahathir terus memegang jawatan Perdana Menteri sehingga PRU15 akan datang, seolah-olah mereka lupa kepada konsensus PH berhubung peralihan kuasa serta janji Tun Mahathir sendiri yang mahu memegang kuasa selama dua tahun dan melakukan penyerahan kuasa sebelum tibanya PRU15.
Sebenarnya keyakinan mereka jika PRU diadakan tanpa menunaikan janji peralihan kuasa, maka PH akan berpecah, seterusnya akan kalah dan melepaslah peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Bagi golongan yang anti, benci dan dengki terhadap Anwar, tidak kira daripada pembangkang atau PH, itulah kepuasan sebenar dalam perjuangan mereka.
Dalam hal ini, harus disedari bahawa isu peralihan kuasa adalah hal dalaman PH yang perlu diselesaikan tanpa melibatkan rakyat atau pengundi melalui PRU.
Tugas rakyat atau kuasa pengundi melalui PRU ialah untuk menukar atau mengekalkan kerajaan dan perkara itu sudah pun dilakukan dalam PRU14 lalu, manakala melakukan pertukaran Perdana Menteri adalah hal PH yang sudah pun berjaya menjadi kerajaan.
Pertukaran atau peralihan kuasa itu boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa menunggu PRU diadakan sebagaimana Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981 dahulu, Tun Abdullah Badawi pada 2003 dan Najib Razak pada 2009.
Hanya apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018 lalu saja melalui PRU, tetapi ia berlaku bersekali dengan pertukaran kerajaan.
Maka itu, di mana perlunya Anwar menjadi Perdana Menteri melalui PRU terlebih dahulu?
Lagi pun, konsensus sudah ada dan calon PM8 juga sudah ditetapkan.
Kita bukannya seperti Amerika atau Indonesia yang hanya melalui PRU saja baru boleh memperolehi seorang ketua kerajaan yang baru.
Apabila rakyat memenangkan PH yang menggunakan logo PKR dalam PRU14 lalu, bermakna pengundi bukan saja ingin melihat BN tumbang, malah mereka juga mahu Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas Tun Mahathir sebagaimana perkara itu telah dikonsensuskan sebelumnya lagi.
Ini kerana PKR yang mewakili PH ketika PRU14 itu adalah parti yang diasaskan oleh Anwar berdasarkan semangat perjuangan reformasi yang dibangkit dan dipeloporinya.
Maka itu, keperluan menunggu PRU untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri adalah terkeluar daripada perjanjian yang telah disepakati oleh PH, malah beliau seharusnya diberi ruang yang mencukupi untuk mengepalai kerajaan bagi menghadapi PRU15 nanti. (ShahbudinHusin 24/12/2019)

NASIB HAYAT POLITIK BARU BIAN UMPAMA NASIB @AzminAli DI TANGAN...



Kenyataan berani mati Baru Bian pada 20 Julai sebagaimana dilaporkan berita bahawa "Saya tak tanda tangan dan tidak akan memeterainya," katanya, lapor The Star dalam keadaan majoriti ketua cabang dan pimpinan PKR menyatakan sokongan terhadap presiden Parti PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Anwar) adalah satu kenyataan biadap.

Walaupun selepas itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menukar nada kepada menyokong Presiden dan Timbalan sebagai langkah “play safe”, umum mengetahui bahawa Baru Bian sudah mulai naik tocang selepas memegang jawatan sebagai pengerusi perhubungan negeri Sarawak bagi PKR.

Ini pun berlaku selepas tular bahawa kumpulan yang menyokong Rafizi (yang kuat menyokong Presiden) dan diketuai oleh Iswardy Morni dan Larry Sng akan membuat satu kenyataan akhbar menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden PKR.

Menyedari desakan ini, MPN secara tergesa-gesa mendapatkan tandatangan ketua-ketua cabang dalam masa sehari sehingga ada ketua cabang dan nama tertera yang di dalam surat tersebut, menurut satu sumber, sebenarnya tidak pernah bersetuju menandatangani apa-apa dokumen sokongan kepada Presiden dan Timbalan Presiden.

Apa yang ramai tidak ketahui ialah Baru Bian dan konco-konconya sudah lama meninggalkan pimpinan di bawah Anwar semenjak PKR di bawah pentadbiran isteri Anwar, Dato’ Seri Dr Wan Azizah (Wan Azizah). Semenjak dipenjarakan di bawah tuduhan liwat pada 2015, dan selepas pemilihan parti 2014, PKR dipimpin oleh Wan Azizah bagi menggantikan tempat suaminya.

Konflik terbesar bermula apabila Azmin menujuk belang apabila berkomplot dengan Pas bagi menaikkan dirinya menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mengenepikan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR bagi melantik Wan Azizah selaku Menteri besar.

Dengan menggunakan pengaruh Istana dan sokongan Pas, Azmin menggunakan pintu belakang bagi menjadi Menteri besar.

MENGAPA AZMIN DAN BARU MERASAKAN MEREKA AKAN BERKUASA

Pemenjaraan Anwar di bawah akta 377B Kanun Keseksaan menyebabkan Anwar akan kehilangan hak untuk bertanding lagi sebagai seorang Ahli Parlimen apatah lagi menjadi Perdana Menteri seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 41 Fasal 1(e).

Perkara inilah yang menjadikan Azmin merasakan bahawa tidak ada orang lain lagi yang layak menjadi Presiden dan sekaligus bakal perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat pada ketika itu memenangi Putrajaya.

Beliau dan konco-konconya tidak nampak bahawa Wan Azizah mampu melawan gerombolan kekuatan Azmin, dengan percaturan bahawa Zuraida dan Baru Bian yang akan mengambil alih kuasa Wan Azizah dalam pemilihan parti yang dijangka berlaku sekitar 2017 atau 2018.

Malah Baru Bian telah merancang untuk memohon agar Sarawak diberikan kuasa autonomi seperti DAP Sarawak yang berhak menentukan hala tuju politik mereka sendiri tanpa perlu merujuk keputusan dari pusat.

Ini yang disebut-sebut dan dimahukan oleh Baru Bian dan konco-konconya dan demi memastikan perkara ini berlaku, mereka perlu terus bersama dengan Azmin dan bukan Wan Azizah.

Ini terbukti jelas dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada 2016 apabila arahan presiden satu demi satu dilanggar. Tian Chua dan Xavier Jayakumar selaku perancang kerusi dan Baru Bian dan Azmin selaku ketua yang meluluskan, meletakkan calon-calon yang tidak berkemampuan dan berkelayakan pada pilihanraya ini.

Apa yang lebih teruk, arahan presiden agar tidak berlaku pertembungan dengan DAP tidak diendahkan apabila Xavier menolak permintaan DAP bagi memberikan Dun Batu Kitang dengan tukaran beberapa Kawasan yang lain.

Akhirnya, berlaku pertembungan 3 penjuru dengan DAP di 6 kawasan yang kita ketahui menjadi sejarah kekalahan terburuk kepada DAP. Walaupun begitu, pasukan Baru Bian dimalukan oleh DAP di Batu Kitang apabila wakil Cina PKR hilang deposit dengan wakil Melayu DAP di kawasan yang 59% Cina, 22% lain-lain dan hanya 10% Melayu.

Inilah kesan akibat kesombongan pimpinan Baru Bian terhadap presiden parti diserlahkan dengan hilang deposit Voon Shiak Ni di kawasan “mudah” untuk Pakatan Rakyat pada waktu itu menang sekiranya tidak berlaku pertembungan 3 penjuru.

PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN DAN PILIHANRAYA UMUM 14

Ramai juga tidak mengetahui bahawa pada saat Presiden Parti, Wan Azizah mahu mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan pada 2015, Azmin tetap mahu Selangor bersama dengan Pas.

Azmin pada ketika itu tidak merestui penubuhan Pakatan Harapan dan bersama 25 pimpinan dan ahli parlimen/Dun kelompok Azmin, kini lebih dikenali dengan nama kartel, telah menandatangani surat bagi memecat Wan Azizah dari kerusi presiden kerana tidak kompeten mewujudkan Pakatan Harapan.

Ini diakui sendiri oleh Rafizi Ramli yang menerima surat tersebut memandangkan beliau adalah setiausaha agung pada ketika itu.

Namun, perancangan Wan Azizah dan Rafizi ternyata lebih licik dan surat tersebut disimpan sementara kerana ia diserahkan pada waktu hampir sambutan hari raya haji. Selepas hari raya haji, maka pengumuman Pakatan Harapan dilangsungkan dan terlucutlah cita-cita Azmin, Zuraidah dan Baru Bian mahu menjatuhkan Wan Azizah.

BARU BIAN DAN SELANGAU. NASIB SI LUNCAI

Pernah kita bertanya kenapa Baru Bian bertanding di Selangau dan bukan di Lawas, tempat beliau menjadi Adun? Jawapan kepada persoalan ini mudah. Di Lawas, Baru Bian mungkin mendapat sokongan dari golongan Lun Bawang dan pengundi Ba’kelalan, tetapi bukan dari golongan Melayu dari Dun Bukit Sari.

Inilah kekurangan Baru Bian. Beliau bukan seorang pemimpin Sarawak yang dapat dilihat membimbing dan mentadbir seluruh bangsa dan agama. Beliau hanya mampu untuk mentadbir beberapa kelompok etnik sahaja.

Rakyat Sarawak tidak dapat merasa bahawa Baru Bian adalah pemimpin rakyat. Malah golongan majoriti Iban dan Bidayu sekalipun tidak nampak kredibiliti Baru Bian mampu menjadi pemimpin mereka apatah lagi golongan Cina.

Berbalik kepada kenapa Selangau, bagaimana Baru Bian boleh menang? Jawapannya mudah. Ini berlaku kerana beberapa faktor:

1. Faktor Joseph Entulu – Jospeh Entulu pada masa tersebut telah dipecah dari parti beliau. Seperti yang diketahui Joseph adalah seorang berpengaruh di Selangau. Apabila namanya hendak digugurkan dari calon PRU beliau membuat pengumuman menyatakan bahawa akan bertanding bebas. Ini menyebaban beliau dan beberapa orang lain dipecat dari parti. Namun akhirnya mereka merubah strategi dengan tidak bertanding tetapi sebaliknya membuat protest vote dan memberikan undi kepada Baru Bian.

2. Faktor Awang Tengah – Lawas merupakan kubu kuat Awang Tengah. Baru Bian bukan sahaja tidak mampu mentadbir PKR Sarawak, malah cabang beliau sendiri tidak kuat. Beliau dilihat menyishkan Timbalan Ketua Cabang, Haji Japar yang merupakan orang lama di dalam parti PKR dan mempunyai pengaruh di kawasan Melayu. Apabila Hj Japar disisih dari cabang Lawas dan kepimpinannya, maka sokongan orang Melayu yang diperlukan oleh Baru Bian bagi menghadapi parlimen itu hampir langsung tidak ada.

3. Tiada tempat lain sesuai termasuk Miri – Baru Bian, sebelum melihat kepada Selangau telah terlebih dahulu pergi ke kerusi Miri. Apa yang tidak diketahui umum, Baru Bian pernah meminta Dr Micheal Teo pada PRU yang lalu untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada dirinya di kerusi Miri. Malah Baru Bian turun ke pasar Miri dan kononnya membuat survey dan mendapati bahawa sokongan kepada Dr Teo di Miri sudah tiada dan beliau pasti akan kalah sekiranya bertanding pada PRU ke 14 yang lepas. Permianan kotor Baru Bian ini bukan sahaja tidak berjaya, malah ia jelas melesat apabila Dr Micheal Teo menang lebih besar dengan jumlah 61.8% berbanding dengan 51.6% pada PRU ke 13.

4. Datuk Sng – Faktor besar kenapa Baru Bian mampu dan mahu bertanding di Selangau ialah kerana dana dari seorang jutawan bernama Datuk Sng. Datuk Sng memberikan dana dengan tukaran kerusi di Julau. Sekiranya kita lihat, kerusi di Julau, yang tradisinya kerusi PKR, diputuskan oleh Baru Bian dan Azmin agar tidak ditandingi. Yang bertanding di Julau hanya Larry (anak Datuk Sng) dan wakil BN. Dalam perjanjian, sekiranya Larry menang, beliau akan menyertai PKR dan Larry memang menunaikan janji dengan menyertai PKR dan kemasukkannya disambut oleh Zuraida serta Azmin (rujuk berita 12 Mei 2018 apabila kemasukan Larry dan Jugah disambut oleh Zuraida). Namun, Larry dan Jugah akhirnya dibuang oleh pasukan Azmin dan Baru Bian, malah diboo dan dihina kerana mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Azmin Ali.

Malah walau dengan pelbagai faktor ini, Baru Bian hanya mampu memenangi sebanyak 486 undi berbanding calon Barisan Nasional. Bayangkan sekiranya beliau terpaksa menentang Joseph Entulu pada pilhanraya ke 15 akan datang nanti. Apakah nasibnya akan sama seperti sebelum ini. Ingat, semangat dan sentimen PH di Semenanjung dan Sabah jangan sesekali disamakan dengan PH di Sarawak. Ia amat jauh sekali.

KE MANA BARU BIAN PADA PRU15

Cita-cita tinggi itu tidak menjadi masalah. Namun, apabila ia dilaksanakan dengan cara kotor, maka kesannya juga akan menjadi kotor.

Untuk kekal menjadi ahli parlimen, Baru Bian mesti mengekalkan kerusi parlimen. Joseph Entulu telah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan sudah pasti akan bertanding di Selangau. Lawas adalah suatu yang sukar buat Baru Bian walaupun Awang tengah tidak bertanding lagi (sekiranya) kerana dia tidak mempunyai sokongan kuat di kawasan Melayu yang mempunyai pengundi seramai 12,418 orang berbanding Ba’kelalan yang hanya mempunyai 7,375 pengundi.

Apakah Miri? Mustahil Dr Teo akan melepaskan kerusi tersebut, sekurang-kurangnya untuk satu atau 2 penggal lagi. Jadi di mana kawasan yang kuat bagi Pakatan harapan dan PKR?

Jawapannya TIADA.

Baru Bian juga tidak digemari oleh Anwar setelah dibebaskan, malah Anwar mahu menukar Baru Bian kepada Ali Biju menjadi Pengerusi Negeri Sarawak yang lepas sebelum ditentang oleh pengikut Baru Bian.

Berkemungkinan besar, sekiranya Azmin jatuh kerana video lucah beliau, politik Baru Bian boleh dikatakan telah berakhir. Sekiranya dia jatuh, maka pengikutnya seperti See Chee How, Hj Baharudin, Vernon, Willie Mongin, Ali Biju, Nazib Johari, Joshua Jabeng, George Chen dan lain-lain juga akan jatuh dan gugur. Ini kerana nama-nama ini telah naik dan dicanangkan sebagai penyokong kuat Baru Bian dan penentang kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

PENUTUP

Pada lawatan pertama Anwar ke Kuching selepas pembebasan di Hilton, Anwar menyebut secara jelas bahawa watikah calon ditentukan oleh beliau selaku presiden. Ini seolah-olah menjadi satu amaran keras kepada pimpinan Sarawak yang sebelum ini menggunakan watikah “palsu” untuk meletakkan calon mereka sendiri dan secara sendirinya berunding kerusi kepada parti lain tanpa persetujuan pusat.

Kita lihat sama ada Baru Bian sanggup merendahkan ego beliau, atau beliau masih lagi berasa besar dan akan terus melawan arus dan presiden. Kita lihat sama ada beliau akan jatuh, sebagaimana jatuhnya Dominic Ng di tangan-tangan ghaib kumpulan Baru Bian ini atau dia mahu berdegil dan melihat perjalanan politiknya mati perlahan-lahan.

- Catherine Jiwa