MENJELANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK SIRI 2 KRONOLOGI 3 PENJURU. SALAH SIAPA?



11. Pada 7 April 2016, secara prinsipnya persetujuan telah dicapai antara Azmin dan Lim Guan Eng untuk 8 kerusi diserah kepada DAP dan 5 kerusi diserah kepada KEADILAN (selain dari 11 kerusi yang dirundingkan, 2 kerusi yang sebelum itu telah dipersetujui iaitu Mulu dan Murum dibuka kembali)
8 kerusi DAP ialah:
Senadin
Mulu
Tasik Biru
Simanggang
Mambong
Bukit Semuja
Ngemah dan
Murum
Manakala 5 kerusi KEADILAN ialah:
Batu Kitang
Marudi
Machan
Layar dan
Belaga
12. Walaupun begitu, rundingan difahamkan terus dilakukan sama ada sebelum atau selepas 7 April (pertemuan Azmin dan Guan Eng), terutama untuk kerusi-kerusi yang tidak dijalankan polling iaitu Marudi, Mulu, Layar, Ngemah, Machan, Murum dan Belaga.
13. Pada 11 April 2016, Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah dimaklumkan bahawa persetujuan telah dicapai di antara KEADILAN dan DAP. Majlis Presiden seterusnya mengarahkan KEADILAN dan AMANAH pula merundingkan beberapa kerusi yang bertindih di antara mereka. Hasil dari mesyuarat ini, Dr Wan Azizah di dalam sidang media selepas itu mengumumkan bahawa rundingan kerusi bertindih telah selesai dan prinsip Satu Lawan Satu dipegang.
14. Pada 15 April 2016, MPN Sarawak menolak keputusan tersebut dan mahu mengekalkan bertanding 40 kerusi walaupun bertindih dengan DAP atas sebab menggunakan kuasa veto dan autonomi.
15. Tindakan MPN Sarawak tersebut diakui dalam pengetahuan Tian Chua atas alasan untuk memastikan kestabilan dan kebersamaan KEADILAN Sarawak dan bakal-bakal calon yang telah bekerja keras. Di samping itu, tindakan tersebut dianggap tindakan mengacah DAP supaya tidak merebut kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN. Di dalam Biro Politik tergempar malam itu, Tian Chua mengaku bertanggungjawab dan menyatakan ia strategi untuk memaksa DAP kembali membuka rundingan.
16. Tindakan ini juga memberi isyarat buat pertama kali bahawa seolah-olah KEADILAN bersedia hadapi pertandingan 3-penjuru dengan DAP. Ini bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden PH.
17. Pihak DAP Sarawak kemudian memberi reaksi bahawa mereka juga bersedia menghadapi 3-penjuru dengan bertanding di Batu Kitang jika KEADILAN tidak berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui.
18. Watikah calon telah ditandatangani oleh Presiden untuk 37 orang calon. Setiausaha Agung telah menulis surat kepada SPR sebelum itu bahawa watikah hanya boleh ditandatangani oleh Presiden seperti peraturan dan amalan parti sebelum ini.
19. Pada hari Jumaat 22 April 2016, Dr Wan Azizah memberi mandat kepada Azmin untuk menyerahkan watikah yang telah ditandatangani oleh Presiden (sebanyak 37) dan menyelesaikan isu pertindihan kerusi dengan DAP dan pimpinan Keadilan Sarawak. Pesanan ini telah dihantar melalui WhatsApp kepada Azmin.
20. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah meminta Azmin supaya kembali kepada beliau untuk urusan watikah calon. Pesanan ini dibuat melalui voicemail setelah Dr Wan Azizah gagal menghubungi Azmin.
21. Penyerahan watikah untuk 37 calon telah dilakukan oleh Azmin kepada Baru Bian pada 22 April 2016 di Kuching. Baru Bian telah memaklumkan pihak media bahawa Keadilan masih mahu bertanding di 40 kerusi dan akan terus berunding dengan DAP untuk 5 kerusi yang bertindih.
22. Oleh kerana Dr Wan Azizah tidak mendapat kemaskini petang itu, beliau menelefon Dato’ Kamaruddin Jaafar yang turut berada di Kuching. Dato’ Kamaruddin Jaafar memaklumkan bahawa Azmin memberi mandat kepada Baru Bian untuk mengeluarkan watikah tambahan bagi 5 kerusi.
23. Keadaan ini berlarutan hingga hari penamaan calon dan berakhir dengan pertandingan pelbagai penjuru di antara KEADILAN dan DAP.


No comments: