PEMANSUHAN ELAUN-ELAUN PERKHIDMATAN MAMPU JEJAS KUALITI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA*



Kenyataan oleh:
*ZAHIR HASSAN*
Pengerusi Keadilan
Wilayah Persekututan

*PEMANSUHAN ELAUN-ELAUN PERKHIDMATAN MAMPU JEJAS KUALITI PERKHIDMATAN AW

Pemansuhan beberapa skim elaun oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah tidak bertepatan dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk menjamin kesejahteraan pekerja sektor awam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam negara dan perlu dinilai semula dengan segera.

Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) khususnya yang memberikan elaun sebanyak RM750 sebulan akan menjadikan sektor awam semakin tidak menarik dan akan menghindarkan bakat pekerja yang berkualiti daripada menyertai perkhidmatan awam.

Pengambilan pekerja-pekerja baru bermula tahun 2020 yang terdiri daripada kumpulan pekerja seperti doktor, ahli farmasi, doktor gigi, dan jurutera akan terkesan dengan langkah ini dan mampu menjejaskan pembangunan kemahiran dan sumber manusia dalam sektor awam. 

Malahan, pemansuhan ini adalah tidak setimpal dengan cabaran dan persekitan kerja yang semakin mencabar yang akan dihadapi oleh para lantikan baru ke perkhidmatan awam. Kadar gaji yang ditawarkan pula sekarang ini adalah rendah dan secara puratanya adalah di bawah kadar kos sara hidup semasa.

Saya percaya langkah ini diambil sebagai salah satu usaha untuk meringkankan beban kewangan negara. Tetapi keputusan untuk melibatkan pemansuhan BIPK dilihat tidak strategik dan akan menggugat kualiti perkhidmatan awam dalam jangka masa panjang.

Saya berharap pihak kerajaan dapat segera meneliti semula keputusan yang telah dibuat dalam usaha penstrukturan semula elaun perkhidmatan demi pengurusan kewangan yang lebih terurus dan seterusnya menjamin kualiti perkhidmatan awam negara.

Sekian.

No comments: