NAMPAK WAJAH CINA, TERUS KATA DAP SUDAH MAHU JUAL HARTA MILIK ORANG ISLAM.











MENGENALI PROKHAS SDN BHD.
Prokhas Sdn Bhd adalah sebuah syarikat sendirian berhad dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kementerian Kewangan yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk mengurus aset Danaharta pada tahun 2005.
Danaharta adalah bukti kejayaan dimana Prokhas berjaya pulihkan melalui strategi penyusunan dan penstrukturan semula mengatasi masalah NPL (Non Performing Loan) yang membelenggu syarikat tersebut.
Selain Danaharta, Prokhas juga ketika ini sedang menguruskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan Dana Infra.
Barisan pengurusan Prokhas yang tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk memutuskan keputusan syarikat terdiri dari dilantik sebelum peralihan kuasa PRU-14 di bawah pentadbiran Kerajaan BN dan masih kekal :
1. En Chen Yin Heng - CEO
2. Puan Juainita Rusmini Abdul Jalil - Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat
3. Puan Shamsiah A Rahman - Pengurus Besar, Perkhidmatan Kesetiausahaan
4. En Azlan Mohd Agel, Pengurus Skim Kawalan Jaminan
5. Puan Natasha Zain, Pengurus Besar Perkhidmatan Khidmat Nasihat
6. En Izas Sallehudin, Pengurus Besar Pejabat CEO
Manakala Ahli Lembaga Pengarah Prokhas yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memutuskan polisi, dasar dan halatuju syatikat terdiri dari :
1. Dato' Mohd Salleh Mahmud - Pengerusi
Mantan Akauntan Negara
2. Tan Sri Mohd. Shukor Hj Mahfar
Lembaga Hasil Dalam Negeri
3. Dato" Fauziah Yaacob
Timbalan Setiausaha Perbendaharaan
4. Dato' Mohd Nasir Ahmad
Pengerusi CIMB Group
5. Datin Rashidah Mohd Sies
Ketua Unit Komersial, Kementerian Kewangan.
Di sini jelas kita memahami tugas dan fungsi Prokhas sebuah syarikat yang ditubuhkan Perbadanan Menteri Kewangan bagi menguruskan dan menyusun entiti GLC atau agensi Kerajaan yang bermasalah untuk dipulihkan melalui penstrukturan semula dan menguruskan syarikat terbabit keluar dari isu NPL dan yang berkaitan dengannya.
Kepakaran yang dimiliki Prokhas adalah seperti berikut :
1. Khidmat Korporat dan Kewangan, Perakaunan dan Perbankan
2. Pengstrukturan Hutang dan Pemulihan Aset
3. Khidmat Korporat Kewangan dan banyak lagi.
Namun begitu,kepakaran syarikat ini lebih tertumpu kepada :
1. Khidmat Strategik Kewangan
2. Khidmat Nasihat Pemulihan Hutang
3. Pengstrukturan Semula Harta
4. Pengurusan Aset dan Strategik ICT
Sebagai sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan, ia bergerak secara profesional dengan kepakaran dimiliki untuk menyusun dan memulihkan syarikat yang bermasalah melalui kaedah dan strategi yang berkesan sebagaimana dibuktikan kejayaan memulihkan Danaharta sebelum ini menurut apa yang diputuskan dan ditentukan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.
Sebagai sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Kewangan, segala perjalanan, polisi, tindakan dan keputusan syarikat hanya boleh dilakukan dibuat Lembaga Pengarah Syarikat sebagaimana kuasa diperuntukkan di bawah Akta Syarikat dan Memorandum of Articles yang mana ia mengikat perjalanan dan tatacara pengurusan syarikat berkenaan.
Merujuk kepada pengurusan syarikat hanya menjalankan arahan dan keputusan yang diberikan Lembaga Pengarah dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif atau membantah sebarang keputusan diputuskan Lembaga Pengarah.
Semoga penjelasan tentang peranan dan fungsi Prokhas dapat diperbetulkan persepsi dan minda kita dari diseleweng fakta tidak benar tentang syarikat ini.


PENGUNDI PRK RANTAU DIGESA TOLAK PARTI MAIN ISU PERKUAMAN

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN TPM NEW ZEALAND

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan sutImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalamanImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut

Ahli parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters merangkap Menteri Luar, bersama Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia Hunter James Nottage. .
Turut bersama adalah YB Dr Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan 10 Ahli Parlimen Pakatan Harapan..

PERBALAHAN ANWAR – AZMIN RESAHKAN AHLI PKR

FoodBank - 46,000 orang dapat manfaat.


FoodBank - 46,000 orang dapat manfaat.
Program FoodBank Malaysia telah memberi manfaat kepada 46,000 orang di seluruh negara sejak dimulakan Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat hari ini, sebanyak 1,000 tan metrik lebihan makanan diselamatkan daripada pasaraya berupa sayuran, buah-buahan dan bakeri.
“Kita juga telah mewujudkan Yayasan Food Bank Malaysia sebagai ‘vehicle’ pelaksanaanya dan satu kerangka undang-undang sedang digubal dengan mengambil pengalaman dari negara Perancis dan Amerika Syarikat,” katanya.

PH JANGAN KHIANATI PENEROKA FELDA

BERSAMA DSAI DI KEDAH

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

NURUL IZZAH ADALAH BAKAL PM DI MASA DEPAN, JANGANLAH BERUNDUR DULU….

Image result for nurul izzah

Salah satu kepantangan dalam perjuangan ialah merajuk dan mudah mengalah kepada cabaran yang mendatang.
Perjuangan ibarat sebuah bas yang sentiasa bergerak menuju destinasi yang disasarkan dan ia tidak akan berhenti semata-mata untuk menunggu mereka yang merajuk atau mudah mengalah itu terubat calar di hatinya.
Tidak sedikit berlaku dalam lipatan sejarah negara dan dunia mereka yang merajuk atau mudah mengalah akhirnya ditinggalkan begitu saja oleh sebuah perjuangan.
Jika Anwar Ibrahim merajuk dan mudah mengalah selepas episod 1998 dahulu, beliau pasti tidak berada sekali lagi dalam kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri sekarang ini.
Anwar telah membuktikan bukan saja di dunia bebas beliau melawan, bahkan di dalam penjara pun semangat melawannya tidak pernah mengurang.
Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail tentu tidak terfikir untuk menggapai kedudukan sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika ini.
Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, Nurul Izzah ketika ini mungkin hanya seorang suri rumah atau pekerja profesional biasa saja.
Hakikatnya, disebabkan Anwar tidak pernah merajuk, jauh sekali mudah mengalah, malah menggegarkan negara dengan slogan “lawan tetap lawan” sejak 1998 itulah yang menjadikan keseluruhan episod politik negara telah berubah seperti mana yang disaksikan dunia pada hari ini.
Tun Mahathir Mohamad ketika namanya tidak berapa dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu dalam PH sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu pernah merajuk sehingga lari ke London membawa diri.
Beliau kemudian telah dipujuk oleh Nurul Izzah yang turut sama terbang ke London menemuinya.
Jika Tun Mahathir terus merajuk dan mudah mengalah, beliau tentu ketika ini tidak mampu duduk sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Merajuk dan mudah mengalah telah dibuktikan adalah suatu kerugian, bukan saja dalam perjuangan, tetapi juga kehidupan.
Lantaran itu, adalah suatu tindakan yang malang apabila Nurul Izzah mengumumkan beliau sudah patah hati dan memaklumkan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang nanti.
Nurul Izzah telah mengorbankan masa remajanya untuk memenuhi tuntutan perjuangan akibat penganiayaan dan kezaliman terhadap bapa dan keluarganya, maka setelah perjuangan itu membuahkan hasil dengan tumbangnya BN sekarang, tentu saja suatu perbuatan sia-sia dengan keputusannya mengumumkan mahu mengundur diri itu.
Apa juga cabaran, termasuk daripada bekas diktator yang menyebabkannya patah hati, segala itu haruslah dihadapi dengan tenang dan matang.
Semua itu adalah rencah-rencah perjuangan belaka. Tun Mahathir yang berubah watak antara sebelum dan selepas mendapat kuasa tidak harus dijadikan alasan untuk mengendur atau mudah mengalah.
Apatah lagi setelah dewasa dan matang dengan perjuangan yang diceburinya sejak zaman remaja, Nurul Izzah kini disebut-sebut sebagai antara aset paling layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari hari nanti.
Kalau ibunya, Dr. Wan Azizah adalah wanita pertama berjaya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah adalah calon wanita pertama di negara ini yang dilihat akan menjadi Perdana Menteri.
Sejak bergelar puteri reformasi lagi, tidak sedikit sumbangannya dalam memberi inspirasi kepada rakyat pelbagai kaum untuk terus berjuang dan menceburi dunia politik demi menyelamatkan negara ini.
Dengan sudah melibatkan diri dalam dunia politik sejak remaja, faham erti penindasan, penganiayaan, kesusahan dan penderitaan, Nurul Izzah barangkali mampu menterjemahkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk rakyat suatu hari hari nanti.
Berdasarkan itu, adalah suatu kerugian yang tiada taranya dengan keputusan Nurul Izzah mahu mengundurkan diri itu.
Demi masa depan negara ini, beliau perlu menarik balik keputusan mahu berundur itu. (Shahbudindotcom 27/03/2019)

Mana pelan pemulihan Felda? – Mazlan



 
208

0


Datuk Mazlan Aliman
Presiden Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) Datuk Mazlan Aliman bercakap pada sidang media 
mengenaI isu kemelut Felda di Hotel Kuala Lumpur International, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
 foto AFFAN FAUZI, 05 DISEMBER 2018
KUALA LUMPUR – Selepas 10 bulan perintah negara, Pakatan
Harapan (PH) belum ada pelan pemulihan Felda?
Itu persoalan Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman.
Sebelum itu, beliau mengetuai delegasi untuk melawat Kementerian Hal
 Ehwal Ekonomi dua hari lalu untuk bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha untuk mengemukakan cadangan memulihkan Felda.
Semasa menunggu kementerian untuk membentangkan kertas putih mengenai Felda di Parlimen, beliau berpendapat  kementerian yang bertanggungjawab tidak mempunyai sebarang pelan pemulihan.
“Ini yang paling penting untuk dilakukan. Ini penting kerana kita tidak
 dilihat hanya menunggu kertas putih tetapi di mana pelan pemulihan
selama 10 bulan pemerintahan Harapan,” katanya dipetik dari KiniTV
 hari ini.
Mazlan juga mendakwa tidak ada peneroka Felda atau generasi kedua
 yang dilantik sebagai pengarah lembaga lembaga.
Sebaliknya, orang luar yang kurang mengetahui mengenai Felda dilantik
 ke lembaga pengarah.
Beliau mengingatkan bahawa peneroka Felda banyak menyumbang
 kepada pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan
 jika tidak ada pembaharuan, mereka tidak boleh mengundi PH dalam
pilihan raya umum akan datang.-

ANWAR INGATKAN AZMIN FOKUS EKONOMI, BUKAN KRITIK IZZAH

NAJIB CUBA JUAL ASET NEGARA SEBELUM PRU 14

Penjawat awam kena ikat perut tapi lantikan politik ramai




 




xMGF25032019_MAJLIS-PERHIMPUNAN-PERDANA-CUEPACS04-681x455
Sebahagian pekerja penjawat awam berikrar "Perkhidamatan Awam" pada Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama YAB Perdana Menteri di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 MAC 2019
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia kecewa apabila sekali lagi penjawat awam dijadikan sasaran untuk terus berkorban dan ‘ikat perut’ dengan alasan masalah kewangan negara sebagai punca kerajaan membayar hutang yang tinggi.
Sedangkan ramai sahabat dan ahli keluarga pemimpin politik pula diberi “peluang pekerjaan” yang baharu, walhal ada yang sudah bergelar Yang berhormat, tetapi masih mahu mengemudi Agensi Kerajaan sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah.
Pelbagai lantikan politik yang dibuat di kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan berajaan, seolah-olah penjawat awam yang sekian lama berkhidmat untuk negara tidak dipedulikan.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan, Shahir Adnan bertanya adakah “peluang pekerjaan” yang disebut di dalam Manifesto Harapan itu hanya ditujukan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka di dalam parti-parti kerajaan sahaja.
“Di saat gesaan mengikat perut, kita lihat gaji ahli Parlimen dan menteri begitu banyak puluhan ribu jika dibandingkan dengan penjawat awam majoriti yang lain. Di manakah keadilan rakyat dan penjawat awam?,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, katanya, di saat hutang negara dikatakan banyak sebagai alasan ‘mengikat perut’ penjawat awam, kerajaan Pakatan Harapan pula tidak sensitif mengumumkan projek-projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia, contohnya projek kereta terbang.
Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menggesa kerajaan untuk memperhalusi keputusan ini
kerana rakyat sebenarnya makin dihimpit kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.
“Kurangkan lantikan politik, biar penjawat awam yang berwibawa melakukan tugas mereka. Harus diingat, penjawat awam merupakan tunjang kepada pentadbiran negara. Ahli politik datang dan pergi, tetapi mereka tetap komited menguruskan pentadbiran kerajaan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Menjuarai hati penjawat awam


Saya membayangkan salah satu cabaran terbesar selepas dilantik menyertai kementerian ialah untuk memastikan penjawat awam dapat mencapai hasil yang diinginkan.
Dalam tempoh dua minggu pertama, saya menerima banyak surat layang, menuduh si polan atau si polan sebagai ‘macai BN’. Malah ada gambar pegawai-pegawai senior mengibar-ngibar bendera Barisan Nasional sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-14.
Saya kemudiannya bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian dan memberitahunya tentang tuduhan-tuduhan terhadap pegawai-pegawai berkenaan. Beliau mungkin menjangkakan konfrontasi dari saya, namun beliau mungkin sedikit terperanjat apabila saya katakan, ‘kosong-kosong’ – permulaan baharu untuk semua.
Terdapat beberapa segmen penjawat awam yang dipolitikkan secara bersangatan. Tetapi tidak adil untuk kita salahkan mereka. Situasi di mana mereka beroperasi menuntut ketaatan kepada tuan-tuan politik mereka dan juga parti pemerintah.
Malah, anggota parti pemerintah dahulu mengisi jawatan-jawatan tersebut, dan ketaatan kepada parti menjadi pertimbangan utama dalam memberi kenaikan gaji mahupun pangkat.
Parti pemerintah dahulu suka menuduh DAP tidak menghormati penjawat awam. Namun hakikatnya, rekod pentadbiran di Pulau Pinang membuktikan sebaliknya. Malah sejak 2008, dengan kumpulan penjawat awam yang sama, Kerajaan Negeri Pakatan di Pulau Pinang berjaya mencapai prestasi yang lebih cekap.
Apa rahsianya? Penjawat awam dinyahpolitik dan profesionalisme dipulihkan.
Kenaikan pangkat dan anugerah diberikan berdasar kepada prestasi dan merit, bukan ketaatan politik. Perkhidmatan awam di Pulau Pinang menemukan semula keyakinan diri dan juga rasa hormat masyarakat ekoran prestasi dan hasil kerja mereka. Hatta, salah seorang penjawat awam Pulau Pinang, Dato Maimunah Sharif telah diiktiraf kecemerlangannya dan dipinjamkan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai pengarah eksekutif UN-Habitat.
Dalam mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan yang pertama, saya begitu kagum dengan kebolehan yang diperlihatkan oleh pegawai-pegawai senior kementerian. Mereka jelas sekali berpengalaman tinggi, tahu betul urusan mereka, mempunyai ide-ide bernas, petah berkata-kata, dalam pelbagai bahasa. Ini satu sisi perkhidmatan awam yang jarang-jarang diperlihatkan kepada umum.
Pun begitu, kebolehan sahaja tidak cukup. Kita harus memastikan wujudnya budaya kerja yang baik dan profesional dalam kerangka perkhidmatan itu sendiri.
Ini sebabnya pentadbiran Pakatan Harapan telah menukar slogan di penghujung surat daripada ‘Saya yang menurut perintah’ kepada ‘Saya yang menjalankan amanah’. Perkhidmatan awam seharusnya berasa bangga menunjukkan mutu kerja yang baik, bukan sekadar mengikut arahan, apatah lagi arahan politik.
Ketika Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mahu meluncur semula inisiatif FitMalaysia, kami perlu memutuskan sama ada mahu kekal dengan cara lama, di mana kerjanya dikontrakkan kepada orang luar, atau memberi peluang untuk para penjawat awam menguruskannya. Menteri dan saya memutuskan untuk meletakkan kepercayaan kepada warga kementerian sendiri dan menyerahkan tugas merencana, mengatur dan melaksanakan FitMalaysia kepada mereka.
Memanglah ada yang ragu-ragu, masuk separuh masa pertama tempoh merancang, ada yang bertanya kalau kami patut melantik sahaja pengurus acara untuk melakukannya, ketimbang bergantung kepada penjawat awam.
Namun Menteri dan saya berani mengambil risiko.
Kami masuk ke pejabat ini dengan minda reformasi. Dahulu, kerajaan cenderung membentuk ‘perkhidmatan awam dalam perkhidmatan awam’, yakni mewujudkan unit pelaksanaan elit bagi memintas apa yang mereka sifatkan sebagai pengkhidmat awam yang tidak cekap. Selapis demi selapis dan beberapa era pentadbiran kemudian, perkhidmatan awam membelon, dan lebih teruk lagi ia menghasilkan perkhidmatan yang tidak berkeyakinan dan tidak terdorong, akibat kurangnya kepercayaan daripada kerajaan sendiri. Ditambah dengan persekitaran kerja yang penuh politik, kita akhirnya berdepan dengan penjawat awam yang mandom.
Saya harus mengaku, memang lebih mudah untuk kami mengambil jalan pintas. Lagipun para pengundi mahu melihat hasil secepat mungkin. Birokrasi ini bukanlah cara terbaik untuk menjana hasil pada kelajuan “IR 4.0”. Saya beri satu contoh.
Salah satu daripada polisi awal yang kami cadangkan pada permulaan pentadbiran adalah untuk memperluas perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk kesemua atlet negara, tidak kira yang masih beraksi ataupun yang sudah bersara. Saya agak kerja ini pastinya mudah, namun ia sebenarnya mengambil masa lebih enam bulan untuk melalui beberapa jabatan dan kertas kerja, hanya untuk diluluskan.
Sepanjang berbulan lamanya berada di sini dan bekerja dengan rakan-rakan di segenap tahap di Kementerian ini, saya menyedari bahawa sebenarnya ada ramai penjawat awam yang benar-benar mahu melakukan yang terbaik dan bergerak seiring agenda pembaharuan kerajaan. Mereka mahu merasa bangga dengan apa yang mereka kerjakan. Mereka mahu mengembalikan maruah penjawat awam. Mereka tidak mahu sekadar bekerja ke hulu ke hilir membawa kertas, sedangkan kerja sebenar dilaksakan kontraktor luar, atau unit elit dalaman. Mereka mahu memperlihatkan prestasi sebenar dan dihormati untuk prestasi itu.
Kami bersedia untuk memberi peluang sedemikian. Soalnya adakah mereka bersedia?
Apabila FitMalaysia diluncur semula pada 24 Mac 2019, sambil Menteri dan saya berdiri di atas pentas pagi itu menyaksikan lautan manusia di hadapan, kami sempat bersembang tentang keputusan yang dibuat beberapa bulan lalu untuk memberi kepercayaan kepada penjawat awam.
Lebih daripada 15,000 orang membanjiri tempat acara. Program berjalan lancar. Mesej untuk memupuk gaya hidup sihat disampaikan dengan cemerlang.
Dahulu, Kementerian menyerahkan kontrak pelaksanaan acara sebegini kepada orang luar. Angka yang dilaporkan kepada saya menunjukkan bahawa kos yang ditanggung kerajaan untuk acara seperti ini boleh mencecah sehingga RM1.3 juta. Namun pegawai kementerian berjaya melaksanakannya sendiri pada kos sekadar satu perlima daripada itu.
Kepercayaan terhadap penjawat awam sudah pulih kembali. – Roketkini.com
*Steven Sim adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.