Dunia ibarat roda.
Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak
dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad
Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam
pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan
kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah
percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak
seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.
Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari
terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya
mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.
Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun
diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang
cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai
berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.
Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan
menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba.
Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib
kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan
penyokongnya.
Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan
dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu
dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya
sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti
dan negara jika sasarannya kekal dipacu.
Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu
bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib
serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang
jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa.
Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik kebergantungan Najib kepada
penasihat, perunding dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(Pemandu) yang dikepalai bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Datuk
Seri Idris Jala.
Biasa mendengarnya, bukan? Pada 2008, serangan itu pernah difokuskan
kepada kebergantungan Abdullah kepada Tingkat Empat, sekumpulan
penasihat mudanya.
Mereka yang berada di sekitar Najib sedar persamaan itu namun tidak
berniat melancarkan perang saraf terbuka terhadap Dr Mahathir dan
pengkritik lain.
Apa yang perdana menteri dan pasukannya lakukan adalah berjumpa
dengan sebanyak mungkin mereka yang berkuasa dalam Umno dan kumpulan
Melayu berpengaruh bagi menerangkan strategi ekonomi dan politiknya
serta memberikan jawapan terus kepada kritikan yang dibuat oleh Dr
Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan pihak lain.
Melalui usaha mereka itu, kem Najib berharap cubaan penentangan terhadap mereka dalam Umno akan berakhir.
Perdana menteri dan pasukannya tahu pengkritik dalam Umno
menjangkakan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan parti itu
seawal-awalnya pada April.
Tetapi untuk melawan cakap-cakap ini, mereka berhujah Najib menguasai
Majlis Tertinggi Umno yang tidak seperti Abdullah, bersedia
menggunakan semua jawatan disandangnya bagi terus berkuasa.
Satu-satunya masalah bergantung kepada pemimpin Umno adalah sokongan
mereka tidak sekali boleh diubah. Cukup kerap, godaan peluang dan kuasa
datang walaupun kepada penyokong yang paling "kuat".
Semasa kemuncak serangan terhadap Abdullah, beberapa ahli politik
berpengaruh bersumpah untuk mempertahankan mantan perdana menteri itu.
Tetapi dalam sesi sulit, mereka juga menyerang Abdullah.
Hari ini, salah seorang daripada individu tersebut memegang kedudukan
yang kuat dalam Umno dan dilaporkan turut bersumpah memberikan taat
setia kepada Najib.
Cabaran Najib adalah untuk memujuk, meyakinkan dan memperdaya broker
kuasa dalam Umno bahawa beliau akan memenangi peperangan yang
disasarkan kepada dirinya. Tetapi ia tidak semudah apa yang disangka.
Ia lebih jauh daripada itu.
Di dalamnya wujud rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara
hidup; yang dilihat salah percaturan tanpa akhirnya oleh menteri
kerajaan dan tekanan terhadap mereka yang tinggal di Malaysia.
Memandangkan keseimbangan sudah pun berkocak, Najib dan pasukannya
tidak akan mampu melancarkan perang habis-habisan terhadap pengkritik
mereka, satu keadaan yang akan lebih mengeruhkan kedudukan negara.
Beliau perlu menunjukkan kepada parti bahawa dirinya adalah pemimpin
terbaik dan kritikan yang datang pula berniat jahat, didorong
kepentingan peribadi dan keluarga.
Penyokong Abdullah dalam Umno menyaksikan drama ini dengan pendekatan
sama iaitu tidak ambil peduli dan berasa geli hati kerana dunia ibarat
roda. - TMI
DEMONTRASI GURU 22 FEBRUARI . KAUM GURU SILA SERTAINYA
Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Respon Guru? Berminat?
Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 : Aduan demi aduan diterima daripada kalangan guru (TERMASUK ADUAN PROF UNGKU AZIZ DI SINI) mengenai isu masalah berkaitan SPPBS.
Realitinya sebelum-sebelum ini, jarang
sekali bantahan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas
hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS).
- PBS mula dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid di tingkatan satu.
- Sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang pelbagai segi berbanding berorientasikan peperiksaan.
- Tiada peperiksaan akhir tahun di bawah PBS.
- Setiap hari guru menilai pelajar berdasarkan enam tahap bermula dari aras pemahaman sehingga tahap tauladan. Data direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.
Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada KPM
- Sasaran peserta bantah SPPBS 2014 : 200 orang guru
- Jangkaan peserta bantah SPPBS 2014 : Sekitar 50 orang guru
- Anjuran : Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
- Lokasi bantahan : Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya
- Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu)
- Tujuan bantahan : Desak Putrajaya mansuh program penilaian tiga tahun pelajar SPPBS 2014
Melihatkan
aduan dan rasa ketidakpuashatian kalangan guru-guru terhadap sistem
PBS, Berita Semasa menjangkakan kalangan guru-guru yang akan terlibat
dalam Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 agak besar, tetapi malangnya bilangannya sangat-sangat kecil jika dibandingkan saiz guru yang berjumlah ada 419,940 orang guru di Malaysia. Hampir setengah juta.
Ada yang mengatakan guru jarang ke jalanan bagi menunjukkan tanda bantahan kerana bimbang diambil tindakan. Benarkah?
Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru
- Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SBA sehingga mengakibatkan masalah sistem.
- Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
- Guru-guru mendakwa Data PBS yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012
- Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas
Bantahan bukan untuk bebanan guru tetapi
kepentingan anak didik kita. Murid diajar tanpa peperiksaan sebagai
kayu pengukur kefahaman murid dan banyak lagi. Hanya guru saja yg faham
sebab guru yang lebih terdedah kepada PBS ini.
Berita Semasa berpendapat keluhan guru adalah penting kerana mereka mendidik anak-anak kita. Mereka bukan mengeluh untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk anak didik
dan ibu bapa supaya tidak membebankan mereka juga. Jika guru tidak
dapat menumpukan perhatian pada anak murid disebabkan sistem yang kurang
efektif, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
P/S : Apa respon kalangan guru-guru, kalangan ibubapa mengenai prestasi sistem PBS 2014 setakat ini?
GAMBAR ANAK ZAHID HAMIDI
PRK Dun Kajang: Anak Zahid hasrat bertanding lawan Anwar
dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang menentang Anwar Ibrahim .Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan
terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu.“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama.
“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.
Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.
“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).
“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.
Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya.
“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.
Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang.
MSO DAKWA NASRUDDIN TANTAWI ADA BERSAMA umno
Nasarudin Hasan, “kokok berderai tetapi ekor bergelumang tahi” – MSO
Bekas ketua pemuda Pas, Nasarudin Hasan menegaskan Pas tidak akan menyokong Anwar jadi MB Selangor. Nada Nasarudin mirip dengan nada bekas timbalannya Nik Abduh.
Kata Nasarudin Pas akan hulur bantuan kepada PKR dalam pilihan raya Kajang. Perkataan hulur itu, seakan PKR menagih simpati dan Pas kuat sangat.
Saya nak pesan kepada Pas khasnya Nasarudin jangan tekabul sangat. Peliharalah sikit kata dan tunjukkan minda politik sihat. Abdul Hadi sudah menyatakan pendirian Pas dalam hal sama, untuk apa diulang lagi kerana ia boleh memanaskan hati dan telinga rakyat lain. Beliau juga kena sedar, siapalah belliau dalam hirearki Pas. Beliau hanya ahli jawatankuasa saja.
Kalau abang2 kita naib presiden pun tidak bersuara kenapa kita harus galak mahu menjadi si jaguh yang kokok berderai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.
Dalam politik perlu ada rezeb kemarahan dan kebendian. Jangan luahkan sampai habis. Mana tahu selepas ini Pas memerlukan bantuan Anwar. Semua itu tidak boleh dijangka.
Dan tentunya orang terkilan beliau mencemuh Anwar dalam masa sama Anwar masih berakan dengan Pas.
Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis ‘orang-orang Umno’, apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR. Wassalam Mso. – FB Mohd Sayuti Omar
Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan
Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata Tamrin kepada Keadilandaily.
Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.
Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.
“Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat,” ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.
BN buntu cari calon tanding Anwar
BN buntu cari calon tanding Anwar
ALOR SETAR - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan BN tenggelam punca sehingga ada cadangan supaya meletakkan
jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada PRK Dun
Kajang.
Berseloroh dengan cadangan itu, Anwar berkata, beliau akan angkat tangan dan menyerah kalah sekiranya perlu bertanding dengan Chong Wei.
“Saya tak mahu lawan dia (Chong Wei), kalau saya lawan dia...kalahlah saya. Tapi itu kalau lawan badminton. Badminton dia menanglah, pilihan raya lain.
“Badminton biar saya kalah, pilihan raya biar saya menanglah. Tapi saya tak fikir dia akan bertanding."
Beliau berkata demikian apabila menyentuh isu PRK Dun Kajang ketika menyampaikan ceramah di Kampung Alor Ibus, di sini, malam kelmarin.
Beliau yang mengakui turut mengagumi kehebatan jaguh badminton negara itu berkata, PRK bukan lagi melibatkan isu 'smash' di gelanggang badminton. Sebaliknya ia adalah soal pentadbiran dan pengurusan sebuah kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian bahawa keputusan yang diambil beliau untuk bertanding di kerusi Dun Kajang adalah demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.
Mengakui wujudnya masalah peringkat Kerajaan Selangor, menurut beliau, permasalahan yang ada itu perlu dipulihkan dari awal bermula sekarang.
“Kita mahu kuatkan lagi Selangor, Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) buat kerja bagus dan kita kena jadikan beliau sebagai model, tetapi dia diserang dengan kuat.
“Jadi saya berpendapat pimpinan pakatan mesti jadikan Selangor sebagai medan untuk berkhidmat kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi rakyat,” tegasnya.
Tambah Anwar lagi, PR akan menggunakan perbelanjaan paling minimum sempena kempen pilihan raya kali ini.
Katanya, sebagai orang yang sudah dikenali rakyat beliau tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk mencetak poster kempen dan sebagainya.
“Kita sudah putuskan perbelanjaan paling minimum. Poster saya pun tak diperlukan, melainkan poster calon sahaja. Tetapi kita akan beri penjelasan dan penerangan sepanjang berkempen,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya. - Sinar Harian
Berseloroh dengan cadangan itu, Anwar berkata, beliau akan angkat tangan dan menyerah kalah sekiranya perlu bertanding dengan Chong Wei.
“Saya tak mahu lawan dia (Chong Wei), kalau saya lawan dia...kalahlah saya. Tapi itu kalau lawan badminton. Badminton dia menanglah, pilihan raya lain.
“Badminton biar saya kalah, pilihan raya biar saya menanglah. Tapi saya tak fikir dia akan bertanding."
Beliau berkata demikian apabila menyentuh isu PRK Dun Kajang ketika menyampaikan ceramah di Kampung Alor Ibus, di sini, malam kelmarin.
Beliau yang mengakui turut mengagumi kehebatan jaguh badminton negara itu berkata, PRK bukan lagi melibatkan isu 'smash' di gelanggang badminton. Sebaliknya ia adalah soal pentadbiran dan pengurusan sebuah kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian bahawa keputusan yang diambil beliau untuk bertanding di kerusi Dun Kajang adalah demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.
Mengakui wujudnya masalah peringkat Kerajaan Selangor, menurut beliau, permasalahan yang ada itu perlu dipulihkan dari awal bermula sekarang.
“Kita mahu kuatkan lagi Selangor, Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) buat kerja bagus dan kita kena jadikan beliau sebagai model, tetapi dia diserang dengan kuat.
“Jadi saya berpendapat pimpinan pakatan mesti jadikan Selangor sebagai medan untuk berkhidmat kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi rakyat,” tegasnya.
Tambah Anwar lagi, PR akan menggunakan perbelanjaan paling minimum sempena kempen pilihan raya kali ini.
Katanya, sebagai orang yang sudah dikenali rakyat beliau tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk mencetak poster kempen dan sebagainya.
“Kita sudah putuskan perbelanjaan paling minimum. Poster saya pun tak diperlukan, melainkan poster calon sahaja. Tetapi kita akan beri penjelasan dan penerangan sepanjang berkempen,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya. - Sinar Harian
TERKINI : Adun Hutan Melintang nafi keluar parti
Adun Hutan Melintang nafi keluar parti
HUTAN MELINTANG - Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini
menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan
dalam media sosial.
Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.
Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.
Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.
"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.
"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi. - Sinar Harian
Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.
Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.
Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.
"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.
"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi. - Sinar Harian
Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?
membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.
Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14.
Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu.
Jika Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikatakan sebagai sumber berita
yang menarik bagi akhbar dan media baru, Anwar mungkin berada di
kedudukan kedua dalam perkara ini.
Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.
Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.
Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.
Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.
Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.
Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.
Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.
Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.
Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.
Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.
Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.
Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.
Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.
Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB
Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB
Oleh P Dinesh
Camelot!
Akhir tahun 2013 menyaksikan rakyat Malaysia dibelenggu kenaikan harga berganda dan pengurangan subsidi. Kerajaan BN dengan pentadbiran ekonomi yang tidak cekap, telah bertanggungjawab diatas kesempitan wang yang dirasai rakyat.
Mungkin untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah ekonomi, ketegangan agama digunakan untuk menaikkan kemarahan umat Islam terhadap umat Kristian. Perlu diingati, ianya telah menjadi amalan politik kerajaan BN, bagi beberapa dekad, untuk menggunakan isu bangsa dan agama bagi memecah-belahkan rakyat, supaya mereka terus kekal berkuasa.
Doktrin 'pecah dan perintah' telah berulang kali digunakan BN apabila tiba masa pilihanraya. Akan tetapi, formula ini akan gagal apabila Malaysia mencapai tahap pemikiran maju dan lebih ramai yang mempunyai akses kepada maklumat.
Pada ketika negara dalam keadaan suram inilah, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa beliau akan menawarkan diri untuk bertanding kerusi Kajang di negeri Selangor.
Selangor telah dibelenggu oleh ketegangan diantara MB Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. PKR memiliki 14 kerusi sementara DAP dan PAS memiliki 15 masing-masing. Khalid telah mengeksploitasi jumlah ini untuk memastikan Azmin tidak boleh menggantikannya, sambil membuat percaturan antara PAS dan DAP menentang PKR.
Ia merupakan suatu siri peristiwa yang tidak sihat. Masalahnya seperti tiada penyelesaian, seakan simpulan Gordian. Dengan pengumuman beliau, Anwar telah membentangkan kepada kita jalan penyelesaian Alexandria yang unggul.
Prestasi hambar Khalid dan para pembantunya yang sering bertelagah
Namun,
hanya seorang penganalisis berfikiran cetek sahaja akan menyimpulkan
bahawa pilihan raya kecil Kajang hanyalah cara PKR untuk menyelesaikan
masalah dalamannya.
Hakikatnya, prestasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar begitu hambar.
Harapan rakyat, apabila dengan tidak disangka-sangka mereka mendapati diri mereka diterajui kerajaan Pakatan pada suatu pagi di tahun 2008 adalah mereka akan tinggal di dalam Camelot (tempat yang indah). Atau, tidak lama lagi Pakatan Selangor bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah Lembah Silikon.
Tiada yang seperti itu telah berlaku. Lima tahun kemudian, Selangor hanya menunjukkan sedikit perbezaan daripada masa ia dibawah kerajaan BN. Majlis-majlis bandar kekal acuh tak acuh dan bersikap tidak peduli. Restoran-restoran di PJ masih kotor, dengan memberi sabun pinggan mangkuk yang dicairkan untuk pelanggan mencuci tangan mereka. Pembangunan baru teramatlah sedikit.
Wang yang banyak bermakna PELUANG yang disia-siakan
Selangor
mempunyai banyak wang dalam bank kerana Khalid Ibrahim merupakan
seorang yang sangat berjimat. Ini adalah satu kepandaian yang amat
berguna jika dia merupakan seorang suri rumah tangga di bandar yang
berhadapan dengan kenaikan harga yang tidak berkesudahan.
Selain itu, dia dikatakan sebagai seorang yang tidak mudah dirasuah kerana telahpun memiliki banyak wangnya sendiri sebagai seorang ahli perniagaan! Walaupun ini sesuatu yang baik, jika ia merupakan satu-satunya ukuran penilaian bagi seorang MB, maka kita boleh sahaja menggantikannya dengan lelaki India penjual rokok, mahupun setandan pisang.
Selangor mempunyai 2 Billion atau lebih dalam bank, ini bukanlah tandanya simpanan, tetapi peluang yang sia-sia. Pelaburan akan dapat meningkatkan pendapatan bagi negeri ini dan memberikan lebih pendapatan boleh guna ke dalam dalam poket rakyat.
Tidak mampu menyelesaikan perbalahan bukan sahaja dalam PKR tetapi Pakatan Selangor
Untuk
berlaku adil kepada Khalid, dia memang terbaik dalam pengurusan
ladang-ladang, namun itu kemahiran yang kurang diperlukan bagi dunia
global dimana teknologi dan perkhidmatan mewah merupakan pendorong utama
bagi pertumbuhan. Pakatan terus memuji Khalid sebagai pengurus yang
baik, hanya atas sebab-sebab politik.
Khalid juga telah gagal menguruskan pihak-pihak yang berkepentingan dalam Pakatan, oleh itu kita sering menyaksikan pertengkaran antara mereka yang tidak berkesudahan. Selanjutnya, Selangor di bawah Khalid telah menunjukkan prestasi yang tidak seberapa dalam pilihan raya 2013. Di bawah kepimpinan beliau, PKR hanya mampu mengekalkan 14 kerusi berbanding 15 yang dimenangi gabungan rakan-rakannya PAS dan DAP.
Mengambil iktibar dari Kedah- ini adalah faktor bagi PKR untuk membuat keputusan menggantikan Khalid. Rakyat tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang berprestasi hambar. Dalam kes Kedah , PAS gagal untuk bertindak dalam menyelesaikan pertikaian dalaman PAS Kedah. Pembangunan terhenti kerana rakan-rakan Pakatan yang lain juga buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Namun Pakatan begitu percaya dan mengandaikan rakyat Kedah akan terus mengundi mereka. Andaian seperti itu terbukti salah apabila Pakatan kalah teruk dalam pilihan raya 2013 di Kedah.
Oleh itu, PKR mula bertindak untuk menamatkan masalah di Selangor. Kita tidak boleh menerima 4 tahun lagi pemerintahan yang kurang memberangsangkan termasuk perbalahan yang tidak berkesudahan di Selangor.
Anwar dalam kelasnya tersendiri
Penduduk
Kajang boleh mengharapkan untuk dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Siapakah
yang akan membantah jika beliau menjadi Menteri Besar baru mereka.
Dengan kombinasi pengurusan yang lemah dari segi ekonomi oleh BN, Anwar boleh mengharapkan majoriti yang amat baik dalam pilihan raya yang akan datang.
Dan kita semua boleh mengharapkan Anwar untuk memainkan peranan sebagai ketua eksekutif. Bagi Umno, ini adalah senario mimpi ngeri mereka. Untuk mendapatkan Selangor semula akan menjadi sebuah impian tidak akan menjadi kenyataan sama sekali.
Sementara itu, ada yang menyatakan bahawa Anwar tidak perlu menyandang jawatan Menteri Besar kerana beliau sepatutnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru selepas pilihan raya yang akan datang. Jadi, mengapa kita perlu mensia-siakan bakat lelaki ini selama empat tahun? Jerry Brown telah menjadi Gabenor California kemudian Datuk Bandar Oakland, dia kini menjadi Gabenor California sekali lagi pada usia 75 tahun. Oakland mempunyai seramai 400,00 penduduk dan California pula 40 Juta penduduk. Dan dia berjaya mengelak defisit bajet California, dimana si Terminator, Arnold Schwarzenegger telah gagal! Prinsip utama, jelas, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan semata-mata mementingkan status peribadi seseorang.
Pakatan dan Anwar telah mengambil langkah yang betul dalam membuat keputusan ini. Mereka menunjukkan bahawa mereka boleh berfikir di luar kotak. Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun perlu dibuat walaupun amat berat.
Walau bagaimanapun, ia amat menghairankan kenapa mereka tidak memikirkan hal ini dahulu! Dalam dunia bisnes, ini dinamakan game- changer. Pakatan mengambil inisiatif, BN menjadi terkejut dan tidak berdaya!
Dan di Selangor, Anwar Ibrahim akan memimpin kami ke arah kejayaan, akhirnya, Camelot ! -
Malaysia Chronicle [Translation by Huzainah A Rani]
Akhir tahun 2013 menyaksikan rakyat Malaysia dibelenggu kenaikan harga berganda dan pengurangan subsidi. Kerajaan BN dengan pentadbiran ekonomi yang tidak cekap, telah bertanggungjawab diatas kesempitan wang yang dirasai rakyat.
Mungkin untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah ekonomi, ketegangan agama digunakan untuk menaikkan kemarahan umat Islam terhadap umat Kristian. Perlu diingati, ianya telah menjadi amalan politik kerajaan BN, bagi beberapa dekad, untuk menggunakan isu bangsa dan agama bagi memecah-belahkan rakyat, supaya mereka terus kekal berkuasa.
Doktrin 'pecah dan perintah' telah berulang kali digunakan BN apabila tiba masa pilihanraya. Akan tetapi, formula ini akan gagal apabila Malaysia mencapai tahap pemikiran maju dan lebih ramai yang mempunyai akses kepada maklumat.
Pada ketika negara dalam keadaan suram inilah, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa beliau akan menawarkan diri untuk bertanding kerusi Kajang di negeri Selangor.
Selangor telah dibelenggu oleh ketegangan diantara MB Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. PKR memiliki 14 kerusi sementara DAP dan PAS memiliki 15 masing-masing. Khalid telah mengeksploitasi jumlah ini untuk memastikan Azmin tidak boleh menggantikannya, sambil membuat percaturan antara PAS dan DAP menentang PKR.
Ia merupakan suatu siri peristiwa yang tidak sihat. Masalahnya seperti tiada penyelesaian, seakan simpulan Gordian. Dengan pengumuman beliau, Anwar telah membentangkan kepada kita jalan penyelesaian Alexandria yang unggul.
Prestasi hambar Khalid dan para pembantunya yang sering bertelagah
Hakikatnya, prestasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar begitu hambar.
Harapan rakyat, apabila dengan tidak disangka-sangka mereka mendapati diri mereka diterajui kerajaan Pakatan pada suatu pagi di tahun 2008 adalah mereka akan tinggal di dalam Camelot (tempat yang indah). Atau, tidak lama lagi Pakatan Selangor bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah Lembah Silikon.
Tiada yang seperti itu telah berlaku. Lima tahun kemudian, Selangor hanya menunjukkan sedikit perbezaan daripada masa ia dibawah kerajaan BN. Majlis-majlis bandar kekal acuh tak acuh dan bersikap tidak peduli. Restoran-restoran di PJ masih kotor, dengan memberi sabun pinggan mangkuk yang dicairkan untuk pelanggan mencuci tangan mereka. Pembangunan baru teramatlah sedikit.
Wang yang banyak bermakna PELUANG yang disia-siakan
Selain itu, dia dikatakan sebagai seorang yang tidak mudah dirasuah kerana telahpun memiliki banyak wangnya sendiri sebagai seorang ahli perniagaan! Walaupun ini sesuatu yang baik, jika ia merupakan satu-satunya ukuran penilaian bagi seorang MB, maka kita boleh sahaja menggantikannya dengan lelaki India penjual rokok, mahupun setandan pisang.
Selangor mempunyai 2 Billion atau lebih dalam bank, ini bukanlah tandanya simpanan, tetapi peluang yang sia-sia. Pelaburan akan dapat meningkatkan pendapatan bagi negeri ini dan memberikan lebih pendapatan boleh guna ke dalam dalam poket rakyat.
Tidak mampu menyelesaikan perbalahan bukan sahaja dalam PKR tetapi Pakatan Selangor
Khalid juga telah gagal menguruskan pihak-pihak yang berkepentingan dalam Pakatan, oleh itu kita sering menyaksikan pertengkaran antara mereka yang tidak berkesudahan. Selanjutnya, Selangor di bawah Khalid telah menunjukkan prestasi yang tidak seberapa dalam pilihan raya 2013. Di bawah kepimpinan beliau, PKR hanya mampu mengekalkan 14 kerusi berbanding 15 yang dimenangi gabungan rakan-rakannya PAS dan DAP.
Mengambil iktibar dari Kedah- ini adalah faktor bagi PKR untuk membuat keputusan menggantikan Khalid. Rakyat tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang berprestasi hambar. Dalam kes Kedah , PAS gagal untuk bertindak dalam menyelesaikan pertikaian dalaman PAS Kedah. Pembangunan terhenti kerana rakan-rakan Pakatan yang lain juga buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Namun Pakatan begitu percaya dan mengandaikan rakyat Kedah akan terus mengundi mereka. Andaian seperti itu terbukti salah apabila Pakatan kalah teruk dalam pilihan raya 2013 di Kedah.
Oleh itu, PKR mula bertindak untuk menamatkan masalah di Selangor. Kita tidak boleh menerima 4 tahun lagi pemerintahan yang kurang memberangsangkan termasuk perbalahan yang tidak berkesudahan di Selangor.
Anwar dalam kelasnya tersendiri
Dengan kombinasi pengurusan yang lemah dari segi ekonomi oleh BN, Anwar boleh mengharapkan majoriti yang amat baik dalam pilihan raya yang akan datang.
Dan kita semua boleh mengharapkan Anwar untuk memainkan peranan sebagai ketua eksekutif. Bagi Umno, ini adalah senario mimpi ngeri mereka. Untuk mendapatkan Selangor semula akan menjadi sebuah impian tidak akan menjadi kenyataan sama sekali.
Sementara itu, ada yang menyatakan bahawa Anwar tidak perlu menyandang jawatan Menteri Besar kerana beliau sepatutnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru selepas pilihan raya yang akan datang. Jadi, mengapa kita perlu mensia-siakan bakat lelaki ini selama empat tahun? Jerry Brown telah menjadi Gabenor California kemudian Datuk Bandar Oakland, dia kini menjadi Gabenor California sekali lagi pada usia 75 tahun. Oakland mempunyai seramai 400,00 penduduk dan California pula 40 Juta penduduk. Dan dia berjaya mengelak defisit bajet California, dimana si Terminator, Arnold Schwarzenegger telah gagal! Prinsip utama, jelas, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan semata-mata mementingkan status peribadi seseorang.
Pakatan dan Anwar telah mengambil langkah yang betul dalam membuat keputusan ini. Mereka menunjukkan bahawa mereka boleh berfikir di luar kotak. Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun perlu dibuat walaupun amat berat.
Walau bagaimanapun, ia amat menghairankan kenapa mereka tidak memikirkan hal ini dahulu! Dalam dunia bisnes, ini dinamakan game- changer. Pakatan mengambil inisiatif, BN menjadi terkejut dan tidak berdaya!
Dan di Selangor, Anwar Ibrahim akan memimpin kami ke arah kejayaan, akhirnya, Camelot ! -
Malaysia Chronicle [Translation by Huzainah A Rani]
Kaji dulu sejarah PAS...di mana mereka era 80 an dahulu...!!
Sengaja aku petik semula isu ini dari Kedahkini yang diposkan oleh Manjung Mari jika tak silap aku.Ini adalah sebahagian dari kemelut politik dan perbezaan fahaman.Era 1998 ketika REFORMASI berlaku apabila Anwar dipecat menjadikan PAS sebagai wadah baru orang Melayu ketika itu kerana Anwar belum berjaya menubuhkan sebuah parti baru tanpa ras bangsa dan agama sebagai penyatuannya.
Orang Melayu baru celik dengan tipu muslihat Umno ketika itu.Walau Anwar didalamnnya juga terpalit, namun penjelasan beliau dan kepimpinan beliau dilihat sebagai idola waktu itu kena keberanian beliau, perjuanga membela nasib orang miskin dan ketika itulah Pas menjadi wadah.
Golongan muda dalam Pas perlu menyelaminnya kerana kes Anwar memenangkan PAS.......
Kaji dulu sejarah PAS...di mana mereka era 80 an dahulu
BUAT PEMUDA PAS...KITA JANGAN LUPA DIRI
SERI MANJUNG: Buat anak2 muda PAS ingin aku coretkan sejarah politik
buat kalian terutama di Manjung iaitu di tempat aku dibesarkan. Aku
mulakan sejarah asal usul PAS 80 an yg mampu ku tulis kerana di era
tersebut aku mengenali politik dan PAS. Buku politik pertama aku baca
ialah 'Hantu Bukit Cina' tulisan Syed Husaain Al Attas.
Di Bandar Baru Seri Manjung ketika itu anak2 muda sgt aktif dgn jamaah
Islam. Ada PAS, Arqam, Tabligh dan ABIM. Dlm kedudukan tersebut Al-Arqam
dilihat paling berpengaruh kpd anak2 muda di Manjung. Dahulu Seri
Manjung tiada Surau atau Masjid. Lalu penghuni mengambil inisatif
menyewa rumah utk dijadikan surau.
Kini Surau Madah yg boleh dianggap Surau milik PAS (kubu PAS) di Manjung
dibina bukan oleh org PAS. Ia dibina hasil keringat penduduk Manjung
sendiri di tapak permainan kanak2. Datuk saya antara org yg paling ligat
hingga ke Ipoh mencari dana. Begitu juga org2 UMNO ketika itu Cikgu
Zakaria, Arwah Cikgu Ramli, Cikgu Othman, Arwah Pakcik Jamal, Pak Tak,
Pakcik Pie (bilik 2) dan beberapa nama lagi.
Maka di Surau itulah kesemua jamaah yg ada di Manjung menggunakannya.
Dulu sentimen kepartian tidak ketara kerana PAS ketika itu seperti
peribahasa hidup segan mati tak mahu. Pada tahun 1986 aku dan rakan2 dlm
Arqam dan Tabligh telah diminta oleh anak Pak Tak (org kuat PAS ketika
itu), Khamis (rakan sepermainan) utk membantu menampal poster PAS.
Masa tu, PAS gambar wajah calon pun tak mampu nak buat. Kami diberi
'gam' dan poster berukuran CD utk ditampal di tiang2 elektrik. Ada
kereta lalu kena 'boooo'... PAS sgt lemah dan ada org kuat Muslimah skg
ni, ketika itu pun masih belum bertudung (belum menyertai PAS lagi
ketika itu).
PAS di Manjung lebih teruk daripada apa yg kamu lihat pada PKR di
Manjung skg ini (tiada sokongan). Anak muda yg menyertai PAS hanyalah
anak org PAS. Tidak seperti skg yg kini disertai oleh ramai golongan
profesional. Dulu yg masuk PAS ni golongan bawahan sahaja.
Dari tahun ke tahun, PAS semakin berisi tak masih perlahan. Hinggalah
menjelang 1998 apabila Anwar disingkirkan. Siapa sangka Allah pilih org
dlm iaitu org nombor 2 dlm UMNO sebagai asbab. Maka berduyun-duyun org
Melayu menyertai PAS kerana tiada parti pilihan lain lagi.
Pada PRU 9, PAS hanya menang 7 kerusi Parlimen dan 33 Dun tetapi sebaik
sahaja kes Anwar berlaku tiba2 PAS mendapat 27 kerusi Parlimen dan 98
kerusi Dun. 4 kali ganda utk Parlimen dan 3 kali ganda utk DUN. Bukan
seperti menumpang tuah terhadap isu politik semasa. Siapakah individu
itu yg membuatkan PAS tiba menjadi satu kuasa politik yg kuat???
Individu itu dibelasah, diseret ke mahkamah, diaibkan satu dunia dan 6
tahun di penjarakan. Yg kita di luar sana sudah mula syok sendiri dan
beranggapan perubahan org Melayu terhadap PAS kerana kesedaran org
ramai, kelicinan gerak kerja PAS, bagusnya tektikal PAS dan bermacam
perasaan lagi.
Percayalah jika ada lagi parti Melayu selain PAS yg berciri Islam, belum
tentu berduyun duyun org akn menyertai PAS seperti skg. Jika bukan
kerana isu semasa, belum tentu org akn menyertai PAS. Ini semua
percaturanNya.
BUKAN FANATIK ANWAR...
Aku bukan peminat Anwar Ibrahim. Memang kadang2 kes berbangkit Anwar
menyusahkan PR. Aku dapat merasainya apa yg kalian rasai. Tapi
ketahuilah dia dan keluarganya lebih rasa tersiksa.
Disebalik kebencian kalian kpd Anwar wahai anak muda, kamu tidak tahu
kerana dialah DS Nizar boleh menjadi MB. Kerana dialah Allahyarham Tan
Sri Azizan boleh jadi MB (dgn IzinNya) kerana ia didokong oleh
kepelbagaian kaum. Siapa yg mampu menyatukan PAS dan DAP? Itulah manusia
yg kamu bencikan sgt...Anwar Ibrahim.
Dia boleh membuat pilihan utk menjadi Penasihat Ekonomi Turki, Pensyarah
dan sebagainya tetapi mengapa dia memilih jalan susah. Jika kamu
bertanya kpd UMNO, pasti dia akn katakan gila kuasa. Tapi seperti kata
Ustaz Ismail Kamus, kita nak ambil kuasa daripada org gila kuasa.
Malah bukan kalian tidak tahu anak muda, tanya Mat Sabu...utk meraih
kedatangan puluhan ribu manusia dlm ceramah politik, inilah manusia yg
paling yg paling kamu benci...Anwar Ibrahim. Dia sudah dipenjara malah
dipukul, tapi kamu anak muda belum merasai sakitnya minda dan fizikal
dlm perjuangan politik tanahair.
Patutnya anak muda kamu melihat apa yg berlaku di Manjung. Org Tabligh
dan Arqam membantu PAS yg ketika itu tiada anak muda yg mahu
menyertainya. Tapi sayang bila kamu kuat, org Tabligh ingin menumpang di
Surau2 atau Masjid kamu pun belum tentu kamu benarkan.
MENGAPA PAS MUDAH DIAMBIL KESEMPATAN
Seperti kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz, beliau cukup serik
dipermainkan oleh UMNO. Bagaimana kamu pemuda2 PAS boleh mudah
dipermainkan oleh UMNO menyebut 'pembaziran'. Sejak bila UMNO sensitif
soal pembaziran. Bab hiburan sahaja mereka boleh belanjakan berjuta
ringgit.
Tak sangka kamu anak muda boleh terpengaruh dgn dakyah2 UMNO selama ini.
Kamu kata ikut jamaah Islam. Bukankah kamu diajar utk menghormati atau
akur pada keputusan jamaah...benarkah begitu? Sedangkan Mursyidul,
Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden bersetuju tanpa syarat.
Jika kalian ingin tahu kenapa kalian mesti bertanya kpd 'your boss' dan
bukan terus kpd Anwar Ibrahim. Ia seolah-olah kita tidak menghormati
rumahtangga org lain. Ketika PAS ada masalah dalaman kamu lihat sikap
PKR dan DAP.
Ketika Abu Hassan Omar buat kerja yg sama utk jadi MB Selangor kenapa
kalian berdiam atau mengungkit. Barangkali ketika itu kalian masih
menyusu ibu. Ingat kita tiada pilihan ketiga. Kita hanya ada PR atau BN.
Jika kamu merosakkan kemuafakatan bermakna kamu tiada cita2 utk
memerintah Malaysia dan sekaligus mendaulahkan Islam.
INGAT BETUL2....tanpa sokongan DAP, sgt2 mustahil kamu dpt memerintah
Malaysia. PKR ada kekuatannya tersendiri. Mereka penuh tektikal. Tidak
kalian dpt melihatnya...jika dulu PAS hanya mengharap isu dari akhbar
tetapi PKR berjaya membocorkan rahsia2 yg tersembunyi di kalangan
pemimpin BN. Itu antara kelebihan mereka....
ESOK...Kisah PAS Lumut....Kelebihan kpd PR jika Anwar jadi MB...PAS jgn jadi parti lurus bendul...Insyallah....
Pengkritik ‘Serampang Kajang’ gagal fahami politik demokrasi
Pengkritik ‘Serampang Kajang’ gagal fahami politik demokrasi
KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN KEADILAN, N SURENDRANSaya rujuk kritikan berkenaan perletakan jawatan bekas ADUN Kajang, CC Lee dan keputusan KEADILAN untuk meletakkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon.
Banyak kritikan yang diterima hingga kini lebih bersifat reaksi menyentap, belum difikirkan dengan mendalam dan kurang memahami politik kepartian dan pilihanraya.
Pilihanraya merupakan asas strategi bagi mana-mana parti politik di dalam sesebuah demokrasi moden. Ianya hak sesebuah parti politik untuk meminta rakyat membuat pilihan sebagai satu langkah strategi politik, sama ada melalui pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Dengan menggunakan pilihanraya untuk meraih kelebihan politik, KEADILAN/Pakatan Rakyat sebenarnya memperkukuh sistem demokrasi sedia ada.
Penggunaan pilihanraya sebagai langkah strategi yang sihat perlu dipupuk dan digalak. Pakatan Rakyat berniat menambah kekuatan dengan penggunaan sistem pilihanraya secara sah; ini berbeza apabila dibandingkan dengan BN yang melemahkan pilihanraya, dan menyalahguna kuasa eksekutif untuk menindas dan menganiaya musuh untuk terus memegang kuasa.
Pilihanraya kecil merupakan satu cara yang amat baik untuk mendengar suara rakyat; setiap pilihanraya kecil yang diadakan mengukuhkan demokrasi, dan mengiakan demokrasi penyertaan.
Pengkritik ‘Serampang Kajang’ mungkin gagal mengamati bahawa sebuah demokrasi moden tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa pertandingan sihat antara parti-parti politik yang menginginkan kelebihan politik.
Kelebihan ini boleh diperolehi melalui cara-cara yang sah dan dibenarkan, termasuklah pilihanraya kecil.
Mereka turut terlupa kata-kata dan semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menimbang malah membenarkan situasi-situasi sebegini.
Perkara 51 membenarkan seseorang wakil rakyat untuk meletakkan jawatan tanpa sebab atau syarat. Perkara 51 ditulis untuk membolehkan pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik.
Memaksa berlakunya pilihanraya kecil adalah strategi politik yang diamalkan di pelbagai negara demokrasi matang. Pada 2008, Ahli Parlimen David Davis telah meletakkan jawatan dari House of Commons, UK untuk memaksa berlakunya pilihanraya kecil demi memberi fokus kepada isu kebebasan awam.
Pada tahun 1986, kesemua Ahli Parlimen Unionist telah meletakkan jawatan dari parlimen UK sebagai satu strategi politik.
Berbeza dari apa yang dikatakan pengkritik, tiada apa-apa kesalahan dalam memaksa berlakunya pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik.
Mereka yang berkata pilihanraya kecil itu membazir wang ringgit mungkin tidak faham bahawa tidak dapat tidak wang ringgit memang terpaksa dibelanjakan demi menghidupkan sesebuah demokrasi.
Fokus mereka sepatutnya kepada pilihanraya yang bersih, bukannya demokrasi yang murah.
Akhir kata, ‘Serampang Kajang’ merupakan strategi politik untuk mengalahkan BN yang korup dan zalim. Ini tidak bercanggah dengan hasrat dan kemahuan rakyat; malah, ianya adalah demi kepentingan rakyat.
Dikeluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN PADANG SERAI
Jalan ke depan bersama konsensus nasional – Mujahid Yusof
Jalan ke depan bersama konsensus nasional – Mujahid Yusof
February 02, 2014
Proses perkembangan sesebuah negara bangsa memakan masa yang panjang.
Sepanjang perjalanannya, pelbagai peristiwa dan situasi terpaksa
dilaluinya sehingga ia mematangkan kepimpinan dan rakyatnya.Konflik dan pertumpahan darah sesama anak bangsa mahupun peperangan yang dilaluinya dengan penceroboh demi memelihara kedaulatan negara adalah proses pembentukan jati diri negara bangsa.
Dalam menghayati perkembangan ini, negara terdesak untuk memperbaharui komitmennya terhadap masa depan negara atau istilah patriotiknya memelihara bahtera merdeka.
Untuk mencapai maksud ini satu konsensus atau kesepakatan dan persetujuan bersama amat diperlukan supaya negara bangsa ini mara mencipta nasibnya di persada alam. Ada beberapa faktor utama yang menentukan kejayaan konsensus nasional yang amat diperlukan pada tahap ini. Artikel ini cuba menghuraikan beberapa pra-syarat dan faktor yang akan menjayakan konsensus nasional ini.
LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN
Malaysia berbanding dengan negara bangsa lain secara relatifnya adalah negara yang masih muda. Perkataan negara bangsa hanya muncul dengan kemaraan kolonialisme Barat.
Serentak dengan tuntutan merdeka dari British, negara bangsa menjadi tema kebangkitan rakyat dan Islam/Melayu menjadi asas kebangkitan menyatukan negara bangsa yang kelak akan muncul apabila pada tahun 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya daripada penguasaan kolonial British selama beberapa abad.
Faktor dan latar belakang yang membentuk kemerdekaan Malaysia amat signifikan untuk semua pihak akur dan menerimanya sebelum bersetuju untuk menjayakan cita-cita murni melonjakkan negara ini ke hadapan.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Konsensus mesti juga menghayati dokumen penting yang menentukan nasib dan masa depan negara. Perlembagaan negara adalah faktor penyatu kepada janji setia kita untuk memelihara negara melalui prinsip-prinsip yang disepakati dan dijunjung bersama.
Perlembagaan Persekutuan meletakkan raison d'etre negara ini dengan menamakan tiang utama negara yang tidak boleh dikompromi dalam apa jua konsensus yang akan dilakukan iaitu;
1. Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
2. Agama lain bebas diamalkan mengikut semangat Perlembagaan.
3. Hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
4. Hak kewarganegaraan semua kaum dengan semangat kebebasan yang perlu dipertahankan bersama.
Perlembagaan persekutuan adalah faktor penyatu perpaduan nasional, cumanya interpretasi dan pemahaman prinsip-prinsip keperlembagaan kadangkala tergelincir daripada semangatnya dan kerana itu kebebasan kehakiman perlu menentukan interpretasi yang betul kepada artikel dan semangat yang memberikan “kehidupan” kepada perlembagaan kita.
SOSIO-EKONOMI
Kesan penjajahan telah meninggalkan kita menjadi negara multi-ethnic dan sekaligus multi-cultural.
Istilah “pendatang” atau “bangsa asing” walaupun sudah terhapus dengan konsep kewarganegaraan, namun ia tetap dibibir sesetengah pihak apabila sesuatu konflik antara kaum muncul dan ini boleh memberi gambaran betapa rapuhnya situasi serta berupaya mencetuskan ketegangan.
Dalam konteks ekonomi, dasar ekonomi baru atau DEB membentuk pengagihan kek ekonomi yang mengakibatkan strata masyarakat menampakkan jurang antara penguasaan kaum Cina, Melayu dan India.
Perlaksanaan DEB walaupun semangat dan rohnya adalah pengimbanagan strata dan penstrukturan semula jurang masyarakat namun amalannya telah melahirkan sikap prejudis yang berbau perkauman.
Suasana sosio-ekonomi ini adalah antara faktor utama kepada sebab perlunya konsensus nasional nanti.
PERJALANAN POLITIK
Perlembagaan negara walaupun menjadi panduan tetapi ia kaku apabila tiada aktor yang mencabar kesahihannya dan keutuhannya.
Peranan aktor dalam membentuk lanskap politik negara adalah signifkan kerana para aktor politik akan menentukan dan mendefiniskan maksud yang terkandung dalam prinsip negara ini.
Malaysia memilih jalan demokrasi melalui pilihanraya umum yang berperanan untuk membentuk anggota parlimen bagi membahas halatuju negara lewat demokrasi ala Westminster di mana pembahagian kuasa legaslatif, eksekutif dan kehakiman menjadi kerangka para aktor politik bergerak.
Demokrasi adalah tema utama perjalanan politik dan ia mengambil bahagian yang besar kepada desakan konsensus nasional hari ini kerana ketempangannya hasil pencabulan ke atas demokrasi di Malaysia.
APAKAH KONSENSUS NASIONAL?
Konsensus adalah daripada perkataan Inggeris iaitu “concensus” yang membawa makna agreement, harmony, concord, like mindedness, concurrence, consent, common consent, accord, unison, unity, unanimity, oneness, solidarity, concert more general opinion/view, majority opinion/view, dan common opinion/view.
Daripada perkataan itu diambil maknanya dalam Bahasa Malaysia iaitu persetujuan bersama, permuafakatan bersama, hala tuju bersama, pandangan yang sama hampir dipersetujui oleh semua pihak.
Sebab itu ia adalah satu pendekatan politik tahap nasional bagi semua pihak bersetuju tanpa mengira fahaman politik bahawa negara ini perlu kepada satu kaedah baru, pendekatan baru bagi menangani situasi yang sedang dihadapi hari ini di mana semua pihak perlu bersetuju untuk memikirkan kaedah itu bersama.
Apa yang mewarnai lanskap politik daripada tuntutan demokrasi yang lebih berfungsi, tuntutan kerajaan yang telus dan berwibawa serta kemunculan suara sivil yang semakin lantang mengkritik dasar dan perjalanan kerajaan adalah satu bentuk desakan kepada perlunya sebuah konsensus nasional supaya kerajaan dan parti politik bersatu hati mengeluarkan negara dari kemelut politik, sosial dan ekonomi hari ini.
PEMIKIRAN BARU PERPADUAN NASIONAL
Sekarang isu perpaduan tidak lagi berkisar kepada gabungan wadah seperti di awal 70-an ketika negara ini memerlukan kekuatan politik untuk menjayakan agenda nasional seperti pembentukan Barisan Nasional tetapi perpaduan terkini bentuknya adalah lebih matang dapat direalisasikan melalui kesatuan kepada kepentingan negara dengan cara menguruskan perbezaan pendapat dan bukan menyekat perbezaan pendapat.
Untuk melaksanakan ini konsep by-partisan atau sokongan menjangkau kelompok atau kumpulan perlu dibudayakan untuk mencapai sesuatu kepentingan nasional.
Konsensus nasional menuntut supaya parti politik mengimbangi keperluan politiknya dengan keperluan nasional.
Ia bukan satu helah politik untuk mengekalkan kekuatan mana-mana pihak tetapi ia adalah untuk memastikan kepentingan nasional terpelihara dengan masing-masing mengekalkan ideologi masing-masing.
Isu perpaduan Melayu secara relatifnya kepada gambaran yang lebih besar ini nampaknya seperti slogan yang agak kuno dan lebih cenderung untuk helah politik semata-mata.
Perpaduan yang harus diajukan ialah perpaduan nasional dalam gambaran agenda nasional dan bukan agenda politik tertentu.
ISU KETAKSAMAAN PENDAPATAN
Isu ketaksamaan pendapatan atau “inequality income” tidak lagi berkisar kepada kaum tetapi ia berkisar kepada peratus pengagihan pendapatan yang kini terjulat antara peratus pendapatan tinggi dan peratus pendapatan rendah di mana 60% rakyat duduk di paras pendapatan rendah dan 40% daripadanya adalah paras kemiskinan.
Jurang besar pendapatan ini dikecilkan lagi dengan penduduk luar bandar dan penduduk bandar serta gender.
Implikasi isu ini menentukan gaya hidup dan keperluan hidup melibatkan isu keperluan perumahan, bebanan hutang dan inflasi yang disebabkan harga barang dan pendapatan yang tidak seimbang.
Ia bukan lagi soal Melayu ketinggalan tetapi keperluan untuk mengimbangi kesan ketaksamaan pendapatan dan keperluan membela peratus yang terperosok di bawah.
Faktor ini semakin mendesak kepada satu konsensus untuk menyelamatkan keadaan kerana isu inflasi, kesan sosial dan ketidakpuasan hati rakyat akan menjadikan negara ini terjerumus dalam krisis hilang kepercayaan kepada kerajaan.
KEMUNCULAN EKSTREMISME POLITIK
Keseimbangan perkembangan negara mestilah dengan kematangan anak bangsanya untuk melihat kepentingan yang lebih besar.
Pelbagai isu perkauman, agama dan politik berpotensi menjadi isu yang diambil kesempatan oleh pihak tertentu daripada kelompok ekstrem agama mahupun ekstrem kepuakan.
Rasisme dalam segala bentuknya perlu disekat dan tidak menjadi umpan pihak tertentu untuk menggunakannya apabila perlu untuk kepentingan puak atau kelompoknya.
Suasana ini mendesak kita kepada konsensus nasional yang meletakkan ekstremis politik dan agama jauh daripada menjadi faktor penentu keputusan-keputusan politik.
Ambil contoh isu kalimah “Allah”, betapa politik ekstrem dan rasis menguasai keadaan sehingga pihak kerajaan tidak berani menegaskan komitmennya kepada “Penyelesaian 10 Perkara” atau sepuluh perkara yang disepakati antara kerajaan dan penganut Kristian di negara dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ yang termeterai pada 2011.
Ini melambangkan kelemahan pihak kerajaan terhadap komitmennya sendiri dan membiarkan tembakan rasis yang tidak terkawal membunuh cita-cita perpaduan nasional yang dipupuk selama ini.
TAJUK YANG PERLU KONSENSUS
Tidak syak lagi, konsensus adalah satu keperluan negara bagi menjamin perjalanan negara ini diteruskan, namun biarlah perbincangan kepada konsensus ini terfokus kepada perkara besar dan penglibatannya tidak meninggalkan mana-mana pihak di belakang.
Fokus utama adalah persetujuan semua pihak kepada perjalanan demokrasi yang perlu dirungkai semula dalam konteks berpilihanraya dan demokrasi berparlimen.
Kedua adalah merungkai semula hak mendapat maklumat dari segi akta media yang perlu dibebaskan dari cengkaman penguasa dan kawalan yang ketat untuk melahirkan media bebas dan bertanggungjawab.
Ketiga adalah konsensus kepada medan ekonomi mengawal ketaksamaan dan inflasi melalui pendekatan progresif dan bukan regresif yang membebankan rakyat serta mengubah tatakelola kewangan yang lemah dan dipalit rasuah.
Keempat adalah menangani rasisme dan ekstremisme melalui kawalan ke atas entiti rasis dan ekstremis melalui rundingan dan meletakkan aktiviti mereka di bawah semangat perlembagaan persekutuan.
Hal ini juga melibatkan reformasi total kepolisian yang perlu dikembalikan tujuan utama mereka iaitu untuk memelihara keselamatan negara dan bukan memelihara parti politik tertentu atau pihak tertentu untuk terus kekal berkuasa.
HARAPAN KEPADA KONSENSUS
Langkah awal konsensus bermula dengan pengiktirafan semua pihak kepada masalah dan bersedia untuk mengenalpasti prioriti negara.
Langkah seterusnya ialah gencatan senjata fitnah media yang tidak banyak membantu melicinkan proses dan seterusnya ialah memahamkan orang ramai keperluan konsensus ini dijadikan agenda utama negara pada tahap ini.
Selain itu parti-parti politik harus bersedia untuk membawa dirinya dalam kerangka ini dengan mereka sendiri membuat reformasi dalaman tak kira dari segi strukturnya, budayanya mahupun cara ia menyampaikan hasratnya untuk menjadi kerajaan.
Konsensus akan menjadi satu mercu tanda bagi penunjuk aras bahawa negara ini bersedia menyelesaikan kerumitan yang ia sedia hadapi dan mampu mengakui segala kelemahan yang menyebabkan terbantut proses pembentukan seterusnya bahtera merdeka yang sama-sama kita tatang.
Buat masa ini harapan kita semua ialah kepada terlaksananya langkah awal dan mula tertumpu kepada empat fokus utama tajuk konsensus, sudahkah rakyat Malaysia bersedia untuk memasuki fasa baru ini? – 1 Februari, 2014.
* Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN).
MASA INILAH NAK KENAL SAHABAT....
Buruknya cara golongan ‘kopiah putih’ berpolitik dalam PAS.Yang baik semua golongan ini seolah-olah maksum pulak.....
Baru-baru ini iklim politik Malaysia “panas” dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.
Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan “kopiah putih” dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim. Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan.
Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.
Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan “kopiah putih” yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.
PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan “kopiah putih” dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan “kopiah putih” begitu panas hati dan terus mengecam PKR.
Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan “kopiah putih”.
Golongan “kopiah putih” yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan “kopiah putih” ini.
Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan menteri besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan geng “kopiah putih” yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara. Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan
. Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini. Lihat sahaja di Kelantan macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.
Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik. Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam.
Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa. Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan “kopiah putih” yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami. Label Syiah dan liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.
Selamat maju jaya kepada PR yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman daripada kem PR yang akan menjejaskan peluang mengekalkan kerusi DUN Kajang.
~ Hafiz Ahmad
TENGOK MENTERI YANG HALAU FAUZIAH BALIK KUANTAN KETIKA BANJIR....DIA MAKAN ANGIN DILUAR NEGARA
Sengaja aku petik dari blog orang kampung.supaya berita ini dihebahkan untuk bukan sahaja di Sabah malahan memberi kesedaran kerana mamat ni yang jadi yb di kebinatangan melalak dalam dewan kemain malah mengutuk YB Fauziah Salleh kerana kononnya tidak membantu rakyat Kuantan.Kita lihat aksi mewah beliau di luar negara....amacam....
Gambar Bung Mokhtar Dan Isteri ..Bercuti dan Bermewah di Hollywood dan Los Angeles ..US
Inilah sikap Pemimpin BN Yang Suka Bermewah Mewah..Biar Hampa makan Kangkung...Kami Makan Asparagus n..Brokoli..Banyak duit sunggoh hampa..pi sampai Las Vegas ni...
Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari
Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari
KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.
“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”
“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.
Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.
“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”
“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.
“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!
“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.
Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.
“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.
“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.
Perhatian di kawasan luar bandar
Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.
“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.
“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi.
Najib dan menteri akhirnya tunduk, setuju rekonsiliasi nasional diterajui Anwar
Najib dan menteri akhirnya tunduk, setuju rekonsiliasi nasional diterajui Anwar
Syukur Alhamdulillah akhirnya asakan demi asakan membuahkan hasil dan diharap idea baru dari PR akan membuahkan hasil polisi negara yg lebih baik bersih cekap dan adil berbanding sekarang penuh kerahsiaan dan memualkan. Tambah rekod buruk menterinya samada dari segi diplomasi dan siasah serta strategi politik yg lintang pukang lagi kampungan lagaknya yg sering menjadi mangsa parodi gags dan troll di media sosial.
Ana Ghoib keep your enemy closer…namun kerosakan sudah dilakukan dan ada yg perlu dihukum juga.
Tahniah Najib atas keberanian spt dilaporkan oleh The Malaysian Insider di bawah:
Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini.
“Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.
Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara.
“Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain,” kata Najib.
Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini.
“Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini,” katanya.
Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.
“Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian.”
Selain itu, Najib juga berharap cadangan tersebut akan membawa hasil yang positif kepada generasi masa depan negara.
“Kita mesti bekerja ke arah Model Perpaduan Sosial bagi memastikan perpaduan kekal sebagai objektif bersama bagi generasi masa depan negara,” katanya.
Bagaimanapun, Najib menegaskan rekonsiliasi nasional tersebut bukanlah sebuah pembentukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan dalam mencapai kesepakatan dalam perkara tertentu.
“Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan apa-apa kerajaan perpaduan.
“Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis,” katanya.
Langkah pertama ke arah komitmen rekonsiliasi tersebut akan bermula dengan penubuhan jawatankuasa bi-partisan di Parlimen, kata Najib.
“Kami terbuka untuk berbincang dengan semua parti dan boleh gunakan Parlimen termasuk penubuhan jawatankuasa bi-partisan untuk berbincang mengenai isu melibatkan perpaduan nasional,” katanya.
Najib juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyokong rekonsiliasi nasional tersebut.
“Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang lebih kohesif.
“Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam pelayaran ini,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini Najib akan memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.
Difahamkan presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
Ahad lalu, Anwar sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional dan Najib memberikan reaksi positif apabila berkata perkara tersebut akan dibawa berbincang ke Kabinet.
Selepas pilihan raya umum ke-13 di mana BN mendapat keputusan paling buruk dalam sejarah, pentadbiran Najib dilihat bergelut menangani hubungan antara kaum dan agama dalam negara dan diburukkan lagi dengan kenaikan harga barang.
Umno JANGAN KALUT SOAL PKR.....SELESAI DULU SOAL CALON.
Tu la Umno, lain kali jangan dok kalut rumahtangga orang... Selesai dulu calon....
Akar umbi mahu calon Umno di Kajang Abdul Rahim Sabri | 12:58PM Jan 30
Akar umbi mahu calon Umno di Kajang Abdul Rahim Sabri | 12:58PM Jan 30
dikemaskini 1.57pm Umno Hulu Langat berkata, permintaan itu dibuat ekoran kegagalan MCA mendapat sokongan kaum Cina dalam pilihan raya umum sejak lima tahun lalu.
DAH TENTU LA BOLEH....
YA LA JADI PERDANA MENTERI TAK PELINGKIUP PERWAJA....ADA ANAK BERANAK DIA KAYA RAYA.YA LA KENA BERHENTI PASAI DAH NAK LINGKUP NEGARA....TU KENA HALAU..KELUAQ MASUK UMNO....PKFZ LINGKUP 12 BILLION.....
Tuntut keadilan buat jururawat seluruh Malaysia
- Jan 29, 2014
- http://pakat-pakatkalih.blogspot.com
Terlalu banyak ketidakadilan yang telah
dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Jururawat2 seluruh
Malaysia. Ada yang telah pun mengadu pada saya melalui suami mereka.
Tak kisah lah anda jururawat dari sektor swasta atau pon gomen.. Mesti ada masalah yang sama..
Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil.
Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:
Tak kisah lah anda jururawat dari sektor swasta atau pon gomen.. Mesti ada masalah yang sama..
Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil.
Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:
1. Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat2 ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja.
2. Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah jururawat semua perempuan. (laki sikit saja)
3. Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam.
4. Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini?
5. Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.
6. Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji, mereka perlu di jaga kebajikannya. Sudah lah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Bila berkeluarga...tak lama lepas tu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada nurse untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak.
Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum kita tahu.. Harap jururawat berani kehadapan luahkan masalah mereka.

Saya kat sini nak tekankan isu Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.
Kita bermula dengan focus isu ini dulu kemudian kita mula fokus kepada masalah lain satu persatu.. Jika terlalu banyak nanti kita hilang fokus untuk mendesak KKM..
Jururawat perlu berpakat dan kuat untuk lawan dan mendapat hak anda..
Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit lah masalah jururawat ini ..
Lama dah mereka tak selesa dengan pakaian macam nie sebab banyak saja mata liar mencuci mata..
Subscribe to:
Posts (Atom)






