SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR

SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 27 March 2013 00:25



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET
 


TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.

Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.

"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.

Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.

Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.


Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.
 
 

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?


manifesto pakatan rakyat
Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.
Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?
manifesto pakatan rakyat
Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.
manifesto pakatan rakyat
Mungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.
Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, mereka berani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?
Jikalau mahu jadi pemimpin politik buat sekadar tahu buat kerja tetapi seorang pemimpin politik perlu berdepan samada dengan rakyat mahupun pihak lawan. Contohnya jikalau di Malaysia, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat.
Sakit kepala kami meneliti satu-persatu ranking kekebebasan media 2012 dikalangan negara-negara yang tersenarai :
  1. Melihatkan senarai teras bagi negara yang begitu bebas melalui media mereka, Malaysia tidak tersenarai
  2. Melihatkan senarai di pertengahan ranking bagi negara yang mengamalkan kebebasan media yang agak seimbang, Malaysia juga tidak tersenarai
  3. Akhirnya melihatkan di kedudukan di bawah, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang tidak bebas dalam kebebasan media bersama-sama dengan senarai di bawah ini…
manifesto pakatan rakyat RTM
Sumber : Ranking Global & Regional Press Freedom 2012
Terbaru, Menteri Penerangan (Datuk Seri Rais Yatim) membuka peluang kepada Pakatan Rakyat utnuk membentangkan manifesto mereka (SEPERTI DI SINI). Walaubagaimanapun, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh pimpinan Pakatan Rakyat atas 3 sebab di bawah ini :
  • Masa yang diberikan terlalu pendek & tidak munasabah. Pakatan Rakyat mahukan ruang & hak untuk menjawab dan memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia di TV bukan semasa Pilihanraya Umum ke 13 semata tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV
  • Pembentangan manifesto Pakatan Rakyat mesti dibuat secara siaran langsung bukannya rakaman seperti yang diberikan sekarang ini
  • Pakatan Rakyat merasakan ini bukan cara untuk memberikan justifikasi bahawa kerajaan sudah menyediakan akses yang sama kepada Pakatan Rakyat
Apa pandangan anda pula dengan dasar kerajaan yang terbaru dengan membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk keluar di RTM kali ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

Blog Papagomo : Blogger Lucah? Terima Saman RM10 Juta (Husam Musa) & Saman RM100 Juta (Anwar ibrahim)

Blog Papagomo : Blogger Lucah? Terima Saman RM10 Juta (Husam Musa) & Saman RM100 Juta (Anwar ibrahim)

by Staff Berita Semasa on March 26, 2013
papagomo
Blogger lucah siapa lagi kalau bukan blogger Papagomo. Antara blogger yang berada di barisan paling hadapan menyebarkan video seks dengan China Doll dan juga video terbaru melibatkan lelaki gay yang didakwa pelakunya adalah Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Blogger lucah, blog Papagomo sedang sarat menerima juga kes saman masing-masing daripada Husam Musa (saman RM10 juta) & Anwar Ibrahim (saman RM100 juta). Ada lagi yang kami tertinggal?
papagomo husam musa
Gambar dari blog Papagomo
Malangnya apabila dipanggil hadir ke mahkamah baru-baru melibatkan saman Husam Musam terhadap blogger Papagomo (memanipulasikan gambar di atas sehingga memberikan gambaran Husam Musa sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina), wajah empunya badan masih muncul di mahkamah.
  • Defendan atau nama sebenar : Wan Muhammad Azri Wan Deris
  • Alamat : di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
  • Antara tulisan Blogger Papagomo VS Husam Musa : “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”
Ini antara apa yang berlaku di kandang mahkamah dalam perbicaraan baru-baru melibatkan kes saman Husam Musa VS blogger Papagomo :
  • Hakim bicara tegur peguam Papagomo : Pastikn anak guam kamu hadir semasa perbicaraan!
  • Husam beri keterangan dedahkan identiti Papagomo @ Wan Azri bersumberkan blog UMNO dan juga isteri Papagomo Bellina Omar Sharifuddin Chin!
  • Sekalipun peguam Papagomo bantah keterangan Husam yang quote Bellina, isteri Papagomo sebagai hearsay, hakim benar Husam teruskan!
blog papagomo
Sumber : Utusan Malaysia
Sedangkan Saiful Bukhari yang kelihatan “lemah-longlai” itu masih tetap berani & tiada masalah menampilkan dirinya ketika berlangsungnya kes perbicaraan kes liwat sebelum ini. Inikan pula blogger Papagomo yang kami lihat seorang individu yang kelihatan lebih gagah, dan nampak berani ditambah dengan misai melentingnya. Tetapi kemaskini blog, boleh pula seperti biasa?
Yang peliknya untuk kes seperti ini, SKMM seperti kelihatan hilang “taringnya” untuk mengesan pemilik blogger Papagomo. Sangat-sangat berbeza langkah dan  tindakan SKMM untuk kes kali ini. Laporan polis telah banyak kali telah dibuat terhadap blogger Papagomo ini, tetapi hasil dan tindakannya? Seperti macam dibakulsampahkan…

Blogger Papagomo Polis Trafik & Makan Rasuah?

Hakikatnya, mahkamah terpaksa digunakan untuk mengenalpasti identiti Papagomo. Pelik…..Mana SKMM, mana pihak polis? Blogger Papagomo ini bukan sebarangan punya blogger. Ini kerana blogger Papagomo mendapat jemputan untuk naik kapal selam Scorpene. Hebat bukan? Bukan sebarangan boleh naik tanpa “security clearance”.
Papagomo
Sumber : Sinar Harian
Nasihat kami kepada blogger Papagomo, berpeganglah dengan ungkapan “berani kerana benar”. Atas nama undang-undang dunia, datanglah dan pertahankanlah segala dakwaan yang telah anda karang di blog anda dengan yakin sekali berserta fakta-fakta yang anda miliki. Buktikan anda di pihak yang benar. Baik dakwaan anda terhadap Husam Musa ataupun kepada Anwar Ibrahim (SEPERTI DI SINI).
Di mahkamah inilah, medan terbaik untuk anda  (blogger Papagomo) pertahankan pendirian & dakwaan anda demi agama, bangsa dan negara. Buktikan kepada pembaca blog anda dan rakyat Malaysia yang anda bukan sekadar berani di laman maya semata…..

Hisham menyokong politik ganas, kata Pakatan

Hisham menyokong politik ganas, kata Pakatan

Oleh Syed Jaymal Zahiid
March 26, 2013
 
PETALING JAYA, 26 Mac — Kata-kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjangkakan terdapat lebih banyak gangguan dalam ceramah pembangkang menunjukkan beliau menyokong politik ganas, dakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini. PR berkata, menteri dalam negeri tersebut telah gagal memberi jaminan untuk melindungi mereka, dan menjangka akan berlaku lebih banyak keganasan politik sebelum dan semasa Pilihan Raya 2013.

"Politik fitnah dan keganasan kini semakin meningkat dan pimpinan PR menyedari ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan parti di ibu pejabat PKR hari ini.
Anwar, pemimpin de facto PKR berkata, partinya kini bersiap sedia melancarkan kempen pilihan raya ke seluruh negara.

Bercakap pada sidang media yang sama, penasihat DAP Lim Kit Siang mengkritik kenyataan Hishamuddin (gambar) dan mengatakan naib presiden Umno itu tidak layak menjadi menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri.
"Ini bakal menjadi pilihan raya paling kotor. Perkara ini mesti dihentikan, atau kita akan jadi bahan ketawa di seluruh dunia," kata Lim. 
Ahli parlimen Ipoh Timur itu berkata Hishamuddin juga secara tidak langsung menyokong keganasan ke atas pembangkang dengan membiarkan kebencian penyokongnya dalam ucapannya Ahad lalu.
Pekerja parti menjerit "Bunuh Tian Chua" apabila naib presiden Umno itu menyeru untuk menyokong Barisan Nasional dan "hapuskan pengkhianat" seperti naib presiden PKR Chua Tian Chang, dikenali sebagai Tian Chua, yang dikaitkan kenyataannya mengenai pencerobohan puak bersenjata Sulu di Sabah.
Hishamuddin mengakui semalam keganasan politik semakin teruk, tetapi menuduh PR dengan mencetuskan kebencian ke atas kerajaan dan polis.

Beliau juga berkata lebih banyak insiden bakal berlaku semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya 2013, yang dijangka berlangsung dalam beberapa minggu lagi, berikutan kekurangan anggota polis.
Kenyataannya mencetus kritikan dari kumpulan menuntut reformasi pilihan raya, Bersih 2.0 yang menyeru menteri itu mengawal penyokong Umno dari mengugut atau akan disenaraihitamkan sebagai menyokong politik ganas.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu turut menyokong pandangan Lim bahawa Hishamuddin sebagai menteri harus tidak berat sebelah dalam menentang keganasan politik.
"Tetapi beliau berkata kita seharusnya menjangkakan lebih banyak keganasan," katanya lagi.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, bersama pemimpin BN menandatangani Akujanji Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia bulan lalu dalam usaha yang menurut mereka sebagai serius dalam berlaku adil dalam pilihan raya akan datang.

Tetapi Najib dan rakannya dikritik kerana berdiam diri dalam siri serangan ke atas pembangkang, yang didakwa dicetuskan penyokong BN atau penyokong kumpulan sayap kanan yang dikaitkan dengan Umno.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan batu dan paku di Johor September lalu.
Satu lagi insiden di Pahang bulan lalu, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah hampir diserang secara fizikal oleh penyokong Umno, walaupun penyokongnya berjaya menghalangnya, naib presiden PKR itu berterusan diserang dengan kata-kata berbaur kebencian.

Pada 12 Mac, beberapa yang disyaki penyokong Umno menyerang ganas ke atas pembangkang, termasuk mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas pimpinan parti menuduh diserang oleh penyokong BN di Melaka.


Mereka membaling batu, kayu dan kon trafik ke bangunan PKR, dan membakar bendera parti tersebut, dimana insiden tersebut di jaga oleh polis. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil.



Barisan Nasional dapat 10 kerusi parlimen percuma?

Barisan Nasional dapat 10 kerusi parlimen percuma?

Najib Razak sudah mengaturkan permainan politk jahat sebelum dewan rakyat /parlimen dibubarkan, Barisan nasional sudah dapat 10 kerusi parlimen di negeri Sabah dengan adanya insidin Lahad Datu.

10 kerusi parlimen tersebut dibawah kawalselia anggota keselamatan atas nama menjaga dan mengawal pencerubuhan yang direka sendiri oleh kerajaan jahat barisan nasional dan UMNO.

Mengikut sumber berita Najib Razak akan menyembah perkenankan kebawah Yang di pertuan Agong mengenai 10 kawasan parlimen mengikut undang undang keselamtan negara.

kita tidak tahu apa bentuk atau rancangan Najib Rzak mengenai 10 kawasan parlimen dikawasan yang dikatakan "keselamatan". Kami anggap satu permainan politik yang kotor dan menyekat asas asa demokrasi perlembanggan.

Sebelum bubar BN dapat 10 kerusi parlimen, Sebab tu Najib Razak lambat nak bubar dewan walaupun sudah tamat berkuasa. BN dah dapat 10 kerusi parlimen di Sabah , memang jahat kerja UMNO/BN.


(untuk mendapat nama kawasan 10 kawasan/kerusi parlimen di Sabah sila rujuk akhbar jahat umno)





Ramalan Keputusan Pilihanraya Ke 13 : 9 Negeri Bakal Tumbang! Benarkah?

Ramalan Keputusan Pilihanraya Ke 13 : 9 Negeri Bakal Tumbang! Benarkah?


ramalan pilihanraya
Ramalan keputusan pilihanraya ke 13 : Biasalah, pihak Barisan Nasional akan mengatakan mereka bakal menang lagi beberapa buah negeri selain daripada negeri yang diperintah sekarang sekaligus mengukuhkan kuasa politik Barisan Nasional di Malaysia untuk 5 tahun akan datang di peringkat persekutuan.

Begitu juga Pakatan Rakyat yang diwakili kalangan oleh pemimpin PAS baru-baru ini tampil dengan ramalan keputusan Pilihanraya Ke 13 yang berdasarkan pemerhatian mereka. Apa kata mereka pula?

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang sehingga inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen (DI SINI). 9 negeri?

Ramalan Keputusan Pilihanraya Ke 13 : Senarai Negeri?

  1. Kelantan
  2. Penang
  3. Selangor
  4. Kedah
  5. Perak
  6. Negeri Sembilan
  7. Terengganu
  8. Johor
  9. Sabah
ramalan pilihanrayaManakala bekas pemimpin Barisan Nasional (Tun Daim Zainuddin) yang pernah membuat ramalan keputusan Pilihanraya Ke 12 (2008) hampir tepat apabila dahulu mengatakan beberapa negeri ketika itu akan tumbang ke tangan Barisan Nasional, akhirnya menjadi realiti di mana Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang Malaysia. Kali ini…
Kali ini Tun Daim sekali mengeluarkan ramalan keputusan Pilihanraya ke 13 (2013) apabila merasakan :
  1. wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”
  2. tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak
  3. pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas
  4. PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah
  5. BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak
  6. Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
    BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor
  7. Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor
  8. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda
  9. Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
Melihatkan senarai 9 negeri yang tersenarai antara negeri yang bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat berdasarkan ramalam keputusan Pilihanraya ke 13 mereka? Di manakah kebenaran berdasarkan situasi sebenar yang berlaku di negeri-negeri tersebut dan “mood” politik dikalangan pengundi di negeri-negeri berkenaan?

Iklan Pilihanraya Umum ke 13 (2013) : RM36.1 Juta (Jabatan Perdana Menteri) & RM4.6 Juta (BN)

Iklan Pilihanraya Umum ke 13 (2013) : RM36.1 Juta (Jabatan Perdana Menteri) & RM4.6 Juta (BN)


iklan pilihanraya
Sekarang ini bibit-bibit ke arah bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah snagat-snagat terasa.
Di mana sahaja iklan Pilihanraya Umum ke 13 baik di saluran TV Media Prima ataupun di Astro, yang memaparkan selang 15 minit di TV ada sahaja iklan seperti Janji diTepati, produk-produk 1Malaysia, pelbagai program 1Malaysia dan juga sedutan jasa dan bakti pemimpin parti Barisan Nasional sepanjang 5 tahun memerintah Malaysia sehinggalah sekarang ini. Rahsianya? 
Kalau sebelum ini, mungkin agak kecil bilangan iklan yang ke udara seperti yang Berita Semasa sebutkan seperti diatas tadi. Sekarang? Iklan kempen Pilihanraya Umum ke 13 sedang rancak diputarkan sekarang ini.
Rahsianya adalah apabila Maybank Investment Bank Research melaporkan baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah pembelanja terbesar untuk iklan pada bulan Februari 2013 ini :

Laporan Kedudukan Pengiklan Pada Bulan Februari 2013?

  1. Jabatan Perdana Menteri (PMO) – RM36.1
  2. Unilever Malaysia – RM13 juta
  3. Parti Barisan nasional – RM4.9 juta
iklan pilihanraya umum
Maybank Investment Bank Research sendiri menjangkakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan parti Barisan Nasi0nal akan meningkatkan lagi perbelanjaan iklan untuk 2 bulan terakhir ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya UMum ke 13 kelak supaya dapat mendekati sebarapa ramai kalangan pengundi.
iklan pilihanraya
Sumber : Laporan Maybank Investment Bank Research
Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak lagi iklan kempen Pilihanraya Umum ke 13 daripada pihak kerajaan dan pemimpin parti politik Barisan Nasional semaksimum yang mungkin di kaca televisyen dan corong-corong radio serta tidak lupa juga portal-portal berita seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, The Star dan juga The New Straits Times bagi mendekati anda, anda di sini iaitu kalangan antara kalangan pengundi yang banyak berlegar di Internet sekarang ini…

Apa kata anda pula?


Jika Parlimen tidak bubar awal minggu ini — Edy Noor Reduan

Jika Parlimen tidak bubar awal minggu ini — Edy Noor Reduan

March 26, 2013
26 MAC — Teka-teki pembubaran Parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negri Sembilan dan seterusnya DUN Pahang pada 7 April.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik DUN yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar.

Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas.

Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan DUN lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April.


Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar. Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak “gentleman”.

Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran Parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik DUN. Ia juga bermaksud, pembubaran Parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.

* Edy Noor Reduan adalah Pengarah Propaganda, Solidariti Anak Muda Malaysia.


Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

23 MAC — Sekali lagi kita digemparkan dengan video pendedahan mengenai aktiviti seks seorang ahli politik.

Heboh seluruh negara dengan video tersebut.
Media arus perdana memainkan isu ini sepanjang siang dan malam.
Mungkin mereka (baca: media) terlupa anak-anak kecil yang sedang membesar turut menonton warta berita di televisyen.

Penat lelah golongan ibubapa apabila diminta menjelaskan mengenai “liwat”, “sodomi” dan “China Doll”.
Kerajaan kelihatan “seronok benar” kerana mungkin akan mendapatkan keuntungan politik daripada pendedahan mengenai aktiviti seks ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat.
Cuba fikirkan, apa kena mengena aktiviti seks seseorang dengan kehidupan masyarakat?
Jika benar sekalipun, mengapa pekung seseorang itu mahu dihebahkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik?

Bukankah aktiviti seks itu hak peribadi dan tiada kena mengena dengan permasalahan orang ramai?
Rakyat Malaysia perlu jelas mengenai perkara ini.

Masalah moral biarlah diuruskan oleh individu itu sendiri dan bukan tugas negara untuk menguruskannya.
Sudah sampai masa Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menjadi lebih matang.
Pisahkan urusan peribadi dengan permasalahan orang ramai.


DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah

DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah


KUALA LUMPUR,  MAC: DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.

Penemuan itu adalah pembongkaran terbaru setelah pendedahan mengejutkan wujudnya 60,000 pengundi, pemegang kad pengenalan ‘bermasalah’ oleh Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak yang didedahkan dalam RCI Sabah.

Menurut Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, kehadiran senarai panjang pengundi meragukan itu memburukkan lagi keadaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan satu siasatan bersama bagi memastikan pemegang Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang mendapat taraf warganegara dan layak mengundi melalui proses yang betul.

“Kalau mereka didapati mendapat taraf warganegara melalui proses yang meragukan, kita desak SPR keluarkan mereka daripada senarai daftar pemilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming, kebanyakan pengundi “Merah” dan “Hijau” yang mendapat taraf warganegara dan layak mendaftar sebagai pemilih ditempatkan di kerusi yang mempunyai ramai pemegang kad pengenalan “bermasalah”.

“Antara kawasan yang mempunyai peratus teramai pemegang kad pengenalan “bermasalah” ialah di Parlimen Silam (P188) sebanyak 12.1 peratus, Parlimen Tawau (P191) 17.7 peratus dan Parlimen Kalabakan (P191) mencatatkan 22.8 peratus,” jelasnya. – Roketkini.com

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular


1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi. Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan bersamaan 27 Mac 2013, YAB PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan,
kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak, YAB PM akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !



Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM




Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat

Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat


JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.

Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.


8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.

“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.

Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.

Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
(FZL)


Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kpg Melayu Majidee

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kpg Melayu Majidee

JOHOR 23 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu di sini melalui rangkaian internet.
jm

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di Taman Cemara, Kampong Sari, Simpang Renggam dan Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Turut berucap, Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein, Saifuddin Nasution, Datuk Seri Chua Jui Meng, Sallehuddin Ayub, , Tian Chua, Dr Boo Cheng Hau, Mazlan Aliman, Tan Poh Lai, Rosli Kemin dan Andrew Cheng Kah Eng.

Untuk tonton, KLIK INI.


KES SAMAN 100 JUTA-PAPAGOMO BAKAL DIDEDAHKAN ISTERI?

 

 DIPETIK DARI KEDAH LANI

 

KES SAMAN RM100J, KALI INI PAPAGOMO AKAN DIKANTOIKAN OLEH SEORANG WANITA...

Bekas isteri Papagomo meminta mendedahkan salah laku PAPAGOMO, sudikah bekas isteri Papagomo menjadi saksi bahawa Wan Azri adalah Papagomo? Sama-sama kita nantikan episod ini.

blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.
Dalam dia mohon maaf, dia permainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita benar-benar berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tindakan saman terhadap blogger keparat; Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo ini mengaku bahawa Mahathir Mohamad adalah idolanya dan dia juga mengakui dia mengikut perangai buruk Mahathir Muhamad.

Di bawah adalah sebahagian daripada apa yang ditulis oleh blogger keparat Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Papa Gomo
Untuk makluman Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini saya telah pun terpancut kerana sekian lama air saya tertunggak menantikan saman dari Dato Sri. Tak disangka hari ini ianya keluar terpancut melimpah limpah dengan amaun RM 100 juta dari Anwar Ibrahim.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Anwar“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini."

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million."


Permohonan Maaf saya :

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucahkepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.


Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.
blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.
Klik di sini untuk lihat paparan besar
Dipara akhir dalam post berkaitan, Papa Gomo dengan angkuh menulis:

Buat Anwar Ibrahim, saya mengikut jejak langkah Tun Mahathir idola saya:

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual.


SAMBUNG LAGI  BAWAH........PENDEDAHAN SIAPA PAPAGOMO...OLEH BEKAS ISTERI BELIAU.......

Untuk kes saman kali ini, jika Wan Azri masih tidak mahu mengaku beliau adalah PAPAGOMO kita ada seorang lagi saksi iaitu bekas isteri beliau.. jeng jeng jeng! Saman 100 JUTA terhadap PAPAGOMO boleh klik SINI

PAPA GOMO adalah Admin Blogger Umno, terkenal dengan peropaganda dan dakyah Fitnah tahap tertinggi dalam ranking Blogger -Blogger Umno,beliau juga tidak di senangi oleh penyokong-penyokong Umno sendiri yang mementingkan etika/integriti dalam penyebaram maklumat.

Antara yang tidak menyenanginya ialah Tun Faisal Ismail iaitu Ketua Unit Media Baru Umno (UMB)

Beliau juga gagal dalam rumahtangganya,antara sebab utama kegagalan beliau adalah kerana terlalu taksub dengan Politik Umno,hinggakan mengabaikan anak dan Isteri beliau.Papa Gomo juga seorang yang Ganas sepertimana Tulisan-tulisan beliau di Blognya

Admin walau berada di pihak yang bertentangan dengan beliau berasa amat simpati kepada Beliau/Anak dan Bekas Isterinya.."Sabarlah Puan ini semua dugaan Allah kepada hambanya" itulah yang mampu Admin luahkan kepada mereka yang terlibat dengan "dugaan"

Mungkin juga pada pendapat admin,pembalasan ALLAH kepada sikap dan tindakkan beliau yang menzalimi/memfitnah orang lain dengan cara yang terlalu rakus,tanpa mempedulikan Dosa dan pahala/halal dan haramjadah,

Krisis rumahtangganya,mungkin bukan lagi rumahtanga(Telah Bercerai) telah menjadi buah mulut activis alam maya antaranya
Perebutan anak diantara beliau dan bekas isterinya..

(link video dibawah):
"salam mohon abg k buat artikel kisah papagomo yg bercerai sbb sibuk berpolitik mengabaikan anak dan isteri" ujar bekas isterinya

Anda boleh membaca luahan hati bekas 
Isterinya di :http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=702302&extra&page=2 

Juga boleh melawati Blog Bekas Isterinya untuk maklumat lanjut: http://bellina-chin.blogspot.com/2009/03/my-new-born-baby-girl-wan-cassandra.html 



Juga video Beliau yang ganas dan kejam terhadap seorang wanita yang serba lemah dalam merampas anak yang dibawah jagaan bekas Isterinya,Highligtkan masa 0:04 beliau memakai baju jersi Malaysia 


http://bit.ly/ZRBsvA (tonton video di link ini)



8 ‘PENGGANAS SULU’ ADALAH RAKYAT MALAYSIA?





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR : Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'Syaitan' Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai 'lelaki gugur' itu dari sumber di Sabah.
“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.

Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, Pengerusi Jabatan Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat Filipina.

Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.

Bagaimanapun, SLA memuat naik di laman sesawang meraka pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.

Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari sebelum itu.

Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.

Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum mati.

Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan kumpulan Agbimuddin.

Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada 12 April.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan diberikan bantuan guaman.

Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. (TMI)

Last Updated on Saturday, 23
Nuffnang Ads

VIDEO PENGAKUAN RAKYAT MALAYSIA SELUDUP ABGIMUDDIN ?




Seorang lelaki rakyat Malaysia yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang di negara ini. 

Bukti begitu mudahnya aktiviti penyeludupan masuk dan keluar penganas walaupun "KONONNYA" di kepung rapi. Antara punca mudahnya mereka keluar masuk adalah atas arahan BN menukar penguat kuasa Polis Maritim di TRANSFORMASIKAN menjadi APMM baca laporan berkaitan tu di SINI.

 Soalnya, kenapa begitu mudah pengganas masuk dan kemudiannya berjaya keluar dengan selamat, sedangkan kerajaan mengatakan berjaya mengawal dengan ketat pihak terbabit. Jika ini keadaannya, ternyata selepas ini lebih banyak anasir subversif pasti akan datang ke negara kita untuk melakukan onar setersunya. Kini, apakah rakyat boleh yakin dengan keselamatan mereka jika insiden sebegini pun masil gagal ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan. Mana pergi kecanggihan kapal selam yang menjadi kontroversi itu?. Ternyata negara kini berada dalam keadaan yang cukup berbahaya apabila begitu muda diblosi oleh pihak luar. Tiba masanya rakyat fikirkannya dan

Q&A IMPLIKASI PENCEROBOHAN SULU





MAMAT NI KENA PUKUL?


Berita mamat ni kena pukul belum tentu benar. Ianya mungkin sengaja di ada -adakan . Tapinya macam si Ummi Hafilda dahulu, macam itu juga.Jadi kalau nak kenali mamat ni sesiapa yang tahu kereta apa,rumahnya dimana..untuk nak pastikan betul ke tuidak dia kena pukul.

Lahad Datu bukan main 'police sentry'... (LM)

'Penceroboh patut dianggap lancar perang sejak awal'

Kelmarin, rakyat dihidangkan dengan satu lagi episod baru dibintangi oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, anak kelahiran Sabah, yang dilaporkan mengepalai pendakwaan seramai 8 orang daripada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, kerana kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong.

Pengkhianat terlicik negara Malaysia (LM)

Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian

Dunia tahu dan mengagumi betapa konon hebatnya sang penipu dan pembohong kaki kelentong anak Kutty dari Kerala, iaitu mantan Menteri Perdana Malaysia selama lebih dua dekad.

Kehebatan dan kelicikkannya memperdaya umum terutama segelintir umat Melayu dengan 'kepetahan' dan 'temberang'nya secara profesional amat mempersona bagi yang tidak mahu selidik dan fikir. 

Tak manis terima rasuah mahal-mahal... (LM)


Rosmah: Tak manis tolak hadiah mahal

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.

Bacaan seterusnya:   Tak manis terima rasuah mahal-mahal...

Umno sedang mengalami ‘brain death’ — Aspan Alias

Umno sedang mengalami ‘brain death’ — Aspan Alias

March 19, 2013
19 MAC — Setengah pendapat sekarang ini Parlimen sepatutnya telah terbubar jika di kira dari tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Legislatif negeri-negeri pada 8hb Mac 2008 dahulu. Setengah pendapat lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan sendirinya jika di kira dari tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama selepas pilihanraya tahun itu..

Kalau di kira dari sudut mana pun Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik beliau kerana beliau selama ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang “legitimate” kerana mandat yang beliau arak ke hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam Najib meminta rakyat memberikan beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat itu. Katanya jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika BN kalah dalam pilihanraya ini segala perancangan beliau untuk mentransformasi kerajaan dan negara akan terganggu dan punah. Jika itulah yang dipinta Najib, kita boleh membuat persepsi yang “conclusive” yang beliau akan kempunan untuk mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.
Rayuan beliau itu memberikan bayangan jelas yang beliau selama ini tidak memanggil pilihanraya lebih awal ialah kerana takut kepada kekalahan. Najib tersalah langkah dari awal lagi. Oleh kerana beliau menangguhkan pilihanraya itu sampai ke penghujung penggal maka isu terhadap kerajaan dan terhadap beliau sendiri bertambah-tambah dan bercambah-cambah sehinggkan beliau sudah tidak ada apa lagi alasan untuk menyakinkan rakyat yang beliau dan Umno itu masih relevan.

Penangguhan pilihanraya ini telah menyebabkan beliau tertekan dari rakyat yang mahukan perubahan dan yang lebih menyakitkan beliau lagi ialah tekanan terhadap beliau oleh pimpinan dan ahli-ahli Umno sendiri. Adalah wajar bagi Najib untuk memandang ke dalam dari memandang jauh keluar dan menganyang parti-parti pembangkang di setiap ucapan beliau setiap hari. Najib sebenarnya mempunyai banyak masalah di dalam partinya sendiri.

Najib ibarat panglima perang yang besar dalam mana kumpulan dan kabilah beliau adalah kabilah yang terlalu berpecah dan mempunyai masalah dalamannya sendiri. Beliau adalah panglima perang yang tidak mendapat dukungan dari kumpulannya sendiri. Bukan kurang jumlah dari bala tenteranya yang mahukan beliau terkorban dan banyak bukti-bukti yang ramai di antara tentera beliau yang beliau pimpin akan mengacukan senjata terhadap beliau dari belakang apabila sampai waktunya.

Masalah besar Umno akan bermula pada hari pengumuman calon dan selepas masing-masing calon mendapat surat watikah untuk bertanding mewakili Umno itu. Sabotaj mensabotaj calon parti sendiri akan menjadi lebih hebat sekali dan saya melihatnya sebagai satu fenomena besar dalam Umno semasa pilihanraya nanti.

Seruan Najib meminta beliau di berikan mandat besar itu merupakan satu mimpi di siang hari kerana penangguhan pilihanraya kali ini adalah penyebab kenapa rakyat sudah kehilangan keyakinan yang lebih teruk lagi. Penangguhan itu memberi makna Umno takut menghadapi pilihanraya dan ketakutan itu membuatkan rakyat ramai tidak berkeyakinan lagi terhadap parti itu. Rakyat tidak akan memberikan mandat kepada kepimpinan dan parti yang takut menghadapi pilihanraya. Apabila sesebuah parti tidak mempunyai “self confidence” ia bermakna parti itu tidak akan berani membuat keputusan dengan baik dalam isu penting yang lain.

Perasaan takut yang menghantui Umno inilah yang menyebabkan kepimpinan parti itu terpaksa bermuka-muka apabila menghadapi rakyat yang berbilang kaum. Pimpinan Umno tidak berani bercakap dengan tegas terhadap banyak isu. Itulah sebabnya kita melihat dan mendengar pimpinan Umno terpaksa menggunakan isu perkauman yang menebal akhir-akhir ini.

Nampaknya kali ini Umno hanya menumpukan harapan mereka kepada orang Melayu sahaja yang juga sedang lari kepada PAS. DAP sudah sememangnya mendapat sokongan kaum Cina dan akhir-akhir ini saya mendapat banyak respons dari orang Melayu untuk memberikan dukungan kepada DAP dan itu adalah juga satu fenomena yang jelas.

Pendeknya apa yang di hadapi oleh Umno itu sekarang ini  amat serius dan yang tinggal hanyalah sokongan dari penggiat tegar Umno yang tidak tahu apa-apa. Mereka sekarang sedang membina budaya samseng dan mengganggu banyak program parti-parti Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Terbinanya budaya samseng yang bertindak kasar dan tidak bertamadun itu tidak dapat menafikan hakikat Umno semakin hari semakin hilang identitinya sebagai sebuah parti pemerintah. Inilah budaya mana-mana parti pemerintah yang akan kalah dan budaya buruk ini sememangnya satu “attribute” bagi pemerintahan yang berada di penghujung kuasa.

Apa yang di rayu oleh Najib semalam adalah manifestasi kepimpinan Umno yang sebenarnya. Mereka dalam ketakutan yang keterlaluan. Apabila sudah lemah dan menghadapi krisis keyakinan dikalangan ahli-ahli parti sendiri, maka ia adalah tanda-tanda jelas yang usia Umno sebagai parti pemerintah itu sudah semakin hampir.
Seperti seorang yang nazak di hospital, Umno sedang menghadapi “brain death” dan pembubaran Parlimen itu ibarat mencabut mesin tali hayat dari pesakit yang tidak dapat di selamatkan lagi.

Najib sedang berhadapan dengan pembangkang yang kuat di hadapannya. Di belakangnya pula beliau berhadapan dengan ahli-ahli Umno beliau sendiri yang menunggu masa untuk mengenepikan beliau.
Najib dalam keadaan serba-salah yang amat susah untuk beliau selesaikan. Hanya rakyat dengan keizinan Tuhan sahaja mampu menyelesaikannya. — aspanaliasnet.blogspot.com


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.