Media Malaysia tak bebas? Hanya keluarkan berita puji-pujian kerajaan je?

 

Media Malaysia tak bebas? Hanya keluarkan berita puji-pujian kerajaan je?

Mahathir ni bukan apa. Dia teringat apa yang dia buat masa jadi PM dulu. Masa tu memanglah dia kawal segala jenis media. Siapa siarkan berita yang tak memihak kepadanya, memang kena la.

Tapi sekarang, aku rasa rakyat boleh lihat sendiri. Banyak media yang terlajak bebas sampaikan fitnah pembangkang pun dapat siaran yang besar di muka hadapan akhbar dan portal mereka.

Media seperti Sinar Harian dan Awani, dua media arus perdana yang ada masa kelihatan seperti lidah rasmi PN, lebih banyak siarkan berita pembangkang berbanding kerajaan. Tak bebas lagi?

Bahkan fitnah yang Mahathir lontarkan ini pun dapat siaran Utusan Malaysia. Kalaulah media dikawal, takkanlah Utusan berani nak siar berita begini. Kan? Macam masa Mahathir jadi PM dulu. Sampai orang gelar Utusan Malaysia jadi Utusan Meloya

Yang aku pelik, Mahathir kata nak lawan rasuah. Tapi dia serang DS Anwar yang sedang memerangi rasuah. Sedangkan orang yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah, dia berkepit.

Tak dengar lagi Mahathir kutuk Mahiaddin. Yang ada berita dia nak masuk PN. Kalau Mahathir betul benci rasuah, takkanlah berita Mahiaddin curi duit rakyat sampai beratus juta tak beri kesan padanya?

Kan dah jelas, Mahathir cuma nak kuasa. Bukan nak lawan rasuah sangat. Dan dia juga nak jatuhkan DS Anwar sebab DS Anwar melawan rasuah. Agaknya dia takut ada rahsianya yang bakal terbongkar.

Rakyat Malaysia dadah cerdik. Maklumat berada di hujung jari je sekarang ni. Mahathir kena sedar tu. Tolonglah nasihatkan dia. Ajarlah dia IT sikit-sikit. Biar dia tahu tak mudah nak tipu rakyat sekarang.

Kenyataan begini hanya akan memburukkan lagi reputasinya. Kalau dia bersara, dia akan mati dengan dikenang sebagai negarawan. Tapi sebab gila kuasa, dia lebih dikenang sebagai pengkhianat. Guane boh?

TAK RASA MALU KE CINA DAP PENANG SANA KA?

 

IBRAHIM MAT ISA





Tinggalkan tuduh menuduh. Buat sendiri dan usaha sehingga berjaya. Lepas itu baru orang kenal kau sebagai terbaik.

Ini tidak, asyik lempar batu sembunyi tangan orang lain semua salah dia yang betul. Malulah dekat Cina DAP di Penang.

Kalau tidak, sampai ke sudah orang akan cakap lebai hanya pandai cakap, buat kerja tak reti. Tengok Haji Hadi tu macam mana. Pandai cakap, dibagi jawatan menteri duta apa dia buat selain makan gaji buta.

Aku cabar walaun lama dah suruh senaraikan apa jasa Hj Hadi kepada negara yang terbesar selain mengumpulkan walaun yang jahil supaya ditanam doktrin benci membenci. Satu ekor walaun pun tak berjaya!

BIARLAH SEJARAH YANG BERCERITA. KISAH SI MAHAZALIM


Apabila dia kalah dalam Pilihanraya Umum tahun 1969 di Parlimen Kota Setar, Kedah, maka doktor muda itu berubah menjadi “ultra-Melayu”. Beliau menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Beliau menyerang Tunku selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

2. Lima puluh tiga tahun kemudian, apabila dia kalah di Parlimen Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022 sehingga hilang deposit, pemimpin yang telah lanjut berusia itu dengan pencapaian dua kali jadi Perdana Menteri Malaysia, kini menyerang pula Perdana Menteri ke-sepuluh Anwar Ibrahim.

3. Pada tahun 2019, apabila sudah sampai masanya sebagai Perdana Menteri Ketujuh untuk menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan oleh gabungan Pakatan Harapan, maka tokoh tersebut berdalih-dalih. Tetapi dalam masa yang sama dia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai pertubuhan dan NGO ke dalam suatu pertemuan yang diberi nama Perhimpunan Melayu Bermaruah.

4. Kesan dari perhimpunan itu maka berlakulah episod Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas itu.

5. Sekarang tokoh yang telah lanjut berusia ini terus mengasak, mengasak dan menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.

6. Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan.Kali ini tokoh tersebut terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.

7. Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan.

8. Nasihat saya kepadanya: Usahlah bermain api; nanti terbakar negara sendiri. Cukup-cukuplah.

9. Bagi saya, tidak ada salahnya untuk tokoh berusia ini berbincang dengan penyokong-penyokongnya berkenaan isu nasib orang Melayu sekarang dan akan datang. Berikan kepadanya dewan untuk perhimpunan itu boleh diadakan bagi mereka berbincang secara aman dan selesa.

10. Tetapi saya ingin bertanya kepadanya.Dia telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.

11. Sekali lagi pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan.Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?

12. Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu. Sedang peluang telah diberi dengan luas sehingga lebih dua dekad kepadanya sebagai Perdana Menteri.

13. Anwar Ibrahim baru empat bulan jadi Perdana Menteri. Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.

14. Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada

15. Kedudukan Bahasa Melayu terjamin. Kedudukan Islam terjamin. Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin.

16. Anwar Ibrahim menegaskan perkara ini berkali-kali sama ada di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Telinga ini mendengar. Diri ini menjadi saksi komitmen Anwar Ibrahim menjaga kepentingan Melayu. Bezanya, sebagai seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama, Anwar tetap tegas menjaga kepentingan dan hak-hak kaum-kaum lain dan agama lain seperti yang dijamin oleh undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.

17. Jadi apa salah Anwar Ibrahim sehingga dia hendak ditumbangkan secara tidak sah sekarang, di luar proses pilihanraya? Ini bukan demokrasi. Ini suatu tyranny gerombolan politik songsang.

18. Maka, adalah sangat wajar nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang secara tidak bertanggungjawab cuba membakar sentimen kaum dan agama sehingga menimbulkan ketegangan dan ancaman terhadap ketenteraman awam serta keselamatan negara.

19. Demi keselamatan Malaysia, saya menyokong ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

20. Hanya satu, saya berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melakukan kesalahan yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri ke-4 Mahathir Mohamad pada tahun 1988 apabila berhadapan dengan gugatan dan cabaran terhadap kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.

21. Mahathir telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1988 itu dengan menahan tanpa bicara lebih 100 orang pemimpin parti politik, pertubuhan NGO dan aktivis masyarakat. Satu titik hitam dalam sejarah demokrasi Malaysia.

22. Saya berharap dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau dapat mencari segala ikhtiar alternatif untuk mententeramkan suhu sentimen kaum dan agama yang panas sekarang ini.

23. Elakkanlah Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekarang ini dari menggunakan akta-akta draconian seperti Akta SOSMA untuk menangani tantangan dan cabaran dari pihak lawan.

24. Sebagai alternatif, gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah, berdiplomasi, berunding dan berlibat urus dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan sivil serta NGO yang kini menentang secara terbuka terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Gunakan kaedah perundingan bukannya perang.

Sekian

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

19 Mac 2023 (Ahad)

 

MAAF- KAMU SEBENARNYA PEMALAS- DAH BANYAK BANTUAN DAPAT ATAU DUIT ANAK KAMU..... KAMU SEBAT BELI ROKOK

 

Zaman masa sekolah rendah puluh tahun dulu, kasut sekolah setahun sepasang ja. Kalau nak masuk tahun seterusnya, selagi mana kasut tu masih elok...tetap guna. Sama juga baju, dari putih baju tu sampai jadi kuning. Malu dgn kawan, jiran, kawan tu biasa. Rumah tempat tinggal waktu itu, sebesar saiz kandang lembu.

Hari ini terbaca posting mak2 muda menulis, katanya bila hantar anak ke sekolah pakai kasut & baju yg sama, rasa malu dgn org lain. Kemudian kata, "kasi gulingkan je kerajaan bekas banduan ni" sebab susahkan dia.

Inilah perangai bangsa Melayu yg memalukan kaum ku sendiri.

Kerajaan Malaysia yg hang kata di pimpin oleh bekas banduan tu, dah beri duit tunai RM150 kepada setiap murid seluruh Malaysia awal tahun ini tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa anak yg bersekolah.

Duit yg dh beri tu hampa dok buat apa ? Tak cukup belanja RM150, tambah la dgn duit sendiri. Setidaknya kerajaan sedikit sebanyak serap kesusahan yg rakyat alami utk anak2 bersekolah.

Takkanlah sampai seluar dalam anak2 hampa pun kerajaan nak tanggung ? Banyak lemak !!!

Mmg kerajaan Malaysia yg hampa kata di pimpin "bekas banduan" tu akan buat pendidikan percuma. Hujung tahun lepas baru ja habis PRU15, naik jadi Perdana Menteri...langkah pertama masuk dewan rakyat umumkan bantuan RM150 kpd setiap anak yg nak masuk sekolah.

Pabenda mak bapak mcm ni, kerajaan beri RM150 buat anak masuk sekolah pun tak reti bersyukur.

Kadang2 geram dgn perangai mak bapak muda2 masa kini. Dia ingat, dia soqang ja yg susah. Tu luar sana, masih ada keluarga & anak kecik kita yg daif berteduh di pondok toreh getah...hanya mampu hantar anak pergi sekolah dgn tak seberapa ada.

Tak faham mak bapak muda2 yg tak reti susah sikit nih. GM dulu nak gi sekolah jalan kaki ikut denai pokok getah jauh 5km jaraknya. Basikal pun takda, sampai tepi pagar baru sarung kasut. Basah hujan balik sekolah, sampai rumah gantung baju harapkan panas sumbu pelita nak kering baju.

Mmglah tak banyak RM150 tu, tapi membantu juga ringankan masalah buat anak2 kita. Ini kangkang ja, tunggu duit jatuh sumbat ke mulut.

Maaf, jika ada yg pedih hati baca di sini. Atau mungkin terasa mcm di hina.


 GINO MARVELA




ANAK MUDA HADIR BERTEMU PM


 

TEAM ZAHID HAMIDI MENANG BESAR BERBANDING HISHAMUDDIN DAN ISMAIL SABRI YANG DILIHAT CONDONG PADA PN.


 

INI LAH MADANI - BERSAMA PARA ALIM ULAMA YANG MENGANJURKAN ILMU


 

ANAK MUDA BERTEMU PRESIDEN PAS DAN PM 10- - HADI KETAWA SOALAN WALAUN..SEMENTARA PM10 MENERIMA PANDANGAN ANAK MUDA.





DALAM HATI DIA TENTU BERKATA KATA..BODO BENAR WALAUN AKU NIH....TERBAHAK BAHAK DIA KETAWA...KAH..KAH...BEZA ANTARA 2 TARAF PEMIKIRAN




 

RELAX LA-JANGAN NYANYUK-BILA PULAK NEGARA MELAYU- NEGARA MAJMUK...LAIN LAIN BANGSA TERMASUK MAMAK ADA JUGA SIKIT SIKIT..

 

 

JANGAN KEMETOT SANGAT CITA CITA KAMU- KAMU JAGA KENA BETUL BETUL NAIKKAN SEMANGAT DAN KEMBALIKAN SEMULA PENYOKONG


 

MMMMMM..SORANG NAMPAK JAWAB LEBIH RASIONAL. SORANG LAGI MACAM BIASA...JENIS WALAUN..CAKP DULU FIKIR KEMUDIAN.


 

NOHHHH AIIIIHHHHH- KELUAQ MAHKAMAH...


 

TERKEJUT TIBA TIBA PM DUDUK SEBELAH


 

MENGAPA MEMILIH UNTUK BERSAMA PARTI YANG LAIN


 

MENGGILA MAIN MELAYU ISLAM TERANCAM NI PAS-BERSATU





Yang aku nampak, yang menggila mainkan isu Melayu dan Islam terancam ni cuma penganut PAS dan PN sahaja. Rakyat terbanyak sudah semakin tak hiraukan.

Kalau kerajaan terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat termiskin, dan usaha memberi penjelasan terus dibuat, insyaAllah kejahatan ini akan dapat kita atasi.

Apa yang penting, kita sendiri sebagai penyokong kerajaan, jangan mudah termakan mainan sentimen mereka. Jika ada berita yang tersebar, selidik dulu. Jangan lupa, mereka pakar spin. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

ANWAR YAKIN KERAJAAN PERPADUAN KEKAL 5 TAHUN

 

Setelah apa yang berlaku penggal lepas, rakyat mahu pentadbiran baharu lebih

 tegas dan agresif menangani usaha tumbangkan kerajaan di tengah jalan.

 Kebinasaannya bukan sedikit. Hingga kini kita masih merasai kesannya….




MEREKA PAS- BUAT SEMUA BOLEH

 


JANGAN MAKI BALIK- TAPI LAWAN DENGAN HUJAH


 

MELAYU-ISLAM TERANCAM?


1. Apabila menerima tawaran untuk menjadi Ketua Pengarah J-KOM, hasrat saya cuma satu: saya mahu membantu PM membangunkan negara ini.

2. Saya gembira apabila PM mengumumkan wawasannya Malaysia Madani. Malaysia Madani mengangkat kemampanan, kesejahteraan, masyarakat yang inovatif, saling menghormati, keyakinan, dan keihsanan. Saya yakin wawasan PM ini akan mampu membina peradaban bangsa kita yang hebat.

3. Namun, sebulan setengah di sini, saya sedih dengan isu yang dimainkan pihak oposisi.

4. Saya memandang serius naratif Melayu-Islam terancam ini. Apa yang terancam pun saya sendiri kabur. Apakah betul-betul terancam atau sengaja ditimbulkan oleh pihak oposisi untuk menunjukkan PM lemah dan kerajaan ini lemah?

5. Saya ingat di bawah kerajaan dahulu, PH dilemahkan dengan isu Adib, gereja, Jawi, ICERD, Statut Rom, kitab Injil dan lainnya. Kini, isu yang sama muncul lagi. Muncul kembali isu gereja, kerajaan zalim, Kristianisasi, LGBT, mentega terbang, dan parti oposisi dimandulkan.

6. Saya sedih. Gerak kerja pelaksanaan gagasan Malaysia Madani terganggu kerana isu-isu ini.

7. J-KOM banyak duit? Bajet 2023, J-KOM diperuntukkan RM18.692 juta sahaja untuk urusan emolumen, pengurusan, dan program.

8. Banyakkah jumlah ini berbanding dengan peruntukan untuk JASA dan J-KOM sebelum ini? J-KOM ditadbir mengikut semua prosedur kerajaan, baik itu dalam perbelanjaan, operasi dan perjawatannya.

9. Saya membodek PM? Untuk apa saya bodek? Saya tidak bodek sesiapa tetapi mempertahankan PM kerana saya faham hasrat PM untuk membawa reformasi kepada negara yang bertuah ini.

10. Ini yang saya mahu, tetapi bagaimana PM boleh tumpukan kepada tugasnya jika setiap hari kita bermain dengan sentimen dan emosi perkauman.

11. Kelmarin, hati saya terubat apabila PM tegas menyatakan jangan ugut beliau dengan naratif yang boleh menghuru harakan negara. KPN juga bersuara kelmarin. Dan hari ini pengerusi SKMM memberikan amaran tegas akan mengambil tindakan kepada posting-posting yang menggugat keharmonian negara.

12. Saya boleh menerima perbezaan pendapat. Tetapi janganlah sampai ke tahap fitnah, memburukkan peribadi, dan mengancam ketenteraman negara. Janganlah sampai ke tahap hidup kita tidak harmoni. Islam tidak mengajar kita begitu.

13. Saya mohon agar berilah kerjasama kepada kerajaan untuk melaksanakan tugasnya. Berilah juga ruang kepada J-KOM untuk turun ke lapangan menyantuni rakyat dan menyebarkan wawasan baik tentang Malaysia Madani ini.

14. Ada dakwaan, biarlah sistem kehakiman mengadilinya. Kita negara undang-undang. Yakinlah kepada institusi negara kita kerana negara kita perlu ke depan untuk mensejahterakan rakyat.

15. Betulkah Melayu-Islam terancam? Saya tidak melihatnya begitu. Yang jelasnya, kitalah yang mengancamnya hanya kerana perbezaan politik.

DATO’ DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Ketua Pengarah J-KOM

 

Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 tahun ini – Anwar



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah  mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.

Anwar berkata perkara itu merupakan perubahan yang dilakukan Kerajaan Perpaduan berkaitan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. 

“Kita buat perubahan untuk golongan B40, walaupun tahun lalu semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini untuk B40 (kos haji) naik RM1,000. Tahun ini sepatutnya naik RM1,000, saya kira-kira rasanya untuk B40 tak perlu.

“Jadi kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung Kementerian Kewangan supaya orang (B40) boleh pergi (menunaikan ibadah) haji tanpa kenaikan (kos),” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini hari ini. 

Bagi golongan M40 pula, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan kos haji adalah sebanyak RM3,000 manakala golongan T20 perlu membayar kos haji sepenuhnya. 

“Jadi ini cara kita melihat yang tidak dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini kerana tahun sebelumnya masih naik (kos haji),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Tabung Haji menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000 kepada RM30,850 bagi seorang.

— BERNAMA

LAMA SUNGGUH JADI MAHACAI ATOK

 



Ini lagi sorang. Bila DS Anwar bersuara, cepat betul dia berkomentar. Kadir Jasin kata DS Anwar masih dalam lipatan masa dan beban lampau. Dia suruh DS Anwar move on.

Rasanya Kadir ni marah sebab DS Anwar ungkitkan kejahatan Mahathir. Paha Mahathir kena cubit, paha Kadir pulak yang terasa sakitnya ye?

Tapi apa salah DS Anwar ungkit? Sebab baru-baru ini Mahathir dah menyerang pentadbiran DS Anwar. Katanya pentadbiran DS Anwar ini tak utamakan Melayu.

Sedangkan selama 22 tahun dan 22 bulan Mahathir berkuasa, orang Melayu tetap ketinggalan. Jika ada pun, hanyalah segelintir yang berjaya. Itupun dari kalangan kroni Mahathir juga.

Tiba-tiba dah tak ada kuasa, baru nak cakap Melayu ketinggalan. Masa jadi PM dulu apa yang Mahathir tak kutuk Melayu? Pemalas la. Haprak la. Banyak lagilah kalau nak dihitung.

DS Anwar dah lama move on. Beliau dah maafkan Mahathir pada tahun 2018. Punyalah baik hati DS Anwar, siap sokong Mahathir jadi PM interim.

Tapi lepas dapat kuasa, apa yang Mahathir buat? Dan bila hilang kuasa, DS Anwar dijadikan sebagai sasaran. Sedangkan DS Anwar tak sentuh pun dia.

Kadir tak perlu nak sensitif sangat. Ucapan itu pun dibuat dalam kongres parti. DS Anwar berucap pun sebagai presiden parti. Bukan sebagai PM. Orang luar tak payah nak menyampuk.

Kadir juga sentuh tentang Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution yang berikan pengecualian kepada UMNO dalam soal pemilihan presiden dan timbalan presiden.

Apa yang Kadir sakit hati? Kata Kadir orang ramai boleh terima BN kerjasama dengan PH tak tidak dalam soal kedua jawatan itu tak dipertandingkan.

Siapa orang ramai tu? Kalau bukan ahli UMNO, tak payah nak sibuk. Ahli UMNO pun terima. Buktinya, kem Zahid menang besar dalam pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

Zaman dah berubah. Mungkin Kadir dulu cakapnya kedengaran hebat. Tapi sekarang, dah makin ramai rakyat yang celik politik. Ramai yang lebih hebat pemikiran mereka berbanding Kadir.

Jadi, adalah lebih baik kalau Kadir diam dan tumpu kepada kehidupan peribadi. Biar generasi sekarang uruskan politik semasa. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

FAHAMAN APA NI? BOLEH BUNUH IKUT SUKA HATI


 

KPN Beri Amaran Keras Hj Hadi Boleh Dipenjara


Dalam video ini doto' kamal memberikan penjelasan berkaitan dengan isu2 politik semasa. ketua polis negara akan ambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang membuat provokasi kaum. perdana menteri mengarahkan pasukan keselamatan bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan. presiden pas boleh dipenjarakan atas kenyataan beliau mahu tumbangkan kerajaan. dato' roy dikenakan reman 4 hari lagiberkaitan projek jana wibawa. parti ppbm membuat laporan polis terhadap ds anwar ibrahim. ds anwar serious untuk memerangi salah laku rasuah yang bole meruntuhkan negara.





BANYAK DUIT MAI MANA


 

GAMAKNYA

 

ANA TAHU


Sampai sekarang ana tak paham apa yang dimaksudkan dengan kezaliman ni.

 Adakah maksudnya sekarang sudah berubah seperti rasuah jadi sedekah?




MGNews: Melawak Saja..Nanti Wan Azizah Tanya Ini Temu Anwar Ke Temu Ame...

Rakaman video, audio suara Abdul Hadi antara dikemukakan



Rakaman video yang memaparkan seorang lelaki meminta seorang pengundi bersumpah mengundi Pas antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang di Mahkamah Pilihan Raya, di Kuala Terengganu pada Ahad. Selain itu, pihak pempetisyen, Jasmira Othman yang diwakili peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun turut mengemukakan rakaman audio suara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika menghadiri satu program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional (PN) di Ladang Alam Warisan Kampung Tengah Seri Menanti Negeri Sembilan pada21 Januari lalu. Rakaman berkenaan adalah jawapan yang diberikan Abdul Hadi ketika ditanya wartawan mengenai petisyen yang difailkan Badan Perhubungan Umno Terengganu untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umumke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu. Ketika ditanya sama ada beliau mengenali lelaki yang berada di dalam video berkenaan, Nordin Abd Jalil, Abdul Hadi yang juga saksi ketiga pembicaraan bagi pihak responden memaklumkan mengenali Nordin secara umum kerana beliau adalah seorang ahli biasa PAS dan tinggal di dalam kawasan Parlimen Marang. Beliau memaklumkan hanya mengetahui Nordin adalah ahli jawatankuasa (AJK) Pas kawasan Marang selepas ditunjukkan minit mesyuarat agung bagi kawasan berkenaan.


KENANGAN BUAT PEJA- HARI INI HANNAH YEOH DAN TMJ DAH LETAK ASAS BAIKI PADANG STADIUM


 

LAUNGAN REFORMASI ANAK MUDA DALAM SESI TEMU ANWAR- ANDA MEMBERI KEKUATAN UNTUK PERUBAHAN MALAYSIA YANG LEBIH BAIK TANPA RASUAH


 

SPRM PUNYA BUKTI KUKUH DAN SAKSI KEJADIAN


 

NAK JADI AKTIVIS OK- JANGAN JADI MACAI DAN WALAUN- BUKA MINDA -PERMAINKAN ISU KAUM DAN AGAMA- SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN KERAS.


 

KWSP- SAYA DITUDUH HINA ORANG MISKIN- AMBIK DUIT SYED MOKHTAR MASUK AKAUN OK- AMBIK DUIT SYED MOKTAR BAGI KEPADA PETANI HINA MELAYU


 

ANAK MUDA BERTEMU ANWAR


 

HADI AWANG HADIR KE MAHKAMAH DALAM KEADAAN UZUR


 

3 ORANG INI TAK BERANI BERHADAPAN DENGAN PM SETIAP SELASA-BELUM PERNAH DALAM SEJARAH PARLIMEN- 30 MINIT AHLI PERLIMEN BOLEH TANYA PM APA SAHAJA SOALAN.


 

🔴 AWANI Live 24/7 🔴

Dialog Anak Muda : Temu Anwar

PROPAGANDA PN TERHADAP ZAHID HAMIDI DAN TEAMNYA




Kemenangan kumpulan pro-Zahid ini adalah satu indikasi bahawa dakwaan akar umbi UMNO tolak kerjasama dalam kerajaan perpaduan adalah satu propaganda palsu PN.

Ini juga menunjukkan yang akar umbi UMNO tidak mahu parti mereka bekerjasama dengan PAS dan PN. Ahli UMNO sedar bahawa Bersatu dan PAS akan lebih memudaratkan mereka.

Melihat keputusan pemilihan UMNO ini, ada rasa ada peluang untuk menjatuhkan pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRN akan datang ini nanti.

Jika pengundi UMNO kembali mengundi parti itu, dengan undi penyokong PH dan ditambah protes dari rakyat yang lama menderita, kedudukan PAS sudah tidak selamat.

Bak kata orang tua-tua, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kejarkan Selangor dan Negeri Sembilan, rupanya hilang Kelantan, Terengganu dan Kedah. Guane boh?

Raja Gelap

 

(LIVE) Anwar Ibrahim: Sesi Dialog Anak Muda Temu Anwar 2023- SILA REFRESH JAM 3.30 PETANG

JOM BINCANG TEBUK ATAP

 

W/FAUDZIN


Bila dipanggil ke mahkamah,terkemut-kemut berpapah-

papah  silebaimarang.Kalau dipanggil utk bincang kerja tebuk

 atap,macam pelesit datang




PUASA MENJELANG- DAH BOLEH SOLAT TARAWEH BERJEMAAH- ISLAM DAH TAK TERANCAM




Nak puasa dah kita tak berapa hari lagi. InsyaAllah tahun ini kita boleh berpuasa dan penuhi puasa kita dengan ibadah tanpa rasa takut dan bimbang lagi seperti zaman PN memerintah di mana Mahiaddin jadi PM dahulu.

Nak solat terawih berjemaah, silakan. Nak berbuka bersama, silakan. Nak balik kampung pun silakan. Dulu masa Mahiaddin PM, solat terawih berjemaah pun sampai kena tutup lampu takut kena saman. Jadi kerja polis mengendap di surau dan masjid.

Macam gambar bawah ni ha... Orang solat sunat Aidiladha pun kena tangkap dan kena lokap. Begini baru boleh kata Islam terancam. Tapi sekarang ni Alhamdulillah. Islam tak lagi terancam di bawah pentadbiran DS Anwar. Guane boh?

Raja Gelap

 

Dialog Perdana Menteri bersama anak muda



Petang ini bakal berlangsung sebuah program Dialog Anak Muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar dimana program ini diadakan bersama dengan program forum dan eksposisi pemerkasaan anak muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula semalam.



Habislah Muhyidin Yasin. Datuk Roy Orang Kanannya DiTangkap SPRM.

PANAS!! DISOKONG ORANG BUKAN ISLAM, PH DIDAKWA JADI KAFIR?

KEPIMPINAN DAN SOKONGAN TERHADAP ANWAR MEMANG HEBAT


 

FAHAMAN TAKFIRI


 

SAYA DI KECAM SEBAGAI RAJA FORMULLA


 

DIN COPONG KATA PADA TUAN BRAHIM


 

JANGANLAH TERLALU FANATIK DENGAN BENDERA DI MASJID


 

JOM KITA DENGAR KISAH VIDEO KABUR