Netizen kecam cadangan Zahid isytihar darurat di Melaka, kenapa tak buat Mageran masa Umno gulingkan Muhyiddin?

 



 

Sebenarnya aku tak berminat komen pasal krisis politik di Melaka..Tapi kejap tadi lihat video kenyataan presiden UMNO, Zahid hamidi di Awani begitu dangkal cadangkan Dharurat di Melaka kononnya merujuk Politik di Sarawak..

Inilah UMNO..Depa bukan bodoh..Saja saja buat Bodoh untuk mempertahankan kuasa.. Di Sarawak tidak timbul soal Kerajaan dijatuhkan, Ia menyentuh penangguhan Pilihanraya yang wajib dilaksanakan menurut perlembagaan.. Jadi Sarawak tidak ada jalan Keluar.. Jadi bagi mengelak PRN dilaksanakan, Maka Proklamasi Darurat dilaksanakan..

Ini masalah nya..Kadang ada sembang hebat, Suruh patuh Perlembagaan di sebuah negara di Uganda.. kena atas batang hidung sendiri ..tiba tiba kata..Kalau cuba gugat Kerajaan &^567.. Maka akan dibubarkan Dun..Kalau yg jadi pemimpin tu UMNO.. Maka acah acah tak mahu membelakangkan Perlembagaan..

Apapun..Dalam tempoh 3 Tahun ni dah banyak Duluan..Hatta Melaka sendiri yg mohon Bubar dulu zaman Adly Zahari ditolak TYT.. Johor, Kedah dan Kedah beralih tanpa PRU, Perak sampai 2 Kali bertukar MB.. Hanya Sabah yg dibubarkan ..Apakah Melaka mahu mengikuti langkah Sabah ketika kes Memuncak ?

Itulah..Kadang Tafsiran Politik dan Perlembagaan sendiri mengikut neraca dan Kecenderungan Politik..ada ketika mengikut sentimen Kaum dan Agama.. ðŸ™‚

Ipohmali



PANDORA DAN BUMIPUTERA


*Posting panjang di hadapan.*
1. Minggu ni kita dikejutkan dengan cerita Pandora Papers. Terkezut kita dengan pendedahan, RM1.8 trillion harta “orang kita” disimpan di luar negara. Akaun segala macam, dari bank di Singapura sampailah ke Cayman Island. Just to give a perspective, hutang Malaysia dah RM1 trillion. Harta orang kita di bank luar, lebih banyak dari hutang negara.
2. Ramai yang dah start being defensive. Terutamanya yang dinamakan dalam tu. PM6 pun dah start berbunyi. Katanya dia ditipu Penasihat. Dia langsung tak tahu menahu. Standard line dia tu. Kita pun dah naik muak. Perdana Menteri tapi dikelilingnya Punahsihat. Mana tak negara meranap.
3. Ada juga dinamakan dalam tu, pemimpin Kerajaan dan Pembangkang. Masing-masing bersilat nak bersihkan nama, taknak dikaitkan. Dari Zahid Hamidi, Tengku Zhafrul, Tun Daim. Politician PKR pun ada, namanya William Leong. It is an open secret, politician guna akaun luar negara nak simpan dana politik. That’s a tale for another day.
4. Ramai yang kurang paham, pendedahan tu bukan menyatakan mereka buat salah. Legally, ia dibenarkan. Simpan dana di luar negara tu tak salah. Unless, kita dapat buktikan ada pengubahan wang haram. But at the rate we are going, spy kita yang simpan berjuta2 cash dalam kondo pun lepas. Inikan pula dana di negara orang. Sampai sudah la akan “suci’, walaupun ada antaranya yang “dicuci”.
5. Bendanya tunjukkan kita satu. Orang kita yang kebanyakannya Melayu tak kalah dalam berharta. Tenggokkan saja di media sosial. Banyaknya golongan Melayu yang tayang harta benda. Yang ada link politik punya bangga beli Ducatti paling mahal di dunia. Yang geng selebriti campak2 saja duit, hasil jual produk timbang kati. Yang lain menganga, tanya bila la kita nak jadi macam mereka? Jadi kita lihat, Melayu dan cinta kebendaan, berpisah tiada.
6. Dengan segala kemewahan yang ditunjukkan, orang yang sama akan luangkan “Ketuanan Melayu”. Hak Bumiputera diratib sekeliling negara. Melayu ini “tuan” kata mereka. Yang lain jangan banyak bunyi. Sampaikan baru ni, syarikat logistik pun disuruh bagi 51% syer pada Bumiputera, kalau tidak tak boleh beroperasi.
7. Yang heran, tak disuruh pula benda yang sama dibuat pada syarikat antarabangsa. Mereka bebas ada 100% milikan asing. Yang bukan bumi pula, diminta serahkan kerja kuat mereka membina syarikat kepada orang lain. Bukan nya sikit, sampai buat jadi majoriti.
8. Bayangkan lah tuan2 usahakan kebun punya lama, dah masak ranum semua buah dalamnya, disuruh orang lain ambil alih pula. Syer majoriti 51% diberi pada mereka. Adakah itu adil pada kita?
9. Kalau kita pikirkan, 51% syer siapa saja yang boleh beli? Di Malaysia ni, kalau nak jadi shareholder dan Pengarah syarikat, adakah Mohd, Abu dan Ali yang makan tepi jalan? Atau Rosmah, Fatimah dan Joyah yang tolong keluarga jual ikan? Nanti ada lah yang palatao cakap mereka bukan layak pun. Ye, itu masalahnya. Polisi dibuat bukan untungkan majoriti peribumi. Yang jadi kaya dan mendapat, kebanyakan yang ada link politik. Jadikan mereka jatuh dalam golongan elit.
10. Belum lagi cerita yang jadi Alibaba, duduk dalam syarikat macam Raja. Satu sen tak dikeluarkan. Keringat dan peluh membina syarikat dia tak contribute. Yang tahu nak mintak eluan hujung bulan. Nak pergi oversea jalan2.
11. Jangan salah paham pula, saya tak kata semua. Ada orang kita yang genuine dan berkaliber. Yang kerja kuat bina syarikat untuk bina negara. Yang bersaing atas merit dan kredibiliti.
12. Tapi dalam ekonomi kita ni punya toksik, orang politik dan kroni bermaharajalela. Pengerusi GLC pun mereka, Presiden Persatuan sukan pun mereka, kroni mereka pula merata-rata. Yang 51% ni pun mereka saja yang punya.
13. Di Malaysia, it is an open secret the who’s who yang menggerakkan ekonomi Bumiputera adalah kroni politician. Kebanyakannya bukan nya ada merit pun, cakap pun ke laut. Yang mereka pandai ialah makan atas angin. Janji dapat kemewahan yang mereka ingini.
14. Sepatutnya, dasar afirmatif kita bukan saja kena adil tapi kena saksama. Kata omputih “just and equitable”. Susah nak tulis, makanya orang lain dah lukis. Saya sertakan gambar di bawah. Di Malaysia susah nak pakai prinsip di gambar satu, sebab dinamik kaum dan upaya kita yang berbeza. Itu sebab saya tak setuju dengan ekualiti mutlak.
15. Gambar dua pula, yang dipakai sekarang, dok diberi kotak untuk berdiri. Tapi yang duduk atas kotak tu orang yang sama entah berapa generasi. Sampai ke sudah tak tinggi2. Syok duduk atas kotak, semua diberi.
16. Gambar ketiga patut jadi pedoman. Yang perlu kita buat ialah hilangkan “sekatan”, bagi semua dapat peluang sama rata. Sekatan ni macam akses kepada pendidikan dan latihan, akses kepada modal dan kapital atau daya ketahanan dalam perniagaan. Ini perlu diperkuatkan.
17. Namun, kalau masih lagi yang mendapat: takde merit dan akauntabiliti, tambah pula jenis rakus penuh korupsi, memang buat la lagu mana pun. Kouta Bumi ka, bagi cash ka, kita akan masih di takuk sama. Sampai kiamat la kita dok ulang konon kita ni “tuan”, tanpa ada pengisian.
18. Ibnu Khaldun kata, negara akan mula punah bila masyarakatnya suka kemewahan atau luxury. Melayu ni bukan tak pandai, Melayu ni bukan tak rajin. Masalah orang kita ialah “bertuankan harta, beraja di hati”. Yang kurang upaya dilindungi. Sebabnya mereka berduit dan ada “link”.
19. Saya harap masyarakat kita jangan lagi buta. Pandora box sudah dibuka. Laungan “Ketuanan Melayu” hanya untuk golongan tuan dan bangsawan. Bukan untuk kita, yang sama-sama cari makan.
20. Sesungguhnya, kita tak patut tentang usaha nak martabatkan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Lebih afdal bersekali dengan mana-mana kaum minoriti yang kurang upaya.
21. Dari perspektif ekonomi, kurangkan jurang pendapatan antara kaum itu sangat penting. Ia usaha yang noble. Tanya la pakar ekonomi mana. Melayu, Cina atau India. Semua akan beri jawapan sama.
22. Yang kita tentang ialah polisi yang memenangkan golongan elit semata-mata. Atau mana2 polisi yang tak adil pada rakan senegara. Paling teruk ialah yang galakkan korupsi dan salah guna kuasa.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki


RUPANYA CABUTAN KHAS ITU BUKAN 22 KALI



“Seolah-olah buat dosa dulu kemudian cuci dosa dengan kebajikan. Menteri Agama kena jawab, adakah ini satu ajaran baharu iaitu buat dosa kemudian cuci dosa dengan bantuan-bantuan kebajikan. “22 kali cabutan ini kepada setiap syarikat judi. Di Semenanjung ada tiga syarikat, SportToto, Damacai dan Magnum.

Politik Melaka | Rakyat diperbodoh, majoriti dinafikan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berpendapat tiada sebab UMNO untuk tidak serah kuasa pentadbiran negeri Melaka kepada Pakatan Harapan (PH) yang memiliki majoriti.

PETANDA UMNO TIDAK YAKIN DENGAN KEKUATAN SENDIRI

 


Umno belum putus kerjasama dalam PRN Melaka, kata Tok Mat




Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bercakap pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno Melaka, malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno belum lagi memutuskan sama ada mahu bekerjasama dengan mana-mana parti atau bertanding bersendirian pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Umno, berkata buat masa ini, apa yang lebih penting bagi parti itu ialah melakukan persiapan untuk berdepan sebarang kemungkinan pada pilihan raya berkenaan.

“Jangan kita harapkan bantuan luar untuk kita menang. Mesti bina kekuatan dalaman sendiri,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno Melaka di Alor Gajah malam tadi, lapor Bernama.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Ditanya mengenai kesediaan Perikatan Nasional (PN) Melaka untuk berunding dengan Umno bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Mohamad berkata ia terpulang kepada Umno Melaka.

“Itu terpulang kepada Umno Melaka dan (Umno) Melaka akan cadang kepada (Umno) Pusat sebab (Umno) Melaka tak boleh buat keputusan sendiri. Mesti dapat kelulusan, mesti dapat sanction (kebenaran) daripada (Umno) Pusat. Kalau (Umno) Pusat kata ‘okay’ maka bolehlah (untuk bekerjasama dengan PN Melaka),” katanya.

Menurutnya, jentera parti di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) telah diarah untuk mengadakan gerak kerja mulai hari ini bagi berdepan pilihan raya itu,.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata keahlian ADUN Sungai Udang Idris Haron dan ADUN Pantai Kundur Noor Azman Hassan terlucut dengan sendirinya selepas berada sepentas bersama pembangkang.

Katanya, perkara itu termaktub dalam pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

Manakala Ahmad pula berkata, surat pemakluman mengenai pengguguran keahlian akan diserahkan kepada Idris dan Noor Azman dalam masa terdekat.

Ab Rauf yang juga Speaker DUN Melaka mengumumkan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam bersetuju untuk membubar DUN Melaka pada 4 Okt.

Terkini! SPR umum PRN Melaka akan diadakan dalam tempoh 60 hari

 Terkini! SPR umum PRN Melaka akan diadakan dalam tempoh 60 hari


 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)  Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN negeri itu penggal ke-14, hari ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Justeru, kata beliau, berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka  berkehendakkan suatu pilihan raya negeri  (PRN) hendaklah diadakan dalam  tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu.

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi  membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengisytiharkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa semalam.

Beliau memaklumkan keputusan yang dibuat Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

TAKUT RUPANYA UMNO-TAK SEPATUTNYA MENAFIKAN KERAJAAN YANG TELAH TUMBANG.TUKAR KERAJAAN SECARA ELOK TAK PERLU BIMBANG TENTANG PANDEMIK

 

Isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik, gesa Pemuda Umno




Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan Proklamasi Darurat seperti di Sarawak turut dilaksanakan di Melaka sehingga 2 Feb 2022 bagi mengelakkan PRN diadakan ketika penularan Covid-19.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki b erharap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah akan memberi perkenan mengisytiharkan darurat di Melaka untuk mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan ketika pandemik.

Beliau berkata, darurat yang dimaksudkan itu bukan secara menyeluruh, sebaliknya ia menyerupai Proklamasi Darurat di Sarawak sehingga 2 Feb depan bagi mengelakkan PRN diadakan ketika penularan Covid-19.

“Ini bagi membolehkan usaha-usaha mengawal pandemik Covid-19 dapat difokuskan dan kebajikan rakyat yang terkesan teruk dapat ditangani terlebih dahulu,” katanya di Facebook.

Pada 31 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Feb depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan sepanjang tempoh itu.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Ab Rauf Yusoh hari ini mengumumkan Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam bersetuju membubarkan DUN Melaka, selepas empat ADUN mengumumkan mereka hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya mengesahkan mesyuarat akan pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka berhubung pembubaran terbabit.


[[LIVE]]5.10.2021 PRN Melaka. Apa Peluang PH?



[[LIVE]] PRN Melaka satu pengkhianatan. Apa peluang PH? Apa jadi peluang pengkhianat UMNO? Pandora paper siapa khianat rakyat




Pemuda ini dakwa Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti kerana tak puas hati dengan Azmin

 Panas! Pemuda ini dakwa Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti kerana tak puas hati dengan Azmin

 

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta dan kembali menyertai Umno.

Menurut Erwan keputusan itu dibuat kerana beliau percaya hanya Umno dapat memartabatkan dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, perlembagaan Malaysia serta Raja-raja Melayu seperti dinyatakan di dalam asas penubuhan Umno.

Melihat senario ini Pemuda AMANAH Terengganu, Hasbi Muda yakin ramai dalam kalangan pimpinan Bersatu tidak selesa dengan Azmin Ali yang dilihatkan bakal memimpin parti itu.

“Saya difahamkan ramai lagi akan kembali kepada Umno kerana selain Umno sudah kembali pegang jawatan PM.

“Anggaplah Azmin sebagai hadiah dari PH yang tidak seberapa,” kata beliau di Facebooknya.

Dalam pada itu, menurut laporan Umno Online, Erwan berkata, tindakanya itu diputuskan setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

“Ini adalah masa tepat untuk kembali ke pangkuan Umno setelah melihat parti ini berjaya menamatkan beberapa polemik politik yang telah menggugat kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi sewaktu pandemik Covid-19 membadai negara.

“Saya menyatakan sokongan penuh kepada Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“Saya berharap Perdana Menteri dapat menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya menurut portal berkenaan.

Turut bersama untuk menyertai Umno adalah kepimpinan tertinggi Bahagian Bersatu Putrajaya termasuk naib ketua bahagian, setiausaha bahagian, ahli jawatankuasa bahagian, kepimpinan Srikandi dan Armada serta lebih 120 orang ahli Bersatu Putrajaya.

Beliau dilaporkan telah menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, petang tadi.

Dr. Erwan turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mohd Sumali Reduan kerana menerima permohonan mereka sebagai ahli Umno Bahagian Putrajaya

Panas! Pemimpin Bersatu digesa minta maaf dengan Kisona depan-depan, jangan pakai surat je

 


Panas! Pemimpin Bersatu digesa minta maaf dengan Kisona depan-depan, jangan pakai surat je


 

“Lebih baik minta maaf dengan Kisona dan keluarganya depan-depan. Setakat pakai surat semua orang boleh buat!”

Itu penegasan bekas pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim yang ‘menyirap’ dengan status berbaur perkauman yang ditulis Borhanuddin Che Rahim dalam media sosial.

Borhanuddin dalam Facebooknya, Sabtu lalu mengeluarkan komen negatif selepas S. Kisona gagal memenangi acara perseorangan wanita, sekali gus menyumbang kekalahan 1-3 Malaysia kepada Jepun pada separuh akhir Piala Sudirman.

Kata Roslin, kritikan adalah perkara biasa buat atlet, namun apabila ia menyentuh tentang kaum itu sangat keterlaluan, apatah lagi sukan yang sepatutnya menjadi platform kepada pe­nyatuan kaum.

“Ramai yang kecewa tengok Kisona main lawan Jepun hari itu, tapi tak perlulah sampai menyentuh isu perkauman.

“Dia cakap dia tak ada niat? Come onlah, dia dah buat benda itu, kalau ulang balik baca takkan tak terasa. Benda yang kita buat memang ada niat.

“Takkan tiba-tiba main tulis, main tarah sajakan? Dah tentu ada niat sama ada nak kutuk, nak jatuhkan, nak buli orang itu ke?

“Saya memang sangat sensitif dengan perkara macam ini kerana saya ini orang sukan,” kata pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Semalam, Borhanuddin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung status yang ditulis sambil menegaskan, beliau tidak terlintas untuk merendah-rendahkan mana-mana individu atau kaum.

Dalam satu permohonan maaf bertulis yang ditandata­nganinya dan tular di media sosial, beliau turut menawar diri melepaskan jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

Status Borhanuddin me­nerima kecaman pelbagai pihak, termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

PN & UMNO bagitau Pembangkang:

 

LIYANA MARZUKI


PN & UMNO bagitau Pembangkang:

“Jangan berpolitik ketika Covid”
Makanya, ada yang sanggup sign MOU Bipartisan untuk bagi kestabilan.
Alih2 puak ni buat perangai setan—
1. PN jatuhkan PH di Kedah, Melaka, Johor dan Sabah.
2. UMNO jatuhkan Bersatu di Perak dengan bantuan DAP.
3. UMNO jatuhkan Bersatu di Putrajaya sampai tukar PM.
4. UMNO jatuhkan UMNO di Melaka sampai kena PRN.
Mereka kata ini semua untuk negara, agama dan bangsa. Diangkatnya keris, dijualnya serban…
Yang untungnya geng kayangan dapat habuan.
Yang teruknya kita di bawah,
Melayan kerenah mereka nak PRN…
Walhal kita pun susah nak cari makan.

HUKUM BARU PAS - MENUMBANGKAN KERAJAAN PN SATU DOSA, MENYOKONG KERAJAAN PH JUGA SATU DOSA - MOKHTAR SENIK

 

"Jika menumbangkan kerajaan Melayu Islam ini bukan sebuah dosa PAS boleh lakukannya. Kalau bukan kerana memberikan kuasa keppada DAP/PH itu suatu dosa, PAS boleh melakukannya." - Mokhtar Senik (https://www.malaysiakini.com/news/594086 )
Kenapas Pas berdiam diri dan tidak menjadi 'King Maker" apabila berdepan dengan kes judi yang ditambah di era kerajaan PN? Mengapa Pas tidak menarik sokongan kepada kerajaan PN apabila dikatakan kes Adib telah ditutup tanpa ada tangkapan pembunuh Adib? Mengapa Pas berdiiam diri apabila OktoberFest masih berjalan dengan promosi terbuka? Kenapa Pas tidak lagi bising soal pramugari tidak menutup aurat? Mengapa Pas senyap dalam isu RUU Akta 355 meskipun Pas adalah menteri agama, dan pernah jadi menteri undang2?
Jawapannya mudah. Ianya telah dijawab oleh Mokhtar anak Senik seperti kata2 beliau di atas. Berdosa jika Pas meruntuhkan kerajaan yang menambahkan judi tersebut. Berdosa jika Pas menjatuhkan kerajaan yang tutup kes Adib. Berdosa jika Pas tidak sokong kerajaan yang memerintah tanpa mandat rakyat. Berdosa jika Pas menolak kerajaan yang memberikan peruntukan jutaan ringgit kepada Dong Zong, sebaliknya madrasah Mokhtar Senik tertunggak bil letrik hingga terpaksa minta derma. Banyak lagi Pas akan berdosa jika jatuhkan kerajaan tebuk atap ini.
Mengapa berdosa sokong kerajaan PH? Sebab, kerajaan PH telah kurangkan judi dari 22 kali setahun kepada 8 kali saja. Lebih berdosa Pas jika sokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah membayar royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dirampas oleh kerajaan Umno/Bn. Amat berdosa buat Pas menyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah menghapuskan kuota kepada menteri2 untuk menunaikan ibadah haji. Tentulah berdosa kepada Pas jika menyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH bercadang untuk memberikan status tetap kepada guru2 KAFA. Paling berdosa buat Pas menyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah menghapuskan cukai GST dan menyiasat skandal 1MDB. Pas turut berdosa jika meyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah membersihkan pengurusan Tabung Haji sehingga mendapat kepujian dari Ketua Audit Negara. Teramatlah berdosa Pas jika sokong kerajaan PH kerana berjaya mengawal harga barang, lebih2 lagi kerajaan PH berjaya kawal wabak Covid19 sehingga tiada kes baru dan tiada kes kematian.
Maka, amat bijak kenyataan Mokhtar anak Senik di dalam memberikan 'fatwa'. Walaun, sila bertakbir!!
WFAUZDIN NS

Nama dalam Pandora Papers ...


May be an image of money and text that says "THE COVERAGE NEWS Pandora Papers Leaked: Malaysia Ranked 5th In The World For RM 1.8 Trillion Illicit Outflow- Najib, Muhyiddin & Daim Among 1,500 Who Own Offshore Companies Account By admin Postedon October 4, 2021"


MUKHLIS EDY


 Nama dalam Pandora Papers ...

1. Daim
2. Zafrul
3. Zahid
4. Raja Nong Chik
5. Mirzan
6. Musa Aman
7. Nazifuddin
8. Fakri Yassin
9. Ahmad Zachry Anifah
10. Taib Mahmud
11. Lim Kok Thay
12. G. Gnanalingam
13. JhoLow
14. Willian Leong
15. Najib
16. Muhyiddin
Kami rakyat Malaysia amat berbangga dgn pencapaian kalian hehehe

KHIANAT KERAJAAN ..JANGAN PULA SALAHKAN PH

May be an image of 1 person and text that says "Berita Harakahda.b teguh Kerajaan Ustaz Melaka Kamarudin Kamarudin 4, 2021 October f" 


Yang khianat mandat rakyat di Melaka dulu tu Umno. Yang jadi kerajaan tanpa mandat rakyat di Melaka tu pun Umno. Yang khianat kerajaan Umno Melaka tu pun Umno, Bersatu dan Bebas. Yang cadang untuk bubar Dun Melaka agar diadakan pilihanraya di tengah Covid tu Presiden Umno. Yang nasihat YDP Melaka untuk bubar Dun Melaka tu pun Umno.

Akhirnya nanti PH yang akan dipersalahkan. Rakyat Melaka tidak bodoh untuk tahu siapa yang bertanggungjawab menyusahkan mereka.

W.FAUDZIN

PLAYS VICTIM..??


Rosmah Mansor nak berlakon yang dia jadi mangsa dalam kes Solar Hibrid di Sarawak tu... hahaha... Kononnya dia diperdaya dan dianiaya oleh Rizal Mansor... hahahaha... ini memang lawak...
Bagi sesiapa rakyat Malaysia yang kenal Rosmah Mansor... mesti tau siapa Rosmah Mansor... mana ada orang yang boleh arahkan atau tunjuk-tunjukkan dia... suami dia, Najib Razak sendiri pun ditunjal-tunjalnya kepala dalam majlis suruh ikut arahan dia...
Boleh plak dia plays victim kali ni.... konon jadi mangsa... diperdaya... dianiaya dalam kes rasuah melibatkan projek Solar Hibrid di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion... hahaha... kes Jepak Holding yang terkait ngan Rayyan Radzwill Abdullah...
Hahahaha... lawak siot...