Panelis PAS menyamar sebagai ‘pasu bunga’ buat netizen terhibur hati

 [VIDEO] Panelis PAS menyamar sebagai ‘pasu bunga’ buat netizen terhibur hati

[VIDEO] Panelis PAS menyamar sebagai ‘pasu bunga’ buat netizen terhibur hati

Terhibur hati melihat panelis PAS menyamar sebagai Pasu Bunga.

Bagaimana untuk rapatkan jurang gaji di negara ini? Ini cadangan yang dipersetujui ketiga-tiga ahli panel.

Video Player
00:00
01:19

 

Bagaimana untuk rapatkan jurang gaji di negara ini? Ini cadangan yang dipersetujui ketiga-tiga ahli panel.

Video Player
00:09
01:19

 

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang

 


Bernama
Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata penularan maklumat terlibat telah dibuat secara meluas selain menimbulkan keraguan dan kegusaran masyarakat berikutan dakwaan salah laku tersebut. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang.
Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam semalam, di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah selepas terkait dengan penyebaran artikel bertajuk ‘Kumpulan Kartel Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman’ yang tular di media sosial.
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata suspek menerusi artikelnya mendedahkan nama pegawai dan anggota polis JSJ yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, melindungi, bersekongkol selain menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang
Beliau berkata penularan maklumat terlibat telah dibuat secara meluas selain menimbulkan keraguan dan kegusaran masyarakat berikutan dakwaan salah laku tersebut.
“Suspek juga membuat tohmahan bahawa pegawai dan anggota turut terlibat dalam beberapa sindiket jenayah terancang seperti geng Nicky Liow, Addy Kanna, Wan Padang Besar, Pak Su Bukit Kayu Hitam dan Tiger 99,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, empat laporan polis dibuat oleh empat pegawai polis yang namanya didedahkan dalam artikel berkenaan.
Huzir berkata pada masa sama, pihaknya membuka empat kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengesan, menahan dan mendakwa mana-mana individu terlibat dalam penyebaran isu berbentuk fitnah itu.
“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang juga bekas Inspektor sebelum ini telah dijatuhkan hukuman pengawasan selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ).
“Suspek ditahan semasa Operasi Mualang yang dilaksana bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Gangsterisme JSJ Bukit Aman bagi mencegah kegiatan kongsi gelap di sekitar Klang,” katanya.
Selain itu, suspek juga dikesan pernah membuat beberapa tohmahan sebelum ini terhadap pegawai dan anggota polis bahagian tersebut.
Huzir berkata hasil siasatan mendapati tindakan suspek dipercayai kerana marah dan tidak berpuas hati, selain menyimpan dendam terhadap pasukan siasatan D7 yang telah mengambil tindakan kepadanya sehingga diberhentikan kerja.
“Polis dalam masa sama turut merampas komputer riba, telefon bimbit dan beberapa barangan lain yang kemudiannya dihantar ke makmal forensik PDRM untuk dianalisa.
“Orang awam diminta untuk menghentikan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas, selain tidak menyebarkan isu ini di mana-mana saluran atau media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.
-- BERNAMA




10,000 koleksi Penang Library


Oleh BERNAMA

Butterworth: Sejak penubuhannya pada 1817, Penang Library yang kini dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) menyimpan rapi lebih 10,000 koleksi nadir yang mempunyai nilai sentimental dan sejarah tersendiri.

Pustakawan PPAPP Azizah Zainon berkata, koleksi itu merangkumi buku ilmiah, majalah, gambar lama, surat perjanjian, kitab agama, surat khabar serta lakaran peta berusia ratusan tahun.

Koleksi berkenaan adalah bahan atau sumber peninggalan pihak tertentu dan individu terdahulu di perpustakaan ini yang pada ketika itu dikenali sebagai Penang Library.

"Semua koleksi tersebut mencerminkan identiti Pulau Pinang pada ketika itu dan ada koleksi yang berusia lebih 400 tahun iaitu sejak 1600 atau kurun ke-17," katanya ketika ditemui di PPAPP dekat Seberang Jaya di sini, kelmarin.

KOLEKSI tulisan tangan yang berusia lebih 119 tahun.
KOLEKSI tulisan tangan yang berusia lebih 119 tahun.

Koleksi paling berharga, katanya, ialah kitab Bible yang diterbitkan pada 1677 dan lakaran peta Georgetown pada 1877.

"Koleksi nadir yang terdapat di PPAPP ditempatkan di dalam sebuah bilik khas iaitu Koleksi Khas Pulau Pinang yang dikawal selia oleh empat pustakawan secara bergilir-gilir, malah kita tidak akan membenarkan akses kepada orang luar bagi menjaga koleksi memandangkan ada tekstur muka surat di dalam sesetengah buku yang sudah reput dan memerlukan penjagaan rapi," katanya.

Menurutnya, bilik khas terbabit dilengkapi sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan suhu bilik juga dikawal bagi memastikan keadaan bilik sentiasa kering.

AZIZAH (dua dari kanan) menunjukkan peta Georgetown yang dilakar menggunakan tangan pada tahun 1877.
AZIZAH (dua dari kanan) menunjukkan peta Georgetown yang dilakar menggunakan tangan pada tahun 1877.

"Jika apa-apa berlaku ke atas perpustakaan ini, bilik ini akan diselamatkan terlebih dahulu kerana sumber dan bahan yang ada ini tidak mungkin diperoleh oleh mana-mana perpustakaan yang ada di Malaysia, malah dunia sekalipun," katanya.

Mengulas lanjut, Azizah menyatakan PPAPP kini dalam usaha mendigitalkan koleksi nadir terpilih ke dalam bentuk cakera padat dan mikrofilem bagi memudahkan pengkaji sejarah mahupun individu yang berminat untuk menjadikan sesebuah bahan nadir itu sebagai rujukan.

"Setakat ini kami sudah mendigitalkan bahan nadir terpilih sebanyak 60 peratus, malah kita akan cuba mendigitalkan sebanyak mungkin koleksi yang dirasakan mempunyai nilai sejarah yang penting dan berkaitan dengan perkembangan sejarah Pulau Pinang itu sendiri," katanya.

PENOLONG Pustakawan PPAPP, M Kalaivehni, 34, menunjukkan koleksi buku yang berusia lebih 100 tahun.
PENOLONG Pustakawan PPAPP, M Kalaivehni, 34, menunjukkan koleksi buku yang berusia lebih 100 tahun.

Beliau juga berkata, PPAPP melaksanakan pemuliharaan koleksi menggunakan teknologi canggih yang dikendalikan pustakawan bertauliah bagi mengekalkan kualiti tulisan dan gambar bahan terbabit.

Antara koleksi yang menarik perhatian Bernama ialah surat khabar sejak zaman pendudukan British dan Jepun sekitar 1940-an dan 1950-an seperti Malai Simpo (akhbar edisi bahasa Inggeris pada zaman Jepun, 1943), Penang Shimbun (akhbar edisi bahasa Inggeris zaman Jepun, 1943), Sunday Gazette (akhbar zaman British, 1952 dan 1953) dan juga The Straits Eco (akhbar zaman British pada 1957) yang dijilidkan oleh PPAPP untuk dijadikan sumber rujukan peminat bahan bersejarah.




PECACAI NAJIS SAKA TUA KOMEN KETUA POLIS. PADA AKU KETUA POLIS SOH BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TU BAGUIH LA.


 KENAPA SUSPEK MASIH DALAM REMAN DIURUSKAN POLIS BUAT PERMOHONAN MAAF? - SOAL AHLI DEWAN NEGARA KEPADA IGP


Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cukup istimewa oleh polis sehingga boleh tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong.


Pada saya ini mesej yang salah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau membenarkan layanan istimewa diberikan kepada suspek ini, sementalah lagi namanya sendiri selaku Ketua Polis Negara ada disebut dan terkait dalam laporan polis oleh mangsa, yang telah pun tular di media sosial.


Abdul Hamid tidak boleh membisu kerana ketika reman masih belum selesai dan siasatan sedang berjalan, dua anggota polis ditugaskan khas untuk mengiringi suspek bertemu pihak media, sedangkan apa yang sepatutnya dibuat adalah melengkapkan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.


Justeru, saya menuntut Abdul Hamid sendiri perlu tampil memberi penjelasan dalam isu ini bagi membuktikan kesungguhan beliau dalam memerangi sebarang salah laku dalam pasukan polis.


Ini kes jenayah. Perlu apa minta maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong?


Apakah dengan penyataan maaf ini, maka kes jenayah kekerasan yang dilakukan akan ditutup dan suspek berkenaan akan bebas dan lepas begitu sahaja?


Apakah emas 100 kg dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM28.54 juta berserta pistol yang dirampas bakal dipulangkan dan suspek akan kembali dengan bergaya menjalankan aktivitinya haram selepas ini?


Jika itu mesej yang cuba disampaikan pihak polis, maka layanan serupa juga perlu diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana sehingga kini barangan rampasan milik bekas Perdana Menteri tersebut terkait siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dikembalikan oleh polis.


Kepada Abdul Hamid, saya menegaskan bahawa apa yang rakyat dan umat Islam hendak tengok dalam kes ini ialah suspek segera didakwa, umat Islam tidak dahagakan permohonan maaf dari suspek yang bangsat ini.


YB Senator Muhammad Zahid Md Arip Ahli Dewan Negara


18 April 2021.



KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM : Anwar Ibrahim: Apa Yang Telah Dilakukan Kerajaan Bagi Meyakinkan Rakyat ...



KENYATAAN MEDIA - 17 April 2021 Pada hari Jumaat yang lalu Malaysia melaporkan sebanyak 2,551 jumlah kes jangkitan COVID-19 yang baru. Angka terkini ini adalah sesudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari sejak Pengisytiharan Darurat diumumkan. Sejujurnya pelaksanaan PKP adalah kegagalan yang nyata. Darurat hanya helah pemerintah untuk terus berpaut pada kuasa. Rencana vaksinasi juga tidak jelas dan lembab. Sikap kerajaan ini dalam mengemudi negara saat wabak dapat dikelaskan kepada dua kategori. Bila ia berjalan lancar, percayalah kami sedang menanganinya. Jika tidak, pemerintah akan bingkas menyalahkan rakyat. Namun, tidak akan ada sebarang kebertanggungjawaban kepada para pemimpin yang bertanggungjawab dalam merencana dan melaksana kebijakan, mendapatkan vaksin, dan juga memastikan agar rencana vaksinasi berjalan pantas dan dengan berkesan. Inilah hasilnya bila sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat yang menyalahguna wabak dan Perlembagaan untuk berpaut pada kuasa. Dalam hari-hari mendatang ini saya mengjangkakan rakyat akan terus dibuli kerana melanggar SOP dengan beberapa pengumuman yang mengelirukan, yang sekiranya dilanggar akan dikenakan denda yang melampau tinggi. Beberapa pengumuman yang mengelirukan ini juga termasuk larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, meski para menteri akan dibenarkan merentas negeri dan menganjurkan majlis. Saya menggesa kerajaan untuk memberi respon pada persoalan-persoalan ini: 1. Menteri bertanggungjawab menjaga hal vaksin mengatakan bekalan vaksin Malaysia rendah kerana negara-negara kaya mengawal pasaran. Hal ini mustahil untuk disahkan, kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan. Sangat mengecewakan apabila alasan semacam ini digunakan bagi menutup kelemahan tatakelola tatkala Malaysia kini sedang berusaha mahu menjadi negara yang maju dan yang berpendapatan tinggi. Memandangkan negara berpendapatan sederhana yang lain menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan cemerlang, alasan menteri tersebut kekal lemah sehingga fakta diketahui. Alasan alternatif tentang mengapa Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang rendah adalah kerajaan lambat bertindak untuk mendapatkan kontrak atau rundingan dengan pembekal menemui kegagalan, dan sudahnya kita di barisan akhir untuk mendapatkan vaksin. 2. Menteri tersebut juga mendakwa Malaysia mampu mencapai 80% kadar vaksinasi sebelum penghujung tahun ini. Tetapi kadar vaksinasi di Malaysia lembab, dan tidak meningkat sejak ia diumumkan pada bulan Februari yang lalu dengan anggaran sebanyak 24,000 dos sahaja sehari ketimbang 13 negara berpendapatan sederhana di rantau Asia. Kita juga meminta pengesahan terkait keupayaan logistik di seluruh Malaysia bagi mencapai 210,000 dos sehari. Ini juga termasuk penyelarasan dengan hospital, fasiliti kesihatan, klinik-klinik awam dan farmasi. Rencana ini mesti dikongsikan, jika tidak kepada rakyat sekalipun ia mesti dikongsikan kepada jawatankuasa bipartisan. 3. Mengapa dengan penutupan sempadan dan tahap kuarantin yang ketat kita masih dikesankan dengan mutasi wabak yang berbahaya di Malaysia? Penutupan sempadan telah memberi kesan yang sangat besar pada ekonomi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa. Sekiranya penutupan sempadan ini tidak diuruskan dengan baik, maka kita sedang mengorbankan ekonomi kita tanpa manfaat yang munasabah. 4. Apa kemaskini terbaru terkait dalam hal memastikan sektor swasta bertanggungjawab atas penularan wabak COVID-19 di kalangan pekerja asing? 5. Pendaftaran untuk vaksinasi juga rendah, dan ini menambah kebimbangan apakah imuniti kelompok mampu dicapai pada hujung tahun ini. Apa yang telah dilakukan kerajaan setakat ini bagi meyakinkan rakyat untuk mendapatkan vaksin? 6. Apa metrik yang digunakan oleh jawatankuasa bipartisan dalam kesungguhannya untuk mengesyorkan penamatan darurat? Saya menggesa rakyat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Saya menggesa rakyat Malaysia, termasuk yang telah mendapatkan vaksin, untuk terus patuh SOP demi kebaikan semua. Berdepan dengan keadaan wabak dan ketidaktentuan hari ini, kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan berputus asa. ANWAR IBRAHIM




VIDEO : BANGLADESH MAHU AMBIL ALIH KERJA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA



"Pendirian Malaysia terhadap Myanmar jelas dan konsisten. Kami sentiasa mendesak dihentikan segera keganasan, pembebasan segera tanpa syarat tahanan politik, dan penerusan dialog inklusif membabitkan semua pihak untuk transisi politik dan penyelesaian aman terhadap krisis berterusan di Myanmar serta rakyatnya," menurut kenyataan Wisma Putra, lapor Bernama. Wisma Putra berkata, Malaysia akan meneruskan pembabitan konstruktif dengan semua pihak yang berkepentingan ke arah matlamat itu.





VIDEO SEMBANG SAIFUDDIN, HAANS ISAAC : RAFIZI DAN NURUL IZZAH AKAN KEMBALI? BERSAMA YB DS SAIFUDDIN NASUTION,DA...

VIDEO : JEMING HASSAN HENTAM EXCO PAS KELANTAN .....Pengat pisang vs pengat taik. Dimana kejantanan singa Pas Kelantan Nassu...KAH..KAH...KAH...WOIIIII...DAH JADI PENGAT TAIK DAH KAH ?

EDISI KHAS MINGGUAN 019 | PN GAGAL URUS KEWANGAN NEGARA, KEHABISAN DANA ...



MENARIK DALAM EDISI KHAS 019

1. SCHEME OF THING, PUAD TUNTUT JANJI SPRM 2. KERAJAAN PN KEHABISAN DANA DAN TERDESAK 3. MUHYIDDIN DIMINTA CERMIN DIRI DAN KABINET



AKU HARAP WALAUN SUCI DAH TARBIAH PELAKON VIDEO LAGU RAYA JUDI. SEBAB ZAMAN INI PN MEMERINTAH PARA WALAUN JANGAN BELAGAK SUCI. MUNAFIK NAMANYA.

 

Hanya RM180 seorang upah lakon iklan judi raya

Terdahulu, sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian yang menggunakan lagu Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen kerana menyinggung sensitiviti umat Islam.

PETALING JAYA: Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya dibayar upah sebanyak RM180 seorang.

Ini dimaklumkan oleh individu (pelakon) yang ditahan semalam, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah.

“Melihat kepada kedua-dua video yang tular, individu yang bertindak sebagai pelakon merupakan individu yang berbeza, namun kita percaya mereka saling mengenali antara satu sama lain,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini, seperti dilaporkan Kosmo! Online.

Zainal berkata, seramai sembilan orang telah ditahan, iaitu lapan orang semalam manakala seorang lagi diberkas hari ini.

“Lapan individu, terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, iaitu produser/pengarah video, pelakon, ejen artis, juruvideo atau kamera berjaya diberkas semalam.

“Bagaimanapun, enam daripadanya, iaitu lima pelakon dan produser video, dibebaskan selepas permohonan polis untuk menahan reman mereka ditolak hari ini oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,” kata beliau.

Dua lagi individu yang ditahan diteruskan reman bermula hari ini hingga Rabu depan, tambah beliau.

Terdahulu, sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian yang menggunakan lagu Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen kerana menyinggung sensitiviti umat Islam.

Iklan selama dua minit yang dikeluarkan syarikat judi, GDBet333, itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam dan mengajak orang ramai meraih wang berganda menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi mencari dana untuk berhari raya.




Anwar hentam ‘kegagalan nyata’ PN menangani krisis Covid-19

 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan bahawa rakyat sudah melalui 395 hari bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari bawah perintah darurat.

PETALING JAYA: Di kala jangkitan Covid-19 semakin menular kebelakangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengecam apa yang disifatkan beliau sebagai kegagalan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mengekang wabak itu.

“Sejujurnya pelaksanaan PKP adalah kegagalan yang nyata. Darurat hanya helah pemerintah untuk terus berpaut pada kuasa. Rencana vaksinasi juga tidak jelas dan lembab,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengingatkan bahawa rakyat sudah melalui 395 hari bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari bawah perintah darurat.

Sebanyak 2,551 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara semalam, manakala hari ini, 2,331 kes baharu serta lima kematian dilaporkan.

Anwar, yang juga presiden PKR, meminta kerajaan menjawab persoalan berhubung ketidaktelusan dalam perolehan vaksin dan kadar pengagihan vaksin yang perlahan, di kala negara-negara berpendapatan sederhana yang lain berlumba-lumba untuk memvaksinasi rakyat mereka.

Beliau menyifatkan alasan bekalan vaksin kurang sebagai mengecewakan ketika Malaysia kini sedang berusaha menjadi negara yang maju dan berpendapatan tinggi.

Baru-baru ini, menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata, bekalan vaksin untuk Malaysia kurang kerana ia telah didominasi negara-negara berpendapatan tinggi.

Namun, Anwar mempertikaikan alasan Khairy dengan berkata, ini mustahil untuk disahkan “kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan”.

Berkenaan kadar vaksinasi yang perlahan, Anwar juga mempersoalkan kemampuan logistik negara, termasuk koordinasi dengan hospital, fasiliti rawatan, klinik kesihatan awam, pengamal perubatan am dan farmasi, untuk menguruskan 210,000 dos sehari, yang diperlukan untuk memvaksinasi 80% daripada populasi negara menjelang akhir tahun.

Kata beliau, pelan koordinasi ini sepatutnya dikongsi dengan jawatankuasa bipartisan Covid-19, sekalipun tidak didedahkan kepada umum.

Beliau juga bertanya tentang rancangan kerajaan untuk meyakinkan rakyat menerima vaksin, memandangkan jumlah pendaftaran masih rendah.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengapa strain virus yang berbahaya masih dikesan di negara dengan walaupun sempadan ditutup dan kuarantin pada tahap yang ketat.

“Penutupan sempadan telah memberi kesan yang sangat besar pada ekonomi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa.

“Sekiranya penutupan sempadan ini tidak diuruskan dengan baik, maka kita sedang mengorbankan ekonomi kita tanpa manfaat yang munasabah,” kata beliau.


DIA SAKIT..HANGPA JANGAN KACAU..TAPI KALAU BERTANDING..GERAK98 AKAN LAWAN...

 May be an image of 1 person and text that says "Kalau 'tekan' kuat sangat, saya mungkin bertanding lagi pada PRU15- Tun M Abdul Hadi Che Awang April 17, 2021 09:36 MYT DR MAHATHIR: Jad kalau dia 'tekan' kuat sangat, mungkinlah (saya bertanding lagi); kalau tidak berapa kuat, sava tak bertandinglah. -Astro AWANI"

INI ANTARA PEMUKA YANG BANYAK MEMAINKAN PERANAN MEMFITNAH PH DULU....PADANMUKA HANG..

 


BOB KELANANG


Court grants Teresa Kok's bankruptcy

order against JMM president...

Buat malu orang Melayu saja. Mulut murai, poket kosong. Padan muka!!

 

May be an image of 2 people, including A.r. Nasution


TENGOK MUNAFIK KA TIDAK PARTI AGAMA NI...DULU DIA HENTAM BN..SEKARANG DIA DIAM BILA DIA DALAM KERAJAAN..TU PUN WALAUN TAK SEDAR LAGI ?


Berita ini tersebar sebelum ujudnya kerajaan melayu isle.. yang mana ketika itu syaiton tampa dibelenggu



 May be an image of 1 person and text

ALAH...MENTERI CUTI 5-6 BULAN KAMI TANGGUNG JA GAJI BUTA DIA...AYAM 10 RINGGIT SEKILO MURAH LAGI...ZAMAN PH DULU MURAH SANGAT...

 

KPDNHEP keluarkan notis susulan harga ayam cecah RM10 sekilo

Kenaikan harga ayam mula dikesan di beberapa negeri sejak awal bulan Ramadan.

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak awal bulan Ramadan.

Malah, terdapat juga badan bukan kerajaan yang menggesa pihak berkuasa, agar segera campur tangan kerana kenaikan harga ayam itu membebankan pelbagai pihak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengeluarkan 26 notis terhadap 20 peniaga runcit dan enam pemborong ayam di sekitar pasar awam di bandar raya Johor Bahru, ekoran aduan tentang kenaikan harga ayam.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Chong Fat Full berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, menerusi pemeriksaan sejak hari pertama Ramadan.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar ketika dihubungi berkata, setakat ini dua notis dikeluarkan ke atas peniaga dan pengeluar ayam di negeri berkenaan.

“Mereka diberi masa tiga dan lima hari untuk kemukakan dokumen. Sekiranya ada elemen pencatutan, mereka akan dikompaun di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” kata beliau.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Melaka mendapati rata-rata ayam dijual pada harga sekitar RM9.50 sekilogram, harga yang dianggap pengguna terlalu mahal.

Seorang peniaga Hamzah Othman, 57, berkata, tidak pernah dalam sejarah 30 tahun berniaga ayam beliau terpaksa menjual dengan harga semahal itu, namun tiada pilihan apabila pembekal sendiri menetapkan harga yang sudah tinggi.

“Ada pembekal kata harga naik sebab penternak terpaksa menanggung harga dedak import yang naik sehingga 40%. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tapi semua tempat,” katanya.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata, lonjakan harga, yang turut berlaku di negeri itu, membebankan semua pihak dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengedar ayam terlibat.

“Sebelum ini ayam dijual pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi sekarang dijual pada harga RM9 hingga RM10 sekilogram, dengan alasan bahawa kenaikan harga makanan ternakan ayam dan perbelanjaan lain,” kata beliau dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar ketika dihubungi berkata, setakat ini dua notis dikeluarkan ke atas peniaga dan pengeluar ayam di negeri berkenaan.

“Mereka diberi masa tiga dan lima hari untuk kemukakan dokumen. Sekiranya ada elemen pencatutan, mereka akan dikompaun di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” kata beliau.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Melaka mendapati rata-rata ayam dijual pada harga sekitar RM9.50 sekilogram, harga yang dianggap pengguna terlalu mahal.

Seorang peniaga Hamzah Othman, 57, berkata, tidak pernah dalam sejarah 30 tahun berniaga ayam beliau terpaksa menjual dengan harga semahal itu, namun tiada pilihan apabila pembekal sendiri menetapkan harga yang sudah tinggi.

“Ada pembekal kata harga naik sebab penternak terpaksa menanggung harga dedak import yang naik sehingga 40%. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tapi semua tempat,” katanya.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata, lonjakan harga, yang turut berlaku di negeri itu, membebankan semua pihak dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengedar ayam terlibat.

“Sebelum ini ayam dijual pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi sekarang dijual pada harga RM9 hingga RM10 sekilogram, dengan alasan bahawa kenaikan harga makanan ternakan ayam dan perbelanjaan lain,” kata beliau dalam kenyataan.





Pedas! Kerajaan PN kata nak jaga Melayu-Islam tapi judi bertambah – Sany

 


Pedas! Kerajaan PN kata nak jaga Melayu-Islam tapi judi bertambah – Sany


Kemunculan dua klip video iklan judi raya yang tersebar ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sesuatu yang mengejutkan, kata Adun Taman Templer, Mohd Sany Hamzan.

Menurut ketua Biro Mobilisasi Amanah itu, ketika kerajaan PN sering mencanangkan mereka mahu membela Islam di negara ini, video judi raya itu timbul dan tersebar pada Ramadan untuk mengajak penganutnya berjudi.

“Sekarang ini negara kita diperintah oleh kerajaan PN […] tiada parti DAP dalam kerajaan ini. Yang ada adalah PAS.

“Ini sangat merisaukan dan mendukacitakan kita sebagai orang Islam-Melayu dalam negara kita ini, sebab kerajaan yang ada pada hari ini, dia menyatakan bahawa mereka adalah kerajaan Melayu-Islam yang nak jaga Islam, nak jaga Melayu,” katanya.

Selepas kecoh dengan kemunculan satu klip video perjudian semalam, kata Mohd Sany, hari ini muncul pula klip video kedua dengan matlamat sama – mengajak orang ramai berjudi.

Mohd Sany berkata demikian kepada media selepas keluar dari bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul tengah hari tadi. Sebelum itu dia mengiringi Naib Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi untuk membuat laporan polis berhubung penularan dua video berkenaan.

Dalam laporan itu, Ahmad Zamri menyifatkan dua video terbabit bukan sahaja mencemarkan kesucian Ramadan serta biadab, malah melanggar peruntukan undang-undang negara khususnya Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Perlu ambil tindakan segera

Bahkan, katanya video yang mempromosi judi secara terbuka itu juga boleh dianggap sebagai hasutan kepada orang awam khususnya umat Islam untuk terlibat dalam perjudian dalam talian.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis, Ahmad Zamri berkata, video kedua syarikat judi itu juga dihasilkan dengan latar belakang hari raya dan tular di media sosial.

Sebelum ini, klip video lagu raya pertama oleh sebuah syarikat judi dalam talian tular sejak semalam mengajak umat Islam berjudi pada bulan Ramadan bagi memenuhi keperluan hari raya.

Video berdurasi 2.48 minit itu memaparkan pelakon lelaki berbaju Melayu dan perempuan berbaju kurung, dan ada yang bertudung dengan lagu berkisar sambutan Aidilfitri.

Video kedua berdurasi 2.42 minit pula mula tersebar pagi ini dipercayai dihasilkan syarikat yang berbeza namun tampil dengan tema sama iaitu suasana menjelang hari raya.

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi

 

Menurut Mohd Sany, orang ramai kini dapat melihat bagaimana sebuah “kerajaan tebuk atap” mahu membela orang Melayu dan Islam tapi gagal mengekang promosi judi.

“Seluruh rakyat Malaysia, lihatlah – inilah kerajaan tebuk atap, kerajaan PN yang dikatakan nak bela Melayu, nak bela Islam tapi judi terus bertambah,” kata Sany lagi.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia semalam memaklumkan mereka sudah telah berkomunikasi dengan penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan video pertama itu.

Pun begitu, kata Ahmad Zamri setakat pagi tadi video-video berkenaan masih lagi boleh diakses.

“SKMM perlu mengambil tindakan dengan segera kerana ini melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

“Bukan hanya (terhadap) politik pembangkang saja mereka perlu ambil tindakan dengan segera, tapi ini isu yang besar yang perlu mereka ambil tindakan segera untuk menyekat penularan video ini,” kata Ahmad Zamri.


KAH..KAH..KAH..WOI MOKHTAR, DULU KAU DAPAT BANTUAN KE ? NAJIB KASI KE ? .SEKARANG DAH TAK ADA LAGI BANTUAN MACAM TU.....

 


Panas! Ulamak PAS persoal kerajaan PN, kenapa liat sangat nak bantu institusi Pondok


Ulamak ( ULAMAK KA DIA DIA NIH .LEBAI JA KOT. BERAPA BANYAK KITAB YANG DIA KARANG?) PAS persoal kerajaan PN, kenapa liat sangat nak bantu institusi Pondok

Kerajaan mana2 pun yg memerintah tak terasa ke bahawa institusi pondok telah banyak membantu meringankan bebanan kerajaan.

Pondok dah berpuluh tahun bantu kementerian pendidikan dengan berikan pendidikan percuma kpd rakyat. Bantu kementerian dlm negeri lahirkan rakyat yg berakhlak dan mematuhi undang2 negara. Mengurangkan kadar jenayah.

Ulamak2 pondok tanpa gaji berada dimana2 dlm kegiatan masyarakat. Memimpin solat berjamaah, tahnik bayi, urusan perkahwinan, kegiatan masjid dan surau, urusan khairat hatta urusan gali kubur mereka bersama masyarakat. Tak kira lagi peranan ulamak dlm politik sehingga memberi kemenangan kepada pihak kerajaan.

Kalau begitu sekali bantuan dan peranan institusi pondok terhadap kerajaan…tak kan lah liat sangat kerajaan nak bantu institusi ini.

Tunggu pondok terbakar baru nak hulur bantuan. Tunggu tok guru mati baru nak beri anugerah dato’ konon mengenang jasa. Susah sangat nak lulus bajet bantu pembangunan prasarana pondok. Sampai pondok terpaksa terkial2 mencari belanja untuk hidup. Hatta bill letrik dan air pun tertunggak. Sesetengah guru terpaksa ikat perut demi menjaga kesinambungan pendidikan ini. Kalau masa penjajah dulu kita faham mengapa institusi pondok dipinggirkan..tapi kalau dah selepas penjajah ni pondok masih dimusuhi dan dipinggirkan saya susah untuk memahaminya.

Saya round seluruh pondok di Malaysia. Saya bertemu dengan tok2 guru pondok dan menyelami perjuangan mereka. Tersentuh hati saya. Kalau mereka ikhlas buat kerja yg sepatutnya kerajaan yg buat. Memgapa pula pihak kerajaan tak boleh belajar2 ikhlas bantu mereka pula.

UMS
Luahan hati seorg insan.
Bukan tak ikhlas tapi terkilan.
17. April.2021.

Mokhtar Dup