Bersatu nak langgar UMNO di Terengganu, kan aku dah kata….

 


Bersatu nak langgar UMNO di Terengganu, kan aku dah kata….


BERSATU NAK LANGGAR UMNO DI TERENGGANU, KAN AKU DAH KATA..

Baru kelmarin aku respon kenyataan Ds Anwar.. Kalau nak kerjasama dengn parti UMNO..Aku memegang pendirian bersama dengan DAP dan itulah pendirian Tg Nik Aziz..Tidak ada kerjasama dengan UMNO..

Tetapi bagi kawasan kawasan tertentu secara strateginya boleh bagi laluan kepada UMNO..aku ada sebut pasal Terengganu.. Ini yang Bersatu tak sedar diri.. Politik Terengganu ni dari dulu Melayu hanya akan memilih PAS atau UMNO.. jangan kata Bersatu, PKR 20 tahun pun masih ditolak Melayu disana..

PH pada PRU 14, jangan kata Parlimen, Kerusi Dun pun takda satu pun menang..Hatta di Kelantan.. Husam yang sinonim dengan Masyarakat disana tetap Kalah..PKR biarpun suatu ketika dibantu PAS pun, Orang melayu tetap tak terima..depa sanggup terima UMNO kalau bukan PAS.. maksudnya pilihan orang Melayu kalau tidak PAS, pilihan mereka adalah UMNO..Itu reality Politik melainkan kawasan bandar..

Jadi biarkan UMNO bertanding mengalahkan PAS…. Kelompok Takfiri itu dulu perlu dikalahkan.. Pendirian aku ni sebelum PRU 14 lagi.. Itu sebab aku kata, Kalau bagi Pejuang.. Parti Tun bertanding dikawasan luar bandar.. Biarlah depa mati disitu..Apa yang sibuk nak berebut kerusi kawasan tersebut..

PH dan Amanah boleh berikan tumpuan di Kelantan..Biarpun PH tidak menang walaupun satu kerusi di Kelantan..Bagi Kelantan kalau pemimpin bijak merangka strategi..Amanah boleh mengikut jejak Warisan di Sabah.. Sebab Sejarah Kelantan dan Sabah hampir sama..Mereka boleh keluar untuk mengundi selalin parti PAS dan UMNO.. Mereka pernah bagi peluang pada Berjasa dan PBS.

Tap itulah.. Apapun, Aku berharap PH memperkuatkan asas Politik melawan kelompok Ashabiyah.. pada akhirnya ,UMNO, PAS dan Bersatu mereka tetap akan bersama..Bagi mereka, seteruk mana UMNO hatta PAS.. Azimat No DAP..No Anwar itu tetap kuat bagi Melayu luar bandar..

Sepatutnya dari sekarang PH kena memperkuatkan melawan naratif Ashabiyah ini bagi memecah pemikiran sebahagian Melayu jika tidak semua pun.. Sebab hikmah besar dari rampasan kuasa ini, Melayu dapat lihat sebahagian besar retorik penyatuan melayu, islam PAS dan UMNO.. 🙂

Ipohmali,




SETAHUN TERAJUI KERAJAAN PUSAT PAS PINGGIRKAN KELANTAN?


BIARLAH HANS ISAAC DI AMPANG, KERANA BELIAU ADALAH BUDAK AMPANG DAN TELAH LAMA DI SITU MEMBUAT KERJA DI AKAR UMBI. JANGAN ASYIK LARI KESANA SINI UNTUK MENCARI KAWASAN BARU .

 


Nurul Izzah, Hans Isaac disebut bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida

Nurul Izzah, Hans Isaac disebut bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida

Spekulasi di media sosial tular mendakwa bahawa Nurul Izzah Anwar akan bertanding di Parlimen Ampang, sementara Husam Musa pula akan diturunkan di kawasan Gombak mewakili PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun, satu sumber pucuk pimpinan parti itu berkata bahawa belum ada ketetapan yang telah dibuat sehingga kini berhubung spekulasi tersebut.

“Tiada ketetapan setakat ini,” kata sumber itu.


Dia diminta mengulas berhubung spekulasi di media sosial yang mendakwa bahawa Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Permatang Pauh akan bertanding di Ampang, sementara, bekas naib presiden Amanah, Husam Musa akan bertanding di Gombak di bawah tiket PKR.

Ini selepas, Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam berkata bahawa Pakatan Harapan telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang.

Untuk rekod, kerusi parlimen Gombak dimenangi oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, manakala bekas naib presidennya, Zuraida Kamaruddin mempertahankan kerusi Ampang, sejak tahun 2008.

Kedua-dua mereka berpaling tadah bersama sembilan ahli parlimen PKR yang lain dengan menyertai Bersatu susulan ‘Langkah Sheraton’ menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, tahun lalu.

Selain di Ampang, Nurul Izzah turut dikhabarkan akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa yang disandang oleh Azmin.

“Nurul Izzah di DUN sebagai ‘pengganti’ MB Selangor jika beliau tidak boleh dilantik sebagai menteri jika Anwar jadi PM supaya tiada berlaku kronisme,” tular mesej tersebut.

“Kalau benar maknanya Ampang dan Gombak akan jadi parlimen tumpuan,” kata mesej tersebut yang turut dilihat oleh Malaysiakini.

Antara lain, nama Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai akan berpindah ke Permatang Pauh untuk menjaga legasi Anwar. Manakala, Anwar dikatakan akan kekal di Port Dickson.

Sementara, bekas naib presiden Rafizi Ramli akan menggantikan Wan Azizah di Pandan.

Rafizi Ramli adalah bekas ahli parlimen Pandan bagi penggal 2013 hingga 2018 sebelum hilang kelayakan bertanding pada PRU14. .




APA PERKEMBANGAN SIASATAN KES ZETI?

 

Apa jadi pada kes Zeti. Mohon jangan lambat umum hasil siasatan. Secara moral Zeti patut letak jawatan sebagai Pengerusi PNB.

Ini membabitkan soal intergriti, ketelusan dan keboleh percayaan kepada institusi kerajaan. Ia menarik perhatian beberapa agensi berita Antarabangsa seperti Asia Nekkei dan Reuters

Suami Zeti dan dua anaknya dituduh terima hampir RM700 Juta daripada Jho Low. Polis Singapura telah membuat siasatan. Manakala akuan bersumpah yang ditandatangani oleh suami Zeti disahkan tulin.

Polis Singapura juga telah serah laporan itu kepada Bank Negara Malaysia di mana ketika itu Zeti masih lagi gabenor BNM.

Persoalannya, apakah BNM serah laporan itu kepada PDRM dan SPRM untuk tindakan selanjutnya. Atau terperap terus di BNM?

Kalau tidak diserah kepada PDRM dan SPRM apakah itu boleh dianggap salah guna kuasa? Apakah ada percubaan untuk sembunyi bahan bukti?

Semoga pihak PDRM tidak meninggalkan aspek penting ini di dalam siasatan mereka. Siasatan mesti menyeluruh.

Pulihkan keboleh Percayaan.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

11 Mac 2021.

APAKAH ISU RUU 355 AKAN DIMAINKAN PAS LAGI MENJELANG PRU 15?


BIASANYA KELEBIHAN DAGING ARNAB NI UNTUK KEKUATAN KEJANTANAN...GAMAKNYA ITULAH KEMPEN...KAH....

 


Ketika dikecam isu kalimah Allah, Pas share kelebihan makan daging arnab

Ketika dikecam isu kalimah Allah, Pas share kelebihan makan daging arnab

Bagaimana saya tidak berasa kagum dengan Pemuda PAS, barisan mujahidin badar al-merboki.

Ketika berkocak isu Kalimah Allah, Murtad dan gelak ketawa Mufti, maka saat itu datanglah kempen makan daging arnab.

Kempen ini sesuai dengan jiwa saya sebagai seorang petani dan terpanggil untuk rasa bantu kongsi membuat hebahan.

Ya. Nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu dustakan.
Selepas mengail buaya dan ke Savana melihat kasuari, apa salahnya kita belajar ternak arnab pula.

Selamat menyambut Hari Isra’ dan Mikraj buat semua kaum muslimin.





MUHYIDDIN SAH TIDAK MENGADAP RAJA SALMAN.ADAKAH INI PEMBALASAN TUHAN?


 Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika ini sudah berada di Abu Dhabi selepas selesai melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Semasa di Arab Saudi, selain menunaikan umrah di Mekah dan berziarah di Madinah, beliau pada awalnya dijadual menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, pemerintah negara tersebut sebagai aturcara utama lawatannya.

Sebelum pemergiannya ke Arab Saudi, Muhyiddin sendiri memaklumkan lawatannya ini adalah atas jemputan Raja Salman.

Selepas selesai menunaikan umrah, diberi peluang memasuki Kaabah, kemudian berziarah di Madinah dan seterusnya dijangka ke Riyadh untuk acara sambutan rasmi diikuti menghadap Raja Salman, tiba-tiba tersebar laporan majlis menghadapnya itu bukan diadakan secara bersemuka, sebaliknya hanya secara maya.

Ia lantas menimbulkan kritikan dalam negara dengan pertanyaan untuk apa sebenarnya Muhyiddin pergi melawat Arab Saudi jika pertemuan dan majlis menghadapnya dengan Raja Salman hanya diadakan secara maya saja?

Bukankah ia boleh juga dilakukan dari Kuala Lumpur, Putrajaya atau Pagoh misalnya?

Ada yang menimbulkan persoalan apakah Muhyiddin sebenarnya pergi ke Arab Saudi hanya untuk menikmati kemudahan dan layanan sebagai Perdana Menteri ketika menunaikan umrah dan ziarah semata-mata?

Selepas ketibaannya di Riyadh yang disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, apa yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia ialah majlis menghadapnya dengan Raja Salman, walaupun ia hanya dilakukan secara maya.

Untuk beberapa ketika selepas ketibaannya di Riyadh, langsung tidak terdengar khabar mengenai majlis menghadapnya itu, begitu juga tiada sebarang gambar berkaitan dengannya muncul di mana-mana media.

Segala-galanya hanya terjawab melalui catatan di Facebook Muhyiddin sendiri awal pagi ini sebelum beliau berlepas ke Abu Dhabi, malam tadi.

Dalam catatannya, Muhyiddin memaklumkan beliau kini sedang menuju ke Abu Dhabi, destinasi lawatan rasmi beliau yang seterusnya selepas Arab Saudi.

Turut disebutnya, beliau telah diterima menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebelum berlepas ke Abu Dhabi.

Katanya, pertemuan yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu adalah bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia dengan Arab Saudi, termasuk kouta haji, perlaksanaan ibadah haji dan umrah ketika pandemik serta pembentukan Majlis Koordinasi Saudi-Malaysia.

Turut dipaparkan gambar pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi itu.

Muhyiddin langsung tidak menyebut tentang Raja Salman dalam catatannya.

Dengan demikian, adalah jelas beliau tidak dapat menghadap Raja Salman sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Apa sebenarnya yang berlaku, kenapa tiada majlis menghadap Raja Salman, sedangkan diperkatakan sebelum ini lawatannya adalah atas jemputan pemerintah Arab Saudi itu sendiri?

Kalau menghadap secara bersemuka tidak dapat dilakukan, apakah menghadap secara maya pun tak boleh juga?

Kenapa Muhyiddin dilayan sebegitu rupa?

Apa pun jawapan sebenar kepada perkara ini, di dalam negara dan di mata rakyat Malaysia, Muhyiddin dilihat sebagai ketua kerajaan yang gagal dan tidak cukup dihormati di peringkat antarabangsa berikutan kegagalannya menghadap Raja Salman itu.

Beliau yang dijangka banyak pihak akan memanfaatkan lawatannya ke Arab Saudi, termasuk ketika gambar mengerjakan umrah dan memasuki Kaabah untuk menaikkan saham politiknya di dalam negara nyata telah gagal berbuat demikian.

Malah, kegagalan menghadap Raja Salman sedangkan pemergiannya ke negara tersebut atas jemputan pemerintah Arab Saudi itu sendiri adalah kegagalan paling memalukan seorang Perdana Menteri yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tetapi, kenapa ia berlaku?

Apakah ini balasan Tuhan kepada sebuah pengkhianatan? (Shahbudindotcom 10/03/2021)




KISAH AKHBAR HARAKAH MELAPORKAN ERROR




Saifuddin Nasution


 Suatu ketika dahulu Harakahdaily 14 ogos 2014 melaporkan SISI masuk dalam Kaabah semasa buat umrah. SISI juga dilapor diberi pingat oleh Saudi.


Waktu itu SISI digelar syaitan bertopeng manusia dek kerana kezalimannya ke atas MORSI.


Hari ini berita itu hilang dalam harakahdaily .. error 404 lagi !


#muhyiddinmasukkaabah

#sisimasukkaabah


#StaySafe


Laporan polis terhadap bekas pemimpin Umno atas dakwaan Hamzah cuba ‘beli’ Ahli Parlimen

 

Pembantu kepada Hamzah Zainudin (kiri) menggesa polis menjalankan ‘siasatan secara menyeluruh dan terperinci’ serta mengambil ‘tindakan tegas’ terhadap Lokman Noor Adam yang memfitnah menteri dalam negeri itu.

PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin membuat laporan polis terhadap bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam berhubung sebuah video yang dimuat naik ke Facebooknya berhubung pemimpin PPBM itu.

Sayed Amir Muzzakkir Sayed Mohamad dalam laporan polis itu berkata, video bertajuk “Hamzah Zainudin Shopping Sakan, Bukan Takat Mp Nak Debeli, Partipun Hendak Dibeli. Apakah Keputusan Mic Dan Mca?” memfitnah Ahli Parlimen Larut itu.

Beliau mendakwa video itu turut mencadangkan Hamzah ialah “Datuk Seri” yang cuba meyakinkan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail daripada PKR untuk melompat parti dan menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Kenyataan ini berniat jahat, fitnah dan menimbulkan rasa benci dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan,” katanya sambil menambah ia juga “memfitnah perdana menteri dan menteri dalam negeri dengan dakwaan membeli Ahli Parlimen”.

Disebabkan video itu menjadi viral di media sosial, Sayed Amir Muzzakkir berharap pihak berkuasa akan menjalankan “siasatan secara menyeluruh dan terperinci” serta mengambil “tindakan tegas” terhadap Lokman.

Video yang dinyatakan dalam laporan itu disiarkan secara langsung lebih 50 minit pada 6 Mac lalu.

Natrah sebelum ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa dua individu, termasuk seorang bergelar “Datuk Seri”, cuba memujuknya memberi sokongan kepada Perikatan Nasional dengan dijanjikan manfaat.

Satu akaun Facebook dikenali sebagai “Ops Johor” kemudiannya berkata, ia membabitkan tawaran RM10 juta, tetapi Natrah menafikan beliau menyatakan sebarang jumlah dalam laporannya.


Hubungan dengan PPBM: Umno tidak akan beri kata dua pada PAS, kata Ahmad Maslan

 

Ahmad Maslan berkata, hubungan PAS dan Umno bermula lebih awal daripada hubungan PAS dan PPBM dalam Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Umno tidak akan memberikan sebarang kata dua kepada PAS berhubung kerjasama parti itu dengan PPBM, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Beliau berkata, PAS berhak bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional (PN).

“Hubungan PAS dan Umno ini sudah bermula lebih awal daripada hubungan PAS dan PPBM dalam PN, tidak ada sebab kenapa kami perlu beri kata dua (kepada PAS),” katanya.

Mengenai soal pembahagian kerusi, Ahmad melihat tiada pertembungan dalam pengagihan kerusi antara Umno dan PAS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Antara Umno dan PAS, kita harap tidak ada pertembungan, tapi antara Umno dan PPBM, itu kita akan perhatikan dulu.”

Ahmad menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini, yang antara lain membincangkan agenda pemerkasaan gabungan itu.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia turut disertai 12 ahli pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Terdahulu, pada sebelah petang, Umno dan PAS turut mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MN yang dipengerusikan bersama Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Khaled berkata, mesyuarat berkala itu merupakan cerminan betapa eratnya hubungan kedua-dua parti yang masih berusaha mengukuhkan MN.

“Walaupun macam-macam diperkatakan di luar, tapi hubungan kami (Umno dan PAS), pertemuan kami masih ada dan diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, Umno memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15, namun kekal dengan pendirian untuk mengukuhkan kerjasama dengan PAS menerusi MN.

PAS juga mahu memperkasa MN, tetapi pada masa sama, juga ingin memperkukuhkan kerjasama dengan PPBM menerusi PN.


MENJELANG PRU 15-RAMAI AKAN JADI MONYET.

 

HAMDN TAHA


May be an image of 1 person, standing and text that says "SEMASA Wakil Rakyat Lompat Parti Umpama 'Monyet'- Hadi Ahad, 18 Oktober 2015 11:00 PM f मर"


Menjelang PRU ke 15 saya merasakan buat pertama kali rakyat mula sangat meluat melihat tokoh tokoh atau pemimpin politik dari semua parti

Semua ini berlaku kerana peralihan kuasa dari BN ke PH apabila rakyat melihat kelakuan ahli politik melompat dari BN ke PH,masa itu rakyat masih rasa hooo ok agaknya dah tak ada kuasa kena tukar kiblat....sekadar macam itu saja dalam pemikiran mejoriti rakyat...

Tapi selepas pertukaran PH ke PN dan setiap hari ada saja pemimpin politik melompat dan ada yang terlompat lompat banyak kali dalam satu masa,rakyat dah mula meluat....

Lebih meluat lagi apabila hujah hujah pemimpin politik sudah sangat memualkan tak kira dari parti mana pun....sangat memalukan melihat orang yang dulu di hormati rupa rupanya sampah masyarakat dan penjual diri dan agama...

Bayangkan dr m dari seorang yang di anggap  hebat

kepada sekarang di maki seranh semula. Begitu juga parti Pas...boleh ke terbayang ustaz ustaz dalam pas yang pegang jawatan di lihat oleh rakyat sebagai orang yang merapu dan sudah tidak di hormati...

Sekarang ni selepas kita merdeka ini kali orang politik di hina dan di cerca bukan saja begitu tapi orang politik ada lah orang yang paling tidak di percayai rakyat....

Shahidan di lantik jadi pengerusi prima....jika sebelum ni apabila ada lantikan ahli politik sebagai pengerusi mana mana GLC tak ada siapa pun mempertikai dan mencemuh mereka. Tapi hari ni mereka di jadikan bahan lawak dan lukisan karton sahaja oleh rakyat...

Kali ini kita tengok pru 15 apa akan jadi....calun bebas pun barangkali ada yang dapat undi banyak atau menang jika betul keadaannya...

 

BANYAK MANA DAH HADI BERBAIK DENGAN MONYET ? CUBA FIKIRKAN.SENGAJA TAK MAHU HURAIKAN.

 May be an image of 1 person, standing and text that says "SEMASA Wakil Rakyat Lompat Parti Umpama 'Monyet'- Hadi Ahad, 18 Oktober 2015 11:00 PM f मर"

SALAH UMNO PAS JUGA LAH YA?

 May be an image of 1 person and text that says "UMNO BERDOSA BESAR KERANA MEMPROPAGANDAKAN ISU KALIMAH "UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar kerana menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda, saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang menjadi khadam mereka, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk, ibarat menyerahkan bunga ke tangan kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama' dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah..." Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi 14 Jan 2013 Dewan Ulama' PAS Negeri Kelantan http://dupnk.org.my http://facebook.com/dupnk"


MUHD MUKHLIS


Kiranya kristian boleh guna kalimah Allah hari ni salah Bersatu dan


 PAS jugalah kan? Betul tak   Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi


 Awang

?





PRO KONTRA LOMPAT PARTI KE PARTI RAKAN, KEADILAN MESTI JELAS TOLAK MAHATHIR




Ada baik dan buruknya seseorang wakil rakyat lompat parti ke dalam parti rakan. Keadilan mesti berani buat keputusan tolak Mahathir dalam MATC nanti







RENTASAN 843 | LAGI SOGOKAN POLITIK PM DIDEDAH, ZURAIDA DAN HAMZAH TURUT...


MENARIK DALAM RENTASAN 843
1. MUJAHID JAWAB PENDUSTAAN ISU LGBT DAN ZAKIR NAIK 2. TAK TAHU MENARI DIKATAKAN TANAH TINGGI RENDAH 3. PRESIDEN PAS MEMANCING BUAYA? 4. BUKAN SEORANG SAJA AHLI PARLIMEN YANG DAPAT SOGOKAN



MEMANG LAH BERBEZA-PENGKHIANAT NO WAHID MANA BOLEH PERCAYA

 

Memang la jauh beza. Zaman Mahathir jadi Pengerusi PH, pengkhianat belum zahir. Zaman Anwar jadi Pengerusi, pengkhianat muncul dan pemuja pengkhianat pun ada di dalam PH.

W. FAUDZIN



May be an image of 1 person, standing and text that says "Adeysham Nor Jauh beza PH zaman Mahathir jadi Pengerusi dengan zaman Anwar jadi Pengerusi. Dulu jelas siapa musuh politik PH tapi sekarang siapa musuh politik PH? BN kah? PN kah? Pejuang kah? Warisan kah? Amanah kah? DAP kah? Prebet di bawah pulak dah jadi gerilla tanpa arah tuju. Akhirnya tembak sesama sendiri dan ramai juga yang dah lari letak senjata,... See more 01:43 MEMBINA NEGARA MEMENUHI HARAPAN N ME HARAPAN"



AZMIN PENGKHIANAT? DATO EZAM KELUAR PKR SEBAB DSAI BAGI RUANG PADA AZMIN...

DUTA JERMAN JUMPA ANWAR - Puak Puaka PieN Pasti TERBAKAR!



Anwar Ibrahim menerima kunjungan Duta Jerman bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia. Berita baik untuk pendokong PH tapi mungkin tidak kepada Pendokong PN #dutajerman #pakatanharapan #anwarforpm #anwaribrahim ##anwarpm9 #Politik #perikatannasional #Muhyiddin #Politik Anwar #anwarterkini #halimromli @Halim Romli





Cerita Sebalik Berita: Mesyuarat UMNO dan Pas tentu hala tuju

Kenyataan ampu Hadi undang kecaman netizen

 

Kenyataan ampu Hadi undang kecaman netizen


TUGAS TGHH SEPANJANG MEMEGANG DUTA KHAS TIMUR TENGAH

Pada 2 April 2020 yang lalu, Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH) telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin (TSMY) selaku Duta Khas Timur Tengah. Namun, ia membawa kritikan daripada pelbagai pihak dalam menilai peranan dan prestasi beliau sepanjang menjawat jawatan itu.Tambahan pula, kecoh sehari dua ini yang mempersoalkan kompentasi TGHH selaku Duta Khas dalam memainkan peranan beliau ketika lawatan diplomatik rasmi PM ke Arab Saudi dan UAE.

PERANAN LANTIKAN DIPLOMATIK

Generalisasi masyarakat terhadap skop kerja eksekutif dan lantikan diplomatik telah mengakibatkan kita gagal menanggapi isu ini secara telus. Lantikan diplomatik secara umumnya mempunyai peranan yang berbeza dengan lantikan eksekutif/kabinet kerajaan. Mereka dilantik oleh eksekutif bagi menjalankan kerja-kerja diplomasi seperti rundingan, mengadakan hubungan baik, mempromosi negara, mewakili negara, mengumpul data dll.

Pokoknya, lantikan diplomatik seperti Diplomat, Duta Besar (Ambassador) mahupun Duta Khas (Special Envoy) bukan hanya pergi berjumpa orang kesana-kesini sahaja tetapi mereka juga perlu menjalankan misi yang pelbagai. Disamping itu, mereka bukan badan eksekutif yang boleh keluarkan arahan dan tiba-tiba bertindak mewakili negara sesuka hati, mereka perlu menjalankan misi diplomatik yg diberikan sahaja.

KENAPA DILANTIK

Melantik Duta Khas ini bukan benda yang baru ianya merupakan amalan biasa dalam hubungan antarabangsa. Hatta, Malaysia sendiri pun pernah melantik Duta Khas semenjak 2011 seperti Tun Datuk Seri Utama Samy Vellu Sangalimuthu (India & Asia Selatan), Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting (China), Tan Sri Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis (Amerika Syarikat).

Tidak cukupkah dengan jawatan seperti PM atau Menteri Luar Negeri untuk kita wakilkan berjumpa dengan wakil negara lain? Kenapa masih perlukan Duta Khas? Untuk dilantik sebagai seorang Duta atau Duta Khas, tidak lain dan tidak bukan kerana anda mempunyai nilai yang tidak dipunyai orang lain.

Diplomasi ini sebenarnya sebuah seni rundingan. Bagaimana kita mahu berunding dengan orang yang kita tidak suka atau tidak kenal? Bukankah rundingan dengan rakan karib berbeza dengan rundingan bersama kenalan baru?

Jesteru, apakah ciri-ciri yang ada pada TGHH sehingga membolehkan dia dilantik sebagai Duta Khas Timur Tengah Malaysia? TGHH yang aktif dalam gerakkan Islam semenjak 70an lagi mempunyai pengalaman dan hubungan luar biasa dengan pemimpin Gerakan Islam. Beliau merupakan mantan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia serta berpengalaman terlibat dalam rundingan dan komitmen antarabangsa pelbagai seperti rundingan dalam Konflik Mazhab di Yaman pada 2010.

PRESTASI SEMASA DUTA KHAS TIMUR TENGAH

Pada 18 Ogos 2020, YB. Tuan Guru Dato’ Seri telah menyerahkan suatu Laporan Eksekutif kepada YAB Perdana Menteri bertajuk “Situasi Terkini Di Rantau Timur Tengah dan Potensi Kerjasama Antara Malaysia dan Negara-Negara Timur Tengah”. Laporan tersebut disediakan untuk menerangkan situasi terkini politik dan ekonomi di rantau Timur Tengah serta impak-impak terhadap kepentingan Malaysia. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menggariskan peluang kerjasama dalam bidang Agama Islam, Pelaburan, Perdagangan dan Pendidikan, selaras dengan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah.

“Saya juga berkongsi hasil pertemuan dengan enam TYT Duta kepada negara-negara Timur Tengah di Malaysia, iaitu Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iran, Oman, dan Afganistan, serta beberapa negara lain yang sedang diatur, bagi mendapatkan maklumbalas langsung dan mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perkongsian pintar dan kestabilan politik. Laporan tersebut mengandungi beberapa syor dan agenda tindakan, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah pasca COVID-19 yang perlu disegerakan, seterusnya memanfaatkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kebaikan Malaysia, umat Islam dan dunia keseluruhannya”. (Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, 26 Ogos 2020)

TGHH berpendapat bahawa keperluan menarik pelaburan daripada Timur Tengah pasca COVID-19 adalah sesuatu yang sangat mustahak untuk negara dan masa depan negara-negara muslim. Beliau juga ada menyampaikan cadangan kepada Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) bahawa untuk menarik pelaburan daripada Timur Tengah, insentif khusus mesti disediakan agar suasana pelaburan yang lebih kondusif dapat dijelmakan.

KESIMPULAN

TGHH sudahpun memainkan peranannya dengan baik selaku Duta Khas apabila berjaya membawa laporan dan saranan alternatif kepada Malaysia dalam merangka dasar luar kita di Timur Tengah melalui laporan rasmi mahupun melalui penulisan artikel beliau.

Pelantikan TGHH juga telah berjaya menarik beberapa individu penting dalam konflik Timur Tengah untuk datang ke Malaysia bagi meneruskan usaha keamanan seperti pemimpin HAMAS.

Pelantikan beliau sebagai Duta Khas ini sekali gus, memberikan keseimbangan dalam proses bagaimana dasar luar negara dirangka dan dijalankan. Peluang diplomasi dan ekonomi dengan negara seperti Turki dan Iran misalnya akan menjadi lebih mudah.

Dikala, negara barat perlu memilih untuk berpihak kepada Arab Saudi atau Iran, Malaysia lebih bijak dalam menguruskan hubungan mereka dengan negara-negara di Timur Tengah dengan tidak berpihak kepada sesiapa. Sudah pastinya ini akan memberi kesan yang positif terhadap kepentingan nasional agar kita mampu mengeksploit peluang ekonomi dan pada masa yang sama mampu membantu memulihkan hubungan negara-negara islam disana.

Muhammad Aiman Roszaimi
Mahasiswa Hubungan Antarabangsa
10 Mac 2021

#PemudaPAS
#MemimpinNegara




KUNJUNGAN ALUMNI YAYASAN ANDA- BERGAMBAR

 

Dikunjungi pimpinan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia diketuai oleh saudara Dr Suhaimi Ibrahim.

Sempat mengimbau kembali sejarah penubuhan dan pengalaman YAA bersama rakan-rakan.

Alhamdulillah, YAA telah lahirkan ramai anak-anak bangsa yang berjaya dalam pelbagai bidang.

 

May be an image of 1 person, sitting, standing and indoorMay be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoorMay be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoorMay be an image of 1 person, standing and indoor