PENJUAL AGAMA MOKHTAR ANAK SENIK MAHU BERLEPAS DIRI?


Image may contain: 1 person, text that says "Mokhtar Dup 13 Nov jam 5:13 PTG walaupun saya parti PAS dan PAS itu sebahagian dari kerajaan PN. Namun apa jua bentuk maksiat yg kerajaan anjur atau benarkan saya berlepas diri darinya dan menentang perlaksanaannya. Namun jika mengundi saya tetap undi PN berbading PH. Kerana PH lebih besar kemudharatannya. harap maklum. UMS Kuala Triang Pahag. 13. Nov.2020"

Mokhtar Senik kata, walaupun dia sokong kerajaan PN, tetapi sebarang kemaksiatan kerajaan PN dia berlepas diri. Ini standard lebai berhukum? Bukankah dulu baca ayat "Dan jangan kamu bersekongkol dengan kezaliman, kelak di bakar api neraka" dan bawa kisah raja zalim yang jubahnya tidak mahu dijahit oleh mana-mana tukang jahit kerana tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman. Mana semua ayat dan kisah ini? Boleh pulak berlepas diri begitu saja? Kamu pilih dia jadi bini kamu, kemudian kamu kata segala maksiat yang bini kamu buat, kamu berlepas diri?

Wahai lebai mokhtar anak senik. Puak-puak kamu telah lakukan dua dosa besar, tau tak?

Pertama, bersekingkol dengan pengkhianat dan pembelot merampas mandat rakyat untuk dapatkan kuasa.

Kedua, tidak berani menegur, hanya sekadar berkata berlepas diri. Kalau begitu baik tak payah jadi ustaz. Penakut nak nyatakan yang hak.

Cukup-cukuplah jual agama, wahai lebai.

 

WFAUZDIN NS

 

KAH....LONGKANG PATUH SYARIAH

 

SHAH NAZLI ISHAK

LONGKANG PATUH SYARIAH - Marang

Seumur hidup ambe ini pertama kali dpt lihat, longkang timbul semula setelah di tanam "ini la kesan apabila cuba melawan Olamak bertaraf "Duta"

Salah satu perkara ajaib di Terengganu yang patut di Book kan...

OH my Marangg

https://www.terengganureport.com/.../projek-longkang...

Image may contain: people standing and outdoor, text that says "Sebelum Selepas"

JELIKNYA PERANGAI PEMFITNAH BERGELAR USTAZ....

 

Contoh penjual air jampi dan penjual agama. Kerja dia mengajar, jual agama sebar fitnah. Tengah-tengah malam buat live fb tunjuk dia ibadat malam...itu pun walaun dok sembah lagi..

Image may contain: 2 people, text that says "Mujahid Yusof Rawa @muja... 1d Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa.. .berlagak tahu segalanya ya telan api fitnah dalam perut dia sendiri...hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya...Allahu Mustaan... FITNAH PH JUAL ASET ΤΗ AKHIRNYA TERJAWAB ASET TABUNG HAJI TERKINI BERJUMLAH RM78.0 BILION"

Parlimen tempat berbahas, bukan tempat menteri baca teks - Anwar

 


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun yang terus mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 orang.

Beliau pada mulanya meminta supaya speaker memberikan kelonggaran dan memberikan lebih masa memandangkan ia adalah perbahasan untuk Belanjawan 2020.

"Biar ahli parlimen yang bangkitkan soalan juga hadir dalam dewan untuk mendengar, jadi tidak terhad jumlah 80 orang dan membolehkan mereka mendengar hujah yang disampaikan," katanya di Dewan Rakyat.

Namun, speaker tetap bertegas dengan keputusan untuk memberikan tempoh 20 minit kepada setiap kementerian, menyebabkan Anwar sekali lagi bangkit membantah perkara tersebut.

"Saya faham Menteri mahu beri penjelasan, terima kasih. Tapi Ini bukan nak dengar kuliah menteri. Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan masuk, tunggu dia baca 'executive summary' 20 minit, kemudian baca teks, tak payah jadi ahli parlimen.

"Tuan speaker saya percaya faham peranan Parlimen terutama masa jawapan menteri iaitu membahas, mencelah, mempertikai, mempersoal. Ini tidak mungkin berlaku dalam masa 20 minit.

"Beri kelonggaran sedikit supaya lebih daripada 80 ahli parlimen boleh masuk dan waktu untuk menteri di tambah supaya ada pencelahan.

"Kalau tidak, parlimen 'does not work in this manner'.

"Menteri beri jawapan eksekutif, tiada soalan ditanya, tiada masa dan kemudian yang lain boleh baca di rumah. Ini bukan semangat yang patut dihormati oleh parlimen," katanya.

 

Pembangkang mahu perbahasan belanjawan dilanjut selepas 2 petang, batal had kehadiran 80 orang


Anggota pembangkang berkata, perbahasan belanjawan sebelum ini tidak dihadkan sehingga jam 2 petang seperti sekarang.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menegaskan beliau akan meneliti cadangan beberapa ahli Parlimen yang meminta masa tambahan perbahasan serta had kehadiran anggota Dewan Rakyat dimansuhkan apabila kementerian memulakan sesi menjawab hari ini.

Hari ini, sebanyak 4 kementerian akan menjawab mengenai Belanjawan 2021, iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya.

Setiap kementerian diberikan masa hanya 20 minit untuk menjawab berbanding hampir 1 jam sebelum ini.

“Saya akan teliti permintaan anda semua,” kata Azhar selepas beberapa wakil pembangkang meminta beliau memansuhkan had kehadiran 80 ahli Parlimen dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) adalah antara wakil pembangkang yang mahu Dewan Rakyat menimbangkan semula keputusan itu, dengan berkata, Parlimen adalah tempat untuk berbahas semasa menteri menjawab sebarang soalan berbangkit.

Ia kemudian disokong oleh Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat) and Johari Abdul (PH-Sungai Petani).

Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun) kemudian meminta sidang Dewan Rakyat dilanjutkan selepas jam 2 petang seperti sebelum ini berikutan banyak kementerian perlu menjawab soalan yang dikemukakan.

“Esok, terdapat 7 lagi kementerian dan Khamis, Kementerian Kewangan akan menjawab dan saya khuatir kita semua tidak cukup masa untuk berbahas mengenai Belanjawan 2021,” katanya.

Azhar kemudian berkata, negara kini berdepan ancaman pandemik Covid-19 dan mengehadkan tempoh berbahas adalah antara langkah yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

“Tetapi, saya akan berbincang semula dengan ketua whip parti mengenai isu ini,” katanya.


MUHYIDDIN SEPATUTNYA SUDAH BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH

 

Semakin dekat menjelang hari pengundian di peringkat dasar Belanjawan 2021 diadakan pada 26 November ini, kebarangkalian ia ditolak nampaknya semakin tinggi.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan pendirian tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan Muhyiddin Yassin tidak dibenar untuk dibuktikan.

Cenderung agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin perlu diutamakan terlebih dahulu, pendirian Tengku Razaleigh itu membayangkan kemungkinan beliau tidak hadir atau bersikap berkecuali ketika pengundian pada 26 November nanti.

Kedudukan sokongan Muhyiddin di Parlimen ketika ini hanya mempunyai kelebihan satu undi saja.

Dengan pendirian Ku Li itu, Muhyiddin berkurang satu lagi undi daripada blok BN.

Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, entah kenapa tiba-tiba saja menitipkan pesan kepada pihak yang dekat dengan Muhyiddin agar mengingatkan Perdana Menteri tentang “angka” yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional atau PN.

Kata beliau, Bersatu hanya memiliki 31 kerusi Parlimen, itu pun setelah sejumlah Ahli Parlimen daripada UMNO dan PKR menyertai parti tersebut.

“Dan angka itu masih tidak menandingi jumlah Ahli Parlimen yang dimiliki UMNO dan BN,” ujarnya.

Mungkinkah Ahmad Maslan juga sedang memberi isyarat tidak menyokong Belanjawan 2021?

Sebelum ini, sebagaimana diketahui umum, Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC menyatakan sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah sokongan bersyarat.

Syarat yang dituntut Najib ialah Muhyiddin mesti membenarkan pencarum membuat pengeluaran one-off sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP serta memberi lanjutan wajib moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi.

Setakat ini, walaupun ada kebenaran dalam pengeluaran KWSP, tetapi Najib jelas tidak berpuas hati kerana ia tidak sebagaimana yang diminta oleh BN.

Di bawah BNBBC yang dipengerusikan Najib, terdapat seramai 23 Ahli Parlimen penyokong kerajaan iaitu mereka yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Jika Najib membuat keputusan tidak menyokong belanjawan, berapa ramai akan mengikut langkahnya?

Di ketika yang sama, suara-suara dalam UMNO sendiri yang mahu Belanjawan 2021 ditolak atau Ahli Parlimen mesti berpendirian mengikut suara hati mereka, semakin nyaring kedengaran dalam sehari dua ini.

Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin dan Shahrir Samad misalnya, mereka menganggap menyokong belanjawan yang tidak memihak kepada keperluan rakyat, adalah suatu bentuk pengkhianatan kepada rakyat itu sendiri.

Daripada segala suara yang kedengaran dalam UMNO setakat ini, jelas bahawa nada yang mahukan Belanjawan 2021 ditolak adalah lebih tinggi daripada mereka yang mahu ia disokong.

Bahkan, sudah kedengaran suatu pandangan lain sekarang ini iaitu waima segala tuntutan sedia dipenuhi oleh Muhyiddin sekali pun, belanjawan kali ini tetap perlu ditolak oleh UMNO dan BN.

Hujah mereka ialah berkaitan pembulian dan kedudukan UMNO yang tidak dihargai dalam kerajaan di mana sokongan kepada belanjawan bermakna melanjutkan lagi masa untuk Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, sekaligus membenarkan pembulian terus berleluasa lagi.

Dalam hal ini, apakah Muhyiddin masih mahu menunggu belanjawan ditolak baru mahu berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri atau beliau sepatutnya sudah harus mengibar bendera putih? 

(Shahbudindotcom 23/11/2020)


Umno tidak mahu dipaksa terima PPBM, Khaled jawab Annuar


Khaled Nordin.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tinggi Umno berkata parti itu tidak mahu dipaksa terima PPBM ataupun sesiapa pun, mengharapkan parti rakan, PAS, akan memahami dan menghormati kedudukannya tentang hubungan dengan parti serpihan itu.

Katanya, Umno bukan dalam misi untuk memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan jenteranya.

“Hanya jauhari yang mengenal manikam,” kata Naib Presiden Khaled Nordin dalam kenyataan, mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa.

Annuar, yang juga ahli majlis kerja tertinggi Umno, dalam suatu temubual pada 19 Nov dilapor berkata PAS tidak akan bersama Umno tanpa PPBM.

Menurutnya, PAS bertegas Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan PPBM.

Khaled menepis Annuar sebagai “bukan jurucakap PAS”.

“Ia datang daripada seorang yang hanya ingin menyelamatkan PPBM dan memecah-belahkan Muafakat Nasional,” tambahnya.

Kepada PAS, Khaled berkata Umno menghargai setiakawan parti Islam itu, mengatakan kerjasama mereka banyak memberikan kebaikan kepada politik Melayu-Islam.

Katanya, Umno tidak menghalang PAS menyertai Perikatan Nasional, walaupun gabungan itu dipimpin PPBM, kerana partinya memahami dan menghormati kedudukan PAS.

“Maka demikian juga yang Umno harapkan daripada PAS tentang hubungan Umno dengan PPBM,” katanya.

Tambahnya, PAS pasti sedar Umno akan bertembung dengan PPBM di beberapa kerusi pilihan raya.

“Apa jua rundingan dengan PPBM adalah untuk Umno lakukan terus dengan PN melalui Barisan Nasional,” katanya.

Barisan Nasional ketika ini dianggotai Umno bersama dua sekutu setia, iaitu MCA dan MIC.

Umno menjalin kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional, yang dimeterai selepas keputusan pilihan raya umum ke-14.

Kerjasama itu menyaksikan Barisan Nasional memenangi beberapa pilihan raya kecil secara berterusan.

“Umno dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan. Maka sinergi inilah yang mesti dioptimumkan waktu ini,” katanya.

IKUT HUKUM ISLAM BIR SEJENIS ARAK


PKR SUKAR KEMBALI BERSAMA TUN M


Ini pandangan MSO...boleh berlaku sebaliknya.



MENEBING MALAM


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet dan pengundian pada 26 November nanti. Pendirian itu kerana beliau menurut hati nuraninya mempersoalkan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. 

Bagi Tengku Razaleigh kesahihan Muhyiddin diragui jadi Bajet dibentang kerajaanya juga meragukan. Atas prinsip itu Tengku Razaleigh tidak akan hadir ke parlimen.

Pendirian Tengku Razaleigh itu ditafsirkan dengan berbagai makna kononnya Muhyiddin akan berhadapan dengan masalah untuk meluluskan Bajet 2021. Namun saya mempunyai naluri berbeza dalam hal ini. Walaupun Tengku Razaleigh tidak hadir, tetapi Muhyiddin akan mempunyai jumlah cukup untuk meluluskan Bajet 2021.

Hujah saya simple sahaja untuk menganggap demikian, ia ekoran pembangkang tidak seiya sekata berhubung Bajet tersebut dan menghadapi kerajaan PN. Sekurang-kurangnya empat orang ahli Parlimen yang tidak berparti belum pasti menolak Bajet berkenaan. Sekiranya mereka berfikir dengan penolakan Bajet itu menguntungkan pembangkang khasnya Anwar Ibrahim mereka juga akan pulau sidang menurut hati nurani mereka. 

Pemulauan itu akan memberi pelung untuk Muhyiddin mendapat sokongan sekadar cukup makan. Wallahualam. Trims.



FIKIR DENGAN TENANG SEBELUM LARI DIKEJAR ORANG....


Antara yang menggelupur macam beruk dulu lebai lucah ni lah..kemudian dia buat status bodo dia..kata melayu tak yah kalut..bukan kalut..kami nak tengok juga kilang arak tutup...tu saja...lagi pula kami tak bawa fatwa macam macam..yang bodo macam hang saja yang terasa...erkkkkk....lebai kelarah...


 

BIAR KAMI SAJA HADAP ORANG NYANYUK.

 


W.Faudzin

Dato Seri tak perlu layan atok ok.  Teruskan bermain dengan cucu, ada juga faedahnya.  Atok tu memadai kami kat bawah ni je hadapi.  Bukan susah nak hadapi orang tua nyanyuk ni...




MAHATHIR TERBUKTI SEMAKIN “SAKIT”( ULANG SIAR)

 

OLEH KERANA VIEW TULISAN OLEH SDR SHAHBUDIN HUSSEIN YANG DIMUATNAIK DALAM BLOG INI MENCECAH 45 K , MAKA DIULANG LAGI TULISAN INI KERANA MELUATNYA RAKYAT TERHADAP BEKAS PM INI.



Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya.

Ternampak Tun Mahathir kini seperti seorang tua degil lagi keras kepala yang tidak lagi mahu memperdulikan nasihat daripada sesiapa.

Lebih-lebih lagi dengan membaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang masih cuba menyalahkan Anwar, sambil meletakkan dirinya betul belaka dalam semua perkara dalam kemelut politik berkaitan dirinya, jelas beliau kini sedang mengalami “sakit” yang tiada ubatnya lagi di dunia ini.

“Sakit” itu ialah dendam dan dengki kepada Anwar dan ketakutan Presiden PKR itu sampai jua akhirnya ke kerusi Perdana Menteri.

Sebagaimana beliau memecat Anwar pada 1998 sehingga kemudian sanggup menapak ke mahkamah untuk berbaik dan menghantar Tun Daim Zainuddin ke Penjara Sungai Buloh, semuanya adalah rencana untuk menghalang bekas musuhnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Sakitnya itu pula tidak mustahil tambah menjadi-jadi, mungkin telah mula menggangu tidur Tun Siti Hasmah Ali, lantaran melihat Anwar semakin hampir ke puncak kuasa berdasarkan perkembangan politik semasa kebelakangan ini.

Kiranya Belanjawan 2021 ditolak dan cadangan mengadakan PRU pula tidak diterima berikutan ancaman Covid19 masih melanda, tentulah pertukaran kerajaan merupakan satu-satunya pilihan yang wajar yang akan dipertimbangkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Tidak mungkin juga usul darurat dapat dikemukakan semula oleh Muhyiddin kerana ia sudah pun ditolak Agong sebelum ini.

Lebih sakit lagi derita Tun Mahathir kerana usaha menolak Belanjawan 2021 yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan itu berlaku berikutan adanya persamaan perjuangan antara Anwar dengan Najib Razak, kini Pengerusi BNBBC.

Kedua-dua Anwar dan Najib dilihat senada tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika isu pengeluaran KWSP tidak diberi kebenaran dan moratorium pinjaman bank tidak dilanjutkan.

Dalam seluruh pembuluh darah Tun Mahathir sekarang, selain Anwar adalah musuhnya sampai mati, Najib juga sudah termasuk dalam kategori yang sama.

Sebab itu, dalam perbahasan Belanjawan, yang diserang Tun Mahathir adalah Najib, bukannya Muhyiddin yang selalu disebutnya sebelum ini telah mengkhianatinya.

Di ketika orang lain, semakin menginjak tua menjadi semakin pemaaf dan mengurangkan musuh, Tun Mahathir sebaliknya kian menambah koleksi musuhnya.

Maka, terus menyalahkan Anwar dan menghujahkan dirinya betul belaka adalah cara Tun Mahathir untuk menagih simpati bagi dirinya, sambil mengharapkan Presiden PKR sentiasa terhalang menjadi Perdana Menteri.

Tujuan menghalang Anwar itu pula tentulah dengan maksud mahu mempromosi dirinya sekali lagi, buat kali ketiga, untuk jadi Perdana Menteri.

Barangkali, boleh “gila” dibuatnya Tun Mahathir kali ini kiranya tertakdir panjang usianya dapat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, sambil diberi ucapan tahniah oleh Najib dan juga Zahid Hamidi kemudiannya.

Sementara Tun Mahathir semakin dimanah usia semakin sakit derita hatinya, Anwar pula tergambar bertambah tenang, ceria dan gembira dengan aktiviti harian seperti bersenam, membersihkan kawasan rumah, bermain dengan cucu, sambil tidak mengabaikan sama sekali tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin politik yang aktif sepanjang masa.

Kuncinya ialah Anwar tidak pernah berdendam, sentiasa berlapang dada, redha dengan ketentuan Tuhan serta tiada dengki, iri hati, jauh sekali ada melakukan khianat sesama rakan sendiri.

Sebab itu, yang meroyan dan bertambah sakit hari demi hari hanyalah Tun Mahathir, manakala Anwar – lihat saja wajahnya – sentiasa saja ceria dan gembira.

Dan akhirnya, pastilah Tun Mahathir akan bertambah-tambah sakit lagi apabila segala serangan dan kata-katanya terhadap Anwar tidak disambut walau sepatah pun oleh Ketua Pembangkang itu.

Kata-katanya tak ubah seperti “angin perut” yang busuk dan memualkan.

Kesiannya…sedih tak terhingga kalau kita ada bapa atau atuk seperti itu. 

(Shahbudindotcom 21/11/2020)



[[LIVE]] Ku Li tidak datang bajet? Siapa rugi? Negara kucar kacir ? PRU?...

ADA MABUK HALAL DAN HARAM KAH ...?

 

RINA HAMZAH


Ada Judi Halal dan Judi Haram..

Kini ada Beer 'Halal' yang tak memabukkan dan Arak Haram..
Janji tiada DAP... Take beer !!!
YANG PELIKNYA.. hingga sekarang tiada satu pun Lebai PAS berani nak tegur Menteri PN tu kenapa ??!
SR

Image may contain: 2 people

Konon dulu Pas serbu kedai sebab jual ARAK, rupanya itu adalah BIR… kikikikikiii

 

P E J U W A N G I S L E…


BOB KELANANG

Tahun lalu, pimpinan Pas Perak, Hafez Sabri bersama sekumpulan telah datang sebuah kedai di Manjoi, Ipoh gara-gara menjual minuman keras.

Beliau menuntut supaya pasaraya tersebut menghentikan penjualan arak di situ oleh kerana kawasan tersebut adalah majoriti Islam.

Beliau mendakwa, pihak masjid berdekatan dan masyarakat setempat telah menyatakan bantahan kepada pihak pengurusan kedai tersebut.

Tetapi, katanya tidak ada sebarang tindakan diambil seolah-olah tidak sensitif dan masih berdegil menjual arak.

Tindakan mereka datang ke kedai tersebut menyebabkan pekerja yang tidak apa-apa terpaksa mengeluarkan semua air minuman yang dibantah itu daripada peti ais jualan.

Tindakan tersebut telah mendapat respon Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada ketika itu yang mengingatkan agar NGO yang mempunyai masalah berhubung sesuatu isu tidak bertindak sendirian dan mengikut saluran yang disediakan bagi mengelakkan masalah lain timbul.

Namun, setelah melihat kenyataan menteri semalam, mendapati rupa-rupanya bantahan tersebut adalah silap kerana kedai tersebut bukanlah menjual arak tetapi bir.

Barangkali mereka keliru tentang perbezaan arak dan bir yang mana ketika ini Kerajaan PN tetap memberi kebenaran untuk menjualnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka...

TAKDIRRRRRRRRRRRRRRRRR





INI LEBAI PAS TOLONG JELASKAN...ADOIIIII....LEMBAB BETUL

 

FAEZUDDIN PUAD

Ini contoh beer yang dibenarkan dijual di kedai-kedai runcit di dalam kawasan pentadbiran DBKL? Beer ni semua tak memabukkan? Yang tak dibenarkan adalah arak.Dah tu yang nak tutup kilang tu macamana pulak?Baik buka kilang dari tutup sebab banyak orang boleh kerja dan cukai pun dapat  banyak.

Mohon pencerahan ulamak PAS.

Image may contain: 1 person, text that says "Beer tak tersenarai minuman keras yang memabukkan -Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa SR suara akyat PREMIUM BEER arlsberg PONEN LAGER Heineken GUINNESS FOREIG EXTRA STOUT CEMIUM QUALII ORIGINAL QUALITY Tíger 1932 SINCE World latmed EER NEATARS"

Kurang 24jam Amanah Selangor Pecat ADUN Meru tampa ikot SOP Tubuh Parti,...

BELANJAWAN 2021 WAJAR DITOLAK. NOKTAH

INI SEBABNYA JASA DIBERI PERUNTUKAN YANG SANGAT BANYAK...

TIADA BAJET KHUSUS UNTUK SEKOLAH TAHFIZ, AGAMA - MAHFUZ PERSOAL BAJET R...

Ku Li tak sertai bahas belanjawan selagi usul tolak Muhyiddin tidak dibentang


Tengku Razaleigh Hamzah enggan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak cadangan supaya beliau memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan untuk diberi laluan membentangkan usul berkenaan.

Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li berkata cadangan Azhar itu melanggar Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berasas kerana Takiyuddin sendiri adalah pihak yang terkesan dalam usul tidak percaya itu.

“Pada pandangan saya, (Takiyuddin) tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak,” katanya menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov kepada Azhar.

Ku Li turut menolak pendirian Azhar bahawa usul yang dibawanya berbentuk “persendirian,” justeru hanya boleh dibentangkan selepas aturan rasmi kerajaan selesai, atau, jika di beri laluan oleh pihak kerajaan.

“Sesuatu isu asas …iaitu keabsahan (Muhyiddin) memegang jawatan Perdana Menteri mengikut ketetapan perlembagaan… bukanlah usul persendirian tetapi melibatkan perlembagaan dan keabsahan Perdana Menteri sendiri.

Pada 14 Okt lalu, Azhar mencadangkan Ku Li berunding dengan Takiyuddin bagi membolehkan usul persendirian diberi keutamaan dan dibentang di Dewan Rakyat.

Ketika itu, Azhar berkata beliau terikat dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam menolak permohonan Ku Li untuk usul tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad diberi keutamaan untuk dibentang di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Azhar, Ku Li menegaskan tidak ada Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang boleh menghalang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan dengan segera dan justeru ia “harus dibahaskan pada sesi yang akan datang.”

Selagi Azhar tidak membenarkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional dibuktikan, Ku Li berkata beliau tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021.

“Memandangkan keabsahan kerajaan belum ditentukan, saya terikat dengan nurani dan ikrar saya dan maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan,” katanya.



Umno pilih Anwar atau kekal bersama Muhyiddin?


Umno pilih Anwar atau kekal bersama Muhyiddin?




ÀDA DUA BENDA MAHATHIR NYANYUK TAK SEBUT

 

Jamzuri Ardani

Sekurang-kurangnya dua perkara penting yang Tun M tidak sebut dalam tulisan beliau baru-baru ini.

1. PH tidak menamakan beliau sebagai PM kerana beliau mahu menjadi PM tanpa parti. Ini tidak dapat diterima oleh PH.  Sekiranya beliau secara jelas menyebut akan meneruskan kerajaan PH, saya percaya semua MP PH akan menyokong beliau. 

2. Pimpinan PH termasuk DSAI ada menjemput Tun M untuk hadir bersama dalam mesyuarat terakhir sebelum PH membuat keputusan menamakan DSAI sebagai calon PM.  Tetapi Tun M menolak untuk hadir mesyuarat tersebut.

Saya menulis dua perkara ini bukan untuk memburukkan atau menimbulkan kebencian kepada sesiapa, tetapi sekadar menyatakan fakta yang benar. 

Parti Amanah menyokong DSAI sebagai calon PM pada waktu itu dan saya fikir ia keputusan yang tepat walaupun tidak berjaya.  

Adalah tidak benar untuk mengatakan pencalonan DSAI tersebut adalah disebabkan PH telah menolak Tun M.  Apatah lagi untuk menyalahkan DSAI sebagai punca kegagalan.  Hakikatnya, Tun M sendiri yang enggan hadir dalam mesyuarat PH untuk membincangkan perkara tersebut walaupun telah dijemput.