DI MANAKAH PRINSIP PAS DI TG PIAI?

Pulau Pinang peruntuk RM60.05 juta pelihara kepentingan Islam tahun depan



Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyedari keperluan untuk memperkasakan institusi keagamaan dan memelihara kepentingan agama Islam, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. 

Justeru itu, dalam pembentangan Belanjawan 2020 Pulau Pinang hari ini, beliau mengumumkan sejumlah RM60.05 juta akan diperuntukkan tahun hadapan bagi memelihara kepentingan agama Islam.

Katanya, ini termasuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru, Daerah Timur Laut dengan peruntukan RM1 juta.

Malah tambah Kon Yeow, tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4.65 juta untuk pembinaan masjid baharu dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan iaitu Masjid Kampung Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar.
 

PAS MALU ALAH DI TANJUNG PIAI

PRK TG PIAI - TIDAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI 'FATWA" PAS DI DALAM MEMILIH CALON



Dewan ulamak Pas keluarkan 'fatwa'baru di Tg Piai, iaitu, wajib sokong calon BN - MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH - Bersatu walaupun berbangsa Melayu, Islam, bekas pendidik dan bekas Imam,  dalilnya, " PILIH YANG KURANG MUDHARAT".

Kita buat kajian ok.  MCA adalah parti komponen BN.  BN adalah kerajaan kleptokrasi yg memerintah negara sebelum 09 Mei 2018 dan telah ditumbangkan di dalam PRU14 yg lalu kerana 'kemudharatan"nya terlalu banyak.  Hingga hari ini, beberapa pimpinan dari BN telah dibawa ke mahkamah atas beberapa skandal penyelewengan.  MCA juga berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu dan turut bersubahat membiarkan kemungkaran dan kemudharatan kerajaan BN selama ini.  MCA tanpa segan silu dan berterus terang menolak hukum Hudud.

Calon PH dari Bersatu adalah calon yang mewakili PH yang telah membuang kerajaan kleptokrasi terdahulu.  Ini bertepatan dengan perintah Allah iaitu jangan sesekali membiarkan kezaliman dan kemungkaran, cegah kemungkaran itu wajib.  Bertepatan dengan perintah Allah, "Jangan sesekali cenderung kpd kezaliman, kelak dibakar api neraka".  Ayat ini sering menjadi mukaddimah penceramah Pas sewaktu bersama kita di dalam PR dan sewaktu Pas mendoakan Umno agar 'K.O".  Ertinya, calon PH adalah mewakili parti yg menentang kerajaan terdahulu yang dipenuhi dengan skandal 1MDB, skandal terbesar di dunia itu.

Jika mahu memilih mana satu yg kurang mudharat, maka tidak sukar untuk buat pilihan.  Calon MCA sudah semestinya ditolak kerana bersama dengan BN yg memudharatkan negara sebelum ini.  Mahu cari calon Pas?  Malangnya Pas hanya jadi balaci tukang angkat bendera Dacing Baghdad dan kerjanya jual agama dan cipta hukum dari masa ke semasa.  

Habis tu, mau undi siapa?  Tiada lain, kita wajib undi calon PH dari Bersatu.  Tidak sukar nak memahami 'fatwa' Pas itu.

WFAUZDIN NS

AZMIN SUDAH HILANG KELAYAKKAN RASMIKAN KONGRES



Sayap Pemuda dan Wanita PKR diberitakan sedang dalam dilema sama ada mahu menjemput Azmin Ali atau tidak untuk merasmikan kongres mereka hujung tahun ini.
Mengikut tradisi, perasmian kongres Pemuda dan Wanita PKR adalah dirasmikan oleh Timbalan Presiden.
Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa dan perangai Azmin Ali yang seolah-olah tidak setia dan hatinya tidak lagi bersama PKR dengan tidak pernah hadir mesyuarat sejak setahun yang lalu, mereka kini dikatakan sedang menimbang untuk menjemput Dr. Wan Azizah Wan Ismail melakukan perasmian.
Dalam hal ini, Azmin sebenarnya sudah lama hilang kelayakan untuk menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR, apa lagi untuk diraikan bagi merasmikan kongres sayap parti.
Beliau bukan saja tidak pernah hadir mesyuarat, sama ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat atau Biro Politik sejak November 2018, malah dalam banyak keadaan secara terbuka menyanggah Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR.
Tidak pernah dalam dunia ini ada pemimpin nombor dalam mana-mana parti, tetapi mengabaikan tanggungjawabnya sejak kira-kira setahun yang lalu dan secara terbuka lebih menyanjung ketua parti lain berbanding ketua partinya sendiri.
Apakah jenis Azmin ini sebenarnya?
Kalau pun sibuk sebagai menteri, apakah beliau seorang saja yang sibuk dalam dunia ini?
Mengapa pemimpin lain, terutamanya Tun Mahathir Mohamad sentiasa boleh membahagikan masa antara tugas untuk negara dan tanggungjawab kepada parti?
Begitu juga, kenapa pemimpin PKR lain yang turut berjawatan menteri, kecuali Zuraidah Kamaruddin, sentiasa boleh menghadiri mesyuarat parti?
Dengan perangai yang ditunjukkan Azmin sejak setahun yang lalu, beliau tidak saja tidak layak lagi merasmikan kongres sayap PKR, bahkan patut malu dengan dirinya jika mahu hadir juga melakukan perasmian.
Beliau sebaliknya patut dikenakan tindakan kerana ada mustahil tidak boleh hadir mesyuarat selama setahun lamanya, kecuali ianya memang disengajakan.
Apa yang mahu ditemberang oleh Azmin dalam ucapan perasmian kongres itu nanti jika dirinya sendiri tidak betul dan penuh kepalsuan?
Maka, tidak patut ada rasa bersalah kepada sayap Pemuda dan Wanita jika mereka tidak menjemput Azmin kali ini.
Bahkan, itulah tindakan terpuji untuk mengajar pemimpin yang sudah lupa kepada tanggungjawab sendiri dan tidak sedar agaknya tapak mana yang menaikkannya selama ini. (ShahbudinHusin 01/11/2019)

PAS PUTAR BELIT FATWA SESEDAP RASA

PAS OH PAS...LEBIH BAIK TAK PAYAH DATANG BERKEMPEN.



Ketika PRK Cameron Highlands di mana calon BN adalah daripada UMNO yang beragama Islam, manakala calon PH adalah DAP yang bukan Islam, Pas telah mengeluarkan fatwa wajib menyokong calon yang ada sifat keagamaan.
Justeru, Presiden Pas, Hadi Awang meminta pengundi Islam termasuk mereka yang bukan Islam agar tidak memilih calon dari DAP itu.
“Kita minta supaya pengundi-pengundi khususnya bagi penganut beragama Islam, wajib mereka menyokong calon yang ada sifat keagamaan.
“Calon yang mewakili BN yang kita kenal dimaklumkan bekas seorang pegawai polis. Beliau tidak pernah melakukan salah laku sepanjang perkhidmatannya.
“Dia dipujuk dan bukan dia minta untuk jadi calon supaya bertanding, dan mendapat persetujuan bukan sahaja Umno, MIC tetapi juga termasuk PAS.
“Minta persetujuan dan kita bersetuju melantik beliau menjadi calon dan memakai simbol Barisan Nasional, kerana kita mengambil kira undi Barisan Nasional undi yang terbesar (diperolehi) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu,” ujar beliau.
Bagaimanapun, di Tanjung Piai di mana calon BN adalah daripada MCA dan bukan Melayu, sementara calon PH adalah Melayu daripada Bersatu, pendirian Pas tiba-tiba terus berubah.
Melalui kenyataan oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyudddin Hassan, beliau mengumumkan pendirian Hadi menyokong calon MCA yang bukan Melayu itu.
Menurut Takiyuddin, sokongan itu selaras dengan persefahaman Muafakat Nasional yang dipersetujui PAS bersama Umno.
“Sokongan ini adalah selaras dengan persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS yang ditandatangani pada 14 September 2019 yang lalu.,” tambah beliau lagi.
Tidak cukup dengan itu, untuk mewajarkan lagi tindakan Hadi itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Nik Zawawi Salleh menegaskan, larangan parti itu sebelum ini untuk mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak, sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu.
Kata Dr Nik Zawawi lagi, penentangan parti itu terhadap calon bukan Islam berdasarkan kepada sentimen berlainan agama atau bangsa.
“Bagaimanapun Islam tidak melarang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non-Muslim yang tidak melawan Islam.
“Walaupun calon dari Muafakat Nasional (gabungan PAS dan Umno) yang diwakili oleh BN adalah non-Muslim, namun ia bukanlah terlarang secara mutlak,” tegasnya.
Tengok…hanya dalam tempoh tidak sampai setahun, pendirian Pas sudah berubah mengikut kepentingan selera serta nafsu politiknya.
Nampaknya, Pas boleh suka-suka saja mengeluarkan larangan mengundi calon bukan Islam jika tindakan itu memihak kepadanya dan di ketika yang lain membenarkannya pula menyokong calon bukan Islam kalau itulah kepentingan semasanya.
Di masa akan datang, jika Pas nantinya berkelahi dengan UMNO dan BN serta tiada lagi Muafakat Nasional dan bergerak sendirian, pastilah ketika itu akan keluar farwa baru lagi iaitu jatuh haram menyokong mana-mana calon bukan Melayu.
Adakah hukum Islam boleh diubah-ubah begitu saja?
Untuk itu, demi memelihara kesucian Islam, ada baiknya Pas tak payah datang sama sekali berkempen di Tanjung Piai nanti.
Sementara Pas tentunya akan berkempen menyokong calon MCA yang pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud, umat Islam seluruh negara tentunya masih tidak lupa fatwa yang pernah dikeluarkannya di Cameron Highlands dahulu.
Bermakna, jika Pas turun berkempen juga kedatangan itu tidak lebih hanya untuk mempermain-mainkan hukum Islam semata-mata. (ShahbudinHusin 01/11/2019)
.

KENYATAAN BIADAP PENGERUSI UMNO JOHOR DIKRITIK

BICARA 1MDB: BAYAR AS1 BILION TUKAR SAHAM

LEBAI WALA' KEPADA UMNO DAN UMNO WALA' KEPADA MCA - SIAPA PARTI DOMINAN DI DALAM BN SEBENARNYA?




Tepat jangkaan saya bahawa akan ada "fatwa" baru oleh olamak parti lebai bila MCA letak calon di PRK Tg Piai.  Tidak seperti di PRK Cameron Highland di mana fatwanya adalah wajib undi calon Melayu Islam (Umno) dan haram undi calon bukan Islam (PH-Dap).  Di atas mimbar Jumaat, 

Kali ini, fatwanya lain.  Wajib undi calon MCA kaum Cina bukan Islam dan haram undi calon PH -Bersatu iaitu seorang Melayu Islam bekas sseorang guru dan Imam.  

Alasannya apa?  Lebai kata hujahnya adalah kerana Taawun dengan Umno.  Umno telah diberi mandat untuk jadi parti dominan (bos), maka wajib wala' dengan Umno.  Umno pula wala' dengan MCA?  Kahkahkah355...melucukan!! 

Lebai kata lagi, Islam tidak boleh langgar perjanjian dan parti lebai tidak akan langgar perjanjian.  Wah  !!  Betulkah ada perjanjian dengan Umno?  Perjanjiannya Umno jadi bos?  Perjanjian berkaitan calon pilihanraya pun telah ada?  Betulkah lebai tak pernah langgar perjanjian? 

Wahai lebai, dengan budak hingusan dalam politik bolehlah kamu jual agama.  Siapa tidak tahu kisah pertandingan 3 penjuru banyak berlaku yang melibatkan lebai langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat?  Langgar perjanjian, tidak cukup dengan itu reka fitnah kononnya calon Keadilan  adalah berfahaman komunis dan pengedar pil kuda, maka lebai pun letak calon di situ.  Kalah pun takpe, asalkan parti kawan tidak menang.  Akhirnya Umno menang dan Umno jadi kawan lebai sekarang.

Lebai pernah kata, parti Islam ini kuat bersendirian dan jika parti ini mahu bergabung dengan mana-mana parti sekalipun, parti Islam mesti dominan.  Hari ini, terbukti bahawa Taawun di antara lebai dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu yang dominan adalah Umno.  Lebai seperti biasa juga.  Lebai kena wala' dengan Zahid Hamidi yang telah dihadapkan dengan berpuluh kes di mahkamah. 

Lebai wala" kepada Umno.  Umno pula terpaksa wala' kepada MCA dan MIC kerana takut Bn diharamkan jika MCA atau MIC keluar dari Bn.  Ertinya di dalam Bn dan pakatan mereka, parti dominan adalah MCA.  Wallahu Aklam

WFAUZDIN NS

LAIN KALI JANGAN CAKAP ISU PERKAUMAN, KAN DAH JATUH MARUAH UMNOPAS..TAK GITU?



Berikutan akhirnya BN meletakkan calon MCA di Tanjung Piai, bukan saja UMNO, malah Pas yang merupakan rakan kerjasamanya juga menerima kecaman serta kritikan daripada pelbagai sudut.
UMNO didawa tunduk kepada kaum Cina, UMNO bukan pejuang Melayu, MCA lebih hebat daripada UMNO, kempen BMF atau Buy Muslim First jadi tidak bermakna dan macam-macam lagi serangan bertalu-talu datang menimpa.
Sejak semalam, bukan saja banyak kecaman ditujukan kepada UMNO berikutan perkara itu, malah tentera siber UMNO pun nampaknya sibuk mempertahankan diri tentang kewajaran memberikan MCA bertanding di Tanjung Piai itu.
Pas pula turut dilemparkan dengan pelbagai kritikan, termasuk diketengahkan semula beberapa kenyataan media Hadi Awang sebelum ini yang menyebut tentang perlunya orang Islam mengundi calon Islam dan mengutamakan pemimpin beragama Islam.
Sebetulnya, dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum serta agama dan BN sendiri merupakan parti yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC, meletakkan calon Melayu atau bukan Melayu di sesuatu kawasan bukanlah isu besar, malah suatu keperluan.
Untuk mentadbir negara, mana-mana parti sekali pun perlukan sokongan daripada semua kaum. Tidak mungkin dengan sokongan satu-satu kaum saja sesiapa dapat mentadbir negara ini.
Maka, tidak ada salahnya meletakkan MCA atau calon bangsa Cina atau MIC (India) bertanding di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.
Tambahan lagi, dalam konteks Tanjung Piai misalnya, kerusi itu memang kouta MCA sejak ia diwujudkan pada 2004 lagi.
Maka, di mana salahnya memberi semula MCA peluang bertanding di situ?
Apa yang salah ialah sikap UMNO sendiri yang terjerumus kepada politik kaum dan agama yang keterlaluan sejak kebelakangan ini, terutama sejak berkawan dan bekerjasama dengan Pas.
Sikit sikit Melayu, sikit sikit Islam dan seolah-olah kaum lain tiada hak di negara ini.
UMNO tidak harus terperangkap dengan sikap melampau Pas yang melihat kaum Cina adalah sama seperti DAP. Bermusuh dengan DAP tidak seharusnya bermusuh dengan semua pengundi Cina secara pukul rata.
Fikirlah bahawa Pas yang dulu hanya berjuang atas nama Islam, tetapi kini turut sama tebal berjiwa Melayu dan anti DAPnya hanya mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu saja.
Jika begitu sikap Pas, selama-lamanya hanya Kelantan dan Terengganu sajalah tapak untuk parti itu bergelumang dan berkubang.
Hanya apabila Pas bersikap terbuka seperti beberapa tahun sebelum ini saia mereka dapat menang di Selangor, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri yang lain.
Apabila kembali semula kepada sikap perjuangan memusuhi kaum dan bangsa lain, Pas akhirnya tidak mampu ke mana-mana, kecuali Kelantan dan Terengganu saja.
Dalam konteks Tanjung Piai khususnya dan lain-lain kawasan amnya, baik kepada BN atau PH, meletakkan sesiapa juga sebagai calon tidak harus dilihat daripada sudut kaum dan agama semata-mata.
Ia adalah berdasarkan kesesuaian dan adanya kerjasama kedua-dua pihak, baik BN atau PH, dengan semua kaum dan perlunya sokongan yang pelbagai untuk mencapai kemenangan.
Jika hari ini UMNO dan BN menerima kesan dan serangan berhubung tindakan meletakkan MCA bertanding di Tanjung Piai, ia tidak lain berpunca daripada salah serta silap mereka sendiri yang suka bermain sentimen kaum secara keterlaluan kebelakangan ini.
Sikit-sikit apa yang berlaku dalam PH, semua disalahkan DAP dan orang Cina, meskipun bukan itu hakikatnya.
Tetapi, untuk menunjukkan mereka lebih berjuang untuk Melayu kononnya, tambahan pula dikipas oleh Pas, itulah yang dilakukan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini.
Sedarlah, politik kaum yang melampau tidak akan membawa sesebuah parti itu ke mana-mana, malah akhirnya akan menikam diri sendiri apabila dalam waktu yang lain kita sebenarnya memerlukan sokongan semua untuk meraih kemenangan.
Sudah insafkah UMNO atau selepas Tanjung Piai nanti, mereka akan kembali kepada perkauman semula? (ShahbudinHusin 31/10/2019)

PKR SABAH SOKONG ANWAR PM KE 8

MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN KRITIS – ANWAR

SELEPAS APEX PULAK BARU BERSEDIA?



Meskipun tempoh dua tahun Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ialah Mei 2020 dan di waktu yang sama tarikh peralihan kuasa masih jadi tanda-tanya, kini satu lagi khabar angin muncul menjadi bualan ramai.
Sumber PH memberitahu, Tun Mahathir dikatakan hanya sedia berundur dan melakukan peralihan kuasa selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang dijadual diadakan di negara ini pada November 2020.
Kata sumber PH itu, adalah penting dan sesuatu yang bermaruah untuk Tun Mahathir menghadiri persidangan antarabangsa Apec 2020 yang turut akan dihadiri pemimpin dunia seperti Presiden Xi Jinping dari China.
”Walaupun ada sesetengah pihak berpendapat Perdana Menteri perlu menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim selepas dua tahun, namun ada pemimpin PH yang mempunyai pandangan lain.
“Ada yang berpendapat Tun Mahathir harus menjadi pemimpin pilihan rakyat pertama di dunia yang mempengerusikan mesyuarat APEC sebanyak dua kali.
“Keadaan itu akan membolehkan beliau menyerahkan jawatan dalam keadaan yang baik,” kata sumber itu lagi.
Apakah semua ini ada kaitan dengan kesediaan Tun Mahathir baru-baru yang terbuka agar soal peralihan kuasa dibincangkan dalam Majlis Presiden PH?
Dengan adanya alasan Apec 2020, apakah Tun Mahathir akan meminta Majlis Presiden PH agar sedia memberinya tempoh meneruskan tugas sehingga November 2020?
Kalau begitu, bilakah tarikh penyerahan jawatan kepada Anwar?
Disember 2020? Februari 2021?
Mei 2021?
Atau tarikhnya akan terus dianjak lagi selepas itu dengan alasan adanya persidangan antarabangsa yang lain pula? (ShahbudinHusin 30/10/2019)