APA PUN , NAJIB, TOLONG JAWAB DEEPAK

KUALA LUMPUR: Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu"

"Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'.

"Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Deepak juga akan melakukan u-turn seperti yang berlaku dalam Akuan Bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam dahulu, Mohamad berkata kemungkinan itu tidak boleh ditolak kerana Najib mungkin akan menggunakan segalanya kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam keadaan terdesak ini.

"(Isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor) juga tak mungkin duduk sahaja dan berdiam diri dalam keadaan sekarang.

"Semua orang tahu dialah yang paling berkuasa sehingga didakwa di sana-sini bahawa (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pun takut kepadanya.

"Dengan kuasanya yang katanya begitu hebat itu, tentu Rosmah akan buat sesuatu," kata Mohamad (gambar).

Tetapi, kata Mohamad, sama seperti kes Balasubramaniam dahulu di mana orang hanya percaya kepada SDnya yang pertama sahaja.

Mengulas lanjut mengenai apa yang disifatkannya sebagai "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," beliau berkata, semua mata kini memandang ke arah Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Setakat itu sahaja saya diberitahu, semua mata memandang ke arah Dr Mahathir dan Muhyiddin bila Deepak membuat pendedahan demi pendedahan yang menyusahkan Najib," kata Mohamad.

Antara lain, Deepak mendedahkan bahawa SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

UMNO sekarang bersatu, tetapi hanya semasa menyanyikan lagu UMNO-ASPAN ALIAS

UMNO sekarang bersatu, tetapi hanya semasa menyanyikan lagu UMNO



Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.
Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita di minta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahaja lah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan berbegar-gegar Presidennya itunya itu.
Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.
UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.
Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk di selesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ketahap seperti sekarang ini.
UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak di rasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.
Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu di ucapkan di dalam perhimpunan ini,  tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.
Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke dibandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.

MANA BERANI PERWAKILAN UMno TANYA NAJIB

Najib: Malaysia akan hilang kedaulatan tiga tahun selepas Pakatan perintah

Anwar umpama ‘sesumpah politik’, kata Najib


Deepak, Musa: Perwakilan Umno perlu tanya Najib

Harakahdaily, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Para perwakilan Umno perlu menuntut penjelasan daripada presiden mereka Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang disiar oleh tiga media alternatif sejak kelmarin.

Ianya berkaitan pendedahan Deepak yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan wanita Moggolia Altantuya Shaariibuu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, para perwakilan Umno perlu mendapat penjelasan daripada Najib berhubung pendedahan Deepak itu demi membersihkan imej Umno apatah lagi berdepan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"Perwakilan perlu bangkit, soal dalam perbahasan dan Najib perlu jawab.

"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung ini, medan terbaik untuk ahli Umno mendapat jawapan dari mulut Najib sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Selain isu Deepak katanya, perwakilan Umno juga perlu mendesak naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri yang didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis seperti didedahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan semalam.

Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan wujud pihak tertentu di belakang Deepak dan Musa yang mahu menekan Najib sehingga kedua-duanya berani tampil mendedahkan hal sebenar di saat Najib dan Umno sedang dalam perhimpunan agung mereka.

"Pendedahan ini dibuat pada waktu yang sangat strategik seperti telah dirancang pihak tertentu.

"Najib perlu perjelas sama ada Deepak dan Musa  ini adalah permainan Muhyiddin untuk menekan beliau untuk berundur, atau ianya memang dakwaan sebenar," soalnya.

Sorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut sependapat bahawa ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak dan Musa itu.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan Umno untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," jelas Husam.


LAPORAN BERKAITAN

Ada orang di belakang Deepak - Husam Musa

Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya

Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah
Kenyataan Deepak: SAMM tuntut kes Altantuya dibuka semula

NAJIB ELOK BERDEBAT SOAL EKONOMI JIKA ANGGAP ANWAR PEROSAK

Sahut debat Anwar-Najib untuk buktikan Umno tidak takut

KETIKA MENGGULUNG DIHADAPAN PERWAKILAN,NAJIB KATA ANWAR TAK PANDAI SOAL EKONOMI.JIKA ITU DAKWAAN NAJIB ,RAKYAT MAHUKAN PERDEBATAN TERBUKA.


KUALA LUMPUR 29 November: Pakatan Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar Umno tidak takut.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012  menunjukkan rakyat perlu memilih antara politik ketakutan yang dijulang parti itu dan politik harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.
“Satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU 13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukkan sifat sebenar rejim Umno yang semakin nazak.

Izzah berkata, sebagai pemimpin, Shahrizat harus menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua, bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan Umno.

“Nada Datuk Seri Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU 13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara
hati para pengundi, teruma rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah,” katanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk perkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia.
“Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Datuk Ambiga Sreenevasan: ‘Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba’,” kata Izzah.

TANGKAP KETUA LEMBU INI

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

Formula penyingkiran Najib?


Muhyidin, Deepak dan Rosmah

Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam  hingga 1 Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam. 

Bacaan seterusnya di sini: Muhyidin+Deepak+Rosmah=Najib???

Desak Umno BN tarik semula penutupan Masjid Ar-Rahman

Desak Umno BN tarik semula penutupan Masjid Ar-Rahman

SEKALI DENGAR MACAM KAT ISRAEL PULAK....




KUALA LUMPUR 28 November: Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di Jalan Pantai Baru di sini diarah tutup oleh kerajaan Umno BN mulai Sabtu ini, tanpa surat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Mempertahankan Masjid Ar-Rahman, Jamlus Mansor, kain rentang dan notis pemberitahuan mengenai penutupan masjid yang digantung sejak seminggu lalu menimbulkan keresahan penduduk.
Notis penutupan juga tidak dinyatakan tempoh berapa lama masjid tersebut diselenggara.
“Kami sedih perkara ini berlaku, dan kita tidak dimaklumkan tindakan awal yang mahu diambil berhubung penutupan itu.

“Ini satu-satunya masjid yang dikatakan sebagai contoh pimpinan dahulu, tapi sekarang nak diubah suai. Kita tak halang kerja-kerja tersebut. Tapi jangan sampai sekat orang ramai nak solat sedangkan ruang masjid ini luas.
“Malah notis yang ditampal juga tanpa pengesahan daripada Jawi,” katanya pada sidang media di luar pagar masjid, hari ini ekoran halangan oleh seorang yang mengaku ahli jawatankuasa masjid tersebut.
“Ini masjid tertua dan jadi tumpuan pelajar universiti, pusat bahasa dan orang-orang luar untuk solat.
“Apa tujuan sebenar ia diarah tutup. Adakah melibatkan isu politik atau isu agama. Kita mahu perkara ini dijelaskan,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang hadir sama dalam sidang media itu menggesa kerajaan menjelaskan kepada umum mengapa masjid itu perlu ditutup kepada umum.
“Kita tidak menolak keperluan (naik taraf), tapi saya mahu laporan daripada jurutera serta laporan daripada syarikat pemaju untuk menunjukkan tahap kerosakan di masjid dan adakah kemungkinan boleh buka ruangan tertentu untuk memudahkan jemaah daripada UM dan penduduk sekitar.
“Kalau perlu tutup di setengah bahagian tidak mengapa. Apa yang kita mahu diberikan ruangan solat, solat Jumaat dan kuliah yang dianjurkan pihak masjid,” katanya.
Justeru, Izzah menuntut Pengerusi Masjid, Datuk Ibrahim Thamby Chik daripada Umno Lembah Pantai tampil menjelaskan berkenaan penutupan itu.
“Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk diimarahkan semua. Saya datang ke sini tidak membawa bendera parti. Kita utarakan kebimbangan para jemaah.
“Kita minta secara baik supaya semua laporan ini diberikan kepada umum secara terbuka,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Taklimat di Singapura kerana sekatan kerajaan, kata MP Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menolak tuduhan oleh Umno semalam yang mengatakan kerajaan Singapura cuba campur tangan urusan negara, sebaliknya menjelaskan taklimat Scorpene di negara jiran tersebut berpunca dari sekatan kerajaan Malaysia.

“Taklimat semalam amat berguna dan kami kecewa dengan sikap Speaker yang menghalang peguam Perancis, Apoline Cagnate daripada memberi taklimat di Parlimen.
“Malahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak memberi apa jaminan akan membenarkan peguam itu masuk Malaysia hingga memaksa taklmat dijalankan di Singapura,” kata ahli parlimen (MP) Subang (PKR), R Sivarasa (gambar).
Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, pemimpin Umno mengecam kerajaan Singapura kerana membenarkan peguam Perancis memberi taklimat isu kes mahkamah Scorpene kepada ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu surat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan peguam Perancis mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, bangunan Parlimen.
Walaupun halangan daripada kerajaan Malaysia, peguam Perancis tersebut masih sedia untuk datang ke Malaysia, menurut MP Batu (PKR) Chua Tian Chang.

“Peguam Perancis menyatakan mereka masih telus untuk memberikan taklimat di Parlimen. Kalau ada perkembangan terkini, mungkin pada Januari atau Februari mereka akan datang.
“Cuma saya harap kerajaan bersikap terbuka dan membenarkan peguam Perancis masuk negara,” kata Tian merujuk kepada kes William Bourdon yang dihantar pulang sebaik tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

MP Shah Alam (PAS), Khalid Samad turut senada dengan rakannnya sambil menyatakan penerangan oleh Apoline adalah jelas dan serius.
“Kes ini sangat serius dan bukan remeh sepertimana yang didakwa oleh Umno dan Barisan Nasional ini.
“Saya harap selepas ini kerajaan perlu memberikan kerjasama dan bukan hanya bersikap seolah-olah ia tidak serius,” kata Khalid.

Semalam, Apoline dalam taklimatnya di Kota Singa berkata akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan Scorpene.
Apoline turut mendedahkan dua Hakim iaitu Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Selain itu, tujuh saksi dinamakan termasuk perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; menteri pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

NGO hak asasi manusia itu secara aktif telah mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, dan berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan model Mongolia Altantuyaa yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN AGONG UMno





KEADILAN cabar Musa Aman dedah penyumbang RM40 juta

KEADILAN cabar Musa Aman dedah penyumbang RM40 juta

KUALA LUMPUR 28 November: KEADILAN cabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta kepadanya jika benar beliau bersih dan tidak terlibat dalam skandal rasuah itu.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendesak Musa agar memberitahu apa hubungan penderma atau penyumbang tersebut dengan beliau dan Umno.
Katanya, Musa perlu jelaskan apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma atau penyumbang itu dan dedahkan di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa.
“Saya percaya maklumat-maklumat di atas bukan sahaja dituntut oleh rakyat Malaysia, malah turut ditanya oleh pimpinan Umno sendiri.
“Apabila Umno BN menyerang pimpinan KEADILAN bersabit sumbangan (termasuklah isu bas jelajah Merdeka Rakyat dan penggunaan jet peribadi), mereka terbabit dengan segera mengisytiharkan butiran penyumbang, supaya rakyat dapat menilai sendiri sama ada berlaku unsur salah guna kuasa.
“Sikap yang sama perlulah juga ditunjukkan oleh Datuk Seri Musa Aman, jika beliau benar-benar yakin tidak ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di dalam kes sumbangan RM40 juta kepada beliau/Umno seperti yang didakwanya.
“Kegagalan beliau berterus terang akan terus memanjangkan kes ini dan saya akan terus menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat dan bukti baru untuk dibentangkan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Rafizi menegaskan, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) belum membersihkan nama Musa.
Menurutnya, surat ICAC hanya menyatakan tidak mahu meneruskan siasatan ke atas Musa, bukan bukti beliau telah bersih.
“ICAC hanya tidak mempunyai cukup bukti kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan Malaysia dan KEADILAN akan bantu ICAC untuk dapatkan bukti itu,” kata Rafizi.
Beliau merujuk laporan The Malaysian Insider bertajuk “ICAC Letter Shows Musa Aman Cleared of Graft Last December” semalam.
Laporan itu memetik kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagi pihak Musa bahawa kes tersebut telah ditutup oleh ICAC Hong Kong berdasarkan satu surat yang dihantar secara peribadi kepada Musa.
Berdasarkan laporan tersebut, Rafizi menegaskan beberapa fakta termasuk surat yang diutuskan oleh ICAC itu sekali-kali tidak menyatakan bahawa Musa dibersihkan dari tuduhan rasuah, atau membayangkan bahawa ICAC yakin Musa bersih dari rasuah seperti yang cuba diuar-uarkan oleh Umno BN.
Beliau berkata, surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Musa.
“Jika Datuk Seri Musa Aman tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan,” tegasnya.
Menurut Rafizi lagi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.
Katanya, ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama penuh dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti.
Oleh yang demikian, kata Rafizi, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti.
“Kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zevros baru-baru ini bahawa pihak berkuasa Hong Kong mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia mengesahkan bahawa ‘tangan’ ICAC terikat dari meneruskan siasatan,” katanya.
Rafizi menegaskan pendiriannya, bahawa surat yang disebut oleh Abdul Rahman itu tidak membersihkan nama Musa, sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia.
“Sebab itu, saya tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ancaman tindakan undang-undang seperti yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman. Saya yakin saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bersedia untuk mempertahankan kes yang saya bawa di mahkamah pada bila-bila masa,” katanya.
“Persoalannya, apakah Datuk Seri Musa Aman bersedia untuk bertemu di mahkamah dan mendedahkan butiran penderma-penderma beliau di mahkamah seperti mana bersedianya saya?” soal Rafizi.
Jelas Rafizi, beliau bersama pasukan KEADILAN iaitu Ahli Parlimen (MP) Selayang, William Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan) dan Chang Lih Kang (Adun Teja) sedang giat mengumpul bukti termasuk penyata-penyata kewangan dan urusniaga di Hong Kong untuk dilaporkan kepada ICAC agar siasatan baru dibuka, seperti persetujuan dengan ICAC baru-baru ini.
“Rombongan kami akan menemui ICAC pada 11 Disember ini dalam kunjungan yang kedua,” jelas Rafizi.

Kes pembunuhan Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah

Kes pembunuhan Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah

Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.
Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.
Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.
Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

TELOQ HUJUNG TANDUK ATAU SAPU LEMBU

  • Shahrizat: Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk'
    Nov 28 2012
  • NONEdikemaskini Dalam teks ucapannya, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan kebimbangan bahawa ketegangan kaum dan tragedi 13 Mei mungkin berlaku sekiranya Umno tidak lagi berada di tampuk kuasa. 

HA..HA..HA tergelak aku bila baca kuasa melayu...sebenarnya bila kuasa dah tak ada, baru nak bincang kuasa melayu yang dah melayu berikan 55 tahun.melayu tak kemana pun.......so generasi yang tak merasa terhutang budi dengan umno, rasanya peranan umno tak kemana.PAS boleh ganti umno..apa orang melayu takut.lebih baik beri kuasa pada yang beragama dari tidak.

Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai




Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai

Subky Latif, 28 Nov 2012
SEBAGAIMANA yang saya duga membangkitkan isu bakal Perdana Menteri kiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 seperti yang disuarakan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS boleh mengganggu kelancaran kempen membebaskan Putrajaya dari pemerintahan rasuah BN.
Ia membuka jalan kepada musuh memperleceh muafakat Pakatan Rakyat dalam kempen perubahan itu. Susah bagi pemimpin Pakatan untuk menjawab serangan musuh sedang masa sudah bertambah singkat untuk persiapan akhir  menghadapi pilihanraya.

Komen sekalian penganalisis betapa membangkitkan perkara itu adalah  suatu yang kurang bijak patut didengar.

Isu Perdana Menteri itu adalah antara strategi penting PR menghadapi PRU13. Antara yang pengundi mahu tahu ialah siapa Perdana Menteri?

Pada fahaman saya yang berada di luar dari pimpinan PAS, isu Perdana Menteri itu sudah selesai sejak tercapainya muafakat untuk bersama mara membebaskan Putrajaya. Apa yang dibangkitkan itu wajar dianggap tidak berlaku, kerana calon Perdana Menteri itu telah selesai kecuali dia tewas dalam pilihanraya.

Apapun kelemahan yang timbul gara-gara isu itu calon Perdana Menteri Pakatan adalah jauh lebih berwibawa dari Perdana Menteri yang ada. Bukan saja Perdana Menteri tidak dapat menyelesaikan beban yang  ditinggalkan oleh para pimpinan yang terdahulu, dia menambah masalah.

Hutang negara bertambah berganda sudah melepasi RM500 bilion. Rasuah dilihat tidak berubah bahkan kian berkembang, keyakinan terhadap mahkamah, jabatan peguam negara, keberkecualian polis dan profesionalisma pegawai awam masih di takuk lama. Cara kementenrian kewangan dikendalikan bukan lagi tiris tetapi bocor di sana sini. Kemungkinan muflis seperti di Greece adalah tidak mustahil.

Betapa lemahnya Perdana Menteri yang ada dapat dicerminkan dari tinjauan Prof. Datuk Shamsul Amri tentang pencapaian BN sehingga bulan September lalu. Kiranya pilihanraya diadakan masa itu BN mampu merasih 120 kerusi berbanding dengan 140 kerusi yang diperolehinya dalam PRU 2008.

Walaupun BN diramal menang tipis tetapi prestasinya diagak lebih buruk dari yang dicapai oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu. Semua warga BN mengira Tun Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri BN paling lemah. Kerana itu dia dipaksa berundur.

Tetapi tinjauan Prof. Dato Shamsul mendapati Perdana Menteri Najib belum berjaya mengatasi mengatasi pencapaian Tun Abdullah dalam PRU12. Begitu banyak wang yang ditabur, hari-hari menemui  rakyat di merata-rata dia baru dapat 120 kerusi, 20 kerusi kurang dari yang Pak  Lah dapat. Jika dia  dapat satu 24 lagi kerusi yang kelabu baru dia dapat melebihi prestasi Abdullah. Itupun baru 144 kerusi, empat kerusi saja lebih dari tsunami dulu.

Jika dia sekadar dapat 144 saja, tidak padan dengan gegak  gempira petir transformasi berbagai bidang yang dirongrongkan. Seolah-olah bukan lagi petir, tetapi  guruh yang kurang kedengaran.

Jika keburukan Perdana Menteri dalam berbagai perkara tidak terbongkar ialah kerana kuasa yang ada pada Perdana Menteri tidak memungkinkannya. Adalah biasa bagi semua warga UMNO dan BN hanya mengira seseorang Perdana Menteri itu buruk selepas dia tidak menjadi Perdana Menteri. Tiada siapa berani kata Dr. Mahathir buruk  ialah kerana dua Perdana  Menteri selepasnya lemah belaka.

Dengan suasana yang menyelubungi orang-orang yang berkuasa itu masih dilihat masih tidak berwibawa dibandingkan dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat walaupun ia dilanda badai dan gelombang yang bermacam-macam. Calon Perdana Menteri itu masih dihormati di peringkat antarabangsa.

Dengan ini isu Perdana Menteri Pakatan itu bukanlah suatu malapetaka kepada muafakatnya.

PERSIDANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG


Banyak beristighfar dengar ucapan pemimpin Umno

Aspan Alias, 28 Nov 2012
Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.


Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’ dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.

Kemewahan di hujung usia....

Majlis sambutan harijadi berkembar KDYMM Sultan Pahang ke-81 dan putera baginda, Putera Fahad yang ke-18 yang diadakan serentak di sebuah hotel mewah Corinthia, London.

Majlis penuh kemewahan dan warna-warni yang dihadiri oleh kaum kerabat serta rakan-rakan terdekat baginda Sultan Pahang ini turut mengadakan pertujukan fesyen koleksi musim panas oleh Dior's. Turut melengkapkan sambutan ialah pameran koleksi permata dan berlian oleh Raishma Couture and Amrapali. 

 

Tonton Youtube di:  Majlis harijadi mewah 1881 Sultan

UPDATE:
Video asal di Youtube telah disekat tetapi masih ada salinan video yang sama dapat ditonton di FaceBook. Sila klik link di atas.

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Harakahdaily, 27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.


Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.


Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?


Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.


Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.


Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.


LAPORAN BERKAITAN

Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran

Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene

Saiz Teks: A A A

Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene

Daripada Fazallah Pit
SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.
Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin  ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.
“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.
Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.
Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.
Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40172

PM dan Razak Baginda mungkin disepina – Peguam Scorpene

PM dan Razak Baginda mungkin disepina – Peguam Scorpene

SINGAPURA : Daripada tujuh senarai saksi yang diberi Suaram, nama Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina, kata peguam Scorpene, Apoline Cagnat.
Beliau juga menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina.
Peguam itu juga sepanjang taklimat menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam senarai saksi cadangan.

Apoline adalah rakan sejawat kepada William Bourdon yang pernah dihalau kerajaan Malaysia sebelum ini.
Selain Najib dan Razak Baginda, mereka yang dalam senarai Suaram untuk disepina ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia hari ini, ditukar lokasi ke Changi, Singapura berikutan halangan daripada kerajaan Malaysia.
Terdahulu, Apoline juga menyatakan rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40180

HALANG MASUK MALAYSIA.SIDANG DI SINGAPURA

Saiz Teks: A A A

Siaran langsung taklimat Scorpene di KLSCAH hari ini

KUALA LUMPUR 27 November: Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung taklimat Scorpene oleh peguam Perancis yang diadakan di Hotel Changi Village, Singapura menerusi ruangan awam yang disediakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula 12 tengahari ini.
Siaran langsung itu dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijadual berlangsung dua jam.
Taklimat itu yang sepatutnya dibuat di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Singapura sebagai lokasi alternatif berikutan halangan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan berkata, taklimat tersebut akan merungkai banyak pendedahan dan maklumat baru berkaitan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Antara perkara penting yang bakal diketahui termasuk persoalan siapakah lelaki ketiga, apa peranan Altantuya, siapa Aminah Abdullah dan siapa yang dapat pasport Malaysia.
“Kita juga bakal mengetahui nama dan alamat syarikat yang terbabit dalam urusniaga ini, siapa yang ambil duit komisen pembelian Scorpene, apa peranan Najib Razak dalam skandal ini termasuk bukti pertemuan Najib dan Altantuya di Paris. Semua ini dalam tangan peguam Perancis,” katanya.
Menurut Edy Noor, sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.
“Orang ramai dan semua pengamal media dijemput hadir. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40148

Senator Australia persoal ketakutan Umno terhadap pemerhati bebas

Senator Australia persoal ketakutan Umno terhadap pemerhati bebas

KUALA LUM[UR 24 NOV: Senator Selatan Australia, Nick Xenophon menempelak laporan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya hingga terpesong kenyataan sebenar.
Pada kenyataan media semalam, Xenophon menyatakan, beliau menyerahkan surat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur minggu lalu untuk diserah kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr.
Surat itu berhubung bantuan dari Australia bagi pilihan raya Umum akan datang yang mencerminkan ‘kehendak sebenar rakyat Malaysia’.
“Tidak ada apa-apa permintaan yang boleh ditafsir sebagai gangguan oleh satu negara dalam hal ehwal negara lain.
“Realitinya ialah kehadiran pemerhati bebas antarabangsa dari enam negara seperti yang dilapor April lalu bertujuan memantau sistem pilihan raya, menunjukkan peningkatan kebimbangan serius demokrasi Malaysia.
“Bob Carr ada hak untuk menyatakan Ausralia tidak akan campur tangan dalam PRU 13. Bagaimanapun dia boleh menyatakan kehadiran pemerhati bebas dianggap campur tangan kepada sistem di Malaysia?,” katanya.
Malah, Xenophon juga mengalu-alukan jika Malaysia mahu menjadi pemerhati untuk pilihan raya umum di Australia pada masa depan.
“Kerana Malaysia dan Australia adalah seperti rakan yang hebat. Saya yakin ahli Parlimen Australia dan Suruhanjaya Pilihanraya Australia mengalu-alukan penelitian daripada ahli Parlimen Malaysia ke atas sistem pilihan raya kita, tahun depan.
“Apa yang dimahukan Anwar ialah pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Peranan Australia sebagai jiran dan rakan hanya sebagai pemantau dan pemerhati, jika diminta.
“Persoalannya, mengapa kerajaan Malaysia begitu takut dengan permintaan Anwar untuk mengambil pemerhati bebas dari rantau ini?” katanya.

Umno BN gandakan fitnah agama menjelang PRU 13 – Anwar

Umno BN gandakan fitnah agama menjelang PRU 13 – Anwar

KOTA KINABALU 24 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Umno BN akan menggandakan fitnah menggunakan sentimen agama bagi menutup penyelewengan mereka sekali gus cuba menghalang perubahan politik.
Ketua Umum KEADILAN itu memperingat ahli dan pimpinan KEADILAN untuk bersiap sedia menghadapi tohmahan menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Dalam dua tiga bulan terakhir, serangan Umno BN macam orang gila. Macam orang sasau. Sebab dah habis modal.
“Kejap saya penyokong Yahudi, kemudian itu saman Rafizi. Sebelum itu video Azmin, kemudian tuduh Nurul Izzah sokong orang murtad. Sebab nak tutup skandal sebenar.
“Skandal ini bukan rekayasa. Tak boleh dicipta kerana berdasarkan fakta. AES, tak boleh jawab. Kes lembu, tak boleh jawab. Akhirnya dia serang, ‘tanduk’ merata,” katanya disambut ketawa.
Beliau berucap demikian depan 2,000 perwakilan pada Konvensyen KEADILAN Sabah di Star City Convention Hall, Asia City, semalam.
Turut hadir Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin.
Anwar berkata, perbezaan kepercayaan agama da bukan penghalang perpaduan bagi membentuk perubahan sosio-politik di negara ini.
“Saya didakwa hormat  orang Kristian, orang Hindu dan agama yang lain. Saya tanya, apa pasal tak boleh hormat?” katanya yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin Islam yang dihormati pemimpin agama lain.
Sabah terdiri dari pelbagai etnik dengan pecahan komposisi penganut agama yang pelbagai.
Penduduk beragama Islam merangkumi 65.4 peratus, Kristian (23.6 peratus) Buddha (6 peratus), Hindu 0.1 (peratus) manakala lain-lain (1.9 peratus).
*** Gambar ihsan Media Rakyat
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40049

Wan Azizah, ribuan aktivis Himpunan Hijau berarak ke Dataran

Wan Azizah, ribuan aktivis Himpunan Hijau berarak ke Dataran

KUALA LUMPUR 25 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara 20,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan tiba di Dataran kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu.
Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan perarakan.
Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan “Hentikan Lynas” sepanjang perjalanan.
Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar,  turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang membunyikan hon.
Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini.
“Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok,” katanya di petik dari Malaysiakini.
Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.
Media melaporkan, hampir 100  pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.

WAJIB HADIR

Subject: Please "SHARE" with ALL & AS MANY Fellow Malaysians as soon as possible
WARNING!!!

Please "SHARE" with ALL & AS MANY Fellow Malaysians as soon as possible ( a.s.a.p )

My sincere apologies to bring to you all the BAD NEWS...

But as of 16th of NOVEMBER 2012 ( Friday/Yesterday ) in accordance to the recent UPDATE of Economic Reports from our Central Bank, Bank Negara Malaysia ( BNM ) which can be seen by clicking the following LINK at:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

Reports for the 3rd Quarter ( Q3 ) of this year 2012 now has indicated that we have "OFFICIALLY 'BREACHED' or "EXCEEDED" the 55% DEBT CEILING or LEGAL LIMIT for FEDERAL GOVERNMENT DEBT to GDP Ratio by RM27Million!

As in accordance to last updated Gross Domestic Product ( GDP ) by Malaysian Statistic Department as of 2011 which can be seen by on page 18 of the following report by clicking on the "LINK" at:

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Akaun/files/annual_gdp/2011/Penerbitan_KDNK_Tahunan2005-2011.pdf

Our last updated GDP is at RM 881, 080 BILLION which puts the 55% LEGAL LIMIT for Federal Government Debt at:

RM 484, 594 BILLION.

The CURRENT FEDERAL GOVERNMENT DEBT now stands at:

RM 484, 621 BILLION.

Our of this Total Amount, only RM 140, 467 BILLION is 'guaranteed' by the Government or a roughly mere 29%

A sudden DOWNGRADE of Malaysian Government Sovereign Credit Rating by International Rating Agencies such as:

- Standard & Poors
- Fitch Ratings
- Moody's Investors Service

...will result in an international fall in the value of the Ringgit currency, which may happen soon!

Please "SHARE" with as many others!

Now there IS no other choice but DOWN with UMNO/BN or we "ALL" will suffer pretty soon...

And May GOD have MERCY upon us all & the Malaysian Economy!

PS. The PUBLIC may "VERIFY" the data simply by 'clicking' on the "LINKS" ( in-blue ) to the Official Reports from both Official Portals & Websites of Malaysian Statistics Department and 'Bank Negara Malaysia' already provided ABOVE. Thank You!

KENA BIJAK DALAM MEMBUAT KENYATAAN









ERA JATUHNYA UMno





PAS PERLU AKUI AKAN GERAKAN REFORMASI ANWAR






Kini rakyat diharamjadahkan kerana Scorpene

Sudah bertahun-tahun isu pembelian peralatan ketenteraan seperti pembelian kapal selam Scorpene diperkatakan, diperdebatkan, dibicarakan di mahkamah.

Sudah bertimbun-timbun kertas siasatan dan pendakwaan dibawa ke mahkamah, barulah hari ini seorang Timbalan Menteri Pertahanan yang bernama Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, membuka mulut mengatakan segala pembelian ketenteraan hanya melibatkan G2G (Government to Government) tanpa sebarang penglibatkan orang tengah!! 

Apa yang nak diharap drp Timb. Menteri sebodoh ini....

Janganlah guru-guru menjadi sebodoh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi yang tidak dapat membezakan antara bonus, pemberian 'one-off' dan imbuhan.

Menurut Puad, PR hanya menawarkan pemberian RM500 kepada guru secara ‘one off’, sebaliknya kerajaan memberi bonus sebulan setengah gaji dalam Bajet 2013. Timbalan Menteri Pelajaran pun tak reti baca dengan betul...

Umno/BN makin sukar: PAS lebih matang, PR semakin kukuh

Muktamar PAS lebih matang, elak bicara isu sensitif untuk kekal sokongan bukan Islam

KOTA BHARU, 18 Nov — Muktamar Tahunan PAS ke-58 yang terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan melabuhkan tirainya hari ini dilihat lebih matang berbanding tahun sebelumnya, kata penganalisis politik tanah air.

Mereka turut berpendapat, PAS dilihat mengamalkan sikap berhati-hati dalam menyentuh isu sensitif seperti hudud yang berkemungkinan akan memberikan kesan sokongan daripada penyokong bukan Muslim mereka. 

bacaan seterusnya di sini: PAS lebih matang, PR semakin kukuh