LAWATAN DAN GERAKERJA CALON PAS







BERSAMA PETUGAS DARI TERENGGANU DAN MENYAMPAIKAN HADIAH SUKANEKA DENGAN PENDUDUK PAGI TADI













BAWAH.LAWATAN DAN BERKENALAN DENGAN PENDUDUK KAMPUNG CROSS STREET.






Pagi tadi Ustz Salleh man telah menghadiri perjumpaan dengan petugas kawasan dimana para pengundinya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.Teanya ialah "Calon Kita".Maka kerana itu , beliau bukan sahaja di terima masyarakat Melayu malah masyarakat Tionghua yang sedia menyambut beliau .Bersama YB Sim dan YB Hok Leong, di kampung Cross Street

Analisa cubaan perobohan Kg Buah Pala pada 13 Ogos 2009 : Choo Chon Kai*

Awal pagi hari ini di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, Pulau Pinang, nampaknya segar dan sunyi seperti hari-hari biasa tetapi diselubungi oleh suasana yang tidak luar biasa. Pada malam sebelum ini telah terdapat khabar angin pihak pemaju akan masuk ke kampung untuk merobohkan rumah-rumah, sedangkan belum adanya satu penyelesaian yang baik dan dipersetujui oleh para penduduk.

Polis telah mula bergerak masuk ke kawasan kampung lebih kurang 8 pagi. Dengan menyedari kehadiran polis yang semakin ramai menandakan sesuatu akan berlaku pada pagi yang mendung ini, penduduk-penduduk kampung juga mula berkumpul untuk “menyambut” kedatangan pihak pemaju. Aktivis yang paling awal sampai adalah daripada PSM dan JERIT, bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang penduduk dan penyokong.

Keadaan kampung menjadi tegang apabila ada orang menjumpai samseng-samseng yang berpakaian orang upahan pihak pemaju (di bawah nama kontraktor SRE Ventures, yang diupah oleh pemaju Nusmetro Ventures) berkumpul di sebuah stesen minyak berhampiran dengan kampong. Lebih dahsyat lagi apabila ada orang mendakwa ternampak samseng-samseng tersebut menyimpan parang dalam kereta. Para penduduk telah mendesak pihak polis untuk menyuraikan samseng-samseng tersebut. Ada beberapa orang penduduk bergegas keluar untuk menghalau samseng tersebut. Samseng-samseng tersebut pun bergerak dari stesen minyak dan berkumpul balik di satu lagi jalan masuk ke kampong.

Bersama dengan 2 buah jentolak, lebih kurang 70 orang samseng berpakaian lengkap tukul besi besar, kayu, dan rod besi berarak masuk (ada permit untuk berarak kot?) ke kawasan kampong. Para penduduk telah membentuk benteng manusia untuk menghalang perarakan samseng tersebut di jambatan kecil yang menuju masuk ke kampong. Polis mula masuk dan Light Strike Force membentuk barisan perisai memisahkan penduduk dengan samseng upahan pihak pemaju (untuk memberi perlindungan kepada samseng kot?). Separuh daripada benteng manusia adalah wanita. Penduduk-penduduk telah menjerit “samseng keluar”, “jangan roboh rumah”.

Apabila para samseng upahan mula bergerak ke hadapan, barisan polis cuba “buka jalan” dengan menolak para penduduk yang membentuk benteng manusia. Tolak-menolak yang hebat telah berlaku dan ada polis yang cuba memukul penduduk dengan baton kayu. Tetapi cubaan polis untuk menolak dan memecahkan rantai manusia tidak berjaya. Ada beberapa wanita telah mengalami kecederaan dan ada seorang pengsan. Para penduduk mengangkut wanita yang pengsan tersebut dengan sebuah meja, menembusi barisan polis dan kumpulan samseng untuk dihantar ke hospital.

Selepas samseng upahan gagal masuk dengan bantuan polis, bailiff pula sudah sampai. Pada lebih kutang 11 pagi, polis dan beberapa orang pihak pemaju cuba mencuri masuk daripada satu lagi jalan masuk tetapi dihalang oleh penduduk juga. Wakil pemaju Gary Ho daripada Nusmetro yang sampai di kawasan kampong dengan escort polis telah “disambut” oleh teriakan hebat.

Bailiff telah menandakan 3 rumah untuk dirobohkan dan memberi 30 minit untuk penghuni rumah untuk mengosongkan rumah. Pada waktu yang sama, ramai orang tempatan yang datang dari merata tempat di Pulau Pinang sampai di kampong untuk memberi sokongan kepada penduduk kampong.

Bailiff dan wakil pemaju duduk di perkarangan salah sebuah rumah yang akan dirobohkan dan membincangkan apa yang patut dilakukan selepas itu. Polis pula mengepung rumah tersebut dan menghalang orang lain masuk ke rumah tersebut. 2 orang aktivis PSM, Kris Khaira dan Nagen bersama dengan 3 orang lagi berjaya menyeludup masuk ke dalam rumah untuk mempertahankan rumah tersebut dengan beberapa orang penghuni di situ.

Apabila tengahari menjelang, hujan yang tidak menentu tidak dapat memadamkan semangat penduduk kampong untuk mempertahankan rumah halaman mereka. Keadaan menjadi lebih panas semula apabila enjin jentolak dihidupkan semula dan polis membuat formasi untuk menembus benteng manusia yang dibentuk oleh para penduduk dan penyokong. Kali ini, tolak-menolak yang lebih hebat berlaku dan berlanjutan untuk masa yang lebih panjang. Namun, kali ini, benteng manusia yang mempertahankan Kampung Buah Pala berjaya mengundurkan polis untuk 10 m sehingga sampai di mesin jentolak (sebelum ini mesin jentolak dipisahkan oleh polis daripada benteng manusia sejauh 10m). Cubaaan merampas kunci berlaku apabila ada orang memanjat ke atas jentolak. Polis pada waktu itu terpaksa mengalah dan merayu kepada para penduduk supaya memberi peluang kepada mereka untuk membentuk balik barisan mereka yang sudah berkecai berai.

Petang semakin lewat dan nampaknya benteng manusia masih belum dapat dipecahkan, sebaliknya barisan polis tidak dapat kembali ke garisan asal mereka. Selepas pertembungan 5 jam, polis telah memanggil pihak bailiff, wakil pemaju dan wakil penduduk untuk membuat perbincangan. Selepas perbincangan, semua pihak telah bersetuju untuk menundakan pengusiran sehingga 1 September.

*Kemenangan kecil kuasa rakyat, penyelesaian yang memuaskan perlu disegerakan*

Episod perjuangan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala hari ini, telah menampakkan kuasa rakyat yang bersatu tanpa mengira kaum, berjaya memaksa pihak pemaju dan polis berundur untuk seketika.

Kampung Buah Pala, sebuah kampong di mana tanahnya telah dirampas dan sepatutnya tidak wujud lagi pada 3 Ogos, akan berdiri megah untuk sekurang-kurangnya 2 minggu lagi. Sekarang para penduduk Kampung Buah Pala mempunyai 2 minggu untuk mencari penyelesaian kepada masalah tanah mereka dan ini sememangnya memerlukan rundingan kembali dengan pihak kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membazirkan banyak masa dalam isu Kampung Buah Pala, dengan tidak bertindak secara proaktif sejak awal-awal lagi, malah mengenakan pelbagai sekatan apabila berunding dengan para penduduk.

Penduduk-penduduk Kampung Buah Pala telah dimangsakan oleh Kerajaan Barisan Nasional apabila tanah tersebut telah dirampas dan dijual kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan harga istimewa. Namun, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih selepas pilihanraya 8 Mac 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal untuk menghentikan proses pindah hakmilik tanah dan membiarkan masalah tersebut berlanjutan untuk lebih satu tahun sehingga para penduduk diancam pengusiran paksa.

Adanya ahli politik dalam kerajaan yang cuba memberi gambaran bahawa penduduk-penduduk Kampung Buah Pala tamak kerana meminta pampasan yang terlampau tinggi. Tetapi hakikatnya, para penduduk Kampung Buah Pala yang menduduki tanah amanah perumahan yang diamanahkan kepada penduduk di situ, dirampas tanah mereka sewenang-wenangnya oleh birokrat kerajaan. Apabila tawaran pampasan ex-gratia rumah teres dikemukakan, penduduk diberi masa yang amat singkat untuk mempertimbangkannya, dan tiadanya apa-apa jaminan bahawa rumah gantian tersebut akan dapat disiapkan, menjadikan apa yang kononnya tawaran pampasan itu sebenarnya hanya memaksa penduduk-penduduk berpindah keluar pada 7 Ogos 2009.

Dalam isu Kampung Buah Pala juga, ramai politikus yang cuba mengambil kesempatan dan memanipulasikan isu ini untuk mencari publisiti dengan mengadakan sidang akhbar demi sidang akhbar di Kampung Buah Pala, yang menyatakan mereka akan mempertahankan kampong tersebut. Tetapi, apa yang jelas, kata-kata manis golongan oportunis ini tidak bertahan lama. 13 Ogos 2009, jelas menampakkan hanya penduduk-penduduk yang berani bersama aktivis yang benar-benar berjuang bersama rakyat tanpa mengharapkan apa-apa nama atau balasan itu, yang dapat berdepan dengan polis dan pemaju, sehingga mematahkan cubaan pengusiran paksa!

Sekarang, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala perlu sedar, hanya kekuatan mereka sendiri yang dapat selamatkan kampong halaman mereka dan mencari penyelesaian yang terbaik untuk masalah mereka. Hanyalah perjuangan rakyat dari bawah yang jati dapat mempertahankan hak rakyat untuk rumah selesa!

-- visit our website athttp://parti-sosialis.org/

PENDUDUK PERMATANG PAUH TAHU SIAPA PENGKHIANAT DAN TAHU MEMBUAT KEPUTUSAN RASIONAL


DEMONTRASI AMAN OLEH PENDUDUK ATAS KENYATAAN ANWAR PENGKHIANAT.DSAI DIJANGKA MENYAMPAIKAN UCAPUTAMA DI PERMATANG PAUH DAN MERASMIKAN BILIK GERAKERJA PKR DI PERMATANG PASIR DAN CERAMAH PERDANA DI TAMAN CERMAI 16 OGOS.
CERAMAH BERJUDUL
"SIAPA PENGKHIANAT ORANG MELAYU"

INI CALON KAMI-KATA PENDUDUK PERMATANG PAUH



Muhyiddin yakin pengundi buat keputusan rasional di Permatang Pasir
KUANTAN 15 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengundi di Permatang Pasir di Pulau Pinang akan membuat keputusan rasional dalam memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu 25 Ogos ini.






semalam(kiri) berucap ketika memperkenalkan diri.(Kanan) 1130 pg tadi di sukaneka NISA di kampung Pelet berucap merasmikan penutup dan Menyampaikan sumbangan.




Di masjid jamek Kubang Semang berucap dan menyampaikan sumbangan fakir miskin dari anak Qaryiah masjid jamek kubang semangj am 10 pagi tadi.




Jam 11.00 Pagi hadir di majlis perasmian pejabat bilik gerakerja DAP bagi DUN Permatang Pasir bersama Ketua Menteri dan wakil PAS.



Pertengkaran terbuka jejas imej kerajaan dan BN – Muhyiddin
Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media."Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan. Saya serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis," katanya.
KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .-14/8/2009












RIBUAN HADIRI PENAMAAN CALON PAS



PERMATANG PASIE_Ribuan menghadiri malam penamaan calon yang dikemukakan semalam.Dalam Blog ini tekaan bahawa Ustaz Salleh Man sebagai calon menepati kerana didapati beliau sesuai untuk berkhidmat kepada masyarakat.


Dalam pengumuman semalam semua pemimpin Pakatan Rakyat berucap.Turut Hadir Dato Tuan Guru Hj Hadi Awang,Ustaz nasaruddin,Dato Mahfuz Omar,Mat Sabu Km LimGuan Eng,TKM1 Proff Mansor Othman,Dato Zahrain, dan pimpinan lain dari Pakatan Rakyat.

CALON UMNO IALAH............TIPU



CALON UMNO DARI KIRI BEKAS PEGUAM YANG TELAH DI TARIK LESEN DAN KANAN CIKGU ZAIDI YANG MENANGIS KETIKA NAMANYA TIDAK DI SEBUT DAN BELIAU HARI INI (SABTU) TELAH MERANCANG UNTUK MEMBUAT KENDURI CUKUR KEPALA.SEMUA HARAPAN BERKECAI.




USTAZ SALEH MAN-LULUSAN UNIVERSITI MALAYA DALM IDANG SYARIAH INI BOLEH BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.

Calon Umno Permatang Pauh ialah Rohaizat Othman. Memang latarbelakang professional, Tapi dengar cerita lesen peguam telah di ambil balik???betul kah???


Kita tanya Lawyer khairuddin RM berapa hilang????
Kita Tanya Jahara Radzi projek perumahan Malwira Taman Guar Perahu yang memang tak siap-siap .bukan kerana dihilangkan projek tetapi duit sampai tak masuk akaun-Berapa Hilang????


Dalam pada itu, Majlis pengumuman calon PAS bagi pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir telah berlansung dimana diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam 9 malam dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

Dijangka kesemua pemimpin utama pakatan rakyat akan hadir kecuali Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai urusan di luar negara.
Tinjauan wartawan ke tapak majlis pada malam ini mendapati, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh jentera khususnya bagi menerima kehadiran ramai penyokong tempatan dan dari luar. -

SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT BANGSA











KUBANG SEMANG- Satu demontrasi selepas Jumaat sebentar tadi telah diadakan di hadapan Masjid Jamek Kubang Semang yang di ketuai oleh YB Ustaz Mujahid Yusoff Rawa dan juga orang Kampung di mana dalam kenyataan nya beliau menjelaskan bahawa ,




"Di sebabkan pilihanraya kecil Pematang Pasir dan kebetulan berada di Permatang Pauh inilah , maka isu menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.Jangan perbodohkan orang Melayu.Lihat kampung makam,kampugMelayu Tanjung Tokong,lenyap 51 tahun Umno memerintah, hak melayu tergadai.Kita tahu kerana kita anak Pulau Pinang dan apa yang terjadi.Jangan perbodohkan lagi kita yang selama ini telah tahu tipu muslihat Umno nak perbodohkan bangsa Melayu.Kita percaya orang Permatang pauh telah matang dalam soal ini untuk menilai siapa pengkhianat sebenarnya" disambut dengan laungan Umno pengkhianat,Umno Penipu bangsa Melayu.

Sehubungan dengan itu juga, Dr Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar mencabar Umno berdebat mengenai siapa pengkhianat Melayu di mana-mana tempat selain di Permatang Pauh bagi membolehkan orang Melayu menilai siapa sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu.


GAMBAR SEKITAR KAMPUNG BUAH PALA











1.Penduduk menungu tarikh perbicaraan di mahkamah.setengah menerima tawaran dan sebilangan masih menuntut hak mereka.

2.Kerajaan negeri memberi tawaran kepada penduduk rumah 2 tingkat, namun di tolak koperasi.

3. Pihak mahkamah menemui OCPD dan menunggu hingga akhir Ogos untuk di selsaikan di mahakmah

4.R S Thanenthiran dari Makkal Sakthi Party akan menemui PM Najib atas alasan untuk mendapatkan simpati PM Najib dan memujuk Pm agar membantu kaum India.

PENDUDUK DI PERINTAH BERUNDUR

kata



Pihak persatuan penduduk C Tharmaraj berkata pihak berkuasa telah mengarahkan sebarang bentuk perhimpunan agar bersurai atau tindakan akan di ambil.Buat masa sekarang,Pihak polis masih berada di kampung tersebut dan peguam yang mewakili penduduk, Darshan Singh, dan ingin melihat dokumen yang di bawa oleh pihak mahkamah , dan rantai manusia di suraikan polis.



KEADAAN YANG SEDANG BERLAKU DI KAMPUNG BUAH PALA.









updates 13/08/09

Kg Buah Pala bakal lenyap
Aug 13



Lebih kurang 10.50 pagi tadi pihak pemaju telah cuba untuk meruntuhkan rumah-rumah di kampung buah pala.penduduk telah membuat rantaian manusia bagi menghalang pihak pemaju dari merobohkan rumah-rumah mereka.Nampaknya kerajaan negeri tidak berbuat sesuatu , malahan mendakwa pendudk meminta rumah bernilai 3.5 juta seorang.Ini adalah karut dan tidak sebegitu sebagaimana yang didakwa penduduk.

Pihak polis menggunakan kuasa mereka dengan memukul dengan baton, ada yang tercedera akibat tindakan tersebut.Penduduk berteriak menyatakan bahawa pihak berkuasa bersekongkol dengan pamaju untuk meruntuhkan rumah-rumah mereka.Mereka juga melaungkan perkataan "rasuah" kepada yang berkenaan.


Seorang wanita M.Mahadevi 51 tahun telah tercedera apabila di pukul oleh pihak berkuasa tempatan.Beliau mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian perut dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Beberapa pihak terutamanya ahli CAP (persatuan pengguna Pulau Pinang) NV Subbaraw telah cuba menghubungi beberapa ahli DAP namun mereka mematikan telefon tangan mereka.Pihak polis telah mengiringi pihak mahkamah dan juga pengarah syarikat Gary Ho untuk menyerahkan surat perintah mahkamah kepada tuan punya rumah .Beberpa penduduk cuba menahan perintah mahkamah tersebut dari disampaikankepada beberapa tuan punya rumah , namun tidak berhasil.Penduduk melaungkan perkataan rasuah dan juga slogan anti polis dan dalam masa yang sama amaran di keluarkan dan rumah mereka untuk dirobohkan.



lagi berita akan menyusul......

LAGI KENA TIPU.....


Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok

Inilah yang selalu dilakukan apabila menjelang pilihanraya. Kali ini oleh kerana pilihanraya di Permatang Pauh dan Umno akan tewas lagi kali ke 6- dan menyaksikan bahawa kedudukan menyebelahi Pakatan Rakyat maka kedudukan bakal menjadi 6-1.ORANG JOHOR JANGAN KENA TIPU LAGI.............

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.



Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar
1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"soal Anwar lagi. -



Kuala Terengganu 1-0
Batang air 1-1
Bukit Selambau 2-1
Bukit Gantang 3-1
Penanti 4-1
Manek Urai 5-1
Permatang Pasir 6-1

6 Gol berbalas 1..

Maka melaunglah agenda untuk menunjukkan kekalahan ini kerana Anwar pengkhianat.Kita lihat bagaimana Umno Khianat kepada orang Melayu apabila semakin dilaungkan Anwar pengkhianat, semakin terdedah siapa yang khianat.

SOLAT HAJAT PERDANA DIMASJID JAMEK KUBANG SEMANG TOLAK H1N1

Solat hajat perdana akan di lakukan di masjid Jamek Kubang Semang selepas Isyak 13 Ogos.Semua dijemput hadir.

Ceramah di Dewan Sg Dua-Saleh Man,Mat Sabu,Dr Mujahid-13 Ogos.


Ceramah di beberapa tempat.14 Ogos di markas PAS Permatang Pasir dimana nama calon akan di umumkan oleh Presiden PAS Tn guru Hj Hadi dan hadir beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

13 Ogos DS Nizar jam 5 ptg Dewan Hj Zabidi, Masjid Batu.Pmtg Pauh


MAKLUMAT/PEMBETULAN AKAN DIUMUM DARI MASA KE SEMASA.

UMNO BAKAL UMUM NAMA.SEHINGGA KINI 2 NAMA DISENARAI

Permatang Pasir-Umno telahmelakukan beberapa perjumpaaan.Dalam perjumpaaan terbaru 2 senarai pendek nama calon mereka di kemukakan.Antara nama ialah seorang muka baru iaitu Hj Rahim.Beliau merupakan bekas pekerja TNB dari Seberang Jaya, dan seorang lagi ialah Cikgu Zaidi yang merupakan bekas cikgu sekolah yang berhenti untuk berniaga.




Manakala Calon PAS pula meletakkan seorang berpengalaman dan matang dalam politik bagi menjaga kepentingan Melayu dan rakyat di Permatang Pasir.Nama Saleh Man di sebut di tempat teratas. Beliau yang pernah bertanding di beberapa kali pilihanraya di Pulau Pinang dan mempunyai pengalaman yang banyak di Pulau Pinang.Lulusan Universiti Malaya dan juga menjadi pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.Pernah menjadi pengurus sekolah swasta ,pendakwah bebas,juga menjadipengarah syarikat Enterprise dan pernah berkhidmat sebagai pegawai masjid.
Manakala Mat Sabu tidak perlu diperkenalkan lagi. namun ura-ura bertiup kencang bahawa saleh Man dijangka akan dilantik mewakili PAS menggantikan Allayarham Dato Hamdan.