HarapandailyMay 22, 2025
Pengerusi jawatankuasa pemilihan parti PKR Dr Zaliha Mustafa telah
menafikan ura-ura bahawa beliau adalah pengarah syarikat vendor People Media
Sdn Bhd (PMSB).
“Untuk makluman PMSB bukan vendor sistem pemilihan. Sebaliknya PMSB
adalah syarikat SPV milik parti yang menguruskan hal ehwal media dan teknologi
parti.
“Syarikat ini digunapakai untuk menguruskan penyenaraian aplikasi ADIL
di platform Google Play Store dan Apple Apps Store sahaja.
Selain dirinya, Senator Saraswathy Kandasami dan Azrul Azwar dilantik
parti sebagai pengarah/pemegang amanah, sejak 2022.
Zaliha, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah
Persekutuan), menegaskan tidak mahu diheret menjelang pemilihan pusat parti
pada 23 Mei.
“Sekali lagi saya ingatkan, jangan heret saya mahupun JPP dalam sebarang
urusan kempen dan pertembungan antara calon.”
Katanya, tidak perlu dinormalisasikan fitnah kerana JPP merupakan entiti
menguruskan pemilihan, bukan calon.
“Saya hanya jawab tuduhan yang dikaitkan dengan saya dan JPP,” katanya
dalam jawapan kepada tuduhan oleh timbalan presiden Datuk Seri Rafizi Ramli.
Kelmarin beliau mendedahkan bahawa Rafizi tidak membangkitkan isu
berkaitan vendor baharu semasa sesi perbincangan.
Kenyataan itu senada dengan kenyataan setiausaha agung PKR Fuziah
Salleh.
Isu vendor sistem pemilihan telah dibangkitkan oleh Rafizi dalam kempen
HIRUKnya.
Beliau sedang mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden
ekoran cabaran Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti.
No comments:
Post a Comment