Ahli Umno kini boleh masuk Bersatu
Bersatu Pulau Pinang kini membuka keahlian baru untuk bekas ahli Umno dan golongan atas pagar.
Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Marzuki Yahya pada majlis berbuka puasa anjuran parti itu di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.
Beliau berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan bersama dalam mesyuarat kepimpinan negeri.
“Parti ini adalah khusus untuk orang Melayu. Maksudnya keterbukaan kita itu tak limitkan kepada sesiapa untuk jadi ahli.
“Orang Umno atau sesiapa pun boleh sertai Bersatu, kita terbuka dan mereka harus ikut peraturan parti.
“Kita tak akan biarkan perkara yang boleh merosakkan parti seperti yang berlaku dalam Umno sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini terdapat lebih 10,000 bekas ahli Umno menyertai parti itu di Pulau Pinang.
“Jumlah ini termasuk saya sendiri sebagai bekas ahli Umno yang tak sokong apa yang berlaku dalam parti itu,” katanya.