TUARAN 16 Sept: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno
BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan
kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.
“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia di Restoran Singgah Singgarung di sini.
Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.
“Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.
“Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.
“Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN,” katanya.
Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Kurang 24 jam sebelum itu, bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dalam satu program di Labuan, mengisytihar keluar Umno dan menyertai KEADILAN.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal Sabah meninggalkan BN dalam tempoh sebulan termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
* Gambar ihsan Media Rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36139