Malaysia bakal kuasa nuklear?

Malaysia bakal kuasa nuklear?



1. Dahulu terdapat satu persidangan cendekiawan Islam di Mesir yang berbincang mengenai masalah umat Islam yang tidak putus-putus dilanda musibah tetapi yakin akan kebangkitan satu bangsa dari Timur yang akan meletakkan agama itu ke satu tempat baharu dan dikagumi dunia.

2. Persoalannya siapakah bangsa itu yang memacu kembali umat Islam dan menjadi antara salah satu kuasa besar dunia.

3. Semua bangsa besar di dunia ini sudah pernah menjadi empayar selepas memeluk Islam tetapi yang belum pernah menjadi kuasa besar dunia ialah orang-orang Iran dan orang-orang Melayu dari rantau Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia).

4. Iran pernah menjadi kuasa besar dunia melalui Maharaja Darius tetapi ia berlaku sebelum zaman orang-orang Parsi memeluk Islam, orang Melayu pun pernah ada empayar tapi kecik je tidak sampai ke persada boleh menakluk Eropah atau India pun.

5. Dahulu saya pernah membaca buku karangan pengasas Al Arqam, Ustaz Al Shaari yang menyatakan Empayar Islam akan muncul dari Timur.

6. Tiga golongan akan memacu empayar ini, golongan pertama dari Iran, golongan kedua (saya tidak ingat) dan ketiga ialah kemungkinan orang-orang Melayu dari Malaysia.

7. Sejak dari itu saya sering mencari jawapan dan saya lihat pelbagai agenda jahat barat di kenakan ke atas Iran dan golongan ketiga ini (orang Melayu).

8. Adakah musuh-musuh Islam ini mengetahui kebangkitan bangsa-bangsa ini?

9. Berbalik kepada persidangan di Mesir tadi, para cendekiawan yang bijak pandai ini terus mencari golongan yang akan mewujudkan empayar Islam yang terakhir ini.

10.Orang-orang Arab di Afrika dan Timur Tengah tidak mungkin muncul kembali sebagai salah satu kuasa besar dunia kerana mereka sudah diberi peluang melalui Empayar Uthamaniah, Abbasiah dan kerajaan Islam di Andalusia malah telah menewaskan kuasa barat termasuk Rom.

11.Orang-orang Cina sudah diberi meluang menjadi kuasa besar semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming dan kapal-kapal perang Laksamana Cheng Ho sudah pun menjelajah dunia dan nama ini terpahat sehingga sekarang.

12.Umat Islam di India (Pakistan dan Bangladesh dahulu masuk dalam negara ini) turut telah diberi peluang melalui Empayar Mogul dan terbinalah monumen Islam yang hebat di sana seperti Taj Mahal.

13.Turki melalui Empayar Ottoman terus memacu kekuatan umat Islam dan berjaya menangkis serangan tentera bersekutu dalam peperangan di Gallipoli pada 1918, serentak dengan itu ia juga menandakan pengakhiran Turki sebagai kuasa besar dunia.

14.Jika ditakdirkan mucul kuasa besar dunia dari negara Islam, sesuai dengan senario zaman ini, ia mestilah bersandarkan pada nuklear seperti Amerika Syarikat, Britain, Russia, China, mereka semua menjadi kuasa besar kerana didokong dengan ekonomi, teknologi serta kemajuan nuklear.

15.Memang benar, Pakistan merupakan salah satu kuasa nuklear tetapi ia tidak mungkin menjadi pemimpin kepada kebangkitan Islam melihat pada keadaan politiknya yang tidak stabil dan ekonomi yang masih ketinggalan sehingga mudah diperkotak katik oleh Amerika Syarikat.

16.Cuma umat Melayu sahaja yang belum pernah muncul sebagai kuasa besar dunia selepas Islam menjengok rantau sebelah ini, dan teori saya, kuasa besar pada dekad ini biasanya memegang kuasa nuklear.

17.OK kita hentikan sementara teori di atas.

URANIUM DI KENYIR

18.Tidak lama dahulu sebelum Hospital Angkatan Tentera di Seksyen 2 Wangsa Maju dibuka, seorang sahabat saya telah diberitahu oleh seorang wakil rakyat di Terengganu bahawa terdapat simpanan uranium yang terbesar di Tasik Kenyir atau di kawasan Banjaran Titiwangsa.

19.Saya tidak ingat lokasi yang tepat tetapi saya difahamkan ia memang berada dalam dasar tasik dan menarik minat saintis-saintis Barat untuk menyeludup masuk ke kawasan itu bagi mengambil sample tanah.

20.Saya tidak pasti akan kebenaran maklumat ini tetapi memang banyak aktiviti ketenteraan di situ terutama yang merangkumi kawasan stesyen janakuasa Sultan Mahmud.

21.Pasukan komando elit PASKAL juga dilaporkan hadir di kawasan itu dan aktiviti mereka termasuklah membuat selaman 24 jam di dasar Tasik Kenyir untuk memastikan rahsia negara terjaga, ini bagaimanapun tidak dapat disahkan atau khayalan orang semata-mata.

22.Kalau tidak silap saya, reaktor nuklear pertama Malaysia akan dibina pada tahun 2025 tetapi jarang dihebohkan sedangkan Indonesia, Filiphina dan Thailand tidak pernah menyembunyikan program nuklear mereka. Lokasi loji nuklear negara yang pertama ini sudah dikenalpasti tetapi kedudukannya tidak pernah didedahkan umum.

BUKTI DAN LOKASI

23.Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada tahun 2007 dahulu pernah mendedahkan mengenai pembinaan loji nuklear pertama Malaysia tetapi beliau memberitahu, lokasinya rahsia atas sebab-sebab keselamatan.

24. Kebanyakkan reaktor nuklear dunia terletak berhampiran tasik, empangan atau sungai kerana sejumlah air yang banyak perlu untuk sistem penyejukan dan penjanaan tenaga.

25.Jika demikian apakah mungkin sebenarnya loji nuklear pertama Malaysia akan terletak di kawasan Tasik Kenyir.

26.Difahamkan kawasan itu mengandungi kandungan uranium yang paling besar di dunia, bahan yang amat diperlukan untuk menjadi bahanapi nuklear.

27.Daripada apa yang difahamkan, anggota Paskal melakukan selaman dan rondaan selama 24 jam di dalam dasar tasik itu (entah betul atau tidak, saya pun tidak tahu kerana gagal mengesahkan maklumat ini).

28.Kata wakil rakyat itu kepada sahabat saya, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad amat mengetahui kelebihan ini tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan perkara itu.

29.Dalam diam, para pemimpin negara ini mengambil pendekatan senyap untuk mendapatkan teknologi pembuatan nuklear (untuk janakuasa dan bukan senjata) dari negara-negara luar dan pada masa yang sama terus mengekalkan "status quo" Malaysia sebagai sebuah negara membangun.

30.Identiti Malaysia sebagai sebuah negara membangun ini membolehkan negara mendapat perpindahan teknologi secara murah, percuma atau usaha sama, al maklumlah nama pun negara membangun nanti jika diletakkan sebagai negara maju, semua perpindahan teknologi harus dibeli dengan harga yang sangat mahal, yelah negara maju kan kaya.

31.Jangan ketawakan saya, saya sendiri tidak pasti cerita ini benar atau tidak tetapi pesawat jet yang membawa Mahathir dalam satu lawatan ke luar negara tidak lama dahulu pernah bertukar arah secara rahsia ke Pakistan.

32.Pengalihan pesawat jet eksekutif itu tidak pernah diketahui umum dan perkara ini disahkan oleh seorang bekas agen perisik Pakistan kepada saya sendiri pada sekitar tahun 1998 dalam satu pameran senjata di Mines, Kuala Lumpur.

33. Menurut bekas agen perisik yang pada masa itu menjadi orang hubungan perdagangan senjata Malaysia-Pakistan, Mahathir dijemput secara rahsia oleh kerajaan Pakistan untuk menyaksikan ujian bom nuklear pertama negara Islam itu.

34.Mahathir menjadi satu-satu pemimpin Islam yang menyaksikan ujian bom nuklear Pakistan yang dibuat dalam Wilayah Balochistan, Utara Pakistan.

35.Pada tahun 2001, saya telah pergi ke wilayah Balochistan tetapi bukan untuk menyaksikan ujian nuklear, sebaliknya melihat kesan-kesan ujian iaitu kemarau yang berpanjangan dan keadaan tanah yang tidak subur menyebabkan tanaman tidak menjadi.

36.Jangan salah faham, saya pergi ke wilayah itu bukan sebagai saintis atau geologist sebaliknya saya terbabit dalam peperangan di antara Amerika Syarikat dan Taliban (saya bukan askar upahan, saya datang sebagai pelancong), saya tinggal tanpa kebenaran pihak berkuasa di Chaman dan Quetta sebelum perisik Pakistan mengesan kedudukan saya dan dua lagi rakan seperjuangan (Next time saya bukak cerita ini).

37.Wilayah Balochistan dipilih memandangkan ia merupakan wilayah yang paling besar dalam Pakistan, kurang membangun dan mempunyai penduduk yang sangat sedikit iaitu lebih kurang 6 juta orang sahaja.

38.Ujian letupan nuklear pertama itu dibuat pada Mei, 1998 dan menyebabkan dunia terutama seteru Pakistan iaitu India, terkejut besar kerana teknologi nuklear Pakistan jauh lebih maju dari India yang sebelum itu mendabik dada dengan keupayaan senjata nuklearnya.

DIBAWAH INI MERUPAKAN STATEMENT BODOH ORANG PUTEH TERHADAP UJIAN NUKLEAR PAKISTAN YANG SAYA PETIK DARI SATU LAMAN NGO BARAT
"Whereas all nuclear weapons are equally condemnable, but Pakistan's weapons of mass destruction is even more dangerous as it is religion-specific. As part of its state ideology, Pakistan considers people from other religions as its enemies and has made clear it will not desist from being the first to use nuclear weapons."

"Whereas Pakistan has rapaciously used Baluch resources for the last 60 years and in stead of giving Baluchistan its due share, killed and maimed tens of thousands of Baluch tribesmen and left their lands contaminated by nuclear radiation in the 1998 nuclear tests. No independent study has been conducted to see the disastrous consequences of Pakistan's use of Baluch territories to test its so-called Islamic bomb".
39.Saya sendiri tidak pasti sejauh mana Pakistan terlibat dengan penyaluran teknologi nuklearnya kepada negara Islam yang lain bagaimanapun beberapa tahun kemudian, saintis-saintis Pakistan ditangkap oleh kerajaan mereka kerana menjual maklumat sulit berkenaan teknologi nuklear kepada negara Islam lain antaranya Iran, Libya serta Korea Utara (Ini kes benci Amerika Syarikat dan Israel ni, pasal tu Korea Utara pun nama naik).

40.Difahamkan saintis terulung Dr AQ Khan antara yang terlibat dan urusniaga ini dibantu oleh ahli-ahli perniagaan dari Sri Lanka tetapi adakah mungkin Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya mendapat teknologi ini?

41.Secara kebetulan pulak, beberapa tahun selepas kroni saintis Dr AQ Khan ditangkap kerana menjual rahsia nuklear Pakistan ke Libya dan Iran, tup tup pada tahun 2008, sebuah syarikat iaitu Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dari Malaysia kena senarai hitam kerana menjual komponen nuklear ke luar negara iaitu Libya (antara pelanggan yang mendapat manfaat dari penjualan rahsia nuklear Pakistan)

42.Sekali lagi, ahli perniagaan Sri Lanka yang juga penduduk tetap Malaysia dikaitkan dalam skandal ini dan beliau ialah Buhary Seyed Abu (B.S.A.) Tahir dan dikenakan tahanan dalam rumah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

43.Aneh, apa muslihat barat mengaitkan Malaysia dengan penjualan nuklear dan bertambah aneh tetapi kagum kerana pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia ini membuat pelbagai putar belit atau "political manuevering" untuk mengelakkan Malaysia diberi tekanan sekaligus menyelamatkan negara dari bencana yang tak putus-putus diwujudkan oleh Barat.

44.Ok berbalik pada cerita Paskal tadi, saya diberitahu oleh sahabat saya yang beliau akhirnya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib ketika merasmikan bilik hyperbaric chamber di Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju.

45.Sahabat saya cuma perlukan satu maklumat penting untuk mengaitkan perkataan-perkataan Uranium, Paskal dan Kenyir. Jadi beliau cuma menanyakan satu soalan sahaja.

46."Hyperbaric Chamber ini untuk penyelam Paskal kita di Terengganu (kedudukan Tasik Kenyir adalah dalam negeri Terengganu) ke, Datuk?" tanya beliau.

47.Najib jawab "Ya" dan perkataan ya inilah yang akan mengesahkan kebenaran cerita dari wakil rakyat Terengganu pada permulaan artikel ini tadi dan menyebabkan tugas saya sebagai agen X files bermula.

48.Alat Hyperbaric Chamber ini diguna khusus untuk penyelam bagi menstabilkan kandungan nitrogen dalam darah akibat menyelam terlalu lama.

49.Lebih kurang setahun selepas pertanyaan hikmah itu ditanyai, saya menghubungi pihak Malaysian Institute For Nuclear Technology Research atau MINT di laluan ke Dengkil (Bangi) untuk mendapatkan kebenaran masuk ke kawasan yang paling ketat kawalannya dan selalu menjadi mitos khabar-khabar angin orang sekeliling.

50.Saya masuk hanya untuk satu kajian, iaitu semata-mata untuk mengetahui apa benar negara ini mempunyai kandungan uranium yang terbesar di dunia, jika benar, Alhamdullilah, comfirmlah orang Melayu akan bangkit menjadi kuasa besar dunia nanti (Sekarang tak mungkin pasal Barat berjaya memecahkan mereka menjadi kumpulan kecil dari UMNO ke PAS, skrg PKR tapi takpe, kumpulan ini wujud untuk menentang ketidakadilan, mudah-mudahan mereka menang dan berjaya mendapat hak yang dituntut...Saya malas nak berjuang, bagi saya semua dah cukup dan saya rasa bersyukur, nak pi masjid tidak ada sekatan dan nak buat duit pakai MLM atau jual burger takde yang kacau (tak macam kat Singapore, kena buang kerja terus bunuh diri pasal takde peluang cari makan) tapi saya harap kerajaan akan menurunkan harga rokok lagi, pleaseee..pleaseee).

51.Pagi-pagi lagi saya dah start kunci kereta Kembara untuk masuk ke MINT, selepas menukar pas keselamatan, saya diiringi oleh seorang pegawai polis untuk masuk ke bangunan pentadbiran.

52.Saya tidak nampak sebarang unsur-unsur luar biasa kerana persekitaran institut sungguh cantik dengan landskap pokok dan bunga, saya tidak nampak bangunan yang menempatkan reaktor nuklear tetapi mungkin memang susah nak nampak pasal kawasan MINT ini sebenarnya besar.

53.Saya difahamkan MINT mempunyai satu mini reaktor nuklear yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan ia disimpan jauh beberapa meter ke dalam tanah di satu bangunan yang lain.

54.Saya akhirnya bertemu dengan Director General Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) iaitu Dr Daud Mohammad.

55.Semasa ini, beliau belum lagi mendapat pangkat datuk dan MINT belum lagi ditukar nama kepada Agensi Nuklear Malaysia (penukaran nama dibuat antara tahun 2006-2007)

56.Tidak banyak maklumat yang saya perolehi dari Dr Daud kecuali mengenai pembangunan nuklear Malaysia.

58.Beliau bagaimanapun mengaku bahawa negara ini mempunyai pengetahuan dalam pembinaan tenaga nuklear oleh para saintis Malaysia yang kini ditempatkan dalam Tenaga Nasional Berhad.

59.Akhirnya, soalan cepumas saya adalah berdasarkan kepada dakwaan bahawa Tasik Kenyir mempunyai kandungan simpanan deposit uranium terbesar dalam dunia.

60.Beliau akhirnya menghampakan perasaan saya, Dr Daud menafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu, Malaysia tidak mempunyai banyak deposit uranium yang boleh dilombong kerana kandungan mineral itu terletak bersepah-sepah dalam negara ini.

61.Sebelum beredar, beliau menghadiahkan saya sebuah buku yang ditulisnya sendiri malah turut menanda tangani buku itu, ia berjudul "TEKNOLOGI NUKLEAR-Guna Membinanya".

62.Saya sampai sekarang gagal menghabiskan buku itu kerana masalah penggunaan bahasa saintifik dan jargon-jargon saintifik yang susah hendak difaham.

63.Apa pun, saya pasti...rahsia sebenar tetap ada.

Sumber : militaryofmalaysia.blogspot.com