DUIT RAYA DARI KERAJAAN YANG "TAK TAHU MENTADBIR"

Pulau Pinang sedia RM1.5 juta untuk kakitangan
Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 19 Ogos: Seramai 3,577 kakitangan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menikmati pemberian wang khas berjumlah RM400 seorang menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa sidang media semalam, pemberian keseluruhan wang tersebut berjumlah RM1.5 juta akan dibuat pada 3 September ini.

"Pemberian ini juga adalah sebagai satu sumbangan kepada kakitangan awam negeri Pulau Pinang yang banyak membantu kerajaan negeri ke arah pembangunan dan kejayaan negeri.

"Tanpa usaha dari penjawat awam yang memberi khidmat secara profesional maka sudah pasti lonjakan status negeri ini ke persada bandaraya antarabangsa tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) adalah julung-julung kali diadakan.

Katanya, ia juga membuktikan kerajaan negeri menghargai khidmat mereka dengan harapan akan terus bekerja dengan lebih gigih bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan perkhidmatan yang baik.

Lim juga berkata pembayaran yang dibuat seminggu sebelum hari raya itu adalah bagi mencorakkan penjawat awam profesional yang bertaraf dunia kepada semua kakitangan awam negeri yang diterajui oleh Kerajaan PR di Pulau Pinang.

No comments: