RIBUAN HAMPA DEBAT ANTARA PAKATAN DAN UMNO GAGAL







RIBUAN HAMPA DEBAT ANTARA PAKATAN DAN UMNO GAGAL



OLEH Amiruddin Ahmad




Seberang Jaya-Ribuan hampa apabila debat perdana yang di jadual berlangsung di ketika pihak BN menyerang Pakatan Rakyat dengan melelabelkan Pakatan sebagai tidak membantu orang melayu dalam pentadibian kerajaan negeri. \Malahan pimpinan Umno tempatan seperti Rezaal Marecan menuduh bahawa Kerajaan pakatan Rakyat adalah kerajaan yang tidak mesra rakyat, tidak membantukaum melayu dan meminggirkan kaum melayu .

Kecaman sedemikian menjadikan Pakatan Rakyat merasakan perlunya di adakan debat terbuka di Pulau Pinang. Maka satu majlis jemputan secara terbuka bagi menyampaikan hasrat Pakatan di laksanakan , namun surat jemputan tersebut di koyak oleh wakil pemuda Umno .

Walau pun demikian jemputan seterusnya di laksanakan dan persediaan tempat dilaksanakan. Namun pimpinan Umno yang menyatakan bahawa meraka adalah pembela Melayu, akhirnya tidak nampak batang hidung walau panggilan pesanan, surat jemputan malahan dalam internet sekali pun , wakil Umno tidak muncul tiba. Kegagalan Norman,Jais dan juga Rezal merican ,telah menjadi medan ceramah pimpinan Pakatan rakyat yang telah bersedia iaitu,Cikgu Bard,Ustaz Husni Mat Piah(Ketua DPPPP) dan Amir Ghazali(Ketua AMK Pulau Pinang)Zulkifli Ibrahim(Exco AK Pusat) berceramah.




Oleh kerana puluhan ribu yang hadir, maka majlis perdebatan secara terbuka itu menjadi medan khas bagi pimpinan Pakatan Rakyat untuk berceramah dan mengecam tindakan Umno ang dikatakan sebagai membaling batu sembunyi tangan, malah oleh kerana umno takut kepada bayang-bayang mereka sendiri yang memerintah Pualau Pinang sejak 52 tahun lalu, isu Melayu terpinggir sebenarnya di jelaskan betapa ianya adalah isu yang saban tahun di mainkan untuk meraih simpati dan juga untuk menunjukkan betapa Umno gagal dalam mentadbir kaum Melayu di Pulau Pinang.



Kejayaan kerajaan negeri menghapuskan kemiskinan tegar , meluluskan 104 projek industri,Dasar CAT yang memangkin kejayaan,Bajet lebihan surplus RM88 Juta berbanding deficit RM35 juta(2008),Bantuan kepada SAR sebanyak RM97,000 setiap sekolah,RM60 kepada sekolah Cina dan RM63,000 kepada setiap sekolah tamil menjadikan tohmahan pimpinan Umno berlalu bagai air di curah ke daun keladi kerana rakyat mendengar namun tidak mengindahkannya.Umno kini di tempelak ekoran kegagalan yang mereka sendiri ciptakan untuk di tohmah oleh rakyat.