LAGI KERJA NAK MELAGAKAN PIMPINAN PAKATAN


Pro-Anwar dibidas



KOTA BHARU 3 Mei – Golongan pro Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas dibidas kerana menyalahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu telah diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang dan bukannya datang dari Pas sahaja.


Takiyuddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan turut menyelar golongan tersebut kerana hanya berani mengeluarkan kenyataan di luar dan tidak bersuara ketika mesyuarat rasmi diadakan.


‘‘Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang presiden dan timbalan presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar.






PAKATAN BERSETUJU UNTUK ADAKAN PERPADUAN DENGAN KERAJAAN JIKA PAK LAH KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI




Kenyataan ini dikeluarkan di ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi ingin melepaskan jawatan beliau. Kerajaan Perpaduan ini dibentuk sekiranya Tun Abdullah tidak melepaskan jawatan beliau pada waktu tersebut. Kini apabila beliau telah melepaskan jawatan, maka kerajaan perpaduan secara total mungkin juga sudah tidak ada lagi.

No comments: