KEH..KEH KEH....NAYA BETOI

 


Mohd Asri Bakar



Ada orang hantaq gambaq ni kat saya. Dia mengaku, dia pak menakan pada mamat gila sorang tu laaa..yang mulut hancin & kuang hajaq sangat tu. Laaaa hai, mamat yang hat kuat berlakon dengan skrip2 hodoh & bodoh tu la..sapa lagi?.takkan hangpa tak tau!







Dia habaq...ini gambaq atok dia masa mula2 sampai dari Vietn4m (Bukanlah dari tanah besaq Chin4 pun). Gambaq tu, tok dia duk tengah hisap candu + tahi 8481..sampai melekat-lekat kat keturunan2 dia, sampai ka la ni. Dia habaq lagi, bila dah sampai time stim...mula la dia duk merapu, meraban, mamai, suka wat fitnah & suka sangat berbohong. Tapi pak menakan tu cakap...keturunan2 dia yang lain, dah takdak dah yang hisap candu tu. Tinggai sorang hat tu ja la. Bala..bala. patuit la nampak dia tu tak bijak (nak tulih bodoh, tapi tak sampai hati la pulak). K, bye!!. Salam...



INI KELAYAKKAN KALAU NAK JADI..


 Norman Daud


Bekas pesuruhjaya SPRM lantikkan Tun M ni mempertikaikan kenapa Alber tei didakwa sedang dia adalah seorang whistleblower.






Saya semak apa kelayakkan untuk menjadi sebagai whistleblower mengikut undang undang.


1) Di bawah Whistleblower Protection Act 2010 (WPA 2010), pemberi maklumat hanya dianggap “whistleblower” jika membuat pendedahan salah laku kepada agensi penguatkuasaan yang diiktiraf seperti Malaysian Anti‑Corruption Commission (MACC), polis, atau agensi berkaitan, bukan terus ke media atau umum. 


2) Pendedahan mesti dibuat “dalam good faith” dan dengan “reasonable belief” bahawa berlaku salah laku. 


3) Individu tidak boleh terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya , jika ada penglibatan, perlindungan boleh dibatalkan. 


Dan.. agensi penguatkuasaan juga menekankan bahawa melaporkan kepada media atau umum terlebih dahulu sebelum melalui saluran rasmi  menyebabkan seseorang itu tidak layak mendapat perlindungan sebagai whistleblower. 


Adakah Albert tei layak mendapat pelindungan sebagai whistleblower jika kita tengok pada undang undang ni? 


Fikir fikirkanlah..




PAS TERKAIT?

 

Fendi Apple


Terkini! Pas juga akan dipanggil untuk memberi keterangan diSPRM...takebeer3x 😂🤣😅😆😁🤭kih kih kih





JANGAN JADI KAKI PONTENG MAKAN GAJI BUTA. LAMBAT LEPA PM TAK HADIR PUKUL CURI. PENGECUT

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mencatat rekod kehadiran 100 peratus dalam kesemua 221 sesi Parlimen sejak mengangkat sumpah dan menjadikan dirinya antara wakil rakyat yang paling konsisten hadir.






Beliau juga menunjukkan komitmen tinggi dengan 614 ucapan dalam 95 sesi perbahasan, purata 6.5 ucapan setiap sesi.


Sikap disiplin dan tanggungjawab beliau ini bukan sahaja menarik perhatian, malah dipuji oleh warganet sebagai contoh teladan yang wajar diikuti oleh ahli Parlimen lain.


Sumber: The Reporter


#NaraViral #NaraTrending #syedsaddiq



APA KEADILAN SEBENAR DI SUDUT PANDANG PN/PAS DALAM ISU APMM DAN MP KOTA BHARU??


Che Ibrahim




Semua orang tahu cerita sebenar APMM di Masjid Rusila. Semua orang tahu bahawa beberapa tanggapan atau andaian PN/Pas dlm isu tersebut lebih kepada "diada adakan" demi mencari sensasi, akhirnya menjerat kaki dan tengkok sendiri, sekarang mereka berhempas pulas cuba meleraikannya.


Ucapan MP Kota Bharu dan pencelahan MP Pendang telah disambut oleh pemain pemain media PN seperti anak seluang menyambar umpan, belum sempat jatuh ke air, diterkam habis habisan, sehingga hari ini masih diulang ulang seolah olah ianya benar seperti dituturkan oleh MPnya.


Salahkah pihak kerajaan memilih untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) sehingga ianya dikecam sebegitu rupa? Adakah Peraturan Mesyuarat 27(3) tidak berparlimen dan bercanggah dengan Perlembagaan atau sekadar penggunaan Peraturan tersebut  menyebabkan MP Kota Bharu cepat dihukum sebab itu PN menentang?? 


Apabila ada pilihan samada menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) atau 36(12), maka terserah kepada pihak yang mengemukakan usul untuk memilih Peraturan mana yang mereka mahu gunakan. 

Pihak pembangkang sudah tentu mencari helah agar usul tersebut ditangguhkan atau sekurang kurang membolehkan mereka bergelepar lama sikit. 


Desakan pembangkang agar isu tersebut diselesaikan mengguna Peraturan Mesyuarat 36(12) sekadar bermain tali agar ikan dikail tidak terus disentap ke darat atau sekurang kurangnya mereka boleh mencabar kesabaran pemancing dari memegang hasil pancingannya,  mereka pun tahu ikan tersebut telah tersangkut di mata kail dan sukar untuk melepas diri.




ANTARA TEROKA TANAH SECARA HARAM DAN IHYA' AL MAWAT


Che Ibrahim






Katanya Felda sedang diusir keluar di Terengganu, tanah tanah yang mereka majukan telah di sita kerana telah dibangunkan tanpa kebenaran kerajaan negeri.





Felda ni satu agensi pembangunan tanah Persekutuan, memang kijaan Felda memajukan tanah tanah yang belum dimajukan (al mawat), macamana boleh dituduh "teroka tanah secara Haram" sehingga disita oleh Pihak Berkuasa Tanah (Kerajaan Terengganu)?


Teringat dulu arwah MB Kelantan atgna selalu sebut:


من أحياء الموات فهو له


"Sesiapa yang menghidupkan (bercucuk tanam) di atas tanah kosong (takdak pemilik), maka dia berhak ke atas tanah tersebut" 


Apabila diceritakan banyak tanah tanah sebelah hulu yang diretah oleh orang kampung belum ada hak milik, lalu atgna jawab... "Patutpun alik Hulu Pas kalah...."


Kerajaan Kelantan pernah berdepan dengan isu yang sama berkaitan tanah tanah yang dibangunkan oleh Felda, Felcra Dan Kesedar, namun semuanya berjaya diselesaikan secara rahmah, tidak ada pihak yang terluka.




TU DIA... SAT OK SAT TAK OK.


 

SABAR DULU... BULAN DEPAN SAJA.

 

Sham Ghaz





Isu Gantung YB Kota Bharu; YB Hamzah Zainudin, YB Ahmad Marzuk Shaary, YB Syahir Sulaiman, YB Ronald Kiandee dan Pemuda PAS Malaysia jgn bersorak awal. 


Kononnya menanglah harini? Tidak semudah itu. 26 hb Jan 2026 kita undi tengok ya. 






1. Dalam kes seperti Ahli Parlimen Kota Bharu (Dato Takiyuddin) yang memfitnah dan mengelirukan Dewan, Peraturan Mesyuarat menyediakan dua laluan tindakan yang sah.


2. Ramai tak faham. Jadi saya ingin jelaskan.


a. Perkara 36(12)


Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan atau membuat tuduhan palsu, boleh dirujuk kepada:


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


Fungsi JK:


 • Menilai sama ada wujud unsur fitnah / penipuan

 • Mencadangkan hukuman (termasuk gantung)


Ini adalah laluan siasatan formal.


b. Perkara 27(3)


Menteri atau Ketua Majlis boleh:


Bawa USUL GANTUNG secara terus di dalam Dewan


Tanpa perlu rujuk JK terlebih dahulu.


Ini memang dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat dan digunakan banyak kali dalam sejarah Parlimen Malaysia.


Maknanya Menteri boleh;

• Guna 36(12) boleh

• Guna 27(3) pun boleh

• Kedua-duanya sah & berperaturan


Dalam kes ini, Menteri Dalam Negeri guna Peraturan 27(3). Langsung tidak melanggar peraturan Dewan.


3. Kenapa Ahli Parlimen BOLEH Digantung? 


a. Peraturan Mesyuarat beri kuasa penuh kepada Dewan


Peraturan 44 + 27(3) membenarkan Dewan menggantung mana-mana ahli atas alasan melanggar peraturan, menghina Dewan, atau mengelirukan Dewan.


Ini bukan kuasa Speaker seorang — ini kuasa majoriti Dewan.


b. Tindakan mengelirukan Dewan adalah kesalahan berat


Fitnah dalam Dewan menjejaskan:


 • integriti Parlimen

 • proses membuat keputusan

 • kepercayaan rakyat


Di seluruh dunia, kesalahan “misleading Parliament” dianggap antara kesalahan paling serius.


4. Precedent (kes-kes sebelum ini)


Ramai Ahli Parlimen pernah digantung sebelum ini termasuk:

 • Tian Chua

 • Gobind Singh

 • KJ

 • Salahuddin Ayub

 • Tony Pua

 • Dan juga beberapa MP PAS sendiri


Jadi hukuman gantung bukan perkara baharu.


5. Penggantungan BUKAN hukuman luar biasa, Ia adalah tindakan disiplin biasa untuk menjaga:


 • tertib mesyuarat

 • kesucian fakta

 • integriti institusi


Kalau dibiarkan Ahli Parlimen menipu dalam Dewan, itu lebih bahaya.


5. Penangguhan ke Januari 2026 juga normal


Usul ditangguh ke Sidang Parlimen Januari 2026?


Itu benda biasa. Dewan selalu sambung perbahasan pada sesi berikutnya jika masa tak cukup.


Januari 2026 – Dua Pilihan Tindakan


Pada sesi akan datang, Dewan boleh:


(i) Terus undi untuk gantung Takiyuddin - berdasarkan usul sedia ada


ATAU


(ii) Rujuk Taki kepada JK Hak & Kebebasan - Menteri Dalam Negeri hanya perlu pinda sedikit usul


Kedua-duanya sah di sisi Peraturan Mesyuarat.


Kesimpulan


Kepada Dato Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Pemuda PAS Malaysia, Hamzah Zainuddin, Ronald Kiandee, Marzuk Shaari dll, sabar dulu. Januari bukan lama.


Yang penting, ambil pengajaran. Jangan ulangi perbuatan fitnah, tokok tambah, dan mengelirukan Dewan.


Dewan ada peraturan. Institusi ada maruah. Ahli Parlimen kena bertanggungjawab.


Noktah! Best kan dapat “bercuti” 6 bulan. Aman sikit Parlimen.


Syam Ghaz




SAM TAK TERIMA, ALBERT TAK BERI.


 


Uu





Habis tu korang berdua buat apa kat mahkamah tu?


Mula-mula ana ingat Sam akan lepas kes ni sebab Albert dalam video dah ngaku beri duit kat Sam. Jadi, kalau dia kata duit tu supaya Sam tolong bisnes dia, mana bukti Sam tolong bisnes dia? Jadi, duit yg Albert bagi tu umpama sedekah amal jariah aje sebab tak ada bukti dgn duit tu Sam tolong bisnes Albert. 


Mcm kita belanja kengkawan makan. Lepas makan, balik. Nothing happens. Rasuah kaa mcm tu? Tu pendapat awal ana laa. Jadi, Albert ke dalam, Sam lepas bebas.


Tapi bila dah tetiba hari ni Albert tak ngaku beri Sam rasuah, automatik jadi kartun. Habis tu yg hari tu beria ngaku bagi Sam RM600K tu natang apa?  Betul laa Albert kata, derma melalui PAS paling selamat & meyakinkan.



TAK BERSALAH NGAKU ..TAPI DEDAH BUKTI PULAK


Jason Yew


 Dia mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah RM176,829.03, tapi dia juga yang dedah bukti yang dia beri rasuah, macam mana ni?





NAK SOLAT APA....HANG TERANG TERANG FINAH ...KIO.


Che Ibrahim


 USUL GANTUNG 6 BULAN MP KOTA BHARU. 






Ambo mengikuti dengan penuh minat usul menggantung MP Kota Bharu selama 6 bulan kerana dikaitkan dengan ucapannya "yang tidak wajar" berkaitan isu latihan APMM di Masjid Rusila. 


Bakpo?....Pertama kerana MP tersebut sahabat ambo sekian lama. Kedua ambo sendiri telah melalui pengalaman ini semasa nak dipecat oleh KIAS di mana MP Kota Bharu ketika itu kalau tak silap ingatan ambo adalah Penasihat Undang Undang Pas Kelantan..akhirnya ambo dibuang kerja tanpa diberi apa apa alasan, apalagi hak untuk membela diri, itulah "keadilan" bagi Pas.


Apa yang ambo boleh simpulkan:


1. Pihak kerajaan telah menggunakan Peraturan  Mesyuarat 27 (3) untuk kemukakan usul tersebut sebagaimana amalan amalan terdahulu dalam banyak kes kes seumpamanya. 


2. Pembangkang cuba melengah lengahkan kehendak kerajaan dengan mendesak MP Kota Bharu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat  36 (12)


3. Kerajaan telah bertindak bijak dengan menangguhkan usul tersebut yang membuka ruang pemain dan peminat politik terus bermain dengan isu ini..politik tidak boleh sunyi dengan isu isu yang boleh disensasikan.


4. Kita tunggu adakah MP Kota Bharu akan dikenakan tindakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27(3) atau dihadapkan ke Jkuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen mengikut 37(12) seperti yang pembangkang sendiri minta. Kedua dua Peraturan Mesyuarat ( 27(3) Dan 36(12) sudah lazim digunakan dalam Parlimen.



TERUK PEMBANGKANG NI YA..PATUT 33 BULAN SAJA


 


JANGAN GANTI AZAM BAKI…


4 December 2025


Pelbagai pihak, termasuk Rafizi Ramli, terus mendesak agar kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak lagi disambung selepas ini.


Setakat ini, kontrak Azam Baki telah disambung sebanyak tiga kali.


Kali terakhir ia disambung ialah selama setahun pada 13 Mei 2025 dan berakhir 12 Mei 2026.


Walaupun PH sering menjadikan Azam Baki sebagai sasaran ketika bergelar pembangkang dahulu, tetapi Anwar Ibrahim, setelah menjadi Perdana Menteri, nampaknya selesa mempunyai KP SPRM sepertinya.


Sepertinya juga, apabila sudah ada kuasa, isu Azam Baki memiliki saham berjuta-juta dan membenarkan pula  adiknya menggunakan namanya untuk pembelian saham itu sudah boleh dilupakan begitu saja.


Selain itu, Anwar turut beberapa kali memuji Azam Baki kerana dikatakan berani menyiasat dan menangkap jerung-jerung besar yang terkait amalan rasuah.


Ertinya, Anwar begitu menghargai dan menyayangi kedudukan Azam Baki sebagai KP SPRM.


Kalau tidak, tentulah tak mungkin kontraknya disambung sampai tiga kali serta pujian melambung diberikan kepadanya.


Dengan kekalahan PKR dalam PRN Sabah dan kebingungan masyarakat kerana masih ada sejumlah Adun negeri itu tidak didakwa di mahkamah, meski video mereka menerima duit sudah bertebaran hingga langit ketujuh, desakan agar khidmat Azam Baki tidak disambung lagi mula kedengaran kembali.


Ada yang berhujah bahawa imej PKR dan kerajaan madani dalam memerangi rasuah dapat dipulihkan jika kontrak Azam Baki tidak lagi disambung kontraknya.


Sejujurnya isu Azam Baki ini bukanlah isu pertama yang memperlihatkan amalan cakap lain dan buat lain oleh PH setelah ia berjaya menjadi kerajaan.


Maka itu, kerajaan tidak perlu gusar dengan amalan tersebut, sebaliknya mesti menggunakan sepenuhnya kemampuan komunikasi dan keupayaan cybertrooper berbayar mereka untuk menanganinya.


Jika selama ini, tiga kali kontrak Azam Baki sudah disambung dan Anwar masih mampu bertahan sebagai Perdana Menteri, apa masalahnya kalau disambung lagi buat kali keempat?


Lagi pun, penyokong-penyokong PH secara majoriti juga bersetuju dengan penyambungan demi penyambungan kontrak Azam Baki itu.


Mereka malah memuji gandingan Anwar dan Azam Baki adalah regu paling mantap seumpama pasangan Razif dan Jailani Sidek untuk kerajaan madani memerangi rasuah di negara ini.


Tambahan lagi, dengan pendakwaan di mahkamah terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Setiausaha Politik Kanannya sendiri, ini adalah petunjuk baharu bahawa Anwar tidak memilih bulu dalam memerangi rasuah.


Sekaligus, pendakwaan terhadap Shamsul Iskandar itu adalah hujah termahal yang boleh digunakan untuk mewajarkan Azam Baki disambung lagi kontraknya.


Bukan saja Anwar perlu meneruskan khidmat Azam Baki ketika tempoh kontraknya berakhir nanti, bahkan Azam Baki sendiri harus sentiasa bersedia untuk khidmatnya disambung lagi.


Gandingan Anwar dan Azam Baki amat cantik jika mereka dapat setia sehidup semati dan hanya dipisahkan apabila kerajaan bertukar tangan nanti. – ShahbudinHusin 04Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/jangan-ganti-azam-baki/




NOH...



 Rangkul Semua Bersama 


Macam dah tiada orang lain yang layak untuk di bawa masuk nampaknya.






BAIK BELI EMAS7

 


Baik beli Emas 7 Premium, sebab kalau tambah TCO sewa bateri 9 tahun, total harga jadi 109k, lepas 9 tahun at least Emas7 tak payah bayar sewaan apa-apa lagi. 






Emas 7 lepas rebate 9 tahun, monthly dalam 1.2-1.3k 


Qve 9 tahun bateri campur loan, monthly dalam 1.2k. 


Idea kena sewa bateri kononnya untuk jaga resale value tapi lepas 5 tahun mana-mana kereta akan ada wear and tear. 


Dan batteri LFP sangat robust, boleh tahan 1 million miles without degradation , tak sama dengan NMC. NMC lain la tak boleh charge 100% all the times, kena limit 80% untuk elak degradation. 


And let say lepas 5 tahun, harga badan kereta jadi 40k, pembeli second hand kena loan 7 tahun , bayar dalam rm550 tambah bateri leasing 275 = RM825 sebulan. Yang mana untuk the same amount boleh dapat EV sekali dengan bateri dalam harga 60k.


Saya masih tak faham part mana yang bateri leasing ini satu idea yang bagus? 


Itu belum masuk bab jarak hanya 377km wltp vs 410km wltp, DC charging 60kw (QEV) vs 120kw ( Emas7) and 6.6kw ac vs 11kw ac (emas7), berjanggut nak tunggu full charge, lain spec macam inferior dengan emas7. 


Unless Produa thinks this battery leasing as a genius plan, I believe it's dead on arrival. 


MMMS.




Sebenarnya saya akan rasa takut bila setiap kali nak menulis sesuatu di media sosial.


Afiq Nordin






Saya risau ada kemungkinan yang saya tersilap menilai, tersilap fakta, atau tanpa sedar menyumbang kepada masalah yang sedang melanda dunia digital hari ini.


Sebab itu setiap kali saya membaca, menilai dan menulis, saya selalu berhenti kejap untuk kaji sedalam-dalamnya isu tersebut dan bertanya kepada diri saya sama ada saya sedang mencari kebenaran atau saya sebenarnya hanyut dalam arus perhatian yang sedang menenggelamkan ramai orang.


Saya lihat makin ramai sanggup melakukan apa saja demi satu perkara yang tidak pernah cukup dalam hidup mereka.


Mereka mahukan perhatian.


Perhatian yang belum tentu membawa kebenaran tetapi cukup untuk menaikkan ego. Perhatian yang tidak membawa apa apa nilai sebenar tetapi perlahan lahan merosakkan kehidupan orang lain.


Perhatian yang kini menjadi budaya baru dalam dunia digital dan mula menghakis pertimbangan manusia.


Ia telah menjadi perlumbaan angka. Makin ramai yang sanggup mengabaikan batas hanya untuk meningkatkan tontonan, menaikkan kadar penglibatan, menambah pengikut dan mendapatkan lebih banyak penjanaan pendapatan.


Apabila angka menjadi tujuan utama, kebenaran dengan mudah diketepikan.


Itulah yang berlaku apabila dua warga asing, seorang dari Bosnia dan seorang lagi dari China, muncul dalam video mendakwa mereka berjaya lolos dari KLIA2 menggunakan pasport palsu.


Keyakinan dalam cara mereka bercakap menggambarkan seolah olah Malaysia negara yang terlalu mudah ditipu. Dan daripada komen yang saya lihat, ramai yang terus percaya tanpa menunggu penjelasan.


Namun apabila semakan rasmi dibuat, cerita itu runtuh sepenuhnya.


Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, mengesahkan bahawa pasport kedua dua individu itu adalah pasport yang sah.


Rekod masuk dan rekod keluar mereka disahkan oleh kedutaan. Pemeriksaan yang mereka rakamkan dalam video itu bukan pun pemeriksaan imigresen.


Ia hanyalah pemeriksaan polis bantuan sebelum menaiki pesawat, tanpa semakan biometrik dan tanpa proses rasmi yang menentukan keluar masuk negara.


Dalam kata lain, sempadan Malaysia tidak ditembusi. Yang ditembusi sebenarnya ialah kepercayaan masyarakat terhadap fakta.


Ini bukan kali pertama ruang digital kita dimanipulasi dengan kandungan sensasi yang tidak pun berpijak pada realiti.


Sebelum ini saya ada kongsikan kisah Safiudeen Pakkeer Mohamad. Beliau seorang pekerja asing yang akhirnya hidup sebagai gelandangan setelah pasportnya dipegang majikan dan gajinya tidak dibayar selama berbulan bulan.


Beliau melarikan diri kerana terdesak. Kemudian muncul video yang merakam beliau dipukul, dijirus air dan ditendang ketika tidur di kaki lima sebuah bank.


Ramai yang bersimpati dan ramai yang marah melihat layanan yang tidak berperikemanusiaan itu.


Namun seperti biasa, dalam setiap insiden pasti muncul orang yang melihat peluang untuk mencipta cerita baharu.


Ada seorang wanita mendakwa bahawa Safiudeen sebenarnya pemabuk, suka membuat kacau dan sengaja tidur di situ. Cerita ini cepat menyambar perhatian kerana sensasi lebih mudah dipercayai daripada fakta.


Tetapi apabila diminta bukti dan pengesahan, dakwaan itu hilang begitu sahaja. Akhirnya dia mengaku bahawa cerita itu hanyalah sesuatu yang “didengar daripada orang”.


Inilah wajah dunia digital hari ini. Fitnah lebih laju daripada fakta. Tuduhan lebih cepat dikongsi daripada maklumat yang sah. Khabar angin pula lebih mudah dipercayai berbanding akal yang waras.


Apabila manusia terlalu mengejar angka, kemanusiaan tidak lagi menjadi perkara penting. Selagi tontonan naik, selagi penglibatan meningkat, selagi pengikut bertambah dan selagi penjanaan pendapatan bergerak, ramai yang tidak lagi memikirkan kesan terhadap maruah orang lain atau nama negara sendiri.


Apabila saya melihat kembali isu KLIA2 ini, saya sedar bahawa dua warga asing tersebut tidak memecahkan sistem keselamatan Malaysia.


Mereka memecahkan garis etika. Mereka menggunakan nama Malaysia sebagai alat untuk mendapatkan angka tontonan. 


Sebenarnya ini bukan kali pertama mereka menghasilkan kandungan seperti itu. Ada video mereka yang sengaja dibesar-besarkan dan ada yang jauh daripada konteks sebenar.


Kerajaan kini sedang menyiasat motif mereka. Jika terbukti mereka sengaja memburukkan imej negara, tindakan sewajarnya perlu diambil. Malaysia berhak mempertahankan integriti sempadannya termasuk daripada manipulasi kandungan digital yang tidak bertanggungjawab.


Apabila saya susun kedua dua kisah ini, saya tiba pada satu kesimpulan yang mungkin tidak menyenangkan tetapi semakin jelas kebenarannya.


Masalah sebenar bukan pasport palsu atau gelandangan yang dianiaya.


Masalah sebenar ialah manusia yang sanggup menggadaikan maruah orang lain, malah maruah sebuah negara, hanya untuk beberapa saat perhatian.


Selagi perhatian dianggap lebih penting daripada kebenaran, selagi itulah ruang digital kita akan dipenuhi kandungan yang merosakkan kematangan masyarakat.


Selagi kita tidak berhenti untuk menyemak apa yang kita baca, satu hari nanti kita mungkin tidak lagi mampu membezakan mana cerita yang dicipta dan mana realiti yang benar benar berlaku.




Isu kerajaan negeri nak sita ladang FGV. Apa fakta yang tidak diketahui?


The Greatest Ganu







1. 92% saham FGV kini dimiliki oleh Felda. Sebahagian saham lagi dimiliki Koperasi Peneroka


2. FGV bukan milik korporat, taikun atau parti politik tertentu sepertimana yang dituduh


3. Hasil keuntungan ladang digunakan Felda bagi membantu peneroka. Bina rumah, pendidikan, pekerjaan, duit raya, bantuan tanaman semula dan pelbagai lagi


4. Lebih 100 ribu peneroka dan keluarga menerima manfaat hasil keuntungan ladang. Hampir semuanya adalah Melayu


5. Apabila Felda meneroka lebih 14 ribu hektar tanah di Terengganu bermula 1985, tanah-tanah itu asalnya hutan belantara


6. Jika bukan kerana Felda usahakan, tanah itu masih hutan. Terbiar dan tidak digunakan


7. Kerajaan Terengganu tiada kewangan bagi membangunkan tanah seluas itu dalam masa yang singkat. 


8. Pembangunan tanah tersebut telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada puluhan ribu rakyat Terengganu


9. Apabila ladang2 ini diuruskan FGV pada 2011, Felda telah membayar sekitar RM40 juta kepada kerajaan Terengganu 


10. Kerajaan Terengganu di bawah Dato Ahmad Said telah menuntut 30% perkongsian keuntungan yang akan diberi untuk rakyat miskin


11. Kadar ini walaupun agak tinggi tapi munasabah kerana ketika itu sebahagian saham FGV dimiliki oleh syarikat-syarikat besar


12. Oleh itu keuntungan yang nak diberi kepada rakyat miskin itu adalah keuntungan yang diambil daripada pemegang korporat / pelabur. Ia tidak menjejaskan peruntukan kepada peneroka 


13. Apabila dinyahsenarai pada Ogos 2025, Felda telah membeli hampir semua saham FGV


14. Oleh itu, tuntutan perkongsian keuntungan oleh kerajaan negeri secara langsung hari ini akan mengurangkan pendapatan Felda dan peruntukan kepada peneroka


15. Jesteru tindakan kerajaan lama dan kerajaan hari ini adalah berbeza impaknya


16. Seterusnya tindakan menyimpan bayaran daripada Felda selama 14 tahun di bawah pentadbiran 3 Menteri Besar


17. Selepas diketahui umum, barulah dipersetujui hari ini agar wang itu dipulangkan semula


18. Tindakan menerima dan menyimpan bayaran tersebut selama 14 tahun dibimbangi boleh dianggap sebagai tacit consent (kebenaran melalui perbuatan / tersirat) oleh mahkamah. 


19. Admin dapat lihat melalui tindakan dan kenyataan Felda dan FGV seolah-olah mereka SANGAT NEKAD menyambut 'cabaran' kerajaan negeri dengan selesaikan melalui mahkamah -- bukan lagi rundingan


20. Tindakan FGV yang telah mula mengosongkan ladang-ladang mereka di Terengganu boleh menyebabkan ladang terbiar, kehilangan hasil dan menjejaskan bantuan kepada peneroka 


21. Oleh itu usaha perbincangan antara TPM Dato Seri Zahid bersama YAB MB Dr Samsuri adalah dialu-alukan bagi mengelakkan ia berlaku


22. Admin menyokong usaha kerajaan negeri menambah pendapatan mengikut lunas undang2. Dengan menghormati hak dan sumbangan semua pihak 


23. Semoga dipermudahkan urusan dengan segera demi rakyat jelata


#MajuTerengganuKu




SAMSUL KATA DISOGOK..SAMSUL SOGOK SIAPA PULAK...CUBA CARI....


 Iswardy Morny


Yang sabah hari tu apa cerita? 






Shamsul dan ahli perniagaan Albert Tei  akan didakwa dengan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menawar dan menerima rasuah.


Tei mendakwa dia menyogok Shamsul melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bernilai lebih RM600,000.




𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛? 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜




RAFIZI RAMLI


PRN Sabah telah selesai. Keputusannya jelas. Diagnosis awal sudah ada.


Saya akan hurai dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mendorong keputusan itu dalam podcast YBM Jumaat ini 5 Disember.


Salah satu faktor yang penting ialah rasa kecewa pengundi dengan prestasi reformasi dan pembaharuan, terutama dalam membersihkan negara dari rasuah. 


Kelebihan utama PH dan PKR sebelum ini ialah harapan rakyat agar sistem negara bebas dari rasuah. Ini kehendak utama pengundi-pengundi PH, yang rata-ratanya dari golongan kelas menengah.


Saya selalu mengingatkan kerajaan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa data-data kaji selidik sejak 2024 menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai prestasi mencegah rasuah kekal menjadi kritikan utama terhadap kerajaan. 


Lebih-lebih lagi kerana di sebalik ucapan-ucapan dan berita mengenai usaha mencegah rasuah, perubahan itu tidak dirasakan dengan cepat.


Persepsi ini disahkan oleh statistik kes-kes rasuah yang berakhir dengan hukuman. 


Peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024. 


Sabitan bersalah juga menurun, daripada 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan dalam 2021, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan.


Tambahan pula, ada kes-kes berprofil besar yang berakhir dengan DNAA, atau kes digugurkan, atau tertuduh dilepaskan selepas membayar kompaun.


Minggu ini, soalan saya kepada Perdana Menteri mengenai kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM naik.


Soalan saya mudah:


Adakah YAB Perdana Menteri bercadang untuk menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi kali keempat selepas ini, dalam keadaan kritikan mengenai penyambungan kontrak perkhidmatan tersebut turut datang dari Timbalan Presiden parti beliau sendiri?


Jawapan kerajaan kabur, sama seperti surat sokongan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri.


Ini jawapan kerajaan.


Walau apa pun keputusan Perdana Menteri mengenai perkara ini, beliau tidak boleh lari dari hakikat bahawa pandangan rakyat mengenai komitmen beliau melawan rasuah bergantung kepada keputusan beliau menyambung perkhidmatan Tan Sri Azam Baki.


Bukan untuk dua kali. Bukan tiga kali. 


Tetapi empat kali.


Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah.


Dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama beliau, sudah sampai masanya kontrak itu tidak disambung lagi.


Jadi jika orang tanya saya apa yang PH perlu lakukan sebagai reaksi awal kepada kekalahan teruk di Sabah, mulakan dengan membina kembali kredibiliti melawan rasuah.


Mula dengan melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.


Kalau saya seorang yang mendesak, Perdana Menteri tidak akan dengar.


Lebih baik jika Nurul Izzah juga desak secara terbuka.


Lebih baik lagi jika Anthony Loke dan DAP juga desak secara terbuka.


Barulah kredibiliti lawan rasuah PH dan PKR dapat dibaiki sedikit demi sedikit.




APA PAS BUAT UNTUK ISLAM DALAM MASA 33 BULAN JADI KERAJAAN??


Che Ibrahim


Allah telah uji Pas dengan diberi kuasa memerintah di beberapa negeri. 








Allah telah uji Pas dengan kuasa di peringkat Persekutuan (walaupun secara songsang @ luar tabie dan hanya 33 bulan).


Apa yang telah Pas lakukan untuk perkasakan undang undang Islam dengan kuasa yang ada itu atau Pas sekadar suka berretorik?? 





Hudud yang pernah dianggap sebagai nyawa Pas, Ruu 355 yang barangkali sebagai penyambung nyawa pun tak sempat dibuat apa apa selama 33 bulan berkuasa. Kedua duanya sekarang hilang seperti hilangnya MH370, tapi MH370 lebih bernasib baik dari hudud dan Ruu 355 kerana masih ada usaha pencariannya.



KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI



𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗭𝗔𝗙𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗭𝗜𝗭 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗗𝗔, 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜


PEJABAT PERDANA MENTERI

3 Disember 2025





𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥, 𝗡𝗜𝗔 & 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗜 𝗛𝗨𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗨𝗡𝗚 — 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶, 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀 & 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀


Leon Wen






𝘿𝙞 𝙨𝙖𝙖𝙩 𝙋𝙆𝙍 𝙨𝙞𝙗𝙪𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙪𝙟𝙞-𝙥𝙪𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙘𝙮𝙗𝙚𝙧𝙩𝙧𝙤𝙤𝙥𝙚𝙧 𝘿𝙖𝙢𝙖𝙞, 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙠𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙝𝙞𝙩 𝙩𝙚𝙧𝙣𝙜𝙖𝙣𝙜𝙖 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙩𝙖:

Tanpa Rafizi, semua “strategi” mereka rupa-rupanya cuma doa dengan excel kosong dan keyakinan palsu.

Yang tinggal hanya kelam-kabut, kronisme gaya baharu, dan arahan ikut suka hati anak beranak PM.


𝙂𝙖𝙪𝙣𝙜 𝙄𝙣𝙞 𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙞𝙗𝙖-𝙏𝙞𝙗𝙖 — 𝘼𝙣𝙬𝙖𝙧 𝙎𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙂𝙖𝙡𝙞


𝗕𝗮𝗯 𝟭. 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 & 𝗡𝗜𝗔: 𝗗𝗶𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗸 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮, 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗠𝗲𝗷𝗮 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗠𝗮𝗺𝗮𝗸


“Anwar di anjung gaung bersama NIA yang dikendong sebagai pewaris suci Reformasi — walhal jokers di sekelilingnya cuma tunggu peluang tutup lubang-lubang projek sambil halau Rafizi jauh-jauh sebab dia susah nak ‘dikorbankan’ pada meja rundingan korup.”


Ini bukan politik —

Ini Shakespeare versi 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙩𝙧𝙖𝙜𝙞𝙨.


𝗕𝗮𝗯 𝟮. 𝗧𝗵𝗲 𝗠𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗧𝗵𝗲𝘆 𝗙𝗶𝗿𝗲𝗱 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶: 𝗚𝗮𝗺𝗲 𝗢𝘃𝗲𝗿, 𝗖𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁𝘀 𝗥𝗼𝗹𝗹, 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵


Damai punya keyakinan:

“PKR boleh menang 80 kerusi tanpa Rafizi!”


𝙍𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞:

20 kerusi Sabah → Menang 1, itu pun hasil lompatan, bukan kekuatan.

Kalau ini bukan 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪𝙨, aku tak tahu apa lagi namanya.


𝗕𝗮𝗯 𝟯. 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿’𝘀 𝗕𝗶𝗴𝗴𝗲𝘀𝘁 𝗜𝗹𝗹𝘂𝘀𝗶𝗼𝗻: 𝗗𝗶𝗮 𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝘄𝗮 𝗣𝗛 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 — 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗗𝗶𝗮 𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻


Mereka lupa satu fakta suci:

Anwar ini bukan GPS politik. Dia Waze versi offline.

Yang tunjuk arah, yang ukur jalan, yang gerakkan wave, yang buat angka — semua Rafizi.


Bila “orang yang ukur jalan” kau tendang…

Maka jadilah kau 𝙋𝙈 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙨𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙥𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪 𝙂𝙚𝙣𝙜 𝘿𝙖𝙢𝙖𝙞.


𝗕𝗮𝗯 𝟰. 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻 → 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀 → 𝗗𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀


Segala 𝙖𝙢𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞:

– Salah lantik

– Salah calon

– Salah bacaan data

– Salah gaya kempen

– Salah timing

– Salah fokus

– Salah gerak

– Salah prioriti

– Salah nak kejar walaun sampai tinggal M40, anak Sabah, anak Sarawak, Cina, India, semua.


Semua Rafizi cakap dulu.

Semua Damai gelak.


Sekarang Sabah gelakkan mereka balik.

Next Sarawak.

Then Semenanjung.

Then PRU16: PKR tinggal nostalgia & bendera lama dalam stor.


𝗕𝗮𝗯 𝟱. 𝗞𝗿𝗼𝗻𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗗𝗮𝗻 𝗡𝗜𝗔𝗽𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗡𝗲𝘄 𝗘𝗱𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗮𝗱𝗶 “𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗸”


Bila letak NIA sebagai ikon parti dan buang Rafizi, mesejnya jelas:


“𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘗𝘒𝘙 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪, 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘱𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘪𝘵𝘪.”


Dan bila orang tanya, “𝘒𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘍𝘢𝘥𝘩𝘭𝘪𝘯𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯?”

Jawapan paling jujur:

Sebab Anwar fikir setia itu lebih penting daripada kompeten.


Padahal negara ini bukan kedai runcit keluarga.


𝗕𝗮𝗯 𝟲. 𝗔𝗹𝗯𝗲𝗿𝘁 𝗧𝗲𝗶, 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶, 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗟𝗮𝗴𝗶 — 𝗔𝗸𝘀𝗶 𝗦𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗨𝗻𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗲𝘀𝗽𝗲𝗿𝗮𝗱𝗼


Kalau skrip tak kemas, editing pun berterabur.

Kes Albert Tei ni macam drama murah:


Episod 1: Video tak cukup bukti.

Episod 2: Siasatan belum tamat lagi.

Final episod: Tiba-tiba “tindakan tegas” ala gestapo masa minggu undi.


Ini bukan tindakan.

Ini last-minute desperado nak kejar undi yang dah lama lari.


Rakyat bukan bodoh.

Rakyat cuma sabar — sampai tahap mereka muak.


𝗕𝗮𝗯 𝟳. 𝗗𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝗴𝗸𝘂𝗵: “𝗣𝗞𝗥 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶!” — 𝗦𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻.


Kami Tunggu Hari Kematian Politik Damai bingai Itu.


Geng Damai sibuk cakap:

“Kita tak perlukan Rafizi!”

“Kita boleh menang 80 kerusi tanpa dia!”


Kawan,

Satu Sabah pun kau tak mampu bahagi 20 kerusi dengan bermaruah.


Satu.


Saja.


𝗥𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝘀:


Damage control paling pedih:

Datangkah rombongan merisik Anwar & NIA kepada Rafizi dan Team Hiruk?


Aku serta beberapa Otai Reformasi telah di hubungi geng Damai (𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘱𝘶𝘢𝘬; 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘶𝘩, 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘥𝘦𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬; 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘪𝘣𝘶𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘮𝘢𝘨𝘦 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭) yang nak merangkul kita.


𝙅𝙖𝙬𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖?

Hanya satu:


> 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙧𝙤𝙝 𝙄𝙙𝙚𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢𝙚 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞.

Bukan Reformasi anak-beranak.

Bukan Reformasi projek tepi.

Bukan Reformasi untuk cronies makan sebelum negara bangun.


𝘿𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙏&𝘾?

Senang.


Tunaikan apa yang PKR janjikan.

Lawan rasuah habis-habisan, bukan separuh jalan untuk peluk semua demi kekal kuasa.


𝙏𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞?

Dia dah kata awal:

Dia selesa di luar sandiwara kuasa.

Dia sedang bina joran untuk anak muda — Fleximart, Kesum, generasi masa depan.


𝙋𝙍𝙐𝟭𝟲?

Maybe dia akan sit-out.


𝘽𝙞𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙆𝙍 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙖𝙣𝙜𝙠𝙪𝙝 𝘿𝙖𝙢𝙖𝙞:

“𝙋𝙆𝙍 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞.”


> Kami telah sedar dan menyesal. Boleh bayar kamu semua dulu, sebut harga, sila kembali dan pujuk Rafizi sekali.


𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜,

𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.


𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗗𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗻𝗴𝗮𝗶, 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗿𝗲𝗹𝗮 𝗱𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗶 & 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶 —

𝗣𝗞𝗥 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽… 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗮𝘁𝗶.


Kongsikan komen anda di bawah:

𝘏𝘢𝘳𝘶𝘴 𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘬𝘦 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘦𝘳𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘙𝘢𝘧𝘪𝘻𝘪?


====>>>

✍️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴

- 𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘱𝘳𝘪𝘯𝘴𝘪𝘱 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘴𝘶𝘬.

𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘶𝘩 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘪𝘵𝘪 𝘪𝘵𝘶 𝘭𝘶𝘮𝘱𝘶𝘩.

𝘋𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘳𝘵𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩 — 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘺𝘢𝘬 𝘵𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨.


𝘕𝘦𝘹𝘵:

𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥, 𝗡𝗜𝗔 & 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗴𝗮𝘂𝗻𝗴. 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 𝗔𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵:

KRONIK Kejatuhan Yang Sudah Dijangkakan, BUKAN Dongeng.

Bila Amaran Rafizi Jadi Kenyataan, PKR Tersungkur Dalam Lubang Yang Dia Cuba Tutup.

𝘐𝘬𝘶𝘵𝘪 𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘯𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘥𝘢𝘴, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘗𝘒𝘙 𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘶𝘯𝘨𝘬𝘶𝘳 𝘬𝘦 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘨𝘢𝘶𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘋𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘨𝘢𝘭𝘢𝘴?

"𝘎𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘩𝘢𝘣𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘭𝘶𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘴, 𝘭𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘥𝘪𝘩𝘪𝘵𝘶𝘯𝘨 𝘳𝘶𝘨𝘪 𝘫𝘶𝘢": 

𝘗𝘦𝘳𝘪𝘣𝘢𝘩𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯.


•••




Shamsul Iskandar Tersungkur


Zuwairi Md Yusof



Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan hadapi lima pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.Sofia Rini Buyong tidak akan di tuduh dan akan menjadi Saksi kes. - Azam Baki 


Padan dengan muka kau Sialan DAMAI,KARTEL PKR.Hari2 gelap menantimu dan berakhir sudah segala kejahatanmu terhadap YB Rafizi,HIRUK dan Rakyat Malaysia yang terkesan dengan pengkianatan kalian semua yang berkenaan.Tinggal lagi nama AZAM BAKI turut ada dalam video itu jadi Anwar Ibrahim wajib menggantung KP SPRM serta merta dan biarkan orang lain menyiasat AZAM BAKI supaya tiada gangguan berlaku sepanjang siasatan kes ini.Jangan cuba2 sambung lagi kontrak AZAM BAKI.Itu RED FLAG buat PH PRU16 2026 depan.



Reformasi Madani Tersadai Di Kontrak Azam Baki.


1️⃣ PRN Sabah bukan sekadar kalah kerusi.Itu referendum senyap: pengundi terutama kelas Menengah dah muak dengan slogan “lawan rasuah” yang tak selari dengan apa jadi di Mahkamah & Institusi.



2️⃣ Kekuatan asal PH dulu senang: Rakyat percaya mereka sanggup bakar Jambatan lama demi Negara bebas Rasuah.Bila dah jadi Kerajaan,jambatan lama tak di Bakar,Azam Baki pun kekal jadi Penjaga Tol.


3️⃣ Data yang Rafizi petik Pedih: kertas siasatan → dakwa turun 56% ke 39%.Sabitan turun 36% ke 22%.Billboard tulis “zero tolerance” tapi conversion rate dari siasat → Penjara makin merudum.Rakyat nampak bukan Buta Huruf.






4️⃣ Dalam masa sama kes profil tinggi berselimut DNAA,kompaun, kes di Gugurkan.Bagi orang ramai mesejnya jelas: kalau Marhaen, bayar Harga.Kalau Elit, bayar Peguam.


5️⃣ Sebab itu Azam Baki jadi Simbol.Isunya bukan Peribadi tapi apa yang dia wakili: continuity zaman lama.Dan bila kontrak di sambung bukan sekali,bukan dua kali tapi Empat kali.Itu bukan lagi Warisan itu Pilihan Politik.


6️⃣ Di sini sasaran sebenar Rafizi Ramli: Anwar.Komitmen lawan rasuah kini “bergantung kepada keputusan PM” sama ada mahu sambung lagi kontrak Azam.Kalau di Sambung juga kredibiliti PH/PKR tercalar atas nama PM sendiri.


7️⃣ Lebih pedas bila jawapan kerajaan pasal kontrak SPRM “kabur”, sama kabur macam Surat Sokongan politik yang pernah jadi bahan. Naratif institusi bebas tak jalan bila orang nampak tangan politik di hujung Pen.


8️⃣ Yang menarik, Rafizi sendiri sedar suaranya tak cukup.Dia ajak Nurul Izzah Anwar,@Anthony Loke,DAP desak secara terbuka.Ini sebenarnya pengakuan: dalam kerajaan Perpaduan suara Reformis dah jadi Minoriti yang terpaksa menjerit dari tepi.


9️⃣ Ironinya, Azam dah lama jadi isu.Nada setegas ini hanya meletup selepas PH bungkus di Sabah.Soalan sinis: kita sedang lihat keberanian Prinsip atau Damage Control bila Undi Protes sudah sampai depan pintu?


🔟 Apa pun mesejnya jelas: kalau MADANI serius tentang Reformasi,mula dengan jangan sambung kontrak Azam Baki.Kalau simbol status quo pun tak berani di sentuh,jangan terkejut kalau PRU16 akan datang cuma ulang skrip Sabah.


Semua ADUN2 GRS yg terpalit dalam video harus di siasat semuanya termasuk HAJIJI.Jika terbukti bersalah maka mereka akan hilang jawatan ADUN,PRK terpaksa di buat semula semua kerusi DUN itu.Lantik Tan Sri AYOB KHAN menerajui SPRM, rakyat akan kembali percaya Pakatan Harapan serius ingin hapuskan Rasuah Anwar Ibrahim.


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1996122276211970284