ANWAR BUKAN GAGAL.CUMA BELUM BERJAYA


 Dalam kenyataan bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng minggu lalu, gambarannya adalah mereka seolah-olah sudah putus asa dengan usaha Anwar Ibrahim untuk mengambil alih semula kerajaan.

Sehubungan itu, mereka mahu usaha tersebut, terutamanya melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO, dihentikan saja.

Mohamad Sabu dan Guan Eng juga mengingatkan Anwar dan PH agar tidak lagi berharap kepada Ahli Parlimen kerajaan untuk mengembalikan mandat yang dikhianati itu kerana mereka itu hanyalah opportunis yang menggunakan PH untuk kepentingan diri mereka semata-mata.

Sebaliknya, Presiden Amanah dan Setiausaha Agung DAP itu menggesa PH mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi PN dalam PRU15 akan datang.

Dalam erti kata lain, bagi Mohamad Sabu dan Guan Eng, usaha Anwar selama 9 bulan ini telah gagal dan tidak mungkin boleh berjaya lagi.

Oleh itu, mereka berpendapat, lebih baik diperluaskan hubungan sesama pembangkang untuk menghadapi PRU akan datang daripada terus mengejar bayang-bayang.

Benarkah begitu?

Jika diperhalusi, Anwar bukan gagal dan belum juga gagal, jauh sekali hanya mengejar bayang-bayang.

Pada peringkat awal, dalam majlis mengadapnya kepada Agong, beliau telah membawa surat sokongan Zahid Hamidi dan Najib Razak serta beberapa SD, selain sokongan sedia ada daripada Ahli-Ahli Parlimen PH sendiri untuk membentuk kerajaan baharu.

Ia sepatutnya disusuli dengan majlis mengadap ketua-ketua parti berkenaan terhadap Agong, tetapi meskipun pada peringkat awal, jadualnya telah ditetapkan, ia kemudian ditangguhkan kerana menularnya semula Covid19.

Dengan tiada majlis mengadap ketua-ketua parti itu, sokongan yang Anwar persembahkan kepada Agong telah beliau miliki tidak dapat diterjemahkan.

Seterusnya selepas itu berlaku beberapa isu lain yang memungkinkan keadaan berubah, termasuk pembentangan Belanjawan 2021 yang mana di peringkat akhir atau bacaan kali ketiga, ia kemudian diluluskan dengan undian 111-108.

Undian itu ditafsirkan oleh banyak pihak, termasuk tidak terkecuali oleh Mohamad Sabu dan Guan Eng sendiri bahawa ia adalah gambaran kegagalan Anwar untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin.

Mereka barangkali mengandaikan, oleh kerana Zahid Hamidi dan Najib sudah memberi surat sokongan kepada Anwar, sudah tentulah sokongan beberapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO sepatutnya diterjemahkan dalam undian belanjawan itu.

Sudah disebut sebelum ini bahawa sokongan UMNO kepada Anwar untuk menukar kerajaan tidak sama dengan undi menolak belanjawan atas beberapa faktor, antaranya UMNO tidak mahu dilihat mengingkari titah Agong berkenaan dengannya.

Dalam hal ini, yang penting, walaupun Zahid Hamidi dan Najib serta beberapa Ahli Parlimen UMNO tidak mengundi menolak belanjawan, Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri itu sehingga ini tidak pernah menafikan atau menarik balik surat sokongannya sebagaimana yang Anwar persembahkan kepada Agong sebelum ini.

Maknanya, di samping hubungan UMNO dan Bersatu terus renggang dan UMNO kekal dengan pendirian tidak mahu berkongsi kawasan pilihanraya dengan Bersatu, harapan untuk menjatuhkan Muhyiddi sebenarnya masih lagi terbuka.

Apatah lagi, dengan belanjawan telah diluluskan, menjatuhkan kerajaan selepas ini menjadi lebih mudah kerana kerajaan baharu tidak perlu lagi merangka perbelanjaan baharu.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan Saifuddin Nasution beberapa hari lalu yang mengatakan Anwar masih ada “nombor” untuk mengambil alih kerajaan, ini juga menggambarkan usaha dan perancangan masih lagi berjalan.

Ia tidak pernah dihentikan, malah rundingan dan pertemuan ke arah itu terus diadakan.

Yang tepatnya, Anwar bukan gagal dan belum juga gagal, cumanya usahanya belum lagi berjaya setakat ini.

Bila?

Esok lusa, mungkin mendung, hujan atau cerah cuaca, tiada siapa dapat menjangka.

 (Shahbudindotcom 23/12/2020)


GEMPAR! ORANG KHAIRY DAPAT RM500 JUTA KOMISEN?



BOB KELANANG

SIAPA MAKAN KOMISYEN RM300 JUTA..??

Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Pontian nih silap perkiraan... bukan RM500 juta la... sebab bajet 2021 untuk pembelian vaksin Covid-19 dari syarikat Pfizer adalah sebanyak RM3 bilion... maka ianya hanyalah RM300 juta

Tapi persoalan yang diangkat di dalam Dewan Parlimen memang terbaek...

Siapa yang dapat untuk komisyen sebanyak RM300 juta tu... komisyen 10%

KOH KOH KOH...

Sure dalam masa terdekat ni akan terbongkar semua cerita... itu la semua nak sapu sendiri... takmo nak kongsi sesama penyamun... jadi penyamun lain sure akan melompat bising tak puas hati... so padan muka la...

KOH KOH KOH...

Lain kali setel belakang la sesama penyamun...

KOH KOH KOH...

Sebab kalu dah penyamun tu tetap lah penyamun...

KOH KOH KOH... jilaker!!

 


Politik semakin ‘hangat’ tahun depan, kata pakar


Penganalisis jangka Pakatan Harapan akan terus berpecah dalam sokongan terhadap Mahathir dan Anwar.

PETALING JAYA: Sekiranya anda menganggap arena politik pada 2020 cukup menarik, tunggu sahaja tahun depan. Menurut pakar politik, keadaan bakal menjadi lebih ‘panas’.

Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata rakyat Malaysia akan melihat lebih banyak “drama” daripada ahli politik dalam usaha mereka menarik pengundi menjelang pilihan raya umum.

“Tahun 2020 akan nampak biasa saja jika dibandingkan dengan tahun depan. Ahli politik akan menggembleng tenaga untuk saling bertanding antara satu sama lain.

“Sudah pasti tidak akan ada saat yang tenteram,” katanya kepada FMT.

Azmi, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara berkata UMNO, PPBM dan PAS akan terus memperjuangkan kerusi yang boleh dimenangi pada pilihan raya umum.

Katanya, gabungan memerintah yang mempunyai majoriti tipis itu akan terus berdepan konflik dalaman dan persekitaran yang tidak menentu dalam pada UMNO, PAS dan PPBM cuba bersatu antara satu sama lain dalam gabungan Perikatan Nasional.

Seorang lagi penganalisis Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata rakyat Malaysia boleh menjangkakan “drama politik” yang berterusan dari kedua-dua belah pihak.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan berusaha untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan tetapi tanpa mengesahkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Sebaliknya, Awang Azman berkata, Perikatan Nasional akan cuba memberi ganjaran kepada ahli politik untuk ‘melompat’ bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

Beliau berkata PH akan terus berpecah dalam sokongan mereka terhadap Mahathir dan Anwar dan “mungkin akan kembali kepada kisah Mahathir vs Anwar, siapa antara mereka akan menjadi perdana menteri berikutnya.”

Bagi PN, katanya, hubungan antara UMNO, PPBM dan PAS mungkin menjadi keruh ketika mereka membincangkan pembahagian kerusi. Banyak pertengkaran juga mungkin berlaku kerana ahli UMNO tidak bersetuju untuk tunduk kepada PPBM.

“Ketegangan akan tercetus di antara mereka,” katanya, sambil menambah akuan berkanun dalam kalangan ahli Parlimen berkemungkinan muncul lagi dengan ahli politik memberikan sokongan kepada seorang calon perdana menteri.

“Ahli politik akan berdepan tekanan PRU dan ini akan dirasai rakyat,” tambahnya.

Awang Azman menambah, gabungan yang memerintah juga akan berdepan kehangatan itu ketika orang terus bergegas dari impak Covid-19, ekonomi yang lembap dan peningkatan pengangguran dalam kalangan graduan.

“Kos sara hidup akan semakin tinggi dan orang ramai tidak jelas mengenai langkah diambil untuk meredakannya. Rakyat juga akan bimbangkan isu pekerjaan, sementara peruncit risaukan perniagaan mereka,” katanya.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia juga berkata drama politik 2020 akan berlanjutan sehingga 2021, tetapi dengan lebih ketegangan lagi.

“Kita akan melihat ahli politik berusaha mencipta persepsi negatif terhadap lawan mereka, dan mempersoalkan keabsahan kerajaan sekarang,” katanya.

“Dengan majoritinya yang tipis, kerajaan sekarang mungkin akan berdepan banyak konflik,” katanya.

Susulan itu, beliau menganggap jalan terbaik untuk 2021 adalah dengan mengadakan pilihan raya sehingga negara dapat maju ke depan dari suasana politik sekarang.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertahan dalam undian Belanjawan 2021 minggu lalu dengan majoriti tipis tiga undi.

UMNO, dengan 39 ahli Parlimen, pada September mengugut akan menarik diri daripada kerajaan jika parti Muhyiddin gagal melayan mereka sebagai rakan kongsi dengan memberikan mereka kedudukan menteri penting.

Mereka menyasarkan jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio kementerian penting.

Pada Februari tahun ini, kejatuhan mengejut Pakatan Harapan menyaksikan PN mengambil alih Putrajaya dengan Ahli Parlimen melompat parti untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada Muhyiddin atau Anwar.



P. Pinang gesa Kementerian Pengangkutan teruskan perkhidmatan feri bagi kenderaan

 

Oleh Zairil Khir Johari

(EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang)

Ribuan pengguna feri Pulau Pinang, khususnya yang menggunakan kenderaan motosikal atau kereta untuk melintas dari Seberang Perai ke Pulau dan sebaliknya setiap hari masih tidak tahu nasib mereka menjelang tahun baharu yang makin hari makin dekat ini.

Rancangan penstrukturan semula yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) pada 15 Disember yang lalu bakal menamatkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang dan tiada kenderaan lagi yang boleh menggunakan perkhidmatan feri tersebut untuk tempoh masa 18 bulan sehingga vehicle transporter yang baharu dapat diperkenalkan. Pun begitu, vehicle transporter yang dicadangkan hanya akan membawa motosikal dan kenderaan kecemasan seperti Bomba atau ambulans, dan tidak lagi membawa kereta persendirian.

Hal ini akan mendatangkan kesukaran kepada pengguna harian, terutama sekali penunggang motosikal yang terpaksa menggunakan Jambatan Pulau Pinang yang tidak mempunyai lorong motosikal. Keadaan ini akan membawa risiko keselamatan kepada mereka. Selain daripada itu, penambahan kereta kepada jambatan juga akan meningkatkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Namun begitu, pada 17 Disember Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan dalam Parlimen bahawa perkhidmatan feri tidak akan ditamatkan, selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dahulu. Dalam erti kata lain, perkhidmatan feri untuk kenderaan akan dikekalkan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan diberi oleh pihak berkuasa, yakni Kementerian Pengangkutan atau PPC, berkenaan kenyataan Tengku Zafrul. Adakah perkhidmatan feri untuk kenderaan akan diteruskan atau tidak?

Sekiranya tidak, apakah yang akan berlaku kepada ribuan pengguna yang melintas setiap hari dalam kenderaan mereka, khususnya penunggang motosikal yang bakal menghadapi risiko yang tinggi sekiranya terpaksa menggunakan jambatan?

Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa Kementerian Pengangkutan untuk segera menunaikan janji Tengku Zafrul serta permintaan dari rakyat Pulau Pinang yang mahukan supaya perkhidmatan feri bagi kenderaan dapat diteruskan menjelang 1 Januari 2021 ini.



Bayar RM3 bilion tapi mana pergi lebih 23 juta vaksin


Bayar RM3 bilion tapi mana pergi lebih 23 juta vaksin



Bekas pemimpin Umno, Datuk Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan apa alasan kerajaan yang didakwa telah membayar RM3 bilion hanya untuk pembelian 10 juta dos vaksin Covid-19.

Sedangkan katanya, Belgium secara rasmi telah menyebut bahawa negara itu hanya membayar RM1 billion untuk 33 juta vaksin dari pembekal yang sama dibeli oleh kerajaan Malaysia.“Mana perginya lebih 23 juta vaksin itu? Dijual kepada siapa? Agaknya nak cari tabung politik menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Atau (mereka) membahagikan hasil rompakan ini. Macam Aziz Satar dan S Shamsudin dalam gua selepas merompak Istana Raja. Satu untuk kau, satu untuk aku,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Belgium telah membeli lebih 33 juta dos vaksin Covid-19 dengan harga keseluruhan €279 juta (RM1.38 bilion).

Jumlah berkenaan diketahui selepas seorang menteri Belgium secara tidak sengaja mendedahkan rahsia komersial sensitif berkaitan harga yang dipersetujui Kesatuan Eropah (EU) untuk vaksin Covid-19.




“GABUNGAN BESAR PH TIDAK BOLEH DIPIMPIN MAHATHIR”

 

Sejak akhir-akhir ini, ada desakan untuk mewujudkan “koalisi gergasi”, di kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Di pihak pembangkang, ada tuntutan untuk menghidupkan kembali formula “PH Plus”.

Secara amnya, ini adalah koalisi yang melibatkan Pakatan Harapan – KEADILAN, DAP dan AMANAH – kembali bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemnya (partinya PEJUANG yang masih belum berdaftar), serta parti-parti lain seperti WARISAN dan MUDA (yang juga masih tidak berdaftar).

Ramai ahli atau penyokong PH – termasuk masyarakat sivil menganggap ini adalah idea yang baik.

Namun, adakah itu pandangan yang tepat?

Apa yang diperlukan untuk mewujudkan semula PH Plus?

Pada bulan Jun 2020, Dr Mahathir mengatakan kepada media:

“Saya ingin menjadi PM untuk ketiga kalinya untuk memperbetulkan korupsi pentadbiran Najib dan Muhyiddin… Saya akan berundur setelah enam bulan. Saya tidak akan menjadi PM lagi.”

Pada bulan Oktober 2020 juga, parti PEJUANG yang masih belum didaftarkan mencalonkannya untuk menjadi Perdana Menteri lagi.

Dalam sidang media 14 Disember baru-baru ini, sementara beliau dilaporkan berkata bahawa beliau “tidak ada cadangan” untuk menjadi calon Perdana Menteri, beliau mengatakan: “Jika kerajaan jatuh, maka akan ada menjadi keperluan untuk kerajaan baharu. Pada masa ini, kecuali jika kita mempunyai pilihan raya umum, satu-satunya cara untuk membentuk kerajaan baru adalah untuk 222 anggota Parlimen untuk mulai memilih kerajaan, mungkin bermula dengan perdana menteri … Dan kemudian untuk membentuk sebuah kerajaan yang berdedikasi untuk melayani rakyat. Saya harap ada cukup ahli Parlimen yang ingin melihat negara ini pulih dan maju seperti sebelumnya”.

Keadaan ini menunjukkan adanya “PH Plus” akan memberikan kita pilihan sama ada memilih kepemimpinan Dr Mahathir lagi, atau seseorang yang dapat diterima olehnya.

Seperti yang saya dan beberapa individu lain telah perkatakan sebelum ini, langkah ini bukan pilihan yang tepat – khususnya untuk KEADILAN.

Hakikatnya adalah Dr Mahathir telah membuktikan berulang kali bahawa beliau tidak bersedia dan tidak dapat menggerakkan reformasi yang sangat diperlukan oleh Malaysia, sama ada ekonomi, politik, atau sosial.

Keputusan bekerjasama dengan Mahathir dalam PH bukanlah keputusan yang mudah di kalangan pembangkang; ramai di antara mereka telah dizalimi ketika tempoh pertama Mahathir sebagai PM ketika beliau merosakkan institusi negara sementara golongan tauke bermaharajalela dan jurang kaya-miskin melebar; tetapi ini adalah keputusan yang dibuat PH untuk menumbangkan Najib Razak dan UMNO-BN pada PRU 2018.

Beliau mempunyai 22 bulan dan modal politik yang besaruntuk memperbaiki masalah negara – tetapi tidak dapat atau enggan berbuat demikian. Dan terbukti beliau berulang kali membelakangkan manifesto Buku Harapan. Sebahagian besar daripada manifesto itu dapat dicapai, tetapi komennya merosakkan kewibawaan PH dan menguatkan semula musuh kita.

Pada akhir pentadbirannya, beliau meletak jawatan tanpa berbincang dengan PH sebagai taktik memastikan beliau tidak perlu menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebagaimana dijanjikan. Sebaliknya, keseluruhan Kerajaan PH yang memenangi PRU 2018 membawa harapan rakyat telah tumbang.

Jelasnya, zaman beliau sudah berakhir untuk memimpin PH dan negara kita, terutama dengan cabaran baharu era Covid yang penuh mencabar ini.

Sekiranya parti-parti komponen PH masih mahu gabungan kita atau pakatan yang lebih besar menjadi entiti reformis — maka kita tidak boleh dipimpin oleh Dr Mahathir.

Prospek pembangkang yang berpecah akan memberi kesan yang buruk kepada banyak pihak.

Tetapi pokoknya, ini adalah isu khilafiyah (perbezaan pandangan) tentang bagaimana kita seharusnya mencorakkan masa depan Malaysia.

Tiada jaminan bahawa PH Plus adalah platform politik pilihan Dr Mahathir.

Dalam wawancara pada September 2020, beliau mengatakan: “Jika kita boleh memperoleh 30 kerusi sahaja pun, kita dalam kedudukan untuk menyertai salah satu (gabungan). Tetapi jika kita mahu sertai, kita mesti menekankan beberapa syarat. Jika mereka menerima syarat-syarat kita, maka kita akan turut serta.

Namun, untuk bersikap adil, cadangan “PH Plus” atau “Koalisi Gergasi” – seperti yang disusun sekarang – adalah masalah melangkaui isu Mahathir-Anwar.

Budaya politik Malaysia cenderung melihat koalisi sebagai koalisi pra-pilihan raya, bukannya koalisi pasca pilihan raya. Parti komponen setuju dengan manifesto yang sama, dengan kepimpinan (atau calon PM) yang sama dan dengan satu calon untuk setiap kerusi.

Tetapi adakah ini keadaan sebenar?

Mungkinkah kita begitu terbiasa dengan “model” Parti Perikatan dan BN sehingga kita tidak dapat memikirkan alternatif lain?

Sebagai respon, pembangkang pernah mengusahakan Barisan Sosialis (1950an-1960an), Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah (awal 1990an), Barisan Alternatif (1999-2008), Pakatan Rakyat (2008-2015), PH (ditubuhkan 2015) dan Gagasan Sejahtera (2018).

Tetapi harus diingat Parti Bansa Dayak Sarawak pernah bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dalam BN di peringkat nasional tetapi menentang satu sama lain di PRN Sarawak antara 1987-1992.

Kerjasama DAP-KEADILAN pada PRU 2008 berbentuk kerjasama longgar untuk cuba mengelak pertembungan kerusi dan kerjasama kempen, tanpa manifesto bersama. Begitu juga WARISAN mengambil pendekatan mesra PH tetapi tidak menyertai PH.

Kini wujud keadaan tidak menentu Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional sehingga bertembung di dalam PRN Sabah 2020 tetapi membentuk Kerajaan Negeri bersama.

Marilah kita bersikap jujur.

Memandangkan realiti politik sekarang dan cara pengagihan kawasan parlimen kita yang tidak saksama, mana-mana gabungan pra-pilihan raya akan bergelut dengan perundingan kerusi.

Ini selalu menjadi proses yang sukar walaupun parti-parti bersatu dan mempunyai perasaan yang baik di antara satu sama lain.

Ini adalah masalah yang akan terus dihadapi, jika tidak akan menjadi barah, untuk mana-mana gabungan besar masa depan: sama ada “PH Plus” dan apa sahaja yang dibuat oleh pakatan Muhyiddin.

Mungkin kita boleh berhenti mengharapkan gabungan kita sebagai entiti tetap, ia boleh menjadi lebih anjal, bergantung pada apa yang negara perlukan, yang diikat selepas pilihan raya. Ini adalah peralihan dari kerjasama pra-pilihan raya kepada kerjasama pasca-pilihan raya.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa tetapi lazim di Eropah. Malah “Koalisi Gergasi” adalah istilah yang digunakan di Negara Jerman untuk menggambarkan kerjasama dua parti terbesar negara tersebut – CDU dan SPD yang berlaku beberapa kali dalam sejarah negara tersebut, selepas pilihan raya.

Di Britain, parti Konservatif dan Liberal Demokrat membentuk kerajaan antara 2010-2015.

Inilah sebabnya mengapa perbincangan mengenai ikatan PH-UMNO di Perak menarik perhatian orang ramai – walaupun pada akhirnya tidak menjadi kenyataan.

Pengundi Malaysia, mungkin semakin ingin tahu dan terbuka terhadap kemungkinan politik baharu yang sebelumnya tak dapat difikirkan.

Namun, politik tidak bermakna mengorbankan prinsip dan idealisme kita – dan di sinilah KEADILAN perlu berpegang teguh kepada prinsip asasnya untuk membina tanah air yang lebih saksama.

Ya, di masa depan membentuk gabungan merupakan proses yang anjal, tetapi kerangkanya wajib jelas berpaksikan agenda Reformasi untuk menjadikan negara kita lebih baik.

Apa pun yang berlaku, KEADILAN harus terus berkhidmat untuk rakyat dan memperjuangkan ekonomi yang lebih adil serta pemulihan institusi awam negara kita.

KEADILAN satu-satunya parti dengan cabang di setiap 222 kawasan Parlimen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dan keanggotaan melebihi 1 juta orang di belakang hanya dua parti yang jauh lebih lama usianya – UMNO dan PAS.

Sebagai wadah besar yang mengumpulkan pelbagai aliran politk dan muncul sebagai parti pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara, KEADILAN berada dalam kedudukan terbaik untuk mencapainya.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Ahli Parlimen Setiawangsa, WP.



Kerajaan PN tiada rancangan rapi untuk bantu industri pelancongan negara

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP)

Ketika kita memasuki musim cuti akhir tahun, sektor pelancongan berada dalam keadaan tertekan dengan pelancong tempatan gagal mengimbangi ketiadaan pelancong asing. Belanjawan 2021 memperuntukkan hanya RM200 juta untuk menghidupkan semula pelancongan domestik dan industri seni dan budaya.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan di Parlimen baru-baru ini, bahawa sektor pelancongan menghadapi kerugian mengejutkan RM100 bilion tahun ini kerana wabak COVID-19. Negeri-negeri yang bergantung pada pelancongan seperti Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Johor telah menyaksikan penutupan perniagaan dan kehilangan pekerjaan yang belum pernah terjadi sebelum ini, sehingga menimbulkan beberapa persoalan sama ada masih akan ada sektor pelancongan yang signifikan setelah wabak COVID-19 berakhir.

Kerajaan Persekutuan PN harus melakukan lebih banyak usaha untuk pemandu pelancong, agensi pelancongan dalam dan luar, pengusaha bas ekspres dan pengusaha hotel. Untuk industri yang menghadapi masalah teruk, subsidi gaji yang lebih tinggi berdasarkan peratusan harus ditawarkan dan bukannya RM 600 sebulan, contohnya 50% untuk pekerja yang berpendapatan hingga RM4,000 sebulan dan 30% untuk pekerja yang berpendapatan antara RM4,001 dan RM8,000.

Pada masa yang sama PH telah mencadangkan sebelum ini perlunya ada kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur. Bayaran sekali sahaja hanya menjadi bantuan sementara kepada penganggur dan tidak membantu pemain industri bertahan dan kekal dalam industri pelancongan ketika ia pulih. Selanjutnya, perlu ada lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik, tidak termasuk golongan T20, insentif upah pengambilan pekerja sebanyak RM500 dan RM300 setiap bulan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan bantuan kewangan tambahan RM10 bilion kepada PKS terutama dalam industri pelancongan.

Tanpa langkah-langkah kewangan penting yang dinyatakan di atas daripada Kerajaan Persekutuan PN, bagaimana sektor pelancongan dapat bertahan daripada kerugian RM100 bilion pada tahun 2020 tanpa rancangan survival pelancongan yang kukuh untuk mengimbangi kerugian besar tersebut? Pemberian kewangan dan kredit pinjaman sekarang tidak mencukupi, dan keluhan yang sering kedengaran adalah kesukaran mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.

Industri pelancongan adalah mangsa terbesar krisis tiga berganda ketidakstabilan politik, kemelesetan ekonomi dan pandemik kesihatan awam COVID-19 di Malaysia.  Kegagalan menangani krisis tiga berganda telah menyebabkan Malaysia menerima malu kerana menjadi negara ASEAN pertama yang diturunkan penarafan kredit negara oleh agensi penilaian Fitch, yang juga pertama kali sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98.

Namun Kementerian Pelancongan terus mengambil pendekatan “hidup dalam penafian” dengan meramalkan bahawa purata penghunian hotel untuk tahun 2020 akan mencecah 61.1% dan 58.4% pada tahun 2021. Bagaimana Kementerian Pelancongan terus mengekalkan dengan unjuran 61.1% penghunian hotel untuk  2020 apabila industri pelancongan menghadapi kerugian RM100 bilion tahun ini? Unjuran palsu dan tidak realistik seperti ini akan merosakkan keyakinan masyarakat bahawa kerajaan tidak tahu bagaimana menjalankan tugasnya untuk menyelamatkan industri pelancongan kita. 



RENTASAN 790 | DEMI RASUAH, HABUAN SEKS - DAGING IMPORT TIDAK HALAL 'DIH...





MENARIK DALAM RENTASAN 790
1. MUDAHNYA JADI MENTERI DI ZAMAN PN 2. SEJARAH HITAM CIPTAAN MUHYIDDIN 3. AKIBAT RASUAH, HABUAN SEKS - DAGING TIDAK HALAL DIBAWA MASUK






TIADA PERANTI KHUSUS BUAT NAKHODA POLITIK




Beliau merujuk kepada kegagalan Kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19, yang mengatasi negara China sebagai satu pencapaian yang tidak boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. “Perkara ini adalah petanda yang negara kita sedang menjunam ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal,” tegasnya.




APA MAKNA RESET TANPA ISLAH?


“Dasar Rahmatan Lil Alamin turut didokong oleh KEADILAN dan DAP semasa dan selepas menjadi kerajaan. Konsep ISLAH dan ketegasan menolak perkauman sempit dari KEADILAN dan DAP menyatukan kesatuan agenda PAKATAN HARAPAN dan mengikat komitmen setiap kepimpinan parti teras PAKATAN HARAPAN,” tegas Mujahid. Beliau menasihati ahli setiap parti harus jelas perjalanan (ISLAH/REFORM) ini dan tak perlu tergesa-gesa menekan kepimpinan parti masing-masing dengan meletakkan tarikh dan usaha tertentu sebagai tanda kegagalan.


P. Pinang gesa Kementerian Pengangkutan teruskan perkhidmatan feri bagi kenderaan

 

Oleh Zairil Khir Johari

(EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang)

Ribuan pengguna feri Pulau Pinang, khususnya yang menggunakan kenderaan motosikal atau kereta untuk melintas dari Seberang Perai ke Pulau dan sebaliknya setiap hari masih tidak tahu nasib mereka menjelang tahun baharu yang makin hari makin dekat ini.

Rancangan penstrukturan semula yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) pada 15 Disember yang lalu bakal menamatkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang dan tiada kenderaan lagi yang boleh menggunakan perkhidmatan feri tersebut untuk tempoh masa 18 bulan sehingga vehicle transporter yang baharu dapat diperkenalkan. Pun begitu, vehicle transporter yang dicadangkan hanya akan membawa motosikal dan kenderaan kecemasan seperti Bomba atau ambulans, dan tidak lagi membawa kereta persendirian.

Hal ini akan mendatangkan kesukaran kepada pengguna harian, terutama sekali penunggang motosikal yang terpaksa menggunakan Jambatan Pulau Pinang yang tidak mempunyai lorong motosikal. Keadaan ini akan membawa risiko keselamatan kepada mereka. Selain daripada itu, penambahan kereta kepada jambatan juga akan meningkatkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Namun begitu, pada 17 Disember Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan dalam Parlimen bahawa perkhidmatan feri tidak akan ditamatkan, selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dahulu. Dalam erti kata lain, perkhidmatan feri untuk kenderaan akan dikekalkan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan diberi oleh pihak berkuasa, yakni Kementerian Pengangkutan atau PPC, berkenaan kenyataan Tengku Zafrul. Adakah perkhidmatan feri untuk kenderaan akan diteruskan atau tidak?

Sekiranya tidak, apakah yang akan berlaku kepada ribuan pengguna yang melintas setiap hari dalam kenderaan mereka, khususnya penunggang motosikal yang bakal menghadapi risiko yang tinggi sekiranya terpaksa menggunakan jambatan?

Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa Kementerian Pengangkutan untuk segera menunaikan janji Tengku Zafrul serta permintaan dari rakyat Pulau Pinang yang mahukan supaya perkhidmatan feri bagi kenderaan dapat diteruskan menjelang 1 Januari 2021 ini.




Pandang serius laporan mengenai rasuah ‘kartel’ daging

 

Oleh B. Suffian

Kerajaan harus memandang serius terhadap laporan-laporan media mengenai rasuah melibatkan ‘kartel’ pengimportan daging.

Peguam, Syahredzan Johan berkata, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas perkara yang didedahkan oleh laporan-laporan tersebut. 

“Perkara ini, sekiranya benar, sekali lagi menunjukkan bahawa rasuah dan korupsi adalah barah dalam masyarakat.

“Ia bukan sahaja merugikan negara dari segi wang ringgit, tetapi boleh menghakis keyakinan umum terhadap integriti daging-daging halal yang dibawa masuk ke dalam negara, di samping menimbulkan keraguan terhadap keselamatan makanan di Malaysia,” katanya.

Syahredzan merujuk kepada laporan-laporan New Straits Times semalam dan hari ini berkenaan dengan sebuah ‘kartel’ yang mengimport daging ke Malaysia.

Menurut laporan-laporan tersebut, kata beliau, kartel itu bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal. 

“Juga menurut laporan-laporan tersebut, antara daging-daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal. 

“Laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa pegawai-pegawai yang terlibat telah menerima pelbagai jenis habuan, termasuk wang dan seks, bagi membolehkan kartel tersebut beroperasi mengimport daging-daging tersebut,” katanya.

Tambah Syahredzan yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, laporan-laporan tersebut telah menimbulkan kegusaran dan kebimbangan di kalangan umat Islam di Malaysia

Status halal daging-daging yang berada di pasaran Malaysia jelasnya, mendapat kepercayaan yang tinggi di kalangan rakyat, khususnya yang beragama Islam. 

Di samping itu, beliau memberitahu, laporan-laporan tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan makanan (food safety) di Malaysia yang bukan sahaja melibatkan mereka yang beragama Islam, tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.

“Dilaporkan bahawa daging-daging yang dibawa masuk adalah haiwan yang berpenyakit atau daging yang berkualiti rendah.

“Ia sudah tentu akan memberi kesan kepada keyakinan orang ramai terhadap status halal daging-daging tersebut dan juga dari aspek keselamatan makanan, termasuk cara daging-daging ini dikendalikan dan disimpan,” katanya. 




Tak patut Guan Eng disoal siasat di ambang Krismas, kata Najib

 

PETALING JAYA: Walaupun beliau musuh seterunya, Najib Razak malam ini tampil membela Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Najib berkata polis harus menggunakan pertimbangan wajar dan tidak memanggil bekas menteri kewangan itu untuk disoal siasat sehari sebelum beliau menyambut Krismas.

“Ini tidak patut. Buatlah (siasatan) minggu pertama tahun depan. Jangan bagi modal kepada mereka (DAP) untuk menghasut rakyat,” kata Najib di facebooknya.

Petang tadi, Lim berkata polis melancarkan satu lagi siasatan terhadapnya berhubung dua kenyataan yang dibuat pada 2019.

Lim berkata, polis memaklumkan peguamnya Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Puchong, bahawa mereka mahu menyoal siasatnya.

“Saya mungkin akan bertemu polis pada hari Khamis, (Ini) “hadiah” Krismas daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Lim.

Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang tidak menyatakan kenyataan mana yang disiasat polis namun mendakwa ia “tindakan penganiayaan politik (terbaru) oleh PN”.

Beliau menuduh kerajaan PN menyalahguna agensi penguatkuasaan terhadap pembangkang.