Drama ‘Isteri untuk Disewa’ buat Mufti Persekutuan hantar surat kepada pengarah


Drama ‘Isteri untuk Disewa’ buat Mufti Persekutuan hantar surat  kepada pengarah
Mufti Persekutuan Datuk Dr Zulkefli  al Bakri menulis surat kepada Pengarah Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul ‘Isteri untuk Disewa’.
Drama Isteri untuk Disewa  sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di Asto Ria dan Ria HD setiap Isnin sehingga Khamis.
Dr Zulkifli berkata, beliau berkesempatan menonton drama yang dilakonkan oleh attah Amin dan Tiz Zaqyah itu semalam.
“Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.
“Ada mustafti yang bertanya tentang beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini,” ujarnya di laman status dimuat turun di laman acebooknya hari ini tanpa menyatakan sebab surat terbuka itu dikirimkan.
Drama Isteri untuk Disewa itu adalah adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil manakala penulis skrip oleh Mimie Zakaria, Farah Izzati.
Selain Fattah dan Tiz Zaqyah antara pelakon pembantu lain turut melakonkan watak dalam drama itu adalah Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Badrul Muhayat, Aleza Shadan.

ADAKAH MEREKA SAMA-SAMA BERKEMPEN?



Siapa menang dan siapa kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR dijangka akan diketahui keputusannya pada hujung minggu ini.

Cabang-cabang PKR di Sarawak adalah negeri terakhir melakukan pengundian pada 11 November ini sebelum Kongres Nasional PKR akan dilangsungkan pada 16 -18 November di IDCC, Shah Alam.

Pertandingan yang paling mendapat perhatian ialah perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Sehingga ini Azmin mendahului Rafizi dengan kelebihan 2,600 undi.

Menjelang pemilihan di Sarawak hujung minggu ini, lawatan Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Sarawak semalam menimbulkan pertikaian beberapa pihak dalam parti tersebut.

Mereka mengandaikan kedatangan Dr. Wan Azizah atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri ke negeri itu adalah untuk berkempen bagi pihak tertentu menjelang pengundian hujung minggu ini.

Tetapi, hari ini Azmin juga datang ke Sarawak dengan melakukan beberapa lawatan, bertemu warga pendidik dan mengunjungi Ketua Menteri, Abang Johari Abang Haji Openg.

Adakah Azmin juga datang ke Sarawak atas kapasitinya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk tujuan berkempen?

Hmmmmm.......(ShahbudinHusin 07/11/2018)

ST KITTS DAN NEVIS BATAL PASPORT JHO LOW

JHO LOW SUDAH TIADA PASPORT, MAKIN CEMASKAH NAJIB DAN ROSMAH?



Sebuah negara kecil di Kepulauan Caribbean, St. Kitts and Nevis membuat keputusan menbatalkan pasport yang pernah dikeluarkannya kepada Jho Low.

Pentadbiran negara itu membuat keputusan demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa Malaysia mahu menangkap ahli perniagaan terbabit berkaitan skandal 1MDB.

Sebelum ini, Malaysia juga telah membatalkan pasport milik Jho Low berkuatkuasa  15 Jun lalu atas permintaan SPRM berhubung siasatan skandal 1MDB.

Pembatalan pasport itu tidak lain ialah bertujuan menyekat pergerakannya.

Jho Low selama ini difahamkan mempunyai dua pasport untuk memudahkannya bergerak - satu dikeluarkan oleh Malaysia dan satu lagi oleh St. Kitts and Nevis

Tetapi kini kedua-dua pasport itu sudah pun dibatalkan.

Bagaimana lagi beliau mahu bergerak dari satu negara ke satu negara lain untuk bersembunyi dan melarikan diri?

Adakah ini menandakan Jho Low dengan mudah bakal ditangkap tidak lama lagi?

Makin cemaskah Najib Razak dan Rosmah Mansor dengan perkembangan terbaru ini?

Atau mungkinkah Jho Low masih ada pasport ketiga yang dikeluarkan oleh negara lain kepadanya? (ShahbudinHusin 08/11/2018)

PROJEK KHAS KEMENTERIAN EKONOMI RM700 JUTA TANPA PERINCIAN?

UTUSAN KENA BERUBAH UNTUK TERUSKAN HIDUP – PENGARANG

AZIZAH LAWAT JULAU SALAH GUNA JENTERA KERAJAAN, LAWATAN AZMIN BAGAIMANA?

SIAPA YANG AZMIN MAKSUDKAN?




Berikut adalah antara kata-kata yang diucapkan oleh Azmin Ali dalam majlis makan malam yang merupakan program kempennya untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR di Kuching, Sarawak malam tadi.

“Kita menolak kronisme, nepotisme dan korupsi, kalau inilah semangat yang ditunjukkan oleh anggota dan pimpinan PKR Sarawak saya percaya hujung minggu ini kita akan mencipta satu lagi sejarah bahawa orang Sarawak tidak boleh dibeli oleh tauke-tauke.

“Kita tidak ada wang berjuta-juta ringgit, kita tidak ada jet peribadi, kita hanya ada semangat dan idealisme, jangan mana-mana tauke merampas perjuangan PKR Sarawak.

“Saya mahu SPRM teruskan siasatan bukan sahaja melihat kepada siapa yang terlibat tetapi siasat siapa dalangnya.

“Dalang juga harus dihadapkan ke muka pengadilan, jangan runtuhkan apa yang telah kita bina selama 20 tahun, jangan kerana kerakuskan kamu nak letakkan anak kamu, nak letak pakcik kamu nak letak bapa saudara kamu, nak letak bapa kamu, kamu hina anggota yang lama berjuang menegakkan keadilan di bumi Kenyalang.”

Siapa yang menggunakan tauke-tauke dalam pemilihan PKR?

Siapa yang ada wang berjuta dalam PKR?

Siapa yang ada jet peribadi dalam PKR?

Siapa yang rakus yang nak letakkan anak, pakcik, bapa saudara dan bapa sendiri dalam PKR?

Siapa dalang dalam pemilihan PKR, khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden?

Siapa? Siapa? Siapa?

Kepada siapa sebenarnya Azmin tujukan kata-kata di atas? (ShahbudinHusin 08/11/2018)

BELANJAWAN 2019 MEYAKINKAN PELABUR ASING TANAM MODAL

PERSAINGAN TERBUKA: CABANG PESIANGAN, KENINGAU, SARAWAK BELUM MENGUNDI

NGO YAKIN GUAN ENG PULIHKAN EKONOMI SEBAGAIMANA TADBIR P PINANG

MALAYSIA MAHU JEPUN BANTU INDUSTRI KECERDASAN BUATAN

SEDIAKAH ANWAR BERI LALUAN UNTUK TUN M JADI PM MELEBIHI DUA TAHUN?

Image result for anwar ibrahim


Untuk kesekian kalinya, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi ketetapannya bahawa beliau hanya menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun saja.

"Saya telah berjanji akan meletakkan jawatan. Saya akan pegang janji itu.

"Adakah anda ingat ada sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya.

"Saya satu-satunya diktator yang meletak jawatan," katanya lagi.

Tambah Tun Mahathir lagi, sebaik meletakkan jawatan nanti,  beliau akan menyerahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk menggantikannya.










Bagaimanapun, katanya, jika Anwar sedia memberi laluan lebih lama kepadanya menjadi Perdana Menteri, maka dapatlah beliau memegang jawatan itu sehingga dua tahun setengah lamanya.

"Kalau dia (Anwar) izin dua tahun setengahlah (jadi Perdana Menteri)," kata Tun Mahathir berseloroh sambil melirik kepada Anwar yang duduk di sebelahnya.

Daripada reaksi Tun Mahathir kali ini, meskipun nampaknya tetap berpegang kepada janji untuk hanya menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja, tetapi beliau juga tiada masalah untuk memegang jawatan itu dalam tempoh yang melebihi dua tahun.

Ia tentunya jika usaha-usaha memulihkan ekonomi dan menyelesaikan hutang-hutang negara masih tidak selesai dalam tempoh dua tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, sebagai menghormati janji yang sudah dilafazkannya itu, selain Pakatan Harapan boleh membuat ketetapan lain berhubung masa beliau sepatutnya berundur, ia juga boleh dilakukan jika Anwar sendiri yang memberi keizinan kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun.

Meskipun hanya berseloroh jika Anwar memberi laluan, dapatlah beliau menjadi Perdana Menteri sehingga dua tahun setengah, hakikatnya kata-kata Tun Mahathir itu bukanlah selorohan kosong semata-mata.

Ia barangkali menuntut Anwar untuk berfikir dengan serius tentang negara dan tidak hanya mengutamakan kepentingan peribadinya sahaja, lebih-lebih lagi jika masalah ekonomi dan hutang masih banyak yang tidak selesai.

Pendirian Tun Mahathir itu juga nampaknya selari dengan kenyataan Setiausaha Politiknya, Zahid Md Arip baru-baru ini yang berpendapat  adalah wajar untuk Anwar sendiri memujuk Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh melebihi dua tahun.

Ini kerana, kata beliau, tempoh masa dua tahun adalah terlalu singkat bagi Tun Mahathir menyelesaikan pelbagai masalah serta kerosakan dalam negara yang ditinggalkan UMNO dan BN yang telah mentadbir negara ini selama 61 tahun lamanya.

Kenyataan itu kemudian disusuli dengan usul Bersatu Bahagian Setiawangsa yang juga diketuai Zahid dalam mesyuaratnya 29 Oktober baru-baru ini yang membuat ketetapan agar Tun Mahathir diberi tempoh memegang jawatan Perdana Menteri selama sepenggal sehingga PRU15.

Daripada semua rentetan itu, maksud yang paling mudah difahami ialah Tun Mahathir hanya akan senang hati menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun jika Anwar sendiri yang sedia memberi laluan  kepada perlanjutan tempoh masa itu.

Jika tidak, sebagaimana dijanjikan, Tun Mahathir tetap akan berundur selepas dua tahun untuk memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sekarang.

Persoalannya, bagaimana dengan Anwar?

Sediakah beliau memberi keizinan untuk Tun Mahathir lebih lama menjadi Perdana Menteri atau Anwar tetap berkeras  mahu mengambil alih jawatan itu genap-genap dua tahun selepas Tun Mahathir mendudukinya sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini?

Atau kalau ditanya pendapat rakyat secara umum, apa agaknya pendapat mereka - Tun Mahathir perlu diberi lebih masa sebagai Perdana Menteri dan Anwar kena bersabar dulu atau Tun Mahathir wajib undur sebaik mencecah titik masa dua tahun untuk digantikan segera dengan Anwar? (ShahbudinHusin 04/11/2018)