Lakonan berterusan sampai PRU16, sentimen kaum dan agama ‘nyawa’ pembangkang



Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA



Ceh, lakonan semata-mata! Aku langsung tak percaya dengan gegak-gempita segolongan penentang kuil haram. Bagi aku, kebanyakan mereka ini fake. Penipu.

Memang ada yang tulen, tapi sedikit. Majoritinya lakonan semata-mata. Hipokrit.

Ketahui lebih lanjut
Podcast Bisnes
Strategi Ekonomi
Laporan Industri Terkini

Aku ulangi. Lakonan.

Kenapa aku cakap macam ni?

Ingat balik masa PH1.0. Pembangkang waktu itu main sentimen kaum dan agama habis-habisan. Mereka kaitkan dengan DAP, Cina dan Kristian.

Waktu itu Cina mabuk bawa kereta dan kemalangan dikatakan mereka sengaja mabuk sebab hendak langgar orang Melayu.

Setiap kali ada pemandu mabuk kemalangan, mereka akan kata bangsa DAP sengaja nak langgar orang Melayu.

Tapi bila parti yang mereka sokong jadi kerajaan 33 bulan, dan berlaku banyak kemalangan serupa, mereka senyap sunyi. Tak berkutik pun.

Kalau sebelum itu hentam PH1.0 kerana tak tutup kilang arak dan tak hentikan penjualannya, tapi apabila parti yang mereka sokong jadi kerajaan dan benarkan kilang arak terus beroperasi, jualan arak diteruskan, mereka semuanya bisu. Koma. Judi naik 22 pun mereka senyap.

Ketahui lebih lanjut
Pakaian jenama Harapan Daily
Gadget rakaman video
Analisis Politik Semasa

Apabila PH1.0 bagi peruntukan untuk SJK, mereka jadikan isu kaum. Mereka kata DAP dan Cina kawal bajet.

Tapi apabila parti yang mereka sokong jadi kerajaan 33 bulan dan beri peruntukan yang banyak kepada SJK, bina lagi sekolah SJK, mereka tak marah pula. Tak melalak.

Ingat isu gadis Melayu Islam kahwin dengan lelaki Sikh di India dan seorang gadis Melayu buat lawak buka tudung? Kekasihnya bukan Islam.

Waktu itu ada dengar pejuang-pejuang bangsa dan agama ini pakai tanjak, badan menggigil, buat laporan polis, berarak dan berhimpun? Tak ada, kan.

Ah, banyak lagi kes kalau nak sebut satu demi satu. Konsert atas bawah, Billie Eilish pro LGBT. Budak-budak Melayu berlakon iklan judi masa bukan Ramadan. Kandang babi. 33 bulan itu mereka buat-buat meninggal.

Melompat keluar

Sekarang, apabila parti yang mereka sokong hilang kuasa, mereka tiba-tiba melompat keluar dari kubur dan pakai tanjak serta jubah semula.

Tengoklah isu kuil haram. Mengamuk kata kerajaan tunduk kepada Hindu. Mereka buat perhimpunan. Kecam dan caci maki PMX serta kerajaan. Label munafik, syaitan, anjing segala bagai. Fitnah bertebaran.

Tapi apabila didedahkan di Kedah ada banyak kuil haram dan MB Sanusi (cakap pelat Sahanusi) beritahu sudah beri lapan kuil ini tapak baru, mereka diam tak berkutik.

Kenapa tak caci maki macam mereka caci maki PMX & Madani? Kenapa tak berhimpun di Alor Setar?

Ketahui lebih lanjut
Pelaburan Industri
Kursus pengucapan awam
Dasar Industri

Samalah waktu Pas-PN jadi kerajaaan 33 bulan, diumumkan bahawa sekurang-kurangnya 20 buah kuil haram diberi tanah baru, mereka senyap sunyi tak berkutik pun.

Kenapa tak marah Hadi Awang, TITMan, Sanusi dan semua pimpinan Pas serta Bersatu? Kenapa tak maki MCA dan Gerakan?

Sesedagha… ini semua lakonan. Aku ulangi, lakonan.

Ayat ‘Ini isu undang-undang, bukan anti Hindu’ hanyalah pemanis mulut untuk menutup niat politik sebenar mereka.

Kalau niat mereka memang kerana agama dan menegakkan undang-undang, kata-kata serta tindakan mesti seiring dan konsisten sepanjang masa. Konsisten baik ketika jadi pembangkang mahu pun kerajaan.

Bila tidak konsisten, maknanya itu lakonan. Hipokrit.

Percayalah, lakonan ini akan berterusan 25 jam sehari, 8 hari seminggu, sampai PRU16.

Kenapa? Sebab memainkan sentimen kaum dan agama adalah nyawa politik mereka. Kalau tak bakar sentimen, mereka akan mati.

Ditakdirkan kalau parti yang mereka sokong itu menang PRU16 dan jadi kerajaan, adakah parti terbabit dan para penganutnya akan bertindak sama macam sekarang? Jawapannya, TIDAK.

Ini kerana mana-mana kerajaan pun perlu bertindak mengikut undang-undang. Waktu itu penganut-penganutnya akan senyap dan buat-buat meninggal sekali lagi.

Ketahui lebih lanjut
Platform carian
Peralatan pejabat profesional
video

Ingat kes Arwah Adib? Ingat cerita hudud dan RUU355? Ramai yang telah dikafirkan, disyaitankan dan dibinatangkan kerana hudud dan RUU355, termasuklah aku. Tapi akhirnya… Hahaha… basah kepala.

Pada April 2021, ada peniaga jual seluar dalam yang tertulis ayat al-Quran di Sandakan, Sabah. Ia penghinaan kepada agama.

Ada anda dengar golongan itu mengamuk, berarak buat report polis, pakai tanjak dan badan menggigil? Takde ‘kan.

Ada anda dengar tindakan dan hukuman dikenakan kepada peniaga terbabit? Saya tak dengar pun. Tak tahulah kalau saya terlepas kereta api.

Tapi yang pasti, waktu itu senyap sunyi, tidak berkutik dan marah-marah macam sekarang.

Three… two… one… Action!!!





Saman Pemula Bekas Menteri, Waytha Moorthy Hanya Untuk Kacau Anwar!

 


Peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, berhujah pada prosiding permohonan Anwar untuk membatalkan saman pemula itu, berkata Perkara 118 melarang sesuatu pilihan raya dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya, termasuk yang difailkan Waytha Moorthy.

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Saman pemula difailkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun, melanggar Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu berhubung perkara itu.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, berhujah pada prosiding permohonan Anwar untuk membatalkan saman pemula itu, berkata Perkara 118 melarang sesuatu pilihan raya dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.

Beliau berkata, saman pemula berkenaan yang difailkan 12 Ogos tahun lalu, tidak difailkan di hadapan seorang hakim pilihan raya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 33 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Hipokrasi Waytha Moorthy terserlah kerana pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Integrasi) di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto China Press

Katanya, Waytha Moorthy juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan bagi mencabar atau mempersoalkan keputusan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 34 AKPR 1954.

“Saman pemula ini difailkan di luar tempoh masa mandatori bagi memfailkan petisyen pilihan raya sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 38 AKPR 1954.

“Ia dimulakan bagi tujuan yang tidak wajar dan tujuan sampingan, termasuk untuk meraih keuntungan politik, mengekalkan relevan dari segi politik, dan untuk mengganggu defendan (Anwar).

P Waytha Moorthy, mohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas ketua hakim negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

“Sehubungan itu, adalah jelas bahawa relif yang dipohon melalui saman pemula ini, pada hakikat dan kesannya, adalah relif yang hanya boleh dituntut melalui petisyen pilihan raya.

“Oleh yang demikian, kami menghujahkan bahawa saman pemula ini yang dimulakan sebagai suatu tindakan sivil biasa dan bukannya sebagai petisyen pilihan raya bertentangan dan cuba mengelak Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, justeru wajar dibatalkan kerana jelas tidak mampan.

“Sebagai alternatif, kami menghujahkan saman pemula ini remeh atau menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah, dan oleh itu wajar dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, peguam S Karthigesan mewakili Waytha Moorthy berhujah, Anwar tersalah nyata dengan kes plaintif dengan menyatakan bahawa plaintif hanya merungut mengenai kecacatan prosedur semata-mata.

Beliau berkata, adidavit anak guamnya secara nyata menghujahkan bahawa: pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak secara jelas menyingkirkan hilang kelayakan di bawah Perkara 48 perlembagaan.

Peguam itu berkata, pemilihan dan pelantikan seterusnya Anwar adalah tidak sah di sisi perlembagaan menurut Perkara 50.

“Hujahan ini membangkitkan persoalan perlembagaan yang substantif dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja sebagai suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Hakim Alice Loke Yee Ching kemudian menetapkan 18 Mac ini untuk menyampaikan keputusannya.

Turut hadir, Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali dari Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).

Pada 10 Oktober 2025, Anwar memohon untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan ia melanggar pelbagai prosedur dan keperluan perlembagaan serta berkanun lain mandatori, yang ditetapkan untuk mencabar atau mempersoalkan keputusan pilihan raya.

Anwar menegaskan, saman berkenaan tidak berasas, dan tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Waytha Moorthy selaku plaintif memfailkan saman pemula pada 12 Ogos tahun lalu bagi perisytiharan bahawa pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, adalah tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Beliau turut memohon perisytiharan bahawa pemilihan Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Pada 14 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan media memaklumkan tidak timbul sebarang isu kehilangan kelayakan Anwar sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.




Perang Iran-AS Makin Buruk, Operasi Kilang Penapis Minyak Digantung

 


Enam maut dalam serangan Iran ke atas rejim Zionis Israel laknatullah di Beit Shemseh pada 1 Mac 2026. Foto Reuterd

BEIRUT, 2 Mac – Serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan sekutu rapatnya, Israel, ke atas Iran sejak Sabtu lalu bukan saja menyaksikan konflik itu semakin memuncak, malah kini merebak di rantau Asia Barat dengan membabitkan sekurang-kurang lapan lagi negara.

Pergolakan semakin meruncing apabila Israel melancarkan serangan ke atas Lubnan, termasuk ibu kotanya Beirut, hari ini, selepas kumpulan Hizbullah membedil roket ke arah Israel sebagai tindak balas atas pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Terbaharu, semua operasi kilang penapis minyak Saudi ARAMCO di Ras Tannoura digantung susulan serangan peluru berpandu Iran, menyebabkan bekalan minyak pasti terjejas tidak termasuk sekatan perjalanan kapal di Selat Hormuz.

“Pada masa sama, serangan berskala besar juga diteruskan ke atas Tehran,” kata tentera Israel tatkala pasukan AS memperhebatkan sasarannya ke serata Iran.

Semua operasi kilang penapis minyak Saudi ARAMCO di Ras Tannoura digantung susulan serangan peluru berpandu Iran pada 2 Mac 2026.

Sebagai tindak balas terhadap serangan bertubi-tubi di mana AS dakwa turut memusnahkan ibu pejabat Pengawal Revolusi Iran (IRGC), tentera republik Islam itu melancarkan bedilan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta aset AS merentasi Asia Barat.

Berdasarkan laporan Al Jazeera, setakat jam 3 petang GMT (11 malam waktu Malaysia) semalam, serangan Iran meragut sembilan nyawa dan mencederakan 121 lagi di Israel, Iraq (dua maut, lima cedera), Kuwait (seorang maut, 32 cedera), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (tiga maut, 58 cedera), Bahrain (empat cedera), Qatar (16 cedera) dan Oman (lima cedera).

Serangan turut dilaporkan berlaku di Arab Saudi dan Jordan tanpa sebarang kematian atau kecederaan direkodkan, setakat tempoh itu.

Pasukan keselamatan Israel memeriksa tapak serangan peluru berpandu Iran di Tel Aviv pada 28 Februari 2026. Foto AFP

Selain itu, letupan kuat dilaporkan kedengaran di Doha, Dubai serta Manama pada pagi tadi.

Setakat tempoh sama, Iran dilaporkan mencatat 201 kematian dan 747 mangsa cedera akibat serangan AS-Israel.

Namun dalam satu kenyataan dikeluarkan, hari ini, Kementerian Dalam Negeri Bahrain mengumumkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera akibat serpihan yang jatuh daripada peluru berpandu yang dipintas.

Kementerian itu memaklumkan kebakaran berlaku di atas kapal asing yang sedang diselenggara di Salman Industrial City selepas serpihan peluru berpandu yang dipintas jatuh ke atasnya, menyebabkan seorang pekerja Asia maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan serius. Api kemudian berjaya dikawal dan dipadamkan.

Penempatan haram Yahudi Beit Shemesh dekat Baitulmuqaddis menyaksikan kemusnahan meluas susulan serangan peluru berpandu Iran.

Terdahulu, Perintah Am Angkatan Pertahanan Bahrain mengesahkan sistem peluru berpandu pertahanan udaranya telah menangkis serangan Iran, dengan menyatakan sejumlah 61 peluru berpandu serta 34 dron berjaya dimusnahkan dan dipintas.

Seterusnya, Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran melaporkan serangan udara AS-Israel turut menyasarkan Hospital Gandhi di utara Tehran, semalam.

Rakaman disiarkan televisyen kerajaan menunjukkan tingkap pecah dan kerosakan pada bahagian depan hospital berkenaan.

Susulan serangan itu, langkah keselamatan dipertingkatkan di sekitar hospital dengan pasukan perubatan menjalankan pemeriksaan di dalam bangunannya.

Dalam rakaman itu, jururawat dilihat mengeluarkan bayi baru lahir dari hospital dan cuba memindahkan mereka ke lokasi lain.

Terdahulu, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Iran mengeluarkan imej yang menunjukkan ibu pejabatnya dan beberapa hospital telah menjadi sasaran dalam serangan itu.

Semalam, tentera AS mengesahkan tiga anggotanya maut, manakala lima lagi parah – kematian pertama direkodkan sebelah pihak AS sejak serangan AS-Israel ke atas Iran meletus kelmarin.

“Tiga anggota tentera AS terbunuh, manakala lima pula parah ketika menjalankan Operasi ‘Epic Fury’. Beberapa anggota lagi mengalami kecederaan ringan akibat kesan serpihan serta gegaran otak, dan kini dalam proses untuk kembali bertugas,” menurut Pusat Command AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Presiden AS, Donald Trump, berikrar untuk membalas dendam atas kematian tiga anggota tentera terbabit.

Trump memberitahu New York Times bahawa AS dan Israel berupaya meneruskan serangan pada tahap sama selama empat hingga lima minggu.

“Ia tidak akan sukar. Kami memiliki jumlah amunisi yang besar,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau sudahpun menyenarai pendek tiga individu pilihannya – yang tidak dinyatakan nama – untuk memimpin Iran selepas perang itu.

Bagaimanapun, pemimpin Majlis Keselamatan Nasional Agung Iran, Ali Larijani, menyuarakan penentangan tegas.

Bebola api besar menghentam Tel Aviv susulan serangan peluru berpandu Iran pada 28 Februari 2026.

“Iran tidak akan berunding dengan Amerika Syarikat.

“Trump menjerumuskan rantau ini ke dalam kekacauan serta huru-hara dengan ‘fantasi khayalannya’ dan kini bimbang akan lebih banyak lagi kematian tentera AS,” katanya dalam hantaran melalui X.

Selain melancarkan serangan, Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut menggesa rakyat Iran supaya menggulingkan kerajaan negara mereka sendiri.

Bukan itu saja, Trump turut memberi amaran kepada IRGC supaya meletakkan senjata serta menyerah diri atau berdepan ‘kematian tertentu’ yang dahsyat.

Semalam, IRGC mendakwa bahawa pihaknya telah menyerang kapal induk USS Abraham Lincoln di Teluk, namun Pentagon mendakwa peluru berpandu yang dilancarkan itu tidak sampai ke sasaran.

Kemusnahan besar bangunan kediaman di Tel Aviv daripada lebih 200 serangan peluru berpandu Iran sejak 28 Februari 2026.

Dalam perkembangan berkaitan, Hizbullah hari ini mengumumkan pihaknya telah membedil roket dan dron dari selatan Lubnan yang menyasarkan tapak pertahanan peluru berpandu Israel di selatan bandar Haifa.

Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, serangan berkenaan menyasarkan tapak pertahanan udara Mishmar HaCarmel sejurus selepas tengah malam.

Hizbullah menyifatkan operasi itu sebagai ‘tindak balas pertahanan yang sah’, selain menyatakan serangan dan pembunuhan berterusan oleh Israel mewajarkan tindakan balas.

Kumpulan itu sekali gus menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya menghentikan pencerobohan AS-Israel terhadap Lubnan.

Namun Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, hari ini berkata pelancaran roket dari selatan Lubnan itu adalah ‘tindakan tidak bertanggungjawab serta mencurigakan’ yang membahayakan keselamatan negara dan memberi alasan kepada Israel untuk meneruskan serangannya.

Serangan dron Tehran berjaya merobek pertahanan udara rejim di utara Israel pada 1 Mac 2026.

Salam berkata, tidak kira siapa pun dalang di sebalik kejadian itu, pelancaran roket berkenaan mengancam keselamatan serta kestabilan Lubnan.

Katanya, Lubnan ‘tidak akan membenarkan negara terjerumus ke dalam konflik baharu’, dan pihak berkuasa akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab, serta melindungi rakyat Lubnan.

Sementara itu Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, semalam berkata beliau akan membenarkan AS menggunakan pangkalan United Kingdom (UK) untuk serangan ‘defensif’, namun Britain tidak akan menyertai tindakan ofensif buat masa ini.



Tempoh Jawatan PM Tidak Jejas Kuasa Prerogatif Agong – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat pada 2 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak menjejaskan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Perdana Menteri, cadangan pindaan itu juga tidak mengubah asas demokrasi berparlimen dan tidak mengurangkan peranan Dewan Rakyat dalam menentukan kepercayaan terhadap kerajaan.

“Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Perdana Menteri bergantung pada kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Namun, Perlembagaan tidak menetapkan had tempoh jawatan tersebut, walaupun jawatan ini memegang peranan yang amat besar dalam pentadbiran negara,” ujar Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat pada 2 Mac 2026.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, Anwar berkata pindaan itu dikemukakan untuk melengkapkan kerangka Perlembagaan sedia ada dengan satu mekanisme semak dan imbang tambahan yang bersifat institusi, bukan peribadi.



Kenapa AS Nak Serang Iran?


 

PMX bawa usul tergempar di Parlimen, mengecam serangan kejam Israel dan sekutunya ke atas Iran.


 

YB PAS PENDANG DIHALAU KEUAR DARI PARLIMEN


 

Anwar dedah wujud usaha dari luar, mahu jejas kepentingan kerajaan, negara


 

KEBIADAPAN MP PAS LAWAN SPEAKER AKHIRNYA DIHALAU KELUAR!


 

KALAU MP QAZAF BUAT LAPORAN.. TAK LEBIH PADA NAMPAK TAK CERDIK


 

SEBUTAN PUN TAK BETOI. BUKAN DAH MUKTAMAT BAHALOL..

 


JOM KITA DENGAR


 

KISAH DONUT DAN PERADUAN


 

SERANGAN IRAN BERBISA


 

AKU BERHASRAT MAHU MENGADAP DYMM SULTAN KEDAH. JOM WALAUN, BANTU. ZAMAN ON OAS DULU TAK KECOH SEBAB BUAT TAK TAU JA. .

 



Aman Muhammad






Salam semua.


Aku kini dalam proses mempersiapkan satu senarai terkini kesemua kuil-kuil Hidu yang ada di Kedah - setakat mana yang aku mampu.


Dan apa yang aku ada hari ini, adalah bersumberkan carian awam di internet dan maklumat dari rakan-rakan Facebook.


Oleh itu aku memohon bantuan rakan-rakan dari seluruh negara terutamanya di Kedah untuk berkongsi maklumat. Aku hanya perlu 3 perkara sahaja.


1. Lokasi kuil (gambar google) / koordinat  

2. Nama kuil (jika ada)

3. Gambar kuil (jika ada)


Sekiranya senarai ini berjaya dihasilkan, aku berhasrat mahu persembahkan senarai ini kepada DYMM Sultan Kedah, sepertimana MB Selangor persembahkan data-data rasmi kuil yang ada di Selangor kepada DYMM Sultan Selangor.


Aku tiada akses rasmi, jadi senarai ini amat perlu kepada semakan, pembetulan dan penambahbaikan serta teguran dari rakan-rakan.


Seandainya ada rakan mahu berkongsi maklumat, boleh sahaja PM aku. Jika aku lambat reply, mohon maafkan aku.


Dan jika ada rakan-rakan yang kenal orang-orang besar di negeri Kedah, pembesar atau pegawai Istana Kedah, aku ingin belajar bagaimana cara dan protokol untuk memohon mengadap DYMM Sultan Kedah, aku mohon salurkan aku kepada ahlinya.


Aku hanya marhaen biasa, aku tak tahu selok belok protokol istana. Aku mahu mempelajarinya.


Kepada DYMM Sultan Kedah.

Daulat Tuanku, sembah patik mohon diampun.

Patik pacal yang hina ini memohon untuk bertemu mengadap Tuanku.

Daulat Tuanku, sembah patik mohon diampun.

🙏🙏🙏


p/s :  Media lapor ada 573 buah kuil di seluruh negeri Kedah, yang sah hanya 25. Aku hanya minta senarai kuil yang sah dari pegawai khas Menteri Besar sampai sekarang dia taknak beri.




PIJAK ALQURAN DENDA DAN PENJARA

 Pijak Al Quran pihak polis dan Mcmc sangat pantas ambil tindakan. Terima kasih






PKR CATAT KEAHLIAN TINGGI



 Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus mencatat momentum luar biasa apabila seramai 14,225 anggota baharu menyertai parti itu dalam tempoh hanya empat bulan, dari Oktober 2025 hingga Januari tahun ini. 






Perkembangan itu diumumkan Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh, selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa parti berkenaan sedang memperkukuh kekuatan menjelang landskap politik yang semakin dinamik.


Antara nama berprofil tinggi yang menyertai PKR ialah Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby, serta Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Hidayat Abdullah. 


Penyertaan tokoh-tokoh ini dilihat sebagai suntikan strategik yang mampu memperluas pengaruh parti dalam kalangan aktivis dan badan bukan kerajaan.


Dalam perkembangan sama, MPP turut memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP. 


Langkah itu dianggap sebagai usaha memperkukuh kepimpinan pusat dengan gabungan pengalaman pentadbiran dan strategi politik semasa.


Turut mencuri perhatian ialah pelantikan pendakwah terkenal, Muhd Haris Mohd Ismail atau PU Haris, sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama parti. 


Gabungan kemasukan ahli baharu dan pelantikan strategik ini dilihat mampu memperkukuh imej PKR sebagai parti yang sedang menyusun langkah besar dalam menghadapi cabaran politik akan datang.



RAFIZI HARUS BERHATI-HATI SELEPAS INI, MELAINKAN…



02 Mac 2026


Mesyuarat MPP PKR semalam memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Rafizi Ramli yang sebelum itu telah diberikan surat tunjuk sebab.


Meleset daripada jangkaan dan kemahuan sesetengah pihak, Ahli Parlimen Pandan itu bukan saja tidak dipecat, tidak digantung keahlian dan tidak juga diberi sebarang amaran.


“Parti mengambil maklum bahawa beliau kekal sebagai anggota parti,” demikian kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh dalam kenyataan selepas mesyuarat MPP petang semalam.


Pun begitu, di sebalik tiada apa-apa tindakan dikenakan terhadapnya, Rafizi dalam masa yang sama diperingatkan agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika dan disiplin parti sebagai tanda beliau masih setia sebagai anggota parti.


Dengan peringatan ini, ia juga boleh dianggap suatu amaran halus kepada Rafizi.


Ini kerana sebagaimana semua sedia maklum, selain kerap mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan, parti serta Anwar Ibrahim, bekas Menteri Ekonomi itu juga mempunyai podcast mingguannya Yang Berhenti Menteri pada setiap Jumaat malam.


Dalam program tersebut, Rafizi secara terbuka banyak mengkritik Anwar dan kerajaan, termasuk banyak mendedahkan cerita-cerita dalaman berkaitan parti dan pemimpin tertentu PKR.


Kritikan dan pendedahan yang dibuatnya itu tidak mustahil, tanpa disedarinya mungkin melanggar kod tata etika dan disiplin tertentu parti.


Ini kerana tafsiran berkaitan pelanggaran kod tata etika dan disiplin parti adalah luas dan menjadi hak  kepada pimpinan parti membuat tafsiran.


Sama seperti surat tunjuk sebab kepada Rafizi sebelum ini di mana kenyataannya yang membayangkan tidak akan  bertanding atas tiket PKR pada PRU akan datang telah ditafsirkan sebagai hasrat ingin keluar parti.


Mujur Rafizi cekap dan pandai mengolah ayat dalam  menjawab surat tunjuk sebab itu.


Jawapannya itulah yang dipercayai membuatkan PKR tidak jadi mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.


Apa pun, Rafizi kena berhati-hati kerana beliau belum lagi selamat sepenuhnya.


Terlepas daripada hukuman daripada satu surat tunjuk sebab  tidak bermakna terlepas selama-lamanya.


Apatah lagi kerana peringatan sudah diberikan kepadanya.


Jika selepas ini beliau terus mengkritik Anwar dan PKR dalam podcast mingguannya atau ada mengeluarkan kenyataan melalui pelbagai platform yang boleh dianggap menyinggung parti, tidak mustahil surat tunjuk sebab akan menyusul lagi.


Dan satu perkara yang Rafizi harus sedari ialah oleh kerana beliau kini sudah dianggap sebagai “duri” kepada Anwar dan PKR, semua kenyataannya selepas ini pasti akan lebih dipantau dan diteliti.


Lantaran itu, beliau kena lebih berhati-hati.


Melainkan jika Rafizi memang ingin PKR memecatnya supaya pilihan yang ingin disediakannya kepada pengundi pada PRU16 akan datang sudah siap sedia untuk dilancarkan, maka tiada masalah untuk beliau terus “lepas cakap” semahunya selepas ini. - ShahbudinHusin 02Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1227689192687531&id=100063393840098




NOHHH.


 

TAU DAH...WALAUN KENA TIPU


 

SIAPA DIA NI ?