Che Ibrahim
Tak boleh ke ustaz masa kita "like" tu kita niat dakwah??.. berdosa juga ke??
Puteri Jannah
Jangka hayat hanya lg 8 hari tu yang goyang tu...deposit kat Langkawi pun hangus hari tu tapi msih ade hati lagi cakap banyak 🙄
Benda 5 tahun skali kot...ingat free kot buat PRU tu...hanya walaun² jek yang sokong atok n the geng 😆
Dari malam tadi aku buat video TikTok. Post pukul 9 malam sampai hari ni tak lepas lagi. Nasib la bila line connection slow kat laut ni.
Aku cerita pasal Grab ni. Menarik bila MP Palatao buat isu. Paling kelakar dia kata Grab bawah Kementerian Kewangan yang mana DS Anwar adalah menterinya.
Mana la dia dapat fakta. Mungkin la bawah MOF soal lesen dah cukai. Tapi soal pekerja bukan bawah kawal selia MOF. Kan ada Kementerian Sumber Manusia.
Lagipun aku tak pasti kalau Grab riders dikira pekerja Grab dan tertakluk di bawah Akta Pekerja. Setahu aku tiada peruntukan untuk pekerja ekonomi gig.
Lepas tu si Fayhsal ni kata DS Anwar dah berjanji nak selesaikan isu kadar upah Grab riders ni. Tapi betul ke ada janji sebegitu? Sebenarnya DS Anwar janji apa?
DS Anwar tak ada janji pun kadar upah akan dinaikkan. Beliau cuma janji akan jumpa semua operator p-hailing ni dan sampaikan isi hati mereka.
Dan itu telahpun ditunaikan. Tapi kalau operator tu tak nak naikkan kadar, apa yang kerajaan boleh buat. Nak ugut, kalau tak naikkan maka lesen tak diperbaharui?
Kalau kerajaan buat begitu, habis lari la pelabur yang nak masuk melabur. Siapa nak melabur di negara yang kerajaannya menekan pelabur sebegitu rupa?
Jadi Wan Fayhsal ni cerita apa sebenarnya?
Lagipun lebai dan walaun sibuk pulak nak buat isu hal ni. Kan ke Grab tu penyokong Israel? Isteri pemiliknya sayang ketat-ketat dekat Israel.
Dalam kes boikot McDonald's, walaun bukan main lagi kutuk pekerja McD. Suruh berhenti. Ada yang sampai dibaling batu. Walaupun McD Malaysia tak ada kena mengena dengan Israel. Tapi dalam isu Grab ni lain pulak jadinya ye?
Itu yang aku kata. Walaun dan lebai bukan kisah pun soal perjuangan. Dia cuma nak hasut rakyat supaya bencikan PMX. Itu je matlamatnya.
Aku bukan sokong Grab. Sebagai seorang pekerja, aku pun tak setuju apa yang Grab buat. Tapi dalam industri seperti ini, perkara ini memang dah boleh diagak.
Sebab akan ada persaingan. Nak tangani persaingan, terpaksa main harga. Bila main harga akan jejaskan keuntungan syarikat. Jadi kena kawal kos.
Produk Grab cuma servis penghantaran. Kosnya cuma pada kadar upah. Jadi untuk kekalkan margin untung dan turunkan kos hanya dengan turunkan kadar upah.
Yang boleh ajar Grab ni cuma riders je. Caranya hanya dengan tinggalkan Grab. Bila Grab kehilangan riders dan kualiti servis menurun, mereka akan bertindak.
Sebab tu orang kata, ekonomi gig ni tak boleh jadi sumber pendapatan utama. Kalau nak buat kerja sementara atau sambilan, mungkin boleh. Sebab gaji tak menentu. Sukar untuk rancang kewangan. Guane boh?
Raja Gelap II
.
MP Palatao Wan Ahmad Fayhsal berjaya membuktikan yang dia adalah seorang yang sangat sangat sangat penakut. Cakap depan walaun je berani.
Tahniah penyokong PN sebab ada pemimpin pengecut macam Fayhsal ni. Malah bukan dia je, tapi dari semua pemimpin PN tak sorang pun yang berani.
Kalau setakat masuk podcast dah kecut, apa lagi bila berdepan masyarakat antarabangsa? Sebab tu la puak PN ni tak layak jadi pemimpin negara. Guane boh?
Raja Gelap II
.MP Palatao Wan Ahmad Fayhsal berjaya membuktikan yang dia adalah seorang yang sangat sangat sangat penakut. Cakap depan walaun je berani.
Tahniah penyokong PN sebab ada pemimpin pengecut macam Fayhsal ni. Malah bukan dia je, tapi dari semua pemimpin PN tak sorang pun yang berani.
Kalau setakat masuk podcast dah kecut, apa lagi bila berdepan masyarakat antarabangsa? Sebab tu la puak PN ni tak layak jadi pemimpin negara. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Petang tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera yang turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri yang berkaitan serta beberapa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan.
Mesyuarat mendengar taklimat dan menyinggung kedudukan serta cabaran semasa dan akan datang terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.
Antara lain, saya tekankan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional dan perlu sentiasa didasari tatakelola yang jelas. Syarikat Berkaitan Kerajaan perlu terus komited memainkan peranan dalam menyokong agenda nasional ini.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024.
KEB 2024 bertujuan membantu Kerajaan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu serta penambahbaikan agenda Bumiputera yang adil, saksama dan inklusif.
Mesyuarat turut mendengar pandangan awal yang dibentangkan oleh Pengerusi-pengerusi kluster sesi libat urus yang telah ditubuhkan bagi tujuan KEB 2024. Banyak isu di lapangan dan cadangan bernas yang dilontarkan.
Saya menyambut baik kerjasama strategik yang diwujudkan dan menekankan kepentingan penyelarasan antara kementerian dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.
#MalaysiaMADANI
DAIM Kepanasan MAHATHIR Koyak Rabak
Zuwairi Md Yusof
Selepas menyoal siasat NAIMAH dan anak2 kini SPRM akan memanggil DAIM ZAINUDDIN pula untuk soal siasat berhubung penglibatan dia dan BFF dia si TAN SRI ROBERT TAN HUA mengenai kontrak RM 4.5 BILLION antara kerajaan dulu dengan SPANCO.
Terlalu banyak rasuah dan salah guna kuasa melibatkan tukang cuci wang MADEY bernama DAIM ini.Semuanya akan di telanjangkan untuk tontotan anda semua.MADEY sampai koyak rabak buat sidang media hari ini,kehkehkeh.Baru cuit MIRZAN ja belum lagi jentik MOKHZANI,MUKHRIZ dan MARINA mahu masuk IJN nanti MADEY dan konco2 penyamun dia,huhuhu
Che Ibrahim.
Apa hukum anak pembesar melayu pelihara/tidur dengan anjing, adakah haram serupa tidur dengan teddy bear juga????
Masalah terpaling Palestine, sampai sanggup kata kerja KFC tu haram.
Inilah jenis ghuluw bila berbeza pendapat. Suka-suka aje suruh kerajaan Malaysia paksa tak payah bayar royalti ke KFC, dia tak tahu ke KFC Malaysia under QSR brand (Johor Corp Bhd) . Pastu nak suh QSR kena saman ke apa?
Lepas tu senang-senang aje nak suruh cari kerja lain, biasa yang kerja fastfood ini sebab tak dapat cari kerja office hours, saya dulu pernah kerja dominos lepas grad diploma sebab tak dapat kerja bersesuaian, memang penat kadang2 sampai 12 jam shift kalau tak cukup orang. Habis tu kalau berhenti kerja fastfood, nak suruh kerja gig economy macam rider, nak bagi tambah pool rider yang sudah tepu?
Kadang2 jenis yang tak ada empati ni susah nak bawa berbincang, tulis pakai main sedap tangan aje. Tak fikir tentang orang lain.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10161086940662145&id=588217144&mibextid=Nif5oz
Rafizi Ramli
Walaupun pejabat saya telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN yang berpotensi untuk membakar saya dalam podcast YBM, sehingga kini semuanya telah menolak.
Selain dari YB Viral, senarai pemimpin dan aktivis maya PN yang tidak berani bersemuka termasuklah YB Wan Fayhsal (AP Machang), YB Pendang, Solisidtor, Hawa Yaakob dan Sufi Kamari. Saya tidak akan putus asa dan akan terus menghubungi lebih ramai pemimpin dan aktivis maya PN untuk menyahut cabaran membakar saya secara langsung. Jangan hanya berani mengkritik di belakang tetapi tidak berani memberi pandangan membina di depan.
Ada dari kalangan bekas pemimpin PH yang menawarkan diri. Perkara ini diambil kesempatan oleh aktivis maya PN untuk mengelak, kononnya saya tidak berani bersemuka dengan individu tertentu.
Matlamat podcast YBM ialah memberi keutamaan kepada penyokong dan pemimpin PN untuk bersemuka, supaya rakyat dapat menilai sendiri hujah kerajaan berbanding pembangkang. Pemimpin PH (atau bekas pemimpin pun) memang sudah ada peluang untuk menyampaikan pandangan kepada saya, sama ada melalui saluran kerajaan atau parti. Ada yang memang sudah ada saluran sendiri pun untuk menyampaikan kepada rakyat. Mengisi ruang di podcast YBM samalah seperti memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk mengalihkan isu dengan mengapi-apikan sesama PH.
Jadi, saya akan berpegang kepada matlamat utama podcast YBM; iaitu memberi ruang kepada mereka yang membangkang, atau kritikal kepada pendekatan kerajaan.
Oleh kerana setakat ini belum ada pemimpin atau penyokong PN yang berani tampil, kami buka juga kepada individu lain. Mereka bukan pembangkang, tetapi ada kecenderungan kritikal dan cynical dengan kerajaan.
Dr Barjoyai Bardai ialah seorang ahli akademik di universiti swasta yang banyak juga mengkritik saya dan pendekatan kerajaan sebelum ini. Semasa debat antara saya dan Ahli Parlimen Bachok, beliau dilambung oleh penyokong PN sebagai bukti yang pandangan saya ditolak oleh seorang ahli akademik.
Malam ini beliau akan mengkritik dan membakar saya secara berdepan. Jangan lupa ikuti sesi membakar malam ini bermula jam 8 malam di semua saluran media sosial – Facebook, Spotify, Youtube, X dan Tiktok.
Hmph... Kedah dah naik, Kelantan pun dah naik. Aku ingat Terengganu ni negeri berkebajikan, yang utama nasib rakyat, tak zalim lagipun diperintah oleh orang yang walaun kata layak jadi PM, tak naik la tarif air.
Rupanya sama je. Cuma naik tak sebanyak Kelantan la. Kira Terengganu lagi ok la. Bekalan yang lebih baik, kenaikan pula rendah. Cuma sayangnya Terengganu ni MB bukan dari kalangan ulama. Itu je dia punya slack.
Aku tak kritik kebaikan tarif air ni. Cuma aku harapkan walaun yang sibuk hina dan fitnah kerajaan terutama DS Anwar agar buka mata dan insaf. Kalau tak nak insaf, sila kecam pemimpin korang macam korang kecam kerajaan hari tu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
"Kami nak minimum order 7 ringgit"
PMX tanya "sekarang berapa ringgit?"
"Mula-mula 7 ringgit, lepas tu 6 ringgit, 5 ringgit, sekarang 4 ringgit"
Ada sebab kenapa orang kata knowledge is power.
Nak faham benda ini kita kena tengok financial report sesebuah syarikat, sedangkan laporan terkini untuk suku ke 3, GRAB masih lagi rugi sebanyak 99M USD, menurun dari 71% daripada 2022 YoY 342M. Ini penting sebab kita nak fahamkan pattern dan trend kewangan sesebuah syarikat.
Dan bukti insentif rider di kurangkan pun ada tulis "Partner incentives" 17% daripada 199M ke 165M. Sama juga dengan insentif pelanggan 22% daripada 277M ke 216M.
Sebab utama dia mudah, trend pengguna dah berbeza dengan zaman pandemik. Zaman pandemik orang tak boleh keluar dan rely dengan rider. Kalau ikut pattern laporan kewangan yang sama, insentif akan terus menurun untuk syarikat recover dari rugi kepada untung. ( baca tokey balak pun boleh jual ranting kalau terus bagi insentfi tak tentu hala)
Nak bagi insentif untuk pakai duit, jadi mereka upfront benda ini untuk market share yang lebih besar. Strategi marketing "penetration pricing" ini sering digunakan oleh syarikat besar untuk menarik pelanggan dengan cepat dan melangkah tapak baru di pasaran, walaupun ia bermakna beroperasi pada kerugian pada awalnya.
Itu yang Nazir Hamdan tulis cash burn phase. Market share pula boleh tengok dekat MTU (Monthly Transacting Users) yang mana masih lagi growing sebanyak 7%.
Tapi dalam setiap market pasti akan ada tahap tepu, bila dah sampai tahap tepu, syarikat kena buat cost saving atau venture into new market untuk maintain profit. Kalau anda lihat, Grab dah masuk dalam area digital banking dan juga supermarket jaya grocer untuk diversify portfolio mereka.
Lepas tu ada yang sindir kata bila PMX kata beri saya masa seminggu. In fact 8 Ogos 2023, PMX sudah berjumpa dan suarakan keluhan penghantar seperti yang di janji. Lepas itu takkan expect PMX boleh paksa syarikat swasta naikkan harga upah sesuka hati, negara kita ada undang-undang. Nak paksa mereka naikkan upah atas akta apa? Akta Pekerja 1955 sekarang pun tak cover pekerja gig ekonomi.
Kalau kerajaan nak masuk campur, kena bagi subsidi juga, jadi subsidi itu nak dapat duit dari mana? Bagi pendapat saya lebih sesuai kerajaan bagi subsidi upah untuk syarikat swasta naikkan gaji perkerja mahir, ataupun skim IPR vending machine, itu lebih berbaloi untuk masa hadapan.
Lagi satu bila Grab dah pegang market share, mereka akan jadi monopoli, sebab itu mana-mana pesaing susah nak lawan. Kalau Grab nak naikkan juga insentif penghantar, pelanggan yang kena absorb kenaikan harga. Contoh bila dah monopoli semua vendor ada dalam sistem mereka, Kedai Nasi Ayam Madu XYZ contohnya, kalau pelanggan pakai aplikasi pesaing mereka takkan jumpa sebab mereka hanya ada dalam Grab. Vendor pun biasa malas nak maintain 3-4 terminal pembayaran, lagipun mereka akan pakai sistem yang mana base user lebih besar.
Kesimpulannya Gig ekonomi sepatutnya jadi pekerjaan sementara tapi ada sesetengah pihak buat jadi kerjaya, sampai ada yang tak nak sambung belajar sebab boleh kerja jadi rider. Ini tak ada masalah sebab market bertindak dengan demand dan supply, tapi kena faham risiko bekerja dengan gig ekonomi. Bagi pendapat saya, sesiapa yang ada kelulusan perlu cari kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran sebab kita masih lagi kekurangan pekerja mahir. Usaha, tawakkal dan doa, insyallah akan ada jalan keluar.
Gaji penyampai radio sebulan ye.
Ibu Fauziah dah tolong jawap kan tu.
K.kin ingat 40k sahaja rupanya cecah sampai 150k sebulan.
Mantap amat😝
Masa Grab mengelu dia tunggang...
Loni ade isu kononya grab pro rejim dia tunggang lagi..
Gorgon spsis apa ni ??
Ada ustaz yang dibatalkan kuliyahnya kerana masalah tauliah di Terengganu. Alhamdulillah, tak ada tuduhan menghalang dakwah.
Bayangkan kalau berlaku di Selangor. Dah tentu Islam Terancam akan dilaungkan sekuat hati. Tapi sebab ia berlaku di negeri walaun, tenang je.
Ini yang kita katakan tunggang agama. Guna agama untuk menghasut kebencian. Bila orang lain, terus jadi musuh Allah. Time dia, ok. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Tengok berita petang tadi, ada pegawai TLDM ditahan SPRM. Semalam rasanya polis. Kemudian ada pula pegawai syarikat.
Aku rasa SPRM macam lepas geram. Habis sana sini kena selongkar. Menggelatat lari tikus bila kucing dah mula buat kerja.
Sebelum ini tak nampak usaha SPRM. Alhamdulillah, ternyata Madani mengotakan janji untuk membanteras rasuah habis-habisan.
Begitu juga dengan pihak imigresen. Dalam 16 hari di tahun 2024 ini sudah ada 714 operasi dibuat dan beribu PATI diberkas.
Bukan itu sahaja ada 35 majikan yang ditahan. Usaha membanteras PATI juga seingat aku tak pernah lagi seserius ini.
DBKL juga giat kini menggempur rakyat asing yang berniaga di KL. Manakala KPDN juga aktif menyerbu kedai-kedai yang menyorok bahan mentah bersubsidi dan terbaru memberkas penyeludup diesel.
Ini perubahan yang jelas. Baru pertama kali dalam hidup aku melihat agensi kerajaan seaktif ini.
InsyaAllah, kalau usaha ini berterusan, aku percaya kita tak perlukan masa terlalu lama untuk menjadi sebuah negara yang hebat. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Mungkin Tun dah lupa....
Che Ibrahim
Tahun 1994, Tun melalui satu surat kepada atgna, MB Kelantan mengugut untuk mengambil apa saja tindakan bagi menghalang Kerajaan Kelantan melaksanakan undang undang yang zalim itu....
Undang undang yang zalim itu ialah merujuk kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan @ hukum hudud di mana atgna sebagai MB Kelantan telah memohon secara bertulis supaya Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.. satu perjuangan yang sudah Pas tinggalkan.
Jadi apa yang berlaku kepada anak Tun tu kecik jah, ugut jah baru, bukan dah masukkan dalam penjara pun.
Perebutan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor antara UMNO dengan PH nampaknya masih belum selesai.
Setelah sekian lama kecoh tidak setuju dan tiada penyelesaian, minggu lalu dikhabarkan UMNO akhirnya setuju menerima 20 lantikan ahli majlis dalam PBT di negeri itu.
Kekecohan berlaku disebabkan meski UMNO hanya menang dua kerusi saja dalam PRN Selangor baru-baru ini, tetapi parti itu mahu lebih kerusi dalam PBT, bukan setakat 20 jawatan saja.
Itulah yang menjadi punca sehingga berbulan-bulan lantikan dalam PBT di Selangor gagal dilaksanakan.
Dalam hal ini, siapa pun yang berada di tempat PH yang sudah menjadi kerajaan di Selangor sejak 2008 lagi tentu saja tidak setuju dengan tuntutan UMNO itu.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kononnya sebagai jalan tengah penyelesaian, UMNO Selangor membuat ketetapan menolak sepenuhnya 20 lantikan ahli majlis dalam PBT itu.
Sebaliknya, UMNO Selangor mahu sebanyak 373 jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu diserahkan kepada mereka sepenuhnya.
Megat Zulkarnain Omardin dipetik sebagai berkata, keputusan itu membuktikan UMNO Selangor tidak tamak jawatan sebagaimana dakwaan yang didakwa banyak pihak.
“Keputusan sudah dicapai, kita serah semula semua jawatan ahli majlis yang telah ditawarkan kepada UMNO untuk diisi PH kerana kita menghormati parti itu yang menguasai kawasan bandar.
“Kita mahu PH menjaga bandar dan UMNO menjaga kawasan kampung,” katanya lagi.
Apa kata Megat Zulkarnain itu boleh ditonton di sini –
Ehhh…biar bebenor ni Megat?
Macam mana beliau boleh tafsirkan UMNO sebagai tidak tamak hanya kerana sanggup menyerahkan 20 lantikan ahli majlis PBT, tetapi menuntut semua 373 dalam JPPK?
Menolak 20, namun meminta 373 itu sebenarnya bukan saja tamak, bahkan sangat sangat sangat tamak.
Lainlah kalau tolak 373, tapi hanya minta 20 jawatan saja?
Atau pun, sementara menolak 20 jawatan ahli majlis PBT, sesuai dengan hanya dua kerusi Dun saja dimenangi parti itu, UMNO juga sedia menyerahkan sebahagian besar jawatan dalam JPPK kepada PH.
Jika itu dilakukan, barulah namanya tidak tamak dan memahami persahabatan.
Tolak jumlah yang kecil, di waktu yang sama menuntut jumlah yang lebih besar, ini benar-benar persahabatan yang tidak masuk akal.
Jarang dibuat orang jenis persahabatan seperti ini.
Lagi pula, dengan menuntut semua 373 jawatan itu, takkan UMNO mahu membolot dan menguasai semua JPPK di Selangor?
Logikkah dengan dua kerusi Dun saja mampu dimenangi, tiba-tiba mahu bolot menjaga semua kawasan luar bandar di Selangor?
Kalau UMNO mahu membolot semua JPPK di Selangor, bagaimana dengan PKR dan Amanah yang menang banyak kerusi Dun?
Apakah peranan PKR dan Amanah mahu diketepikan begitu saja dari segi kepentingannya di kampung-kampung Melayu di Selangor?
Megat Oh Megat…belajar-belajarlah tengok cermin!!! – ShahbudinHusin 21/01/2024
Pendakwah Teknklogi
Ada juga yang berpendapat, bukan salah individu yang memuat naik maklumat peribadi pelajar dalam SCRIBD. Kononnya, mereka kurang kesedaran dan tidak mempunyai 'kelengkapan' yang secukupnya untuk menjalankan tugas.
Jap, saya nak tanya. Habis tu kalau individu yang UPLOAD satu dokumen PDF yang mempunyai 104 muka surat maklumat peribadi murid ke SCDRIB/Slide Share ni....kiranya tiada kesedaran lah ye, mungkin masa beliau upload dokumen ni...beliau ingat ini Terma dan Syarat kos 5G oleh telco gitu?
Dokumen ini mempunyai maklumat tarikh 13-17/8/2023, maksudnya baru sahaja di upload beberapa bulan lepas.
Semoga ibu bapa bagi anak-anak yang tersenarai dalam dokumen ini pergi menuntut penjelasan daripada sekolah tersebut.
Ingatkan 18hb angkat sumpah. Rupanya 19hb umum tarif air naik di Kelantan. 23 sen? Bukan SPAN umum cuma 22 sen ke? Alah 1 sen apa nak berkira sangat. Kan?
Tapi ye la. Kan walau bising kata Madani zalim. Jadi aku ingatkan kerajaan lebai tak zalim la taknak naikkan tarif air. Sekali naik jugak. Banyak pulak tu. Adeh.
Gini la walau oi. Memang kita kalau boleh nak semua benda murah. Kalau free lagi bagus. Tapi kena ingat semua ada kos. Dan kos ni melibatkan duit. Jadi suka tak suka, kena terima kenaikan tarif ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Mat Man
Jinak jee tapir duk sebelah cucu penasihat ekonomi negeri #pas #kelantan #terengganu #kedah #perlis ..isleyyymikk sungguhhh..sungguhhhh355 😁..
'RASUAH RM700,000,000.00' ?
1. Apa fungsi lebai dlm Kabinet, sebagai tunggul?
2. Lebai mengkhianati rakyat dan jahil dlm melaksanakan amanah?
3. Parti Ajaran Sesat juga dapat habuan wang haram? 😋
20 Januari 2024 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh DiRaja di Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang, YAM paduka-paduka anakanda dan kerabat-kerabat DiRaja negeri Pahang.
Turut hadir, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim; mantan Perdana Menteri ke-7 YBhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri ke-8 Ybhg. Tan Sri Muhyiddin Yasin dan mantan Perdana Menteri ke-9 YBhg. Dato' Sri Ismail Sabri.
Hadir sama, menteri-menteri kabinet, perwakilan-perwakilan asing ke Malaysia dan barisan tertinggi kepimpinan Kerajaan.
#royal #malaysia
Aku tengok video ni berulang kali takut salah dengar. Tapi macam jelas Sanusi kata nama dia dalam senarai untuk dibunuh boleh sebuah agensi.
Agensi? Agensi mana? Kalau agensi nk biasanya ada kaitan dengan kerajaan. Sanusi nak kata kerajaan ada usaha nak bunuh dia ke?
Wei... Ini bukan dakwaan main-main tau. Tambah lagi Sanusi ni MB. Bukan level cytro haprak macam Naga, Gomo atau si Syafiq tu.
Pihak berkuasa kena siasat dakwaan Sanusi ni. Kalau terbukti kerajaan memang rancang nak bunuh dia, kita mesti tolak kerajaan ini.
Tapi kalau terbukti Sanusi menipu, maka dia mestilah didakwa dan dikenakan hukuman yang berat. Tuduhan Sanusi ni bawa kesan yang besar.
Sanusi sendiri mesti berani dedahkan agensi mana yang nak bunuh dia tu. Kalau dia tak berani nak dedah, maka kemungkinan besar dia menipu.
Aku harap ini bukan sandiwara dia nak tagih simpati walaun lepas kredibilitinya dah terjejas teruk akibat kelakuannya sendiri.
Aku tak pasti ini video baru atau lama. Tapi video baru atau lama pun, dakwaannya masih valid. Masih perlu disiasat. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Sedih baca posting asal Puan Lynd Abu Bakar , mengisahkan tentang seorang pakcik yang selalu potong rumput rumah dia follow up untuk dtg potong rumput lagi sebab tak ada job.
Been there done that.
Aku buat servis potong rumput ni zaman2 kejatuhan business dulu, umur 21 - 22. Mesin rumput tu disponsor oleh wife aku Aimi Shahirah Mazli , hasil dapatan BR1M & biasiswa MARA beliau, masa tu masih girlfriend lagi, apa yang dia syok sangat dkt aku pon aku tak faham, belajar tak kemana, business kelaut, tapi dia cakap dia mmg suka lelaki tall dark handsome, mungkin sebab itu la. Masa tu dia belajar medic, aku pula tukang kebun full time.
Buat servis potong rumput ni memang penat, malam tidur tangan mengigil sebab vibrate mesin rumput tu. Sepanjang dekat setahun buat kerja ni macam2 pengalaman aku lalui.
Job pertama aku di Jalan Askar Kg Melayu Majidee, anak tuan rumah tu namanya Fatin. Bayangkan, baru job pertama aku dah kena musibah, ada batu terpelanting menyebabkan cermin kereta aku pecah, dan cik fatin ni tlg bayarkan kos tukar cermin kereta aku RM100 tanpa mengurangkan upah potong rumput RM80. Aku pernah cari dia tapi tak jumpa, yg aku tahu dia kerja di Aeon Tebrau 7-8 tahun lepas. Kalau ada sesiapa kenal boleh sampaikan pada aku, aku nk byr semula 10x ganda apa yg dia bayarkan utk aku dulu.
Pernah sekali potong rumput rumah terbiar corner lot, semak samun memang paras pinggang, aku terlibas anak ular warna hitam, aku diamkan saja sebab dah nak Maghrib. Selang 10 minit aku rasa betul2 mendung belakang aku, bila aku pusing ada ular berdiri lagi tinggi dari aku, tinggi sampai aku kena mendongak untuk bertentang mata dengan dia, kepala dia mengembang dan aku pasti ianya adalah ular tedung selar. Aku pandang bawah nak pastikan betul ke ular atau jin, dia memang berdiri betul2 pacak dengan ekor dia. Masa tu aku dah fikir ini hari terakhir aku, masih segar dalam ingatan jeliran lidah ular ni dengan bunyi SLRRPP beliau. Aku istighfar dan aku beritahu dia, "Aku minta maaf, aku tak sengaja bunuh anak kau, aku cuma cari rezeki dekat sini, tolong lah pergi, aku betul2 minta maaf". Ular tu terus rebahkan badan dia dan berlalu pergi. Aku sambung potong rumput, takut ada, syukur pon ada, yg penting nak kena habiskan potong rumput kalau tak payment tak dapat.
Dari kerja potong rumput ni juga aku kenal siapa orang betul2 kaya dan buat2 kaya. Selalunya potong rumput rumah2 kampung ni disediakan air manis sejuk, goreng pisang, dan dibayar lebih daripada harga yang diberi. Kalau bulan puasa dibungkuskan lagi makananan berbuka. Potong rumput rumah2 banglo, rumah2 yg ada swimming pool, rumah2 dato datin, jangan kan air, harga upah pon diminta diskaun lepas siap. Siap merayu nk minta kurang rm20. Sedih kan?
Walau apa pon, buat kerja potong rumput ni memang penat tapi takdalah teruk mana, dulu aku fulltime boleh buat 4k-5k sebulan, sehari 2 rumah dah boleh dpt rm200-rm300. Klau 3 - 4 rumah boleh dpt rm500 sehari. Kemuncak karier aku sebagai pemotong rumput professional ni pernah dapat rm8k-10k sebulan sebab aku ambil job2 kilang, rumah2 flat dan taska. Aku gajikan 2 pekerja rohingya dan aku pon buat kerja sama2. Tapi aku buat proper, ada resit, aku ambil details customer tulis dalam buku log, aku yang buatkan schedule tarikh bila next service, 2 hari sebelum aku hantar mesej reminder. Dan bila aku dah buat business lain, aku pass je buku log yg ada job 10-12k sebulan dekat pekerja Rohingya aku. Dapat la sorang 5-6k sebulan, pekerja rohingya tu siap nak bg aku comission tapi aku tolak sebab nak fokus business baru aku masa tu.
Aku pon tak faham kenapa generasi sekarang lebih memilih buat grabfood & foodpanda yang nak dapat rm100 sehari pon susah sedangkan kerja potong rumput ni 1jam+ dah boleh dapat rm100. Modal petrol rm2, tali tangsi. Untuk job rm100 modal rm3 - rm5 sahaja termasuk plastik sampah, selebihnya modal kudrat saja lah.
Tapi di ingatkan kerja potong rumput ni jangan dijadikan karier, cukup sekadar 'transition' jika kau hilang kerja / business down. Sedikit penat, tapi income lg tinggi dari fresh grad degree. Zaman potong rumput umur 21-22 aku konsisten menyimpan 1k-2k sebulan, sebab masih bujang. Modal simpanan tu aku mula perniagaan yg aku usahakan hari ini. Berfikir cara 'entrepreneur', bukan 'self-employed'.
Orang selalu kata zaman susah tu pengalaman berharga, tapi pengalaman tu hanya akan jadi berharga bila kau dah keluar dari kesusahan tu, kalau kau masih susah dan tak berusaha utk keluar dari kesusahan, itu bukan pengalaman, itu kegagalan. Masa susah tu perit dia kita je yg tahu. Tapi semasa kita sedang harungi tu jangan di anggap kesusahan, anggap ianya sebuah perjalanan.
Aku juga nak ambil kesempatan ini utk berterima kasih kepada semua pakcik makcik abang kakak yg support aku zaman potong rumput, bagi duit lebih, bagi makan bagi minum, aku ingat dan aku doakan kalian dimurahkan rezeki dunia akhirat.
P/s;
Gambar 1 - conversation pakcik potong rumput
Gambar 2 - zaman aku carry nama Ali, tengok lah gambar aku dulu, bangla potong rumput naik beskal pon dtg kt aku cakap bangla la, merayu2 dia minta maaf bila aku bagitau aku melayu.
Gambar 3 - Alhamdulillah, masih mesin rumput yg sama, mesin rumput hadiah ex-gf, mesin rumput cari rezeki & cari modal meniaga, cuma sekarang potong rumput di rumah sendiri di pagi hari minggu.
Utk warga Johor yang terbaca post ni, tlg sampaikan kalau sy boleh jumpa semula Fatin, no rumah x ingat, rumah kampung di jalan askar/jalan tentera kg melayu majidee, jb. Sy nk hadiahkan dia 10x amount (RM1000) dia sedekah utk saya 8 tahun lepas.
#MENCARIKAKFATIN
Cuba fikirkan, adakah mereka yang menuturkan kata bunuh ini seorang yang arif agama? Pada aku, tidak. Kalau dia seorang yang arif agama, maka tidak begini tuturnya. Dan kalau dia memang mahir agama, maka sudah pasti dia bukan orang yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.
Persoalannya, kenapa orang yang tidak mahir agama boleh sampai seberani ini mengeluarkan kata-kata yang beracun sebegini?
Ini kerana hasutan yang dikeluarkan oleh puak yang gelarkan diri mereka ustaz atau ulama, yang kemudian bersifat ego enggan terima ditegur. Mereka ini yang menanamkan rasa benci keterlaluan sehingga telah mempengaruhi fikiran mereka yang tak mahir agama.
Mereka yang gelarkan diri ustaz ini tidak ada dalam diri mereka sifat tabaiyun. Walaupun acap kali terjadi video yang viral telah dikerat-kerat, tapi tetap mereka enggan ambil pelajaran dan langsung percaya kepada apa yang tersebar. Masih enggan faham fitnah yang dibawa oleh kemajuan teknologi hari ini.
Nak hentikan fahaman Khawarij yang kian membarah di negara kita ini, tidak ada cara selain dari hentikan sebarang jenis kuliyah atau ceramah hang menyeru kepada racun kebencian melampau seperti ini.
Sudah masa untuk mereka yang gelarkan diri ustaz ini dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka sebar. Kini masanya untuk pihak autoriti seperti polis masuk campur. Mereka yang menyebarkan dakyah kebencian perlu ditahan dan didakwa. Bukan sahaja yang beri komen ini, tapi mereka yang menyebabkan komen seperti ini terhasil juga mesti didakwa.
Kita tak mahu fahaman ekstremis dan ganas seperti ini menjadi budaya dalam negara kita. Kalau ini tidak disekat sekarang, kita sebenarnya merencana masa depan yang lebih buruk untuk negara kita. Guane boh?
Raja Gelap II
.