HUSAM MUSA :Bukan Main Kaya En Haffiz Salor?






Bukan Main Kaya En Haffiz Salor?

1. Dulu-dulu, saya ada dengar cerita En Hafiz Salor sangat kaya. Tapi saya tak ambil kisah, selagi mana dia dapat kekayaan itu dengan jalan sah. Tak rosakkan harta Negeri, apa salahnya kaya.

Bila terbaca kenyataan beliau pagi ini seperti disiarkan oleh Malaysiakini, ia menimbulkan tanda tanya bagai mana dia boleh menjadi kaya.

Kenyataan beliau berbunyi :

'Antaranya plaintif tidak boleh menjalankan tanggungjawab kontrak yang berjumlah lebih RM1.8 juta dan mengalami kerugian atau kehilangan pendapatan berjumlah RM 40 juta serta kos-kos berbangkit.

Mohd Hafiz, 38, berkata pihaknya mendapat kelulusan kontrak daripada Daulah Najah Sdn Bhd iaitu projek mengeluarkan saki-baki kayu di dalam projek penempatan semula Orang Asli bagi pembinaan hidroelektrik Nenggiri.

Menurutnya kelulusan kepadanya itu adalah bukan projek pembalakan sebaliknya untuk mengeluarkan saki-baki kayu dan pembinaan semula penempatan Orang Asli'.

2. Se akan En Haffiz memberitahu kita, selain menjadi kontraktor pembalakan bagi pihak Daulah Najah Sdn Bhd, beliau juga mendapat kontrak ' tanggungjawab kontrak yang berjumlah lebih RM1.8 juta'.

Adakah berkaitan dengan pembinaan penempatan baru Orang Asli di atas tanah di mana balak dibersihkan itu? Seperti ada bayangan dalam para ketiga petikan di atas : 'dan pembinaan semula penempatan Orang Asli'

Jadi, En Haffiz dapat hak tebang balak. Lepas tu dapat hak bangunkan penempatan Orang Asli yg nilainya berharga RM 1.8 juta?

Kalau benar, memang

hebat

. Dan luar biasa. Apa kunci rahsia itu semua?

3. Selain kehilangan pendapatan RM 1.8 juta, beliau juga ada menyebut kehilangan pendapatan sebanyak RM 40 juta!

Banyak tu!

Kenapa boleh hilang RM 40 juta tu?

Kan lesen membalak di konsessi Daulah Najah tu dah tamat pada 17 Mei 2022?

Maknanya balak dah habis dikeluarkan. Lesen dah tamat.

Apa kena mengena kerugian RM 40 juta itu dengan tulisan saya yang disiarkan seperti dirujuk dalam saman itu pada 3 dan 6 Jun 2022? Iaitu selepas lesen dah tamat.

Kalau ia bersabit dengan saki balak yang belum dikeluarkan dan nilainya sampai RM 40 juta, tak tahu lah kita berapa pendapatan En Hafiz dari kayu balak yg telah berjaya dikeluarkan sebelum itu dari situ.

4. Atau ada kemungkinan kerana En Hafiz tidak lagi membalak di Blok B iaitu PT7785 seluas 587.3 hektar atau 1,450 ekar?

Kalau benar, faham lah kita sifir kekayaan kayu balak di situ.

1,450 ekar nilainya RM 40 juta bahagian En Hafiz.

Jadi, untuk 720 ekar bagi Blok A yang telah dibalak, boleh lah kita kata sekitar RM 20 juta En Hafiz dah dapat.

Lumayan tu. Banyak benar balak di situ!

Bocor satu lagi rahsia, ha ha.

5. Sebelum ini saya belum dedahkan kedudukan Daulah Najah juga diluluskan membalak di Blok B.

Yang sudah membalak disebut sebagai Blok A dengan PT 7784 (Blok A). Luasnya separuh dari luas Blok B saja.

Blok B atau PT7785 lagi luas, 1,450 ekar. Sekali ganda lebih luas dari Blok A.

Daulah Najah memang najah! DAPAT KAWASAN BALAK SELUAS 2,170 EKAR SEMUA SEKALI!

Dulu saya tak dedahkan, kerana nak fokus pada yang dah dibalak saja.

Memandang En Hafiz rasa terkilan dia mungkin terlepas membalak Blok B, maka saya maklumkan hal ini pada posting ini.

Kedua-dua Blok ini memakai Al Dar Resources sebagai kontraktor.

6. En Hafiz jangan bimbang.

Kalau tak terlibat dengan apa-apa kesalahan, macam mana pula hilang peluang membalak?

Kerja larang membalak hanya kuasa Jabatan Hutan. Bukan saya. Kenapa salahkan saya pula kalau tuan memang tak bersalah.

Tak ada sebab Jabatan Hutan larang tuan membalak. kalau tuan tak ada buat salah.

kalau ada buat salah, memang kena dilarang la.

7. 'Saya menegaskan dakwaan yang menyatakan saya dikatakan (terlibat dengan) pembalakan itu tidak benar. Saya mengeluarkan semua kayu bagi memudahkan pemilik projek menjalankan kerja-kerja mereka' - petikan kata-kata En Hafiz.

Apa beza keluarkan saki baki kayu dengan pembalakan? Itu pun nak pusing-pusing?

Keluarkan saki baki kayu sama saja dengan pembalakan.

DI BAWAH AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984, TIDAK ADA ISTILAH KELUARKAN SAKI BAKI KAYU.

Yang ada hanyalah istilah LESEN MENGAMBIL HASIL HUTAN.

Untuk mengambil hasil hutan, permohonan lesen adalah melalui Borang 1. Borang ini bertajuk : LESEN MENGAMBIL HASIL HUTAN. Ditambah satu lagi lesen. Lesen pindah hasil hutan.

Kata mudah adalah : Membalak. Habis cerita.

Saki baki kayu tu bukan balak?

Berapa jumlah saki baki bagi Hutan Simpan Kekal dara atau separa dara yg beliau dah keluarkan itu?

Boleh En Haffiz bagi tahu Rakyat Kelantan? Supaya semua rakyat boleh tahu kaya atau miskin hutan yang dikatakan saki baki itu? RM 20 juta bahagian En Hafiz saja?

8. Saya juga teringat satu berita lama dulu.

Ada se orang yg bernama sama dengan En Hafiz yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada 8 September 2017.

Atas 11 pertuduhan berkaitan kes penipuan pajakan tanah di Kelantan berjumlah RM1,902,800.

Saya berharap En Haffiz yang dihadapkan di Mahkamah di Melaka itu tidak sama dengan En Hafiz Salor.

Saya ada menghubungi peguam mangsa untuk mengesahkan kesudahan pendakwaan ini. Untuk kali ini, tidak perlulah kita kongsikan kisahnya.

Andai kata insan yg didakwa kerana kesalahan jenayah di Melaka itu adalah orang yg sama, menjadi kemusykilan bagai mana Kerajaan Negeri, agensinya dan pemimpin utama Kerajaan Negeri masih berurusan dengan beliau.

9. 'If the truth shall kill them, let them die!' - kata-kata Immanuel Kant.

Husam Musa

27 Jun 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

AHLI GUSTI MELAYU...HEBAT




 




DIA BIASA LA..TAK KENA LAGI KE DIA- TANYA DIA MASAALAH MARA DAN KAMPUNG BARU ?- MESTI DIA DIAM MEMBIASU

 

Annuar paling aktif 'viral dan share' - Puad Zarkashi




Sinar Harian
Annuar paling aktif 'viral dan share' - Puad Zarkashi
Mohd Puad dan Annuar Musa. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa Tan Sri Annuar Musa merupakan antara individu yang suka dengan sidang akhbar Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin.
Ini kerana Menteri Komunikasi dan Multimedia itu paling aktif 'viral dan share' laporan media terutamanya portal terhadap sidang akhbar terbabit.
"Suka Annuar Musa dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif 'viral dan share' laporan media terutamanya portal terhadap sidang media Tajuddin semalam.
"Pada Annuar itu bola tanggung untuk 'smash' UMNO. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis.
"Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share," tulisnya menerusi muat naik di laman Facebooknya pada Selasa.
Namun menurut Mohd Puad, sidang akhbar oleh Tajuddin itu dianggap seperti masuk bakul angkat sendiri dan banyak putar belit.
"Ramai tahu Tajuddin anjur banyak pertemuan di rumahnya. Kenapa pusing 200 darjah?
"Dia fobia bila disiasat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Ramai saksi hidup.
"Tajuddin rupanya sama standard dengan Dr Xavier Jayakumar (kes rasuah), ADUN Tronoh (kes rogol) dan Peter Anthony (rasuah). Semua jadi takut dan cair bila disiasat SPRM.
"Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair," tulisnya.
Selepas digugurkan sebagai Ahli MKT UMNO pada Khamis lalu, Tajuddin buat pertama kalinya membuka mulut bagi menjawab persoalan mengenai perkembangan tersebut pada Isnin.
Sebelum itu pada Jumaat, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pemecatan Tajuddin itu dilakukan kerana sikap pemimpin itu yang didapati mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat tertutup yang dihadirinya.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MKT UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada Tajuddin untuk bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Kekosongan ditinggalkan oleh Tajuddin itu juga telah diisi oleh bekas Ketua Penerangan

BERBOHONG DAN LANGGAR KETETAPAN PAU, AHLI2 UMNO PATUT MALU TERUS BERKETUAKAN ZAHID HAMIDI

 

Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman yang mengesahkan adanya usaha yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri serta kewujudan Akuan Bersumpah atau SD yang dihantar ke Istana Negara sekurang-kurangnya membuktikan tiga fakta yang nyata.

Pertama, ini menunjukkan pengakuan Anwar sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan untuk mengambil alih teraju pentadbiran negara bukanlah suatu dongengan, sebaliknya hakikat sahih yang membuktikan antara pendokongnya ialah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sendiri.

Kedua, usaha yang Zahid Hamidi lakukan beserta bukti SD yang disahkan oleh saksi hidup iaitu Tajuddin dan kemudian diperkukuhkan lagi melalui kenyataan Nazri Aziz yang menyebut beliau adalah antara beberapa Ahli Parlimen UMNO yang turut menandatangani SD tersebut, ini bermakna Presiden UMNO telah membohongi ahli-ahli UMNO secara hidup-hidup berkenaan ketetapan “No Anwar dan No DAP”.

Ketiga, oleh kerana ketetapan “No Anwar dan No DAP” adalah keputusan MT UMNO yang kemudian disahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO, tindakan Zahid Hamidi menggerakkan usaha menyokong Anwar melalui SD yang dihantar ke Istana Negara itu adalah suatu bentuk perlanggaran dan pengkhianatan paling besar terhadap pendirian parti.

Meskipun fakta pertama lebih ke arah memberi kelegaan kepada Anwar yang selama ini diejek dan disindir dengan pelbagai kata-kata mengenai pengakuannya memiliki majoriti kukuh dan meyakinkan dan kini beliau boleh menarik nafas lega susulan pendedahan Tajuddin, tetapi ketiga-tiga fakta itu secara terangkum telah memberi malu yang amat besar ahli-ahli UMNO keseluruhannya.



Mahathir, Muhyiddin, Hadi & Anwar sudah ditipu… Najib & Zahid selangkah lagi ke penjara atau bertakhta?

 






Mahathir, Muhyiddin, Hadi & Anwar sudah ditipu…

Najib & Zahid selangkah lagi ke penjara atau bertakhta?

TAJUDDIN SAHKAN ANWAR TIDAK BERBOHONG

Tajuddin Rahman dan Nazri Aziz sahkan Anwar tidak berbohong. Sindiran pemimpin2 parti dari BN, PN dan PH sendiri dgn permainkan hujah Anwar 'strong, formidable, convincing' majority to form government’ , terbukti semalam ia bukan omong kosong.

Anwar seorang yg amanah dan boleh dipercayai. Walaupun difitnah, disindir dan diprovok begitu lama yg kononnya beliau menipu ‘I've got the numbers’… semalam kebenaran itu dibuktikan oleh musuh politiknya sendiri. Musuh yg mengakui dirinya sebagai ‘living witness’.

Anwar hampir 8 bulan tetap merahsiakan SD yg ada ditangannya demi menjaga nama baik MP2 yg menyokongnya… itulah Anwar pemimpin yg boleh dipercayai oleh musuh dan kawan.

Anwar tidak perlu membocorkan rahsia tetapi rahsia itu dibocorkan sendiri oleh pemimpin2 UMNO. Sekarang siapa yg menipu… yg berkata ‘I've got the numbers’ atau yg berkata, “ No Dap, No Anwar, No Bersatu’?

Betul kata Tajuddin, Zahid menipu ahli2 bawahan UMNO kononnya menolak kerjasama dgn Anwar atau DAP. Sdgkan demi survival politik peribadi dia menggunakan parti atas kapasitinya sebagai Presiden.

Najib dan Zahid permainan mereka sgt licik. Bila melihat UMNO sgt lemah mereka berpura pura berbaik dgn Hadi Awang. Kononnya atas nama Melayu dan Islam. Bergabunglah mereka atas nama Muafakat Nasional… menyanyilah pemimpin PAS lagu UMNO di PWTC.

Namun Najid dan Zahid tahu mereka tidak boleh tunggu 5 tahun kerana kes mereka sdg rancak berjalan. Kerjasama dgn PAS sahaja tidak mampu mengubah apa2 kes mereka berdua.

Bila melihat Mahathir membuka ruang utk mengelakkan Anwar menjadi PM… mereka cepat2 ambil kesempatan menghulurkan tangan utk menjayakan misi tersebut. Maka terpedaya PM paling tua dlm dunia itu…Mahathir tidak nyanyuk tetapi mengkhianati rakyat yg mengundi PH.

Berbincanglah mereka bagaimana utk jatuhkan PH. Mereka gunakan slogan ‘Demi Melayu dan Agama’ utk menghalalkan cara. Last minute Mahathir tertipu Muhyiddin naik.

Najib dan Zahid berpura pura pula menyokong Muhyiddin walaupun terpaksa bernaung di bawah Pakatan Nasional. Najib dan Zahid tahu Muhyiddin tidak akn membantu mereka. Lalu Muhyiddin mesti dijatuhkan…bagaimana caranya?

Mereka gunakan Anwar Ibrahim. Mereka yakinkan Anwar dgn buktikan kesungguhan mengumpulkan SD di kalangan MP UMNO. Akhirnya Muhyiddin tumbang hasil kerjasama PH dan UMNO tetapi mereka menipu Anwar. Bila kerajaan jatuh mereka memilih Ismail Sabri sebagai PM.

Bagi Najib dan Zahid, Ismail hanyalah ‘puppet’ mereka yg boleh dipergunakan. Ismail adalah step terakhir misi mereka daripada mereka (UMNO) menjadi pembangkang, kemudian berkerjasama menjadi kerajaan dan akhirnya menjadi kerajaan tanpa pilihanraya.

Ia satu modus operandi yg sgt licik dan bijak. Hadi Awang, Mahathir, Muhyiddin, Anwar boleh ditipu mereka. Ismail pula adalah step mereka yg terakhir atau selangkah lagi utk kembali berkuasa.

Sebenarnya Najib dan Zahid terkejut jika Hadi, Mahathir, Muhyiddin dan Anwar begitu mudah bisa mereka perdayakan… Ismail yg sekadar Naib Presiden tentulah mudah mereka arahkan.

Ibarat filem 3 Abdul…”Abdul Wahab dan Abdul Wahid begitu pandai kita boleh jual… ini Abdul Wahub budak mentah..”

Rupanya apa dirancang tidak berlaku… modus operandi Zahid dan Najib sama seperti apa yg dilakukan kpd Anwar. Bubar Parlimen selepas itu Ismail akn kembali menjadi PMDescription: 😂

Kalau Ismail percaya janji2 Zahid…Ismail adalah PM yg paling singkat dan bodoh. Mempercayai Zahid dan Najib umpama mempercayai Firaun akn bertaubat. Terpulang kepada kebijaksanaan Ismail bermain politik.

Kes akhir Najib khabarnya 2 bulan lagi dan kes Zahid juga tidak berapa lama lagi berakhir. Jika didapati bersalah peluang utk Ismail menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM sgt mudah.

Ramai yg melihat desakan Najib dan Zahid lebih kpd kepentingan peribadi. Skg mari kita lihat siapa yg lebih berkuasa… kuasa Perdana Menteri atau kuasa Presiden UMNO?

Najib dan Zahid hanya tinggal selangkah lagi utk mereka jadikan mangsa seterusnya iaitu Ismail. Selangkah lagi samada mereka akn dihukum dipenjarakan atau selangkah lagi kembali bertakhta… mari kita lihat siapa yg kena.

 

WOIIII BHAI...MANA KAU TAHU PARTI KAU DIAMBANG KEMENANGAN- BERSERABUT LA BHAI PARTI KAU...NAK BODEK AMBIK JADI CALON KOT ..KAH..KAH

 

Umno perlu bersatu ketika parti di ambang kemenangan, kata Shahril




Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan berkata, pendedahan
 yang dibuat Tajuddin akan menjadi peluru untuk lawan terus
 menyerang Umno mengakibatkan naratif lawan menjadi mudah.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan menyeru semua pemimpin dan ahli Umno supaya kembali bersatu di saat parti itu di ambang kemenangan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau membuat seruan itu selepas pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berhubung akuan berkanun (SD) Umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mengundang pelbagai spekulasi berhubung masalah dalaman parti.

“Parti ini parti yang sepatutnya di ambang kemenangan. Takkanlah kita nak mengundang kekalahan dengan perpecahan. Pilih kesepakatan. Pilih kestabilan,” katanya dalam kenyataan.

Shahril berkata, pendedahan yang dibuat Tajuddin tentu akan mengembirakan pihak lawan politik Umno apabila masalah dalaman didedah kepada umum.

Katanya, segala dakwaan itu akan menjadi peluru untuk lawan terus menyerang Umno mengakibatkan naratif lawan menjadi mudah.

“Semua pihak perlu menghormati apa yang diputuskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam menerajui parti serta memberi ruang kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menguruskan kerajaan.

“Satu hari ada pihak kata perdana menteri lemah, sedangkan beliau sedang sibuk sehabis baik mengurus negara dalam keadaan ekonomi dan politik cukup mencabar.

“Hari lain pula ada pihak kata presiden liabiliti dan lemah juga, sedangkan lemah macam mana kalau sudah memimpin kejayaan 7-0 dalam pilihan raya?,” katanya.

Shahril berkata, pelbagai spekulasi yang timbul mengenai akan ada yang akan bakal dipecat, menyerang presiden, malah menggerakkan tentera siber Umno untuk menyerang orang Umno hanya akan mengakibatkan ahli keliru.

Terdahulu Tajuddin yang juga bekas ahli MKT pada sidang medianya hari ini mendakwa beliau saksi Umno menghantar SD menyokong Anwar sebagai perdana menteri kepada Agong.

Beliau turut mendakwa bahawa sebelum ini hampir 130 ketua bahagian Umno mahu presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi berundur.

Tajuddin juga mendesak Zahid menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Ismail Sabri Yaakob apabila mendakwa presidennya itu tidak mampu menjaga Umno ketika berdepan kes mahkamah.


Pendedahan Tajuddin : Perang Umno dah bermula?

 


Jika anda ahli, apa lagi pemimpin Umno, berkata jujurlah – Adakah anda jangka Tajuddin Abdul Rahman akan senyap dan undur “begitu saja” apabila beliau digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tempoh hari?

Anda tahu Tajuddin bagai seorang “pahlawan jalanan” atau istilah yang kerap digunakan “street fighter”. Lantas tentu anda tahu beliau akan “come out slugging”. Bertindak balas sekuat mungkin.

Oleh itu, pendedahan (atau tuduhan?) yang dibuatnya semalam terhadap Umno terutama presiden parti bukanlah memeranjatkan. Tidak memeranjatkan Umno, tidak memeranjatkan orang luar Umno, juga tidak memeranjatkan masyarakat. Sudah dijangka sebenarnya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Maksud saya tindakan Tajuddin melawan balik tidak memeranjatkan. Tetapi yang boleh dianggap memeranjatkan ialah apa yang didedahkan. Sedikit-sebanyak. Ringkasnya tentu apa yang Tajuddin hebahkan merumitkan pimpinan Umno dan menyentak ahli yang mungkin mula meragui pemimpin mereka.

Misalnya, dakwaan beliau adalah “saksi hidup” adanya akuan berkanun (SD) Ahli Parlimen Umno menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Padahal kepimpinan parti khususnya Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden bertekad di hadapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) bahawa Umno tetap pegang prinsip “No Anwar No DAP”.

Jika apa yang Tajuddin dakwa itu benar, berpeluh juga pemimpin parti khasnya Zahid untuk memberikan penjelasan kepada ahli yang pasti sedang kebingungan dan tertanya-tanya.

Rumit juga dakwaan beliau adanya dalam kalangan pemimpin kanan Umno yang berpengaruh pernah bersetuju “pujuk” Zahid berundur tetapi usaha itu gagal apabila Timbalan Presiden Mohamad Hasan “belot”.

Ini juga boleh mencetus bermacam pertanyaan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti…dan berpeluhlah juga Tok Mat untuk memberi “his side of the story”.

Selain dua isu itu, saya tidak bercadang mengulangi tuduhan, dakwaan, pendedahan yang Tajuddin lemparkan kerana semuanya sudah pun dilaporkan media secara meluas.

Yang ingin diajukan adalah sama ada tindakan Tajuddin itu menandakan perang Umno yakni Umno lawan Umno sudah bermula? Sebenarnya pelbagai pihak dalam dan luar Umno percaya perang Umno sudah “lama” tercetus dan ia bertambah “teruk” apabila Zahid menggugurkan Tajuddin sebagai anggota MKT yang dilantik.

Ini, kata mereka “membuktikan” perang antara puak presiden dan puak Ismail Sabri Yaakob, naib presiden parti yang menjadi perdana menteri semakin memanas. Mereka melihat tindakan Zahid sebagai memberi peringatan siapa bos dalam Umno dan juga langkah awal mencantas golongan pro-Ismail dalam parti.

Bagi penyokong Zahid, tindakan melucutkan Tajuddin bukan sesuatu luar biasa kerana presiden yang melantik beliau (berdasarkan peruntukan perlembagaan parti) maka presiden boleh juga menarik balik pelantikan (juga menurut peruntukan perlembagaan parti).

Tajuddin kata mereka bukan dipecat daripada parti – “hanya” bukan lagi menjadi ahli MKT. Itu saja.

Namun, bekas ahli MKT Umno Annuar Musa berpandangan penyingkiran Tajuddin boleh mencetuskan “krisis dalaman”. Beliau tidak menggunakan istilah “perang”.

Bagaimanapun, ahli MKT Puad Zarkashi menafikan kenyataan itu. Bagi Puad tidak ada krisis dalaman, tidak ada perang.

Ada penganalisis serta pemerhati politik turut beranggapan tidak ada gerakan “pembersihan” orang Ismail dan tidak ada perang Umno akan berlaku. Kalau ada “kecoh” pun, kata mereka, cuma protes dan “bising bising” di Pasir Salak kubu kuat Tajuddin. Ertinya, mereka yakin penyingkiran Tajuddin tidak akan mempunyai kesan ke atas Umno di luar Pasir Salak. Bukan isu nasional kata mereka.

Tetapi apa yang dihebah dan dihebohkan Tajuddin petang semalam seperti dikatakan tadi boleh membawa kemelut baharu dalam Umno. Ia boleh atau mungkin sudah cetuskan syak wasangka antara sesama sendiri, was-was, ragu-meragui. Semua ini boleh memudaratkan.

Dan seperkara lagi. Annuar Musa ada juga “memberi bayangan” akan ada pemecatan beberapa individu dalam parti susulan pengguguran Tajuddin sebagai ahli MKT.

“…pemecatan demi pemecatan berlaku dan difahamkan ada lagi nama sudah dicap sebagai musuh politik bakal dipecat. Roda politik terus berputar,” kata Annuar menerusi hantaran di Facebook tempoh hari.

Beliau bercakap mengenai “pemecatan demi pemecatan” tetapi tidak menjelaskan adakah ini bermaksud ada yang sudah dipecat? Dan adakah maksudnya pecat daripada parti? Sehingga kini tidak ada laporan media, Umno melakukan pemecatan. Sekurang-kurangnya ke atas nama-nama besar.

Dan Annuar juga (ini memang dijangka) tidak menghuraikan siapa “yang sudah dicap musuh politik dan bakal dipecat” seperti yang beliau difahamkan. Sekali lagi perlu ditanya adakah yang dimaksudkan beliau sendiri? Pecat daripada parti?

Apa pun Tajuddin “dicap” orang Ismail Sabri Yaakob. Mengapa tidak? Bukan kah beliau dilantik perdana menteri sebagai duta besar negara ke Indonesia. Dan kerap mempertahankan di samping bercakap senada perdana menteri.

Annuar juga dicap orang PM. Begitu juga Khairy Jamaluddin. Mereka dipilih Ismail sebagai menteri. Kedua-dua seirama dengan Ismail berhubung pelbagai perkara dan isu.

Ramai percaya Tajuddin digugur kerana beliau orang PM. Zahid bagaimanapun berkata pengguguran Tajuddin adalah kerana sikapnya yang mengkritik parti termasuk keputusan sudah dipersetujui Umno menerusi kenyataan, ceramah dan ucapan dalam mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Namun, jika benar Tajuddin digugurkan kerana beliau orang PM bagaimana pula dengan Annuar dan Khairy? Mereka juga kerap mengkritik parti. Adakah “sesuatu” tindakan akan diambil terhadap mereka? Kedua-dua bagaimanapun bukan ahli MKT. Sekali gus, tindakan ke atas Tajuddin tidak boleh digunakan terhadap mereka.

Perlu diingat, kuasa menandatangani dan mengeluarkan watikah calon Umno untuk pilihan raya terletak di tangan presiden parti.

Maka, Zahid boleh menentukan sama ada Tajuddin, Annuar, Khairy – malah Ismail (dan sesiapa saja dalam Umno) akan bertanding pada PRU15 atau tidak. Akan tetapi jika nama besar terutama Ismail tidak dipilih sebagai calon ia pasti memecahkan Umno. Adakah Zahid berani mengambil risiko itu? Dan dituduh memecahkan parti? Secara peribadi saya rasa tidak.

Pun begitu berdasarkan peristiwa lampau, apabila Umno berperang dan berpecah lahirlah parti yang dikatakan “serpihan” Umno. Umpamanya Parti Semangat 46 dan Bersatu. Malah PAS juga. Namun, Umno kekal dan tetap wujud.

Yang menjadi persoalan kini adakah benar Umno sedang berperang saudara?

Untuk cuba mencari jawapan saya rujuk kembali isu Tajuddin. Beliau dikatakan orang Ismail. Justeru, adakah beliau berbincang terlebih dahulu dengan perdana menteri sebelum membuat pendedahan dan tuduhan petang semalam? Dan adakah tindakannya direstui perdana menteri? Wallahu’alam.
Tetapi jika ya, maknanya Ismail sudah melawan. Umno sudah berperang.

 

HIPOKRIT


 

INFLASI MAKANAN TERTINGGI SEJAK 2011, KERAJAAN TENGOK SAJA?


KE ARAH MENAWAN KELANTAN : AYUH MALAYSIA – SAVE KELANTAN BENTUK KERJASAMA DI KELANTAN


KEBANGKITAN PENYAMUN SEDANG DIRANCANG


Bossku kau tatap menjadi pujaan hati pecacai. 

Zunar cartoonist fan club.