Johor yang stabil, konon!


12 Mac. Kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Hakikatnya, kerajaan Johor pimpinan Umno dan dibarisi oleh Bersatu yang ada sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang boleh stabil jika mahu, meskipun hanya minoriti. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

PAS pernah memerintah Kelantan dengan kelebihan hanya, ya hanya satu kerusi antara 2005 sehingga 2008. Pada 2004, PAS memenangi 24 buah kerusi DUN Kelantan. Setahun selepasnya, seorang ADUN parti tersebut meninggal dunia dan berlakulah Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir di mana PAS tewas sehingga menyebabkan kedudukan DUN berada pada angka 23-22. Pun kerajaan PAS bertahan sehingga PRU 2008. Kerajaan PAS tatkala itu digelar ‘Kerajaan Dua Undi’ kerana salah satu DUN yang dimenangi mereka ketika itu (yakni di DUN Kemuning) hanya beroleh majoriti 2 undi. Tidak ada gangguan berlaku kepada pentadbiran kerana tiada pengkhianatan mana-mana Yang Berhormat, mahupun campur tangan istana. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan mandat rakyat tanpa menerima mana-mana katak politik, atau bekerja dengan pengkhianat. Justeru, konon Johor memerlukan mandat rakyatnya demi sebuah kerajaan yang stabil adalah mitos. Kerajaan Kelantan pernah bertahan sehingga Pilihan Raya Umum tanpa perlu membazir wang rakyat. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Negeri Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Kamu berderau darah memikirkan kos Pilihan Raya Johor adalah RM96 juta. Tidakkah itu satu pembaziran, dan pembaziran itu tidakkah sangat syaitani? Berapa banyakkah mulut si miskin dan si melarat dapat disuap dengan RM96 juta? Berapa banyak sekolah dapat dibaiki dengan RM96 juta? Berapa banyak hospital dapat dinaiktaraf dengan RM96 juta? Berapa banyak sungai dapat didalamkan agar tidak melimpah membanjir kampung dengan RM96 juta? Berapa banyak dapat dilakukan dengan RM96 juta? Tetapi kamu kini menjadi sebahagian dari pembaziran ini kerana kamu pengundi Johor dipermainkan oleh kuasawan. Melainkan, kamu tidak tunduk. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Apakah kerajaan stabil yang ingin kamu perolehi? Kamu malah tidak mampu memiliki sebuah rumah pun untuk didiami. Stabil apa? Kamu bahkan tidak berkemampuan memiliki kediaman. Ini kerana kemampuan kamu membeli sebuah rumah bukan sahaja tertumpu kepada pendapatan diri kamu, mahupun isi rumah. Kamu tahu ia lebih daripada itu, kamu tahu kamu tiada kebolehan untuk melakukan pinjaman rumah dan kebolehan untuk membayar pinjaman. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Sebagai pengundi kamu tahu yang hidup kamu tidak berubah kerana hidup kamu bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Kamu tahu terdapat bidang makroekonomi dan mikroekonomi dalam sesebuah negara. Anak bongsu kamu yang belajar akaun di sekolah dan anak sulung kamu yang mengambil subjek ekonomi di universiti sudah menjelaskan kepada kamu yang makroekonomi berfungsi untuk mengukur kadar inflasi negara, kadar pengangguran, nilai semua hasil perkhidmatan dan barangan yang dihasilkan, perkembangan ekonomi di peringkat negara serta kestabilan politik. Kestabilan hanya berlaku apabila sesebuah pentadbiran kerajaan tidak diganggu oleh kuasawan yang tidak perlu. Di Kelantan antara 2005 sehingga 2008 meskipun hanya memerintah dengan satu kerusi, Nik Abdul Aziz tidak perlu berdepan dengan Pilihan Raya Negeri, kerana tiada kelapak kuasa, tamak wang ringgit. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Kamu masih hidup susah. Harga barangan harian terus meningkat. Kos menyara anak di universiti di Lembah Kelang makin menekan. Anak kamu yang belajar ekonomi itu memberitahu betapa kesan inflasi dapat dilihat apabila harga barangan di pasaran meningkat secara berterusan. Maka itulah sebab kamu tidak lagi punya kuasa membeli. Inilah juga sebabnya kamu tidak mampu membeli sebuah rumah pun. Di Johor Bahru harga sebuah rumah adalah berpurata RM323,823 pada tahun 2017 yang lalu. Jadi kamu marah. Kamu masih ingat pada 2018 kamu tekad di hadapan peti undi untuk menukar enjin dan kapal sekaligus. Kerana kamu serik. Kamu jeran. Kamu meluat. Kamu geram. Kamu amuk. Kamu mahu sebuah kerajaan yang stabil. Tetapi malang ada pengkhianatan. Dan kini, tidak sempat-sempat mereka menunggu satu lagi Pilihan Raya Umum, sikap dan perasaan kamu pada 2018 itu digugat sekali lagi. Kamu berdepan dengan pembaziran Pilihan Raya Negeri sebanyak RM96 juta. Padahal berapa banyak rumah yang dapat dibina untuk didiami di Johor dengan RM96 juta? Berapa banyak wang boleh menampung anak-anak di universiti seperti anak kamu? Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini.

12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu memilih sebuah kerajaan yang stabil. Konon!

Kamu memang perlu pulang ke Mersing untuk mengundi. Kamu bimbang akan ada anak-anak muda yang disogok RM20-RM30, mungkin lebih, oleh kuasawan. Supaya anak-anak ini yang dapat mengisi tangki minyak motosikal dan bot itu merendam jari dalam dakwat dan mengundi sekali lagi untuk penghinaan yang kamu alami. Penghinaan dek tidak punya kediaman. Penghinaan dek dipermainkan kuasawan. Penghinaan dek dilacurkan hak kamu. Penghinaan sehingga kamu tidak mampu membeli setin sardin atau sepapan telur. Penghinaan kerana kamu kini hanya terkulat melihat warga luar mengisi rumah-rumah yang dibina indah di negeri sendiri. Kamu ingin berubah, dan melakukan sesuatu. Tetapi kamu melihat ada ramai di keliling kamu sanggup menyerah undi menerima sogok rasuah yang merosak negara, demi membolehkan kuasawan terus tamak haloba dan berkuasa. Kamu pulang mengundi kerana khuatir kamu dihina. Kamu celik politik, tetapi ada anak-anak memilih untuk membaham duit mengisi dompet lantas memilih mereka yang akan terus menghinjak kamu. Kamu celik politik, tetapi ada wak dan tok dan di kampung yang senang ditipu dengan sekampit beras seikat sayur selama dua minggu tempoh berkempen. Kamu jijik. Kamu tidak sanggup lagi. Kamu tahu kamu tidak mahu diperkosa lagi. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor ini kerana ada mitos tentang kestabilan. Kamu tidak percaya kepada mitos ini. Ini mitos berharga RM96 juta.

12 Mac, kamu inginkan kapal dan enjin yang munasabah, bukan kapal korek menghenyak pasir. Kamu berdiri di hadapan peti undi tanpa sebab di Pilihan Raya Johor 12 Mac itu kerana kamu berpengertian. Kamu benci permainan kuasawan. 12 Mac, kamu adalah pengundi di Johor, kamu sudah merendam sebatang jari ke dalam dakwat untuk melakukan satu tanggungjawab sebagai rakyat, iaitu, mengajar kuasawan bahawa 12 Mac itu milik kamu.

 

KERUGIAN GHK BUKAN SEKADAR 2.6 BILLION. TETAPI MELIBATKAN DANA RAKYAT KWSP DAN PEMEGANG SAHAM CIMB,RHB DAN MAYBANK

 




Genting Hong Kong Rugi bukan hanya rm2.6 billion kepada pemberi pinjaman..apabila diselidiki lebih mendalam lebih besar kerugian yang dialami oleh pemegang saham didalam Genting Hong Kong yang muflis iaitu Dana Rakyat KWSP pemegang saham didalam Maybank RHB CIMB..

👇
1.Pinjaman Tanpa cagaran RM2.6 billion..
2.Hutang bahan API tidak dijelaskan
sejak 2017 RM19.6 juta.
3.Kerugian sejak pendemik COVID-19 rm7.1 billion..
4.Hutang kepada syarikat pembuat kapal mewah di German yang muflis berapa billion RM?
Jumlah hutang di atas kertas Genting Hong Kong hampir Rm10k billion..!!!
Kerajaan pemimpin Ayah dapi,Azmin , zafrul berkata kedudukan Kewangan KWSP Maybank RHB CIMB tidak akan terjejas.?
Perniagaan adalah risiko jika mengalami kerugian.. persoalanya Wang perlaburan yang diambil Dari Dana Rakyat KWSP hangus... berapa dividen 2021 yang KWSP akan berikan kepada pencarum??
Lu fikirlah sendiri..😁😁😁
Crdits#SyedAzharsyedAhmad

TAK HABIS HABIS JUAL ASET

 

erm di era kerajaan BN PN nie,

tak habis² nak jual aset.. dah terdesak sangat kot..
Tapi isu yg lebih musykil Bangunan itu dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001, Namun kini sudah berpindah tangan kpd sykt ABS Sdn.. Telekom kini hanya sebagai penyewa..
Kelakar kan.. sendiri bina, .. kroni punya pasal,
kini sendiri jadi penyewa..
🤭 mula jual zaman Najib..
Pusing² ke kroni sendiri juga.. mengapa TM tak ngaku jual bangunan.. https://www.theedgemarkets.com/.../ram-downgrades-menara...
Aik apa terbabit nya pula Tabung Haji nie.. jom baca..
😌

LAMBATNYA UNTUK UPDATES BILA KES MENCANAK NAIK

 



LIYANA MARZUKI

Ramai yang tak sedar, semalam kes positif sudah capai lebih 17k kes.

Kalau dulu masa zaman Adham Baba, tiap hari dibahan kalau kes naik. Paling lambat pukul 6 kita dapat hebahan jumlah kes dan kematian. Semua ini dari FB KKM.
Sejak Menteri Kesihatan kita level Oxford ni, KKM buka website lain untuk kita cari maklumat. Kadar kematian pun kena tunggu sampai tengah malam.
Cunning! That’s all I can say…
Masalahnya kalau maklumat tak berapa transparent ni, takut rakyat syok tak ingat pandemik. Let down our guard dan kes akan makin meningkat. Ini yang satu boleh diambil perhatian…
Last but not least, Johor negeri ke-3 paling banyak kes positif. Masih lagi rasa boleh diadakan PRN?
Jangan sampai ia backfired kepada Kerajaan dan memudaratkan rakyat.
At the end, rakyat perlu didahulukan, nafsu politik tolong tolak kemudian.

APA RAHSIA KEJAYAAN TIK TOK ? FB RUGI BERATUS BILLION KERANANYA

 




NORMAN RADZUAN


PENURUNAN KETARA PENGGUNA FACEBOOK

Dalam beberapa tahun ini Facebook co founder Mark Zuckerberg personally lost nearly US 32 billion. Ia kerugian yang cukup besar berlaku dalam sejarah FB selepas menguasainya laman media sosial selama 10 tahun.

Kemunculan Tik Tok dan karenah Apple telah membuat Facebook semakin dipinggirkan. Malah anak-anak muda di seluruh dunia merasa malu mempunyai akaun FB kerana beranggapan ia adalah akaun laman sosial untuk orang-orang tua atau golongan kedua ibu bapa mereka.

Tik Tok pada awalnya dianggap media sosial untuk anak muda selepas Instagram. Lama kelamaan konsep video pendek Tik Tok mendapat sambutan. Masing-masing ingin menjadi pengarah, jurukamera dan pelakon terbitan sendirian punya. Apapun ramai  bakat-bakat terpendam lahir dengan idea yang cukup kreatif.

Pada awalnya ia sering digunakan oleh anak muda persembahkan tarian, nyanyian serta lifestyle mereka. Lama kelamaan golongan dewasa dan pelbagai peringkat umur juga menggunakannya untuk tujuan pemasaran perniagaan dan politik.

Rahsia kejayaan Tik Tok diakui Mark Zuckerberg hingga mengarahkan kakitangan Facebook menumpukan kepada 'video pendek' yang menjadi trend anak muda dan masyarakat hari ini.

Persoalannya adakah nasib Facebook akan terjadi sepertimana pernah mereka perlakukan kepada Myspace yang pernah menjadi media sosial nombor satu dunia. Atau juga Friendster yang pernah juga popular sebelum dirampas oleh Myspace.

Friendster ditinggal kerana Myspace membenarkan penggunanya menggunakan nama samaran. Facebook pula mengambil alih kerana ia membenarkan pengguna berbicara panjang lebar serta memboleh gambar dan video dimasukkan.

Facebook mengungguli carta pengguna media sosial Malaysia no 1 diikuti Whatsapp, Instagram dan Twitter. Instagram menguasai golongan remaja sebelum ini kerana konsep gambar tanpa artikel panjang lebar seperti di FB. Kemunculan Clubhouse kurang sambutan sepertimana Tik Tok.

Dalam tempoh setahun ini Tik Tok menguasai bukan sahaja pengguna laman sosial di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Akhirnya FB mengalami kerugian ratusan billion ringgit angkara Tik Tok apabila pengguna FB semakin berkurangan.

Apa yang kita pelajari... zaman sekarang anak-anak muda 'malas membaca'. Anak muda mahu sesuatu yang pantas dan itulah gaya hidup mereka. Secara keseluruhan semua media sosial termasuk Youtube telah membunuh dunia surat khabar dan majalah. Now everyone can be reporter.

Teknologi berjalan pantas dan saya baru 10 hari ini membuka akaun Tik Tok. Teknologi saling bertukar sepertimana virus. Nasib ada vaksin. Cuma dunia belum menghasilkan vaksin melawan virus malas kepada manusia.

 

PPIM DAN ARM TAMPIL BERSUARA ISU AKAUN BANK DlBEKUKAN, RIBUAN RAKYAT TER...

Tanya Mereka, Kenapa Dah 62 Tahun Merdeka Masih Ada Kawasan Yang Miskin?



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan mengapa setelah 62 tahun merdeka masih ada kawasan. rakyat yang miskin. Menurut Anwar, menyuarakan suara hati rakyat itu adalah perbezaan perjuangan parti KEADILAN dan parti parti politik lain di Malaysia. "Sebab itu bila kita nyatakan suara anak muda, itu bukan sahaja suara anak muda tetapi sebagai suara hati rakyat, ini meletakkan perbezaan AMK

RENTASAN 1067 | GEMPAR!!! KINI ZAHID 'KOYAK' KLUSTER MAHKAMAH 'DISERANG'...






MENARIK DALAM RENTASAN 1067
1. KERUNTUHAN AKHLAK - PANDEMIK YANG TERABAI 2. AMARAN YANG NAIK ENGGAN TURUN 3. DIA YANG PUKUL, DIA PULA YANG MENANGIS 4. SELAMAT TINGGAL UMNO




MALU APA BOSSKU

 

Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan Najib Razak tidak boleh mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga pada nilai AS$681 juta.

Berdasarkan dokumen perintah yang diperoleh media, bekas Perdana Menteri itu juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaun bank untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding Zoom selepas membenarkan permohonan injunksi mareva sebelah pihak yang dimohon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Perintah itu berkuatkuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Mengikut perintah itu, jika Najib memerlukan lebih daripada RM100,000 sebulan, beliau hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversifiedyang bertindak sebagai plaintif pertama dan kelima dalam kes saman sivil berkenaan.

Jika tiada kebenaran bertulis diberikan, Najib boleh memohon dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.

Perintah itu juga antara lain menyebut, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat aset dan maklumat itu hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada Peguam plaintif pertama dan kelima.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah AS$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$681 juta.

Perintah terbabit juga menyatakan mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Tuntutan saman AS$8 bilion itu adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan itu.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/02/920507/najib-tidak-boleh-usik-asetnya-sehingga-as681-juta


RINGKASAN NAJIB TAK BOLEH KELUAR DUIT

 Diterbitkan: Feb 9, 2022 2:32 AM


1 👉Mahkamah larang Najib lupus aset AS681 juta, boleh keluar RM100,000 sebulan.
2. 👉Mahkamah keluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya untuk membekukan aset Najib atau ejennya.
3. 👉Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya untuk membekukan aset Najib Razak atau ejennya berkaitan tuntutan syarikat itu terhadap AS$681 juta yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu.
4.👉Permohonan ex-parte yang diberikan pesuruhjaya kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad semalam hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan, menurut laporan The Edge.
5. 👉Injunksi Mareva adalah perintah pembekuan atau perlindungan aset yang menghalang defendan atau responden daripada mengalihkan asetnya, yang mungkin termasuk wang dalam bank atau institusi kewangan, ketika proses perundangan sedang berjalan.
6.👉Perintah tersebut hanya untuk Najib walaupun saman 1MDB tersebut turut menamakan bekas pengarah dan ahli lembaga penasihat yang lain.
7.👉Najib perlu membuat permohonan kepada peguam cara 1MDB jika dia perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100,000 sebulan, seperti yang dinyatakan mahkamah.
8.👉Antara sebab 1MDB dan subsidiarinya membuat permohonan tersebut adalah berikutan sabitan terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
9.👉Mahkamah menetapkan 21 Februari ini bagi mendengar hujah pihak Najib jika dia memutuskan untuk mengetepikan injunksi itu.
10.👉Permohonan Injunksi dibuat oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investment Ltd atau 1MDBGIL), serta tiga lagi unitnya menerusi firma guaman Messrs Skrine.
11.👉Sebelum ini, 1MDB dan bekas subsidiarinya, SRC International Sdn Bhd memfailkan saman RM23 bilion terhadap Najib dan beberapa lagi yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan syarikat itu.
12 👉Pada Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.
13 👉Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan itu. Kes itu akan didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.
14 👉Sementara itu, Bernama melaporkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan satu anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.
15 👉Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, injunksi tersebut juga mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukannya untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.
16.👉Sekiranya Najib memerlukan lebih daripada jumlah tersebut, beliau perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).
17 👉Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding dalam talian semalam selepas membenarkan permohonan injunksi mareva ex-parte (sebelah pihak) yang dipohon 1MDB dan Global Diversified yang merupakan plaintif pertama dan kelima dalam kes saman 1MDB terhadap Najib dan beberapa yang lain.
18.👉Mahkamah larang Najib lupus aset AS681 juta, boleh keluar RM100,000 sebulan
Diterbitkan: Feb 9, 2022 2:32 AM
19👉Injunksi mareva adalah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara kes sedang berjalan.
20 👉Perintah itu juga menyatakan, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai US$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.
21👉Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi serta segala maklumat aset dan maklumat itu perlu disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada peguam plaintif pertama dan kelima.
22 👉Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah US$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada US$681 juta.
23 👉Perintah tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.
24 👉Perintah itu berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar permohonan injunksi inter-parte (dua pihak) pada 21 Feb.
Seorang peguam Tetuan Skrine yang mewakili 1MDB ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.
25👉Dalam saman itu, 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif manakala Najib, Terrence Geh Choh Heng (bekas Pengarah Kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas Peguam 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB), Vincent Beng, Radhi Mohamad (Ketua Pegawai Operasi 1MDB) sebagai defendan.
26 👉Turut dinamakan sebagai defendan iaitu Kelvin Tan Kay Jim (bekas Pengarah Pelaburan) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd).
27.👉Saman US$8 bilion itu adalah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih US$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.

KERAJAAN 2 KUPANG DAN WALAUN VS MANUSIA BERAKAL

MOHD SHAH RIM

 Menyalahkan DAP punca kenaikan harga Ayam tidak selesaikan apa apa, kerana perlu libatkan kerajaan dan kerjasama pemimpin politik, itu yang bezakan manusia berakal dengan walaun PAS.




SEDARLAH KERJA BUAT UMNO KLUSTER MAHKAMAH VS KLUSTER KAYANGAN

 

Satu Demi Satu Pilihanraya Negeri Dibuat.

Tidakkan anda sedar? Ini adalah permainan catur kuasa hasil pertelagahan sesama mereka antara PN dan BN juga pertelagahan dalaman UMNO Kluster Mahkamah vs Kluster Kayangan?
Sedarlah..
Bangkitlah..

*SERUAN BUAT PERANTAU BANGSA JOHOR*






*PRN Johor* - BN dan PN telah merosakkan negara ini apabila gagal menguruskan semua perkara sehinggakan rakyat terus menjadi mangsa akibat kerakusan dan ketamakan mereka merampas mandat rakyat di Putrajaya.
Selepas mereka berjaya mengkhianati kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Putrajaya, mereka terus rakus dan tamak sehinggakan merampas beberapa negeri lagi termasuk di JOHOR. Di Johor, mereka telah menjadi kerajaan tanpa gangguan, tetapi masih tamak dan tidak berpuas hati dan mahu kuasa lebih dari yang ada.
Tanpa mengira keadaan rakyat sedang dihimpit kesusahan akibat ekonomi yang menekan, Covid19 yang masih gagal ditangani dengan baik, tanpa rasa simpati mereka sengaja bubarkan Dun Johor untuk memaksa rakyat Johor mengundi. Mereka yakin rakyat Johor sama seperti rakyat di Melaka yang akan mudah mereka tawan untuk memenuhi nafsu serakah mereka.
Ayuh, anak-anak muda di perantauan!! Buktikan kamu anak muda yang berani dan bijak. Tunjukkan jalan keluar buat mereka yang khianat dan rakus ini. Bangsa Johor menanti kepulangan anda semua untuk kembalikan hak mereka yang telah dirampas.
*TOLAK PN, BUANG BN!! UNDILAH PAKATAN HARAPAN!!*

WAH...ORANG BERBUDI, MAT SABU TAK BERBAHASA

 

NOORMAN RADZUAN







DAP dan Abg Mat berpisah tiada. Segala keputusan mereka tetap bersama. Pagi tadi kita cuba berbahasa dgn Amanah tetapi mengapa dibalas dgn cara begini?
Mengapa tandatangan ini tanpa Pengerusi PH? Ya benar ia adalah kuota DAP dan Amanah tapi kan lebih baik kita bersama sama tunjukkan dkt rakyat permuafakatan kita.
Atau Amanah sengaja utk menaikkan kemarahan ahli dan penyokong PKR? Bagi saya apa yg dilakukan Mat Sabu membuatkan org Melayu semakin menyampah dgn PH.
Org Melayu seolah olah percaya bahawa Bang Mat ini 'barua Cina Dap' isu yg dimainkan pihak tertentu. Terpulanglah di kala PKR cuba berlembut, bertolak ansur dlm konsensus... cara Bang Mat tandantangan MOU bukan salah tapi tak beradab.
Kadang2 terfikir juga kalaulah PKR ini nakal, tidak menghormati rakan dlm PH, bukankah PKR juga boleh bekerjasama dgn PAS dan Bersatu... baru Amanah ini tahu langit itu tinggi. Tapi apa boleh buat PKR terlalu berprinsip.
Atau PKR saja test power letak je Napsiah Ketua Wanita PKR Johor yg terkenal dgn rajin bekerja turun padang mendampingi masyarakat bertanding di Putri Wangsa. Letakkan saja calon kita di Shah Alam nanti...🙋‍♂️
Ok tak apa kita bertenang. Kita jgn layan provokasi ini. Kita fokus saja kerja utk kalahkan BN dan PN. Nampak dari segi moral PH tewas dulu. Harap dpt diubah dlm masa terdekat.


Najib jadi Pm. 9thn berjaya menabung rm2.85 billion.😂