Kerajaan Keluarga Malaysia gagal, zalim tangani tragedi banjir besar



Saya mulakan tulisan ini dengan merujuk pada sekeping gambar yang tular dalam media sosial yang menunjukkan mangsa banjir terpaksa membuka beberapa keping genting bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Si pemuat naik gambar tersebut menulis keterangan gambar yang menyengat: ‘YB tebuk atap dapat jadi menteri, rakyat tebuk atap untuk selamatkan diri’.

Satu demi satu muncul beberapa perkara yang mungkin boleh disebutkan sebagai dalil kegagalan berterusan Kerajaan Keluarga Malaysia (KM) yang sebelum ini Perikatan Nasional (PN).

Ketika wabak pandemik maut Covid-19 masih mengancam, dan pemberian vaksin penggalak yang mengelirukan, datang pula bencana banjir terburuk selepas kejadian ‘bah kuning’ penghujung 2014.

Bukan mahu menyebut soal mistik yang turut dianggap sebagai mengarut atau ‘cuba membuat hukuman/andaian sendiri’, tetapi mengapa kedua-dua malapetaka itu berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN), dan KM yang mewarisi BN?

Apa lagi agaknya selepas ini yang akan menunjukkan Kerajaan KM gagal dan terus gagal?

Selepas hujan lebat berterusan pada 17 dan 18 Disember lalu, sembilan negeri dilanda banjir yang teruk. Selangor antara negeri yang paling teruk menerima musibah!

Justeru, Selangor parah, adakah pula yang akan membuat kesimpulan inilah balasan kerana menempelak negeri di bawah pentadbiran PN sentiasa banjir, tetapi akhirnya berlaku juga di negeri pemerintahan Pakatan Harapan (PH)? ‘Rancak berdosa’ jugakah?

Kerajaan KM bukan sahaja gagal, malah zalim sebenarnya dalam menangani tragedi banjir besar ini.

Sekumpulan remaja berlumpur di Hulu Langat pada 20 Disember lalu.

Pada 20 Disember lalu yang juga hari terakhir atau penangguhan sidang Parlimen kali ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menolak usul banjir yang dikemuka oleh blok pembangkang/pemimpin PH, malah penyokong Kerajaan KM sendiri.

Usul tersebut dimulakan oleh Lim Guan Eng (Bagan) apabila beliau berdiri memohon keizinan Tan Sri Azhar Azizan Harun (bagaimana boleh mendapat gelaran Tan Sri pun tidak diketahui) untuk membincangkan isu banjir.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berhujah walaupun ia isu tergempar dan baru diusulkan, tetapi tetap ada kepentingan yang tersendiri. Beliau mahu tahu apakah langkah kerajaan untuk membantu mangsa banjir, dan mengapa bantuan lambat sampai.

Kemudian Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian/BN) pula bangun, dan bertanya kerajaan mengenai langkah yang telah diumumkannya dalam soal bantuan.

Kata Setiausaha Agung Umno itu, bantuan telah diumumkan semasa sidang media Perdana Menteri (PM), tetapi tidak diketahui berapa ramai penduduk atau rakyat yang akan menerimanya. Yang paling mustahak, katanya, bilakah bantuan itu akan diberikan.

Mohamad Sabu (Kota Raja/PH) pula bangun berhujah mengenai bantuan yang lambat tiba dengan bertanya di manakah bot, serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Semua penjawat awam dan unit beruniform negara kita, tegas Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), cekap dan penuh pengalaman. Masalahnya, tugas/peranan mereka menjadi sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan pihak atasan.

Salahuddin meninjau kawasan banjir di Temerloh.

Seperti Mohamad atau Mat Sabu, kita semua juga mahu tahu apakah masalah yang dihadapi menteri sehingga begitu lambat memberikan arahan, lantas dimaki hamun oleh unit beruniform berkenaan, yang menyebabkan mangsa terperangkap lama dalam banjir.

Walau bagaimanapun, Azizan tetap menolak perbincangan mengenai banjir tersebut atas alasan teknikal, iaitu ia bukan dalam aturan mesyuarat.

Akhirnya, semua persoalan tersebut dan banyak lagi yang lain tinggal menjadi persoalan tanpa jawapan.

Sungguh aneh dan memalukan. Banjir yang meragut nyawa rakyat sudah tentulah isu rakyat. Wakil yang dilantik melalui pilihan raya pula dinamakan wakil rakyat. Yang Dipertua atau Speaker dilantik oleh kerajaan atau blok majoriti di Dewan Rakyat.

Jika tidak boleh dibincangkan di Dewan Rakyat, di mana yang boleh? Banjir adalah isu rentas warna politik. Ia bukan soal Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir Mohamad, ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika perbincangan isu nyawa dan harta rakyat ditolak, apakah faedahnya melantik wakil rakyat yang bersidang di Dewan Rakyat tentang masalah rakyat?!

Akibatnya, selepas sidang tersebut ditangguhkan, kelihatan Anwar, Mat Sabu dan Lim bergegas untuk bersemuka dengan Ismail.

Bukan sekali. Sudah berkali-kali sebenarnya Azizan menolak perbahasan usul penting sehingga tidak diketahui apa yang ditakuti, atau dilindunginya.

Saya fikir Azizan boleh bertindak waras. Adakah beliau bukan manusia waras sehingga bertegas sedemikian rupa?

Ismail sebagai PM juga boleh meminta Speaker mengizinkan perbincangan usul banjir itu kerana ia penting dan wajar diutamakan.

Adakah aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat itu seperti ayat al-Quran yang tidak boleh diubah, atau dipinda? Jika dibenarkan, tidaklah Anwar, Mat Sabu dan Lim menyerbu Ismail yang mungkin terkasima ketika itu.

Mungkin ada yang bertanya/mempersoal mengapa usul banjir dibawa juga sedangkan sidang sudah masuk hari terakhir. Biar berapa jam sahaja yang tinggal untuk berbincang pun tidak mengapa kerana yang penting ialah ehwal rakyat!

Sementelah bencana banjir berlaku pada hari Dewan Rakyat tidak bersidang – Sabtu dan Ahad. Justeru, pada awal waktu persidangan lagi pemimpin PH telah membawa usul banjir.

Perlakuan Tan Sri Noh Omar memang mewajarkan beliau dimaki. Ia berkaitan dengan peristiwa yang memalukan di Taman Sri Nanding pada 22 Disember lalu.

Seorang penduduk taman tersebut memberitahu Noh, ketika dia dan yang lain-lain menghadapi detik cemas, dan tiada mana-mana pihak tampil membantu, yang datang menolong ialah warga asing.

Warga terbabit, seorang wanita, semasa menceritakan suasana dialaminya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia itu, memberitahu ada tiga warga Indonesia mendayung sampan untuk menyelamatkan anak salah seorang penduduk taman berkenaan pada awal pagi tersebut.

Ketika itu, katanya, mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di bumbung rumah sejak tengah malam sehingga jam 5.30 pagi.

Begitu pun, wanita tersebut tidak memaki hamun, sebaliknya hanya bertanya kepada Noh di mana agensi-agensi kerajaan ketika itu.

Dalam kejadian yang dirakamkan di salah sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor itu, wanita tersebut memberitahu dia menghubungi pelbagai agensi kerajaan untuk membantu menyelamatkan penduduk di kawasan berkenaan, tetapi tiada siapa yang datang.

Antara pihak yang dihubungi, dakwa wanita itu, ialah JBPM, serta JPAM, malah kem ATM di Sungai Besi.

Malangnya, tiada satu pun agensi kerajaan yang muncul sehinggalah apabila air surut, dan itu dipersoal oleh wanita tersebut. Semasa air sudah mencecah bumbung rumah, tiada agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan menghantar tiga bot.

Bukan wanita itu sahaja, malah kita juga akan mengandaikan tiga bot tidak mencukupi untuk menyelamatkan semua warga Hulu Langat. Noh yang ditanya oleh wanita itu hanya menjawab ya sahaja.

Noh hadir di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Abul Jalil itu untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dato’ Suriani Ahmad.

Hulu Langat adalah antara kawasan paling teruk terjejas oleh banjir pada 18 Disember lalu itu, malah sesetengah pihak berpendapat kerosakan yang dialami di kawasan tersebut jauh lebih serius berbanding di Shah Alam, dan Klang.

Pada hari itu, 27 orang disahkan meninggal dunia di pelbagai lokasi akibat bencana tersebut, dengan 20 daripadanya di Selangor. Tujuh lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia di Pahang.

Selain korban di Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam, mayat juga ditemui di Kajang, Sungai Buloh dan Klang.

Hakikat bahawa Noh juga adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor memang tambah menaikkan kemarahan (sudah tentu turut mengecewakan).

Mulai 22 Disember lalu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dilantik semula menggantikan Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Sebagai perbandingan, tidak sampai 24 jam mengambil alih tugas, Amirudin mengumumkan bahawa pintu air di Rumah Pam Taman Sri Muda telah beroperasi semula.

Pintu air telah beroperasi semula pada pagi 23 Disember dengan bekalan tenaga, dan penjana kuasa dari Tenaga Nasional Berhad.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan ATM telah bekerja keras sehingga jam tiga pagi untuk mengalihkan kenderaan yang tersadai yang menghalang penjana kuasa dibawa ke pintu air. Pintu air yang beroperasi semula mempercepat proses penyurutan air, dan set penjana kuasa boleh berfungsi.

Oleh kerana bekalan elektrik terputus, jelas Amirudin, pihak berwajib terpaksa mengaktifkan pintu air secara manual. Batang corong yang rosak, katanya, tambah melambatkan kerja-kerja secara manual.

Jika difikirkan dengan waras, dalam hal ini semua agensi kerajaan tidak wajar disalahkan seratus peratus. Sebagaimana kata Mat Sabu, semua penjawat awam dan unit beruniform negara kita cekap dan penuh pengalaman, tetapi sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan pihak atasan.

Persoalannya, mengapa pihak atasan dan menteri lambat memberikan arahan? Apakah yang mereka fikir, dan lakukan? Apakah masalah rakyat hanya penting ketika mereka cuba meraih undi?

Saya fikir mungkin keadaan berbeza jika banjir besar ini berlaku semasa kempen pilihan raya negeri atau kecil! Dapat dibayangkan bagaimanakah aksi calon-calon terbabit dari pihak Kerajaan KM.

Tidak dapat dipastikan, tetapi tukar juga gambar di media sosial bahawa pemimpin BN berdiri di hadapan kotak-kotak bantuan mangsa banjir.

Keterangan gambar si pemuat naiknya ialah ‘Ok siap sedia untuk diedarkan. Sorry lambat sikit, stiker baru print dan tampal. #KerajaanLembab #KerajaanGagalLagi’.

Sudahlah lambat bertindak, Noh juga enggan menerima hakikat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, mendakwa dirinya masih lagi Pengerusi MKN Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan Amirudin bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.

Noh turut mendakwa apa yang dilakukan oleh Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab sebenarnya. Kelakarnya, beliau memberitahu terpaksa ‘sekolahkan’ Amirudin kerana berdasarkan yang tular pada 22 Disember, Menteri Besar Selangor itu tidak faham sebenarnya.

Sambil mendakwa dirinya masih berjawatan tersebut, Noh berharap Amirudin dapat memahami.

Mungkin ini kerana dendam dan amarah Noh/Umno Selangor terhadap Kerajaan PH Selangor sejak 2008 (ketika itu Pakatan Rakyat). Kegagalan menawan semula negeri terkaya Malaysia itu pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei 2018 terus mencangkam hati dan jiwa mereka!

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, telah berusaha sedaya upaya membantu penduduk ketika banyak kawasan di Lembah Klang dilaporkan dinaiki air sehingga menyebabkan ramai orang memohon bantuan dan mencari perlindungan.

Respons pemimpin kanan Amanah itu menepis dakwaan dan kebimbangan orang ramai di media sosial, sehingga warganet tertanya-tanya di mana wakil rakyat kawasan masing-masing.

Menurut Khalid, pihaknya membantu menggerakkan bantuan dan memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan. Beiau juga memaklumkan MBSA juga berhempas pulas membantu penduduk.

Khalid turut mengkritik Kerajaan KM dan negeri di bawahnya yang tidak melakukan persediaan rapi, sedangkan amaran cuaca buruk telah diberikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Setelah berlaku banjir pula, tegas beliau, tindak balas pula terlalu lambat. Justeru, tidak hairanlah dalam sehari dua ini juga, tular di media sosial nama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA akhirnya bermesyuarat selepas empat hari banjir melanda dan 14 nyawa diragut.
Ada sumber mendedahkan, agensi itu yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Kelang, pada mulanya teragak-agak untuk bertindak.

Namun begitu, akhirnya NADMA diarahkan untuk menjadi sekretariat utama pada sebelah petang 20 Disember lalu, susulan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusi oleh PM.

Menurut sebuah posting yang dimuat naik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada 21 Disember lalu, NADMA juga akhirnya bertindak selepas dikritik hebat.

Mengenai hal berkenaan, bolehkah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad diterima?

Jelas Dr Latiff, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir pada peringkat negeri.

NADMA juga, tambah Latiff, tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya pada peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

Latiff yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta wakil rakyat jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada NADMA pusat kerana ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.

Ketika menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen pada 20 Disember lalu, Latiff mengatakan kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan ketua jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini.

NADMA, tambahnya, hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat, dan senarai dari negeri.

Untuk rekod, menurut perisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latiff menerima sekitar RM89,900 dalam bentuk bentuk gaji, dan imbuhan setiap bulan.

Berikutan bencana banjir itu, Amanah telah menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember lalu.

Menurut Setiausaha Agung Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli, tarikh baharu konvensyen tahunan yang sepatutnya berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam itu akan ditetapkan kelak.

Keputusan itu, kata Hatta, dibuat setelah meneliti keadaan banjir yang melanda Selangor dan beberapa negeri di seluruh negara, serta kesannya kepada ramai penduduk terlibat, dan atas rasa solidariti, serta kepedulian terhadap semua mangsa, dan rakyat.

Sementara itu, Mohamad Sabu turut mengarahkan semua jentera Amanah di semua peringkat untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, khususnya di Selangor.

Sebagai Presiden AMANAH, beliau mengarahkan semua peringkat sayap parti, terutama Pemuda, Wanita (Awan), ARif, Warda, kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Selangor.

Konvensyen AMANAH Nasional 2021 dijadualkan mulai pagi 18 Disember lalu sehingga malamnya, sementara Konvensyen Pemuda dan Wanita AMANAH Nasional secara hibrid berakhir pada 17 Disember.

Banjir buruk telah berlaku, dan mahu atau tidak seperti kata pemimpin Pas, harus diterima oleh kita semua. Cuma, saya mahu mengenang kembali ‘keyakinan tinggi’ dan ‘kebijaksanaan’ menteri kerajaan tebuk atap sebelum bencana tersebut terjadi.

Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Malaysia tidak termasuk dalam kategori negara yang terdedah pada impak perubahan iklim yang ketara.

Justeru, katanya, Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April lalu.

Walau bagaimanapun, tidak termasuk atau sebaliknya, lihatlah apa yang telah terjadi.

*RAYUSA seorang penulis bebas yang turut menulis isu sastera dan budaya tanah air.

Ahli Parlimen Lembah Pantai gotong royong bersih kawasan banjir


 Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil melawat di beberapa kawasan terkesan banjir dan membantu membersihkan sampah sarap

Beliau berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan, khususnya dalam gotong royong di Kampung Pasir bersama sukarelawan kerajaan yang membantu.

"Hari ini kita ada program gotong royong perdana di Kampung Pasir. Alhamdulillah dalam 200 petugas dan sukarelawan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Alam Flora, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Malaya, KBS, AADK Brickfields, Amanah Lembah Pantai, KEADILAN Lembah Pantai, MUDA Lembah Pantai, Pejuang Lembah Pantai, Arus Anak Muda dan ramai lagi.



Fahmi memberi sedikit bantuan kepada mangsa

"Pihak DBKL dan Alam Flora memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan terus dijalankan sehingga selesai semua sampah dikutip.

"Hari ini jentera DBKL juga dihantar ke Tiong Nam untuk bantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di situ. Saya akan terus pantau sehingga selesai pembersihan.

"Semua turun untuk beri sokongan agar Kg Pasir bangkit semula," katanya.

NADMA gagal, menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya - Farhash








Kegagalan bertindak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak boleh diputar belitkan kepada kegagalan Pegawai Daerah atau agensi Kerajaan Negeri yang harus memikul beban bersama menguruskan mangsa dalam peristiwa banjir bandang pada 17 hingga 21 Disember lalu di Lembah Kelang.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador, NADMA kelihatan seolah olah gagal total dalam menguruskan bencana banjir luar biasa itu terutama aspek pengarahan jentera membantu evakuasi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menjaga agensi terbabit perlu bertanggungjawab sepenuhnya.


"NADMA yang merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah bidang kuasa beliau merupakan peneraju yang secara kebiasaanya mengatur gerakan dan mengkoordinasi segala perancangan ketika menguruskan bencana.


"Walaupun pada hakikatnya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran awal bahawa hujan lebat yang berterusan akan melanda penduduk di Lembah Klang dan beberapa kawasan lain, namun tiada sebarang usaha ke arah kesiapsiagaan yang lebih terperinci dan teratur direncanakan oleh pihak kerajaan.


"Sebahagian besar mangsa banjir di seluruh negara pada ketika ini mengalami kerugian dan kerosakan harta benda yang mungkin di luar jangkaan, terutamanya penduduk di sekitar Lembah Klang namun kini 'nasi sudah menjadi bubur'," katanya.


Tegas Farhash, selepas ini Kerajaan Persekutuan atau negeri perlu mempermudah urusan mangsa mangsa mendapatkan bantuan yang dijanjikan


Beliau berharap lebih banyak bantuan diperuntukkan kerana kerugian akibat banjir yang tiada amaran awal itu terlalu besar kerana mangsa tidak sempat menyelamatkan barang barang berharga.


"Walaupun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan peruntukan berjumlah lebih RM100 juta serta beberapa bentuk bantuan lain bagi mereka yang terjejas, namun jumlah tersebut pastinya diragui mencukupi ataupun tidak untuk menampung segala kerugian besar yang ditanggung.


"Saya menyeru pihak kerajaan mempermudahkan segala bentuk bantuan serta sumbangan yang diperuntukan tanpa melalui sistem birokrasi yang menekan rakyat dengan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ketua Komuniti setempat, pegawai-pegawai daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen serta beberapa pihak yang lain," katanya lagi.

 

KEHILANGAN MENTERI MALAYSIA...

 *🟢1. Saifudin Abdullah, Menteri Luar yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota dikhabarkan hilang akhirnya ditemui di Turki.*

*🔵2. Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia antara tulang belakang bagi menyebarkan sebarang berita penting berkaitan banjir ketika ini juga dilaporkan hilang dalam radar ketika banjir besar melumpuhkan pergerakan warga KL dan Selangor. Tular dakwaan dia dikatakan sedang bercuti bersama Taikun Judi, Vincent Tan di Langkawi.*

*🔴3. Peja, Menteri KBS antara menteri paling baru dikaitkan keluar negara ketika bencana besar melanda rakyat Malaysia. Dia dilaporkan ke Dubai sebelum akan BERSATU dengan ahli keluarganya di Kota London bagi menyambut Kriamas di sana.*

*🟡4. Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri MEWA yang telah menafikan akan berlakunya perubahan cuaca yang ekstrem di Malaysia sebelum ini juga telah berlepas menunaikan umrah. Mungkin bagi mereka, menunaikan umrah lebih utama daripada menunaikan amanah rakyat terutamanya ketika ditimpa musibah.*


Hampir 5,000 mangsa banjir dapat bantuan di DUN Sg Kandi





Seramai hampir 5,000 mangsa banjir menerima pelbagai jenis sumbangan bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

ADUN Sungai Kandis, Zawawi Mughni berkata, sumbangan itu diberikan oleh pelbagai pihak antaranya pihak Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Team Selangor, Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) Selangor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor dan NGO lain serta persendirian.

"Alhamdulillah sumbangan yang kita terima daripada pihak luar adalah sangat menggalakkan.

"Sumbangan berupa barangan asas seperti tilam, susu, pampers, air mineral, biskut dan makanan siap masak membantu hampir 5000 orang mangsa banjir," katanya.

Sebanyak 23 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditubuhkan di Dun Sg Kandis melibatkan tujuh kawasan utama iaitu Johan Setia, Jalan Kebun, Kampung Lombong, Bukit Naga, Sungai Kandis, Telok Menegun dan Kampung Jawa.

Dua kawasan yang berada pada tahap kritikal (paras air tinggi) adalah Johan Setia dan Jalan Kebun.

Selain itu, kata Zawawi, Skuad Prihatin N49 DUN Sungai Kandis juga telah menubuhkan Pusat Pengumpulan dan Logistik di Dewan Serbaguna Kg Jawa sebagai One Stop Centre dan kemudian telah dipindahkan ke Stor Penyimpanan Terima dan Edar Pejabat Dun Sg Kandis bagi pengumpulan seluruh sumbangan daripada NGO, GLC dan persendirian.

"Skuad Prihatin N49 Dun Sg Kandis telah menggerakkan 100 sukarelawan disekitar kawasan bagi fasa pembersihan di rumah yang terkesan dan juga edaran bantuan makanan. Antara sukarelawan luar yang terlibat adalah pihak UNISEL, YB Rusnah Aluai dari Parlimen Tangga Batu, Angkatan Muda Keadilan(AMK) Melaka, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan(PEPIAS), GPMS dan Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM).

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap individu, wakil NGO, badan kerajaan dan semua yang terlibat dalam membantu usaha ini, semoga kita semua sentiasa dilindungi," katanya.

 

BEZA JOKOWI DAN MAIL SABRI





Bezanya Presiden Indonesia dan PM Malaysia

BAPA2 MENTERI DGN KESOMBONGAN

Ada siapa melihat kehadiran Azmin dgn di escort beberapa buah motorsikal trafik PDRM dan sebuah motorsikal pengiring sepertimana Agong, PM dan TPM gunakan. Saya tidak pasti jawatan Kementeriannya melayakkan dirinya menggunakan kemudahan tersebut.

Sebelum itu ramai yg melihat bagaimana Tengku Zafrul hadir dgn pengiring2 yg memenuhi bot bantuan NADMA yg sepatutnya digunakan utk mangsa yg sudah beberapa hari tidur di atas bumbung. Nyata mereka semua ni hipokrit.

Mereka hadir dgn angkuhnya. Kamilah kayangan2... Sebab itu saya lebih hormat kpd seorang lelaki yg hadir membawa bot kecilnya sendiri berbekalkan RM 50 membantu berpuluh mangsa banjir.

Kita ingin bawa isu ini segera di Dewan Rakyat tapi dihalang oleh Speaker dan MP sebelah kerajaan hanya mendiamkan diri. Ada Menteri Alam Sekitar yg patut duduk dlm negara kerana musim tengkujuh sibuk buat umrah utk keberapa kali agaknya.

Akhirnya rakyat bantu rakyat. Rakyat dan NGO2 yg lebih pantas bergerak. Bantuan mereka perlu ada ceremony dulu itu pun dah beberapa hari kejadian. Kelengkapan canggih utk bencana banjir hanya digunakan utk perarakan Hari Kemerdekaan.

Hikmahnya di sebalik kejadian terbongkar perangai pemimpin kerajaan yg sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dipilih rakyat hingga larut malam tetapi utk rakyat mereka hilang entah ke mana.

Ya baru 37 mati dan 10 hilang.. syukurlah tak ramai kata Dr parti kerajaan. Rakyat ingatlah siapa mereka di kala kalian susah. Jgn biar org sombong dan lupa diri ini terus memimpin.

 NORMAN RADZUAN

'Saya tak biasa orang jerit-jerit dekat saya'-ROSMAH

 

Oleh Farah Marshita Abdul Patah - Disember 23, 2021 @ 2:42pm

farahmarshita@bh.com.my




KUALA LUMPUR: Prosiding bela diri kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor bermula tegang apabila pihak pendakwaan dan pembelaan saling bertikam lidah berhubung keterangan isteri bekas Perdana Menteri itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Oktober 2018.

Ia berikutan pihak pembelaan dilihat sering mencelah ketika Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyoal balas Rosmah dan membantah soalan yang diajukan kepada anak guamnya, terutama membabitkan keterangannya kepada SPRM.

Terdahulu, sebaik saja Rosmah selesai mengangkat sumpah memberi keterangan, Sri Ram terus bertanyakan soalan kepada tertuduh.

Tindakan itu menyebabkan Rosmah meminta Sri Ram supaya membenarkan beliau untuk mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Rosmah minta maaf kerana tak hadir mahkamah minggu lalu

·         Jadi kontak COVID-19, bicara Rosmah ditangguh

·         'Saya tak keruan, SPRM kata usah paranoid'

·         Rosmah gagal mohon hakim tarik diri

Sri Ram kemudian menyoal Rosmah mengenai keterangannya kepada SPRM yang menyatakan beliau tidak mengenali Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin (SP17) dan rakan niaga Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah (SP16).

Sri Ram: Ada sesiapa memaksa anda membuat keterangan itu?

Rosmah: Tiada paksaan.

Sri Ram: Anda menyatakan bahawa "saya tidak kenal Saidi atau mendengar nama Jepak Holdings dan Rayyan Radzwill..saya tidak pernah berjumpa kedua-dua orang ini. Anda bersetuju bahawa ia adalah bukan perkara sebenar.

Rosmah: Tidak. Dalam masa saya berjumpa dua tiga minit ke macam tu…mana saya nak ingat dan saya berjumpa dengan ramai orang.

"Mestilah saya cakap tak kenal, cuba periksa maksud 'kenal' dalam kamus. Saya memang tak kenal dia, sebab dia bukan kawan atau kenalan saya," katanya.

Bagaimanapun, sepanjang disoal balas, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh kerap kali membantah soalan yang diajukan kepada anak guam mereka.

Sri Ram kemudian meminta Rosmah mengesahkan bahawa suara dalam rakaman audio SPRM "can I advise you something" adalah milik beliau dan suaminya.

Rosmah: Tidak. Saya tidak boleh mengesahkannya kerana tiada siasatan saintifik dilakukan ke atasnya.

Sri Ram: Beberapa saksi memberi keterangan bahawa mereka mengenal pasti itu adalah suara anda dan suami?

Rosmah: Dan anda seharusnya mempercayai perkara itu?

Sri Ram: Anda tidak boleh tanya saya soalan. Jangan bertengkar dengan saya. Kalau anda mahu bertengkar dengan saya, saya akan meminta mahkamah mengeluarkan arahan terhadap anda.

Rosmah: Saya bukan mahu bertengkar, saya nak jawab. Tapi janganlah jerit-jerit dekat saya. Saya tak biasa orang jerit-jerit dekat saya.

Mendengar kekecohan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan meminta Rosmah menjawab ya atau tidak sahaja.

"Saya cadangkan anda dengar soalan, berikan jawapan yang pendek, kalau anda perlu jelaskan, jangan risau, ia boleh dilakukan ketika pemeriksaan semula," kata hakim.

Sri Ram: Saya cadangkan kepada anda bahawa itu adalah suara anda?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya juga cadangkan dalam perbualan itu anda membuat rujukan kepada pelantikan jawatan awam?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya cadangkan, anda tidak mahu dikaitkan dengan kandungan rakaman audio berkenaan kerana ia mengesahkan bahawa anda menasihatkan suami anda berhubung pelantikan jawatan awam?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya cadangkan bahawa kandungan rakaman audio berkenaan adalah benar:

Rosmah: Tidak, ia adalah sememangnya mengarut.

Sri Ram: Anda mempunyai pilihan untuk mencabar keterangan saksi yang mengenal pasti suara anda dalam rakaman audio berkenaan, tetapi tidak berbuat demikian, kerana ia adalah suara anda?

Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya cadangkan, bahawa kebenarannya adalah seperti yang diceritakan oleh (Datuk) Rizal Mansor.

Rosmah: Tidak setuju

Rosmah juga tidak bersetuju bahawa beliau menerima wang daripada saksi ke-16 pendakwaan dan menolak cadangan Sri Ram bahawa kenyataannya dalam pernyataan saksi adalah tidak benar.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya, Rizal.

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Rosmah dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Perbicaraan kes itu bersambung esok.

 


Kenapa bantuan rakyat lebih efisien dari kerajaan

 

NORMAN RADZUAN



TMJ ..WALAU RAMAI DOK KECAM. LIHAT TUANKU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGERI  NYA.
TAK DUDUK DIAM.ARAHAN SIAP. SPA BERANI LANGGAR ?(WRLR)


Kenapa bantuan rakyat lebih efisien dari kerajaan

Yg patut kerajaan lakukan dan yg tak patut dilakukan

KITA TERLALU BERPOLITIK RAKYAT JADI MANGSA

Apa yg sepatut kerajaan buat bila tiba musim tengkujuh atau bila keadaan cuaca berubah bila dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi. Ia perlu dilakukan bermula dgn apa perlu diutamakan.

1. Beri amaran kpd rakyat ada perubahan cuaca. Air sungai mulai naik. Kerajaan juga sudah kenal pasti dewan, sekolah dan masjid yg akn menjadi penempatan sementara jika berlaku banjir.

2. Sistem amaran dibunyikan dan pesanan SMS serta laporan di media sosial dan media massa dlm tempoh 24 jam utk rakyat bersedia kerana keadaan kritikal. Di Amerika 5/6 hari sebelum taufan melanda telah diberi amaran oleh kerajaan.

a) Ia bagi memastikan penduduk menyelamatkan selagi mampu harta benda mereka terutama kenderaan.

b) Penduduk berpindah

c) Penduduk membeli bekalan makanan mencukupi utk tempoh 48 jam.

3) Pihak berkuasa gerakkan segala jabatan atau agensi kerajaan berkenaan utk operasi memindahkan mangsa2 banjir dgn segala peralatan canggih yg diarak waktu Hari Kebangsaan sudah standby.

4) Segala kakitangan termasuk polis dan Rela mesti ditempatkan di kawasan penempatan sementara selain wakil Jabatan Kesihatan utk memantau kesihatan mangsa banjir.

5) Kenal pasti segala keperluan rakyat seperti makanan dan sebagainya selain memikirkan bantuan kewangan dgn pegawai2 ditempatkan di kawasan penempatan sementara.

6. Mengerahkan ribuan tentera dgn bantuan pihak bomba utk membantu rakyat membersihkan rumah2 yg ditenggelami air dgn membawa segala peralatan yg diperlukan.

TAPI APA YG KERAJAAN BUAT?

1. Tiada sistem amaran dan persediaan hadapi bencana ini.

2. Khabarnya agensi2 kerajaan masih menunggu arahan walaupun banjir sudah mula berlaku.

3. Kerajaan mula bermesyuarat. Masih mesyuarat dan terus bermesyuarat sdgkan ada penduduk sudah terpaksa memanjat bumbung rumah.

4. Buat ceremony dulu utk melancarkan skuad bantuan dan bantuan kewangan sdgkan ada rakyat sudah 24 jam tidur dia atas bumbung tanpa sebarang makanan. Malah majlis tersebut pun dah makan kos puluhan ribu ringgit.

5. Pemimpin sibuk berpolitik membuat sticker muka masing2 utk ditampal di kotak bantuan sdgkan rakyat ada yg sudah hilang dan lemas.

6. Barulah pemimpin kerajaan melawat ke kawasan banjir dgn membawa pegawai pengiring, setpol, jurugambar, media hingga penuh bot. Bukannya dtg membawa mangsa2 ke dalam bot.

7. Selepas kotak2 yg rata2 diisi roti, biskut dan Maggie ditampal barulah dihulurkan kepada pegawai utk diberikan kpd mangsa banjir.

8. Kemudian barulah kerajaan umum jenis bentuk bantuan.

9. Kemudian barulah muncul muka2 pemimpin yg rata2 dikutuk oleh mangsa banjir..." Air dah surut baru muncul".

10. Kerajaan tubuhkan tabung bantuan dari rakyat yg sudah papa kerana pandemik sdgkan mereka melantik pelbagai jenis Menteri, Penasihat2 dgn kos berjuta ringgit hanya utk habuan politik. Dgn rakyat mereka mahu rakyat bantu rakyat. Persoalannnya di mana wang cukai dan wang zakat rakyat bayar kpd kepada kerajaan?

Bila dah jadi kerajaan ini kadang2 rindu kelibat Kak Lah menyelamatkan mangsa banjir, sgt luar biasa. Rindu aksi lebai2 bergambar air paras dada.

Jadi jgn kalian hairan kenapa bantuan org ramai dan NGO lebih efisien kerana org ramai tak perlu mesyuarat sana sini, tak perlu tampal sticker dan tak perlu tunggu jurugambar profesional.

Sikap pemimpin kita ini sejak zaman 70an begitulah. Mereka tiada istilah sediakan payung sebelum hujan. Mereka bukan jenis mencegah dan mahu mengubah keadaan tetapi hanya menunggu musibah tahunan ini menimpa.

Tahniah TMJ yg mahu semua Pegawai2 Daerah dan agensi2 bersedia dgn segala jentera, peralatan dan memantau keadaan semasa. Itulah dinamakan melakukan perkara yg bijak. Working smart is better than working hard.

 

KALAU MENANG LAGI DIA NI ....


Kalau Rina Harun menang lagi di pru15, yg bodoh dan tak sedar diri bukan Rina Harun tetapi pengundi2 dikawasan Rina foodpanda ni bertanding. Ingat tu.





*FAKTA KEJADIAN BANJIR DI TAMAN SRI MUDA*


HAMZAH RIE NA


Pada 17 Disember 2021 hingga 19 Disember 2021, Negeri Selangor telah menerima taburan hujan luar biasa di antara 100 mm ke 400 mm secara berterusan dan telah mengakibatkan kejadian banjir di 186 kawasan melibatkan 9 daerah di Negeri Selangor. Antara yang terkesan teruk ialah Taman Sri Muda, Seksyen 23 Shah Alam.
Berikut ialah butiran ringkas operasi banjir yang telah dijalankan untuk Taman Sri Muda tersebut.
OPERASI BANJIR TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 23 SHAH ALAM
Operasi Menurunkan Paras Air Sungai Klang
20/12/2021 - 16.23hrs
- Arahan MKN untuk penghentian pelepasan air Empangan Batu dan Empangan Klang Gate
- Operasi pintu air di Kolam Takungan Bukit Subang dihentikan dan tiada aliran air takungan masuk ke Sg. Damansara dan Sg. Klang
20/12/2021: 17.45hrs
- Gate Empangan Batu dan Gate L10 Akses Kolam Desa ke Sungai Kerayong ditutup.
20/12/2021: 20.00hrs
- Gate Empangan Klang Gate ditutup dan aliran Sg. Klang dan Sg. Ampang dilencongkan ke Takungan Kolam Berembang, SMART.
Operasi Pam Air Banjir Genang di Taman Sri Muda
17/12/2021 (Jumaat)
- 4 unit Pam Bergerak (BPME Selangor) berfungsi penuh di pintu air Taman Sri Muda
20/12/2021 (Isnin) - 16.23hrs
- Arahan MKN untuk mobilisasi aset pam tambahan ke Taman Sri Muda, Shah Alam
20/12/2021 (Isnin): 23.00hrs
- Pembersihan kawasan bagi penempatan pam dan pengalihan kenderaan mangsa banjir yang tersadai untuk memberi laluan kepada jentera JPS untuk pemasangan pam
21/12/2021 (Selasa)
- Pam pertama 5Q (5 cusec) dari BPME Ipoh mula dipasang pada jam 12 tengah malam dan beroperasi pada jam 4.30pagi
- Pam kedua 5Q (5 cusec) dari BPME Ipoh siap dipasang dan beroperasi pada jam 8.00pagi
- Pam ketiga dan keempat 5Q (5 cusec) dari BPME JPS Kedah siap dipasang dan mula beroperasi pada hari yang sama
- Pintu Air Taman Sri Muda dapat dibuka secara manual pada aras minima kerana tekanan air masih tinggi
22/12/2021 (Rabu)
- 2 bay pintu air (Tidal Control Gate) dapat dibuka penuh
- Kesemua 12 unit pam termasuk 3 unit pam kekal berfungsi penuh dengan 1 unit pam kekal dalam standby mod selepas bantuan genset TNB dan bekalan diesel JPS dan Petronas
23/12/2021 (Khamis): Banjir surut sepenuhnya.





Rakyat sebar #BantuanBanjir selepas geram kerajaan lembap bantu mangsa banjir

 


Tidak hanya mengecam menteri dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang lembap membantu mangsa banjir, rakyat dalam masa sama sepakat menyebarkan pertolongan melalui tanda pagar #BantuanBanjir

Tanda pagar #BantuanBanjir menjadi sohor dalam kalangan pengguna Twitter dengan lebih 4,000 ciapan tengah malam ini.

Warganet dilihat menggunakan tanda pagar itu untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan kepada mangsa banjir besar yang melanda negara.

Info tersebut terdiri daripada individu dan pertubuhan malah rumah ibadat yang menawarkan pelbagai bentuk sumbangan.

Antaranya, perkhidmatan membaiki laptop selain pembersihan peralatan rumah dan masjid meliputi kawasan Lembah Klang dan Kuantan, Pahang.

Terdapat juga pemilik kedai perabot terpakai yang menawarkan barangan mereka untuk diambil oleh mangsa banjir.

“Bagi yang betul-betul memerlukan, sebarkan ini juga… tuan kedai benarkan,” kata @dina_mael.

Turut dikongsikan warganet berkenaan Masjid Al-Falah di USJ 9, Subang Jaya di Selangor yang memberitahu mangsa banjir boleh mendapatkan bantuan lampin pakai buang bayi.

Dalam masa sama, Twitter rasmi Gurdwara Sahib Petaling Jaya malam tadi pula berkongsikan rakaman video berdurasi 14 saat berkenaan lori yang mengangkut tilam untuk mangsa banjir.

Menerusi @gurdwarasahibpj, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan tersebut untuk diagih kepada mereka yang memerlukan.

 

TAK NYEMPAT NYEMPAT HANGPA AMBIL TINDAKAN ..

 Kesian Shahidan Kassim….kalau ia pun nak ambil tindakan, tunggulah lepas banjir…



"INI DS ANWAR?", SEORANG MANGSA BANJIR TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN PRESIDE...



DSAI sewaktu turun ke Sri Muda dan Padang Jawa melawat mangsa2 banjir yang teruk terkesan.

DENGAR APA AKAK NI KATA....

E-WALLET TU UNTUK KAU BELAJAR LAH BADIGOL. KAU NDAK BANYAK BANYAK PERGI KERJA LAH...MOTONG PUN MALAS


 

LAWAK 2 : PERALATAN CANGGIH TAK NAMPAK-ZAHRAIN HENTAM MKN


 

LAWAK PAGI 1: GELAK JANGAN TAK GELAK