Sokongan PH kepada PM bersyarat, utamakan tangani Covid 19

 

Sokongan yang diberikan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam pertemuan bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini kelihatannya bersyarat dan hanya untuk tujuan reformasi institusi, kehakiman atau menangani pandemik Covid 19.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, PH dilihat berhati-hati dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk kerjasama bukan politik, manakala parti-parti pembangkang lain pula sehingga kini belum dijemput untuk berbincang dengan PM.

"Pada saya ini suatu yang menarik dari pihak PH. Yang dipanggil baru ini PH sahaja. Belum tahu apa yang ingin dibawa oleh Pejuang atau Muda dan PSB kerana belum ada kenyataan yang rasmi dari mereka.

"Di pihak PH setakat ini yang jelas menganggap kerajaan yang ada hanya kerajaan transisi sahaja, untuk pergi kepada Pilihan Raya Umum ke 15, untuk kita serahkan (mandat) kepada rakyat.

"Kerajaan transisi ini tugasnya satu, untuk selesaikan masalah Covid. Bagi pihak PH kita lihat dalam tempoh yang tak banyak ini, PH tidak mahu menimbulkan kekecohan (tumpu selesaikan masalah rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.

Bagaimanapun, Dr Maszlee berkata, kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kerjasama PH - PM itu juga bijak dan meletakkan syarat utama, untuk menjaga kebajikan rakyat.

"(Kerjasama) menawarkan supaya kita bersama membentuk polisi bagi rakyat dan menyelesaikan masalah Covid. Sebab itu Datuk Seri Anwar keluarkan kenyataan yang ada kaveat. Iaitu kita bersetuju selagi mana polisi menguntungkan rakyat, berpusatkan rakyat.

"Maksudnya kalau kerajaan buat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat, waktu itu saya kira PH mungkin akan bersikap tegas (tarik sokongan)," katanya lagi.

Pada 25 Ogos lalu, Pemimpin PH bertemu PM Ismail Sabri di Putrajaya bagi menjayakan titah Tuanku Agong bagi mengutamakan perang melawan Covid dan kemelesetan ekonomi berbanding berpolitik.

Berikutan pertemuan itu satu persefahaman ditandatangani antara PM dan pemimpin PH untuk merefomasikan institusi, kehakiman, pentadbiran dan sebagainya bagi menurunkan suhu politik antara kerajaan dan pembangkang.

MOKHTAR SCUD BOLEH MOHON BANTUAN KE MENTERI AGAMA NIH...MALU MINTA SEDEKAH NAK BAYAR BIL LETRIK...PONDOK LAIN TAK MACAM PONDOK KAU...SEDIH.....JIWA MISKIN MINDA PENGGEMIS

 



Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok



Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok

Idris akan cuba selesaikan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok.Dakwaan beberapa maahad tahfiz dan pondok berdepan cabaran meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 akan diteliti lebih terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu dilantik, Idris Ahmad.

Katanya, beliau juga akan cuba menyelesaikan isu berbangkit sebaik sahaja memulakan tugas secara rasmi selepas mengangkat sumpah jawatan.

“Kita akan lihat dan selesaikan isu ini selepas secara rasmi memasuki kementerian,” katanya .

Idris berkata, beliau juga difahamkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berbangkit dan telah bertindak lebih awal bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Setakat ini saya diberitahu proses nak selesai masalah berjalan dan ketua pengarah JAKIM juga telah beri kenyataan (semalam),” katanya.

Semalam, JAKIM berkata, pihaknya sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Abd Aziz Jusoh berkata, peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.

“Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan oleh seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” kata Abd Aziz.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa beberapa maahad tahfiz dan pondok di beberapa negeri termasuk Perak dan Negeri Sembilan berdepan cabaran dan kekangan untuk meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan.

Bersama tadbir ibu negara, jadikan Kuala Lumpur Bandar Bertaraf Dunia

 

Oleh Teresa Kok

(Ahli Parlimen Seputeh merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP)

Shahidan Kassim diharap Mentadbir Ibu Negara Bersama Dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur Demi Merealisasi Impian Kuala Lumpur Sebagai Bandar Bertaraf Dunia (World -Class City)   


Saya mengucapkan tahniah kepada kawan daripada parti lawan saya YB Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau atas perlantikan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.  Beliau juga merupakan ahli politik yang berpengalaman yang pernah pegang jawatan bekas Menteri Besar Perlis dan bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri. 


Bila YB Datuk Seri Shahidan tidak pegang apa-apa jawatan di kerajaan pusat, beliau adalah kaki bising merangkap kaki gaduh di Dewan Rakyat. Beliau suka berbahas dalam semua rang undang-undang dengan mengulangi poin yang sama untuk menghentam parti pembangkang.  Selain itu, beliau memang suka mengganggu Ahli Parlimen parti pembangkang semasa kami berucap di Dewan Rakyat.


Saya selalu menghadapi gangguan dan cabaran daripada beliau bila saya berucap membentangkan masalah dan isu Kuala Lumpur di Dewan Rakyat. Saya gembira beliau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan beliau harus mendengar pandangan Ahli Parlimen Kuala Lumpur secara serius demi mentadbir ibu negara Malaysia dengan lebih berkesan.


Senarai Harapan (wish list) saya terhadap YB Datuk Seri Shadian Kassim adalah seperti berikut:


1)      Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan sedar tentang usaha Kerajaan Pusat selama ini yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandar Bertaraf Dunia (world-class city). Jadi, Menteri Wilayah Persekutuan mesti mempunyai minda yang berwawasan global untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang menarik peniaga dan pelancong dari seluruh dunia, dan menunaikan konsep dan slogan “Malaysia Truly Asia”. Untuk mencapai tujuan ini, Menteri Wilayah Persekutuan haruslah mengadakan lebih rundingan dengan pengusaha di pelbagai sektor di Kuala Lumpur, khususnya sektor restoran/F&B dan sektor pelancongan yang menarik kemasukan dana asing, sebelum kerajaan melaksanakan apa-apa peraturan baru termasuk SOP Covid yang mungkin akan menjejaskan bisnes mereka. 

  
2)      Saya berharap beliau boleh menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang mesra rakyat dan mesra dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur. Saya berharap beliau tidak akan menjejak langkah bekas Menteri Wilayah Persekutuan YB Tan Sri Annuar Musa yang elak berjumpa dengan Ahli Parlimen PH di Kuala Lumpur. Tan Sri Annuar Musa hanya pernah mengadakan mesyuarat khas dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur sekali sahaja melalui talian pada bulan lepas sahaja.


3)      Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim boleh mencontohi bekas Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan dan YB Khalid Samad untuk mengadakan mesyuarat berkala dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur bersama pegawai kanan DBKL. Mesyuarat ini memudahkan wakil rakyat Kuala Lumpur untuk membentangkan masalah dan isu di kawasan kami masing-masing di samping terima maklum balas daripada pegawai DBKL pada waktu yang sama.     

       
4)      Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim boleh turun padang untuk memahami masalah rakyat pelbagai kaum di Kuala Lumpur. Saya juga berharap beliau boleh mengambil pandangan daripada wakil rakyat di Kuala Lumpur sebelum membuat apa-apa keputusan yang penting, seperti kelulusan projek pembangunan dan lain-lain perkara di kawasan kami masing-masing. 

 
5)      Memandangkan Menteri Wilayah Persekutuan juga merupakan pengerusi mesyuarat MKN Wilayah Persekutuan, saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim menjemput Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk menyertai mesyuarat MKN Wilayah Persekutuan, supaya kami boleh menjadi perantara atau “jambatan” di antara MKN dengan rakyat di peringkat akar umbi dan sektor perniagaan di Kuala Lumpur.


6)      Saya berharap YB Datuk Seri Shahidan Kassim boleh memberi kuasa kepada Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk melantik anggota dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di zon-zon di bawah kawasan Parlimen kami masing-masing, supaya MPP boleh mengadakan kerjasama yang erat dengan pusat khidmat Ahli Parlimen untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.   


YB Datuk Seri Shahidan Kassim pernah pegang jawatan Menteri Besar Negeri Perlis dan beliau memang fasih dengan sistem pentadbiran di peringkat negeri. Saya berharap beliau boleh mentadbir Kuala Lumpur sama seperti cara beliau mengetuai kerajaan negeri, dan melayan Ahli Parlimen Kuala Lumpur seperti Exco kerajaan negeri dengan mengadakan mesyuarat berkala dan Kerjasama dengan kami.


Kerjasama erat di antara Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur bukan sahaja dapat mengurangkan konflik secara terbuka di antara Ahli Parlimen dengan Menteri Wilayah Persekutuan, tetapi kerjasama di antara pihak Kementerian Wilayah Persekutan dan DBKL dengan wakil rakyat akan melicinkan pentadbiran kerajaan di Kuala Lumpur di samping mewujudkan keharmonian di dalam masyarakat Kuala Lumpur. 

Ismail Sabri perlu batalkan dasar kabotaj

 

Oleh B. Suffian

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa membatalkan dasar kabotaj Datuk Seri Wee Ka Siong yang tidak berasas sehingga telah menjejaskan pelaburan digital antara RM12 hingga 15 bilion. 

Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya pengecualian kabotaj perlu dikembalikan. 

Langkah ini jelas Guan Eng, adalah bagi menjamin masa depan digital negara dan menarik syarikat digital berteknologi tinggi seperti Facebook dan Google untuk tidak sepenuhnya meminggirkan negara tetapi untuk kembali ke Malaysia.

“Ismail Sabri perlu menunjukkan bahawa dia berbeza dengan kerajaan Mahiaddin Md. Yassin yang gagal dalam mengutamakan kepentingan dan masa depan digital negara. 

“(Ini) berbanding kepentingan politik dan yang syarikat swasta yang mementingkan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Malaysia telah terlepas projek infrastruktur kabel bawah laut utama yang dijalankan oleh Facebook dan Google.

Beliau berkata, ini kerana penolakan Menteri Pengangkutan Perikatan Nasional (PN) iaitu Ka Siong sebelum ini untuk terus memberikan pengecualian kabotaj kepada mereka.

Tambahnya, Ka Siong telah menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu yang memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut bagi menggalakkan pelaburan digital asing. 

“Kedegilan Ka Siong dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google meminggirkan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel kapal selam diabaikan,” katanya. 

SOKONG KERAJAAN PENGAT TAIK.

 

Setuju sokmo dia.  Setuju terima dalam tu ada kleptokrasi, ada kluster mahkamah, ada kaki semburit, ada penentang hudud dan berbagai lagi.  Habis tu, selama ini menyalak pasal apa? Sebab masa tu tak dapat peluang dan jawatan kan? Bila dapat, duduk sekelambu dengan mereka tu tiada iagi masalah.  Ini bukan sekadar 'pengat taik" ni...nak sebut apa tak tau...




100 HARI ISMAIL SABRI UMPAMA BUNUH DIRI

 

Sebelum mengumumkan senarai kabinetnya pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mahu setiap menterinya membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas.

Untuk itu, katanya, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Meski menekankan budaya kerja berprestasi tinggi, Ismail Sabri seterusnya berharap susunan kabinet yang dibuatnya mampu bangkit untuk memberi keyakinan membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan akibat pandemik Covid19.

Bagaimanapun, sebaik saja kemudiannya beliau menyebut nama-nama menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, tempoh 100 hari yang ditetapkannya itu mula menjadi persoalan.

Hampir tidak ada yang menaruh keyakinan pasukannya itu mampu membuahkan apa-apa kejayaan kerana mereka adalah terdiri daripada pemain-pemain yang telah terbukti gagal selama 17 bulan di bawah kendalian Mahiaddin Md Yasin.

Maka, untuk apa sebenarnya beliau menetapkan 100 hari pertama bagi menilai prestasi menteri-menterinya sedangkan mereka adalah ambilan daripada pasukan kerajaan gagal PN sebelum ini?

Apa yang beliau mahu harapkan daripada mereka yang gagal itu?

Tidak cukup dengan itu, Ismail Sabri sendiri adalah sebahagian daripada pasukan kerajaan gagal tersebut.

Oleh itu, bagaimana mahu diharapkan sebuah pasukan yang gagal yang hanya bertukar ketua pasukannya untuk menghasilkan keputusan yang berbeza, apa lagi berjaya?

Dalam hal ini, dengan memberi tempoh 100 hari untuk pemain-pemain yang telah terbukti gagal itu membuktikan prestasi baik mereka sebelum ini, ia tidak lebih umpama Ismail Sabri sengaja menempah untuk “bunuh diri”.

Beliau dan menteri-menterinya akan sentiasa diperhati dalam setiap aspek kedudukan serta keistimewaan sebagai anggota kabinet.

Bahkan belum pun beliau membentuk kabinetnya, tindakannya membawa kawan-kawannya menaiki jet eksekutif milik kerajaan dan untuk kegunaan Perdana Menteri ke Kedah melawat mangsa banjir telah pun menimbulkan kegemparan yang tidak menyenangkan rakyat mendengarnya.

Bayangkan berapa banyak lagi kegemparan bakal berlaku menjelang 100 hari akan datang?

Selain itu, apa jadi jika selepas 100 hari nanti tiada apa-apa prestasi baik atau kejayaan ditunjukkan oleh menteri-menterinya?

Apakah beliau sedia mengganti dan memecat mereka?

Atau Ismail Sabri sendiri secara rela hati akan mengundurkan diri dan meletakkan jawatannya?

Tetapi, jika terus kekal dengan jawatannya pula – yang pasti – kecaman rakyat dan serangan netizen tentu saja lebih bertali arus serta berkali ganda daripada apa yang diterima Mahiaddin sebelum ini.

Secara mudahnya, tidakkah meletakkan tempoh 100 hari itu suatu beban buat Ismail Sabri sendiri? – 


ShahbudinHusin 30/08/2021.





PM FACEBOOK BANYAK RETENYE...MACAI JE BODOW BOOSKU

 

Mahkamah Tinggi tetapkan 8 Nov keputusan lucut hak barangan milik Najib





Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, mahkamah memerlukan kira-kira dua bulan untuk membuat keputusan dan menyediakan penghakiman bertulis sebelum 8 November.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 8 November sama ada membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak pelbagai barangan yang dirampas daripada Najib Razak serta beberapa individu dan syarikat selepas 9 Mei 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menghantar penghujahan bertulis untuk menyokong permohonan itu.

Harris berkata, mereka akan bergantung pada penghujahan bertulis dan tidak akan membuat penghujahan lisan di mahkamah.

“Saya percaya semua telah bersetuju untuk mahkamah menetapkan tarikh bagi keputusan itu,” katanya.

Hakim secara berseloroh membalas : “Ia akan menjadi minggu yang baik”.

Zaini berkata, mahkamah memerlukan kira-kira dua bulan untuk membuat keputusan dan menyediakan penghakiman bertulis sebelum 8 November.

Kerajaan memohon untuk melucut hak beratus-ratus barangan yang dirampas daripada Najib dan 17 individu serta syarikat pada 2018, dengan mendakwa barangan itu diperolehi daripada aktiviti yang melanggar undang-undang.

Antara individu yang dinamakan dalam permohonan pelucutan hak itu adalah Rosmah Mansor, Riza Aziz, anak-anak Najib, bekas pegawai bank Goldman Sachs dan ibu Low Taek Jhor, Goh Gaik Ewe.

Barangan itu termasuk beg tangan mewah, wang tunai dalam pelbagai mata wang asing, jam tangan, kasut dan 27 buah kenderaan.

Selain itu, wang sebanyak RM18 juta dalam beberapa akaun simpanan dan sebuah banglo milik keluarga Low di Tanjung Bungah, Pulau Pinang turut dirampas.

Sementara itu, tiga individu yang dikaitkan dengan Low – Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun – dianggap sebagai orang yang melarikan diri di bawah Seksyen 63 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan atau AMLA dan pendakwaan boleh mengeluarkan notis pemberitahuan tuntutan mahkamah.

Peguam Syazwani Mohd Zawawi, Syahirah Hanapiah mewakili Najib, dan Azamuddin Aziz, Iskandar Shah Ibrahim pula mewakili Rosmah dan anaknya, Riza, Nooryana dan Norashman.

M Puravalen dan Tan Hock Chuan masing-masing mewakili Goh dan Ng.

MEKE INI....MANE MAHUNYE CHOR....DAH TAK TAHU KEBENDENYE .NAK BUAT LAGU MANENYE...CAKCIBO...MAKAN GAJI BUTE LE....

Panas! Menantu Hadi tidak mengaku gagal buat kerja Exco Kesihatan



Panas! Menantu Hadi tidak mengaku gagal buat kerja Exco Kesihatan




Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, yang menyeru amalan politik aras tinggi dan mengelakkan pertelagahan antara satu sama lain ketika pandemik, perlu dihayati semua pihak termasuk pembangkang.

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, dalam mendepani pandemik Covid-19 ini, seharusnya semua pihak berganding bahu dan bekerjasama bagi mengekang penularan dan bukannya membuat sebarang dakwaan yang boleh mencetuskan perselisihan faham.

“Sebarang cadangan yang baik terhadap kerajaan amat dialu-alukan demi kepentingan rakyat negeri Perak terutama dalam usaha menangani Covid-19,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak itu kepada Bernama.

Khamis lepas, Sultan Nazrin bertitah agar kerajaan merintis jalan meminimumkan perselisihan politik demi kepentingan negeri dan rakyat.

Mengulas dakwaan terdapat exco yang tidak turun padang bersama Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad bagi menjalankan tanggungjawab khasnya berkaitan Covid-19, Mohd Akmal yang juga ADUN Selama berkata, itu adalah rekaan serta tidak berasas kerana semua exco memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar dan isu itu sengaja dibuat.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula berkata, dakwaan itu adalah satu tohmahan untuk mewujudkan persepsi salah dalam kalangan pemimpin dan rakyat di Perak.

Razman, yang juga ADUN Gunung Semanggol berkata, isu menangani Covid-19 adalah tanggungjawab bersama serta meliputi semua lapisan masyarakat dan mana-mana pihak termasuk kem pembangkang seharusnya membantu kerajaan negeri dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.


Terkini! Pas tidak benarkan menantu Hadi letak jawatan walau didesak. Mahu tak desak...tempat tu lulusan kedoktoran, saintis...fizik ,kimia...tahu le nak buat koje...ini spesisi bapaknya jege...mane mahunye

 


Terkini! Pas tidak benarkan menantu Hadi letak jawatan walau didesak


Pas Perak tidak mahu melayan desakan pembangkang yang mahu seorang exco daripada parti itu meletakkan jawatan ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis dan Jumaat lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, desakan seperti itu merupakan sebahagian tugas pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Kata beliau, tuduhan bahawa terdapat exco dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) Perak melakukan sabotaj terhadap usaha kerajaan negeri menangani Covid-19 juga langsung tidak berasas.

“Tak ada (sabotaj). Kita memang ada dalam kerajaan, jadi usaha menangani pandemik Covid-19 ini tanggungjawab bersama bukan sahaja kakitangan kerajaan, exco dan sebagainya, orang awam pun terlibat sama.

“Kalau mengatakan ada kakitangan kerajaan, exco yang berbuat demikian memang tugas pembangkanglah. Dia tak ada isu dia buat macam itu. Memang tak ada, operasi pusat vaksin pun berjalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Mangsa Banjir Parlimen Bagan Serai Secara Pandu Lalu oleh Pas Kawasan Bagan Serai di Surau Al-Ansar Alor Pongsu, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Arafat Varisai Mahamad bahawa terdapat exco kerajaan negeri dari PN yang mensabotaj usaha menangani Covid-19 oleh kerajaan Perak.

Mengenai kritikan dan desakan letak jawatan oleh pembangkang terhadap Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, Razman menjelaskan ADUN Pas itu menjalankan tugas dengan baik.

Menurutnya, usaha menangani Covid-19 di Perak dipengerusikan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim manakala Exco Kesihatan hanya sebahagian daripada jawatankuasa.

Katanya, pembangkang tidak memahami struktur pentadbiran bagi menangani Covid-19 malah dakwaan exco berkenaan tidak turun padang langsung juga tidak berasas kerana prosedur operasi standard (SOP) ketika ini tidak membenarkan sesuatu lawatan disertai ramai individu.

Dalam perkembangan lain, Razman berkata, Pas Kawasan Bagan Serai telah menggerakkan inisiatif membantu mangsa banjir dengan membersihkan kawasan kediaman terjejas teruk.

Menurutnya, selain itu, bantuan berupa keperluan dapur diberikan kepada keluarga terlibat bagi meringankan beban ditanggung.


Ismail Sabri tiru Anwar Ibrahim keluarga besar Malaysia. Apa ulasan Syed...

Perpecahan Dalaman UMNO Bakal Mengancam Kerajaan Ismail Sabri?

((PANAS-TERKINI)) DATO ZAHARIN: KERAJAAN ISMAIL SABRI SUDAH GOYAH? PERLU...

GEMPAR!! AGENDA PERTEMUAN PM-9 DENGAN PEMIMPIN PH KINI DIDEDAH?

*HARI KEMERDEKAAN: SAMBUTLAH DENGAN NARATIF BAHARU*


Oleh: Mohammad Agus Yusoff (PhD), Pensyarah Kanan Sains Politik, UKM

1. Mengapakah setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan dengan membincangkan soal komunis. Apakah komunis yang menjajah kita? Kita dijajah oleh British, bukannya komunis.

2. Jadi, apa kaitannya komunis dengan kemerdekaan kita? Di Tanah Melayu, komunis ini adalah parti politik sahaja yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930.

3. UMNO pula ditubuhkan 16 tahun selepas itu. Seperti UMNO, PKM juga menentang penjajah British. Bezanya, setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, UMNO menjadi baik dengan British, manakala Melayu yang berhaluan kiri menentangnya.

4. Antaranya ialah Pak Sako dan Ibrahim Yaakob. Mereka menubuhkan KMM dan PKMM untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. British tidak senang dengan perjuangan ini lalu melabelkan mereka komunis. Begitulah British, jika ada yang melawannya dilabelkan sahaja sebagai komunis.

5. British tanamkan perasaan benci kepada komunis supaya orang Melayu sayangkan British sedangkan British lah yang menjajah kita. Jika di Indonesia, sesiapa sahaja yang bekerja dengan penjajah Belanda dipanggil anjing Belanda.

6. Kita telah lebih enam dekad merdeka. Namun, setiap kali kemerdekaan kita masih bincangkan tentang komunis. Untuk apa?

7. Hendak kata komunis masih ancaman pada negara, kerajaan telah pun menandatangani perjanjian damai dengan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu berakhirlah ancaman PKM.

8. Maka, setelah 64 tahun merdeka, kita bawalah naratif baharu dalam meraikan kemerdekaan. Kita sambut kemerdekaan dengan wajah Keluarga Malaysia—nama kerajaan baharu kita.

9. Jangan jadi seperti penjajah British yang suka melabelkan pihak yang tidak disukainya. Usah kita menanam benci hanya kerana perbezaan politik.

10. Tahun ini kita sambut kemerdekaan dalam suasana pandemik dengan keadaan ramai rakyat susah. Oleh itu, muncul lah banyak program ‘kerajaan menjaga rakyat’ dalam dua hari berbaki ini daripada mengisahkan tentang komunis.

 

ADA PERANCANGAN UNTUK TUMBAGKAN KERAJAAN ISMAEL SABRI ?

 

PH jangan campor !! PH kena berkecuali xkira Pak Mael tumbang atau tidak

Kalau Pak Mael tumbang, DSAI di minta tubuh KERAJAAN BARU !!.....DSAI SILA TOLAK !! INI SEMUA "PERANGKAP" NAK KENAKAN DSAI DAN PH JE.....

Biaq depa selesai lah MASAALAH yang depa cipta sendiri pi lantik Pak Mael biler pilihan yang lebih baik dan stabil ader....

Bukan TUGAS DSAI nak cuci taik orang yang dah kencing DSAI...


Zahid dan Tok Mat mula panik, Ismail cuba jatuhkan pemimpin dekat dengan Presiden

Zahid dan Tok Mat mula panik, Ismail cuba jatuhkan pemimpin dekat dengan Presiden


TEAM WAK JAHID & TOK MAT MULA PANIK

Saya ulas kelmarin bila Mail umum Kabinet beliau… PH biasa2 je sb itu bukan kerajaan kita. Cuma kita terkejut Kabinet baru seperti ganti tong sampah baru sahaja.

Yg panik Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Ketua Pemudanya. Bukan sahaja panik tapi rasa seperti hilang maruah.

Hari ini Wak Jahid dan Tok Mat telah dpt menghidu bahawa lantikan Menteri tersebut adalah utk persiapan Mail merampas jawatan Presiden UMNO dan KJ atau Hishamuddin akn merampas kerusi Timbalan Presiden dari Tok Mat.

Jadi mereka akn kekalkan usaha sama kerajaan PN iaitu Bersatu, UMNO dan PAS. Ini kerana perancangan UMNO team Zahid bila UMNO mempunyai kuasa PM, percaturan mereka membunuh Bersatu dan pulihkan kembali Muafakat Nasional.

Tapi bila melihat kabinet Pak Mail, jelas ia ada perancangan yg lebih besar dan berniat utk berselingkuh dgn Bersatu pada PRU 15 nanti.

NAK SOKONG MACAMANA KERANA PKR DAN DAP BAKAL SERANG SARAWAK PADA PRU KE 15

 


Panas! GPS tak sokong Anwar sebagai PM kerana Dap, kata penganalisis politik


Panas! GPS tak sokong Anwar sebagai PM kerana Dap, kata penganalisis politik


DAP sekali lagi menjadi punca Anwar Ibrahim hilang peluang menjadi perdana menteri, kata penganalisis dan pemerhati politik di Sarawak.

Parti itu yang merupakan rakan gabungan Pakatan Harapan yang diterajui Anwar didakwa menjadi punca Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memberi sokongan kepada presiden PKR sebagai perdana menteri kesembilan.

BILA AMBIL ORANG YANG GAGAL...IANYA AKAN MENGHASILKAN GAGALIS- FAM NAFI BINCANG

 

Panas! FAM tempelak kenyataan Peja, nafi pernah bincang


Panas! FAM tempelak kenyataan Peja, nafi pernah bincang


Kenyataan FAM Berhubung Isu Berkaitan Pasukan Liga Super Dalam Video Yang Tular Di Media Sosial

Merujuk kepada satu video yang telah tular di media sosial pada hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menyatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan langsung secara rasmi atau tidak rasmi oleh Persatuan ini, sama ada menerusi Presiden atau Setiausaha Agungnya dengan mana-mana pihak lain.

FAM juga ingin memaklumkan bahawa segala keputusan atau ketetapan bagi jumlah pasukan yang beraksi pada saingan Liga Super dan Liga Premier serta penentuan jumlah pasukan yang turun dan naik bagi kedua-dua liga berkenaan adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Malaysian Football League (MFL) dan ahli-ahli lembaga pengarahnya.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sumber | Facebook Football Association of Malaysia

KEH..KEH...RAMAI TAHU DIA MEMANG KARTUN

 


Peja jangan kartunkan sukan, jaga maruah pasukan Perak!


Peja jangan kartunkan sukan, jaga maruah pasukan Perak!


 

Pemuda AMANAH Perak menempelak tindakan Menteri Belia Dan Sukan yang baharu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang cuba menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mencatur peraturan sukan. Ahmad Faizal dalam satu klip video tular berkata, beliau akan berjumpa dengan Malaysia Football League (MFL) bagi membincangkan mengenai pertambahan jumlah pasukan untuk beraksi di Liga Super. Pertambahan jumlah tersebut bagi menjamin pasukan Bola Sepak Perak kekal di Liga Super selepas pasukan itu berada di corot liga akibat prestasi hambar pada musim ini.

Kami berpandangan, tindakan Ahmad Faizal ini sangat-sangat tidak bertanggungjawab apabila menggunakan kedudukan beliau sebagai menteri untuk mempengaruhi peraturan sukan. Biarpun niat beliau adalah baik untuk menyelamatkan Skuad Seladang kesayangan rakyat Perak daripada jatuh ke Liga Perdana, namun cara yang beliau lakukan itu adalah sangat tidak bermaruah.

Tindakan menyelamatkan pasukan kesayangan dengan menggunakan kuasa bukanlah satu tindakan yang bermaruah, sebaliknya tindakan itu akan mencemar reputasi skuad Seladang yang merupakan pasukan yang disegani dalam arena bola sepak negara. Kami sangat yakin, penyokong setia dan seluruh rakyat Perak bukanlah mendambakan kejayaan menyelamatkan kedudukan pasukan dengan cara tidak bermaruah seperti ini.

Kami berpandangan, dalam menyelamatkan pasukan Perak bukanlah dengan cara ‘pintu belakang’ yang tidak bermaruah, sebaliknya beliau sewajarnya menasihati kepimpinan Kerajaan Negeri Perak mengambil tindakan drastik terhadap pengurusan bola sepak Perak. Semua sedia maklum pengurusan yang ada pada hari ini telah gagal mengurus pasukan hingga menyebabkan prestasi pasukan terumbang ambing.

Sebagai seorang menteri, beliau tidak sewajarnya menggunakan kedudukan untuk mencatur keputusan. Beliau sepatutnya bersikap adil dan profesional dengan tidak dipengaruhi dengan apa jua faktor.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Perak
29 Ogos 2021


APA YANG HENDAK DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT ?

 

HAMZAH RIE NA

Negara luar kebanyakannya menggalakkan rakyat mereka buat ujian antibodi selepas divaksin. Yang KJ takut sangat sampai nak melarang tu kenapa?

Apa yang hendak disembunyikannya daripada rakyat?

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah !!

SR

 May be an image of 1 person and text that says "MALAYSIA Utusan.n Malaysia Media U.A.E. [N] UAE BERITA NASIONAL TERKINI Penerima diingat jangan buat ujian antibodi Covid-19-KJ Itook an antibody test after receiving my Covid-19 vaccine. Here's what learnt A. After two shots the vaccine had high antibodiesin my system so high, fact, that doctors think had Covid-19 and never knew Oleh MOHAMAD HAFIZ Ogos 2021, 4:58 pm BAKRI SR suara Anurse UAEhospital carries Mohammed National antibody stor Kenapa Kerajaan Malaysia takut rakyat nak buat ujian antibodi selepas divaksin?"

SELALUNYA PH DAN ANWAR DISALAHKAN

 

AKU KEADILAN


Yang jatuhkan kerajaan adalah UMNO, yang meeting tiap hari mencatur kuasa adalah pemimpin UMNO, yang gila nak jadi PM pun UMNO tapi yang disalahkan Anwar Ibrahim Description: 🤦‍♂...

Boleh nampak tak !!! Sama jer dgn ppbm masa Langkah Syaiton dulu ... tumbangnya PH ..

KuasaNya .. memperlihatkan kerja2 kotor satu persatu terbongkar ....

 

MOKHTAR SENIK HARUS MOHON MAAF KERANA DAKWA RAMAI GILA.TETAPI BERMACAM GILA ADA PADA LEBAI MOKHTAR SENIK



Lebai mokhtar senik telah menghina rakyat malaysia apabila menyatakan ramai rakyat telah gila, maka kerajaan terpaksa meramaikan menteri untuk jaga orang2 gila di negara ini. Pengampu nombor wahid.

Hakikatnya, orang seperti mokhtar senik la yang teramat gila, maksud saya buian gila seks atau gila tunjuk "scud' tapi gila mengampu kerajaan. Lebai gila seperti ini lah bila susah sikit, minta derma kpd rakyat yang dia kata ramai yang gila itu. Mahu bayar bil api madrasah sendiri pun minta derma dgn rakyat yg dia tuduh gila itu.

Siapa gila sebenarnya?

WFAUZDIN NS


KELAKU BUROK PAK LEBAI...MALU KE ANAK MUDA..

 

HAMZAH RIE NA


Bila belum dapat jawatan & kuasa, mereka persoal.

Tapi bila dah semuanya, diam-diam sahaja sudahla.

SR

 

May be an image of 2 people, monument and text that says "2014 Mereka persoal 2021 Mereka membisu? PEMUDAPAS MALAYSIA PEMUDA PAS maluysiakini Saiz Kabinet XXL, Apa Jaminan Lebih Berkesan? Rakyat dibebankan dengan pelbagai kesulitan kewangan semata-mata untuk meningkatkan hasil pendapatan negara Tetapi, ketirisan, keborosan dan sikap tidak cermat terus dilakukan oleh kerajaan BERITA Julai 2014 Khirudin Ahmad |malaysiakini Shaari NECARA 69 menteri, timbalan menteri angkat sumpah jawatan di Istana Negara esok"