"Saya sedar dan insaf, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar" - Hishammuddin



MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan, untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keutamaan sekarang adalah untuk membantu rakyat yang berdepan pelbagai bentuk kesulitan kesan pandemik COVID-19.
“Lagipun daripada melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri, lebih baik melobi (jawatan) Perdana Menteri untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratorium tanpa fardah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), BPN (Bantuan Prihatin Nasional) dan BKC (Bantuan Khas COVID-19).
“Tutup juga kilang-kilang tidak perlu, kalau betul total ‘lockdown’ bukan hanya kurung rakyat. Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya di Facebook beliau hari ini.
Kenyataan Asyraf itu dipercayai merujuk dakwaan bekas Ahli MKT UMNO yang dibuang, Datuk Lokman Adam yang mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang berunding jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelakkan UMNO meninggalkan PN.
Asyraf juga mendakwa, UMNO tidak pernah berbincang malah membuat keputusan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Katanya, jika benar surat yang ditular atau audio perbualan pemimpin tertinggi UMNO dengan Anwar, ia belum tentu mampu mengubah pendirian MKT dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
“Persoalan paling asas buat mereka yang cuba bina persepsi bahawa Presiden UMNO bekerjasama dengan Anwar ialah apakah ada sebarang keputusan, hatta cadangan untuk bekerjasama pernah dibangkitkan di PAU atau MKT?
“Tiada siapa boleh ubah pendirian PAU dan MKT yang sudah memutuskan tidak akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, hatta presiden parti,” katanya.
Beliau berkata, yang jelas mesyuarat MKT pada bulan Oktober sudah memutuskan pada waktu itu bahawa seluruh Ahli Parlimen UMNO diminta sokong Bajet 2021.
“Sekali lagi, apakah presiden selaku Ahli Parlimen pada waktu itu menolak Bajet dan ingkar keputusan MKT sebagaimana tular surat yang mahu tolak bajet dan sokong Anwar?” katanya.
Dalam pada itu, Asyraf meminta kerajaan terutama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengarahkan bank memansuhkan atau ‘waive’ faedah terakru sepanjang tempoh moratorium yang ditawarkan.
“Ternyata tawaran moratorium 2.0 hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, kononnya kerajaan PN prihatin mendengar suara hati dan memenuhi segala #TuntutanRakyat!. Akhirnya, Bank Negara juga terpaksa buat kenyataan jujur bahawa moratorium akan tambah kos keseluruhan pinjaman.
“Kalau beginilah rakyat diperlakukan, usah bicara soal kononnya kerajaan PN ini prihatin rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat yang amat susah, perit, tertekan dan terdesak ketika ini, kuasa dan kudrat yang ada seharusnya digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat,” katanya.
Katanya, Pemuda UMNO sudah memberikan cadangan dan solusi bahawa kerajaan boleh memanfaatkan tiga punca kuasa perundangan termasuk Ordinan Darurat 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, untuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang membebankan rakyat.
“Sekali lagi Pemuda UMNO, demi rakyat yang terdesak ketika ini, merayu dan mendesak Zafrul kembali berbincang dengan bank-bank dan segera mempertimbangkan kembali tuntutan rakyat supaya dibantu dengan menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang amat membebankan rakyat ketika ini,” katanya.
Masa kes Covid tengah mencanak, rakyat tak boleh kerja, ramai
yang depress, laptop anak-anak PDDR janji bulan 6 pun tak dapat, purata 2
kematian sehari akibat bunuh diri dari tahun lepas; Kerajaan Gagal ini masih
lagi handak berpolitik?
Berapa banyak Menteri Kanan pun lantik, Timbalan Perdana Menteri
pun lantik, tetap sama sebab lahir dari pengkhianatan.
Sorang punca kluster PRN Sabah yang buat kita semua kena duduk
rumah sampai hari ni, lagi sorang kowtow pada abg besar komunis. Beli heli tak
sampai, tak tau apa lagi dia nak offer pada abg besar.
No wonder this government is corrupt beyond repair.


Saufi Miad, seorang
aktivis bercakap tentang isu kebun musang king. Mengapa fokus kepada isu kaum,
tetapi lupa kepada isu rasuah? Mustahil kebun ratusan ekar dapat diteroka
dengan selesa puluhan tahun tanpa 'kebenaran'. Siapa benarkan?
Saufi,
seorang aktivis memandang isu kebun durian musang king di Raub yang hangat
sekarang hanyalah sebagai untuk alih perhatian terhadap isu sebenar iaitu
amalan rasuah dan kerajaan gagal.
UMNO MUSNAH KERANA RASUAH. AHLI PULA TAK ADA ILMU.MAKA UMNO DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH PARTI BARU. UMNO AKAAN HANCUR TINGGAL NAMA SAHAJA. TAK PERCAYA TENGOK NANTI.....
Setahun lebih umno minta jawatan TPM sebab Umno parti terbesar dalam
kerajaan tebuk atap, tapi muhyiddin tak layan kerana mereka rasa mereka kuat. Bila
sekarang dah rasa tersepit, nyawa kerajaan tebuk atap ni dah sampai halkum dan
tercirit birit, dengar khabarnya baru nak umum jawatan TPM kepada Umno. Sebab apa?
Sebab malam ni umno akan buat satu keputusan penting bagi menentukan hayat kerajaan
PN.
Sekali lagi Umno dibuli dan dibuat semurah itu. Sekarang,
terpulang kepada of Umno. Apakah nasib rakyat akan berubah jika umno hanya dapat kerusi
TPM, tetapi bos masih yang berpenyakit cirit? Umno tahu rakyat di bawah sudah
tidak mahu kerajaan gagal ini. Tapi, apakah umno sanggup gadaikan nasib rakyat
hanya untuk satu kerusi yang tidak boleh mengubah apa-apa?
Umno mesti tampil sebagai anak jantan. Jangan mulut saja
berdegar-degar tapi bila dapat jawatan, semuanya dilupakan. Tergamakkah Umno menipu
ahli-ahli bawahannya yang mengharapkan kerajaan gagal ini tumbang?
Kita tunggu dan lihat aksi Umno seterusnya. Masa untuk Umno
buktikan samada mereka ada maruah atau tidak.
WFAUZDIN NS

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan agar sesetengah pihak tidak terus menerus membuat pelbagai spekulasi mengenai parti itu.
“Cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.
“Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih dilautan banyaknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Minggu ini, UMNO terpalit pelbagai kontroversi antaranya, spekulasi ingin menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ia dikuatkan lagi dengan pertemuan khas antara Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dibuat pada malam Isnin lalu.
Pertemuan baru-baru ini didakwa meminta Ahmad Zahid tidak membuat membuat keputusan terburu-buru mengenai masa depan parti tersebut.
Laporan sumber kepada MalaysiaGazette turut menyatakan keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan pula tidak dibincangkan kerana ia tidak sesuai ketika ini.
Ahmad Zahid juga menasihatkan agar ahli-ahli parti dan semua rakyat bertenang dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai UMNO.
“Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini. Nasihat saya tenang-tenang sahaja.
“Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh “stress“. Kalau “stress” terjejas kesihatan,” katanya lagi.

1. Semalam (5 Julai) mesyuarat pemimpin pemimpin UMNO diadakan di Wisma Perwira, salah satu bangunan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di belakang Kompleks Kementerian Pertahanan.
2. Tiga hari sebelumnya satu pertemuan Ahli Ahli Parlimen UMNO diadakan di sebuah bangunan di Jalan Bellamy. Bangunan tersebut adalah bilik operasi salah satu unit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
3. Inilah perbualan dikalangan anggota tentera sehari dua ini. Sememangnya sejak dahulu lagi aset kerajaan ada disalahgunakan untuk politik. Tetapi di bawah kendelian Dato Seri Ismail Sabri, ia digunakan secara terbuka. Bukan sekadar penyalahgunaan harta kerajaan untuk politik, tetapi pencerobohan politik terhadap aset keselamatan.
4. Inilah beza dengan Mat Sabu. Apabila Tun Mahathir letak jawatan, tanpa bertangguh, di waktu itu juga dia menjadi orang pertama menyerahkan kereta kerajaan. Pemandu dan pegawai pegawai pengiring terus diarahkan balik ke Kementerian.
5. Begitu juga apabila sah kerajaan bertukar kepada PN, malam itu juga beliau pindah ke rumahnya di Shah Alam walaupun dinasihatkan KSU bahawa mengikut prosedurnya beliau boleh kekal di rumah kerajaan 3 bulan lagi. Tetapi jawab Mat Sabu, Legally right. Morally Wrong
6. Jadi jika beginikah Ismail Sabri, pemimpin yang selalu dipuji dan dikatakan pengganti terbaik Muhyidin Yasin sebagai Perdana Menteri, maka ia adalah gambaran gelap buat masa depan Malaysia.
Yusuf Nazri.
Rakyat Malaysia Yang Memerhati.

Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya selesaikan isu ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Che Abdullah Mat Nawi memohon supaya dia diberikan ruang untuk menyelesaikan isu dakwaan pernikahannya baru-baru ini.
Che Abdullah yang juga ahli parlimen Tumpat dipetik Utusan Online juga meminta supaya semua pihak menghormati privasi keluarganya.
“Sebagaimana yang isu yang tular, saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.
“Saya mohon semua pihak agar memberi keadilan dan ruang untuk saya selesaikan isu ini dengan baik kerana ia sewajarnya ditanggani secara peribadi dan bukan untuk dipertonton kepada khalayak ramai,” katanya.

Jelasnya, isu berkenaan ditularkan seakan-akan mahu mengaibkan maruah diri dan keluarganya.“Saya dan peguam sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat mengaibkan saya sehingga yang tular dalam media sosial.
“Saya dapat nasihat daripada peguam dilantik dan akan ambil tindakan terhadap pihak terlibat, jadi saya dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut perkara ini,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Che Abdullah turut dilaporkan berkata isu perkahwinan itu tidak mengganggu dirinya untuk terus melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan sebagai timbalan menteri pertaian dan ahli parlimen.
Difahamkan pihak berkuasa agama wilayah selatan negara jiran itu juga memaklumkan akan memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang didakwa menjalankan akad nikah itu.
Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.
Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/582020

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Marzuki Mohamad mahu Putrajaya mempertimbangkan untuk menambah bilangan sidang Parlimen, dengan berkata, ini akan meningkatkan kecekapan proses Parlimen.
Katanya, walaupun tidak ada bilangan hari bersidang yang ideal kerana ia bergantung kepada bilangan isu, rang undang-undang dan usul untuk dibincangkan dan dibahaskan, Ahli Parlimen perlu lebih masa untuk menjalankan peranan mereka sebagai penggubal undang-undang sementara melaksanakan kewajipan lain di kawasan atau kementerian mereka.
“Ahli Parlimen berperanan penting sebagai penggubal undang-undang, tetapi pada masa sama, mereka ada tanggungjawab untuk berkhidmat kepada pengundi, seperti mengagihkan bakul makanan, terutamanya ketika wabak. Ini memakan kebanyakan masa mereka.
“Dengan menambah bilangan sidang, Ahli Parlimen akan ada lebih masa untuk memainkan peranan mereka sebagai penggubal undang-undang,” katanya dalam sebuah webinar bertajuk “Should Parliament Be a Full-Time Institution” (Perlukah Parlimen Menjadi Institusi Sepenuh Masa), yang dianjurkan oleh Pusat Jeffrey Sachs hari ini.
Katanya, Ahli Parlimen akan mengajukan banyak soalan ketika sidang namun hanya sebahagian kecil dapat dijawab menteri-menteri berkenaan dan timbalan mereka kerana kekangan masa.
“Bagaimanapun, jika ada tempoh yang lebih panjang, lebih masa, lebih banyak soalan dapat dijawab.
Beliau turut menggesa teknologi diadaptasi ke dalam proses Parlimen, dengan berkata, ini akan memperhebat proses demokrasi di negara ini.
Katanya, sidang Parlimen hibrid akan turut meningkatkan kecekapan.
“Dengan menjalankan (sidang Parlimen) secara hibrid, Ahli Parlimen tidak perlu hadir secara fizikal di Parlimen,” katanya.
“Mereka boleh berada di kawasan masing-masing sambil mengajukan soalan kepada menteri, mengambil bahagian dalam perbahasan, dan mengundi rang undang-undang.”
Tegas beliau, kualiti perbahasan perlu dipertingkat supaya Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih baik.
Untuk berbuat demikian, beliau mencadangkan agar sesi taklimat diadakan antara kementerian-kementerian dan Ahli Parlimen sebelum sidang bermula.
“Sebelum bersidang, menteri-menteri boleh memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berkenaan dasar-dasar terbaru dan rang undang-undang yang akan dibincangkan sewaktu sidang. Dengan cara ini, Ahli Parlimen tidak perlu menunggu waktu bersidang untuk bertanya soalan. Mereka boleh juga bertanya semasa sesi taklimat.
“Dengan sesi taklimat ini, Ahli Parlimen dapat membuat persediaan lebih baik untuk perbahasan kemudian,” katanya.
