5 hari sidang Parlimen terlalu singkat, tidak tepati titah Agong, PH beritahu Putrajaya


Ketua parti politik PH berkata Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat di samping mencari penyelesaian kepada krisis negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendapat sidang Parlimen bermula 26 Julai selama lima hari bagi Dewan Rakyat adalah terlalu singkat untuk membahaskan perkara Proklamasi Darurat, Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Covid-19.

PH dalam kenyataan berkata pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya mahu memberi penerangan berkaitan PPN tanpa sebarang perbahasan, malah Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat hanya akan dibentang tanpa dibahas mahupun diputuskan.

“Ini langsung tidak menepati titah pandangan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Sekiranya kerajaan PN masih ingkar titah pandangan Baginda, maka persidangan Parlimen kali ini hanyalah satu sandiwara politik dan bagai ‘melepaskan batuk di tangga’,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketua parti politik PH itu berkata Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat di samping mencari penyelesaian kepada krisis negara.

“Prinsip akauntabiliti dan ketulusan perlu ditegakkan dengan peranan semak dan imbang yang melibatkan semua Ahli Parlimen, dan Parlimen bukannya pentas untuk hanya mendengar kuliah menteri tanpa diberi ruang membahas,” tegas mereka.

Justeru, PH menggesa kerajaan diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melibat uruskan pembangkang dalam merangka serta mengatur perjalanan sidang khas Parlimen, agar dapat membawa rakyat Malaysia keluar daripada krisis ekonomi dan Covid-19.

“Janganlah sehingga pihak pembangkang terpaksa mendesak sidang Parlimen Khas yang adil. Kita mesti bersama memerangi Covid-19 untuk menyelamatkan negara, dan bukannya berpolitik untuk melindungi jawatan dan kedudukan,” katanya.

Pada 5 Julai, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Parlimen akan bersidang selama lima hari mulai 26 Julai ini, manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari mulai 3 Ogos.

Dalam kenyataan dikeluarkan, PMO memaklumkan kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong agar mesyuarat khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

PH-Umno didakwa capai kata sepakat baiki kerosakan PN


PH-Umno didakwa capai kata sepakat baiki kerosakan dicetus PN. Usaha pembentukan jajaran politik di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan baharu kelak, bukanlah berasaskan ‘janji manis’ demi meraih sokongan majoriti ahli Parlimen.

Setiausaha Politik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menegaskan, usaha menyelamatkan negara daripada kerosakan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu adalah persetujuan bersama kesemua parti terlibat dengan matlamatnya adalah lebih daripada kepentingan politik.

Umno

Jelasnya, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membantu rakyat keluar daripada kemelut ekonomi sepanjang krisis Covid-19 dan usaha pembentukan kerajaan baharu adalah demi mengotakan janji kepada rakyat.

“Usaha menyelamatkan negara daripada kerajaan PN adalah persetujuan bersama yang matlamatnya lebih daripada kepentingan politik.

“Rakyat sudah cukup merana dan harapan diletakkan kepada seorang Perdana Menteri yang mampu mengubah corak pentadbiran negara iaitu Anwar.

“Pada masa ini, Anwar hanya mahu membantu rakyat keluar daripada kemelut ekonomi pasca Covid-19 dengan sebaik mungkin.

Jajaran politik baharu untuk membentuk kerajaan baru bukanlah berdasarkan janji manis demi sokongan tetapi demi janji pada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media tempatan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa memberi keyakinan kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang parti itu akan kembali menjadi ‘Perdana Menteri’ dalam jajaran baharu kelak.

Langkah Ahmad Zahid itu tidak disenangi oleh 35 ahli Parlimen UMNO yang kemudian didakwa mengadakan pertemuan pada Jumaat malam dan bersetuju dengan resolusi sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, Mac lalu.

Ia disahkan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menegaskan kesemua ahli Parlimen UMNO terlibat bersetuju untuk kekal dalam kerajaan PN sehingga Parlimen bubar.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148350/BERITA/Politik/Jajaran-baharu-UMNO-PH-bukan-kerana-janji-manis

Umno digesa tetapkan pendirian berhubung isu tinggalkan kerajaan.UMNO tak ada teloq.

 

Jika ingin menarik diri daripada kerajaan, Umno perlu melakukannya dengan sebab yang tidak mewujudkan tanggapan bahawa ia hanya ingin merebut kuasa, kata Awang Azman Pawi.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyeru agar Umno membuat pendirian tetap berhubung masa depannya dalam kerajaan.

Awang Azman Pawi, daripada Universiti Malaya, berkata kepada FMT, reputasi parti itu berisiko menjadi lebih rosak jika ia terus goyah sama ada mahu kekal dengan pentadbiran Muhyiddin Yassin atau meninggalkannya.

Jika ingin menarik diri, katanya, Umno perlu melakukannya dengan sebab yang tidak mewujudkan tanggapan bahawa ia hanya ingin merebut kuasa.

“Ini bermaksud perlu ada strategi yang jelas berkenaan apa yang ingin dicapainya dengan menarik diri. Ia tidak boleh dilihat sebagai percubaan untuk mengganggu kestabilan kerajaan,” kata Awang Azman.

Sebuah tinjauan dibuat portal berita dalam talian baru-baru ini mendapati 82% daripada kira-kira 76,000 responden bersetuju menyokong tindakan Umno meninggalkan kerajaan.

Tinjauan ini dibuat pada ketika pemimpin Umno sedang berbincang mengenai perancangan parti berkenaan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan sebelum 1 Ogos.

Awang Azman percaya sekarang adalah masa terbaik untuk Umno menarik diri daripada kerajaan kerana sedang ada momentum baginya.

Tambahan, katanya, kedudukan parti itu mengenai isu-isu semasa selari depan sentimen popular yang dapat dilihat melalui kempen Bendera Putih dan Bendera Hitam, yang katanya menunjukkan rakyat tidak puas hati dan berasa tertekan.

“Namun perlu ditegaskan bahawa sebarang langkah Umno ke arah membentuk kerajaan baharu perlu disertai dengan perancangan yang kukuh dan jelas bagaimana untuk mengatasi prestasi PN (Perikatan Nasional),” katanya.

Bagaimanapun, Jeniri Amir, seorang felo Majlis Profesor Negara, berkata tindakan Umno meninggalkan kerajaan pada masa ini mungkin tidak akan menguntungkannya kerana kemarahan rakyat terhadap kerajaan kini turut ditujukan kepada pemimpin Umno yang memegang jawatan dalam kerajaan.

Katanya, pemimpin Umno memegang portfolio penting seperti kesihatan, pertahanan, serta vaksinasi, dan parti itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah negara dengan meninggalkan kerajaan.

Apa yang penting sekarang, tambahnya, adalah agar Umno menyokong kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat, dan supaya kepimpinan tertinggi PN terbuka menerima cadangan daripada luar kerajaan.

“Mereka harus lebih peka terhadap rakyat jelata. Fokus sepatutnya diberikan kepada menangani krisis kesihatan awam dan juga krisis ekonomi yang sedang kita hadapi,” katanya.

SAH!! BARU TADI!! KEPUTUSAN MUKTAMAD MKT UMNO!!

ADAKAH MESYUARAT KHAS PARLIMEN HADKAN ISU DIPERBINCANGKAN?


PENGUASAHA RESTORAN, KAFE DI KELANTAN TENAT?


MCA LEBIH ALIM- KATA WALAUNCAI

 

HAMZAH RIE NA


Katanya MCA Tak mcm DAP . Mca sayang sangat2 Islam. Betul ker? Setahu saya dap belum keluar lagi dari mulut mereka menentang hudud.

Mca siap angkat sepanduk bantah hudud. Alim betul MCA tu yer?

https://www.astroawani.com/.../mca-bantah-apa-jua-ruu...


May be an image of 1 person and text that says "22:59 VD Niaga Global Sdn Bhd MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud di Malaysia- Liow Astro Awani Mei 27, 2016 03:07 MYT LIOW: la bukanlah rang undang-undang kerajaan mahupun yang selari dengan prinsip dan kedudukan Barisan Nasional. Gambar fail MCA hari ini mengulangi pendirian untuk membantah mana-mana rang undang-"

 

KISAH TANAH DAN PEJABAT TANAH-KALAU SPRM MASUK SIASAT BARAI BANYAK.

 


May be an image of tree and nature




Fadzil Haji Aziz

tSSpio1nsSd4eo rehorsdi  · 

KHIANAT ORANG PEJABAT TANAH.

1- Isu Tanah Durian Musang King ni, Kalau sapa tak pernah berurusan Pejabat Tanah, Hadap pegawai Pejabat Tanah..Mungkin tak faham.. Tapi aku pernah hadap kerenah pegawai Pejabat Tanah..

2- Bila Tokwan aku meninggal Dunia, ada beberapa Hektar Tanah, Yang letak dibelakang Rumah tokwan aku..Yang mana semua orang Kampung tahu itu tanah milik Tokwan Aku.. hatta depa bawa keluar hasil pun bayar pada Tokwan aku.. Cuma silapnya bila berlaku kelewatan urus surat dan geran hak milik..

3- Masa tu..Kami pergi ke Pejabat Tanah, bawa nombor fail..rekod Permohonan, Surat Tol.. Semua bukti dokumen cukup... Sebab waris tanah tu orang kampung..Nak urus hal dokumentasi ni memang depa tak reti..Apa Jadi ? Kami diminta buat Permohonan baru kononnya pemohon dah meninggal dunia..Biarpun dalam Fail lama jelas dah ditulis ianya dah diluluskan..

4- Lepas buat Permohonan baru, tunggu dekat 7 Tahun, last last dapat kelulusan, Rupanya tanah yang diluluskan hanya 3 ekar dari keseluruhan 11 ekar.. Bila dipersoal kenapa jadi macam ni..Depa kata ada orang lain pun mohon sama.. Bagi 3 ekar tu pun sebab kononnya kata dia hormat kat ayah aku.. kata dia lah bermanis mulut..

5- Nak jadi cerita, akhirnya orang kampung bagi tahu..Tanah yang orang lain dapat tu bukannya sapa pun..Adik beradik pegawai pejabat tanah tu jugak yang mohon.. kalau nak tahu, tu la perangai depa..hat Khianat depa jugak.. Walaupun bukan semua..

6- Pegawai tu Berlebai.. Panggil aku dan ayah aku Ustaz.. mulut manis, Selalu cakap pasal agama,..Tapi kalau Bab Tanah dan Duit..Faham faham lah..Ulama PAS pun khianat..Apa lagi lebai macam dia..

7- Apa yang mampu aku buat, Berdoa sajalah kepada Allah sapa sapa hat buat Khianat dan Zalim.. sebab jadi depan mata..dalam bab ni kita tak tau sapa punya angkara, DO ker..SO ker..masing2 kononnya kata bukan salah depa kononnya.. Kami bukan hadap sangat tanah tu, Bukan boleh bawa mati..Tapi ini Amanah.. lepas tu kami lawan..

8- Dan setahun lepas tu, Masa nak ambil geran dan bayar Premium tanah.. Masa nak berurusan, Kami tanya.. Mana pi Lebai pegawai Pejabat Tanah tu ? Pegawai lain kata dah pencen...kami tanya lah..awat Pencen awal sangat.. Katanya sebab penyakit kencing Manis.. Kena potong kedua belah kaki..

9- Dari cerita ni..Faham faham lah..Jangan dok buat aniaya pada orang..Tambah kalau melibatkan harta dan hak anak yatim.. Ni bukan drama tanah Kubur.. Ni real aku hadap..

10- Orang yg kadang2 Sembang lebih Bukan faham pun..Kes mcm ni banyak berlaku..Bukan soal org Cina, hatta ramai yg Melayu jadi mangsa.. bezanya samada depa berani lawan ker tak...mcm Mufti Utara, orang mcm depa ni selalu dapat tanah Anugerah tanah dari Sultan..Tak payah hadap Biokrasi.. sedar sedar geran duduk atas meja.. Description: 😉

kredit: Ipohmali

 

Anwar persoal tindakan segera luluskan tender besar 5G


Anwar Ibrahim berkata, kerajaan guna peluang dan kesempatan untuk segera luluskan tender 5G tanpa maklumat yang banyak.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan menyegerakan kelulusan tender besar untuk membina rangkaian telekomunikasi 5G di negara ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dalam keadaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil, rakyat dimaklumkan tender itu diluluskan tanpa banyak maklumat.

“Walaupun ada pertikaikan syarikat China iaitu Huawei menyempurnakan tugasan itu dengan kos RM5 bilion, maka saya mahu kemukakan beberapa soalan kerana tiada maklumat.

“Pemerintah guna peluang dan kesempatan ini untuk cepat-cepat luluskan tanpa maklumat lain dan kita bimbang apakah kedudukan latihan pemindahan teknologi bebankan rakyat,” katanya di Facebooknya.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia telah memilih kontrak dengan Ericsson Sweden bernilai RM11 bilion berbanding pesaing China Huawei Technologies untuk merancang dan membina rangkaian telekomunikasi 5G di negara ini.

Malaysia dijangka akan menyediakan rangkaian dan ekosistem teknologi generasi kelima atau 5G pada akhir tahun dan merangkumi 80% penduduk pada tahun 2024.

Sebagai permulaan perkhidmatan akan dilancarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta pusat multimedia Cyberjaya pada tahun 2021

Dalam pada itu, Anwar berkata persoalan sama ada kos itu akan membebankan rakyat atau tidak perlu dijawab oleh kerajaan.

Katanya ini bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa atau komisyen berlebihan

“Jadi soalan-soalan ini harus dijelaskan sebelum beri kesan parah pada negara dan rakyat,” katanya.

“PN IBARAT KAPAL PECAH, UMNO BAKAL KELUAR KERAJAAN 7 JULAI”

 

1.. Esok bertarikh 7 Julai 2021, iaitu tempoh tarikh 14 hari yang dimuktamadkan oleh Presiden UMNO dengan sokongan majoriti MKT UMNO untuk mengumumkan keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional. 

2. Berbagai spekulasi kita baca dalam media sosial dan ulasan serta berbagai propaganda politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan, serta berita hangat pertemuan-pertemuan pemimpin-pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen UMNO, siang dan malam di musim PKP, namun saya percaya esok 7 Julai 2021, Presiden UMNO akan umum keluar daripada kerajaan PN. Ini ramalan dan logik akal fikiran politik saya yang cetek ini. 

3. Kenapa saya berpendapat demikian? Sebabnya nahkoda kapal tidak mampu lagi dengan kapalnya yang terus dilambung ombak dan dikatakan flip-flop. Presiden UMNO sudah ada watikah untuk keluar daripada PN daripada mandat PAU 2020 dan keputusan majoriti MKT UMNO.

4. Rakyatpun sudah naik jemu riuh rendah politik UMNO yang tidak sudah-sudah.

5. Kerajaan PN pun dalam keadaan kapal yang pecah. Walaupun bermacam pengumuman dengan berbagai dasar yang diumum, namun pelaksanaannya dan hasilnya menjadi ejekan rakyat. Bendera putih, bendera hitam dan ramai yang bunuh diri menyebabkan umum berpendapat kerajaan gagal.

Termasuk bendera hijau yang usung janda, bercerai atas talian dan kawinpun atas talian dengan Imam Thailand kerana Imam Malaysia tidak ada tauliah yang belum terjamin masuk syurga.

Malaysia sudah jadi negara komedi. Semua ini mesti dihentikan segera.

6. PRU-15 tidak mungkin dapat diadakan dengan segera akibat Covid-19. Jika Kerajaan PN runtuh, terpulanglah kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku YDP Agong untuk melantik PM ke-9 untuk memimpin negara.

7. Sama-sama kita berdoa semoga DYMM Tuanku Agong dan DYMM Raja-raja Melayu bersemayam di singgahsana dengan penuh daulat dan berkat petunjuk Allah, membawa negara keluar dari kemelut politik, melawan Covid-19 dengan berkesan dan memulih ekonomi dan kehidupan rakyat yang sedang menderita.

DAULAT TUANKU. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Terima kasih. 

Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden PUTRA.


Mohd Ezam Nor: Isu Kebun 'Musang King' Di Raub Pahang, Salah Siapa?

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN HUTAN TIDAK SEMUDAH PELABUR MENANAM DURIAN

 


May be an image of 3 people and people standing

Mohd Yussainy Md Yusop

tYgSetesftteriupuodniSayhshla goratuer d0m6:a16  · 

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN HUTAN TIDAK SEMUDAH PELABUR MENANAM DURIAN

Saya terlintas difikiran untuk menulis mengenai penguatkuasaan hutan berikutan viral mengenai operasi penguatkuasaan ke atas peneroka haram durian Musang King dalam kawasan hutan simpanan kekal di Raub, Pahang. Sebagai seorang Pemelihara Hutan yang pernah mengetuai Bahagian Penguatkuasaan Hutan di Selangor saya memahami kesukaran tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan terutama di kawasan pencerobohan yang berusia antara 10-50 tahun.

Tanah semakin mahal. Rakyat juga melihat pertanian merupakan satu perniagaan. Perniagaan perlukan modal tetapi ramai memilih untuk mendapatkan tanah kerajaan dan kawasan hutan simpanan kekal. Mereka tahu perbuatan meneroka haram di hutan simpan itu salah dan mereka tetap mencuba memiliki tanah PERCUMA tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar. Biasa kawasan teroka sebesar ini ada tangan-tangan ghaib yang terlibat. Sekiranya kerajaan negeri kuat bermakna operasi ini akan berjaya. Semasa saya bertugas di Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Dato Menteri Besar Selangor bersama YB Elizabert Wong selaku Exco bertanggungjawab dengan Alam Sekitar ketika itu dan Dr Mohd Yunus Zakaria sebagai Pengarah Perhutanan Negeri menjadi tulang belakang kejayaan operasi ini.

Pada ketika itu sokongan padu anggota penguatkuasa juga sangat baik kerana kami bekerja dalam satu pasukan. Satu lagi kunci kejayaan ialah sokongan dan kerjasama media dalam memberikan highlight kepada isu ini bertali arus. Peranan yang besar dimainkan oleh rakan media TV3, NST dan The Star dalam melaporkan isu-isu tangani isu penerokaan haram memberikan kekuatan kepada kami untuk melaksanaan tugas. Penguatkuasaan Hutan ini sangat sukar dilaksanakan dan mempunyai implikasi kepada politik sesebuah negeri.

Satu kenangan saya sebagai Ketua operasi penguatkuasan ialah kejayaan mendapatkan semula Hutan Simpan Raja Musa pada tarikh 4 Disember 2008 dengan sokongan kerajaan negeri dan agensi penguatkuasaan lain termasuk NGO. Pasukan operasi saya biasa melibatkan pelbagai agensi dengan kekuatan anggota yang ramai sehingga 250 orang. Datang raja durian seperti tauke durian Raub atau YB pun saya tak peduli. Pesan saya dah mula operasi jangan berhenti kena teruskan sampai selesai. Kemudian ajak semua peneroka sekali dgn MP Raub tanam semula pokok hutan dan jayakan kempen Penghijauan Malaysia.

Saya sendiri pernah beberapa kali di “santau” kerana kerap melaksanakan operasi penguatkuasaan. Itu semua cabaran biasa kepada kami dan tidak semudah seperti netizan bayangkan. Saya ceritakan pengalaman saya sebelum operasi penguatkuassan ini dilaksanakan mengikut aturan. Jangan ingat Jabatan Hutan buat operasi main sodok je tanah teroka.

i. Kertas Kajian Penerokaan Haram Dibentang PPN kepada MMKN

ii. Perbincangan dengan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

iii. Perbicangan dengan Ketua Polis Daerah

iv. Perbicangan dengan Pegawai Daerah

v. Perbicangan Prosedur dan Kes LazimTangkap/ Kes Saman

vi. Mesyuarat Bersama Agensi Yang Terlibat sebelum Operasi Bersepadu

Kesan operasi yang pernah saya laksanakan kini Hutan Simpan Raja Musa, Selangor telah diiktiraf di bawah Queen’s Commonwealth Canopy (QCC) yang mana ianya telah diakredetasikan pada 13 September 2017 yang lalu. Hutan Simpan Raja Musa merupakan jenis Hutan Paya gambut dan ianya diuruskan berdasarkan amalan pengurusan hutan secara lestari. Kerajaan Malaysia melalui YB Menteri NRE telah menerima surat penghargaan dari Buckingham Palace, London bertarikh 22 September 2017 kerana usaha kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menamakan Hutan Simpan Raja Musa, seluas 23,000 hektar sebagai tapak QCC di Malaysia. Saya berkesempatan ke Kota London bersama Dato Dr Puat Dahalan untuk menemui TYT Dato Ahmad Rasidi Hazizi, High Commissioners of Malaysia to The United Kingdom pada 21 Feb 2017 untuk menerangkan mengenai cadangan ini. Tahniah Kerajaan Selangor. Terima kasih YB Elizabert Wong di atas kerjasama kita selama ini. Saya sertakan news berkaitan. Banyak lagi news boleh dijumpa dlm google.

Raja Musa peat swamp shows signs of new life https://www.thestar.com.my/.../raja-musa-peat-swamp-shows...

Saya menulis isu ini kerana saya percaya Kerajaan Pahang juga mampu melaksanakan tugas pembersihan tanah-tanah haram tanaman durian musang king di dalam hutan simpanan kekal. Saya berharap kerajaan Pahang dapat memulihkan semula kawasan teroka untuk dihutankan semula.

Nota : Gambar saya mengetuai Operasi di Sg Kerandang Hulu Selangor seluas 354 hektar . Dulu steady je berdepan dengan wakil rakyat.

 

ADA BETULNYA CERITA BEGINI.KISAH MUSANG KING

 

HAMDAN TAHA


Ada fakta yang kita patut tahu juga tentang kes di raub ini

Kes musang king di raub

Peneroka Haram Jadah tu bangsa Cina

Di benarkan oleh orang melayu

Tiba tiba ada syarikat Cina juga minta tanah yang cina teroka dan dapat

Cina dan cina yang sedang bergaduh di raub sekarang ini

Tapi yang jadi alatnya ialah

Raja Melayu

Pegawai kerajaan melayu

Kerajaan negeri melayu

Rakyat melayu macam kita ni pun kononnya pertahan melayu tapi sebenarnya melayu dah tipu melayu kerana kebijaksanana cina yang bukan melayu

Cuba melayu yang teroka tanah tu baru nak mula dah pegawai melayu dan kerajaan melayu tangkap dah

Sebelah rumah saya bukit lanchong di bawah kerajaan PH ada rumah orang indonesia teroka secara haram,dah report ke pejabat tanah banyak kali tak jadi apa pun,elok sahaja mereka teroka sampai hari ini

Tapi ada tempat lain orang melayu teroka tak sampai dua hari pejabat tanah dah datang menghalang dan penguatkuasaan tegas dan cekap

Di perak ada tanah Yayasan Perak lebih dari seribu ekar di teroka oleh orang cina puluhan tahun tanam jambu,ternah babi itik ikan dan macam macam

Pak Lah jadi PM tahun 2003 datang melawat di bawa oleh presiden mca umum tanah beribu ekar tersebut wajib di beri pada mereka yang teroka maka sampai sekarang tanah yayasan itu tempat orang cina menjadi kaya

Tapi ada juga tanah orang melayu teroka dah kena tangkap dan di dakwa kerana dia oran melayu

 

CUKONG VS PE;ADANG

 May be an image of 6 people, suit and text that says "Royal Pahang Durian Produce Farming Malaysia's new source wealth Produce formed distinguished on piece 1000-acreland leased within Tras, Raub famed maturity trees, alyas 2022. Upon omplete anticipate cumulative harvest approximately 3000 metric passionate hareholders comprising Pahang Royal amily, ROYAL PAHANG DURIAN 彭享皇家榴莲 Our Leaders Ûngdby highly- capable knowledge. and Puteri Afzan Sultan Abdullah yatuddin Billah Shah Chairperson Tan Cheng Huat Cheah Siew Mun Mun Yung Kwun Chang Fock Dato' Adnan in Wan Mamat"


MOHD MUKHLIS

Kalau dia ada buat diligent work dia akan tahu ini bukan kes perkauman pun. Senang cerita kes Cukong Vs Peladang.

Dalam website RPDP sendiri tulis siapa BOD, ada tulis dah start tanam dari 2017 dan dapat sewa dari state sebanyak 1000 ekar.

Yang jadi isu sekarang ini Cukong bagi cutthroat deal pada peladang untuk jual durian depa melalui konsortium Cukong. Siap kalau peladang nak masuk kebun haram mereka pun kena bayar tol. Itu tak masuk yang depa cherry pick clip tak tunjuk ada peladang itu sendiri peneroka yang dah duk lama kat sana dan ada juga dari orang Melayu.

Bayangkan harga semua dah lock siap-siap, lepas tu cukong tak nak rugi, kalau ada apa-apa kerugian itu semua tanggungan Peladang.

Mana ada urus niaga yang berat sebelah macam ini dalam Islam kalau bukan di panggil gharar?

Tapi tunggang agama dan perkauman adalah senjata paling ampuh.

Demikianlah Mopti Serba Tahu.

 

KALAU RONI BIN LIEW LAIN PULA KISAHNYA-MAKA PENUNGGANG BANGSA DAN AGAMA AKAN DIAM

 


May be an image of text that says "CEROBOH HUTAN SIMPAN KONSESI BALAK CLEAR HUTAN, RASUAH BULANAN TUTUP MULUT, CUBAAN MONOPOLI HARGA MUSANG KING DENGAN DEAL BERAT SEBELAH, STATE PAJAK TANAH PADA CUKONG RPDP."




MOHD MUKLIS

Ronnie Liu ini sebenarnya mirip kes Wawa Wahid Enterprise, cuma tang Ronnie ini jadi sensitif sebab tak ada bin\binti. Kalau yang provoke itu Ronnie Bin Liu, tak ada orang kisah, no one bats an eye. Susah bercerita tentang social justice dari kacamata seorang yang rasis dan bias.

Tapi benda hasut agama dan perkauman memang seronok, tengok precedent kes yang bernaratif perkauman. Alih-alih masuk court nanti jadi macam kes Adib. Time tu mofti serba tahu akan start buka balik kitab Fiqh bab haid, nifas dan waladah smula.

Dont get me wrong, siapa salah kena face the music, dan politician dinosaur macam Ronnie Liu ini perlu di ganti dengan muka baru yang lebih cakna dan sensitif dalam DAP. Moga dia tak terpilih lagi dalam pemilihan State Committee DAP yang akan datang.

 

IVERMEVTIN : SATU JE AKU NAK KATA KAT #KERAjaanPNCirit dan Hitler....




May be an image of text that says "F T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINION Hospitals can apply for 'off-label use' of Ivermectin, says health ministry FMT Reporters June 25, 2021 3:55 PM 1.6k Shares f BIOGARAN BIOGARAN 3 mg CS Ivermectin can be used an 'off-label use' drug by hospitals, but they need apply for permission first, says health ministry. (Reuters pic) PETALING JAYA: Hospitals are allowed to apply to the Drug Control Authority to use Ivermectin for off- label use including treating Covid-19 patients, the"

Hmm...puas lepas kita dok kena block dan banned oleh sikemberk Kam Bin sbb menulis bab IVM - Ivermectin seolah2 kita dok bawa berita palsu. Akhirnya dah kantoi maka lalu depa benar guna IVM? Off label? Description: 😬

Sebelum ni doktor2 yg jd Cybertrooper utk si Hitler tu dok memperbodohkan diri dlm FB Live dan Tiktok sambil dok merendah2kan keberkesanan IVM. Puii..kununnya tak cukup data, takde bukti, masih dlm kajian, ubat utk haiwan??

Malu aku tengok kebodohan org2 yg ada title doktor tapi jadi keldai tunggangan Kapitalis OLIGARCHY. Siege Mentality. Minda terkongkong dgn naratif "taukey dan boss depa".

Selama ni depa tipu dan sembunyi dari Rakyat ke apa?? Baca ni :

"Dr Amir Farid Isahak said based on the discharge notes he had obtained from a “close family friend”, the hospital in question had used Ivermectin, which is currently not recognised by the health ministry, for Covid-19 treatment of a patient".

Satu je aku nak kata kat #KERAjaanPNCirit dan Hitler....HARAMJADAH...!!!!

- Zus Din

06 Julai 2021

*****************

Komen netizen :

At last!!

The Ministry of Health is allowing hospitals to use ivermectin "off-label", meaning for purposes beyond what has been decreed. This is a huge step forward. Those patients who want ivermectin can ask for it.

Ivermectin acts in 3 ways.

Pre infection and in the early stage of covid-19, the drug has been shown to disrupt virus replication. This means the virus cannot multiply in your body.

If the virus has already set in before treatment, the next effect of ivermectin is to flush out the viral debris that triggers the immune response resulting in the cytokine storm which destroys lung tissue.

If ivermectin is administered late, its anti-inflammatory properties help to ease the air duct congestion and heal some of the tissue damage.

In 30 years of using ivermectin for humans, there have been minimal reports of adverse reactions. Best of all, even those who have been vaccinated can take ivermectin safely. The way ivermectin works is independent of virus variant, so all those scary new variants don't have to be scary anymore.

The constant pressure from the ivermectin lobby has borne results. Let us all take advantage of it. If you are at risk, ask for ivermectin.

******************

Baca Berita penuh :

https://www.freemalaysiatoday.com/.../hospitals-can.../

 

Pencetus Kempen Bendera Putih, Kak Nik Jah: Kenapa Kempen Bendera Putih ...