BAHAN TERBAIK KALAU NAK CAKAP PADA WALAUN DAN MACAI BODO UMNO: TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!

 

BERSATU MELAYU ISLE LA SANGAT..LEBAI HADI DAH KELUAR FATWA DEMI JAWATAN DAN  KELOMPOK PENGUASA YANG MERAMPAS DAN TERLIBAT DALAM PEGKHIANATAN. JADINYA TAK BOLEH PAKAI KALAU SAMA SAMA TERLIBAT DENGAN REGIM KLEPTOKRASI.PEEEGEEEDAHHH......


COPY 


POSTER BY AMIR WRLR



TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!

Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau.. Baca tajuk Harakah, Pemimpin PAS kata..PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP.. Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa.. Melayu dan Islam kena Bersatu..Kerajaan Melayu Islam kena di Pertahankan..

Sudah sudah lah..Zaman membodohkan dan Menakutkan Umat Melayu Islam dengan DAP dah berlalu.. Sikit sikit nak takutkan Melayu Islam dengan Ds Anwar.. Sikit nak takutkan dengan DAP.. Persoalannya Apa faedahnya Melayu dan Islam Bersatu pun.. ?

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak, Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun... Jadi apa beza kalau DAP perintah pun...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2 Penjajah dan Toghut..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap berleluasa.. Tangkapan di Kelab malam makin meningkat..Takda beza apa pun.. Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa.. Peruntukan University MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dari Ketua Hakim..Ketua Polis Negara, Pendakwaraya hatta Peguam Negara semuanya Bani Melayu Islam.. Tapi masih tak dapat selesai dan tangkap pembunuh Adib... dulu salahkan Tommy Thomas hanya sebab dia Kapir..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kes Covid-19 makin teruk.. tak terkawal.. Nak salahkan Pelancong Cina lagi..? Nak salahkan Pemimpin PH lagi.. takda DAP pun.. Menteri Kesihatan,Timbalan Menteri bani melayu ni sorang pun tak berguna.. Dah tutup semua Sempadan Negara dan Negeri..kes tetap memuncak..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera... Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu.. Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan dengan Penyelesaian Hutang TS Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti Wilayah jadi Menteri Agama pun... Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat.. Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga untuk berjamaah..

Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong... renti rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak...

Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu...Semua tu hanya angan angan.. Apa yang penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..

Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama... Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti Utara dulu..

Jadi sudah sudah lah Berbohong... Yang rosakkan Melayu dan Islam ni bukan DAP.. Tapi melantik LBIH (70 MENTERI) kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO sendiri... Description: 🙂

 

Pas dan Trump sama ‘sebiji’, kalah pilihanraya tapi nak jadi kerajaan, kata Mat Sabu

 

Pas dan Trump sama ‘sebiji’, kalah pilihanraya tapi nak jadi kerajaan, kata Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyifatkan Pas menurut jejak Donald Trump yang dikenali sebagai pemuja keunggulan orang kulit putih (white supremacy).

Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 sejak tahun 2016 itu juga didakwa menghasut penyokongnya menyerang ganas bangunan Capitol minggu lalu.

“Saya berucap di Parlimen menentang kempen ‘white supremacy’ yang dibawa oleh Trump.

“Tetapi Pas perjuangkan ‘Malay supremacy’ demi peroleh kuasa walaupun tidak ada satu pun isu Melayu Islam yang mereka bisingkan sebelum ini diselesaikan.

“Yang ada lulus judi 22 kali. Pas ikut sunnah Trump. Yang ikut sunnah Trump itu Pas. Kalah pilihan raya tapi nak jadi kerajaan,” ujarnya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Untuk rekod, kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi daripada lapan kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.

Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, Trump mengisytiharkan darurat di Washington DC selepas penyokong menyerang Parlimen iaitu bangunan Capitol kerana takut hilang kuasa.

“Pas dan Trump sama ‘sebiji’. Cara sama. Tujuan pun sama,” tempelak Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Beliau turut mengingatkan sikap Pas sebelum ini yang kerap menggunakan alasan kerana Islam untuk pelbagai situasi politik.

“Dahulu ketika lawan Umno kerana Islam, nak kerjasama dengan Umno pun kerana Islam, rampasan kuasa tebuk atap juga kerana Islam, menyokong Muhyiddin mohon darurat untuk pertahan kuasa juga kerana Islam.

“Naikkan cabutan khas judi 22 kali setahun pula kerana apa? Islam jadi bahan gadaian,” tambah Mohamad lagi.


Pas ada banyak dalil ‘menghalalkan’ kebatilan kerajaan PN – Faiz Fadzil

 


Pas ada banyak dalil ‘menghalalkan’ kebatilan kerajaan PN – Faiz Fadzil

Pas ada banyak dalil ‘menghalalkan’ kebatilan kerajaan PN – Faiz Fadzil

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pengisytiharan darurat dengan menyifatkannya selaras politik Islam.

Faiz berkata dia tidak terkejut kerana PAS memiliki banyak ‘dalil’ untuk menghalalkan apa sahaja ‘kebatilan’ yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN),”kata Adun Amanah itu dalam satu kenyataan.

Semalam, Abdul Hadi berkata pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 adalah berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam).

Kata Hadi, beberapa negara juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan, sama ada dilaksanakan di seluruh negara atau kawasan yang terhad.

Bagaimanapun menurut Faiz, nasihat Muhyiddin agar darurat diisytiharkan menimbulkan banyak tanda tanya, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau PKP bersyarat (PKPB) memadai bagi meratakan lengkung jangkitan Covid-19.

“Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk eksekutif dan kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali parlimen,” kata anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor itu.

Tambahnya, apabila parlimen digantung, fungsi utama badan legislatif itu untuk melakukan semak imbang terhadap polisi kerajaan juga tidak dapat dilaksanakan.

“Justeru, penggantungan parlimen telah menyekat ahli parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara.

“Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar,” katanya.



KEH..KEH...SUNNAH BERSEKONGKOL DENGAN KLEPTOKRAT, PENGKHIANAT DAN BAGAI LAGI MACAMANA LEBAI?MAKAN GAJI BUTA MACAMANA PULAK?

 

Mereka yang menolak darurat lebih hayati ‘sunnah’ Trump berbanding Rasulullah, kata Abdul Hadi

Mereka yang menolak darurat lebih hayati ‘sunnah’ Trump berbanding Rasulullah, kata Abdul Hadi

Pas menyatakan hukum Proklamasi Darurat seperti mana diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah wajib bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menolak perisytiharan itu disifatkan sebagai sudah lupa kepada sunah Nabi Muhammad yang mengajar cara untuk menghadapi darurat wabak dengan kadar dan tempoh tertentu.

Katanya, lebih dikesali, kelompok itu dilihat lebih menghayati ‘sunnah’ Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berpolitik tanpa mempedulikan wabak yang kian kritikal.

“Kami menganggap mereka sudah lupa kepada sunnah Rasulullah yang mengajar cara untuk menghadapi darurat wabak dengan kadar dan tempoh tertentu.

“Darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 wajib dilaksanakan. Semua pihak perlu berhenti sekejap berpolitiking, walaupun masih ada yang tidak mahu mengaku kalah dengan apa sahaja tindakannya.

“Darurat adalah kawalan yang wajib ditunaikan oleh kerajaan berdaulat untuk sementara waktu, bukan selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.

Dalam kenyataan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, tindakan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.

Sementara itu, Abdul Hadi menambah, Covid-19 sudah menjadi ancaman terhadap pasukan barisan hadapan yang telah didapati positif, lantas memerlukan tindakan yang luar biasa bagi menangani wabak ini sepenuhnya.

“Cadangan untuk mengisytiharkan darurat kesihatan telah dipersembahkan kepada Seri Paduka dan Baginda telah melakukan budi bicara melalui musyawarah Majlis Raja-Raja pada peringkat awal.

“Lalu Baginda telah mengambil keputusan yang tidak gopoh dengan memberikan tempoh supaya pihak kerajaan mengambil peluang melaksanakan langkah penyelesaian tanpa darurat, sekiranya dapat diatasi,” jelasnya.



PELAJAR KAMU SEDANG GELAK TERSUNGKUR..KEH...KEH

 

Hanif Rahamat

 

Mcm mana lah dia jadi penyelia untuk student dia ni?? Pensyarah kanan tapi otak kiri. Hello, orang x sekolah pun tahu impact daripada PKP lah. 6 negeri ni menyumbang lebih daripada 50% KDNK Malaysia kau cakap xde kesan. Jangan buat malu doctorate tu lah hawaww.





BENARKAH PARLIMEN DIGANTUNG? ADAKAH MUHYIDDIN PERMAINKAN ISTANA?


Shahbudin Hussein

Kalau kita lihat kenyataan media Istana Negara berkaitan darurat ini, Agong hanya memperkenankan perlaksanaan perintah tersebut untuk menangani Covid19 semata-mata.

Tidak ada disebut sama sekali tentang Parlimen digantung dan pilihanraya tidak dibenarkan.

Hanya Muhyiddin yang menyebutnya dalam perutusan khas beliau kemudiannya.

Soalnya, benarkan darurat Covid19 yang diperkenankan Agong ini bersekali dengan penggantungan Parlimen dan larangan pilihanraya?

Jika kenyataan media Istana Negara tidak terkandung perkara tersebut, bagaimana Muhyiddin boleh menyebutnya?

 

No photo description available.No photo description available.Image may contain: text that says "Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Malaysia sentiasa dilindungi dari segala bentuk ancaman dan wabak ini dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera. Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat mendoakan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan. Dato Indera Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara"


BERITA VIDEO : MASYARAKAT ISLAM DIGESA TOLAK PEMIMPIN BERIMEJ MUNGKAR DAN MUNAFIK




Baginda bertitah, ia boleh dilakukan dengan tidak memberikan amanah kepada mereka yang lemah moral dan terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah. “Masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam dengan tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan yang berimej mungkar dan munafik, kalangan yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas," titah baginda lagi.






BERITA VIDEO : RENTASAN 805 | YDPA TOLAK PERMOHONAN PM-8 ISYTIHAR DARURAT BUAT PERTAMA ...






MENARIK DALAM RENTASAN 805
1. POLITIKUS JANGAN BERGAYUT DI PAGAR ISTANA! 2. DARURAT MENAFIKAN KEBEBASAN SIVIL 3. HADI KELUARKAN DALIL DALAM KESOMBONGAN





BERITA VIDEO : DARURAT BUKAN PENYELESAI MASALAH



Menjelaskannya, beliau berkata, sewaktu darurat tiada unsur semak dan imbang apabila kerajaan boleh melakukan apa sahaja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula proklamasi darurat itu tidak boleh dicabar di mahkamah. “Apa yang menjadi masalah kepada darurat ialah kerajaan boleh langgar sekatan-sekatan yang ada di dalam Perlembagaan.





BERITA VIDEO : PM HILANG MAJORITI TAPI ENGGAN LETAK JAWATAN!




“Shame on you, PM Tebuk Atap,” tegas bekas Timbalan Menteri Undang-Undang itu. Sebelum ini Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Razaleigh Hamzah dilaporkan menarik sokongannya terhadap kerajaan PERIKATAN NASIONAL.







ISHHH....ZALIM NYA DAP TERHADAP RAKYAT PULAU PINANG.

 

PKP: P. Pinang lulus pakej bantuan RM20 juta



Oleh B. Suffian

Berita baik buat warga Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan pakej bantuan kewangan bernilai RM20 juta untuk menghadapi cabaran perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pakej kewangan itu bertujuan memberi bantuan kepada kumpulan-kumpulan sasar yang terkesan ekoran penguatkuasaan semula PKP.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada tahun lalu memberikan bantuan kewangan sejumlah RM151 juta kepada banyak orang, perniagaan dan organisasi yang terjejas.

“Kerajaan negeri meminta semua pihak untuk mematuhi SOP yang ada untuk mengurangkan penularan Covid-19. 

“Kita perlu sedar bahawa berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, sehingga 13 Januari 2021, dari jumlah kumulatif 5,479 kes, 3,246 (59 peratus) adalah warganegara sementara 2,233 (41 peratus) bukan warganegara.

“Adalah jelas bahawa virus itu ada di mana-mana dan siapa saja, sama ada warga tempatan atau warga asing boleh dijangkiti.

“Sehubungan itu, kita tidak boleh leka dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi semua orang di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam semalam (Rabu) sehingga 26 Januari depan.

Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. 




Semak dan imbang yang tidak boleh dipinggirkan ketika darurat

 

Oleh Fakhrurrazi Rashid

(Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA))

Ketika penularan Covid-19 kian membimbangkan, kerajaan telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri untuk mengurangkan peningkatan kes yang kini mencecah hampir 3,000 kes sehari. 

Persoalan timbul apabila pihak kerajaan membuat keputusan untuk menggantung parlimen sepanjang tempoh darurat. Tindakan ini seperti memminggirkan proses semak dan imbang ke ke atas tadbir urus negara dalam usaha melawan Covid-19. 

Penggantungan parlimen semasa darurat bertentangan dengan ucapan Perdana Menteri yang memohon agar semua pihak, termasuk ahli parlimen merentasi parti politik, bekerjasama dan bersolidariti menangani Covid-19. Apakah rasional seruan ini dibuat sekiranya parlimen yang menjadi institusi membincangkan isu rakyat digantung pihak kerajaan sendiri? 

Pendirian Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR), Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan media bertarikh 12 Januari 2021 amat mengecewakan apabila tidak mempunyai keupayaan mengkritik kerajaan PN yang terburu-buru menggantung parlimen sedangkan tiada sebarang Ordinan dibuat untuk menghentikan perjalanan parlimen. 

Ahli parlimen kini diturunkan pangkat daripada penggubal undang-undang dan dasar kepada ‘pekerja sosial’ di kawasan masing-masing semasa darurat. Kenyataan ini telah merendahkan peranan sebenar institusi parlimen dalam tadbir urus negara. 

Jadi apakah pilihan lain yang boleh dibuat untuk memastikan semakan terhadap tadbir urus kerajaan berfungsi ketika darurat ini?

Model semak dan imbang yang berfungsi

Terdapat cadangan untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Bebas yang mengesyorkan kepada Yang Di-Pertuan Agong berkaitan keperluan untuk menamatkan darurat lebih awal. 

Skop yang diberikan jawatankusa bebas ini amat terhad. Jawatankuasa bebas sepatutnya berfungsi sebagai badan yang menyemak tadbir urus kerajaan mengatasi krisis Covid-19. Peranan ini lebih mustahak jika dibandingkan dengan urusan menentukan tempoh masa darurat yang akhirnya terletak di tangan kerajaan sendiri. 

Penting untuk rakyat dan ahli parlimen membentuk satu model Jawatankuasa Bebas yang berfungsi, bukan sekadar jawatankuasa ‘kosmetik’ dan mempunyai kuasa yang terhad.

Oleh itu, peranan Jawatankuasa Bebas perlu ditambahbaik dan menumpukan perhatian kepada pengurusan Covid-19 seperti yang pernah dilakukan di New Zealand. 

Epidemics Response Committee: Covid-19 2020 (Jawatankuasa Respon Wabak: Covid-19 2020) merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan parlimen New Zealand untuk meneruskan fungsi semak dan imbang terhadap tadbir urus kerajaan Jacinda Ardern, selepas sidang parlimen terpaksa ditangguhkan apabila lockdown tahap 4 dilaksankan pada bulan Mac 2020. 

Penubuhan Epidemics Response Committee: Covid-19 2020 adalah  pendekatan efektif untuk memberi kritikan konstruktif kepada kerajaan bagi menambahbaik strategi mengatasi krisis Covid-19.  

Jatwankuasa ini diketuai oleh Ketua Pembangkang New Zealand pada waktu itu, Simon Bridges (Parti Nasional). Daripada 11 orang ahli jawatankuasa, majoritinya ialah ahli parlimen pembangkang dan parti minoriti di New Zealand. 

Komposisi ini dibentuk supaya prinsip semak dan imbang dapat dijalankan dengan telus tanpa konflik berkepentingan antara ahli parlimen yang menyokong kerajaan dan jemaah menteri.  Secara tidak langsung, ia menunjukkan komitmen kerajaan mengiktiraf peranan pembangkang untuk bersama-sama menguruskan New Zealand ketika krisis Covid-19. 

Epidemics Response Committee telah mebincangkan lebih 12 bidang meliputi pendidikan, kesihatan, pekerjaan, ekonomi dan hubungan masyarakat Moari. Kesemua JPK di parlimen New Zealand bekerjasama dalam jawatankuasa ini dalam membincangkan isu-isu berbangkit semasa Covid-19. 

Sepanjang tempoh lockdown, persidangan jawatankuasa dilakukan secara maya dan turut melibatkan pandangan pakar dan pemegang taruh untuk meneliti impak dasar kerajaan New Zealand mengatasi krisis Covid-19. 

Menteri dan ahli pentadbir perlu hadir ke Jawatankuasa ini untuk memberi keterangan dalam sesuatu isu. Namun, pernah terjadi isu apabila Menteri Kewangan New Zealand, Carelee McLiesh gagal hadir pada sesi pendengaran  Epidemics Response Committee dan tindakan ini dikritik hebat oleh orang awam dan pengerusi jawatankuasa.  

Kesemua sesi pendengaran dan prosiding jawatankuasa disiarkan secara langsung melalui platform media sosial dan arus perdana. Ia memberi jaminan bahawa setiap prosiding jawatankuasa diketahui orang awam fan dilakukan secara telus dan terbuka. 

Epidemics Response Committee telah dibubarkan parlimen pada 13 Mei 2020 memandangkan situasi Covid-19 di New Zealand kian reda. Apa yang penting, setiap laporan dikemukakan oleh jawatankuasa telah dibahaskan parlimen New Zealand apabila parlimen kembali bersidang pada penghujung April 2020.  

Fokus kepada tadbir urus dan strategi

Kini, badan eksekutif mempunyai kuasa yang begitu besar semasa darurat. Oleh sebab itu, fungsi semak dan imbang tidak boleh dipinggarkan supaya kerajaan tidak menggunakan kuasa diluar kawalan yang boleh memberi impak buruk kepada rakyat dan negara. 

Model Epidemics Response Committee perlu menjadi contoh kepada struktur dan fungsi Jawatankuasa Bebas yang bakal ditubuhkan. Sebuah model jawatankuasa dari New Zealand ini sekurang-kurangnya telah berjaya menurunkan kadar kes Covid-19 dan memulihkan asas ekonomi negara mereka dengan baik.  

Saya optimis bahawa kerajaan PN tidak mempunyai halangan untuk menambahbaik Jawatankuasa Bebas memandangkan New Zealand juga pernah menubuhkan jawatankuasa yang hampir sama ketika mereka ditahap yang kritikal dengan jayanya.  

Apabila Jawatankuasa Bebas memberi fokus kepada semakan dan kritikan membina terhadap pengurusan kerajaan PN, tentunya ia memberi pandangan yang boleh menambahbaik pelan dan strategi memerangi wabak Covid-19. 

Jika perancangan yang menyeluruh antara Jawatankuasa Bebas dan kerajaan mampu mengurangkan penularan Covid-19, tempoh darurat boleh ditamatkan secepat yang mungkin.  

Jika kerajaan PN serius dalam membentuk perpaduan dan kerjasama, penubuhan jawatankuasa parlimen dalam mengatasi pandemik ialah platform terbaik buat kerajaan dan pembangkang berganding bahu bagi menguruskan krisis Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.  

Ia juga akan membina keyakinan orang awam terhadap hala tuju negara untuk keluar daripada krisis politik, ekonomi dan kesihatan yang berada di tahap yang kritikal.



KHAS BUAT WALAUN YANG JAJA MELAYU DAN AGAMA ISLAM TERANCAM ?

 

Aku nak tanya sepanjang 22 bulan PH jadi kerajaan apa yang rakyat dapat..

 

Kelantan dan Terengganu dapat  Royalti Minyak.

 

Projek Jambatan  Palekbang - Penambang  , Tumpat yang berpuluh tahun tinggal Batu tanda diluluskan semasa PH jadi Kerajaan.

 

Program My Salam diperkenalkan untuk meringankan bebanan rakyat Malaysia yang menghadapi 50 penyakit kroni.

 

Program E Wallet diwujudkan dengan pemberian RM30 bagi menwujudkan cashless society setanding dengan negara maju yang lain.

 

PH juga memperkenalkan diskaun kepada penguna Tren demi kesejahteraan rakyat khasnya dibandar.

 

GST dihapuskan sebaik saja PH jadi kerajaan..

 

Program Rebat Elektrik diperkenalkan 

 

Program I-Suri juga diwujudkan semasa PH.

 

FELDA dipulihkan, TH dibersihkan semula..

 

Malah pelbagai insentif lain juga diperkenalkan demi kebajikan rakyat, tapi masa tu LIPAS dan UMNO menfitnah PH dan menghasut orang Melayu kononnya PH dikuasai DAP sehingga ramai yang terpedaya.

 

PAS DAN TRUMP SAMA 'SEBIJI', KALAH PILIHAN RAYA TAPI NAK JADI KERAJAAN - MOHAMAD SABU

 


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyifatkan Pas  menurut jejak Donald Trump yang dikenali sebagai pemuja keunggulan orang kulit putih (white supremacy).

Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 sejak tahun 2016 itu juga didakwa menghasut penyokongnya menyerang ganas bangunan Capitol minggu lalu.

“Saya berucap di Parlimen menentang kempen ‘white supremacy’ yang dibawa oleh Trump.

“Tetapi Pas perjuangkan ‘Malay supremacy’ demi peroleh kuasa walaupun tidak ada satu pun isu Melayu Islam yang mereka bisingkan sebelum ini diselesaikan.

“Yang ada lulus judi 22 kali. Pas ikut sunnah Trump. Yang ikut sunnah Trump itu Pas. Kalah pilihan raya tapi nak jadi kerajaan,” ujarnya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Untuk rekod, kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi daripada lapan kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.

Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, Trump mengisytiharkan darurat di Washington DC selepas penyokong menyerang Parlimen iaitu bangunan Capitol kerana takut hilang kuasa.

“Pas dan Trump sama ‘sebiji’. Cara sama. Tujuan pun sama,” tempelak Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Beliau turut mengingatkan sikap Pas sebelum ini yang kerap menggunakan alasan kerana Islam untuk pelbagai situasi politik.

“Dahulu ketika lawan Umno kerana Islam, nak kerjasama dengan Umno pun kerana Islam, rampasan kuasa tebuk atap juga kerana Islam, menyokong Muhyiddin mohon darurat untuk pertahan kuasa juga kerana Islam.

“Naikkan cabutan khas judi 22 kali setahun pula kerana apa? Islam jadi bahan gadaian,” tambah Mohamad lagi - MalaysiaDateline

 

NAK BUAT MACAMANA ...DAH NAK KEKAL BERKUASA JUGA

 Salam.

 

Punyalah DIA nak kekalkan kuasa, dia telah berusaha dan telah berjaya menyakinkan pihak Istana untuk mengisytiharkan DARURAT. Eh pelik sungguh la kan...dah ada PKPP atau PKPD, kenapa nak di isytihar darurat pulak, kan?. 

Din, ko kata ari tu..Vaksin (cov-19) akan sampai hujung bulan ni, kan?. Kata ko...vaksin tu sedang di uji. Kata ko jugak...vaksin tu 100% berkesan tetapi yang ko DARURATkan seluruh negara tu sampai bulan Ogos tu, kenapa?.

Tak pasal2, nilai ringgit jatuh menjunam semalam. Nak taknak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa nilai pasaran/perniagaan di bursa saham telah jatuh mendadak. Akibat daripada itu?..semalam sahaja, 6 Syarikat multi billionaire telah mengumumkan untuk menutup seluruh operasi mereka di Malaysia dan memindahkannya ke Vietnam, laos, Thailand dan Indonesia. Berapa ramai lagi rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan nanti?. Apa yang ko boleh buat dan tolong mereka?. Sedangkan EPF pun ko berkira-kira. Rakyat betul2 tengah susah sekarang...boleh pulak ko halang mereka dari menggunakan duit mereka sendiri. Pundek betul lah ko Din!!!.

Dahla beribu-ribu orang rakyat Malaysia kini telah kehilangan mata pencarian, tiba2 hari ini... ko nak tambah lagi derita rakyat?. Semata-mata kerana engko nak mengekalkan tampuk pemerintahan?. Dajjal betul lah ko ni Din sembap oiii!.

Pertanyaan ikhlas ni....sejak ko ambil alih kuasa ni kan, ko bagi aku satu contoh kejayaan yang PN berjaya lakukan. Satu contoh jer yang aku mintak. Hah, Satu pun takde?. Isssh, pelik ni. Rakyat nak dengar ni, please la Din oiii. Saya Malas la nak tanya barua2 bangsat PN/MN...sebab mereka semua tu bodoh talingong. Otak mereka semua tu terletak bawah bontot lembik ko, kan Din?. 

Mungkin ada yang marah2 dan sakit hati baca penulisan ini..tapi saya tulis benda betul, realiti dan berfakta so janganlah ambik hati sangat yek!. Saya tak suka tulis mende2 yang penuh dengan fantasi. 

Maka soalan terakhir saya untuk hari ini kepada si sembap Din tote, "jika semua yang engko lakukan hari ini hanya menuju ke arah kehancuran...untuk apa ko beria-ia sangat nak jadi Pee M?". Saya tanya jer nih dan ada sesape yang nak membantah tak?.

Tq.

Yang ikhlas, jujur dan beriman kepada Allah,

Mohd Asri Bakar.

 


UTUS SURAT BUKAN DERHAKA..TERIMA TITAH HASUT JANGAN MENGADAP TU DERHAKA

 

Azizan Muhmad Noh

 

Jika ada yang tak faham kenapa Anwar pula yang utus surat kepada YDP Agong untuk membatalkan perisytiharan Darurat..aku nak jelaskanh..

 Ds Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang yang diiktiraf dalam perlembagaan Malaysia dan kedudukan PH pula sebagai pembangkang rasmi dan dalam system Westminister, pemimpin yang memegang jawatan Ketua Pembangkang adalah calon Perdana Menteri.

 Jadi, Anwar berhak sesuai dgn kedudukan dan jawatannya mengutus surat kepada YDP Agong, tidak timbul isu derhaka.. yang derhaka, bila dipanggil mengadap, dia larang anak buah dia mengadap, itu DERHAKA..😊

 

 

 


KISAH TIPU SULTAN

 


Pengarah filem Bollywood Akbar Khan kirim foto kenangan. Drama epik yang disutradarai beliau berjudul ‘The Sword of Tipu Sultan’ amat mengesankan saya sebagai peminat drama atau filem yang berlatarbelakangkan sejarah.




PH SUDAH TOLAK DARURAT, TAK PERLU SETUJU SERTAI J/KUASA KHASNYA



Pendirian blok pembangkang secara prinsipnya adalah menolak darurat yang perlaksanaannya adalah atas nasihat Muhyiddin Yassin yang ditanggapi sudah hilang sokongan majoriti kepada Yang Dipertuan Agong.

Mesyuarat Majlis Presiden dalam kenyataannya dua hari lalu menyebut, mereka mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Muhyiddin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan negara daripada ancaman Covid19.

Majlis Presiden juga melihat perlaksanaan darurat yang turut menggantung Parlimen pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman boleh berjalan seperti biasa boleh menjejaskan proses semak dan imbang, merencatkan demokrasi serta menafikan suara rakyat, sekaligus memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan apa saja dengan sewenang-wenangnya.

Untuk itu, sesuai dengan pendirian tersebut, tidak ada keperluan sama sekali untuk pihak pembangkang menerima pelawaan kerajaan untuk menganggotai jawatankuasa khas mengenai darurat.

Sebelum ini Anwar Ibrahim difahamkan telah menerima surat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan agar memberikan tiga nama bagi menganggotai jawatankuasa tersebut.

“Ya, Takiyuddin telah menghantar surat awal petang semalam kepada Anwar atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

“Menteri telah meminta Anwar menyerahkan tiga calon untuk mewakili pembangkang mewakili jawatankuasa bebas itu,” kata satu sumber.

 

Sementara itu, DAP pula mahu melihat perincian mengenai jawatankuasa tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,  Anthony Loke berkata, partinya tidak dapat memberikan komitmen untuk menyertai jawatankuasa itu tanpa terlebih dahulu mengetahui perincian dan bidang kuasa jawatankuasa berkenaan.

“Kami perlu dapatkan perincian terlebih dahulu, termasuklah tujuan dan bidang kuasa jawatankuasa itu.

“Tanpa perincian, kami tak dapat beri komitmen kami,” kata Ahli Parlimen Seremban itu lagi.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, menggesa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang tidak menyertai jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan berhubung pelaksanaan darurat.

Beliau berkata, pembangkang perlu menolak untuk menyertai jawatankuasa itu kerana proklomasi darurat telah diumumkan oleh seorang Perdana Menteri dan kerajaan yang sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Katanya, jika pembangkang setuju menyertai jawatankuasa itu, ia bermakna mereka memperakui keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sesungguhnya, apa yang dihujahkan oleh Mahfuz ini amat tepat dan wajar dijadikan pendirian bersama yang kekal oleh blok pembangkang.

Tidak perlu mana-mana pihak cuba bersikap lunak atau berlembut untuk menganggotai jawatankuasa darurat itu.

Selain itu, dengan sudah menolak perlaksanaan darurat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, bersetuju menganggotai jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan bererti pembangkang telah mencabuli ketetapan sendiri.

PH dan blok pembangkang sebaliknya mesti kekal dengan pendirian terus berjuang menolak darurat sehingga ia dibatalkan kerana rakyat sendiri ternampak tidak gembira dengannya. 

(Shahbudindotcom 14/01/2021)