Mungkin Pas, Umno bertanding 3 penjuru di Terengganu - Azan




Kemelut politik yang berlaku di Terengganu antara Pas dan Umno tidak mungkin boleh diselesaikan dengan mudah.

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, persaingan politik dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri itu tidak sama dengan negeri-negeri di Pantai Barat.

Katanya, ahli bawahan Pas misalnya mempunyai pendapat tersendiri mengenai Umno sejak sekian lama. Begitu juga ahli Umno yang mencurigai ahli Pas.

Jika di negeri lain, kata Azan, pimpinan atasan parti boleh memaksakan kehendak mereka dan ahli bawahan patuh. Di Terengganu keadaan agak berlainan. Gelombang perubahan akar umbi misalnya pernah mengkhianati Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2018.

Terengganu mempunyai ahli Umno yang banyak namun negeri itu tumbang ke tangan Pas kerana pemikiran ahli dan penyokong yang beralih arah.

Satu lagi faktor, menurut Azan, sekiranya pembahagian kerusi tidak selesai dan Pas berkeras mahu mempertahankan 6 kerusi Parlimen dimenangi sekarang, Umno juga pasti berkeras menuntut dibahagikan 8 kerusi Parlimen Terengganu secara sama rata.

Mungkin persetujuan dicapai sebelum tarikh penamaan calon tetapi jangan dilupa Pas pernah tidak menepati janji. Misalnya dalam PRU 13 parti itu memperuntukan kerusi untuk KEADILAN di Pantai Timur tetapi mereka meletakkan calon dan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Malah di negeri yang Pas tiada pengaruh kuat seperti di DUN Kota Damansara, Selangor pun berlaku pertandingan 3 penjuru di dalam Pakatan Rakyat.

"Saya yakin (dalam keadaan terburuk) Pas akan mengulangi cara lama dalam pilihan raya. Pas parti politik bukannya parti agama. Kalau berpegang teguh pada agama memang perjanjian itu mustahak dan perlu ditunaikan. Kalau berpaksi pada Allah dia kena tunai tetapi dalam politik (sebelum ini) dia kata lain.

"Saya tak terkejut Pas akan meneruskan agenda ketetapan sebagaiaman dia umumkan (bertanding 6 kerusi Parlimen). Semasa Pas dalam Pakatan Rakyat dulu kita buat perjanjian dengan kukuh pun mereka cari jalan tindih kerusi kita. Jadikan pertandingan tiga penjuru sehingga kedua-duanya kalah dan mereka tidak rasa bersalah.

"Apatah lagi dengan Umno yang selama ini dia kata undi Umno itu haram, tidak boleh didekati dan musuh, serta ia sama sekali ditegah (berurusan) dalam agama," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Keadaan akan menjadi lebih buruk, katanya, jika isu Terengganu tidak dibawa berbincang secara serius oleh MN peringkat pusat dan kedua-duanya bertanding tidak menggunakan logo yang sama.

Pemimpin peringkat negeri mungkin akan mendesak presiden Pas mengeluarkan watikah bertanding untuk calon Pas secara senyap-senyap dan hanya akan diketahui bertindih kerusi pada hari penamaan calon.


PPBM HANYA MENYUMBANG JAWATAN PM JIKA MASUK MN

PEMIMPIN TAK KUARANTIN, DR ROZAIMI SEDIH, MOHON JANGAN SEKEH KEPALA

MN PECAH ATAU PN TERPECAH


Kerajaan yang memerintah sekarang adalah Perikatan Nasional atau PN, walaupun ia belum lagi didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang sah.
Meskipun UMNO dan BN adalah kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam PN, tetapi ia sudah mengesahkan tidak akan menyertai PN selepas didaftarkan nanti.
Setujunya UMNO dan BN berada dalam PN adalah semata-mata sehingga habis tempoh Parlimen PRU14, manakala untuk PRU15, UMNO dan BN hanya komited untuk bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional atau MN.
MN juga bukan sebuah gabungan yang sah, cuma sebagai hubungan pengikat untuk UMNO dan Pas bekerjasama serta bagi mengelakkan bertembung sesama sendiri.
Melalui MN, UMNO dan Pas akan menggunakan logo masing-masing ketika pilihanraya, tetapi akan saling bertolong bantu antara satu sama lain.
Sementara UMNO tidak mahu menyertai PN, parti itu dan Pas bagaimanapun setuju menjemput Bersatu untuk menyertai MN.
Namun demikian, respon akar umbi UMNO didapati rata-rata menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN.
Dalam hal ini, Pas yang berada dalam MN bukan saja setuju Bersatu dibawa masuk ke dalam MN, bahkan mengesahkan akan turut menyertai PN.
PN secara asasnya adalah gabungan yang sudah menjadi kerajaan dan kini ingin dijadikan sebuah gabungan politik tajaan Muhyiddin Yassin.
Dengan Muhyiddin menaja penubuhan PN, sudah tentulah beliau yang akan jadi ketua atau pengerusi gabungan tersebut nanti.
Dalam erti kata lain, ada tiga entiti politik berbeza sekarang iaitu PN, MN dan BN.
Dalam BN, ada UMNO, MCA, MIC dan PBS.
Dalam MN ada UMNO serta Pas dan selepas ini akan turut disertai Bersatu.
Dalam PN, setakat ini hanya ada Bersatu dan satu-satunya parti yang sudah mengesahkan akan menyertainya ialah Pas, manakala UMNO enggan bersamanya, begitu juga lain-lain parti masih belum memberi sebarang komitmen.
Sementara UMNO yang sudah sedia bersama BN hanya komited untuk bersama MN, Pas dan Bersatu ingin berada di dalam lebih daripada satu entiti.
Pas yang sudah bekerjasama dengan UMNO melalui MN ingin pula menyertai PN kerana di situ ada Bersatu yang memberi parti Islam itu banyak jawatan, kedudukan dan nikmat dunia yang mereka tak pernah terbayangkan sebelum ini.
Bersatu pula, meskipun menaja penubuhan PN, dalam waktu yang sama tidak menolak mahu menyertai MN bagi memastikan kedudukan lebih selamat dalam PRU akan datang.
UMNO enggan bersama Bersatu dalam PN adalah kerana tidak mahu berkongsi kerusi, terutama kepada kumpulan pelompat yang diketuai Hamzah Zainuddin dan kumpulan pengkhianat Azmin Ali yang kini mengepung erat Muhyiddin untuk menyelamatkan masa depan politik mereka.
Begitu pun, perkembangan mutakhir ini menampakkan banyak kekeliruan antara UMNO, Pas serta Bersatu dan kedudukan ketiga-tiganya di dalam MN atau PN.
Pas yang sudah berada di dalam MN, kini mahu menyertai PN dan ia sama seperti Bersatu yang menaja penubuhan PN, tetapi setuju juga menyertai MN.
Hanya UMNO yang berbeza iaitu mahu bersama MN, namun enggan menyertai PN.
Lalu, ke mana akhirnya hubungan mereka itu?
Bolehkah ketiga-tiga parti itu bersatu hati, baik di dalam MN atau PN atau salah satu gabungan itu terpaksa dikorbankan?
Antara MN dan PN, mana yang lebih dulu bakal terpecah? (Shahbudindotcom 21/08/2020)


KALI PERTAMA NEGATIF..KALI KEDUA POSITIF


Rina Hamzah

Khairuddin perlu kuarantin wajib selama 14 hari seperti mana rakyat biasa ‼️

Makcik gelang pink saringan pertama pun negatif tetapi selepas 13 hari menjalani kuarantin beliau didapati positif Covid-19.

Begitu juga dengan kluster Sivagangga. Saringan awal juga pun mendapati dia negatif. Tapi kemudian diuji positif. Akhirnya wujud satu kluster yang besar ‼️

Tinggi betul darjat, martabat menteri tu..

KEBAL UNDANG-UNDANG SANGATKAH MENTERI PAS-PN tu ‼️

#KlusterSyurga

JIKA TIDAK KERANA TUN?

KALAU IKUT PENYAMUN


W.Faudzin

Semenjak jadi kerajaan tebuk atap dan bersekongkol dengan umno, parti lebai pun ikut stail umno.  Guna bilik mesyuarat jkkk untuk mesyuarat parti.  Inilah kononnya parti yang bawa nama Islam.

Waktu PH jadi kerajaan dulu, sewaktu PRK, mereka  nampak bendera PH yang mereka sendiri lekatkan di kereta kjaan, puak-puak lebai ni terpekik terlolong maki hamun kita kononnya kita guna kereta kjaan.  Skrg ni, terang-terang mereka guna pejabat Jkkk.  Inikah cara Islam?  Beginikah parti yang nak bercakap soal hudud?

Sebab tu, bak kata orang tua-tua, jangan berkawan dengn penyamun nanti sikit sebanyak tahu ilmu menyamun.



PAS BUAT PERANGAI LAGI, MAIN DUA KOLAM

Diperalat buat SD liwat: Polis akan soal siasat Ramesh Rao.Jangan sekadar siasat. Anwar harus saman beliau.

Diperalat buat SD liwat: Polis akan soal siasat Ramesh Rao

JANGAN BANYAK MAKAN KISMIS MINDA.


Assalamualaikum....,

Dah makan kismis pagi ni?. Bagus...tapi jangan lah korang ingat kerana kismis, otak korang akan bergeliga. Kena usaha dalam mencapai apa-apa jua yang kamu cita-citakan. Akhirnya, terserah jua kepada Qada' dan Qadar.

Kini, isu Kharuddin At takkuarantini jelas menimbulkan tanda tanya dan persoalan di dalam minda masyarakat. Mereka mula bertanya "bagaimana mungkin si Khairuddin ini boleh mendapatkan gelaran doktor falsafah, dia beli ker?". persoalan ini timbul dek tindak tanduknya itu tidak sekata/selari dengan anugerah yang di milikinya itu.

Itulah antara contoh yang nyata bahawa..kismis kadang kala tidaklah mendatang kecerdikan sangat, tetapi turut mengundang kekusutan. khairuddin sendiri adalah seorang pengusaha atau penjual kismis dan dia telah memakan (kismis) terlalu banyak sehingga dia kini berada di dalam KEBODOHAN DAN KEMURUNGAN yang melampau!!!.

Soalanya, KERAjaan MN/PN ini memiliki Menteri yang gila? atau....orang-orang PASik itu sendiri yang gila sebenarnya?. Tolong lah, individu-individuatau pemikiran-pemikiran  yang bodoh serta baghal camtu....korang jgnlah ikut kecuali anda sememangnya tergolong sebagai seorang yang bodoh dan gila!.

Ikhlas,

Mohd Asri Bakar.



LANGGAR SOP


Rina Hamzah

Ajaran Islam-PAS memang disuruh langgar SOP, langgar arahan/ undang-undang yang telah ditetapkan ka !!

ABAHKAU Muhyiddin dah kata dulu... '𝗣𝗔𝗦 - 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁'.

Kalau dah sesat semua nak dilanggarnya.. 𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗜𝗟

Perangai LEBAI camni kah nak dijadikan contoh teladan kepada rakyat..

#PasPartiAjaranSesat

KEDUDUKAN ZAHID DALAM UMNO GOYAH?

SOP COV1D-I9 UNTUK SIAPA?



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam ciapan di twitter merujuk bagaimana hukuman pelanggaran SOP berbeza antara pemimpin dan rakyat. "Menteri: Tak perlu ikut SOP. Tak perlu kuarantin. Tak perlu bayar denda, kalau kena pun paling minimum. "Rakyat: Makcik didenda RM8,000 kerana melanggar perintah kuarantin," ciapnya.




PEMIMPIN AMANAH MELOMPAT KE PAS CERITA LUCU



Ahli Parlimen AMANAH Sepang, Muhammed Hanipa Maidin menempelak, kerana Ahli Parlimen AMANAH lain, iaitu Mohamad Sabu, Khalid Samad, Datuk Seri Mujahid Yusof, Dato' Mahfuz dan beliau sendiri tidak disebut. "Sampai hati depa tak sebut Kota Raja, Shah Alam, Parit Buntar, Pokok Sena dan Sepang...tak baik tauuu !!!"! Sindirnya di Facebook.




TAJUK : BICARA YB. KHALID ABDUL SAMAD (SIRI 69) "ULAMA PAS BOHONGI AHLI PAS?"



JANGAN JADI REGIMLAMA.MENGKRITIK DIANGGAP MUSUH



TAUFIK HALIM

Dulu aku kritik Hadi ketika cuba bermain dengan Umno dalam gelap,kemudian Azmin,last Atok,tatkala ramai kata "adudomba"..
akhirnya nasi jd bubur,PH berkucar lanar tak kenal dah mana musuh mana sahabat...Sekarang MatSabu yang beraliran agama datang lagi dengan bertindak diluar kehendak dibawah yang menolak Atok,tp katanya terus bersama PH,inilah juga apa yg dilaku spesis Atok n spt aku sebut nama diatas,mereka belum ada kekuatan untuk keluar tapi cara mereka mencelarukan pendokong juga rakyat...

Bagiku sudah-sudah lah menyalah penegor seperti mana macai umno/walaun pas yang mendewakan pemimpin,kita kan PH politik baru jdlah tegoran itu sebagai amalan, jangan sama dengan regim lama yang menganggap pengkrituk sebagai musuh..

*bgku pemimpin kita ph hendaklah dekat dgn org bawah bukan sudah ada kuasa dah makin jauh,n anggap yg menegor sbg musuh takda beza dgn umno,bg pendokong pula usah marah sangat dgn kawan2 dibawah yg menegor,krn yg dibawah bukan pembuat keputusan ,jk tersilap sekalipun tak mmberi kesan besarpun.
$gambar dibawah sekadar hisan,Description: 🤗

Image may contain: 3 people, text that says "Salahuddin Ayub 2h Petang ini saya bersama YB Mahfuz Omar turun berkempen di PRK N58 Slim membantu calor bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. EA QOY +3"

Tony sekolahkan Menteri PN: Pulang dari luar negara wajib kuarantin!



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) terus tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini. 
Terbaru, Menteri Perikatan Nasional (PN), Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri didakwa melanggar SOP Covid-19 apabila tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara awal bulan ini.
Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang membandingkannya dengan kejadian seorang pelajar didenda sebanyak RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan sempurna di tempat awam.  
Sumber terdekat pemimpin PAS itu seperti dilapor media berkata Khairuddin menjalani pemeriksaan dan ujian khas Covid-19 sebaik tiba di tanah air dari luar negara pada 7 Julai lalu dan disahkan negatif wabak itu. 
Namun, bagi Ahli Parlimen Damansara Utama, Tony Pua, alasan berkenaan tidak boleh diterima kerana setiap rakyat Malaysia termasuk pemimpin yang pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin kendiri. 
“Ujian Covid-19 negatif maksudnya tak perlu duduk di hospital.
“Tak bermaksud tak perlu kuarantin! Pulang dari luar negara wajib kuarantin!
“Virus memakan masa sehingga 14 hari untuk berkesan,” tegasnya dalam hantaran di Facebook, hari ini. 
Untuk rekod, kerajaan mewajib setiap rakyat Malaysia yang baru tiba atau pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari. 

Menteri tabur gula-gula, janji bina dua menara telekomunikasi di Dun Slim. 8 dulu di Chini dah siap kah?

Menteri tabur gula-gula, janji bina dua menara telekomunikasi di Dun Slim

Semasa dalam tempoh berkempen ketika ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Kerajaan PN akan membina dua menara telekomunnikasi di Dun Slim.
Menurut Saifuddin, dua menara telekomunikasi baharu itu akan dibina di Risda Changkat Sulaiman dan Risda Changkat Serunai bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan jaringan di kawasan tersebut.
Katanya, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
“Ada tambahan lima lagi menara baharu yang memberikan perkhidmatan 4G sedang dirancang dan 25 alat pemancar di menara sedia ada akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G.
“Bagi Felda Besout pula, sebuah alat pemancar sedia ada telah pun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G pada suku pertama tahun ini,” katanya ketika membuat tinjauan di Pusat Media sempena PRK DUN Slim, di sini semalam.
Mengulas lanjut Saifuddin berkata, terdapat tujuh Pusat Internet yang dibina oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di bawah peruntukan Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di kawasan DUN Slim.
Katanya, daripada jumlah tersebut lima beroperasi di Felda Besout 1 hingga 5, manakala dua masing-masing di Trolak Utara dan Trolak Selatan.
“Kita galakkan orang ramai menggunakan pusat-pusat internet yang sedia ada ini dapat digunakan untuk e-dagang dan saya yakin penduduk tempatan di sini mampu menggunakan kandungan-kandungan yang disediakan.
“Di pusat-pusat internet itu memang sudah tersedia kandungan-kandungan berkaitan e-dagang termasuk Job Street dan sebagainya,” katanya.
Jelas beliau lagi, pihaknya sedar terdapat keperluan untuk menaiktaraf perkhidmatan telekomunikasi di beberapa tempat di DUN Slim terutamanya di kawasan pedalaman.

NIKMAT KA JADI KHODAM PECACAI?SEKARANG SIAPA DAPAT DEDAK

Mana-mana parti pembangkang perlu belajar daripada PAS untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad. "Ada orang nak ajar PAS (berlawan dengan BN). Nak lawan BN kena belajar dengan PAS. Ini baru nak belajar jadi pembangkang, nak ajar kita jadi pembangkang pula. "Itu pun pasal dia lari dari Umno sebab tak dapat dedak, bukan kerana prinsip. Kita belajar lebih 60 tahun," katanya ketika berucap pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini. Tanpa menamakan individu terbabit, kenyataan Idris itu dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad. Idris berkata PAS telah lama berdepan musuh politiknya itu hampir setiap pilihan raya, kecuali sekali ketika membentuk kerajaan campuran bersama BN pada 1974.

OOOII AHLI UMNO ? TEKA BERAPA AZEEZ SAKAU DUIT RAKYAT ?

Azeez Rahim tak mengaku terima rasuah RM5.2j, ubah wang haram hampir RM140j



Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.6 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Beliau dihadapkan dengan tiga pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla). Untuk pertuduhan rasuah, Abdul Azeez didakwa menerima RM5.2 juta daripada Pengarah Menuju Asas Sdn Bhd Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, sebagai habuan kerana membantu syarikat itu mendapat projek pembinaan lebuh raya dan penambahbaikan jalan di Perak dan Kedah. Transaksi dikatakan berlaku antara Disember 2010 hingga April 2018. Bagi setiap pertuduhan, Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda lima suapan, mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit bersalah. Untuk pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa menerima wang haram bernilai sehingga RM139.41 juta daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd. Transaksi dikatakan berlaku antara 10 Mac 2010 hingga 30 Ogos 2018. Sementara itu, abangnya Abdul Latif Abdul Rahim juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez berkenaan suapan berjumlah sehingga RM4 juta berhubung projek lebuh raya bernilai RM644.48 juta. Hakim Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM800,000 beserta seorang penjamin untuk Abdul Azeez, dan RM500,000 beserta seorang penjamin untuk Abdul Latif.





RINA HAMZAH


Image may contain: 2 people, text that says "HOI AHLI UMNO, CUBA TEKA BERAPA AZEEZ SAKAU DUIT RAKYAT? Bersatu.TV @BersatuTV Bersatu TV bersatu.tv AZEEZ RAHIM DAN ANAK BERANAKNYA ADA 4 SYARIKAT. SEMUA SYARIKAT INI DIA BUAT UNTUK SAKAU DUIT RAKYAT MELALUI PROJEK JALAN DI KEDAH DAN PERAK. BERAPA JUMLAH AZEEZ SUDAH SAKAU? RASUAH; MELIBATKAN RM5.2 JUTA DAN JENG JENG JENG... PENGGUBALAN WANG HARAM RM 40 JUTA!"

Orang Melayu nak tau cerita tak ? Cerita terbaru pasal Azeez Rahim yang pernah terkantoi tahap gaban dibogelkan oleh Mujahid masa debat minggu lepas.

Ini bukan cerita debat. Tapi pendedahan dalam Mahkamah Sesyen KL yang boleh bikin orang melayu ( khasnya ahli dan penyokong UMNO ) untuk korang berfikir 100 kali sampai bila nak kena tipu dengan pemimpin UMNO macam Azeez Rahim ni ?

Korang kena tipu dah tahap maksima dah ni. Sampai bila nak kena kencing dengan pimpinan UMNO yang membohong siang malam cerita bab melayu tapi kat belakang kaw-kaw menyamun dan mentekedarah hak melayu.
Azeez Rahim dan anak beranaknya ada 4 syarikat . Semua syarikat ni dia buat nak sakau duit rakyat. Azeez empat beranak create company ni pasal nak sakau Projek jalan di Kedah dan Perak.

Jumlah Azeez Raheem sakau teka berapa ? Rasuah RM5.2 juta dan jeng jeng jeng... Penggubalan Wang Haram RM140 juta !

Tu dia... idop melayu ! korang dapat apa ? Takat dapat makan mee hoon, karipap air sirap aje lah masa mesyuarat cawangan.....
CNP from bersatu tv.