KAJIAN KEMENTERIAN KERJA RAYA TOLAK AMBIL ALIH KONSESI TOL?

PERBICARAAN SRC, 1MDB TENTUKAN KEMASUKAN PELABURAN ASING

Selepas Ramai Netizen berbangsa Cina Komen berkenaan Kes Rotan Dan ini pandangan Cikgu korea terhadap kejadian yg tular itu.Lihat keputusan murid ini.


Tiada penerangan foto disediakan.





Tular merata video seorang ibu memarahi guru kerana merotan anaknya hingga berbekas di lengan, betis dan paha.
Isu ini menjadi sangat panas sehingga KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan media supaya siasatan adil dilaksanakan.

Banyak pihak minta aku ulas isu ini. Maka aku menulis dari sudut pandangan aku.
1. Dalam kes ini, kedua-dua pihak ada melakukan kesalahan. Murid melanggar peraturan sekolah (menghina guru), dan guru pula bertindak balas dengan merotan dengan berlebihan. Jelas, dua-dua salah.
2. Namun dalam isu ini, perlu dipersoal siapa yang merakam video. Itu kesalahan yang patut didakwa dan diharap pihak KPM mahu pun sekolah tidak mengambil ringan hal itu.
3. Perakam merakam video dengan tujuan untuk mengaibkan guru dan pihak sekolah. Adalah menjadi kesalahan merakam penjawat awam di premis mereka kemudian menyebarkan dengan niat memburukkan mereka.
4. Adakah pelawat (ibu pelajar) memakai pass pelawat dan melapor diri pada pengawal keselamatan sebelum masuk ke sekolah? Jika tiada, satu lagi tindakan perlu diambil. Sekolah adalah tempat selamat untuk murid-murid, jika sesiapa boleh menceroboh tanpa pas pelawat dan tanpa lapor diri, tindakan perlu diambil kerana ini isu keselamatan.
5. Pentadbir. Tindakan pentadbir dalam kes ini dilihat sangat cuai dan tidak memberi peranan. Di seluruh negara, kes seumpama ini kerap berlaku. Ibubapa datang mengadu sepatutnya melalui pentadbir, bukan berhadapan dengan guru itu sendiri.
Satu keputusan yang salah membiarkan ibubapa yang kemarahan berhadapan dengan guru yang bengang. Dalam kes ini, aku puji guru tersebut masih kekal tenang dan masih bersopan dengan penyerang dengan memanggilnya ‘puan’.
6. Itu antara kesalahan yang aku perasan sepanjang tempoh rakaman yang berdurasi 2 minit 18 saat itu. Berbalik pada guru tersebut, tindakannya merotan sebegitu rupa pada aku adalah melampau. Adalah salah untuk bertindak sampai tahap itu.
NAMUN, pada aku pelajar itu yang mencetuskan provokasi melampau dan sangat biadab!
Berkata pada kawan-kawan lain di depan guru tersebut dengan menggelarnya ‘pondan’ adalah satu perbuatan biadab yang memang akan mencetuskan perasaan marah sesiapa sahaja.
Maka tidak hairanlah seorang guru yang berdedikasi dan disayangi pelajar-pelajar lain bertindak diluar jangkaan sebegitu.
7. Aku banyak membaca komen-komen dari pelajar dan bekas pelajar beliau, guru itu memang guru yang bagus!
Beliau disayangi oleh pelajar Cina, India dan Melayu. Ramai pelajar beliau datang ‘back up’ beliau selepas video itu ditularkan.
8. Aku sejujurnya terkejut dengan tindakan netizen. Aku menjangkakan banyak kemarahan netizen pada guru tersebut terutamanya dari kaum Cina. Ini kerana pelakunya orang Melayu dan yang dirotan itu orang Cina.
Namun ini tidak berlaku!
Sebaliknya netizen rata-rata menganggap pelajar itu melampau batas dan memang patut dikenakan hukuman.
Banyak komen-komen dari netizen berbangsa Cina ‘back up’ cikgu tersebut. Aku sangat terharu dengan hal ini.
Menandakan orang ramai masih menghormati profesion seorang guru tanpa mengira kaum dan agama. Perpaduan di negara kita masih erat sebenarnya.
Tiada isu perkauman yang ditimbulkan. Isu yang semua orang timbulkan ialah;
“Kenapa you biadab pada cikgu you?”
Itu isunya. Perakam yang menyebarkan video pasti menyesal kerana harapan perakam pastinya mahu melihat netizen mengecam guru, namun sebaliknya yang berlaku.
Bahkan ada yang ingin mengutip dana sekiranya cikgu tersebut didakwa di mahkamah. Dan netizen itu ialah orang Cina. Wahhh, terharu tengok perpaduan seperti ini.
Penularan video ini membuka mata rakyat Malaysia bahawa kita sebenarnya masih harmoni dan damai hidup berbilang bangsa.
Mungkin kita tidak sependapat dalam beberapa perkara, namun dalam soal menghormati guru kita semua sepakat dan bersatu hati.
Adalah menjadi harapan aku agar isu ini diselesaikan dengan cara aman dan harmoni tanpa perlu melibatkan mahkamah dan dakwaan.
Namun sekiranya itu berlaku, aku akan memberi sokongan penuh pada guru tersebut.
Sekian, terima kasih.
************
– Ini adalah pandangan peribadi penulis. Tidak mewakili mana-mana pihak dan jabatan. Harap maklum.
#MFS
– Guru masih dihormat. Terima kasih Malaysian! –
Sumber: Mohd Fadli Salleh via coretan Hati

WAWANCARA HAZIQ MEMANG MEMALUKAN, TAPI TIADA TINDAKAN DARIPADA AZMIN LEBIH LAGI MEMALUKAN


Barangkali kita boleh bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menganggap wawancara media dalam bentuk pengakuan Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz adalah sesuatu yang memalukan jika dibaca kanak-kanak.
Ini kerana dalam wawancara itu beliau bukan saja menceritakan tentang bagaimana hubungannya dengan Azmin Ali bermula, malah mendetailkan tentang hubungan intim antara mereka.
Ia termasuk siapa yang menjadi “lelaki” dan “perempuan” di antara mereka berdua.
Lebih-lebih lagi, akhbar tersebut juga didakwa dilanggan oleh sekolah-sekolah, selain saluran televisyen turut mengutip wawancara itu sebagai bahan berita.
Untuk sesiapa yang belum membacanya, di bawah ini disertakan pautan untuk kita sama-sama menilainya –
Meski begitu, di sebalik mungkin ada yang mengecam Haziq kerana setuju memberikan kisah hidupnya untuk dikongsi secara terbuka, sisi lain yang lebih memalukan ialah kerana Azmin sehingga ini tidak berbuat apa-apa menangkisnya.
Jika wawancara dan kisah yang diceritakan Haziq itu tidak benar, silalah nafikannya, buat laporan polis atau samanlah beliau dengan tuntutan berjuta-juta.
Soalnya, kenapa Azmin hanya berdiam diri saja?
Sukarkah menafikan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq jika semua yang diceritakannya dalam wawancara itu adalah tidak benar dan fitnah?
Dalam hal ini, jika berterusan tiada sebarang penafian, apalagi laporan polis dan atau tindakan menyaman Haziq diambil, malah mungkin beliau akan terus memberikan wawancara dengan pelbagai media lain lagi selepas ini, yang terkepung dengan persepsi buruk ialah Azmin sendiri.
Kepercayaan orangramai terhadapnya akan perlahan-lahan luntur dengan sendirinya.
Maka, demi untuk tidak menyusahkan PH dan Perdana Menteri secara berterusan dalam isu ini, adalah lebih baik Azmin meletakkan jawatannya dengan segera.
Beliau sudah semakin tiada harga dalam kerajaan dengan kedudukannya sekarang, jauh sekali untuk berharap menakuk jawatan yang lebih tinggi di masa depan.
Segala-galanya sudah berakhir baginya. Tun Mahathir pun, jika setelah diberi laporan penuh oleh polis berkenaan ketulenan video dan pelaku-pelakunya, tentu juga tidak dapat berbuat apa-apa akhirnya.
Sekurang-kurangnya dengan meletak jawatan dan mengundur diri, Azmin tidak lagi menyusahkan sesiapa dan keburukan lain mengenai dirinya akan tersimpan dengan sendirinya. (Shahbudindotcom 25/06/2019)

Zuraida dinasihat hormati keputusan Biro Politik PKR




Image result for saifuddin





Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas sidang media sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2019.


PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dinasihatkan agar menghormati keputusan yang dibuat oleh biro politik parti berhubung keputusan kolektif yang dicapai terhadap keahlian Ketua Pemuda Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video intim membabitkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Zuraida harus akur dengan perkara tersebut kerana keputusan itu telah dicapai secara bersama.
Katanya, sekiranya perkara itu berbangkit ia perlu dibincangkan dan beliau tidak wajar membuat kenyataan mengikut keputusan sendiri.
Malah, ketika keputusan tersebut dibuat Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang hadir pada mesyuarat berkenaan.
“Seperti mana mesyuarat biro politik yang lepas, beliau (Zuraida) ikut hadir dan keputusan lembaga disiplin mengenai empat perkara itu dibincangkan dan beliau ambil bahagian sama sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Saifuddin ditanya wartawan mengenai kenyataan Zuraida semalam, apabila mengatakan beliau akan memecat Haziq susulan pengakuannya mengenai video seks membabitkan Mohamed Azmin yang tular selepas seminggu umat Islam menyambut hari raya Aidilftri.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai komplot untuk menjatuhkannya dan mengancam tindakan undang-undang.
Haziq berdepan surat tunjuk sebab dari PKR berhubung perkara tersebut.
Pada 19 Jun lalu, Zuraida mendesak kepimpinan PKR segera memecat Haziq kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti susulan pengakuan terbukanya itu.
Bagaimanapun, Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada hari yang sama memutuskan hanya memberikan surat tunjuk sebab kepada Haziq dan diberi masa 14 hari untuk menjawab surat itu.
Mengulas lanjut Saifuddin berkata, berdasarkan mesyuarat yang dibentangkan banyak perkara dibahas dan terdapat perkara-perkara baik dan buruk namun, akhirnya keputusan itu dipersetuju bersama.
“Adalah lebih baik keputusan itu dihormati sebab kita adalah pihak yang ikut sama membuat keputusan, lain saya tak mahu komen,” ujarnya.
Sementara ketika ditanya mengenai langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berhasrat melepaskan jawatan selepas tiga tahun sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, penyerahan jawatan tersebut merupakan satu resolusi yang perlu diterima dan bukan sahaja berdasarkan persetujuan.
Malah, sehingga sekarang perjanjian itu kekal dan tiada perubahan mengenai ketetapan terhadap perkara tersebut. 



ZAHID HAMIDI ‘BOSS KITA’ PEGANG REKOD NEGARA?


Presiden UMNO, Zahid Hamidi dilaporkan akan didakwa di mahkamah esok dan lusa berhubung dakwaan rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.
SPRM yang telah mendapat kebenaran Peguam Negara berhubung pendakwaan itu difahamkan akan mendakwa Zahid Hamidi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dan di Mahkamah Shah Alam, lusa.
Dilaporkan Zahid Hamidi akan berdepan sekurang-kurangnya 40 pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut.
Sebelum ini Zahid Hamidi sudah pun dihadapkan dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akal Budi yang dipengerusikannya.
Ini bermakna, selepas pertuduhan esok dan lusa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal mengumpul sebanyak hampir 90 kes mahkamah melibatkan dirinya.
Berdasarkan jumlah pertuduhan itu, Zahid Hamidi barangkali akan mencatat rekod sebagai pemimpin politik yang menghadapi pertuduhan makamah paling banyak sekali sejak merdeka.
Apakah nasib beliau seterusnya?
Zahid Hamidi yang kini sedang bercuti sebagai Presiden UMNO dilaporkan sedang merancang untuk menamatkan tempoh percutiannya dalam waktu terdekat ini.
Blog ini ada menyiarkan perkara itu baru-baru ini, malah sempena kemunculannya semula itu Zahid Hamidi dikatakan akan mempopularkan panggilan “Boss Kita” untuk dirinya.
Para penyokongnya dilaporkan mencadangkan nama “Boss Kita” itu setelah mengambil kira bagaimana Najib Razak berjaya mempopularkan semula dirinya dengan imej baru “Malu Apa Bossku”.
Tetapi, dengan 40 pendakwaan baru yang bakal dihadapinya esok dan lusa ini, persoalan kini ialah bagaimanakah dengan rancangan beliau untuk menamatkan tempoh percutiaannya itu?
Apakah ia akan diteruskan atau Zahid Hamidi bakal memanjangkan tempoh percutiannya dengan lebih lama lagi? (Shahbudindotcom 25/06/2019)

PH LEPASI SITUASI TERBURUK – TUN M

NAJIB BUAT AMLA, NAJIB TAK FAHAM

TUN M BERAT SEBELAH, MELETAK JAWATAN KERANA SKANDAL ADALAH BUDAYA MURNI YANG UNIVERSAL


Walaupun siasatan polis berkaitan video seks sejenis masih berjalan, Tun Mahathir Mohamad dilihat terus menunjukkan sikap berat sebelah dan sokongan terbukanya terhadap Azmin Ali.
Terbaru, di ketika Azmin disindir oleh A Kadir Jasin, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri sendiri dengan memberi contoh beberapa menteri di luar negara yang meletakkan jawatan kerana skandal seks, Tun Mahathir mengatakan ia bukanlah cara Malaysia.
“Tiada keperluan (untuk dia berundur) semata-mata kerana orang di negara lain melakukannya.
“Saya tahu ada satu negara jika kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan akan meletakkan jawatan atau melompat keluar dari bangunan.
“Tetapi, ia bukan cara kita,” kata Tun Mahathir lagi.
Pada peringkat awal ketika video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin itu mula tersebar, Tun Mahathir dengan lantang mengatakan ia bukan video tulen.
Katanya, hanya berbekallan gambar atau video, banyak orang mampu memalsukannya jika mereka ada kepandaian.
Kemudian, berikutan semakin banyak perunjuk memaparkan salah seorang lelaki dalam video itu adalah Azmin dan siasatan polis juga masih berjalan, Tun Mahathir menolak desakan agar menteri kabinetnya itu mengambil cuti sementara.
Tegas beliau, tiada keperluan untuk mengambil cuti kerana tidak ada apa-apa yang mengganggu siasatan polis terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
Dalam lawatan rasmi Tun Mahathir Bangkok selepas itu, Azmin turut merupakan salah seorang anggota rombongan dan dalam beberapa keping gambar yang tersebar, kedua-dua mereka jelas menunjukkan keakrabannya.
Kini, di disebalik Azmin dicabar oleh Haziq agar menyaman dan membuat sendiri laporan polis terhadapnya, Tun Mahathir sekali lagi menunjukkan sikap bias dan berat sebelahnya apabila mengatakan meletakkan jawatan bukanlah cara Malaysia.
Barangkali beliau lupa agaknya apakah sebabnya beliau memecat Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu?
Ketika itu, sebelum Anwar didakwa atas pertuduhan liwat, media arus perdana telah digunakan dengan seluas-luasnya dengan pelbagai pendedahan untuk memberi gambaran buruk mengenai perlakuan seks Anwar dengan banyak wanita dan lelaki.
Begitu pun, walaupun Anwar kemudian didakwa atas pertuduhan liwat, beliau akhirnya didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Tidakkah ketika itu beliau memecat Anwar kerana skandal seks?
Budaya mana yang dipakainya ketika itu?
Sebelumnya pula, berikutan dakwaan skandal seks dengan gadis bawah umur, bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik juga pernah diminta meletak jawatannya.
Sekali lagi, kalau bukan cara Malaysia, budaya mana yang digunakan Tun Mahathir ketika itu?
Realitinya, meletakkan jawatan atau diminta meletakkan jawatan kerana terpalit skandal, lebih-lebih lagi seks, adalah budaya universal manusia yang bertamadun di seluruh dunia.
Ia menunjukkan, negara yang mengamalkannya begitu mementingkan akhlak dan keperibadian dalam barisan kepimpinannya.
Menolaknya bermakna Malaysia Baru di bawah Tun Mahathir ini sedang mengundur ke belakang kerana seolah-olah merelakan sesuatu perbuatan tidak berakhlak berjalan sebagai perkara biasa dalam kerajaan.
Bagaimanakah rakyat menghormati kerajaan?
Sebenarnya, bukan saja mempertahankan Azmin yang sedang disiasat merupakan sesuatu yang tidak wajar, malah membawanya mengikuti rombongan lawatan Tun Mahathir ke Bangkok turut merupakan kesalahan moral.
Apakah Tun Mahathir tidak malu mempamerkan Azmin yang sedang disiasat itu kepada mata dunia?
Lebih buruk lagi sebenarnya, sikap yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu, sudah tentu secara tidak langsung akan menyukarkan lagi pihak polis menjalankan siasatan dengan adil dan telus berkaitan video tersebut.
Dalam hal ini, walaupun Haziq dan Azmin sudah diambil keterangannya, kita tidak tahu bilakah pihak polis akan mengumumkan hasil siasatan mereka.
Cabaran kini terletak di tangan IGP, Abdul Hamid Bador untuk membuktikan pihak polis tidak tunduk kepada kecenderungan politik yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir, sebaliknya kekal menjalankan tugas berdasarkan fakta dan kebenaran. (Shahbudindotcom 24/06/2019)

Poligraf: Azmin tolak peluang buktikan dirinya difitnah


Image result for lokman adam


KUALA LUMPUR – Keengganan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melakukan ujian poligraf berhubung video seks di luar tabii sebenarnya menolak peluang untuk beliau membuktikan menjadi mangsa fitnah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, di dalam Islam, apabila mana-mana penganutnya dituduh dan tiada cara lain bagi membuktikan tidak bersalah, mereka dibolehkan untuk bermubahalah.
“Jika Azmin bersetuju untuk bermubahalah dengan melafazkan sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa individu di dalam video itu bukan beliau, sudah pasti rakyat boleh menerima keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengekalkannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
“Malangnya, Azmin telah menolak peluang untuk membuktikan beliau difitnah dan bukan pelaku seks luar tabii apabila menolak saranan melakukan ujian poligraf dan menolak saranan agar beliau bermubahalah.
“Maka dengan dua penolakan ini, Azmin secara tidak sengaja mengakui bahawa beliau adalah individu di dalam video seks luar tabii itu apabila beliau tidak dapat menafikannya dengan bersumpah atau menjalani ujian poligraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin hari ini yang menyanggah gesaannya agar Ahli Parlimen Gombak itu menjalani ujian poligraf sambil mempersoalkan pemimpin UMNO itu yang mahu mencampuri siasatan pihak polis.
Sebaliknya, Mohamed Azmin menyifatkan UMNO sebagai parti politik yang terkenal sebagai penyebar fitnah dan mereka tidak layak mencampuri proses siasatan yang masih berjalan itu. – MalaysiaGazette

Lebih mudah langgan Astro dari jadi ahli UMNO


Image result for umno


KUALA LUMPUR – Realitinya struktur UMNO sekarang terlalu tinggi kosnya untuk menjadi sebuah parti pembangkang.
Ini kerana ketua bahagian perlu berbelanja ibarat kenduri kahwin untuk mengelolakan satu mesyuarat bahagian, kata bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin.
“Saya cadang, kita rombak balik struktur keahlian dan cawangan untuk jimatkan kos. Struktur parti ialah penyediaan jentera untuk pilihanraya umum dan bukannya pemilihan parti.
“Pertama, yuran tahunan RM50 dikenakan ke atas keahlian, nenek moyang kita bergolok gadai emas demi perjuangan kalau RM50 ringgit pun tak sanggup, susahlah, tak payahlah jadi ahli,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Menurut Zaidel, untuk mengundi mesti jadi ahli aktif selama tiga tahun dan dari RM50, RM20 pergi ke bahagian, RM10 ke perhubungan negeri dan RM20 ke pusat.
“Jadi barulah semangat bahagian hendak menambahkan ahli, ada sumber pendapatan. dan kalau betullah kita ada tiga juta ahli, UMNO pusat ada pendapatan stabil RM60 juta setahun melalui keahlian sahaja.
“Kedua, cawangan hanya wujud berdasarkan PDM sahaja, fungsi utama cawangan dan AJK cawangan ialah sebagai jentera pilihanraya.
dan ketiga, setiap ahli automatik dapat ke mesyuarat bahagian yang akan ditentukan oleh UMNO bahagian dan diumumkan oleh UMNO pusat.
“Di mesyuarat bahagian mereka boleh membawa usul, bahas dan mengundi usul.
19. Pemilihan pula dibuat secara pilihan raya umum, waktu mengundi dari jam sekian ke jam sekian, bawa IC, ambil kertas undi dan pangkah. Senang, tak perlu nak kepung-kepung perwakilan dalam hotel, mana mampu lagi dah nak perabiskan duit, tak payah membazir duit pada mambang broker politik kedai kopi yang meniaga perwakilan,” katanya.
Keempat, menurutnya, buat pendaftaran online yang tidak memerlukan kelulusan peringkat pimpinan tertinggi.
“Di kala menjadi pembangkang ini saya ingat kita pastikan ada nilai dalam memegang kad keahlian UMNO. Berikan suara sebenar kepada akar umbi, di mana setiap ahli ada kuasa untuk mengundi di bahagian, bersuara dan memberikan pendapat.
“Barulah kita dapat menarik orang baru kepada parti dan menjadi sebuah parti yang benar-benar mendalami isi hati rakyat,” katanya.
Terdahulu, menurutnya, jika UMNO betul-betul nak berubah, langkah pertama ialah untuk meletakkan nilai pada keahlian UMNO.
“Jujurnya, hari ini, menjadi ahli UMNO itu tiada nilainya, tiada makna dan tiada suara, kenapa saya berkata begitu?
Kerana kalau anda gagal atau dihalang untuk menghadiri mesyuarat cawangan dan anda tidak dapat menjadi perwakilan bahagian.
“Kalau anda bukan perwakilan bahagian, maka anda tidak dapat mengundi atau bersuara dan kalau hari ini ada individu yang daftar masuk UMNO, bukan sahaja seksa untuk borang anda diluluskan, keahliannya tiada makna di bahagian kalau tidak lepas di cawangan.

“Lebih mudah untuk anda melanggan Astro dari menjadi ahli UMNO,” katanya.- MG

PERALIHAN KUASA AKAN BERTERUSAN JADI MASALAH SELAGI TUN M SENDIRI SUKA CAKAP BERUBAH- UBAH


Dulu, sebelum PH menang pilihanraya, Tun Mahathir Mohamad mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja.
Katanya, tempoh itu dikira mencukupi untuk beliau menyelesaikan beberapa masalah negara seperti 1MDB, hutang, memulihkan ekonomi dan sebagainya.
Kemudian, setelah menjadi Perdana Menteri dan ditanya mengenai tempohnya memegang jawatan itu, Tun Mahathir berkata, “ia mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin juga kurang.”
Tak berapa lama kemudian, ketika Anwar duduk di sebelahnya dan beliau ditanya lagi mengenai tempoh menjadi Perdana Menteri, jawapannya, “kalau Anwar beri izin, dapatlah dua tahun setengah”.
Bermakna, Tun Mahathir sendiri sedar tempohnya untuk menjadi Perdana Menteri adalah hanya kira-kira dua tahun sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum itu.
Selepas itu, di sebalik pelbagai pihak terus bertanya mengenai penyerahan jawatan kepada Anwar, beliau menjawab secara tidak langsung dengan mengatakan mahu menyelesaikan masalah hutang negara terlebih dahulu.
Tetapi, katanya, bellau tetap akan berpegang teguh kepada janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagai penggantinya.
Dalam perkembangan terbaru, Tun Mahathir pada semalam pula menegaskan beliau tidak akan berada di tempatnya sekarang melebihi tempoh tiga tahun.
“Setakat yang saya tahu, saya telah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar akan menggantikan saya.
“Tempohnya tidak melebihi tiga tahun,” tegas beliau.
Soalnya, apakah sebenarnya tempoh tidak melebihi tiga tahun itu?
Tempoh dua tahun adalah dikira tak melebihi tiga tahun. Dua tahun sebulan, dua tahun enam bulan atau dua tahun sebelas bulan juga dikira tidak melebihi tiga tahun.
Genap tiga tahun pun masih boleh dianggap tidak melebihi tiga tahun.
Yang mana satu sebenarnya tarikh yang betul untuk Tun Mahathir berundur dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar?
Tetapi, dalam kenyataan yang lagi terbaru malam ini, Tun Mahathir menafikan pula pernah menyebut tempoh tidak melebihi tiga tahun itu.
“Saya tak kata tiga tahun, tapi tempoh untuk membetulkan kerja,”  katanya lagi.
Jadi, bila sebenarnya Tun Mahathir mahu berundur dan mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar?
Kenapakah Tun Mahathir sering berubah-ubah cakap?
Walaupun cakap Tun Mahathir nampaknya sering berubah-ubah seolah-olah makan tak pernah kenyang, tetapi demi untuk kestabilan PH, adalah diharapkan beliau dapat membuat suatu ketetapan mengenainya selepas ini.
Sudah-sudahlah Tun, dalam usia sudah 94 tahun dan telah dua kali menjadi Perdana Menteri, mahu apa lagi?
Untuk itu, sudah sampai masanya beliau menetapkan suatu tarikh khusus untuk penyerahan jawatan itu.
Selagi tidak ditetapkan tarikhnya, selagi itulah isu peralihan kuasa ini akan terus menjadi bualan, pertikaian dan masalah yang tidak berkesudahan kepada PH. (Shahbudindotcom 24/06/2019)