TANYALAH KHABAR TEMAN KAMU...

VIDEO : BAGAIMANA PUSAT JAGAAN KUCING BERTUKAR MENJADI PEJABAT DUN ???

Rumah kucing Jamil tiba-tiba jadi pejabat ADUN, mohon didengar di SELCAT

KiniTV
6 Mar 2019

Otai Reformasi dan Jamil Kucing telah menyerahkan memo kepada kepada pengerusi SELCAT YB Ng Suee Lim.
Tujuan penyerahan memo itu adalah untuk menggesa SELCAT mengadakan pendengaran awam berkenaan taman rekreasi kucing di Jalan Kolam Air Lama, Ampang yang telah ditukar menjadi Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Antarabangsa.

Memo diserahkan oleh setiausaha Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail dan Jamil Ismail, atau lebih dikenali sebagai Jamil Kucing kepada pembantu peribadi Ng Suee Lim di perkarangan kompleks SUK Selangor hari ini.

VIRAL. FITNAH KERAJAAN PULAU PINANG ZALIM...INI FAKTANYA

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks

Mereka telah melanggar syarat2:

1. Telah punyai rumah.
2. Berkahwin dengan warga asing.
3. Pendapatan yang lebih dari syarat permohonan.

Tak ambil kira tunggakan sewa.

syarat :

1) Tidak boleh pasang astro
2) Tidak boleh kahwin warga asing
3) Tidak boleh memiliki rumah lain
4) Tidak boleh pakai kereta import
5) Tidak boleh sewakan rumah ppr kepada org lain




Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar mulai (6 Mac 2019)


Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:



(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.



(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.



(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.



(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orang lain.



(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.



Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)


Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.



Inilah sebahagian permasaalahanya. Kesempatan ini pula diambil kesempatan oleh pihak pihak tertentu untuk mengapi apaikan perkauman.


PAS DAN UMNO KAHWIN JUGA AKHIRNYA, TAPI RASA-RASANYA BOLEH BERTAHAN BERAPA LAMA?


Bermula semalam UMNO dan Pas diisytiharkan telah berkahwin secara rasminya.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mengumumkan perkara tersebut selepas selesai mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan rombongan lima pemimpin Pas yang sudi bertandang buat pertama kali memijakkan kaki ke Menara Datuk Onn, PWTC.
Rombongan pemimpin Pas itu diketuai oleh Tuan Ibrahim Tun Man, manakala UMNO yang menerima kedatangan Pas diketuai oleh Mohamad Hassan sendiri.
Kata Mohamad Hassan lagi, selepas ini kedua-dua parti akan bekerjasama secara rasmi dengan fokus kepada penyatuan ummah dan isu-isu kepentingan bersama serta akan membawa hasil perbincangan ke peringkat tertinggi parti masing-masing.
Turut akan dilaksanakan ialah penubuhan jawatankuasa teknikal melibatkan kedua-dua parti untuk memperincikan lagi bentuk kerjasama, termasuk gerak kerja dalam mana-mana pilihanraya kecil selepas ini.
Bagaimanapun, kata beliau, UMNO dan Pas tidak akan bergabung menjadi sebuah parti serta tiada simbol baru yang akan digunakan dalam PRU15 akan datang.
Setelah UMNO hilang kuasa buat pertama kalinya dan Pas pula tidak pernah merasa nikmat berkuasa, perkahwinan yang berlaku setelah kedua-duanya dalam alam sengsara ini tidaklah begitu memeranjatkan sebenarnya.
Tambahan lagi, Pas memang kerap berkahwin dan bercerai sebelum ini.
Pas pernah direkodkan berkahwin dengan Semangat 46, PKR dan juga bersama DAP.
Malah ketika sunyi bersendirian setelah ditinggalkan selepas PRU13, Pas juga sanggup berkahwin dengan Parti Ikatan yang menurut seorang bekas Ahli Parlimen, keahlian parti pimpinan Kadir Sheikh Fadzir itu tidak sampai pun 200 orang jumlahnya.
Melalui semua perkahwinan itu, terlahirlah Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Gagasan Sejahtera untuk menjadi kuasa ketiga dalam PRU14 yang lalu.
Tetapi, semua perkahwinan itu tidak pernah kekal dan tidak pernah juga berjaya membawa Pas menguasai Putrajaya.
Apabila Pas berkahwin sekali lagi, kali ini dengan UMNO yang sudah kehilangan kuasa dan tanpa diketahui sama ada perlahwinannya dengan Parti Ikatan masih ada atau telah diceraikan secara senyap-senyap, persoalannya ialah berapa lamakah mampu bertahannya hubungan kali ini?
Bolehkah perkahwinan ini bertahan sehingga PRU15 akan datang atau lebih lama daripada itu dan mampukah Pas bertolerasi dengan UMNO dalam soal pembahagian kerusi kerana mereka secara umumnya adalah berebut banyak kawasan yang sama? (Shahbudindotcom 06/03/2019)

Isu pelantikan Nazri Aziz dibincang dalam mesyuarat BN Jumaat


Isu pelantikan Nazri Aziz dibincang dalam mesyuarat BN Jumaat
Menurut MCA dan MIC, pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN tidak pernah dibincang atau mendapat persetujuan secara rasmi di dalam Dewan Tertinggi BN. - BERNAMA/Fail
KUALA LUMPUR: Isu pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini, ujar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Ia adalah antara beberapa isu-isu lain yang berbangkit yang akan dibincangkan antara parti komponen dalam BN. 
–– ADVERTISEMENT ––
"Tidak apa. Itu kita akan bincang daam mesyuarat BN Jumaat ini," katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pas dan UMNO di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.
 
Mesyuarat Bersama MCA dan MIC pada Isnin membuat ketetapan bahawa pelantikan Mohamed Nazri  adalah tidak mengikut Perlembagaan BN.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu, pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN tidak pernah dibincang atau mendapat persetujuan secara rasmi di dalam Dewan Tertinggi BN walaupun ia diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC pada 27 Okt lalu.


‘TANPA MCA, MIC, LOGO BN MANSUH’

PRK RANTAU UJIAN PENTING BUAT ANWAR, JIKA BOLEH LETAKLAH CALON MELAYU LAWAN BEKAS MB





PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim, selain tentunya kepada PH juga.
Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih, PH sebolehnya tidak boleh kalah buat kali yang ketiga.
Jika kekalahan menimpa tiga kali berturut-turut kepada PH, ia bukan saja alamat tidak baik kepada kerajaan dalam menghadapi tahun-tahun mendatangnya, malah dalam masa yang sama akan melonjakkan lagi semangat UMNO dan Pas yang baru memulakan kerjasama mereka.
Oleh kerana di Rantau ini yang bertanding adalah PKR, bermakna parti itu tidak boleh memandang ringan mengenainya, terutamanya berhubung pemilihan calon.
Walaupun calon PKR sebelum ini iaitu S Streram tentunya mahu bertanding semula menguji kekuatannya untuk berdepan dengan Mohamad Hassan berikutan dalam PRU14 lalu beliau dihalang mengemukakan borang pencalonannya kerana ketiadaan pas masuk, tetapi suasana antara dulu dengan sekarang sudah banyak berubah.
Berdasarkan arus perubahan dalam PRU14 lalu, kalau pun tidak menang, Streram barangkali mampu memberi cabaran sengit kepada Mohamad Hassan jika beliau dibenarkan bertanding.
Tetapi dengan berlakunya pelbagai perubahan dalam politik negara, terutama selepas tragedi rusuhan kuil di Subang dan inkues kematian seorang anggota bomba dalam peristiwa itu masih berjalan serta bercantumnya UMNO dan Pas, meletakkan semula Streram mungkin mengundang lebih bahaya buat PKR dan PH.
Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada pihak BN memainkan semula sentimen kaum dan menyalahkan kerajaan bagi tujuan meraih sokongan maksimum daripada pengundi Melayu.
Selain PKR harus memahami sentimen itu yang memungkinkannya lebih mudah dikalahkan, Streram sendiri harus berjiwa besar dalam hal ini.
Beliau boleh mencontohi MIC yang sanggup melepaskan kerusi dalam PRK Cameron Hiighlands untuk ditandingi oleh UMNO demi semata-mata tidak mahu calonnya terkorban begitu saja.
Di waktu yang sama, PRK Rantau juga adalah ujian penting kepada Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-8 dan kemudian menang dengan bergaya di Port Dickson serta dipilih menjadi Presiden PKR menggantikan Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Jika mampu menang di Rantau dengan mengalahkan Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Presiden, nama Anwar dengan sendirinya akan melonjak lebih tinggi.
Anwar sendiri sebenarnya tiada pilihan lain selain perlu bekerja lebih keras mencari kemenangan atau setidak-tidaknya menjadikan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan bakal Perdana Menteri merupakan suatu kelebihan dan dihargai oleh pengundi-pengundi Rantau.
Untuk itu, PKR sebaik-baiknya mesti meletakkan calon Melayu untuk memberi kelebihan kepadanya di Rantau ini. Bertambah lagi kelebihan itu jika calon yang dipilih itu seorang yang ada nama dan dikenali ramai.
Untuk berlawan dengan Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan serta sudah beberapa penggal menjadi Adun di kawasan itu, PKR tidak boleh sekadar meletakkan orang yang biasa-biasa saja sebagai calonnya.
Di waktu yang sama, jika Streram tidak dipilih sebagai calon, jangan pula beliau diketepikan begitu saja. Beliau harus diberi peranan mendekati dan menarik sokongan pengundi kaum India yang merangkumi 27 peratus jumlahnya.
Dengan semua pihak saling memahami dan sedia berkorban, tiada sebab PH tidak boleh menang di Rantau nanti. (Shahbudindotcom 04/03/2019)

MCA, MIC PERTIMBANG CARI PAKATAN LAIN

TUN, LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!!




Menurut Tun Mahathir, antara pindaan perlembagaanKatanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara.
 yang dicadang untuk dilakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua penggal saja, selain mengurangkan kuasanya.
Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Tun Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.
Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu.
Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya kepada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan Ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan lagi kedudukannya.
Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan dikehendaki rakyat.
Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya.
Kegagalan menunaikan janji-janji itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu.
Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka.
Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?
Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Tun Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah dipersetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun.
Bermakna, selain Tun Mahathir telah dipersetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal.
Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?
Jika Tun Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji-janji pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu.
Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji-janji lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara.
Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak dirasai apa-apa oleh mereka. (ShahbudinHusin 03/03/2019)





Kes cabul remaja: Shahidan Kassim hadapi perbicaraan 18, 19 Mac ini


Kes cabul remaja: Shahidan Kassim hadapi perbicaraan  18, 19 Mac ini
Shahidan, 68, yang berkemeja putih dan bersongkok, tiba di perkarangan mahkamah pada 8.50 pagi.
KANGAR: Selepas tiga kali gagal hadir di mahkamah untuk prosiding pengurusan kes dakwaan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir di Mahkamah Sesyen Kangar, di sini hari ini.
Shahidan, 68, yang berkemeja putih dan bersongkok, tiba di perkarangan mahkamah pada 8.50 pagi dengan ditemani isteri dan anaknya untuk prosiding menetapkan tarikh perbicaraan.
 
Hakim, Ainul Shahrin Mohamad kemudiannya menetapkan 18 dan 19 Mac ini, sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 12 November tahun lalu, Shahidan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
 
Perlakuan didakwa dilakukan dalam sebuah kereta di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu.
 
Pendakwaan dilakukan mengikut seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
 
Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.

‘KALAU RAKYAT GEMBIRA KOS HIDUP TURUN, ISU PERKAUMAN MATI’

PENJAWAT AWAM TIDAK WAJAR SABOTAJ KERAJAAN – DR WAN AZIZAH

PERJUANGAN PH EKONOMI, KENAPA TERPERANGKAP DALAM PERKAUMAN?