MT UMNO MESTI BERANI PADA 9 NOVEMBER INI



MT UMNO telah menetapkan 9 November ini sebagai tarikh mesyuarat untuk membincangkan kedudukan Zahid Hamidi sama ada beliau perlu bercuti atau sebaliknya sebagai Presiden UMNO.

Difahamkan MT UMNO biasanya mengadakan mesyuarat bulanannya pada Jumaat terakhir setiap bulan, tetapi kali ini ia sengaja dilewatkan kerana Zahid Hamidi baru saja didakwa di mahkamah dengan 45 pertuduhan pada 19 Oktober lalu.

Beberapa pihak dalam UMNO, termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Hassan dan Pergerakan Pemuda  lebih cenderung mahukan Zahid Hamidi bercuti sementara kesnya selesai.

Alasannya ialah Zahid Hamidi harus diberi ruang menyelesaikan kesnya secara peribadi tanpa melibatkan nama UMNO.

Begitupun, selain ada pihak lain yang mempunyai pendapat berbeza, Zahid Hamidi juga tidak menunjukkan sebarang tanda mahu berundur, malah dalam beberapa ucapannya beliau bertegas untuk terus bertahan dengan jawatannya.

Selain itu, beliau juga sudah menjelajah ke beberapa negeri untuk bertemu akar umbi bagi menjelaskan kewajarannya tidak mahu berundur atau bercuti seketika sebagaimana yang dituntut itu.

Dalam hal ini, mesyuarat MT pada 9 November ini dijangka akan menyaksikan wujudnya perbezaan pendapat di mana satu kumpulan mahukan Zahid Hamidi terus kekal dan satu kumpulan lagi berkehendakan beliau berundur daripada jawatannya.

Tetapi, demi kebaikan dan masa depan parti itu, adalah penting untuk MT UMNO membuat keputusan yang betul pada 9 November nanti.

Setelah kehilangan kuasa dan melihat bagaimana UMNO ditolak rakyat kerana terlalu membela Najib Razak yang terkait dengan skandal 1MDB sebelum ini, MT UMNO seharusnya belajar daripadanya dalam membuat keputusan berkaitan Zahid Hamidi pada 9 November ini.

Mengekalkan lagi Zahid Hamidi di sebalik 45 kes mahkamah yang sedang dihadapinya hanya memberi makna UMNO masih tidak berubah dan kekal dengan sikap mahu mengekalkan pemimpin, biarpun dalam keadaan imejnya sudah tercalar sekali pun.

Dalam keadaan begitu, bagaimanakah rakyat mahu kembali memberi sokongan kepada UMNO?

Lagi pula, dengan 45 pertuduhan yang sedang dihadapinya adalah tidak logik untuk mengatakan pendakwaan terhadap Zahid Hamidi itu adalah semata-mata bermotif politik dan merupakan pendakwaan terpilih.

Bagi mereka yang mahu berfikir pula, kes yang sedang dihadapi Zahid Hamidi adalah suatu kes yang mudah, jelas dan ternampak sukar bagi beliau untuk terlepas daripadanya.

Untuk itu, MT UMNO perlu, malah wajib menunjukkan keberaniannya dalam membuat keputusan yang lebih mementingkan masa depan parti berbanding membela mana-mana individu pada 9 November ini.

Jika tidak, bersiaplah untuk UMNO terus ditolak yang sekaligus memberi peluant kepada Pakatan Harapan memerintah negara ini dengan lebih lama lagi. (ShahbudinHusin 05/11/2018)

PASCA BAJET: PH KHUATIR KAKITANGAN AWAM, PEMBANGKANG TERUS BERMUSUH

BANK DUNIA PUJI BELANJAWAN 2019

‘BAJET PERTAHANAN KURANG TETAPI CUKUP JIKA DIGUNA SECARA BETUL’

APA ASET 1MDB YANG TINGGAL?, TANYA KHAIRUDDIN KEPADA NAJIB



LANUN BUGIS' @ NAJIB TUN RAZAK TOLONG SENARAIKAN APA ASET SYARIKAT 1MDB ADA UNTUK DICAIRKAN BAGI BAYAR HUTANG?! KENAPA DULU DIA TAK BUAT?!

Saya nampak 'lanun bugis' @ najib tun razak dah semakin sewel dan cuba nak 'tegakkan benang yang basah!!'

Beliaulah penyangak bersama jho low serta kuncu-kuncu mereka yang menyamun khazanah kerajaan dan duit rakyat!!

Tetapi pada hari ini penyangak najib tun razak yang berkeperibadian 'penyamun' cuba nak bercakap seolah-olah beliau adalah tok imam masjid!!

Mana boleh seorang 'penyamun' seperti najib tun razak nak mempamerkan keperibadian seperti ulama?!

Tolong tanya 'lanun bugis' najib tun razak aset apa yang syarikat 1mdb ada untuk dicairkan bagi melupuskan hutang-hutang1mdb  natijah dari perbuatan samunan beliau berserta kuncu-kuncunya?!
Saya minta najib tun razak senaraikan secara terperinci aset-aset syarikat 1mdb dengan nilaiannya sekali untuk dipamerkan kepada pengetahuan  keseluruhan rakyat di tanahair kita yang boleh dicairkan untuk membayar hutang-hutang ciptaan beliau ketika memimpin kerajaan kleptokrasi dulu!!

Dulu penyangak najib tun razak terpaksa salahguna kuasa untuk menggunakan duit-duit dari pelbagai agensi-agensi kerajaan untuk bayar kadar faedah hutang-hutang syarikat 1mdb!!

Kenapa pada waktu itu 'lanun bugis' najib tun razak tidak mahu  lupuskan aset-aset syarikat 1mdb untuk melangsaikan semua kadar faedah serta hutang-piutang syarikat tersebut?!

Mengapa beliau tidak buat sepertimana dia bercakap pada hari ini?!

Kini penyangak najib tun razak nak cuba cakap pandai pulak semata-mata berniat untuk tutup kemungkaran dia sendiri!!

Sebab itu saya katakan bahawa pihak penguatkuasa undang-undang harus tangkap penyangak najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz, jho low serta kuncu-kuncu mereka di bawah akta SOSMA di atas pengkhianatan mereka mensabotaj ekonomi negara!!

Kesemua mereka harus ditangkap tanpa bicara sepertimana beliau buat pada saya dahulu!! Kemudian kesemua penyangak-penyangak ini mesti dipaksa untuk pulangkan semua hasil samunan yang mereka masih simpan di luar negara!!

Bagi tahu 'lanun bugis' @ najib tun razak agar duduk diam-diam dan hanya bercakap dalam kamar mahkamah apabila dia didakwa pada bulan februari tahun 2019 nanti!!

Sekarang suruh dia duduk senyap-senyap cukuplah kerana suara penyangak najib tun razak ini pun amat memualkan keseluruhan rakyat malaysia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
3 November 2018

BR1M VERSI PH, GOLONGAN B40 DAPAT RM1,000

KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAPAT PERUNTUKAN TERTINGGI RM60 B

SUBSIDI PETROL 30 SEN UNTUK 100 LITER MOTOR, KERETA KUASA RENDAH

JIKA AZMIN MENANG TIMBALAN PRESIDEN PKR, ANWAR TERKEPUNG?

LANTIK ANWAR SEBAGAI TPM, JANGAN HALANG AHLI UMNO SERTAI PH

Image result for anwar ibrahim


Empat pimpinan  yang menjadi ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) - akan bertemu Sabtu ini. Perbincangan ini adalah berikutan kejayaan PPBM dalam memikat Ahli Parlimen Umno untuk menyertai parti itu.

Ini telah menimbulkan kebimbangan dan keprihatinan dalam PKR dan DAP, manakala Amanah, yang dilihat agak nutral dan kegembiraan presidennya dalam mengalu-alukan pemimpin Umno Mustapa Mohamad, dalam menyertai PPBM.


Oleh kerana PH adalah gabungan empat parti, tegasnya ia tidak
sepatutnya membimbangkan mana-mana rakan sekiranya
salah seorang daripada mereka - dalam kes ini, PPBM - dapat
membawa Ahli Parlimen lain untuk menyertainya.

Sudah tentu ia menjadi perkara yang berbeza jika pelaksanaan membawa pemimpin-pemimpin Umno ini bersifat jenayah, iaitu jika ia melibatkan rasuah atau penggunaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengancam Ahli Parlimen ini dengan pelbagai tuduhan melainkan jika mereka menyertai secara sukarela

Apa yang akan dibincangkan para pemimpin,PH ini? PPBM mungkin akan mengatakan bahawa para pemimpin Umno menyertai mereka dengan kehendak mereka sendiri . SPRM tidak digunakan untuk tujuan ini. Itu mungkin akan menamatkan perbincangan
ini.

Bagaimanapun, bagaimanakah seseorang dapat membuktikan rasuah dalam keadaan ini, atau seseorang yang berpengaruh terhadap SPRM atau Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertindak dengan cara tertentu untuk menimbulkan ketakutan kepada Ahli Parlimen Umno misalnya?

Kita semua ingat hari-hari ketika bekas perdana menteri Najib Razak, dalam banyak kesempatan, mendakwa bahawa SPRM dan RoS bertindak sendiri dan tidak mengikut arahannya. Hanya kerana kita mempunyai kerajaan baru , tidak bermakna budaya politik dan amalan masa lalu telah berhenti sepenuhnya.


Kepada ramai orang, " pembebasan" Ahli Parlimen Umno bukan hanya untuk memperkuat PPBM, tetapi untuk mengelilingi Anwar Ibrahim. Sudah tentu, terdapat penafian dari watak-watak utama dalam drama politik kita, tetapi khabar angin masih terdengar tentang usaha ke arah itu.


Itulah sebabnya saya  mencadangkan bulan lalu bahawa Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja beliau menjadi Ahli Parlimen. Beliau adalah pemimpin parti terbesar dalam gabungan itu tetapi dia tidak berada dalam Kabinet. Ini adalah satu cara untuk menunjukkan perpaduan di PH, bukan konspirasi.



Sekiranya ramai yang mengatakan, beberapa menteri tidak berpengalaman, mengapa kita meninggalkan Anwar yang berpengalaman ketika perkara yang logik dilakukan adalah untuk membawa seseorang seperti dia untuk memperkuatkan  Kabinet?



Kecuali sebab sebenar ialah tidak semua pemimpin PH mahu Anwar sebagai menteri atau Perdana Menteri. Mereka tidak keberatan jika Anwar kekal sebagai perdana menteri dalam menunggu kerana tunggu boleh terjadi selama-lamanya.


Sekiranya PH mahu Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya , perkara utamanya yang munasabah untuk dilakukan ialah membuatnya menjadi timbalan kepada Dr Mahathir Mohamad. Mereka boleh berkongsi beban kerja dan merancang pembangunan negara untuk jangka masa panjang. Dengan cara ini, akan kurang berpolitik, kurang bertelagah dan kurang  berpolitik , dan lebih banyak masa untuk menguruskan negara.


Jika Anwar dilantik sebagai perdana menteri, perkara yang munasabah untuk dilakukan ialah menetapkan tarikh yang sesuai untuk dia mengambil alih.

Ini harus menjadi keutamaan, bukan mendapat 40 Ahli Parlimen Umno untuk menyeberang, atau mendapatkan pemimpin bahagian PPBM untuk meluluskan resolusi yang mendesak Mahathir untuk berkhidmat sepenuhnya.

Apa yang saya mahu lihat adalah kejujuran di mana pemimpin PH bersikap terhadap satu sama lain. Sekiranya mereka tidak jujur ​​dengan rakan-rakan mereka, bagaimanakah kita - orang-orang kecil - akan mendapat layanan yang jujur ​​daripada mereka?