KENAPA UMno TAKUT MELAYUCERDIK???

 1. BUKU TEKS TAK PAYAH PI AMPU JKKKK ATAU PEMIMPIN UMno
2. KALAU MELAYU CERDIK, MELAYU TOLAK UMNo SEBAB TOLONG KRONI DAN ANAK BINI
3. KALAU MELAYU CERDIK , MELAYU TAK SOKONG UMNO, TAPI SOKONG PAS.PAS GANTI UMNO.


Kalau dulu tak ramai Melayu buka kedai aksesori kereta, tapi sekarang sudah ada Melayu yang buka. Kalau tak percaya pergilah ke Shah Alam, berjalanlah ke Bangi, sebesar-besar papan tanda dipacak atas kedai; ‘HAK MILIK BUMIPUTERA SEPENUHNYA’.

Samalah juga dalam industri makanan, kalau dulu Melayu cuma bikin kuih bahulu di dapur belakang rumah, sekarang ramai dah buka bakeri, dah ada gerai dalam Tesco, dah ada ‘fried chicken’nya sendiri, salon dan spa pun berlambak-lambak.

Ini bererti, Melayu semakin mendominasi pasaran dan bersaing secara sihat di pasaran bebas. Kalau di Kuala Lumpur kita ada China Town di Petaling Street dan Little India di Brickfield, kita juga ada pasar Jalan Melayu di Masjid India.

Nak lagi…? Lihatlah juga di Semua House dan Wisma Yakin, orang Melayu juga sudah semakin ramai mendominasi perusahaan fabrik dan aksesori perkahwinan. Kalaulah Melayu memang ‘malas’ seperti dakwaan Tun Mahathir dalam Dilema Melayunya, suaplah dengan macam-macam bantuan kerajaan…pun tak jalan juga.

Apa pun gambaran negatif terhadap Melayu, sebenarnya Melayu telah lama berubah… semangat dan keberanian untuk bersaing wujud sejak pedagang Arab berlabuh di Selat Melaka lagi!
Tetapi, apabila ‘Melayu’ sampai kepada kerajaan UMNO-BN, Melayu cuba diikat kebergantungannya kepada kerajaan. Seolah-olah kerajaan menentukan segala-galanya. Seolah-olah kalau UMNO tak memerintah, habis Melayu kebulur. Bacul sangatkah Melayu ni?

Soal berniaga, Melayu memang sudah makin mendominasi. Memang tak seramai kaum lain tapi sudah mula menunjukkan kejayaan.
Tetapi, kenapa bila Melayu makin ramai menyertai DAP, ada pula puak-puak yang kata Melayu akan hancur? Ini sangat pelik.

Perkara Melayu sertai DAP ini samalah juga dengan bibit kejayaan Melayu dalam perniagaan. Maka bolehlah saya benarkan kata Dr Maszlee Malik: “Melayu makin mendominasi politik…kalau MCA dan MIC dibuka kepada umum, Melayu akan masuk juga. Maka baguslah. Melayu berani bersaing. Melayu berfikir jauh ke hadapan”.
Yang tak sukanya ialah UMNO, sebab semakin Melayu berfikir jauh ke hadapan, semakin UMNO jauh ketinggalan ke belakang, tak gitu?

Jadi, apa masalahnya Melayu sertai DAP? DAP terbukti bukan parti komunis, bukan juga parti Kristian. Kalau komunis, dah lama kerajaan haramkan. Sedangkan ke sekolah Convent pun orang Melayu berani hantar anak-anak bersekolah, inikan pula menyertai DAP yang memperjuangkan keadilan dan integriti. Takkan itu pun kita tak mampu fikir?

Sebenarnya peranan DAP yang sejak puluhan tahun dahulu menjuarai isu anti-rasuah, salah guna kuasa  dan mengangkat kepentingan bersama sememangnya ditakuti UMNO-BN. Bila dah tak mampu berhujah dengan akal dan fakta, maka nampaknya mereka akhir-akhir ini cuma mampu berhujah dengan telur dan batu…Kesian. – Roketkini.com

KABINET BAYANGAN....

PENGUNDI JOHOR BAKAL BERUBAH????

Pengundi Johor bakal cetus ‘tsunami’ politik kedua
5 June 2012
PONTIAN, 5 JUN: Lanskap politik Johor kian berubah dan bakal mengepalai ‘tsunami’ politik kali kedua pada pilihan raya umum ke-13 apabila melihat kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat membela masalah rakyat Johor.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, demografi politik Johor yang hampir sama dengan Selangor memungkinkan tsunami 2008 berulang.

“Kita lihat pada 2008, kawasan-kawasan yang UMNO boleh menang berbelas ribu undi boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sedangkan ia merupakan ‘kawasan Melayu’, iaitu kubu kuat UMNO-BN sebelumnya seperti Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Langat dan sebagainya,” katanya kepada Roketkini.
Menurutnya, sambutan hangat orang Johor kini terhadap program Pakatan Rakyat adalah satu petanda besar bahawa rakyat negeri kubu kuat UMNO ini sudah kian terbuka untuk mendengar dan menilai  isu serta dasar yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

“Kita mendapat sokongan drastik dari masyarakat Tionghua terutama selepas 2008 dan nampaknya sekarang sokongan dari masyarakat Melayu semakin bertambah. Sambutan orang muda juga amat dirasakan dalam setiap program dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, selain isu nasional seperti skandal wang ternak lembu digunakan untuk beli kondo mewah NFC dan skandal PKFZ yang menjadi ketakutan UMNO-BN, isu-isu tempatan seperti bayaran pampasan pengambilan tanah yang tidak adil oleh kerajaan negeri di Tanjung Pelepas turut membuatkan kerajaan negeri bimbang dengan kedudukan mereka.

Katanya, bantahan kuat rakyat Johor dalam isu pengambilan tanah itu boleh dilihat dalam himpunan tanah yang berlangsung di Angsana seminggu selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang berjaya menghimpunkan sekitar lima ribu orang peserta.

Salahuddin yang pada masa ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) telah mengumumkan untuk kembali ke negeri asalnya Johor bagi membantu Pakatan Rakyat dalam kempen PRU13.
Difahamkan, kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri milik parti-parti komponen BN juga seperti MCA, MIC dan Gerakan juga bakal tumbang kepada Pakatan Rakyat.


Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. Pada masa ini, BN memiliki 25 kerusi Parlimen dan menguasai kerajaan negeri dengan 50 kerusi DUN. – Roketkini.com
Print Friendly

UBAH SABAH BAH

TIDAK MENGAPA MAHATHIR.....HIJAU TETAP HADIR TANPA NASI BUNGKUS,BAS,BILIK HOTEL.....

 MUJAHID YUSOFF RAWA



WARNA ALAM

Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk semua kerana ia melambangkan kemesraan manusia dan alam sedangkan alam adalah lambang jiwa besar yang mampu menampung apa sahaja yang di dalamnya.  Apabila melihat lambang hijau ia memaparkan satu lambang tanggungjawab untuk memastikan alam ini terus menjadi tempat untuk didiami oleh semua.  Ingat hijau kita akan ingat impian kedamaian, keseimbangan dan ketenangan, ia adalah impian yang dikongsi oleh semua orang di alam ini.

EKSPRESI HIJAU

Di Alor Setar pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau.
Sesiapa yang hadir dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya.

KEGILAAN HIJAU


Saya berada di Alor Setar satu hari lebih awal untuk meninjau bagaimana keadaan orang ramai yang hadir.  Saya membayangkan ia menjadi seperti aturcara tahunan biasa seperti Muktamar, namun mulai tengahari 1 Jun itu, suasana menjadi luarbiasa di mana bandar Alor Setar sesak dengan pengunjung dari seluruh negara.
Ada yang datang dengan bas rombongan, kereta, motor dan hampir semua kenderaan membawa bendera hijau dengan bangganya.  Bandar Alor Setar khususnya di sekitar stadium telah "ditawan" oleh gerombolan Hijau, satu "kegilaan" telah berlaku sejak tengahari tadi, semua berpakaian hijau membawa bendera hijau, memakai topi hijau dan bas dan kereta dihiasi dengan bendera hijau.

BERSIAP SEDIA
Paginya semua kepimpinan dari Dewan-Dewan dan Kawasan-Kawasan seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut untuk mendengar ucapan dari Presiden parti dalam rangka menyiapkan para petugas dan jentera parti berhadapan dengan PRU 13.  Dewan Markaz PAS Kedah itu dipenuhi dengan para peserta yang bersemangat.  Lagu Negaraku berkemundang pada permulaan majlis disertai dengan lagu PAS "Bersatulah!" cukup untuk membangkitkan semangat siapa sahaja yang mendengarnya.
Lagu PAS sendiri meremangkan bulu roma orang yang menghayati senikata lagunya, khususnya pada penghujungnya mengingatkan semua petugas dan pendokongnya: "Selamatlah Parti Islam melangkah, membimbing umah ke medan siasah, berpedomankan Al Quran dan Sunnah, suburlah hidupnya dan pasti berbuah".  Buah yang hendak dipetiknya kali ini bukan calang-calang hasil, PAS mengidamkan mara ke Putrajaya untuk menyelamatkan negara ini dan membebaskannya dari terus dinodai angkara gerombolan Biru Pekat yang menjadi "penjajah" baru negara.

MESEJ

Malamnya, banjiran manusia di tempat duduk stadium Darul Aman dan di atas padangnya menunjukkan parti PAS tetap menjadi pilihan orang ramai walaupun ia difitnah dengan berbagai tohmahan oleh musuh tradisinya dari parti UMNO.  Antara yang menjadi mentera di mulut pemfitnahnya ialah tuduhan bahawa ia telah lari dari perjuangannya dan sanggup bersengkongkol dengan parti "anti Islam". Mentera itu guna untuk menjauhkan orang Melayu daripada menyokong PAS.
Gambar dari Facebook.
Namun pada perhimpunan malam itu, dakwaan dan dakyah itu telah berjaya disangkal oleh PAS dengan kehadiran begitu ramai orang Melayu khususnya yang seolah-olah mahu membalas hujah fitnah itu dengan tindakan mereka hadir beramai-ramai di Stadium Darul Aman malam tersebut.  Inilah yang menggerunkan musuhnya, seolah-olah taktik fitnah sebegitu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana orang Melayu pun sudah mual dengan pembohongan UMNO ke atas PAS.  Perhimpunan malam itu bukan sekadar perhimpunan tetapi ia adalah "bahasa badan" PAS untuk mengatakan "mentera kamu sudah tidak terpakai lagi, carilah cara lain untuk berhadapan dengan kami".

PARTI NASIONAL


Patriotisma jelas terserlah pada malam itu, kibaran bendera hijau diselangseli dengan jalur gemilang di mana-mana.  Suasana malam itu adalah sesuatu yang menggalakkan pada PAS kerana ia telah meletakkan dirinya bukan sebagai parti lokal tetapi ia menjadi parti yang mencetuskan inspirasi nasional yang melihat kerangka Malaysia sebagai fokusnya dan bukan sekadar kerangka kedaerahan seperti hanya Kedah, Perlis atau Kelantan.

Bagi membuktikan kesungguhannya melahirkan patriotisma ini, PAS telah membariskan semua kelompok berpengaruh dalam masyarakat untuk berucap menyatakan pendirian sokongan kepada PAS.  Pernyataan ini penting kerana PAS mahu membawa mesej bahawa ia telah bersedia untuk memimpin negara ini.  PAS bukan parti eksklusif untuk kelompok tertentu sahaja atau PAS bukan lagi parti "menumpang" populariti orang lain, tetapi PAS kini parti nasional yang merangkul semua pihak berada di bawah payungnya.  Artis, sasterawan, bekas pegawai tinggi Polis dan bekas pegawai tinggi pentadbiran awam dan ramai lagi yang hadir adalah simbol penerimaan semua pihak kepada PAS.  Malam itu adalah malam PAS menasionalkan dirinya tanpa disedari dan ia sesuatu yang terbaik untuk PAS.

GENDANG DIPALU


Pengacara Mahfuz Omar malam itu menunjukkan PAS tidak akan mengalah dengan tohmahan musuhnya, Naib Presiden PAS itu memberi amaran bahawa himpunan hijau akan digerakkan ke seluruh negara dan rakyat akan dimobilisasikan untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada PAS dan rakan-rakannya.  Timbalan Presiden PAS pula memberi amaran, "jangan 'paksa' rakyat turun ke jalanraya dengan mencemarkan demokrasi kerana jika pilihanraya yang tidak telus tidak dibaiki, rakyat terpaksa ke jalanraya!"  Timbalan Presiden itu yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu seolah-olah mahu mengisyaratkan kemungkinan BERSIH 4.0 tidak dapat dielakkan jika regim hari ini masih tiada keazaman politik untuk membaiki sistem pilihanraya negara ini.  Bahasa dan konotasi ucapan adalah umpama paluan gendang yang sudahpun dipalu pada malam hijau tersebut.

KEKUATAN HAKIKI
Tidak ada mana-mana parti politik setakat ini yang boleh menampakkan imej keislamannya lebih daripada PAS.  Walaupun UMNO berusaha sedaya upaya untuk bersaing dengan PAS namun sukar untuk orang menerima bahawa UMNO lebih Islamik dari PAS.  Malam itu dimulai dengan solat maghrib berjamaah dan munajat memohon Allah memberkati usaha PAS mara ke Putrajaya.  Munajat adalah sinonim dengan PAS dan itu lambang kejituan asas keyakinan PAS kepada janji Allah bahawa kemenangan akan tiba akhirnya, kita hanya dituntut bekerja untuk kemenangan.  Inilah uniknya PAS, mereka sesekali tidak pernah kecewa dengan usaha mereka kerana keyakinan mereka disandarkan kepada bantuan dari Allah yang dengan kehendakNya memberikan kemuliaan kepada siapa yang dikehendaki dan memberikan kekuasaan pada siapa yang Dia kehendaki.

Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS membawa mesej tersebut dalam ucapan mereka.  Mursyidul Am PAS pula membaca bait syair Arab yang padat dengan pautan dan sandaran kepada Allah di saat manusia sudah kecewa untuk meminta kepadaNya.  Bagi PAS, inilah kekuatan hakiki yang mengikat gerak kerja parti dan ahlinya mencapai cita-cita politiknya.

PENUTUP

Kita perlu ingat hijau juga adalah lambang kemarahan satu watak kartun marvel yang dipanggil "orang hijau" beliau adalah Hulk yang bertukar menjadi hijau apabila dia marah.  Kata-katanya yang menjadi tagline ialah "anda tidak akan suka saya jikalau saya marah".  Saya harap Ekspresi Hijau bukanlah satu kemarahan kerana UMNO pasti tidak akan suka kalau PAS marah, saya lebih suka menganggap ia lambang tanggungjawab PAS untuk memelihara keseimbangan dan kedamaian bumi tercinta ini.
Untuk mencapai cita-cita tersebut halangan besar mesti diatasi terlebih dahulu, bagi PAS dan majoriti yang hadir malam itu halangan besarnya ialah UMNO dan bahtera BN yang dah rosak teruk.  Selagi UMNO dan bahteranya terus menerus "mencemarkan" bumi Malaysia ini cita-cita kedamaian tidak akan tercapai.  Sememangnya himpunan hijau di Alor Setar baru-baru ini satu mesej untuk rakyat Malaysia dan pastinya UMNO memahaminya dengan baik.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

UNTUK PAKAR BAKAR JAMBATAN...PHd....PATUT LEBIH TAHU BELA MELAYU KA BELA SIAPA?

  • Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'
  • NONE"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.  

Syarat utama untuk berlakunya politik "gentleman" adalah memastikan pilihan raya berjalan secara bebas dan adil.


Kesemua tuntutan Bersih 2.0 harus ditunaikan. Pemantau bebas dalam dan luar negeri harus dibenarkan. 


Jika kerajaan Malaysia berkeras tidak mahu mereformasikan pilihan raya, maka mereka (BN) harus bersedia untuk berhadapan dengan "people power".


People power bukan berlaku kerana Anwar Ibrahim atau Datuk Ambiga. Ianya berlaku kerana rakyat sudah muak dengan penipuan demi penipuan pilihan raya yang telah berajalan sekian lama.



Termasuk juga project IC...dulu kan dibuat di Sabah tanya lah maha tua...Mahazalim......kalau ada 






DARURAT TAKTIK YANG DIRANCANG?WOIII RAIS NI BUKAN SAMSENG UMNO KAH?

Keganasan samseng Umno BN yang berleluasa dua bulan kebelakangan ini tidak mustahil dirancang untuk mendaruratkan negara.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tidak menolak seandainya samseng Umno BN bertindak lebih ganas maka keadaan darurat sebagaimana yang berlaku di Kelantan pada 1978 akan berulang.

“Tidak mustahil (darurat diisytihar). Di Kelantan cukup dengan membakar tayar dan tunjuk perasaan maka Mageran (pemerintahan darurat) dilaksanakan  di negeri itu pada 1978.

“Tetapi kerajaan BN jangan pergi sampai ke tahap itu. Jangan mencari ruang untuk mengelak dari dihukum rakyat melalui pilihan raya,” katanya.

Mahfuz melihat budaya samseng akan menjadi ancaman kepada kesuburan demokrasi. Pilihan raya tidak lagi dihiraukan dan pilihan rakyat diketepikan dengan taktik ganas lagi kejam sekumpulan   pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa.

“Budaya ganas ini akan memusnahkan demokrasi. Mereka tidak dapat menerima hak rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses undian.

“Peranan samseng untuk mewujudkan suasana takut dan tidak tenteram. Rakyat yang takut akan mudah diperkuda dan diperbodohkan,” sinis Mahfuz.arwah Megar Junid dia pun mengaku... 

Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?

Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.
Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.
Di samping itu, menurut perangkaan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, KWSP menjadi "khazanah" terbesar untuk kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan).  Badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.
Seandainya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP.  Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.
Hutang RM101.6 bilion perlu dijelaskan
Perhitungan kasar MerdekaReview mendapati hutang sekuriti kerajaan Malaysia dan Sukuk yang sampai ke tarikh tebusannya antara tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM101.65000 bilion, iaitu 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri.  Jumlah hutang dalam negeri telah mencecah paras RM348.6 bilion pada hujung tahun 2009.
Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, hutang Bil Perbendaharaan yang bernilai RM10 bilion akan tiba tarikh tebusannya pada tahun ini, namun kerajaan persekutuan masih belum menjelaskan RM4.32 bilion daripadanya.  Selain itu, hutang sukuk yang bernilai RM5.0 bilion yang harus dijelaskan pada tahun 2012, masih dihutang RM4.9 sehingga kini.
Sementara itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM92.4 bilion yang belum dijelaskan akan sampai ke tarikh tebusannya, mulai tahun ini hinggalah tahun 2012.  Apa yang menarik, bon yang bakal sampai tarikh tebusan ini diterbit oleh kerajaan Malaysia antara tahun 2001 hingga 2009, dan melibatkan angka yang besar.
Akibat daripada pembaziran 10 tahun lalu
Ia sebenarnya mencerminkan pembaziran dan kekurangan disiplin ketika kerajaan mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi pada tahun 1997.  Sepanjang 10 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, menjurus kepada akibat hari ini, di mana kita berada pada saat genting untuk membayar hutang dalam tiga tahun ini.
Kerajaan Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mencapai keseimbangan belanjawannya dalam tempoh 10 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya.  Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan melonjak secara mendadak selepas kemelut ekonomi Asia, dari RM90 bilion (atau 32% berbanding KDNK) pada tahun 1997, kepada RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008.
Pada ketika angka defisit dan jumlah hutang semakin melambung, kerajaan mengemukakan pakej ransangan ekonominya dengan RM67.0 bilion.  Defisit kewangan terus melonjak dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7.4% pada tahun 2009.  Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan berkembang dari RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008, kepada RM362.5 bilion (atau 52.4% berbanding KDNK) pada tahun 2009.
Menurut seorang juruaudit, kerajaan Malaysia agak bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan.  Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak.  Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.
Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu.  Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi.  Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

SIDANG MEDIA DI BANGKOK BERKAITAN KAPAL SELAM

BERBAGAI USAHA CUBA DITUTUP BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN DAN SKANDAL KAPAL SELAM, NAMUN USAHA INI DILAKUKAN DI BANGKOK MELALUI SIDANG MEDIA.
BAGI YANG TERLIBAT.....TIDOQ MALAM TAK LENA LA WOIIIII






Peguam Perancis yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM telah mendakwa seorang pembantu rapat Perdana Menteri Najib Altantuya menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.

"Ia adalah dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit," Joseph Breham memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok pada hari Rabu.

Menurut Breham, yang mengetuai pasukan undang-undang SUARAM, polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis.

Berita terbaru yang melibatkan pengkhianatan akan menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, yang sudah bimbang dan kecewa dengan endemik rasuah pemerintah parti Umno Najib. Breham dipetik berkata, di Perancis menjual menjual maklumat sulit negara lain adalah melanggar undang-undang pertahanan.

"Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual rahsia pesaing atau negara asing tentang spek senjata dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika mereka dilepaskan, anda boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara." tambahnya lagi.

Ke Hong Kong untuk menutup jejak

Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bil.

Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi.

Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.

Najib Altantuya adalah menteri pertahanan yang telah mempersetujui pembelian itu pada tahun 2002. Baginda telah menjadi pensyarah di Kementerian Pertahanan dan menjadi pengarah sebuah badan strategi penyelidikan di Malaysia.

Menurut Breham, laporan itu adalah mengenai kerja "kejuruteraan komersial". "Mereka diberikan maklumat yang sedia ada di Internet dan akhbar, kecuali satu dokumen ini." Kata Breham, sambil merujuk kepada majistret penyiasat di mahkamah Paris di mana perbicaraan terbuka telah bermula bulan lepas.

Hubungan dengan Daim

Selepas gagal mendapatkan kerajaan Malaysia untuk memulakan siasatan besar-besaran terhadap dakwaan penyelewengan wang pembayar cukai oleh pucuk pimpinan, SUARAM telah memfailkan aduan terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010 kerana didakwa telah menyogok pegawai Malaysia untuk mendapatkan pengambilalihan itu secara kontroversi.

Ia adalah salah di sisi undang-undang Perancis bagi firma untuk menawarkan rasuah atau komisen bagi menjamin transaksi dan jika DCNS didapati bersalah, ia mungkin perlu membayar balik wang rakyat Malaysia.

Dalam proses itu, pegawai-pegawai Malaysia yang bersalah akan diketahui - satu langkah yang akan memaksa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan atau sedia menghadapi cemuhan di seluruh dunia dan kehilangan kredibiliti.

Hanya sehari yang lalu, SURAM telah mendedahkan bahawa selain dari Najib Altantuya dan Baginda, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mungkin juga telah terlibat melalui sekutunya Mohd Ibrahim Mohd Noor.

Dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk dokumen yang berlabel "Malaysia", di mana terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI - dua firma yang dikaitkan dengan Baginda.

Laporan ini termasuk nota mengenai "Mengesan latar belakang rundingan", yang menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat syarat bahawa pemindahan wang yang besar disalurkan kepada individu dan/atau organisasi politik.

"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari pemberi perintah. Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak sebagai titik rujukan untuk rangkaian politik, "kata Suaram dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Baginda ambil alih dari Mohd Ibrahim apabila kuasa Najib meningkat dan Daim menurun

Nota juga mendedahkan bahawa menjelang awal 2001, pengaruh Mohd Ibrahim mula merosot berikutan kejatuhan Daim dari kuasa, yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah.

Dia kemudiannya digantikan oleh orang-orang Razak Baginda.

Bertentangan dengan dakwaan beberapa blog Umno yang cuba untuk memesongkan fakta dengan menyalahkan Daim, dokumen yang disita setakat ini oleh polis Perancis menunjukkan bahawa Baginda akhirnya memang menjadi titik rujukan utama bagi rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.

"Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya (Mazlinda) adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan (Rosmah). Oleh itu, Baginda menjadi orang penting: Terasasi dikaitkan dengan Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Mohd Noor," jelas nota itu.

C4 disebut dalam dokumen-dokumen disita polis Perancis


Baginda diminta untuk menjadi saksi dalam kes di Perancis. Dia telah dibebaskan daripada pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan dia juga telah mengakui mangsa sebagai bekas kekasihnya yang dipercayai tahu tentang transaksi Scorpenes.

Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, berada di Kuala Lumpur pada bulan lepas dan mengejutkan negara apabila beliau mendedahkan bahawa anak perempuannya telah datang untuk berjumpa Najib untuk "memutuskan sesuatu bersama dengannya". Jika benar, ini akan mempunyai implikasi politik serta jenayah yang serius bagi Najib Altantuya, yang menjadi PM sejak tahun 2009 dan yang telah menolak semua gesaan untuk meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk kedua-dua kes pembunuhan dan pembelian Scorpenes.

"Saya bertanya kepadanya apakah tujuan dia datang ke Malaysia. Dia menunjukkan kepada saya gambar yang diambil di Paris. Tiga orang berada di dalamnya - Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya. Dia berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting disana', dan menunjuk kepada Najib Altantuya," kata Setev.

"Dia memberitahu saya dia mempunyai sesuatu untuk dibincangkan dengan Najib. Saya memberitahunya ia tidak berbaloi tetapi dia tetap pergi. Ramai saksi telah melihat gambar ini saya bukan satu-satunya malah Burmaa Oyunchimeg, yang juga merupakan seorang saksi telah memberitahu mahkamah mengenai perkara itu semasa perbicaraan pembunuhan pada tahun 2007. "

Altantuya dibunuh dalam di dalam hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan badannya dibom dengan menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk mencegah dirinya dari dikenalpasti.

Antara dokumen yang disita oleh polis di Perancis merupakan satu sub-folder yang bertajuk "C4" – dan ini terus mengukuhkan syak bahawa Altantuya telah dibunuh kerana pengetahuannya berkenaan hal Scorpene dan walaupun dua bekas pengawal peribadi Najib Altantuya, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dihukum gantung bagi pembunuhan itu, mereka hanya bertindak atas arahan dari 'atas'.

Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"?

Adakah Malaysia benar-benar bebas dan berdaulat atau di bawah "law of the jungle" di mana penyampai berita Radio Free Sarawak Peter John Jaban yang telah hilang selama 6 jam sejurus selepas sampai di Miri tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Saya baru sahaja bercakap dengan peguam Jaban, Alan Ling yang juga ADUN DAP Piasau di Miri dan beliau sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Jaban selama 6 jam selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Miri dari Kota Kinabalu.

Alan baru sahaja bercakap dengan pihak polis Miri lebih kurang satu jam tadi dan dimaklumkan sekali lagi bahawa pihak polis Miri tidak menerima apa-apa arahan atau terlibat dalam penahanan Jaban atau kehilangannya.

Jaban (gambar kiri) telah sampai ke Miri dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan seperti yang dikatakan oleh pihak polis Miri bahawa tiada apa-apa pun arahan untuk menahannya, Jaban telah meninggalkan lapangan terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr.Michael Teo.

Dalam perjalanan ke Bandar, tiga orang lelaki dalam kereta Proton telah memberhentikan Teo dan Jaban, dan telah membawa Jaban bersama mereka.

Enam jam telah berlalu dan tiada sesiapapun yang tahu menahu mengenai apa yang telah berlaku pada Jaban, jika beliau selamat ataupun sebaliknya - jika tiga orang lelaki yang membawa Jaban itu dari polis Miri yang khasnya telah dihantar unuk memberkas Jaban, dan jika benar mengapa pihak polis Miri masih enggan memberi komen.

Malaysia kini berada dibawah penelitian warga antarabangsa terhadap pengendalian oleh kerajaan berhubung dengan kes Jaban oleh kerana kes ini akan menjadi satu skandal antarabangsa sekiranya seseorang itu boleh hilang begitu sahaja selama enam jam selepas sampai di lapangan terbang Miri pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Omar Ismail mesti diingatkan bahawa dunia sudah memasuki era teknologi maklumat di mana maklumat dan informasi dapat disampaikan seperti kelajuan cahaya dan akauntabel bukan sahaja dalam tetapi di luar negara juga.

Rakyat Malaysia dan warga dunia mengharapkan yang mereka ini akan mendedahkan tempat di mana Jaban berada kerana tempoh masa enam jam itu memang memadai untuk pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai lokasi Jaban atau pengakuan terbuka bahawa keadaan anarki di Malaysia telah sampai ke satu tahap di mana tiga orang yang tiada apa-apa kaitan dengan pihak polis atau kerajaan telah diculik pada siang hari di bandar Miri dalam negara Malaysia!

*Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

LIVE FROM PERMATANG PAUH


Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;

SIAPA RAFIZI RAMLI

menyaksikan perdebatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli semalam, pasti kagum dengan kepetahan Rafizi serta pengetahuannya yang luar biasa dalam menyebutkan angka-angka yang dihafalnya serta kematangannya mempersembahkan idea-idea terbaik yang dikira mewakili Pakatan Rakyat.

Untuk mengetahui latar belakang beliau, dicedok di sini (melalui Facebook) tentang dirinya:


Pebahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

PENEROKA DINASIHAT BERHATI-HATI MENANDATANGANI BORANG PINJAMAN


Temerloh- Majlis penerangan berkaitan dengan penarikan balik menandatangani borang pinjaman pembelian saham dengan bank telah diadakan sebelum ini.Menurtut peguam peneroka Tuan Haris ,  borang yang diedarkan kepada peneroka sebenarnya sudah salah sejak diawal lagi kerana semuanya tertulis dalam bahasa inggeris.Malahan jika sesuatu perkara yang berlaku sepatutnya ianya di terangkan kepada peneroka oleh pihak bank sendiri dan bukan oleh pengurus Felda yang hanya menjalankan kerja mereka membantu kerajaan tanpa memberikan penerangan yang jelas.jika pengurus-pengurus Felda sendiri kurang faham dengan dasar dan pinjaman, mana mungkinereka dapat menerangkan kepada peneroka dengan lebih jelas.

Baru-baru ini seramai 154 peneroka menyaman CIMB  dan Am Islamic Bank dan CIMB setuju, dan Am Islamic , kerana menurut Tuan Haris lagi, “Menandatangani borang kosong adalah salah dari segi undang-undang dari 75 muka surat, hanya 6 muka surat sahaja yang diberikan dalam bahasa melayu, malahan untuk membawa balik borang pun tidak dibenarkan” demikian terang Haris lagi.

Sehingga kini , hanya CIMB setuju agar semua loan dibatal dan borang proses dan kos memproses telah dibatalkan dan peneroka tidak menuntut apa-apa dari pihak bank.
Apa yang berlaku dan bank tidak bertanggungjawan bagi kedua pihak.sehingga 14.6 2012..Jadi semuanya seramai 154 orang peneroka ini dan juga memohon untuk perbincangan dan mahkamah memberikan persefahaman , dan kebanyakkan jumlah peneroka tidak tahu berapa banyak pinjaman yang mereka nak luluskan.Selain itu terdapat juga masaalah apabila ada anatara peneroka yang berusia lebih dari 60 tahun malahan adakalanya bank tidak membenarkan pinjaman kepada warga yang telah berusia. Ini menimbulkan banyak keraguan kerana jika sesuatu berlaku ianya akan elibatkan banyak pihak didalam keluarga peneroka sendiri..

Menurut beliau lagi , jika peneroka ingin membatalkan perjanjian penarikan semula pinjaman mereka , peneroka hendaklah memberikan dimana tanah rancangan,alamat,kad pengenalan , bank mana, agar pihak peguam tahu bank mana yang mereka pinjam.

  1. peneroka tidak akan mendapat duit sekiranya pinjaman mereka diluluskan, malahan ianya disalurkan terus kepada FGVH .peneroka hanya akan mendapat saham sahaja dan berapa jumlah yang mereka hendak pinjam.
  2. syer pulak akan disalurkan terus kepada bank, sebagai cagaran pinjaman.jadi peneroka tidak akan nampak duit dan syer pun mereka tidak nampak berapa.dan bank pula melantik rimiser bagi menguruskan saham peneroka .
  3. kita tak pasti dia akan melonjak atau merudum.Jika untung menjadi hak peneroka , dan bagaimana jika saham itu jatuh, dari harga rm4600 satu lot, maka jika berlakunya kerugian,bank akan menntut daripeneroka,kalau utang sebanyak rm30,000, peneroka akan istiharkan bankrupt, dan mahkamah juga akan boleh merampas atau melelong harta peneroka,dan sampai kepada satu tahap melelong tanah peneroka dan menurtut tuan Haris sendiri  lagi “Penerangan bahawa tanah peneroka  tidak akan dilelong dan melibatkan harta peneroka adalah tidak betul kerana jika berlaku sesuatu, peneroka nak bayar dengan apa melainkan mencagar tanah, tapak rumah mereka sebagai cagaran kepada bank.”

DENGAN IZIN ALLAH, KITA KE PUTRAJAYA

 Firman Allah:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)

1. Mukadimah

PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah.  Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan.  Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya.

Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut.  Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu.

Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi.

Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:

فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan.  Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan.  Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu.  Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.  Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt.  Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka.  Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidaklah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki.  Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita.

2. Kandungan


2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman!  Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13)

Allah s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia.

Kemenangan akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat.

2.2 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat.
Tiada percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1):

"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران)

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya.

PAS sedia berdialog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah.

Membangunkan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada manusia, malah kepada seluruh alam sejagat.

PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan:

"Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat."

Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة)

200.  Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

201.  Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

Model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan UMNO dan BN, kerana sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum Melayu dan Bumiputera.

Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama termasuklah kepada alam sekitar.

2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

UMNO sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dasar perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia.  Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua.

Dengan semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam.  Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam pemerintahan negara.

Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan.

UMNO juga bertanggungjawab

- Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif.

- Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi

- Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

- Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing.

- Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah.  Antaranya dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Sarawak.

Pemerintahan UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan.  Salah satu petunjuknya, kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun.  Pada tahun 2009, seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan.
 PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah.

2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia.
Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan:
- Terhakisnya semangat federalisme.
- Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu.
- Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan.
- Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada kuasa eksekutif Perdana Menteri.
- Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan.
- Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar.
- Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan UMNO menipu dan merasuah rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja.

Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram.

- Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara.
- Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia.
- Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi.
- Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.

Amalan rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan.  Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010.

Dasar dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia.

Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya.

فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة

2.5 Roadmap ke Putrajaya
  PAS menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan Sarawak.
  PR perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS perlu:
- Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008
- Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008.
- Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di negeri-negeri yang sedia diperintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis.

PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala’ yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya.

PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3-4 % dengan langkah-langkah berikut:

- Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam.
- Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat.
- Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.
- Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil.

PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar.

PAS melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita.

PAS melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan.

PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All".

Semua ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.  Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak.
 
2.6 Persiapan Ahli-ahli PAS
Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)

Berdasarkan ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang paling sengit.

Para petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.
Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.

3. Penutup
Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita, melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam, semata-mata mencapai keredhaan Allah.
 الله أكبر ولله الحمد
*Intipati Ucapan Presiden PAS (gambar kiri) Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, dengan tajuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Dipetik dari Harakah Daily.

JOM PI ALOQ SETAQ

BALING BATU BUDAYA Umno


UMNO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT



Maran-Kehadiran Anwar ke Maran kali ini dikawal ketat oleh Unit amal pas dan juga keadilan agar peristiwa yang berlaku sebelum ini tidak berulang.Dengan kawalan yang begitu ketat, kehadiran beliau ke rumah salah seorang peneroak jengka 4, anwar sempat bertemu dengan masyarakat felda dan makan malam bersama.

Beliau kemudiannya bertolak ke kawasan perniagaan kaum cina di kawasan felda . Selain bandar pusat jengka yang dikenali pusat tumpuan masyarakat jengka  ini, terdapat sebuah lagi pekan kecil yang menjalankan perniagaan bagi penduduk sekitarnya di kenali sebagai Tong Kiat. Anwar yang pertama kali dibawa melawat pekan kecil Tong Kiat ini dan dihadiri oleh hampir 3000 masyarakat sekitar yang mahu mendengar cermah beliau .Menurut anwar,  inilah pertama kali beliau hadir dan amat berbangga dengan kehadiran seramai itu walau ianya berada di Bandar dan kawasan felda.

Sehingga dua tempat lawatan beliau ini, tiada sebarang gangguan yang diterima.mungkin dengan kehadiran ramai masyarakat sekeliling, tidak seperti minggu  sebelumnya sebagaimana peristiwa di Lembah Pantai dan Johor, kali ini anwar tidak diganggu walau melalui jalan jengka.Ini adalah kerana kehadiran ramai pengiring dan kawalan ketat unit amal juga sambutan dalam ceramah beliau.Sekalung tahniah , kepada unit amal dan keadilan yang membantu.

Di sini anwar menjelaskan dasar-dasar pakatan Rakyat mengenai rancangan reformasi para pimpinan pakatan rakyat iaitu mahukan pendidikan percuma,membanteras rasuah,pembahruan sistem kehakiman,pendidikan,melahirkan masyarakat yang tahu menghormati antara satu sama lain.Malah budaya yang dibawa ahli Umno sejak akhir-akhir ini menunjukkan budaya samseng dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.Beliau juga mempersoalkan budaya ala samseng ini jika semuanya mahu bertindakbalas akan menjadikan negara kecoh dan huruhara.malah pimpinan pakatan rakayt dan semua rakyat mahukan perubahan dalam sistem pemilih dan perbetulkannnya  dengan cara membuang undi.Saya cakap di parlimen engenai adanya bukti  menggunakan warga asing yang boleh membuang undi. Kita punya bukti terhadap kes ini namun , pengerusi SPR membisu.


“Budaya mengutuk tok guru nik aziz dianggap sebagai sesuatu yang tidak patut.adakah nikaziz menghina sesiapa?seorang yang alim digelar sebagai bapa kafir adalah budaya yang amat jijik, sedangkan semua orang tahu siapa nik aziz yang meminpin kelantan selama lebih 20 tahun.Adakah Nik aziz ambil tanah?adakah nik aziz ambil duit lembu?adakaha nik aziz memperkayajkan anak beranak beliau?





“Apa yang berlaku kepada saya, adalah menunjukkan betapa Umno tidak bertanggungjawab terhadap rakyat malah negara.Apa salah saya dan apa salahnya berbeza pendapat , saya juga pernah menjadi ahli Umno dan timbalan Presiden, akan tetapi dizaman saya tidak berlaku sedemikian rupa dan ini baiasa dalam sistem demokrasi , namun membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan adalah tidak bermoral sama sekali.Apa pula akan terjadi jika ini dilakukan terhadap kediaman najib jika perbuatan melakukannya dihadapan rumah Datuk Ambiga? Bagaimana pula kalau ahli Pas,PKR dan Dap pula bertindak balas ? Dimana moralnya ahli Umno? Samseng kah?kita menyokong ambiga atas sebab pilihanraya dan mahukannya dibersiahkan.Soal lain kita tetap menentang , itu demokrasi ”   Soalnya dan teriakan hadirin yang setuju .

Anwar menjelaskan betapa sistem pendidikan negara ini mampu dilaksanakan tanpa pinjaman PTPTN kerana menurut beliau Umno yang sentiasa salah dalam mentadbir kewangan negara menyatakan bahawa PTPTN membebankan negara.Menurut anwar pimpinan Pakatan Rakyat telah berbincang dan menganggap debat Khairy mengenai PTPTN menjelaskan hasrat sebenar kerajaan Umno yang tidak mampu untuk melaksanakannnya dan lebih mementingkan golongantertentu dari membaiki kehidupan rakyat.

“Hutang lembu bagaimana?Hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat kampong dan orang bawahan jumlah hutang kena bayar.?Kita perintah selangor dan kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat.ini yang kita yakin kita akan dapat melakukannya jika rakyat memilih Pakatan Rakyat yang mampu kamilaksanakan.” Demikian jelas beliau yang mendapat tepukan gemuruh yang hadir.


MCA PROVOKASI CERAMAH ANWAR

Selepas berceramah di Pekan kecil Tong Kiat,beliau  bergerak ke Bandar Maran.Keadaan agak tegang apabila diberitahu bahawa MCA mengadakan pertandingan karaoke sejauh 200 meter dari tempat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat bercermah.Risalah dan banner memburukkan beliau terpampang malahan bertaburan dengan risalah memaki hamun beliau.Sangkaan bahawa Umno memprovokasi ceramah meleset , namun kali ini, MCA pula yang meniru perangai Umno.Pertandingan karaoke berjalan lancar, bunyi bising mencecah telingan hadirin, namun sesekali kita melihat antara kaum tionghua yang hadir menyeberang mendengar ceramah Anwar.Inilah yang menjadikan lawatan ini mencapai matlamatnya.Di sini hampir 5000 orang hadir dari berbagai kaum.Masyarakat cina yang mendengar karaoke menyeberang mendengar amanat Anwar menjadikan hanya pembesar suara sahaja yang kuat namun kehadirannya boleh dibilang.

Setibanya di jalan utama yang diiringi dengan penuh hormat rakayat sebagai pimpinan, bunyi bising berhampiran bergema.namun Suara Anwar tetap kedengaran juga dengan pembesar suara yang juga kuat.




Beliau memulakan ceramah beliau dengan menyatakan bahawa negara yang kaya , namun rakyat menjadi miskin apabila kerajaan yang ada tidak mahu membantu rakyat.dan melakukan banyak pembaziran..Beliau juga menyatakan tentang sambutan pimpinan timur tengah dan juga pimpinan arab yangmasih mempercayai

“Kita kena ingat nak suruh  orang cina  , dan nak suruh orang India sokong untuk apa? .Umno dok cerca kononnya saya ni dan kita ni nak bagi kat cina dan India.Yang depa bagi kepada tauke cina dan tauke judi tak pa pulak,bukit,pulau,gunung….mana dia orang Umno tak tegur..mana dia ulamak dan mufti tak tegur….Tak malu kah  sebagai orang tak ada akhlak,mana dia imam dan mufti.Buat gerai banyak-banyak depan rumah Ambiga.Mana ada islam hina orang, malah ada jenazah dizaman rasullah dia sendiri  hormat.Polis pi mana?tapi mencerca kita macam-macam .Jangan kawan dengan orang sombong,baling batu pada saya,simbah cat,laporan nik aziz terima rasuh,hantar kek taik kepada lim guan eng.ada akai ka orang macam ni.Kita perlu ubah.Sudah tiba masanya kita berubah.Menang saja pakatan rakyat, Insyallah akan ada seorang pelabur dari negara arab yang berjanji mahu melabur dengan kekayaannya hampir 10 billion US,Ayuh semua rakyat beri peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah,kita ubah semuanya demi rakyat.”demikian kata Anwar dan disambut dengan laungan takbir dan laungan reformasi..reformasi reformasi yang bergema di tengah Bandar Maran menenggelamkan karaoke yang semakin hilang lantangnya walau hanya sedikit yang menontonnya..

AKU INGAT ORANG MCM NI KALAU ANWAR JADI PM,DIA SUJUD KAKI PA

Buntut timur, demonstrasi barat?

Tidak berapa lama dahulu, apabila suatu perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur, ada pihak yang merungut bahawa demonstrasi jalanan adalah "budaya barat".  Ini kerana, kata mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu, demonstrasi lazimnya ada elemen kekasaran yang tidak secucuk dengan "budaya timur" kita yang kononnya halus sifatnya itu.

Jadi tidaklah hairan kenapa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan baru-baru ini mengundang banyak kritikan (dan tindakan) yang serius dari pihak tertentu, termasuk golongan pemimpin dan kelompok lain dalam masyarakat Malaysia.  Kritikan yang dilemparkan terhadap penganjur dan ribuan penyokong BERSIH 3.0 menjadi begitu lantang lebih-lebih lagi setelah perhimpunan itu berakhir dengan keganasan yang menimpa pihak tertentu.

Malah sejurus selepas BERSIH 3.0 diadakan, Majlis Fatwa Negara telahpun mengeluarkan fatwanya bahawa adalah "haram" bagi golongan Muslim menyertai apa yang dianggap sebagai perhimpunan "haram", perhimpunan yang kononnya tidak mendatangkan manfaat kepada umum, mencetuskan kekacauan dan merosak harta awam, memporak-perandakan Ummah dan juga bertujuan mengguling pemerintahan yang sahih melalui demonstrasi.

Nampaknya bukan sahaja perhimpunan dan demonstrasi seperti BERSIH 3.0 tidak sehaluan dengan "budaya timur" kita, ianya juga bercanggahan dengan Islam (dari sudut pandangan Majlis Fatwa tersebut dan kelompok lain di Malaysia).

Tapi jika dilihat apa yang telah berlaku sejak BERSIH 3.0 itu, nampaknya bukan semua demonstrasi dianggap "haram" atau tidak secucuk dengan "budaya timur" Kita.  Sekurang-kurangnya "kesepian" dari segi teguran atau kritikan daripada pihak berkuasa dan kelompok pemimpin agama seolah-olah memberi isyarat bahawa, misalnya, berdemonstrasi di depan rumah pengerusi bersama BERSIH 3.0, S. Ambiga, adalah okay.
Gambar ini dipetik dari klip video Malaysiakini yang dimuat ke dalam Youtube.
Dalam kes ini, sekumpulan kecil bekas askar telah berdemonstrasi kerana memprotes terhadap Ambiga dan rakan-rakannya dalam BERSIH 3.0 kerana, mengikut pandangan mereka, perhimpunan yang dilancarkan pada 28 April 2012 itu mengaibkan imej negara di mata dunia.  Jadi askar ini merasakan menggoyang punggung mereka yang kedut itu adalah satu cara untuk memperbaiki imej negara yang terpalit itu - selain daripada kemungkinan usaha untuk mencipta rekod baru dalam Guinness Book of Records.

Implikasi daripada penggoyangan buntut ini ialah satu tanda tanya timbul sama ada demonstrasi buntut ini secucuk dengan "budaya timur" kita atau lebih penting lagi, selari dengan prinsip Islam - lebih-lebih lagi apabila pucuk pimpinan dan pemimpin agama nampaknya berdiam diri saja dalam hal ini.  Ini selain daripada hakikat bahawa ruang peribadi Ambiga telah dicabuli oleh pihak berkenaan.

Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk mempertikaikan amalan berdemonstrasi dalam masyarakat.  Apa yang ingin ditekankan di sini ialah demonstrasi aman secara prinsipnya adalah sebahagian daripada amalan demokrasi, satu amalan universal yang tiada timur-baratnya.  Yang membezakan satu demonstrasi dengan demonstrasi lain ialah peradaban yang diamalkan oleh pihak demonstran.

Lagipun, kebanyakan perbuatan dan tindakan tidak tamadun atau biadap itu juga bersifat universal.  Ianya tidak dimonopoli oleh barat maupun timur.  Beberapa contoh tindakan yang diambil oleh segolongan rakyat di masa kebelakangan ini menunjukkan perbuatan kesat dan kasar itu boleh wujud dalam "masyarakat timur" seperti Malaysia.

Apakah "timurnya" perbuatan, misalnya, menghantar kek bercorak tahi atau menghantar keranda simbolik kepada seorang pemimpin negeri semata-mata kerana kelompok berkenaan memprotes terhadap apa yang dianggap sebagai ketidakadilan?  Tidakkah lebih bermanfaat dan bertamadun jika protes itu dibuat dalam bentuk, misalnya, petisyen atau demonstrasi aman di depan jabatan pemimpin itu?  Atau berdiskusi dan berdebat antara pihak yang bercanggahan.

Apakah "timurnya" perbuatan segelintir manusia menyiarkan video lucah secara terang-terangan semata-mata untuk tujuan politik mereka?  Adakah perbuatan "penayang porno" Ini lebih bermoral tinggi jika dibandingkan dengan pasangan yang ada dalam video lucah itu?  Adakah ini satu nilai yang perlu dibanggakan oleh generasi muda dan kanak-kanak?

Apakah "timurnya", kalau tidakpun Islamnya, perbuatan media arus perdana menabur fitnah terhadap pemimpin politik tertentu, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab fitnah itu atau membela dirinya?  Tidakkah etika profesion dalam dunia kewartawanan mengharuskan hak menjawab bagi pihak yang merasakan dirinya dicemuh atau dikritik?

Apakah "timurnya" perbuatan memberi burger kepada Ambiga (gambar kanan) ketika umum tahu bahawa daging lembu adalah "haram" bagi seorang penganut Hindu?  Tidakkah ini mirip perbuatan memberi daging khinzir kepada seorang Muslim?

Adakah perbuatan membaling benda yang merbahaya seperti batu ke dalam satu kawasan ceramah politik atau mengasari orang yang menghadiri ceramah hingga menyebabkan kecederaan satu tindakan yang berhemah tinggi warga timur?  Tidakkah lebih bertamadun jika perbezaan pendapat itu diadakan dalam bentuk debat dan ceramah secara aman?

Sekurang-kurangnya amalan berdebat dan berbincang boleh menaikkan taraf keintelektualan dalam arena politik khususnya dan masyarakat amnya.

Apakah "timurnya" perbuatan seorang menteri besar pada suatu ketika dahulu yang menunjukkan isyarat tangan yang lucah semata-mata kerana dia tidak setuju dengan pendirian pihak lawannya?  Adakah ini satu tabiat yang mencerminkan "kehalusan" budaya timur?

Insiden yang dialami oleh masyarakat Malaysia masakini dan lalu menunjukkan wujudnya faktor kuasa yang bermain dalam kancah politik dan budaya.  Dengan kata lain, budaya lazimnya ditakrif oleh mereka yang mempunyai kedudukan kuasa (politik) dalam masyarakat yang akhirnya menentukan apa yang "positif" dan apa yang "sebaliknya" dalam "budaya timur" kita ini.

Penakrifan sesuatu amalan dan ciri budaya sepatutnya berlandaskan nilai dan prinsip yang universal dan bukannya dalam ruang lingkup sempit yang hanya melayani kehendak dan kepentingan politik golongan berkenaan.  Keadilan sudah tentunya salah satu nilai yang perlu disanjungi.

Jadi, apakah perlu kita berasa terkejut apabila, contohnya, tarian poco-poco diharamkan dengan begitu pantas manakala pemimpin agama berpeluk tubuh bila berhadapan dengan gejala rasuah yang merasuk masyarakat kita masakini?  Atau, apabila mereka berdiam diri terhadap dakwaan BERSIH 3.0 bahawa wujudnya ketidak-bersihan prosedur pilihanraya setakat ini?

Seperti askar yang menunjukkan buntut mereka di mata dunia, perbuatan membelakangi amalan dan nilai universal yang murni tidak akan dapat menaikkan taraf masyarakat kita sebagai masyarakat yang bertamadun lagi demokratik.

*Dr Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik dan budaya.

MAMAT NI SEBENARNYA DAH EXPIRED

Meskipun debat "Perdana Menteri - Ketua Pembangkang Parlimen" semakin dinanti-nantikan, tatkala langkah PRU 13 yang menghampiri, namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim hari ini menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju untuk mengadakan debat politik antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa.  Tetapi kalau kita sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri).  Malah, beliau menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini sebagai "mainan politik".

Beliau berkata sedemikian ketika ditanya wartawan MerdekaReview, yang mengajukan soalan apakah debat Rafizi Ramli dan Khairy Jamaludin tidak memberi makna?  Untuk Rais Yatim, debat tersebut hanya "mainan politik, dua-dua pun mainan politik."

"Saya mengatakan mainan politik yang mungkin disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu.  Bagi BN, mereka akan mengatakan kita menang.  Bagi pihak pembangkang, juaranya hebat."  ulas selanjutnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan dalam program "1Malaysia Prihatin: Sentuhan Mengubah Kehidupan di Indian Settlement di Ladang Kam Seng, Batu 8, Gombak Utara", hari ini.

Minggu lalu, penonton menyahut cadangan moderator debat antara Rafizi dengan Khairy dalam isu PTPTN, iaitu Dr. Maszlee Malik yang mahu melihat perdebatan antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim.  Malah Timbalan Menteri Pelajaran Saifuddin Abdullah juga bersetuju dengan cadangan tersebut, pada masa yang sama berpendapat debat antara Najib dengan Anwar akan mencipta sejarah tanah air.
*Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal.

TAWARAN UNTUK GENERASI KEDUA FELDA LEBIH BAIK DARI DASAR Bn




Oleh:AMIRUDDIN AHMAD

Bersempena dengan lawatan Najib ke Jengka dan mengumumkan “Durian Runtuh”ANAK telah melancarkan program dengan lebih releven dari pemberian saham yang akan mengakibatkan kerugian kepada peneroka.ANAK yang menyedari bahawa kerugian dan kekurangan ini boleh dilakukan sekiranya pihak kerajaan yang memerah keringat susah payah peneroka dapat mememikirkan  sesuatu idea yang lebih bernas selain dari mengwar-warkan durian runtuh kepada peneroka dan  memaksa peneroka menandatangani borang pinjaman wang bank.

Tawaran yang kenali sebagai Tawaran bagi anak generasi ke 2 ini adalah berhasrat kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat , dan cadangan ini adalah kerana kerajaan Bn tidak mempunyai jawapan konkrit dan hak anak peneroka tidak dibela oleh kerajaan Bn.

Menurut Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman , Pakatan mempunyai cadangan dan syor yang lebih baik dari Bn kerana ianya bukan sahaja mempunyai cadangan bagi membangunkan negara melalui pelan yang dirancang akan tetapi pelan jangka panjang buat generasi keduanya .ANAK mempunyai beberapa pelan yang akan memberi lebih banyak faedah kepada generasi kedua felda antaranya menubuhkan universiti felda khas untuk anak-anak felda dan melatih dalam bidang biotek,pertanian yang boleh melahirkan cerdik pandai dikalangan anak-anak peneroka.Hampir rm100 juta dibelanjakan diberikan kepada anak-anak  peneroka untuk belajar di universiti lim Kwok Wing dan ini boleh dialihkan kepada Universiti yang ditubuhkan.

Mewujudkan teknopelan, projek tanam semula diberikan kepada koperasi felda, dan jika ada kelemahan dibaiki dan bekalkan input pertanian dan wujudnya koperasi di peringkat induk , dan koperasi ada pendapatan begitu juga dengan koperasi di blok-blok .Anak-anak peneroka dapat menjadi usahawan melalui pengirisan kebun kebun mereka. Setiap tahun, kontrak tanam semula sebanyak rm400 juta di kuasai oleh orang-orang tertentu .kegagalan  tanaman semula adalah berpunca dari sikap sebegini.Hampi 90% kontrak ini dikuasai oleh orang Umno dan pegawai felda lah yang kena maki dengan peneroka.Pegawai felda pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana dikusai oleh orang-orang tertentu.

Pakatan , menurut Mazlan mempunyai pandangan untuk membina rumah untuk generasi keduanya kerana berpandangan boleh berbuat demikian kerana felda mempunyai keuntungan yang besar.kerajaan Bn tidak pernah memikirkan keadaan ini.Selain itu juga , tanah seluas 360,000 hektar sebanyak 5 ekar, boleh diberikan kepada pelan generasi ke dua.
“Saya lebih senang berjuang untuk membina rumah kepada penyokong-penyokong Umno kerana kebanyakkan anak-anak ahli pas dan PKR sudah memiliki rumah-rumah sendiri di felda-felda.Hanya anak-anak Umno sahaja yang masih menumpang rumah-rumah orang tua mereka” jelas Sdr mazlan lagi.


Dalam masa yang sama juga Sdr mazlan menjelaskan bahawa ANAK tidak akan menghalang sedikit pun peneroka menerima “Durian Runtuh” kerana sudah wujud poster dan kertas-kertas laying yang mendakwa ANAK menghalang peneroka mendapatkan “Durian Runtuh” yang di war-warkan oleh Najib.


Menurut Mazlan lagi Selama ini pun Felda Global Venture mengalami kerugian di luar negara sebanyak 4 billion ringgit .Namun , peneroka tidak pernah menyedarinya  dan 54  kwasan felda inilah yang menjadi kawasan dan peti undi tetap bagi Bn.

Menurut Mazlan lagi , pinjaman yang ditawarkan kepada peneroka dan diberikan dalam bahasa inggeris kepada peneroka dan pinjaman ini juga melibatkan 5% dalam pinjman mereka.“Saya bersedia menanggung dan bersedia menanggung kerugian,caj,penalty,kos undang,dan apa duit perbelanjaan dikenakan didakwa atau kena bayar walau apa juga kena bayar atau orang perseorangan yang bertanggungjawab ke atas saya”

Selama ini pun kerugian dan kehilangan di felda Sg buaya di bawah mohd mohamad taib, labu johson dan  sedayan isa samad,felda cahaya baru dibawah muhyiddin yassin. bila kita bg pandangan peneroka kata ianya takka pemimpin melayu nak tipu melayu, lagi pula menteri besar, bila dah kena tipu peneroka kata nak buat macam mana dah kena tipu, percaya qada dan qadar saja la…